Anda di halaman 1dari 18

SMK TANSAU PENAMPANG

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI ALAM


SEKITAR FIZIKAL

Pemuliharaan Orang Utan

Nama : Safiah binti Masbaka


Tingkatan : 6 Atas 1
No. Mykad : 910314-12-5934
Nama Guru : Pn. Windy Anjilus

1
ISI KANDUNGAN

Perkara Halaman
Pendahuluan 3
Penghargaan 4
Objektif kajian 5
Kaedah Kajian 6
Lokasi kajian 7
Hasil Kajian 8
Rumusan 16
Rujukan 17
Lampiran 18

2
PENDAHULUAN

Kami pelajar Tingkatan 6 Atas SMK Tansau sesi 2009/2010 telah diberi tugasan untuk
menjalankan kajian lapangan mengenai usaha memulihara Orang Utan di Rasa Ria Resort,
Tuaran.

Kami dalam sebuah rombongan telah berkunjung ke Rasa Ria Resort pada 17 April 2010
diiringi guru mata pelajaran Geografi 1 kami, Puan Windy Anjilus dan beberapa orang guru
pengiring yang lain.

Sepanjang lawatan kami ke resort tersebut, kami diberi taklimat dan penerangan serba
sedikit fakta berkisar tentang spesies yang semakin diancam kepupusan itu selain beberapa
maklumat tambahan mengenai Rasa Ria Resort.

3
PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada guru Geografi 1 kami, Puan Windy Anjilus
kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menjalankan kajian ini.

Seterusnya, saya juga amat berterima kasih kepada rakan- rakan setingkatan yang telah
membantu dan bekerjasama dengan baik dan sudi berkongsi maklumat sepanjang kami
menjalankan kajian lapangan ini.

Tidak lupa juga kepada anggota keluarga saya yang telah memberikan sokongan moral
dan kewangan, justeru membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan lancar.

4
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian lapangan kami pada kali ini mempunyai objektif seperti berikut:

1. Mengenali spesies Orang Utan (Pogmo pygmaeus) dengan lebih dekat.


2. Mengkaji punca ancaman kepupusan spesies ini.
5. Menyenaraikan kesan-kesan kepupusan Orang Utan.
3. Mengkaji langkah pencegahan kepupusan Orang Utan.
4. Menyenaraikan kepentingan pemuliharaan Orang Utan.

5
KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah bagi sepanjang menjalankan kajian lapangan
Geografi 1 ini, antaranya termasuklah:

 Menjalankan pemerhatian bagi mengenal pasti kegiatan/ aktiviti Orang Utan.


 Sesi taklimat dan soal jawab turut dijalankan melibatkan renjer- renjer yang
berpengalaman memberi penerangan tentang Orang Utan dan habitatnya.
 Kaedah merujuk sumber sekunder pula kami jalankan untuk memperoleh peta topo
dan maklumat tambahan tentang Rasa Ria Resort dan spesies Orang Utan.

6
LOKASI KAJIAN

Kajian luar Geografi 1 ini kami jalankan di daerah Tuaran atau lebih spesifiknya di Resort
Shangri La Rasa Ria. Resort ini menjalankan usaha memulihara anak- anak Orang Utan sebelum
dihantar ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.

7
HASIL KAJIAN

Mengenali Ciri- ciri dan Habitat Orang Utan

Sebelum kami mendekati habitat Orang Utan yang terletak jauh di dalam hutan, kami
diberi penerangan oleh renjer- renjer melalui sesi taklimat dan soal jawab. Di Rasa Ria Resort,
mereka menjalankan aktiviti menjaga anak- anak Orang Utan yang terpisah dari ibunya. Buat
masa ini, terdapat 6 ekor anak Orang Utan yang ditempatkan di sini iaitu Cinta, Afiq, Gembira,
Reg, Jaya dan Katie.

Orang Utan hanya terdapat di kepulauan Borneo dan Sumatera. Mamalia ini terdapat di
kawasan pergunungan pada paras 2, 400 m dari Gunung Kinabalu. Jantan dewasa (15 tahun ke
atas) berdiri setinggi 1.4 meter dan mempunyai berat 50 – 100 kg. Betina mempunyai berat di
antara 34 – 40 kg. 0rang utan boleh hidup diantara 35-40 tahun atau lebih.

Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya
panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat
manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan
matanya bersaiz kecil. Orang Hutan mempunyai lengan yang panjang dan kuat. Mereka
membuat sarang di atas pokok daripada daun-daun dahan-dahan kecil di mana mereka tidur
pada waktu malam dan berehat pada waktu siang. Orang Utan hidup dengan memakan buah-
buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang
Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah.

Orang Utan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai
hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan
Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan
jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan.

Seekor Orang Utan betina boleh beranak sekurang-kurangnya 3 – 4 kali dengan purata
seekor anak setiap satu tahun. Masa bunting adalah kira-kira 9 bulan. Jangka masa
mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun.

Taburan Orang Utan di Asia Tenggara


8
Pada zaman dahulu, Orang Utan boleh ditemui di rantau Asia Tenggara sehingga ke
negara China. Namun, populasinya semakin berkurangan dan kini Orang Utan hanya boleh
dijumpai di Kepulauan Borneo termasuk Sabah dan Sarawak serta Sumatera.

Walaupun Orang Utan hanya terdapat di Asia Tenggara, organisasi-organisasi tertentu


telah mengambil langkah yang wajar bagi memastikan spesies orang utan dapat dilihat oleh
seluruh lapisan masyarakat di dunia. Sebagai contoh, Zoo Brookfield dan beberapa zoo lain di
Amerika Utara telah bekerjasama dalam satu program pembiakan Orang Utan.

Laporan bertajuk Oil for Ape Scandal oleh Pertubuhan Friends of the Earth pada 23
September 2005 mendedahkan bahawa tanpa campur tangan segera, perdagangan kelapa
sawit boleh menyebabkan pupusnya spesies Orang Utan dalam masa 12 tahun. Malah, hampir
90 peratus habitat Orang Utan di Malaysia dan Indonesia telah musnah. Beberapa orang pakar
menganggarkan bahawa 5,000 Orang Utan pupus setiap tahun, kesan daripada keadaan itu.
Terdapat kurang daripada 60,000 Orang Utan yang hidup secara liar di Borneo dan Sumatera.

Punca kepupusan orang utan

9
World Wildlife Foundation (WWF) melaporkan habitat bagi hidupan spesies di dunia
sedang diancam aktiviti pertanian. Contohnya, kelapa sawit adalah anca- man terbesar yang
membahayakan hidupan mamalia. Populasi gajah Asia, badak sumbu Sumatera, Orang Utan
dan harimau semakin pupus berikutan tanaman kelapa sawit merampas habitat mereka.

Dianggarkan kira-kira 70 peratus populasi Orang Utan di Sabah pada masa ini menghuni
kawasan Hutan Simpan Komersial yang dieksploitasi untuk tujuan pembalakan. Malah,
berdasarkan kajian yang dijalankan Projek Pemeliharaan Orang Utan Kinabatangan (KOCP) dan
Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD), didapati lebih 6,000 Orang Utan dikenal pasti mendiami
kawasan hutan simpan milik Yayasan Sabah. Kesannya, Orang Utan semakin kehilangan habitat
kerana haiwan berkenaan sangat sensitif terhadap gangguan habitat yang berpunca daripada
kegiatan manusia.

Penebangan atau penerokaan hutan tidak terancang secara berleluasa dikenal pasti sebagai
punca utama penurunan jumlah Orang Utan, selain kegiatan pemburuan haram. Biasanya,
pemburu akan mengambil hempedu haiwan ini untuk tujuan rawatan. Berikutan itu, kerajaan
negeri bertindak mengambil beberapa langkah penting dalam usaha mengelak haiwan endemik
ini terus lenyap dari muka bumi.

Terdapat juga segelintir individu yang menyalahgunakan kekayaan yang dimiliki asalkan
dapat memenuhi kehendaknya untuk menjadikan anak Orang Utan sebagai haiwan peliharaan.
Orang kaya seperti ini biasanya mengupah pemburu untuk mendapatkan haiwan tersebut.
Disebabkan ibu Orang utan akan menjaga si anak dengan cermat, pemburu tidak mempunyai
pilihan lain selain memisahkan anak Orang Utan dari Ibunya dengan cara membunuh ibu Orang
Utan tersebut.

Ancaman Kepupusan yang Dihadapi Orang Utan

1. Tanpa campur tangan segera, perdagangan kelapa sawit boleh menyebabkan pupusnya
spesies Orang Utan dalam masa 12 tahun.
2. Hampir 90 peratus habitat Orang Utan di Indonesia dan Malaysia telah musnah.
3. Beberapa orang pakar menganggarkan bahawa 5,000 Orang Utan pupus setiap tahun,
kesan daripada keadaan itu.
4. Terdapat kurang daripada 60,000 Orang Utan yang hidup secara liar di Borneo dan
Sumatera.
5. Kerajaan Indonesia bercadang untuk mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit terbesar
dunia di Borneo, iaitu di sepanjang sempadan dengan Malaysia, yang akan merentasi
kawasan perlindungan Orang Utan.

Kesan Kepupusan Orang Utan

10
Antara kesan kepupusan Orang Utan adalah kekurangan bilangan Orang Utan di dunia.
Selain itu, generasi akan datang tidak akan berkesempatan untuk melihat makhluk ciptaan
Tuhan yang tidak ternilai seperti Orang Utan. Kepupusan Orang Utan juga akan menyebabkan
penyelidikan tentang hidupan ini akan terhenti dan usaha untuk menambah bilangan binatang
ini akan menjadi sia-sia. Akhir sekali, kepupusan Orang Utan akan menyebabkan kita kehilangan
sumber alam yang amat berharga.

Langkah Mengatasi Kepupusan Orang Utan

Projek pemulihan Orang Utan di Sabah telah dicadangkan oleh P.F. Burgess Timbalan
Konservator Hutan pada tahun 1961 bertujuan untuk melindungu spesies unik ini daripada
ancaman kepupusan. Di Sabah, Orang Utan adalah haiwan dilindungi di bawah Ordinan
Pemuliharaan Haiwan, 1963.

Anak Orang Utan mempunyai kadar pembesaran yang lambat, kadang-kadang


mengambil 5 – 7 tahun sebelum boleh hidup sendiri dan sekurang-kurangnya 7 – 10 tahun
sebelum mencapai kematangan seksual. Di negeri Sabah, pemusnahan habitat secara
berleluasa merupakan punca utama kepupusan spesies ini. Orang utan bergantung kepada
hutan peringkat pertama yang mana telah dieksploitasi untuk tujuan penanaman untuk terus
hidup. Ini menyebabkan Orang Utan terpaksa meninggalkan kawasan habitatnya dan terpaksa
pindah ke kawasan pergunungan di mana makanan tidak mencukupi. Pergerakan orang utan
yang lambat juga menyebabkan mereka menjadi sasaran pemburu. 0rang utan merupakan
binatang pendiam dan tidak menyerang dan merupakan binatang yang dilindungi di Sabah.
Pada masa ini Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang mengambil langkah-langkah untuk
memindahkan Orang Utan dari khemah balak dan estet ke kawasan perlindungan di seluruh
negeri.

Pusat penyelamat Orang Utan di Indonesia padat dengan bayi Orang Utan yang yatim
piatu yang diselamatkan dari hutan-hutan yang ditebang untuk perladangan kelapa sawit.
Kerajaan Indonesia bercadang untuk mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit terbesar dunia di
Borneo, iaitu di sepanjang sempadan dengan Malaysia, yang akan merentasi kawasan
perlindungan Orang Utan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 10 September 2005
telah menggesa kerajaan Malaysia dan Indonesia menerima dan melaksanakan Deklarasi
Kinshasa yang diterbitkan dan juga menamatkan penukaran kawasan habitat Orang Utan
kepada ladang-ladang kelapa sawit..
Proses Pemulihan Orang Utan

11
1. Kemasukan

Proses pemulihan Orang Utan bermula apabila sahaja pusat ini menerima Orang Utan
sama ada dirampas atau diserahkan secara sukarela oleh pemilik-pemilik haram dari ladang
pertanian atau kem pembalakan. Kebanyakan Orang Utan yang diterima oleh pusat ini terdiri
dari anak-anak Orang Utan yang kehilangan ibunya dan masih memerlukan perlindungan dan
sokongan penuh dari ibunya untuk terus hidup. Tapi kini menjadi tanggungjawab kakitangan
pusat ini pula untuk memastikan anak- anak Orang Utan ini terus hidup dan dapat kembali
semula ke dalam hutan.

2. Kuarantina

Apabila sahaja Orang Utan tiba di pusat ini, ia akan dimasukkan ke dalam klinik untuk
pemeriksaan kesihatan dan rawatan yang perlu sebelum menjalani tempoh kuarantina.
Tempoh kuarantina anak Orang Utan ini sekurang-kurangnya 3 atau 6 bulan bergantung kepada
takat kesihatan Orang Utan tersebut semasa diterima. Peringkat kuarantina adalah amat
penting bagi memastikan tidak ada jangkitan penyakit kepada orangutan yang lain. Bahagian
Klinik akan menjalankan pemeriksaan am seperti pemeriksaan tahi (bagi melihat kehadiran
jenis cacing dan bakteria), ujian kencing, Malaria, ujian TB dan sinaran-X (pemeriksaan dada dan
karpus).

3. Taman Asuhan

Sebaik sahaja selesai menjalani peringkat kuarantina, Orang Utan akan dinilai sama ada
dibebaskan di kawasan taman asuhan bagi Orang Utan di bawah umur 3 tahun atau dibebaskan
terus di pelantar A ataupun B. Bagi Orang Utan yang dibebaskan di taman asuhan, mereka
dilatih dengan bantuan dari kakitangan pusat ini supaya dapat memanjat sendiri. Mereka akan
dilepaskan pada setiap pagi dan dengan ini diharapkan agar mereka dapat mula membina
kemahiran hidup di dalam hutan.

4. Pelantar Makan A (Latihan Semangat)

12
Setelah Orang Utan itu bertambah yakin dan mahir, ianya akan dibawa ke pelantar
makan A di mana kehidupan di dalam hutan bermula. Pada peringkat ini, kakitangan pusat ini
akan membawa makanan hanya 2 kali dalam sehari yang terdiri dari buah-buahan dan
minuman susu ditambah zat galian dan vitamin.

5. Pelantar Makan B (Latihan Kehidupan)

Akhir sekali setelah Orang Utan ini telah menunjukkan keupayaan untuk mencari
makanan sendiri, latihan kehidupan pun bermula. Bagi peringkat ini, Orang Utan akan dibawa
ke pelantar makan B yang terletak lebih kurang 1.5 km dari pusat ini untuk dilepaskan. Biasanya
pemberian makanan akan semakin dikurangkan supaya mereka dapat mencapai kehidupan
berdikari yang sepenuhnya dan seterusnya berintegrasi dengan populasi Orang Utan liar yang
terdapat di hutan simpan Sepilok.

Penjagaan Kebajikan dan Kesihatan Orang Utan

13
Terdapat sebuah hospital khusus untuk menjaga anak Orang Utan berbulu merah di
Kawasan Peranginan Alam Sekitar Bukit Merah di Malaysia. Ia merupa- kan satu-satunya
hospital yang menyediakan perkhidmatan untuk menjaga anak Orang Utan berbulu merah yang
hampir pupus di seluruh dunia.

Hospital ini ditubuhkan pada bulan Mac tahun 2004. Sebanyak 23 ekor anak Orang Utan
berbulu merah yang ditinggalkan oleh ibunya dijaga di hospital ini. Oleh sebab tidak mendapat
susu ibu yang cukup, kesihatan kebanyakan anak Orang Utan ini kurang baik, dan mereka
mungkin mati cepat sekiranya tidak diberi penjagaan khas di hospital ini.

Semua Orang Utan berbulu merah ini dimaklumkan akan meninggalkan hospital ini pada
umur setahun. Mereka akan dihantar ke sesuatu agensi khas untuk belajar bagaimana hidup
dalam suasana alam sekitar yang sebenar.

Menurut statistik, hanya tinggal 3,000 ekor Orang Utan berbulu merah di seluruh dunia,
ekoran kadar kelahirannya yang rendah dan persekitaran habitatnya yang telah terjejas.

Kepentingan Pemuliharaan Habitat Orang Utan

14
Orang Utan tidak akan pupus jika diwujudkan cara untuk memelihara dan memuliharanya
dengan lebih lestari. Apabila faktor-faktor kepupusan dapat diatasi seperti pembalakan haram
dan pembakaran terbuka yang berleluasa dihentikan, ia akan dapat menyelamatkan habitat
Orang Utan daripada lenyap dari atas muka bumi ini.

Pemuliharaan habitat Orang Utan membawa kebaikan iaitu dapat memastikan generasi
akan datang berpeluang untuk merasai sendiri kewujudan Orang Utan. Selain itu, anugerah
Tuhan yang tidak ternilai ini dapat dikongsi bersama oleh seluruh masyarakat dunia.

Habitat Orang Utan akan menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong luar negara
mahupun pelancong dari dalam Negara. Hal ini kerana habitat ini cuma boleh didapati di
Kepulauan Borneo dan Sumatera sahaja. Secara tidak langsung, pelancongan yang datang dapat
memberi manfaat serta meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang
asing.

Dengan pemuliharaan Orang Utan ini akan membolehkan kajian saintifik dijalankan dan
pembiakan sepsis Orang Utan akan meningkat. Malah, melalui kajian dan penyelidikan atau
R&D (Research and Development) ini kita akan dapat mengetahui cara kehidupan mamalia ini
dan aktiviti serta pemakanan Orang Utan. Selain itu, kita juga dapat mencari fakta bagi
membantah pendapat Darwin, seorang saintis Barat yang mengatakan asal kejadian manusia
pada mulanya ialah daripada spesies Orang Utan.

RUMUSAN

15
Orang Utan dijangkakan pupus menjelang 2012, melainkan orang ramai bertindak
sekarang untuk menghentikan pemusnahan hutan hujan tropika di Borneo. Sekiranya mereka
pupus, ia merupakan suatu keaiban yang terpaksa ditanggung oleh warga Borneo sampai bila-
bila.

Orang awam yang menjumpai anak Orang Utan yang berkeliaran harus menghantar
haiwan tersebut ke tempat sepatutnya di mana ia akan dilindungi. Sikap tamak juga perlu
dihapuskan dari dalam diri kita agar tidak menganiaya Orang Utan. Berikan sinar harapan baru
kepada haiwan-haiwan ini agar mereka tidak pupus di atas muka bumi ini kerana kita adalah
harapan mereka.

RUJUKAN

http://serisaujana09.blogspot.com/search/label/Orang%20Utan

16
http://www.expedia.com/pub/agent.dll/qscr=dspv/htid=48661/crti=1/hotel-location-map

http://www.jphpk.gov.my/Malay/Nov05%2026ff.htm

http://www.shangri-la.com/en/property/kotakinabalu/rasariaresort

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pusat_Pemuliharaan_Orang_Utan_Sepilok

http://irwannorasyraf.wordpress.com/2009/08/09/orang-utan-borneo-dan-sumatera/

http://www.medantalk.com/habitat-orangutan-makin-terancam/

http://www.sinisini.com/hotel/malaysia/sbh/Shangri_las_Rasa_Ria/location.htm

Risalah Edaran Rasa Ria Resort

Longman Geografi Alam Sekitar Fizikal 2009


* Hj. Rusly Musa
* Hjh. Nurashikin Abdullah

LAMPIRAN

17
18

Anda mungkin juga menyukai