Aktiviti Pra Tulisan

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

5.1 Aktiviti Pra Tulisan.

Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di dalam kemahiran pra tulisan.


Pertama, guru boleh mengadakan aktiviti pergerakkan jari, tangan dan mata.
Contohnya, guru meminta murid-murid membuat secara lakaran di udara tentang
sesuatu huruf. Ini juga dikenali sebagai teknik bayangan. Guru menunjukkan terlebih
dahulu cara dan teknik untuk menulis sesuatu huruf. Kemudian guru meminta murid-
murid membuat lakaran di udara dengan menggunakan tangan huruf yang telah
ditunjukkan di hadapan kelas. Apabila mereka sudah mahir, barulah tulisan itu boleh
diterjemahkan ke dalam kertas.

Selain itu, guru boleh melaksanakan aktiviti membuat corak, menyambung


titik, memadankan bentuk dan lain-lain. Contohnya, guru membuat aktiviti memadan
huruf besar dengan huruf kecil. Sebelum itu, murid-murid harus mengenali setiap
huruf di dalam Bahasa Melayu. Dengan cara ini, murid-murid dapat mengingat
pasangan huruf masing-masing.

Aktiviti membentuk huruf juga boleh dijalankan. Di sini, guru boleh


menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar untuk menjalankan aktiviti ini.
Antaranya, plasterina, dawai, gabus, span dan sebagainya. Dawai boleh digunakan
untuk melakar huruf. Contohnya, guru meminta murid membuat huruf “B” dengan
menggunakan dawai. Oleh itu, murid-murid akan melakar huruf itu dengan
menggunakan dawai. Mereka akan dapat mengingat cara menulis huruf tersebut
kerana telah menjalankan aktiviti sedemikian.

Akhir sekali, guru boleh menjalankan aktiviti kuiz. Ini bertujuan untuk menguji
tahap kefahaman murid-murid. Contohnya, guru meminta murid-murid menulis huruf
kecil dan besar dari a hingga z di dalam kertas berkotak, bergaris empat, bergaris
tiga dan bergaris satu. Dengan cara ini, murid-murid dapat melatih diri mereka untuk
menulis dengan baik di dalam buku. Guru juga boleh menyediakan permainan
seperti kotak misteri yang mengandungi beberapa huruf yang ditulis secara putus-
putus di dalamnya. Murid yang terpilih akan mencabut kad yang terdapat di dalam
kotak misteri dan menyambungkan huruf yang terdapat di dalam kad itu mengikut
teknik yang betul.
Selain itu, guru boleh melaksanakan aktiviti susulan seperti memadankan
huruf kecil dengan hurif besar, menyesuaikan nama huruf dengan huruf dan
memadankan nama huruf dengan bunyi huruf. Aktiviti lain seperti mengisi tempat
kosong dengan menulis huruf mengikut urutan dengan mengisi tempat kosong
dengan huruf yang tertinggal dan lain-lain. Apabila murid-murid telah menguasai
kesemua kemahiran, guru boleh menjalankan latihan menulis suku kata, perkataan
dan ayat tunggal.

Anda mungkin juga menyukai