Anda di halaman 1dari 8

 

1.3.    Pensuisan (Switching)
 
Sistem pensuisan dan pengisyaratan, merupakan keperluan kepada operasi rangkaian tele
komunikasi. Fungsi yang dihasilkan oleh sistem pensuisan atau sub-sistemnya, bertujuan 
untuk menyediakan perkidmatankepada pelanggan yang dikenali sebagai fasiliti. Sepanja
ng perkembangan sistem komunikasi, rekabentuk sistem pensuisan telah menjadi semaki
n canggih. Ia bertujaan untuk menyediakan kemudahan tambahanyang membolehkan ran
gkaian komunikasi menyediakan lebih perkhidmatan kepada pengguna serta mengawasi 
operasi dan penyenggaraan. Jenis pensuisan yang digunakan di Malaysia ialah Stored
Program
Control (SPC). Selain daripada SPC, teknik agihan saluran berperingkat juga digunakan.
 
Self-test
1. Jenis pensuisan yang digunakan di Malaysia ialah____________________________.
 
1.3.1. Pensuisan SPC
 
SPC merupakan kaedah pensuisan ibusawat telefoni, di mana ia menggunakan ka
walan komputer bagi memproses panggilan secara automatik. Komputer akan ber
opersai mengikut aturcara yang telahditetapkan dan, aturcara ini boleh diubahsuai 
mengikut keperluan semasa.
 
Fungsi setiap blok dalam Rajah 1.6;
 
       Ingatan (Memory)
- menyimpanan status aktiviti pengguna dalam bentuk perisian.
 
       Pengarah kawalan (Control
Director)
- aturcara yang mengawal dan mengarah keseluruhan sistem
 
       Fail
(File)
- menyimpan maklumat bayaran
- menyediakan jadual-jadual khas untuk perkhidmatan istimewa
   atau perkhidmatan-perkhidmatan lain
 
       DTMF/decodic
- menyahkod isyarat yang dihasilkan semasa proses mendail.
 
 
 
       Pengimbas (scanner)
- mengesan status ganggang telefon dan pengisyaratan dari talian
   selular.
 
       Pemacu (driver)
- menyambung/memutuskan suis.
- memberi laluan kepada isyarat nada dan isyarat dail.
 
       CPU
(unit pemprosesan pusat)
- mengawal dan melaksanakan aturcara yang telah diprogramkan
.
       Penjana nada/pendering
- menghasilkan isyarat pemberitahuan atau tanda panggilan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rajah 1.6 Gambarajah blok pensuisan SPC
Proses kendalian ibusawat SPC;
 
i.                  Apabila pemanggil A mengangkat gangang, talian pemanggil A akan menj
adi aktif dan dengan automatik dapat dikesan oleh pengimbas.
ii.                 Pengimbas akan mengenalpasti kedudukan dan keadaan A pada CPU.
iii.               Apabila laporan diterima,
CPU akan menyemak laporan tentang A dan disimpan dalam ingatan.
iv.               Selepas itu CPU akan menyambungkan laluan antara A dengan peralatan p
ensuisan melalui pemacu.
v.                Nada dail daripada penjana nada dail akan dihantar ke A
vi.               Apabila A mula mendail, nada dail akan dihentikan oleh DTMF (Dual
Tone Multi Frequency)
vii.             Digit-digit nombor yang didial akan dihantar dan disimpan di dalam ingata
n.
viii.            CPU akan mengenal pasti jenis panggilan dan menentukan destinasi.
ix.               Selepas nombor dial dihantar, pemacu akan memacu peralatan pensuisan u
ntuk menyediakan laluan antara A dan B.
x.                CPU akan memberi arahan kepada pendering untuk menghasilkan nada der
ing dan dihantar kepada penerima B. Pada masa yang sama,
nada dering juga dihantar ke A.
xi.               Apabila B mengangkat ganggang, pengimbas akan mengesan isyarat menj
awap dan dihantar kepada CPU.
CPU akan mengarahkan pendering untuk memberhentikan nada dering dan 
mula mencatitmasa dan lokasi panggilan.
xii.             Selepas perbualan, apabila samada A atau B meletakkan ganggang pengim
bas akan mengesan isyarat pelepasan dan dihantar kepada CPU.
xiii.            CPU pula akan menyediakan bil (bayaran) dan rekod disimpan dalam fail.
 
 
 
 
Kelebihan SPC
 
a)      Memudahkan kerja penyelenggaran dan pengawasan kerana cara kendalian 
ibusawat boleh diubah pada bila-bila masa dengan mengubah kawalan atur
cara terstor.
b)      Pengisyaratan dari ibusawat dapat dikendalikan dengan lebih mudah dan b
erkesan. Pertambahan talian tidak memerlukan pertambahan alat pengisyar
atan.
c)      Kos penyelenggaraan yang rendah.
d)      Prosesnya lebih cepat daripada kaedah manual.
 
Keburukan SPC.
 
a)      Kerosakan yang sedikit boleh menyebabkan pemberhentian operasi ibusa
wat.
b)      Memerlukan khidmat peralatan bangunan tambahan (contohnya bilik berh
awa dingin dan aturcara)
c)      Perlu melatih semua pekerja mengenai teknik baru dan cara pengendalian
d)      Penyelenggaran terlalu bergantung kepada pembekal.
 
 
Self-Test
1. Blok manakah yang menyimpan status aktiviti pengguna dalam bentuk perisian.
2. Blok yang menyahkod isyarat yang dihasilkan semasa proses mendial.
3. Berikan 3 kebaikan dan 3 keburukan SPC.
 
 
1.4.    Pengisyaratan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pengisyaratan ditakrifkan sebagai pemindahan atau pertukaran arahan atau maklumat ant
ara bahagian-bahagian yang berbeza yang terdapat di dalam satu sistem telekomunikasi. 
Dalam sistem telefoni, bahagian-bahagian yang terlibat dengan pengisyaratan adalah di a
ntara (rujuk Rajah 1.7):
 
     Pemanggil dengan ibu sawat
     Ibusawat dengan ibusawat
     Ibusawat dengan yang dipanggil
 
 
Self-test
1. Pengisyaratan ditakrifkan sebagai ____________________arahan atau maklumat antara bahag
ian-bahagian yang berbeza yang terdapat di dalam satu sistem telekomunikasi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

            Pengisyaratan                           Isyarat hadapan                        Isyarat Kembali
 
 
Rajah 1.7 Proses pengisyaratan
 
 
 
Dalam proses komunikasi di antara dua pengguna telefon, terdapat dua jenis pengisyarata
n yang biasa digunakan iaitu;
i.                     Pengisyaratan antara pemanggil atau yang dipanggil dengan ibusawat.
ii.                   Pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat
 
 
 
 
 
1.4.1.  Pengisyaratan antara pemanggil atau yang dipanggil dengan                   
   ibusawat
 
Kaedah ini merupakan cara komunikasi di antara si pemanggil atau si penerima, d
engan ibusawat yang bertindak sebagai media perantaraan. Jenis-jenis pengisyarat
an adalah seperti berikut;
 
a)         Antara pemanggil kepada ibusawat
 
 
Jenis isyarat Maksud
Isyarat merampas (seizure) isyarat apabila ganggang diangkat (off-
hook)
Isyarat ‘clear forward’ isyarat apabila ganggang diletakkan (on-
hook)
Isyarat ‘address’ Denyut-denyut pendailan ke ibusawat.
 
 
 
 
 
b)         Antara ibusawat kepada yang dipanggil
 
 
Jenis isyarat Maksud
Isyarat deringan Isyarat yang menunjukan adanya panggilanmasuk
 
 
 
c)         Antara yang dipanggil kepada ibusawat
 
 
Jenis isyarat Maksud
Isyarat menjawab Apabila yang dipanggil mengangkat ganggangtelefon (off
-hook)
Isyarat ‘clear back’ Apabila yang dipanggil meletakkan ganggang(on-hook)
 
 
 
d)         Isyarat daripada ibusawat kepada pemanggil atau yang dipanggil (nada-
nada khidmat piawai)
 
 
Jenis n Maksud
ada
Nada da Nada
il yang terhasil pada pemanggil setelahpemanggil mengangkat ganggang
. Bunyi nada yang berpanjangan (contoh ; tuuuuuuuuuu…)
Nada si Nada
buk yang akan diterima oleh pemanggilapabila nombor yang didial sedang 
digunakan(contoh ; tuut,tuut,tuut……)
Nada ti Suatu pesanan suara akan dihasilkan apabilanombor yang didial tiada 
ada no dalam perkhidmatan(contoh ; Harap maaf, nombor yang anda dialtiad
mbor a dalam perkhidmatan)
Nada de Nada
ring yang diterima oleh pemanggil apabilapanggilan yang dibuat berjaya di
sambungkan. (contoh ; tut tuut, tut tuut, tut tuut,…………)
 
 
 
 
 
 
1.4.2.  Kaedah pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat.
 
Apabila si pemanggil membuat panggilan jarak jauh yang memerlukan lebih darip
ada satu ibusawat sebagai perantara maka, setiap ibusawat tersebut mestilah mam
pu untuk menghantar dan menerima isyaratantara satu sama lain. Dalam pengisya
ratan antara ibusawat dengan ibusawat dua kaedah pengisyaratan boleh digunakan 
iaitu:
 
a)         Pengisyaratan Saluran Bersekutu (Channel Associated Signalling, CAS)
CAS merupakan satu kaedah pengisyaratan dimana isyarat suara dan isyar
at kawalan dihantar pada saluran atau litar yang sama. Kaedah ini boleh di
kawal oleh ibusawat digital atau bukan digital.Kelajuan pengisyaratan adal
ah rendah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rajah 1.8 Pengisyaratan Saluran Bersekutu - CAS


 
 
 
b)         Pengisyaratan Saluran Sepunya(Common Channel  Signalling,  CCS)
CCS merupakan satu kaedah pengisyaratan dimana isyarat suara dan isyar
at kawalan dihantar melalui saluran yang berlainan. Isyarat kawalan akan 
dikesan dan melaksanakan tugas kawalan sertapensuisan talian. Kaedah in
i dikawal sepenuhnya oleh komputer. CCS bertindak sebagai rangkaian da
ta/isyarat yang berasingan untuk melaksanakan pertukaran isyarat-isyarat 
kawalan antarakomputer-komputer.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rajah 1.9 Pengisyaratan Saluran Sepunya - CCS


 
 

Anda mungkin juga menyukai