Anda di halaman 1dari 53

Tajuk Kajian

Permainan
Tradisional
Masyarakat Negara
Kita

- Wau -

Isi Kandungan

1
Bil Tajuk M/S
1. Tajuk Kajian 1
2. Senarai Kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. Objektif Kajian 4
5. Kaedah Kajian 5
• Pemerhatian
• Sumber
• Soal selidik
• Menemubual
• Pandang Dengar

6. Hasil Kajian 6 - 38

• Nama permainan
• Latar belakang
• Tujuan dimainkan
• Alat-alat yang digunakan
• Cara dimainkan

7. Rumusan 39 - 40
8. Lampiran 41 - 44
9. Rujukan 45

Penghargaan

2
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-

Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya menghadapi sedikit kerumitan serta

cabaran untuk menyiapkan kajian ini. Kesampaaian di sini, saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan

maklumat hingga terhasilnya folio ini. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kapada

ibu bapa, ……………….. dan ……………………… yang telah banyak memberi

dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan

kepada, Encik……………………… guru sejarah tingkatan 3 An nur yang telah banyak

memberi panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang kajian dijalankan. Tidak lupa,

rakan-rakan seperjuangan saya. Ribuan terima kasih atas segala pertolongan yang

diberikan tidak kira agama dan bangsa. Saya inigin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada responden-responden kerana sudi ditemubual. Akhir kata, ribuan terima kasih

kepada semua yang terlibat dalam menjayakan folio ini. Sekian, Wassalam.

Objektif Kajian

3
Kajian ini dibuat kerana ingin mencapai objektif-objektif berikut. Antara objektif

yang dapat saya capai dalam membuat kajian ini ialah memenuhi keperluan sukatan

Pelajaran Sejarah Tingkatan 3. Memenuhi keperluan Peperiksaan Menengah Rendah

(PMR). Membuat perkaitan Permainan Tradisional dengan rakyat Malaysia. Mengetahui

lebih mendalam tentang Permainan Tradisional yang dikaji. Mengenalpasti asal usul

Permainan Tradisional yang dikaji.

Memberi cadangan untuk meningkatkan taraf Permainan Tradisional Malaysia

supaya terkenal diseluruh Negara. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti sumber-

sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah

dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di

kalangan masyarakat mengikut adat Melayu. Kajian ini dilakukan untuk memenuhi

kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR).

Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan

tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan setiap

kaum dan adat tradisinya yang tersendiri

Kaedah Kajian

4
Sepanjang kajian ini dijalankan, saya menggunakan 5 kaedah iaitu :

1.Pemerhatian

2.Sumber

3.Soalselidik

4.Menemubual

5.PandangDengar

Berdasarkan kaedah pemerhatian, saya dapat memberi cadangan untuk

meningkatkan taraf Permainan Tradisional Malaysia supaya terkenal diseluruh Negara

serta dapat melihat reka bentuk permainan yang dikaji. Melalui kaedah sumber pula, saya

dapat memperoleh banyak bahan melalui Internet,Perpustakaan,Soal selidik dan

sebagainya. Di samping itu, dari segi soal selidik, saya dapat mengetahui lebih mendalam

tentang Permainan Tradisional yang dikaji serta dapat mengeratkan silaturahim di antara

individu. Dalam kerja kursus ini saya telah menggunakan kaedah rujukan.Saya telah

membuat rujukan melalui internet dan buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan

permainan tradisional untuk mendapatkan maklumat untuk menyiapkan folio ini. Selain

itu,saya juga menggunakan kaedah pemerhatian. Saya melihat dan memerhati cara

permainan congkak. Disamping itu,saya juga telah menemubual jiran-jiran di kawasan

perumahan serta rakan-rakan mengenai permainanWau. Dan akhir sekali,saya

menggunakan kaedah pandang dengar dengan menonton rancangan majalah 3 yang

disiarkan di TV3.

Nama Permainan

5
Teraju Tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-

layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai Permaian masa lapang

bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Selain itu kemunculan nama wau juga

dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke

udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’,

“wau’, “wau’ secara berirama.

Latar Belakang

6
Asal-Usul

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh


serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang
di Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk serta karektor mempunyai
persamaan dengan layang-layang tradisional dari Negara China. Layang-Layang pada
masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di
Malaysia juga turut menyerap unsure-unsur kebudayaan dari Negara China. Selain wau,
nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan
Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah
menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan
negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor,
Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang
menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta
kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu kemunculan nama wau
juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila
dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan
bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama. Negeri yang Mempopularkan Permainan ini
ialah di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, juga dengan negeri-
negeri Utara iaitu Kedah dan Perlis. Di negeri Kedah kebanyakan layang-layang atau wau
dimainkan selepas menuai padi selepas penat lelah mereka menjalankan tugas sebagai
petani. Di samping itu, kawasan sawah yang lapang sesuai untuk bermain permaian ini
iaitu wau. Kaum yang Terlibat dalam permainan ini ialah kaum melayu. Majorotinya,
kaum melayu dari utara mahupun pantai timur yang mempopularkan permainan ini. Di
samping itu, kaum-kaum lain juga terlibat dalam menerbangkan wau ini. Sebagai contoh,
kaum Cina dan India.

Tujuan Dimainkan

7
Wau bukan sahaja menjadi permainan pada masa lapang tetapi turut berperanan

sebagai pengerat hubungan antara penduduk setempat. Permainan wau menguji

kemahiran kecekapan individu dalam menerbangkannya. Pada masa kini, wau merupakan

salah satu tarikan pelancong di Malaysia.

Alat-Alat yang Digunakan

8
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut

buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas

pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang

belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan

benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal

dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama

menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan

bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk.

Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.Di bahagian

kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan

rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan

diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung

apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang

telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali

teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi

mengimbangi wau.

Teraju Tiga

9
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-

layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa

lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar

kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai

ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Wau bulan

10
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak,

wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah,

11
wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak

bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang

dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih

mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan

ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Jenis-Jenis Wau

12
Wau kucing Wau Daun Wau Helang Wau Bulan

Wau Jalabudi Wau Kenyalang Wau Merak Wau Puyuh

Layang-Layang

Membuat Wau

13
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut

buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas

pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang

belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan

benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal

dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama

menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan

bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk.

Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan

dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya.

Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan

bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau

mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti

alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah

bawah wau bagi mengimbangi wau.

Cara Dimainkan

14
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan

memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila

angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan

menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan

menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat

Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh

masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang

telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang

dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan

layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan

perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

15
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih

popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di

padang, sawah padi dan sebagainya.Kini permainan tersebut telah mulai popular dan

diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan

bandar.Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti

di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun.

Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar

negara

16
Latar Belakang Wau

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal

dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan

Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di

kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia

seperti Selangor, Melaka dan Johor.

Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa

Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan

tidak pula disebut bermain wau.

17
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada

busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada

busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Wau Bulan juga boleh didapati daripada :

Seni Pertukangan: Filigree

Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu

yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang

dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam

yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga.

Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali

dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya

yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan

18
pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi

jiwa pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi

kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini

antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

19
Tarian Siti Wau Bulan

20
Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan

yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini

ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti

gendang dan seruling

21
22
Dikir Barat

Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat.

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat

Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung

dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang

diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil

berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang

kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :

1.Karut Selampit

2. Karut Menora

3. Karut Jenaka Mak Yong

4. Karut Wau Bulan

23
Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat

In Formal Malay (Translation in Brackets)

Eh Wau Bulan 2X

(“Wau Bulan” is a specially shaped kite)

Wau Bulan teraju tiga

(“Teraju Tiga” describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a single

24
string for flying)

Ini malam sama-sama

(Tonight, all of us together)

Sama-sama bersuka-ria

(Together, we all have a good time)

Sejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh

serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang

di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai

persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

25
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.

Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur

kebudayaan dari negara China.

26
Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara

Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah. Diceritakan bahawa ada sepasang suami

isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan

menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang

bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana

suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka

beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh

padi. Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.

Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga

melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang

telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa

anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut

sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang

menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

27
Bahagian Perincian Wau

28
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada

kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Bahagian Utama Wau

29
Teknik Pembuatan Wau Tradisional

30
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh,

kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk

menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan

aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam

pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang

aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan

mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat

beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan

menyimpan buluh tersebut.

31
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh

Mencari dan Menebang Buluh

• Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam

semak atau dusun.

• Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut

mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

• Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai

semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

• Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh

seperti di waktu tengahari.

• Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu.

Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.

• Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah

ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang

Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu

tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.

32
Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi

rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh

daripada dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat

ialah :

• Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.

• Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu

jam.

• Menyalai kepingan buluh pada bara api.

33
Meraut Buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan

seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada

bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah

34
benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah

dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

• Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut

dan sederhana keras.

• Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan

semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

• Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5

sentimeter.

• Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan.

Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter

untuk memudahkan ia dibentuk.

• Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan

digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang,

tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan

dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap,

35
satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan

buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-

tengah kepingan buluh.

36
37
Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

• Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3

bahagian tersebut.

• Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu

• Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang

• Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian

tersebut seimbang di kedua-kedua belah.

• Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap

• Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut

membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau.

38
• Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk

diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu

bersamaan dengan keluasan kepala wau.

• Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh

daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang

pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut

lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

• Ukur kertas dengan saiz bingkai.

• Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari

rangka bingkai.

• Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’

• Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

39
Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan

wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

• Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian

ekor.

• Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan

mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor

pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

• Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak

asas bagi wau.

• Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan

menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih

dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas

kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan

40
kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap

tadi.

• Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas

berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.

• Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada

bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus

lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup

kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau

yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain

itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya

mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai

sehingga lapan warna.

41
Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu

42
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.

Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk

membentuk rambu

Proses Membuat Serta Memasang Belalai

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau

Proses Membuat Serta Memasang Busur

43
Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan.

Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.

• Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.

• Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian

bunyi yang dikehendaki.

• Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua

sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.

• Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala

wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan

benang nilon.

44
Jenis Koleksi Wau Tradisional
Wau Kucing

Wau Bulan Wau Jala Budi

Wau Merak

45
Kesimpulan

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini

haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah

negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi

terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan

dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat

diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

46
Rumusan

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang

warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di negara

yang tercinta ini. Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih

mendalam tentang Permainan Tradisional Wau.Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka

tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan menghayati Permainan

Tradisional orang melayu. Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

yang begitu unik dan indah.Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan

memahami permainan tradisional dengan mendalam, maka akan timbul semangat

patriotisma dalam diri manusia.

Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat

Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-padu

ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang

tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Umum mangetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya

memupuk semangat perpaduan di hati rakyatnya yang berbilang kaum. Namun itu bukan

sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan dalam jangka masa yang terdekat. Oleh itu,

usaha untuk memupuknya telah dimulakan sejak negara belum merdeka lagi.

47
Setelah melebihi separuh abad, usaha itu kini boleh dilihat jelas hasilnya. Tetapi

kita masih perlu melakukan sesuatu untuk memastikan perpaduan ini berterusan.

Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga dan mempertahankan maruah

bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum yang menetap di

negara ini. Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud jika tanggungjawab

dijalankan dengan penuh rasa hormat dan bekerjasama.

Selain itu, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya

yang berkaitan dengan bangsa dan negara. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap

negara, maka masyarakat akan moncontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat

untuk setia kepada negara.

Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud jika kita sentiasa bekerjasama dan

tolong- menolong antara satu sama lain. Ia akan bersemangat kekitaan pada diri bangsa

Malaysia.

Semua kaum juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara untuk

hidup aman dan damai dalam masyarakat luar kerana tahap disiplin kita yg tinggi.

48
Lampiran

Jenis-Jenis Wau

Wau Bulan Wau Kucing Wau Daun

Wau Helang Wau Jalabudi Wau Kenyalang

Wau Merak Wau Puyuh Layang-Layang

49
Negeri yang mempopularkan permainan wau

50
Negeri yang mempopularkan permainan wau

51
Rujukan

52
Buku ilmiah

• Nama pengarang : Mohamad Nazri Ahmad

• Tajuk : Wau dan seni Tekat

• Tahun Terbit : 2000

• Tempat Terbit : PUSTAKA MAWAR


18, Lebuh Biru
Taman kampung Kuantan
41300 Klang
Selangor Darul Ensan

Intenet

• http//malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

DVD

• Kelantan….place to visit

Majalah

• Dewan Siswa

• Edisi Mei 2007

53