Anda di halaman 1dari 7

SURAH AL-FATIHAH (PEMBUKAAN)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan (Yang Mendidik) semesta alam.

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Lagi Mempunyai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah Yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah


kami minta pertolongan.

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.

Iaitu jalan yang telah Engkau berikan nikmat-nikmat kepada


mereka. Sedang mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan
bukan pula orang-orang yang sesat.

Bismillahirrahmanirahim..

Allah SWT
Nabi Muhammad SAW

Khalifah dan manusia-manusia…

ISLAM ISLAM

DUNIA/MALAYSIA
DUNIA/MALAYSIA
KHALIFAH/PEMIMPIN

RAKYAT/MASYARAKAT
KHALIFAH/PEMIMPIN
NILAI KEHIDUPAN SEJAGAT??

RAKYAT/MASYARAKAT

NILAI
KEHIDUP
AN
SAJAGAT
DI DUNIA
DAN
AKHIRAT

PERMULAAN…

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT yang mengilhamkan ilmu kepada ku yang serba
kekurangan ini.. selawat sarta salam kepada Nabi Junjungan, Nabi Muhammad SAW yang aku amat
sayangi dan cintai, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda dan pemimpin agama Islam yang di
hormati.

Intipati Kandungan… www.blogspot.com

Islam, Malaysia, Pemimpin, Rakyat… dan Nilai Kehidupan Sejagat??

PERKARA POKOK
Usaha-usaha ini adalah hanya 1 TUJUAN iaitu mendapat keredhaan Allah SWT untuk kehidupan
abadi di akhirat yang pasti dan tiada lagi ragu-ragu lagi tentangnya. Dan tujuan ini hendaklah jelas
kepada seluruh umat manusia yang bergelar hamba Allah SWT.

 Dalam kehidupan yang penuh dugaan ini… kita akan dapati pelbagai
kejadian/acara/sejarah/masalah/dugaan/agenda/teknik/propaganda/penyelesaian/
strategi yang begitu kompleks/complicated atau rumit sakali dalam kehidupan umat manusia.

 TERLEBIH DAHULU.. saya lebih suka menerangkan masalah/kekeliruan yang melanda umat
manusia dan saya mengkhususkan masyarakat di negara yang saya cintai ini, Malaysia dan
secara amnya kepada seluruh manusia muka bumi..

 Jikalau bercakap tentang masalah bermacam-macam dan terlalu banyak masalah manusia
sejagat. Masalah yang melanda umat manusia sekarang adalah keruntuhan akhlak manusia dan
yang paling menakutkan sehingga menyekutukan Allah SWT Yang Maha Esa. Astaghfirullah..
Mohon kepada Allah SWT dijauhkan perkara-perkara yang boleh merosakkan iman dan takwa
kepada-Nya.

 Bukanlah perkara mudah untuk menyelesaikan masalah rakyat Malaysia dan menyedarkan
termasuk diri saya sendiri. Masyarakat terdiri dari pelbagai golongan usia, taraf hidup, taraf
pendidikan, tahap tinggi dan rendahnya ilmu, tahap obsesi kepada sesuatu, percaya kepada
sesuatu, dan yang paling membezakannya adalah agama. Jadi, disebabkan itu faktor-faktor
inilah yang mendorong pelbagai idea-idea yang baik. Ada juga idea jahat atau dengan lebih
mudah kita katakan idea musuh nyata kita, syaitan laknatullah yang membisikan kepada anak-
anak Adam, yang cetek pemikirannya dan rendah pegangan imannya.

 Semua masalah berada pada situasi/level-level yang berlainan antara manusia yang begitu
ramai di muka bumi ini.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

 Kajian dan pemerhatian adalah satu titik penting untuk mencari jalan keluar dan menyelesaikan
masalah/kekeliruan yang dihadapi masyarakat sekarang. Sebagai mana Firman Allah SWT, surah
Al-‘Alaq (Segumpal Darah) ayat 1 – 5. Yang bermaksud;-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1. Bacalah (ya Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan.
2. Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah dan Tuhanmu amat Pemurah.
4. Yang mengajar (menulis) dengan pena.
5. Yang mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

 Sebelum pergi dengan lebih jauh dan mendalam lagi, kita hendaklah mengenali diri kita terlebih
dahulu. Siapakah diri kita yang sebenar? Dari mana asal kita? Siapa pencipta kita? Siapa musuh
yang nyata dan tersembunyi?? Siapa kita??? Siapakah kita diatas bumi Allah SWT ini?

 Walaupun saya tahu ramai sahabat-sahabat saya yang diluar sana lebih pandai dari saya tetapi
kita kena ingat ilmu yang Allah SWT kurniakan kepada kita hanyalah sedikit sangat. Kita kena jadi
seperti gelas yang kosong. Yang sentiasa dahagakan ilmu. Semakin banyak yang kita pelajari,
dalami dan kaji semakin banyak yang kita tak tahu.. ini adalah benar wahai sahabat-sahabat ku…

 Tidak kira pelbagai aliran ilmu, samaada pengetahuan tentang Islam, Fekah, Ussuluddin,
Makrifat, Sirah, Tajwid, Tauhid, Akhlak. Ilmu perubatan, ilmu astronomi, ilmu undang-undang,
ilmu rumahtangga/kekeluargaan, ilmu ekonomi, ilmu kejuruteraan, ilmu haiwan, ilmu kesenian
dan kebudayaan bangsa, ilmu bahasa, ilmu peperangan, ilmu hisab/metematik, ilmu physic, ilmu
kimia, ilmu biologi, ilmu kaji bentuk bumi/geografi, ilmu arkeologi, dan bermacam-macam lagi
ilmu yang Allah SWT kurniakan kepada manusia. Dan semuanya terkandung dalam Kitabullah,
Al-Quran. MasyaAllah.. Baca dan Kajilah Al-Quran..

 Ilmu hisab/matematik jikalau dikuasai maka bijaklah seseorang itu. Dengan izin Allah SWT.
Kerana metamatik dalah tunjang ilmu.

 Tugasan yang pertama, buatlah jurnal tentang diri kita, dari mana kita datang? Dari mana kita
dilahirkan? Bagaimana perjalanan hidup kita dari saat ke dunia secara terperinci sehingga
sekarang yang tengah membaca artikel ini.

 Dari situ kita nilailah diri kita, dengan kaedah melihat jurnal/biografi/kehidupan manusia
disekeliling kita, tidak kira lah dari zaman Nabi Adam AS sehingga manusia di akhir zaman ini.

 Jika diteliti, kita akan dapati kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah. Persoalannya, siapa kita
akan terjawab dengan membandingkan dengan manusia lain. Buatlah penilaian sebanyak
mungkin jurnal manusia dari Nabi Adam AS sehingga sekarang. Kita akan lihat dan rasa betapa
hinanya kita, betapa baiknya kita, betapa ruginya kita, betapa untungnya kita, betapa bodohnya
kita, betapa pandainya kita, betapa bersungguhkah kita, betapa malasnya kita, betapa kayanya
kita, betapa miskinnya kita berbanding dengan manusia disekeliling kita. Dan kita akan lihat
betapa sayangnya Allah SWT kepada kita semua. Untuk pengetahuan semua, Allah SWT
mempunyai 100 nikmat hanya satu nikmat yang Allah kurniakan untuk seluruh hamba-
hambaNya semasa di dunia.

 Tetapi manusia semua sama sahaja yang membezakan kita semua hanyalah iman dan takwa kita
kepada Allah SWT. Dan juga yang membezakan kita adalah ilmu yang dikurniakan Allah SWT
kepada kita semakin tinggi ilmu semakin tinggi kedudukan kita disisi Allah SWT. SubhanaAllah…
MasyaAllah…

 Kita pupuklah kesedaran dalam diri kita.

 Tingkatkan pemikiran kita. Set semula pemikiran positif dalam minda kita untuk menjadi
manusia yang berguna kepada Islam, bangsa dan negara.

 Bila kita fikir kita akan faham dan seterusnya kita akan berfikir secara automatic thinking untuk
melahirkan perkara positif dan amalan-amalan yang diredhai Allah SWT.

 Berubahlah…. Inovasi dan buatlah perubahan dari hari ke hari bermula dari bangun tidur
sehingga tidur semula di malam hari. Gunakan akal fikiran kita dengan baik dan perkasakan idea-
idea kita yang simple/ biasa.

 Dan apa yang penting kita akan lihat contribution/sumbangan kita kepada masyarakat dengan
menggunakan kreativiti dan inovasi kita dengan baik. Pastikan perspektif kita tidak melencong
dari TUJUAN yang diceritakan pada awal artikel ini.

 Kita berbalik semula kepada perkara induk. Setelah kita melihat perihal diri kita dan atasi segala
halangan dalam minda kita “free your mind” dan dari situ kita akan tahu ke manakah TUJUAN
kita yang sebenar-benarnya.

 Dan dari situlah juga jika setiap masyarakat sedar dan membuat perubahan dalam diri masing-
masing. Sebenarnya masalah/kekeliruan kita hadapi telah pun selesai. Kita semua takkan ada
masalah jika semua antara kita semua sedar.

 Tetapi kita akan meneruskan artikel ini, dan sebenarnya saya sangat sangat bersemangat untuk
menerangkan dan berkongsi kepada saudara-saudara yang saya sayangi.Segala yang baik datang
dari Allah SWT dan segala kekurangan dan kesilapan datangnya dari saya.

 Mengapa saya pada awalnya menulis:-

ISLAM,DUNIA/MALAYSIA,KHALIFAH/PEMIMPIN,RAKYAT/MASYARAKAT DAN NILAI KEHIDUPAN


SEJAGAT?
 Dan apakah signification yang saya cuba ketengahkan dengan bulatan yang sedemikian rupa?

 Ingatlah segala perbuatan kita sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT. Tiada kekuasaan dan tiada
pula kekuatan melainkan kekuatan Allah SWT.

 Islam berada dibulatan yang paling besar sekali. Oleh itu segala amalan, perbuatan, pemikiran,
tidak tanduk kita, strategi, konsep kita, tak kiraah apa-apalah konsep kita mestilah berteraskan
dan berpasakkan dengan kalimah Allah SWT. Islam mestilah diutamakan dari semua/segala
perkara.

 Untuk menjadi lebih jelas kita kajilah, belajarlah tentang Nabi Muhammad SAW dan bagaimana
Baginda memerintah umat pada masa itu yang berada pada tampok kejahilan yang sangat teruk
dan jahil(zaman jahiliah). Bagaimana Rasulullah SAW menghadapi umat pada masa itu. Pelbagai
dugaan dan cabaran yang ditempuhi oleh Baginda. Bagaimana Nabi Muhammad SAW membawa
agama Islam ke mercu kejayaan. MasyaAllah…

 Kajilah biografi Nabi Muhammad SAW. Baginda kekasih Allah SWT tingginya kedudukan Nabi
junjungan kita disisi Pencipta alam ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

 Tugasan kedua, belilah buku-buku ilmiah tentang biografi Rasululluh SAW. Keluarkanlah sedikit
hartamu untuk mencari ilmu.

 Sanggupkah kita jika ditanya siapakah Nabi Muhammad SAW sedangkan kita tidak tahu
sedalam-dalamnya tentang Baginda. Sedangkan kita mengucap dua kalimah syahadah,
menandakan kita sebagai seorang muslim.(aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah).

 Dan ini adalah menunjukkan kita seorang muslim. Dan kita mempunyai agama yang suci serta
agung iaitu ISLAM. Allahuakhbar!!!

 Perjuangan yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW untuk umat manusia adalah satu
pengorbanan yang ulung dan agung. Nabi Muhammad SAW tidak mengenal erti berputus asa
untuk membawa manusia ke arah mencari keredhaan dan rahmat Allah di dunia dan di akhirat.
Kerana Nabi Muhammad di pilih oleh Tuhan Yang Maha Kuasa untuk membawa panji Islam yang
suci dan luhur. Dengan penuh kesabaran dan usaha yang amat tinggi ditunjukkan oleh Nabi
Muhammad SAW, akhirnya Baginda berjaya melengkapkan ajaran Islam dan menyebarkan Islam
seluruhnya kepada umat manusia. Terima kasih wahai Kekasih Allah. Jika tidak kerana usaha
Baginda mungkin kita tidak merasai nikmat iman dan Islam. Keindahan budi pekerti Baginda
menjadi contoh dan ikutan umat Baginda yang sentiasa beramal soleh dan yang mencari
keredhaan Allah SWT.
 Sorotan kisah Nabi Muhammad SAW akan membawa kita menjadi lebih bersemangat untuk
menjadikan Islam sebagai tonggak kepercayaan agung seterusnya menjadi insan yang cemerlang
dan terbilang. Dengan sokongan padu para sahabat Rasulullah SAW yang tidak berbelah bahagi
kepada Baginda menjadikan Islam adalah agama yang mementingkan kehidupan
kemasyarakatan. Ditambah dengan budi pekerti para sahabat yang amat mengagumkan. Saya
pasti anda semua amat tertarik dengan kisah di zaman Nabi Muhammad SAW.

Anda mungkin juga menyukai