Anda di halaman 1dari 10

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR

1. NAMA PROGRAM

Pendidikan Luar IPGM Pendidikan Teknik, Cheras Kuala Lumpur, KDC-KDPM


Pengajian Prasekolah Ambilan Mei 2009, KDC-KDPM Pengajian Islam Ambilan
November 2008 dan KPLI-KH (SR) Ambilan Januari 2010.

2. PENGENALAN

Pendidikan Luar iaitu Sukan Rekreasi ialah salah satu sukatan yang terdapat dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani Akademik. Program Sukan Rekreasi ini
dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta diwajibkan kepada
semua pelajar KDC-KDPM Pengajian Prasekolah Ambilan Mei 2009, KDC-KDPM
Pengajian Islam Ambilan November 2008 dan KPLI-KH (SR) Ambilan Januari 2010
yang mengambil minor mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Program ini diadakan di
Kem Raudah, Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada 5 hingga 8 Jun 2010. Hal yang
demikian adalah selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah
Bahagian Pengambilan Guru melalui Pusat Perkembangan Kurikulum yang
menetapkan kokurikulum agar bakal guru perlu diberi pendedahan Pendidikan Luar.
Hal ini penting untuk mengaplikasikan ilmu dan pengalaman serta tentang kaedah
perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak. .
Sebanyak 25% markah kerja kursus semester satu berdasarkan pengurusan dan
amali Pendidikan Luar pelajar KDC-KDPM dan KPLI.

2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1 Matlamat

1
Pelbagai tujuan program ini diadakan, antaranya untuk memberikan pendedahan,
peluang, dan pengalaman berkaitan aktiviti pendidikan luar. Tujuan utama pengajaran
dan pembelajaran Sukan Rekreasi untuk membolehkan bakal guru menguasai
sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam aktiviti pendidikan
luar ini. Pendidikan Luar merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran
yang memberi pendedahan dengan mewujudkan iklim luar bilik darjah yang
menggalakkan bakal guru secara aktif pada tahap yang kompleks di samping menguji
ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui program
seperti ini juga dapat memupuk semangat toleransi, kerjasama, dan setiakawan di
samping mampu membentuk kepimpinan serta kekentalan jiwa sebagai seorang
bakal guru.

2.2 Objektif

Objektif Program Pendidikan Luar KDC-KDPM Pengajian Pra Sekolah Ambilan


Mei 2009, KDC-KDPM Pengajian Islam Ambilan November 2008 dan KPLI-KH
(SR) Ambilan Januari 2010, ini ialah untuk memastikan pelajar ini :

i) Memberi pendedahan dan pengalaman bekerja dalam kumpulan


(Teamworking) seterusnya memupuk semangat saling bantu- membantu
dan toleransi dalam kalangan peserta.

ii) Melatih bakal guru menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif .

iii) Mampu membentuk seorang bakal guru yang fleksibel atau mampu
menyesuaikan diri (adaptability) dalam apa jua keadaan.

iv) Memberi kesedaran kepada bakal guru mengenai konsep pembelajaran


sepanjang hayat (Lifelong Learning) yang mana pengalaman yang
diperolehi dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

v) Memupuk keyakinan diri (Self-Esteem).

vi) Memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam


menghadapi sebarang perubahan yang berlaku di persekitaran luar
dengan membolehkan seseorang pemimpin membuat perancangan dan
strategi.

2
vii) Membentuk dan melatih bakal guru menjadi seorang insan pendidik
yang tabah, sabar, kuat semangat dan kental jiwanya.

viii) Mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai


seorang bakal guru.

3. REFLEKSI AKTIVITI

Pada refleksi ini, ingin saya berkongsi pengalaman sebelum program pendidikan luar
yang sebenar berlangsung, yang utamanya saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan seperjuangan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk
menjadi bendahari program. Pengalaman yang tidak akan saya lupakan menguruskan
kewangan program. Pada kasarnya memang sukar untuk memengang wang tunai
sebanyak enam ribu, atas nasihat pensyarah dan rakan-rakan yang berpengalaman
wang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam bank bagi mengelakkan perkara yang
tidak diingini berlaku. Sungguh tidak terduga dengan rombakkan demi rombakkan
yang dibuat untuk mengatasi masalah keputusan baget dari pihak IPG, dan yang
paling tidak saya lupakan rakan-rakan program sudi membantu untuk mencari dana
bagi menampung buget sekiranya ia tidak cukup untuk melaksanakan program ni.
Alhamdulillah semua urusan di permudahkan dengan berkat kerjasama semua ahli
program. Penempahan baju program, saguhati dan pembelian barang – barang yang
berkaitan berjalan dengan lancar akhirnya.

3.1 REFLEKSI AKTIVITI KEYAKINAN DAN KESELAMATAN DI AIR ( WATER


CONFIDENT)

Sebelum kami para peserta program melakukan aktiviti keyakinan dan


keselamatan di air (water confident) khususnya saya, telah melihat satu
kerjasama yang amat baik sekali semasa memasang khemah. Para peserta
perempuan sama-sama bertungkus-lumus memasang khemah, menyusun atur
kedudukan khemah dan memastikan semua khemah berada dalam keadaan
yang baik. Nilai-nilai ini harus kita terapkan dan pupuk untuk kita mendidik
pelajar-pelajar kita nanti.

3
Jam 5.30 petang semua peserta lengkap berpakaian di air untuk aktiviti
seterusnya. Pada aktiviti Keyakinan dan keselamatan di air’ atau water
confident ini, kami telah didedahkan dengan teknik-teknik untuk merasa yakin
apabila berada di dalam air. Sebelum aktiviti dijalankan, setiap peserta
diwajibkan memakai jaket keselamatan dan setiap peserta perlu memastikan
rakan-rakan bersebelahan dengannya memakai jaket tersebut dengan betul
dan membuat senaman regangan bagi melengekkan kekejangan di dalam air.
Apabila semua kelengkapan telah dipakai dan senaman telah di buat peserta
akan masuk ke dalam air laut. Kami diberi keyakinan oleh fasilitator yang
terlibat agar yakin dan percaya kepada jaket keselamatan yang dipakai. Para
peserta didedahkan dengan kemahiran berenang. aktiviti ini dibuat secara
berpasangan.

Pada aktiviti ini saya dapat pendedahan yang amat baik sekali melalui teknik-
teknik yang betul untuk berenang maka dengan ini dapatlah saya
aplikasikannya pada aktiviti dengan para pelajar nanti.

3.2 REFLEKSI AKTIVITI PERBENTANGAN LAPORAN OLEH KETUA-KETUA


AHLI JAWATANKUASA.

Pada Keseleruhan laporan program, fasilitator banyak memberi penekanan


laporan dari ketua peralatan & khemah kerana bahagian ini adalah amat peting
sekali untuk sesebuah aktiviti perkhemahan yang ingin diadakan. Ini kerana
Ahli jawatankuasa perlu membuat senarai semak alatan yang hendak di bawa
dan memastikan peralatan tersebut boleh di gunakan. AJK ini juga perlu
memastikan khemah yang dibawa cukup dan berkeadaan baik . Banyak
maklumat dan ilmu yang saya perolehi bagi persediaan sebagai seorang guru
untuk membawa pelajar-pelajarnya keluar berkhemah bagi memastikan semua
peralatan cukup dan boleh digunakan.

4
3.3 REFLEKSI AKTIVITI SENAMAN PAGI

Senaman pagi adalah aktiviti rutin yang baik untuk dilalukan. Pada aktiviti ini
kami telah melakukan senaman reganggan yang di ketuai oleh saudara
Hafizzudin. aktiviti pemanasan seterusnya kami beramai-ramai membuat
lompat bintang dengan kiraan dari kiraan yang sedikit sehingga ke kiraan yang
banyak. Melalui kiraan ini saya dapat melihat kerjasama yang sepadu oleh
semua ahli dan kami dapat berhenti serentak tanpa ada yang membuat
kesalahan. bagi hari keduanya pula kami yang diketuai saudara Hafizzudin
sekali lagi telah mengadakan permainan bola beracun. Permainan ini juga
boleh digunakan sebagai aktiviti pemanasan badan. Bukan itu sahaja malah
banyak lagi aktiviti-aktiviti lain selain senaman regangan yang boleh kita
lakukan untuk pemanasan badan.

3.4 REFLEKSI AKTIVITI EXPLORE RACE ( KEMBARA )

Explore race ( kembara ) pada gambaranya semua peserta mengandaikan


yang mereka akan kembara di dalam hutan. Semasa persiapan untuk kembara
ini dapat saya lihat pelbagai aksi dan telatah rakan-rakan ada yang bersedia
untuk masuk ke dalam hutan. Akhirnya ketika taklimat ringkas dari fasilitator
tentang aktoviti yang akan kami ikuti ini sedikit un tidak masuk ke hutan,
masing-masing tertawa melihat diri sendiri. Pasa sesi taklimat ringkas tersebut
fasilitator meminta semua wang, telefon untuk disimpan kerana aktiviti ini
peserta tidak dibenarkan membeli dan menelefon sesiapan untuk
melengkapkan tugasan. Pada aktiviti kembara ini banyak yang dapat saya
pelajari melalui soalan-soalan tugasan seperti menulis tulisan tamil dan
mencari sebutan dalam tamil. Pertama kali dalam hidup saya belajar menyebut
bahasa tamil dan menulis tulisan dengan kaum india. Aktiviti ini bagus untuk

5
kita aplikasikan pada pelajar-pelajar di sekolah melalui komunikasi dan
keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang ramai yang berbilang kaum di
negara kita ini.

3.5 REFLEKSI AKTIVITI IKATAN TALI

Aktiviti ikatan tali ini dikelolai oleh fasilitator En. Burn, mana beliau banyak
berkongsi dengan kami jenis-jenis ikatan tali yang banyak kegunaannya.
Secara asasnya para peserta mempunyai kemahiran ikatan, ini kerana ada
diantara kami yang terlibat dengan unit beruniform yang telah didedahkan
dengan pelbagai jenis ikatan seperti ikatan buku sila, simpul pencuri, bunga
geti, tindih kasih, simpul manok dan banyak lagi. Rakan yang mahir pada
ikatan – ikatan yang ditunjukan oleh fasilitator dengan baik hati mengajar
rakan- rakan yang lain. Pada saya mempelajari kemahiran ikatan ini juga ada
pentingnya kerana ia berguna apabila kita berada disituasi yang memerlukan
kita melakukannya.

3.6 REFLEKSI AKTIVITI KEMBARA MALAM ( NIGHT WALK )

Pada jam 11.00 malam 6 jun 2010, para peserta diberikan taklimat ringkas
mengenai kembara malam ini. Para peserta di berikan nombor pengenalan diri
bagi memudahkan fasilitator untuk memastikan bilangan peserta pergi dan
balik mencukupi. Aktiviti ini diadakan untuk menguji tahap keyakinan diri setiap
individu dan merasai perasaan seorang yang buta. Aktiviti seperti sudah biasa
saya ikuti Cuma perkara yang paling saya tidak boleh lupakan ialah terhantuk
kepala pada pokok, bukan sekali tapi tiga kali. Dapat saya bayangkan andainya
orang buta yang berjalan sebegini. Aduhai memang kecian pada mereka kalau
tiada bantuan yang diberikan. Selesai semua peserta melakukan aktiviti ini
kami sekali lagi di gemparkan dengan pekabaran bahawa salah seorang

6
peserta telah hilang. Semua fasilitator meminta respon dan tindakan susulan
pada Ajk tertingi ( penghulu/ penghuluwati / setiausaha dan bandahari ).
Setelah kata sepakat semua peserta maka kami semua bergerak mengikut
kumpulan untuk mencari rakan yang hilang dan dalam masa yang sama
penghuluwati telah bersungguh-sungguh melawan kata ketua Fasilitator
dengan menyatakan ini adalah helah dan hilang secara terancang.
Pengalaman ini sama dengan apa yang pernah saya lakukan semasa
perkhemahan dengan murid tahun enam di Pulau pangkor. Tidak sempat
rakan-rakan pergi ke tempat pencarian fasilitator memanggil kami pulang dan
berkumpul semula. Rakan yang di cari telah muncul dengan baik tanpa ada
masalah. Maka di sini fasilitator membuat ulasan tindakan oleh penghulu dan
penghuluwati itu adalah tepat dan bagus. dan segala kejadian adalah di
rancang untuk melihat tanggungjawab dan kerjasama peserta.

3.7 RELEKSI AKTIVITI KAYAK

Aktiviti yang saya tunggu-tunggu. Aktiviti berkayak di lau telah di batal kerana
keadaan ombak yang tinggi dan laut bergelora boleh membahayakan nyawa
perserta demikan lah ulasan fasilitator. Kami teruskan juga aktiviti berkayak ini
tetapi di paya yang terdapat berdekatan dengan laut. Alhamdulillah berjalan
juga aktiviti ini walaupun hanya berkayak di paya yang tiada cabaran kerana
airnya yang tenang. Dalam aktiviti ini saya berkayak bersama rakan, disini kami
diterapkan kerjasama dan menerima arahan dengan betul untuk mengemudi
kayak sehingga berjaya. Orang yang penting dalam kayak adalah orang duduk
di tempat duduk belakang kerana mereka akan memberi arahan pada rakan di
hadapan untuk melakukan pusingan, berpatah balik atau meneruskan
perjalanan. Aktiviti berkayak berjaya juga dilaksanakan walaupun tidak
dilakukan di laut.

3.8 REFLEKSI AKTIVITI ABSELING

7
Pengalaman yang cukup menyeronokkan, buat pertama kali saya melakukan
aktiviti abseling ini. Selalunya Flying fox, rock climbing dan repeling sahaja
yang saya lakukan. Seperti nasihat dari En. Khairul ”ok just releks aktiviti ini
sama sahaja seperti aktiviti-aktiviti penah awak lakukan, dan saya tahu kamu
boleh lakukan dengan baik” . ayat pembakar semangat saya untuk melakuakan
aktiviti abseling ini. Abseling yang cantik dilakukan dengan loncatan dan mahir
untuk menguruskan tali. bagi saya yang pertama kali mencuba ini masih belum
ada kekuatan untuk melakukan loncatan , saya hanya mengundur selangakah
demi selangkah sahaja. Namun begitu paling tidak dapat saya lupa terjatuh
pada stand yang terakhir sekali kerana tersilap langkah sebelum membetulkan
diri untuk berada di posisi yang betul. Niat dihati ingin melakukannya sekali lagi
tapi memandangkan waktu tidak mengizinkan maka setiap sekali cubaan
sahaja pada setiap peserta.

3.9 REFLEKSI AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN

Malam kebudayan adalah malam yang sungguh mendebarkan oleh kumpulan


kami kerana tiada persembahan yang di rancangan untuk di persembahan.
Puan Pengarah IPG menjadi tetamu jemputan untuk menyaksikan
persembahan semua kumpulan. Akhirnya kata sepakat ahli kumpulan kami
membuat persembahan nyanyian yang diketuai oleh penghuluwati. Tahniah
penghuluwati hanya 5 minit sahaja beliau dapat menyiapkan rangkap seloka
untuk dalam nyanyian untuk di persembahkan. Semasa persembahan ini dapat
saya lihat tersenyum-senyum para fasilitator ketika nama mereka di sebut
dalam seloka. Persembahan yang di persembhankan oleh kumpulan lain pun
tidak kurang hebatnya ada yang menukarkan choral speaking kepada banyak-
banyak cakap, tarian dan joget menjadi senam seni, memang menarik dan
dapat tepukan gemuruh oleh rakan peserta yang lain.

4. PENUTUP

8
Program Pendidikan Luar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan satu
program yang memberi banyak pengalaman dan input yang berguna kepada saya.
Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam
ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian
saya terutama semasa bergelar seorang pendidik kelak.

Pertama sekali, program ini mendedahkan saya kepada alam perkhemahan. Ini
kerana dalam program ini kami sendiri yang mengatur dan merancangkan segala
persiapan perkhemahan dan dibantu serta bimbingan dari para pensyarah Jabatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan . Ini sangat penting sebagai latihan untuk saya
sekiranya ingin membawa pelajar-pelajar saya untuk mengadakan perkhemahan
kelak. Tanpa pengalaman seperti ini, kita pasti akan kelam kabut untuk
menguruskan perkhemahan semasa di sekolah nanti.

Dari Program ini juga saya belajar bagaimana kehidupan dalam satu kumpulan.
Segala cabaran, halangan atau kenangan manis dan pahit yang dikongsi bersama
mengajar pelbagai nilai yang amat berguna. Nilai yang paling ketara ialah
semangat setiakawan dan kerjasama. Selain itu, saya dapat melihat nilai toleransi
dan persefakatan berlaku dalam kumpulan kecil mahupun besar. Secara tidak
langsung, apabila berada dalam lingkungan masyarakat yang mengamalkan nilai-
nilai sedemikian, kita juga akan belajar untuk mengamalkan nilai yang sama.
Dalam satu kumpulan, jika tiada kesefakatan dan toleransi, maka semua -tugas
akan menjadi berat. Ini kerana semua orang bersikap mementingkan diri sahaja
dan tidak mahu berkorban untuk melakukan sesuatu. Sikap inilah yang akan
merosakkan sesuatu kumpulan itu. Dalam kehidupan sebagai seorang guru, kita
haruslah bekerjasama, bertoleransi dan mempunyai persefakatan yang baik
dengan semua orang di sekeliling kita supaya tugas kita mendidik pelajar-pelajar
kita menjadi mudah.

Apa yang dapat saya pelajari melalui Program Pendidikan Luar ini adalah sikap
yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada di sekeliling kita
merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun semua
ilmu itu tidak akan datang bergolek sahaja. Jadi tanggungjawab kita adalah
mencari dan mengggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting untuk menghadapi

9
apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga. Manusia tanpa ilmu merupakan
manusia yang paling malang dan miskin dalam dunia ini. Dalam kehidupan
seorang guru, ilmu didada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada pada
seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua segi kehidupan ini.
Ini kerana guru dijadikan tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat.
Maka, kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu
yang sudah kita dapat. Sesungguhnya, Program Pendidikan Luar ini banyak
memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri.
Disebalik semua keseronokan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat
melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri dan mengenalpasti kekurangan yang
ada pada diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilai dan
input yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu,
pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi
seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak.

Sekian.

10