Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Kurikulum

Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada ‘laluan
dalam sesuatu pertandingan’. Berdasarkan kepada konsep tersebut, perkataan
kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan ‘laluan atau laluan-laluan’.
Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan
pembelajaran yang berkembang iaitu ‘apa itu persekolahan’. "Kurikulum adalah suatu
pelan bagi pembelajaran" (Taba,1962) .Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad
ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-
unsur seperti kepelbagaian, keperluan kemasyarakatan dan strategi-strategi
pengajaran.

Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan,


proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran; tahap
tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran;
bagaimana dan di mana kurikulum dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998). Semua
perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan
adalah untuk mencapai matlamat pendidikan
PERANANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM KBSR

Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah digubal atas rasional bahawa aktiviti
pembelajaran dan pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan asas yang
melibatkan tiga kemahiran, iaitu membaca, menulis dan mengira ( 3 M ) .
Pendidikan peringkat rendah juga hendaklah menyeluruh dan seimbang dari segi
perkembangan intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani.

KBSR juga dirancangkan untuk memberi setiap murid peluang yang sama
untuk mendapat kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang
diperlukan. Murid-murid juga diberi peluang dan ruang bagi mengembangkan atau
mempertajamkan bakat, minat dan daya kreatif mereka.

Mengikut perakuan 57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet pula menyatakan


bahawa kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-
murid mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi, bidang manusia dengan
alam sekeliling dan perkembangan bidang diri individu yang sesuai dengan
keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid.

Untuk mencapai matlamat di atas, bukanlah satu perkara mudah kerana ia


memerlukan kesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru
dan murid-murid itu sendiri.
PERANAN GURU DALAM PENTAFSIRAN KURIKULUM

Pemilihan bahan –bahan pelajaran untuk mebentuk sesuatu kurikulum yang berkesan
adalah bukan satu tugas yang ringan.ini adalah kerana Isi kandungan sesuatu
kurikulum sekolah yang utamanya ialah bahan pelajaran. Tanpa bahan pelajaran yang
bernas, kurikulum itu tidak berguna dan tidak bermakna. Di sinilah perntingnya peranan
seseorang guru dalam mentafsirkan sesuatu kurikulum itu bagi memilih media-media
bahan pelajaran yang berkesan untuk membantu pelajarnya.

Berikut adalah kriteria untuk memilih bahan-bahan pelajaran supaya membentuk


sesuatu kurikulum yang berkesan :

Ditinjau dari sudut falsafah epistemologi:

Bahan-bahan pelajaran mestilah sesuai dengan prinsip keseriusan kognitif, iaitu bahan-
bahan pelajaran yang dipilih hendaklah sah dan tepat tanpa sebarang tafsiran
kekaburan dan keraguan

Ditinjau dari sudut falsafah moral :

Bahan pelajaran mestilah sesuai dengan nilai moral, iaitu bahan-bahan pelajaran yang
dipilih hendakalah mengutamakan unsure pendidikan yang dapat meningkatkan nilai
moral seseorang pelajar dan sesuai dengan kehendak masyarakat dewasa ini.

Ditinjau dari sudut perkembangan psikologi :

Bahan-bahan pelajaran hendaklah diorganisasi dan disusun mengikut turutan


perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak. Contohnya daripada isi pelajaran yang
mudah ke yang lebih sukar. Dari yang konkrit ke yang abstrak. Bahan –bahan pelajaran
yang dipilih hendaklah disusun berlandaskan organisasi psikologi, logical, dan
sistematik.
Ditinjau dari sudut ekonomi dan pragmatisme

Bahan-bahan pelajaran yang digunakan hendaklah mempunyai nilai-nilai ekonomi,


praktikal, sesuai dengan keperluan pelajar dan masyarakat yang boleh membawa
faedah untuk kehidupan seseorang,. Ia juga mestilah dapat memupuk nilai murni dan
tingkah laku positif serta boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
khasnya teknologi maklumat masa kini.

Penelitian dan pentafsiran sukatan pelajaran

Sukatan pelajaran membawa makna suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan


sesuatu matapelajaran tertentu. Sukatan pelajaran disediakan secara rasmi oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sukatan pelajaran ini mengandungi beberapa perkara yang penting seperti unit
pembelajaran, objektif, kemahiran-kemahiran yang disusun mengikut tahap. Semua
perkara tersebut dihuraikan secara terperinci dalam sebuah Buku Panduan Khas untuk
digunakan oleh guru sebagai panduan asas semasa menyediakan rancangan kerjanya.
Contohnya, guru prasekolah akan merujuk kepada buku huraian kurikulum prasekolah
kebangsaan untuk menyediakan rancangan kerjanya.

Disamping itu, guru haruslah membaca dan membuat pentafsiran terhadap kemahiran-
kemahiran yang hendak diajarnya dalam keseluruhan tahun untuk mendapatkan
gambaran jelas tentang apa yang hendak diajarkan dalam tahun prasekolah itu.
PERANAN GURU DALAM PERANCANGAN KURIKULUM

Perancangan kurikulum meliputi rancangan pengajaran yang disediakan oleh guru


berdasarkan sukatan pelajaran sesuatu matapelajaran yang diajar, (Mok Soon
Sang,1996). Tujuan menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk dijadikan
panduan asas dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu
matapelajaran. Rancangn pengajaran akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih sitematik dan disusun mengikut pemeringkatan yang sesuai seperti dari yang
senang ke yang sukar.

Rancangan pengajaran meliputi rancangan pengajaran tahunan, rancangan pengajaran


semester, rancangan pengajaran mingguan, rancangan pengajaran harian.

Rancangan pengajaran tahunan

Disediakan berdasarkan sukatan pelajaran keseluruhan tahun. Mempunyai perkara-


perkara seperti nombor rujukan sukatan pelajaran, objektif, tajuk hendaklah ditulis
dalam rancangan kerja tahunan. (Rujuk contoh seperti dalam lampiran)

Rancangn Pengajaran Semester/penggal

Disediakan berdasarkan rancangan pengajaran tahunan. Mengandungi butir-butir


seperti topic pelajaran, kemahiran, penerapan nilai serta strategi pengajaran dan
pembelajaran. (rujuk contoh seperti dalam lampiran)

Rancangan Pengajaran Mingguan

Disediakn berdasarkan rancangan pengajaran semester/penggal. Mempunyai perkara-


perkara seperti matapelajaran, topic, penerapan nilai, kemahiran dan lain-lain lagi.
(rujuk contoh seperti dalam lampiran)
Rancangan pengajaran harian

Disediakan berdasarkan rancangan pengajaran mingguan. Mempunyai perkara-perkara


seperti objektif pelajaran, tema pelajaran, aktiviti-aktiviti pelajaran, waktu pengajaran
dan lain-lain lagi. (rujuk contoh seperti dalam lampiran)

Perancangan Persediaan Mengajar untuk pelaksanaan kurikulum

Seorang guru perlu mengkaji sukatan pelajaran secara mendalam untuk membuat
perancangan persediaan mengajar yang baik. Segala konsep yang ingin disampaikan
kepada pelajar haruslah dikuasai oleh guru terlebih dahulu.

Kemudian, guru harus menganalisis bahan pelajaran dan seterusnya memilih,


memeringkatkan serta menyusun aktiviti pengajaran. Alat bantu mengajar perlu juga
perlu digunakan dengan berkesan untuk memudahkan pencapaian objektif
pembelajaran.

Peruntukan masa untuk pelajaran itu perlu dibahagikan dengan berpatutan supaya
setiap langkah penyampaian menjamin penflibatan murid secara aktif serta dapat
membuat penilaian dan maklum balas di akhir pengajaran.

Penentuan langkah-langkah pengajaran dan peruntukan masa

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan


berkesan, sistematik dan mengikut jadual, isi pelajaran yang dipilih dan disusun
mengikut langkah-langkah yang sesuai hendaklah dikaitkan dengan masa yang
diperuntukkkan.

Guru perlu mempertimbangkan beberapa langkah yang patut diperuntukkan bagi isi
pelajaran yang hendak disampaikan. Pada asasnya, sesuatu pengajaran menagmbil
masa 30 minit yang terdiri daripada set induksi, perkembangan dan penutup. Guru perlu
mengambil masa yang lebih panjang dalam bahagian perkembangan.
Komponen persediaan

Sebelum memulakan sesi pengajaran, guru perlu mengumpulkan maklumat-maklumat


isi pengajaran seperti objektif pelajaran, sumber pengajaran, kemahiran, penerapan
nilai, supaya boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan bermakna. Maklumat-maklumat ini sangat penting untuk membolehkan
guru memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar, memeringkatkan isi pengajaran,
menentukan strategi pengajaran berdasarkan kebolehan murid.

Komponen perkembangan

Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baik akan menjamin


keberkesanan penyampaian proses pengajaran. Untuk melaksanakan langkah-langkah
penyampaian yang telah pun dirancang, guru perlu memilih strategi pengajaran yang
paling tepat serta kelengkapan bahan bantu mengajar yang ada.

Pada asasnya, sumber pengajaran terdiri dari 3 kategori utama iaitu; bahan rujukan,
bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan-bahan ini memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan bahan
rujukan untuk merancang aktiviti pengajarannya. Bahan pengajaran pula digunakan
untuk menyampaikan konsep dengan cara yang lebih berkesan.

Guru perlu mengorganisasi sumber pengajaran yang ada mengikut cara-cara seperti :

 menyediakan satu rekod senarai sumber bahan pengajaran,

 Semua sumber pengajaran perlu disimpan secara berasingan mengikut


matapelajaran

 Bahan pengajaran seperti gambar, specimen, lukisan hendaklah dipamerkan


supaya murid boleh melihat dan membacanya.

 Ruang penyimpanan hendaklah disediakan almari, rak atau kotak supaya


sumber pengajaran dapat disimpan dengan baik.
Komponen penutup

Merupakan bahagian penutup proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh


memilih jenis penutup yang sesuai seperti aktiviti susulan, penilaian objektif pelajaran,
aktiviti membuat rumusan dan kesimpulan. Semua kaedah ini dapat mengukuhkan lagi
pembentukan konsep yang baru diterima oleh murid-murid Hasil penilaian akhir di
bahagian penutup ini, akan digunakan untuk pengubahsuaian terhadap waktu peljaran
yang berikutnya.

PERANAN GURU DALAM MANGUBAHSUAI DAN MENILAI KURIKULUM

Peringkat ini merupakan peringkat akhir dalam proses perkembangan kurikulum.


Proses penilaian dibuat serentak dalam masa pelaksanaan KBSR. Tujuan penilaian ini
adalah untuk mendapat maklumat tentang pelaksanaan KBSR, dan hasil penilaian
digunakan untuk memperbaiki kurikulum tersebut.

Sebelum membuat penilaian ini, guru boleh membuat aktiviti susulan. Daripada aktiviti
inilah guru boleh menilai proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh mengesan
pencapaian objektif pelajarannya dan seterusnya mengubahsuai strategi pengajaran
pada sesi yang berikutnya.

Satu daripada punca pelajar Melayu lemah adalah disebabkan tabiat mengajar guru
yang tidak mampu menarik minat mereka dan banyak berlaku di sekolah-sekolah luar
bandar yang pelajarnya 100% Melayu. “Mentaliti dan sikap mengajar di sekolah
dibuat sambil lewa padahal sekolah-sekolah di luar bandar inilah yang perlu diberi
perhatian lebih disebabkan kemudahan yang serba-serbi kurang.”(Prof.Dr.Aminah
Ayob,2003)

Senario ‘mentaliti dan sikap mengajar guru-guru yang sambil lewa’ ini tentulah
menghalang sesebuah sekolah itu mencapai tahap berkesan malah malang sekali
apabila kita gagal menjadi ‘insan cemerlang’ dalam melaksanakan tugas terutama
tugas P&P di dalam bilik darjah; gagal mendidik dan meneladan anak didik, yang
akhirnya dibuktikan dengan keputusan peperiksaan atau pencapaian kemahiran yang
tidak menyerlah. Inilah apa yang Jemaah Nazir Persekutuan namakan sebagai
‘kelesuan proses pendidikan’ yang wujud di sekolah-sekolah.

Guru pada ketika yang sama adalah seorang pelajar. Ia perlu sentiasa belajar untuk
mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya bagi menjadi pendidik yang
profesional untuk mencapai matlamat pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, sebagai
seorang pendidik, seseorang itu perlulah sentiasa menginsafi dirinya dan melihat
profesionnya sebagai suatu yang amat berharga.

Sifat dan Ciri-ciri Seorang Guru Yang Perkasa

Terhadap Murid: Guru ini menunjukkan

 Punyai empati dan komitmen yang tinggi dalam menghargai orang lain (anak
didik, ibubapa dan rakan sejawat dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga
kognitif.
 Dapat ‘menghubungkan’ mata pelajaran di ajar dengan kehidupan murid-murid
 Kenal, hormati dan percayai murid-murid.
 Mengajar murid-murid teknik belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis
 Boleh menjana idea-idea baru dan menarik untuk murid-murid berfikir
mengenainya.
 Menggalakkan murid-muird bertanyakan soalan mengenai pelajaran.
 Hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan dan
permainan, persembahan muzikal dan kebudayaan.

Terhadap Mengajar: Guru Yang Perkasa

 Sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, iaitu mercu tanda profesionalisme


seorang guru.
 Berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada
pengalaman.
 Adil dalam menilai dan menggred.
 Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
 Bersemangat dalam mengajar murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran.
 Seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang
kompleks mudah difahami dan sangat dihargai para pelajarnya.
 Sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-
murid.
 Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk,
dan menyatupadukan mata pelajaran.
 Secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi
memastikan kurikulum yang sentiasa ‘baru dan segar’ serta relevan.
 Menyertai jawatankuasa–jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah atau
dirinya sendiri.

Terhadap Disiplin: Guru Yang Perkasa

 Seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar.


 Seorang yang ‘dahagakan ilmu’; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan
membaca, menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; atau
mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan.
 Juga seorang yang suka ‘belajar’ perkara-perkara di luar bidangnya.
 Aktif dalam pertubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat
menyertainya.
 Menjadi ahli kepada komuniti yang belajar.
 Bina dan mengekalkan perhubungan profesional.
 Bekerja dalam organisasi sekolah yang luas.

Anda mungkin juga menyukai