Anda di halaman 1dari 6

1.

PENDAHULUAN
Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani ,
emosi dan jasmani adalah sebagaimana matlamat yang ingin direalisasikan oleh
Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dengan penganjuran pertandingan kuiz
sains dan matematik ini para murid dapat menukar persepsi mereka yang salah
terhadap subjek sains dan matematik yang mereka tanam sekian lama. Aktiviti
ini dapat melakar cara baru bagi mewujudkan rasa minat terhadap mata
pelajaran sains dan matematik dikalangan murid. Yakni, harus ditanam sejak
awal lagi kerana kedua-dua mata pelajaran ini mempunyai pengaruh yang amat
besar dalam kehidupan murid-murid kelak.

2. MATLAMAT

Matlamat pertandingan kuiz sains dan matematik untuk menyemai minat


murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik dan memberi asas
pengetahuan dan kemahiran sains dan matematik. Justeru, murid mempunyai
landasan untuk mengaplikasikan sains dan matematik dalam kehidupan harian
untuk mengikuti pelajaran sains dan matematik di peringkat yang lebih tinggi di
samping mengamalkan budaya sains dan matematik ke arah pembentukan
masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap
alam sekeliling serta melahirkan masyarakat yang produktif.

3 Objektif

Diadakan Minggu Sains Dan Matematik. Antara Objektif yang ingin


dicapai melalui Program ini adalah;

1. Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid.


2. Menggalakkan murid menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
3. Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap istilah Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris.
4. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
5. Memupukkan semangat kerjasama di kalangan guru dan murid.

4. TEMA
“Bulan Kembar Tiga”

5. BUTIR-BUTIR PROGRAM

Tarikh program
 21 Julai 2010

Tempoh perlaksanaan
 2 jam (2.00pm – 4.00pm)

Tempat program
 Makmal sains, Sekolah Kebangsaan Sungai Batu.

6. BILANGAN PELAJAR
LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
Ahli persatuan Sains 16 orang 29 orang 45 orang
Ahli persatuan Matematik 2 orang 1 orang 3 orang
Jumlah 18 orang 30 orang 48 orang

Guru-guru pelatih yang terlibat: 1) En. Purushothman munusamy


2) Cik. Nurayuni binti Mohd Shukur
3) Cik. Poh Hong Ging
4) Cik. Sim Siew Fung

Senarai nama penuh peserta program berserta kelas telah dilampirkan bersama.
(Lampiran B)
7. JAWATANKUASA KERJA

AHLI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN KUIZ SAINS DAN


MATEMATIK 2010

Penaung : En. Mohd Husin b Arshad (Guru Besar)


Penasihat : En. Nazri M. Salleh(GPK Kurikulum)
: Pn. Salmah binti Darus (GPK Hem)
Pengerusi : En.Mohd Rizal bin MD. Daud (GPK KoKo)
Penyelaras : En. Purushothman Munusamy
Pen. Penyelaras : Cik. Sim Siew Fung
Setiausaha : Cik Nurayuni Binti Mohd Shukur
Bendahari : Cik. Poh Hong Ging

8. JAWATANKUASA KECIL

AJK Hadiah : Cik. Poh Hong Ging

AJK Peralatan
dan bahan : En. Purushothman Munusamy

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA ANGGARAN KOS
Bahan-bahan
-kertas A4 (1 rim) RM 10.00
-kertas mahjung (10 keping) RM 0.40 × 10 = RM 4.00
Photostat (40 keping) RM 5.00
Hadiah RM 10.00
Jumlah RM 29.00
*Kami memohom peruntukan untuk hadiah dan bahan-bahan.
10. PENUTUP
Pertandingan kuiz sains dan matematik dianjurkan bagi meningkatkan
pengetahuan dan penguasaan murid-murid serta menarik minat mereka dalam
mempelajari kedua-dua subjek ini dengan lebih baik lagi. Pertandingan ini
dirangka untuk mengurangkan jurang yang terdapat diantara murid-murid.

Dengan terlaksananya program ini, diharapkan dapat mencapai matlamat


dan objektif KBSR yang telah ditetapkan. Kami berharap agar mendapat
sokongan dan bantuan kewangan daripada pihak tuan agar dapat memudahkan
lagi perjalanan program ini.

Sekian, terima kasih.

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Saya yang menjalankan tugas, Diluluskan oleh,

............................ ...............................
(CIK NURAYUNI BINTI MOHD SHUKUR) (EN. MOHD HUSIN B ARSHAD)
Setiausaha, Guru Besar,
Pertandingan Kuiz Sains dan Matematik, Sek. Keb. Sungai Batu,
Sek. Keb. Sungai Batu. Teluk Kumbar,
Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Pulau Pinang.

(LAMPIRAN A)
Tentatif Program

Rabu (21 Julai 2010)

1.30 ptg : Persediaan untuk pertandingan kuiz


1.45 ptg : Murid-murid berkumpul di Makmal sains
1.55 ptg : Memberi taklimat tentang kuiz
2.00 ptg : Soalan diedar dan murid-murid mula menjawab
3.45 ptg : Kertas soalan dikutip
3.55 ptg : Murid-murid bersurai
4.00 ptg : Makmal sains dikemaskan