Anda di halaman 1dari 5

CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM

DIMALAYSIA
NAMA: SAZHALYANA BINTI LANTONG
KELAS:1/F
GURU: CIKGU CHEN
SUBJEK:PENDIDIKAN SIVIK KEWRGANEGARAAN

TAJUK: PERAWAN TUJUH BERADIK

CERITA KAUM KADAZANDUSUN

Pada zaman dahulu , kononnya ada sebiji buah yang sangat luar biasa .
Pokoknya tumbuh di tengah-tengah lautan yang sangat luas . Sesiapa sahaja yang
memperolehi buah itu dipercayai akan menjadi amat bertuah . Maka tersebutlah
kisah seorang pemuda bernama Lenggai . Dia berasal dari Kalimantan Barat .
Walaupun Lenggai seorang pengembara yang gagah berani , namun dia selalu
ditimpa malang . Pada suatu hari Lenggai membuat keputusan hendak mencari
buah ajaib itu . Dia kemudiannya membina sebuah kapal layar dan belayar
menyeberangi lautan . Pelayaran itu sangat sukar tetapi Lengai tetap tidak berputus
asa .

Walaupun telah beberapa lama belayar , namun pokok yang berbuah ajaib itu
belum juga kelihatan . Akhirnya , pada suatu hari , setelah hampir tiga bulan
belayar , tiba-tiba kapal Lenggai termasuk ke dalam pusaran air yang sangat kuat .
Kapalnya berpusing-pusing dengan ligat sekali . Lenggai sedaya upaya cuba hendak
menyelamatkan kapalnya daripada bencana itu . Lenggai hampir-hampir lemas .
Tiba-tiba dari percikan yang disebabkan oleh pusara air itu dia ternampak sebatang
pokok yang sangat tinggi . Matanya terpaku ke arah pokok itu . Pokok itu seolah-
olah muncul dari pusat pusaran air itu . Dia pasti itulah pokok ajaib yang dicari-
carinya selama ini . Kapal Lenggai hampir ditelan pusaran air itu .

Pada detik yang mencemaskan itu Lenggai melompat ke dalam air dan
berenang sekuat-kuatnya ke arah pokok itu . Setelah selamat sampai , dia pun
memanjat ke sebatang dahan yang selamat daripada pusaran air itu dan dia berehat
di situ seketika . Setelah bertenaga semula , Lenggai memandang sekelilingnya dan
dia ternampak seekor burung yang sangat besar di salah sebatang dahan yang
tertinggi di pokok itu . Cengkaman kuku burung itu sama besarnya dengan
genggaman seorang manusia . " Jika aku dapat memegang kaki burung itu , tentu
aku dapat kembali semula ke daratan , " bisik hati Lenggai . Dia pun mula memanjat
pokok itu dari satu dahan ke satu dahan sehingga dia berada kira-kira sehasta dari
tempat burung itu hinggap . Dengan secepat kilat dia menyambar pergelangan kaki
burung itu dan bergayut di situ sekuat-kuatnya . Burung besar itu sama sekali tidak
menyedari akan apa yang berlaku kepada dirinya . Setelah beberapa lama
kemudian burung itu pun terbang membawa Lenggai yang bergayut pada kakinya .
Burung itu terbang dan terus terbang menyeberangi lautan dan merentasi daratan ,
sehingga Lenggai menjadi sangat letih dan tidak berdaya lagi . Akhirnya burung itu
ternampak beberapa ekor lembu . Burung itu melayang turun dan secepat kilat
menyambar seekor lembu .

Pada ketika itulah Lenggai melepaskan pegangannya dan jatuh ke tanah


dengan selamatnya . Lenggai memerhatikan kawasan di sekelilingnya . Dia sangat
hairan melihat kawasan di situ . Lenggai belum pernah melihat tempat yang sebegitu
cantik , pokok-pokok menghijau dan berbuah lebat dengan bunga-bunga kembang
berseri . Lenggai terus berjalan dan akhirnya dia tiba di suatu lorong yang ditumbuhi
bermacam jenis bunga yang berwarna-warni . Dia mengikuti lorong itu lalu terjumpa
sebuah rumah yang indah . Lenggai terus masuk ke dalam rumah itu dan dilihatnya
seorang perawan sedang menyediakan makanan .
"Oh!"
Gadis itu sangat terperanjat meliha t Lenggai berada di dalam rumahnya .
"Jangan takut , saya tidak akan mengapa-apakan kamu . Saya tidak tahu di mana
saya sekarang . Saya memerlukan makanan dan tempat tidur untuk malam ini , "
terang Lenggai .
Perawan itu mempersilakan Lenggai duduk dan dia memberikan Lenggai sedikit
makanan . Ketika Lenggai sedang makan , perawan itu menceritakan bahawa dia
adik bongsu kepada tujuh orang adik-beradik yang tinggal dalam rumah itu . Enam
orang kakaknya telah keluar bekerja di sawah . Lenggai pula kemudiannya
menceritakan apa yang telah dialaminya . Lewat petang itu keenam orang kakak
perawan itu pun pulang . Mereka semuanya sangat senang hati menerima
kedatangan Lenggai dan melayaninya dengan baik .
Semenjak hari itu Lenggai pun tinggal bersama-sama perawan tujuh beradik itu.
Setiap hari apabila keenam-enam perawan itu pergi ke sawah, Lenggai tinggal di
rumah menjaga adik mereka yang bongsu itu. Setelah beberapa lama perawan
bongsu jatuh cinta kepada Lenggai.Pada suatu hari dia memberitahu akan
perasaannya itu kepada kakak-kakaknya. Mereka semuanya bersetuju perawan
bongsu berkahwin dengan Lenggai. Lenggai juga bersetuju dengan cadangan itu.
"Kamu nanti akan menjadi sebahagian daripada keluarga ini," jelas kakak yang
sulung. "Sekarang masanya telah tiba untuk kamu mengetahui bahawa sebenarnya
kami tujuh beradik daripada Bintang Tujuh. Adik bongsu kami ini dinamakan Bintang
Banyak. Saya tidak boleh memberitahu kamu lebih daripada ini. Sayangilah adik
bongsu kami ini kerana dia sangat kami sayangi. " Maka seminggu kemudiannya,
majlis perkahwinan Lenggai dengan Bungsu Bintang Banyak pun diadakan. Ramai
orang kampung di rumah-rumah panjang yang berdekatan dijemput untuk meraikan
majlis itu.Beberapa tahun berlalu. Lenggai dan Bungsu Bintang Banyak mendapat
seorang anak laki-laki yang diberi nama Selamuda. Lenggai menjaga anaknya itu
dengan penuh kasih sayang sementara isterinya dan kakak-kakaknya bekerja di
sawah.Sememangnya sejak awal lagi, Lenggai telah diberi amaran supaya tidak
membuka penutup tajau yang terletak di sudut rumah itu.
"Wahai suamiku, berjanjilah bahawa abang sama sekali tidak akan membuka
penutup tajau ini," pesan Bungsu Bintang Banyak.
"Jika abang membukanya juga, akibatnya amatlah buruk sekali."
Lenggai mematuhi kata-kata isterinya. Walau bagaimanapun, oleh kerana selalu
diingatkan berulang kali, Lenggai berasa ada sesuatu yang ganjil dalam tajau itu.
Perasaan ingin tahunya datang dengan mendadak.

Pada suatu hari hanya Lenggai dan anaknya sahaja yang tinggal di rumah.
Lenggai merenung tajau itu beberapa kali. Perasaan ingin tahunya memuncak dan
Lenggai tidak boleh bersabar lagi. Dengan cermat dia membuka penutup tajau itu.
Alangkah dahsyatnya! Melalui mulut tajau itu dia dapat melihat beribu-ribu orang
manusia sedang sibuk menanam padi. Apa yang anehnya mereka kelihatan jauh
sekali di bawah. Lenggai menyedari kini dia berada di suatu tempat yang tinggi,
seolah-olah di sebuah negeri di awang-awangan.Lenggai runsing sekali dengan apa
yang dilihatnya. Dia tahu siapa mereka itu. Merekalah manusia di bumi dan
semuanya sedang bekerja dengan tekun.

Pada petangnya, apabila isteri dan keenam orang kakaknya pulang dari
sawah, Lenggai tidak memberitahu mereka apa yang telah dilakukannya. Semasa
waktu makan, Lenggai kelihatan sedih dan bimbang. Dia makan sedikit sahaja.
Bungsu Bintang Banyak mengesyaki sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Dia
segera bertanya kepada Lenggai:
"Suamiku, adakah abang membuka tajau itu?"
Lenggai hanya mendiamkan diri. Setelah disoal beberapa kali akhirnya Lenggai
mengaku membuka tajau itu dan menceritakan apa yang telah dilihatnya.
"Isteriku, kejadian itulah yang mengganggu fikiranku," Lenggai menjelaskan.
"Oh suamiku, bukankah telah kuberitahu supaya jangan membuka penutup tajau
itu? Abang telah melakukan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan," Bungsu Bintang
Banyak berkata dalam tangisan. "Sekarang abang tidak dapat lagi tinggal bersama
kami. " Bongsu Bintang Banyak menangis teresak-esak sambil menimang anaknya.
"Anakku, oh anakku, tidak pernah ibu terfikir kita akan berpisah. Sekarang sudah
tibalah masanya. Oh! Betapa beratnya penderitaanku," tangis Bungsu Bintang
Banyak.

Maka pada keesokan harinya isteri Lenggai dan keenam orang kakaknya
menyediakan persiapan untuk menurunkan Lenggai dan anaknya ke bumi melalui
mulut tajau itu. Mereka semua bertangis-tangisan. Sebelum berpisah, kakak Bungsu
Bintang Banyak yang tertua menjelaskan selanjutnya:
"Lenggai, tahulah kamu bahawa kami berasal dari Bintang Tujuh. Kami memberi
petunjuk kepada peladang di bumi. Carilah kami dalam kegelapan sebelum terbit
fajar. Apabila kamu ternampak kami di langit, mulalah segera menanam padi."
Jika kami telah tidak lagi kelihatan di langit apabila kamu mula menanam, maka
hasilnya tidak akan banyak, malahan apa jua yang kamu tanam tidak akan memberi
hasil. Semasa berada di sini, kami telah melihat kami tidak pernah tinggal di rumah
hanya Bungsu Bintang Banyak sahaja yang berada di rumah.Bungsu Bintang
Banyak juga mengingatkan suaminya supaya menurut nasihat kakaknya itu dan
menceritakan pula kepada anaknya supaya kedudukan Bintang Tujuh akan sentiasa
menjadi petunjuk kepada petani di bumi. Setibanya di bumi, Lenggai menceritakan
semua pengalaman yang dialaminya kepada orang-orang kampung.Dia
menceritakannya dari masa dia meninggalkan kampung untuk mencari buah ajaib
sehinggalah masa dia berkahwin dengan adik bungsu Bintang Tujuh.Semenjak hari
itu, kononnya, padi akan mula ditanam apabila kelihatan Bintang Tujuh mengerdip di
langit.

-TAMAT-