Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA PELAKSANAAN DEMOSTRASI DAN PROSEDUR

PERMAINAN KECIL PENDIDIKAN JASMANI

1.0 PENGENALAN

Kesihatan dan kecergasan adalah di antara keperluan asas bagi pencapaian


kejayaan dan kesejahteraan dalam segala kegiatan hidup seseorang setiap hari untuk
sepanjang hayat.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah berteraskan pemupukan kefahaman,


nilai dan amalan tentang gaya hidup yang sihat dan cergas, terutama sekali keperluan
dan masalah berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan remaja. Ini termasuk
pengetahuan tentang proses pertumbuhan dan perkembangan pesat remaja,
kefahaman tentang kesihatan jasmani, mental dan emosi mereka, serta kemahiran-
kemahiran bagi memelihara dan meningkatkan lagi taraf kesihatan dan kecergasan diri.
Perhatian akan diberi kepada pengaruh luar, khususnya pengaruh daripada keluarga
rakan sebaya dan keadaan alam sekitar, serta isu-isu yang timbul hasil daripada
interaksi dengan pengaruh-pengaruh ini. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan
memberi pelajar peluang menyedari akan keadaan dirinya, membuat penyesuaian
terhadap masalah-masalah lokomotor seperti koordinasi anggota badan, demi untuk
memupuk keyakinan diri. Kegiatan-kegiatan jasmani yang dicadangkan akan
membantu memudahkan proses sosiolisasi dengan memberi pelajar peluang
berinteraksi di antara satu sama lain, dan berinteraksi dalam masyarakat di sekolah
serta di komuniti.

Permainan kanak-kanak terdiri daripada empat kategori iaitu pemukul &


pemadang, sasaran, jaring & dinding dan serangan. Dalam permainan kanak-kanak,
murid-murid dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran dalam permainan asas
seperti kriket, boling, badminton, skuasy, bola sepak dan sebagainya. Selain itu murid-
murid juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam sesuatu permainan selain
dapat menjadi lebih kreatif, meningkatkan kesihatan, dapat fokus terhadap sesuatu

1
perkara, meransang otak kiri untuk membuat keputusan dengan cepat dan banyak lagi
faedah lain yang boleh kita perolehi melalui permainan kanak-kanak ini.

Melalui permainan kanak-kanak juga kita dapat mengeluarkan idea yang bernas
dan kreatif untuk mencipta sesuatu permainan yang baru dan dapat memanipulasi
sesuatu alatan itu kepada suatu permainan yang baru yang lebih menarik.

2.0 TAJUK
Kategori : Serangan
Nama permainan : Soft Ring

3.0 MATLAMAT
Matlamat utama mempelajari permainan kanak-kanak ini ialah :-

1. Memupuk semangat kesukanan dalam diri guru pelatih.


2. Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial setiap individu
mencapai pembangunan yang optimum dan memberi sumbangan kepada
masyarakat.
3. Meningkatkan kecergasan jasmani keseluruhan murid supaya mereka boleh
melakukan kerja-kerja hariannya dengan cekap dan kreatif.
4. Memberi keyakinan diri kepada setiap guru pelatih untuk mengajar Pendidikan
Jasmani dengan menarik dan kreatif pada masa kelak.
5. Membantu guru pelatih untuk mencapai pertumbuhan sosial dan kemanusiaan
dalam diri.
6. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dalam
permainan.
7. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor.
8. Menguasai konsep aktiviti permainan kanak-kanak mengikut kemampuan diri.
9. Membentuk keputusan bijak mengikut keadaan persekitaran dalam kehidupan.

2
4.0 OBJEKTIF
1. Memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang cara melakukan
aktiviti permainan kanak-kanak serta cara-cara mengaplikasikan dalam kurikulum
PJK sekolah.
2. Membantu para guru pelatih membezakan model dan kategori permainan
kanak-kanak.
3. Menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan bagi aktiviti permainan
kanak-kanak untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
kurikulum PJK sekolah.
4. Membolehkan pelajar menghayati dan mengamalkan nilai murni semasa
menjalankan aktiviti permainan sesama murid.
5. Memupuk etika kerjasama sesama pelajar bagi menghasilkan suasana
konduksif.
6. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan dan kecergasan serta
membentuk sahsiah dan disiplin diri individu.
7. Membantu dalam mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan
keselamatan semasa menyertai palbagai kegiatan fizikal.

5.0 BUTIRAN PERTANDINGAN

5.1 Tarikh
 12-15 Oktober 2009

5.2 Masa
 7.45 pagi – 1.15 petang

5.3 Tempat
 Padang bola jaring

3
6.0 KUMPULAN SASARAN
 Murid-murid tahap dua (Darjah 4, 5 dan 6)

Aktiviti ini sesuai dilakukan untuk tahap dua kerana mereka lebih mahir dengan
kemahiran-kemahiran asas permainan yang selaras dengan kemampuan fizikal
dan bentuk badan mereka. Permainan ini dirancang untuk menguji kecergasan,
kemahiran dan kecerdasan psikomotor pelajar dalam melakukan serangan untuk
membuat jaringan atau mengumpul mata.

7.0 BILANGAN PESERTA

Bilangan peserta seramai 21 orang dan dibahagikan kepada 3 kumpulan yang


terdiri daripada 7 orang pemain bagi setiap kumpulan.

8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

8.1 Jawatan Kuasa Kerja


Pembimbing Permainan : Nur Zawani bt Ahmad
AJK Peralatan : Nurul Huda bt Umar
AJK Kawalan Peserta : Siti Amalina Atika bt Muhamad Yusoff
Nor Hafizah bt Ahmad
AJK Pemarkahan/ Masa : Nur Adilah bt Mat Nor

8.2 Senarai Semak Permainan

8.2.1 Sebelum permainan


1. Tempat perlaksanaan permainan tidak digunakan oleh pihak lain
sebelum aktiviti permainan dijalankan.
2. Tempat permainan adalah bersih dan selamat digunakan.
3. Semua peserta permainan berada di gimnasium sebelum 7.45 pagi
dan berpakaian sukan yang kemas.

4
4. Sebelum aktiviti permainan dimulakan, peserta melakukan aktiviti
memanaskan badan.

8.2.2 Semasa permainan


1. Semua peserta permainan haruslah memahami peraturan.
2. Peserta permainan berada dalam kedudukan masing-masing dan
sedia menerima arahan permainan.
3. Peserta permainan perlu peka terhadap persekitaran permainan.
4. Pastikan bilangan ahli pemain mencukupi dalam setiap kumpulan.
5. Semua peralatan dibahagikan secara sama.
6. Pencatat markah sentiasa peka terhadap markah dan masa
permainan.

8.2.3 Selepas permainan


1. Semua peralatan dikumpulkan di satu tempat.
2. Peserta permainan dikumpulkan di tengah kawasan mengikut
kumpulan supaya keputusan senang disampaikan.
3. Pastikan tiada ahli kumpulan yang cedera semasa aktiviti
permainan dijalankan.

8.3 Senarai Peralatan


Alatan yang diperlukan untuk permainan Soft Ring ialah:

1. Sarung tangan bola lisut


2. Pundi kacang
3. Kapur
4. Jersi/ beep
5. Gelung rotan
6. Wisel

5
9.0 CARA BERMAIN

1. Permainan ini menggunakan pundi kacang dan tangan di mana tangan kiri
akan memakai sarung tangan bola lisut.
2. Terdapat 7 orang pemain bagi setiap pasukan di mana seorang menjadi
penjaga gol manakala 6 orang yang lain menjadi pemain.
3. 6 orang pemain diletakkan di posisi masing-masing iaitu 2 orang pemain
pertahanan, 2 orang pemain tengah dan 2 orang lagi pemain penyerang.
4. Permainan akan dimulakan di kawasan tengah padang dengan membuat
lambungan duit syiling.
5. Pemain pertahanan hanya boleh berada di kawasan pertahanan sahaja,
begitu juga dengan pemain penyerang yang hanya boleh berada di kawasan
serangan. Bagi pemain tengah pula, apabila pasukan mereka menyerang
pemain tengah boleh memasuki kawasan serangan untuk membantu
penyerang pasukan mereka menjaringkan gol.
6. Pundi kacang hanya boleh ditangkap dengan menggunakan tangan kiri
iaitu tangan yang memakai sarung tangan dan menghantar serta
menjaringkan pundi kacang tersebut dengan menggunakan tangan kanan.
7. Hantaran pundi kacang tersebut hanya boleh dibuat kepada pemain yang
berada di kawasan berhampiran sahaja.
8. Sekiranya salah satu pasukan menghantar pundi kacang keluar daripada
kawasan permainan, pihak lawan akan mendapat lontaran ke dalam.
9. Markah atau gol akan dikira sekiranya pundi kacang berjaya ditangkap
oleh penjaga gol masing-masing.
10. Sekiranya salah satu pasukan berjaya menjaringkan gol, permainan akan
dimulakan semula di bahagian tengah padang oleh pihak lawan.

6
10.0 PERATURAN PERMAINAN

1. Masa permainan ialah selama 5 minit iaitu 2 minit untuk separuh masa
pertama 1 minit untuk masa rehat dan 2 minit lagi untuk separuh masa
kedua.
2. Hanya 7 orang pemain dibenarkan masuk ke dalam padang bagi setiap
pasukan.
3. Permainan hanya akan dimulakan selepas pengadil meniupkan wisel
permulaan.
4. Permainan akan bermula di kawasan tengah padang.
5. Pemain perlulah berada di kawasan masing-masing. Jika ada pemain
yang masuk ke dalam kawasan yang tidak boleh dimasuki, balingan percuma
akan diberikan kepada pihak lawan.
6. Pemain mesti menghantar pundi kacang kepada pemain yang berada di
kawasan berhampiran sahaja, jika pemain menghantar pundi kacang terlalu
jauh iaitu ‘ over court’ balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
7. Pemain hanya dibenarkan menangkap pundi kacang menggunakan
tangan kiri sahaja. Jika pemain menangkap pundi kacang dengan
menggunakan tangan kanan atau kedua-dua belah tangan, balingan percuma
akan diberikan kepada pihak lawan.
8. Jika pemain melakukan ‘body contact’ atau kekasaran terhadap pihak
lawan, pihak lawan akan mendapat balingan percuma.
9. Balingan ke dalam hanya boleh dilakukan daripada luar kawasan
permainan dan pemain tidak boleh memijak garisan padang. Jika ada pemain
memijak garisan padang sewaktu hendak melakukan balingan ke dalam,
balingan ke dalam tersebut akan diberikan kepada pihak lawan.
10. Pemain hanya boleh menjaringkan gol daripada luar kawasan ‘D’ sahaja.
Jika pemain menjaringkan gol daripada dalam kawasan ‘D’, gol tidak akan
dikira dan balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
11. Permainan akan apabila pengadil meniupkan wisel penamat.

7
11.0 ASPEK KESELAMATAN

1. Pemain perlulah berada di kawasan masing-masing supaya tidak berlaku


perebutan yang boleh mengakibatkan kecederaan.
2. Pemain perlulah memakai sarung tangan bola lisut untuk mengelakkan
kecederaan semasa menangkap pundi kacang.
3. Pemain perlulah menangkap pundi kacang dengan menggunakan tangan
kiri iaitu tangan yang memakai sarung tangan bagi mengelakkan kecederaan.
4. Pemain mestilah menghantar pundi kacang kepada rakan yang berada
berhampiran kawasan permainan supaya pundi kacang tidak terkena pemain
lain jika pemain menghantar pundi kacang terlalu jauh.
5. Pemain tidak dibenarkan melakukan kekasaran atau ‘body contact’
terhadap pemain lain.
6. Pemain perlulah menjaringkan gol daripada luar kawasan ‘D’ bagi
mengelakkan kecederaan penjaga gol pihak lawan.

12.0 JADUAL PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Jadual pertandingan adalah seperti di
bawah:

Petola

Timun

Terung

8
13.0 PEMARKAHAN

Markah akan diberikan kepada pasukan yang berjaya menjaringkan gol di gawang gol
sendiri. Berikut merupakan boring skor markah.

Skor

Jumlah
Kumpulan Skor
Skor

Kumpulan Petola

Kumpulan Timun

Kumpulan
Terung

9
14.0 UKURAN PADANG PERMAINAN

10
15.0 RUMUSAN

Pendidikan jasmani adalah satu bidang yang selalunya diabaikan oleh pihak
sekolah, terutamanya kepada murid darjah enam. Pihak sekolah tidak seharusnya
mengukur pencapaian murid dalam bidang akademik sahaja. Sememangnya
pendidikan jasmani juga adalah penting dan dapat memperkembangkan kemahiran
motor murid-murid. Bukan itu sahaja, pendidikan jasmani juga dapat membina
keyakinan diri murid-murid. Jika murid-murid berjaya membaling bola tepat ke sasaran
atau menjaringkan gold an sebagainya, maka ia akan dapat menambahkan keyakinan
diri mereka. Selain itu, pendidikan jasmani juga dapat meningkatkan kecergasan dan
pembangunan mental dari segi kognitif dan afektif.

Dalam tempoh melaksanakan kerja kursus ini, kami dapat mempelajari tentang
apa itu permainan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, kami juga dapat menimba
pengalaman dengan pelaksanaan demonstrasi permainan kanak-kanak tersebut. Kerja
kursus ini juga telah memberi peluang kepada kami untuk meningkatkan kemahiran
kami dalam mencuba beberapa permainan yang melibatkan keempat-empat kategori
dalam “Teaching Games For Understanding” (TGFU). Tidak dapat dinafikan lagi
bahawa dengan mencuba beberapa permainan baru ini, sememangnya dapat
menambahkan keyakinan diri kita. Pada mulanya kami telah melaksanakan
pengelolaan permainan kanak-kanak atau TGFU yang kurang memuaskan tetapi
setelah kerap kali kami mengulangi pengelolaan permainan yang telah kami rancang,
kami menjadi lebih yakin dan berani untuk mengelolakan permainan tersebut dengan
lebih baik. Ini juga telah mengajar kami bahawa kejayaan hanya akan datang jika kita
berusaha dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya sebagai bakal seorang guru
pendidikan jasmani perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dan mahir dalam
bidang ini supaya dapat mengajar murid-murid ilmu tentang permainan kanak-kanak
atau TGFU yang betul.

Akhir kata, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


jutaan terima kasih kepada En. Azemi bin Abdullah yang telah bersusah-payah

11
mengajar kami. Ribuan terima kasih juga kepada ibu bapa kami yang selalu memberi
semangat dan nasihat kepada kami serta ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan kami yang telah banyak membantu kami sepanjang tempoh
melaksanakan kerja kursus ini.

12
BIBLIOGRAFI

Buku Rujukan

Abdul Hafidz Hj. Omar, Hussian Ayon & Zalawati Sufian, (2004). Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Helen Ten H.B. (1992). Pengajaran Pendidikan Jasmani Kanak-kanak.


Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wee E.H. (1994). Pengajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

13
Lampiran A – Senarai peralatan permainan

Pundi kacang Jersi/ Beep

Sarung tangan bola lisut Gelung rotan

14
Wisel

Lampiran B – Gambar Pelaksanaan Pengelolaan Permainan Glove Ball

Lambungan duit syiling Penjaga gol


berada
dalam gelung
rotan

15
Merebut bola dalam kawasan masing-masing

Pemain bersedia menyambut pundi kacang

Pemain memakai sarung tangan lisut dengan tangan kiri

Pemain tidak dibenarkan memasuki kawasan pemain lain

16
Pemain membuat balingan dengan tangan kanan

Pemain menyambut pundi kacang dengan menggunakan tangan kiri

17