Anda di halaman 1dari 1

Mak Yong

Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional.
Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang
menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan
instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini
dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di
Kepulauan Riau - Indonesia.

Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang
menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan
instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini
dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan
Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong
dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan
Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini
dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana
seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan
tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa
amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia
dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di
tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain
rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan
ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak
Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang
dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.