Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
TEMA 4:-
CERITA RAKYAT
NO.K/P:-951228-10-5188
TINGKATAN:-3 BAKAWALI
PENGENALAN:-
BAB 1
CERITA RAKYAT 1
-GUNUNG WUTAISHAN-
Gunung Wutaishan terletak di Provinsi Shanxi Tiongkok dan terdiri atas lima puncak.
Konon Gunung Wutaishan dulu namanya Gunung Wufeng (lima puncak) dan
cuaca di sana sangat buruk. Budha Wenshu kebetulan menyebarkan agama di
sana, sesudah mnyaksikan massa rakyat di sana sangat sengsara, ia memutuskan
untuk mengubah cuaca sana.
Budha mengetahui bahwa Raja Naga di Laut Timur memunyai sebuah batu
sakti yang dapat mengubah cuaca kering menjadi lembab, maka ia menyamar
sebagai seorang biksu dan meminjam batu itu kepada Raja Naga.
Raja Naga akhirnya mengatakan, “batu sakti itu sangat berat, kalau kamu dapat
mengangkatnya, silakan saja.”
Budha Wenshu mengucapkan terima kasih dan membaca mentera dan batu raksasa
itu langsung menjadi sebuah kerkil kecil. Raja Naga sangat kaget dan menyesal
kerana Budha Wenshu telah kembali di Gunung Wufeng meletakkan batu sakti itu di
sebuah lembah di tengah-tengah gunung, Gunung Wufeng langsung menjadi sangat
sejuk cuacanya. Lembah itu dinamakan sebagai Lembah Sejuk, dan di sana
dibangun sebuah kuil dengan nama Kuil Sejuk. Gunung Wutaishan sekarang juga
dinamakan sebagai Gunung Sejuk.
NILAI-NILAI
-SAYANG AYAH-
CERITA RAKYAT 3
-NAKHODA TANGGANG-
Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan
mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan
terkenal.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang
berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan
meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah
melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.
Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar
mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali
ke kampung setelah menjadi kaya.
Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat
suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak
angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru.
Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.
Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput
oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri
Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang
kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada
orang tuanya.
“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.
“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma
dengan gembira.
Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda
Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai.
Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si
Tanggang muncul dengan isterinya.
“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya.
“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.
“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.
Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan
kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali.
“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa
kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si Tanggang. Mukanya
merah padam kerana malu dan marah.
“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “
kata Si Deruma.
“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi
kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.
Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak
kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.
Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua
belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah
ibu kandungnya.”
Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu
terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah
memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.
“ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si
Tanggang.
Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya.
Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar
menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.
NILAI-NILAI
LAMPIRAN
Nakhoda tanggang
BIBILIOGRAFI
Melalui internet
-www.google.com.my-
-kamus dewan bahasa dan pustaka-
REFLEKSI INDIVIDU
Dari sudut positif tuliskan