Anda di halaman 1dari 1

Laporan Keputusan Ujian Diagnostik Terhadap Pelajar

Ujian Pengamatan

Dalam ujian pengamatan, saya menilai klien saya berdasarkan 5 kemahiran asas
yang terdapat dalam kemahiran pengamatan. Kemahiran tersebut ialah diskriminasikan
objek yang sama, diskriminasi benda yang ganjil, diskriminasi saiz, orientasi kedudukan
dan koordinasi mata-tangan.

Ujian telah dijalankan ke atas Anip dan keputusan ujian tersebut amat
memberangsangkan. Anip mendapat markah penuh dalam ujian pengamatan dan ini
membuktikan bahawa Anip tidak mempunyai masalah dalam kemahiran pengamatan.

Kemahiran koordinasi mata dan tangan Anip tidak wujud sebarang masalah
memandangkan Anip sihat dan sempurna dari segi fizikal dan mental, cuma dalam kes
Anip tahap penerimaan dan pemprosesan ilmunya yang agak lambat berbanding
kanak-kanak normal yang lain (slow learner).

Anda mungkin juga menyukai