Anda di halaman 1dari 11

 

AKIDAH
 
1. IMAN MUTIARA HIDUP
 
1.       Maksud iman
                          i.      Bahasa :
       Mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya
                        ii.      Istilah :
       Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan
dengan anggota
 
2.       Mejelas bagaimana iman boleh bertambah dan berkurang
                          i.      Iman berkait rapat dengan amalan seseorang
                        ii.      Banyaknya amalan kebaikan, menunjukkan iman individu tersebut kian meningkat.
Begitu juga sebaliknya
                       iii.      Iman seseorang boleh bertambah dengan melakukan ibadat dan ketaatan serta
meningkatkan ilmu. Iman boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat.
 
3.       Menghurai ciri-ciri orang yang mempunyai iman yang kuat
                          i.      Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan rasulnya
                        ii.      Banyak melakukan ibadat sunat disamping ibadat-ibadat wajib
                       iii.      Melazimi zikir kepada Allah dan selalu berfikir tentang kebesaran Allah
 
 
 
 
 
 
4.       Maksud kemanisan iman
                          i.      Berasa gembira dalam melakukan ibadat,
sanggup menanggung kepayahan demi
mendapat keredhaan Allah dan rasulnya
serta mengutamakan Allah dan rasulnya
lebih daripada harta benda dunia
 
5.       Merumus ciri-ciri orang yang mendapat kemanisan
iman
                          i.      Cinta kepada Allah dan rasulnya lebih
daripada segalanya
                        ii.      Mengasihi sesama manusia kerana Allah
                       iii.      Benci kepada kekufuran sebagaimana
benci jika dicampakkan kedalam api neraka
 
 
AKIDAH
 
2. AKIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMA'AH
 
1.       Menjelaskan maksud ahli sunnah wal-jamaah

a.      Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-


Quran, sunnah rasul dan perkara yang
dibawa oleh para sahabat serta menetang
perkara bida'ah.

b.     Nama lain ; ahlu sunnah ,al-jamaah, as-salaf


as-soleh, ahlul hadis.
 
2.       Menerangkan kemunculan nama ahli sunnah wal-
jamaah

a.     Muncul setelah berlaku perpecahan


dikalangan umat islam.
b.     Nama Ahli sunnah wal wajamaah
dimasyhurkan oleh abu hasan al-asy'ari dan
abu mansur al-maturidi
c.     Ia adalah gabungan perkataan ahlu, as-
sunnah dan asl-jamaah
d.     Dinamakan ahli as-sunnah kerana
                                                  i.      mereka menerima dan beramal
dengan sunnah rasulullah
e.     Dinamakan al-jamaah kerana mereka
                                                  i.      berkumpul diatas kebenaran dan
                                                ii.      bersatu berjihad melaksanakan
amar makruf dan nahi mungkar serta
                                               iii.      menghidupkan sunnah dan
                                               iv.      menentang perkara bid'ah
 
3.       Menyenarai prinsip-prinsip akidah ahli sunnah wal-
jamaah

a.     Berpegang teguh dengan al-quran dan as-


sunnah
b.     Berpegang dengan prinsip as-salaf as-soleh
c.      Jika terdapat perselisihan pandangan,
mereka merujuk kepada al-quran dan as-
sunnah
d.     Mereka tidak mencela dan mengkafirkan
orang yang tidak sealiran dengan mereka
e.     Mereka tidak menghukum kecuali terdapat
bukti yang sahih
 
4.       Menghurai pandangan ahli sunnah wal-jamaah terhadap beberapa isu

a.       Al-quran bukan makhluk:


Yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim.
                                                 

b.       Melihat Allah:


                                                  Menurut ahli sunnah wal jamaah orang mukmin dapat melihat allah di syurga
pada hari qiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-quran dan hadis
sahih

c.       Pelaku dosa besar:


                                                  i.      Orang
yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerena
imannya masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar

d.       Iman bertambah dan berkurang:


                                                  i.      Ahlisunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan
berkurang
                                                ii.      Ia bertambah dengan amalan seperti solat dan zikir
                                               iii.      Ia boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat atau kejahatan
seperti mencuri dan menipu
 
5.       Menghurai kepentingan berpegang dengan akidah ahli sunnah wal-jamaah

a.       Dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan


                                                  i.      Inikerana akidah mereka berdasarkan kepada sumber yang sahih iaitu al-
quran dan as-sunnah
b.       Asas kepada penerimaan sesuatu amalan
                                                  i.      Kerana amalan seseorang hanya diterima jika bersandarkan akidah yang
betul
c.       Hidup diredhai allah kerana berada dijalan yang benar
 
 
6.       Menganalisis mazhab syiah dan khawarij

a.      SYIAH
                                                  i.      Pengenalan;
1.     Mereka ialah golongan yang bercita-cita untuk menjadikan saidina Ali
sebagai khalifah rasulullah
2.     Mereka berpendapat bahawa saidina ali sahajalah yang layak dilantik
menjadi khalifah selepas kewafatan rasulullah

                                                ii.      3
kumpulan syiah;
1.      Syiah imamiah
       dinamakan demikian kerana mereka berpendapat jawatan
pemimpin umat islam ( imam ) hanya layak disandang oleh
ahli al-bait

       perbezaan pegangan dengan ahli sunnah wal jamaah;


                                                                                                                          i.      mereka
beriktikad bahawa jawatan imam
adalah jawatan yang dianugerahkan oleh
Allah seperti kenabian tetapi tidak mendapat
wahyu.

                                                                                                                        ii.      Jawatan


imam hanya layak disandang oleh
dua belas imam daripada kalangan ahli al-bait
mengikut urutan

                                                                                                                       iii.      Mereka


menolak semua hadis yang bukan
diriwayatkan oleh ahli al-bait

iv. Mereka percaya bahawa imam kedua belas


merka iaitu muhammad al-mahdi al-qaim
bilhujjah akan muncul sebagai imam al-mahdi

v. Mereka beramal dengan taqiah iaitu


menyembunyikan i'tikad sebenar mereka
apabila berhadapan dengan orng yang
berhadapan dengan orang yang berbeza
iktikad dengan mereka

                                                                                                                       vi.      Mengharuskan


perkahwinan mut'ah iaitu
nikah sementara waktu
2.      Syiah zaidiah
        nama tersebut diambil sempena pengasasnya iaitu zaid bin
ali zainal abidin, cicit kepada ali bin abi talib
        perbezaan pegangan dengan ahli sunnah wal jamaah;

i. mereka berpendapat kedudukan pelaku dosa


besar berada antara keimanan dan kekufuran

                                                                                                              ii.      mereka
berpendapat bahawa perbuatanmanusia
adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah

         mereka juga menolak pendapat syiah lain seperti;

i. kemaksuman para imam kecuali saidina ali,


fatimah, al-hasan dan al-husain

                                                                                                               ii.      mereka menolak kepercayaan taqiah

3.      Syiah al-batiniah


       dinamakan demikian kerana pandangan mereka yang
menganggap al-quran mampunyai makna zahir dan makna
batin yang hanya difahami oleh imam mereka
       mereka merupakan kumpulan syiah yang paling radikal dan
sesat
       antara pegangan mereka;
                                                                                                                  i.    berpendapat bahawa saidina ali dan imam-imam
mereka yang lain sebagai tuhan
                                                                                                                  ii.  berpendapat bahawa imam mereka muhammad
bin al-
hanafiah
masih
hidup
ii. men
ghal
alka
n
bebe
rapa
kem
ungk
aran
sepe
rti
minu
m
arak.

b. KHAWARIJ

                                                  i.      Pengenalan

1.     mereka ialah golongan


penyokong saidina ali yang
berjuang menentang
muawiah tetapi tidak
menerima majlis tahkim
2.     mereka belot menyokong
saidina ali kerana memprotes
kesediaan saidina ali
menerima keputusan majlis
tahkim yang memihak
kepada muawiyah.
3.     antara pegangan mereka
        berpendapat
bahawa pelaku dosa
besar adalah kafir
        mengkafirkan serta
menghalalkan darah
semua umat islam
yang berbeza
kepercayaan /
iktikad dengan
mereka
        membataskan
sumber syariah
hanya kepada al-quran sahaja
 
 
 7.       Langkah-langkah memelihara akidah;

a.     Mempelajari asas akidah berdasarkan kitab


ahli sunnah wal jamaah yang muktabar,
kerana ia dapat membantu seseorang
membezakan antara kebenaran dan
kesesatan
b.     Belajar daripada guru yang diiktiraf
keilmuan dalam bidang akidah
c.      Membina ketahanan akidah dengan berdoa
d.     Menjauhkan diri daripada orang yang
mengamalkan ajaran sesat
e.     Menunaikan perintah allah dan
meninggalkan larangan-Nya kerena ia
dapat memantapkan iman dan akidah
 
8.       Menjelas maksud istilah-istilah penting dalam ilmu
akidah
a.       Kafir;
       Orang yang mengingkari salah satu
daripada prinsip akidah yang telah
dijelaskan dalam al-quran dan al-
hadis
b.       Musyrik
       Orang yang menyekutukan allah
dengan sesuatu atau menyamakan
sesuatu dengan Allah pada zat,
sifat atau perbuatan
c.       Munafik
       Orang yang menzahirkan keimanan
dan menyembunyikan kekufuran
didalam hati
d.       Fasik
       Orang yang tidak taat kepada alllah
dan rasulnya dengan melakukan
dosa besar atau berterusan
malkukan dosa kecil
e.       Murtad
       Orang yang keluar daripada agama
islam sama ada dengan perkataan,
perbuatan atau iktikad
f.        Mulhid ( atheis )
       Orang yang tidak beragama
 
 
AKIDAH
 
3. AJARAN SESAT
 
PENGERTIAN AJARAN SESAT
 Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan
pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
 
SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT
 Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan
kedudukan, harta, dan sebagainya.
 Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah
orang Islam.
 
CIRI-CIRI AJARAN SESAT
 Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah,
mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis.
Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan
semua kitab samawi.

 Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan


semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama
adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.

 Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai


Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran
Oadiani.

 Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana
ajaran Qadiani dan Bahai.

 Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan
bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.

 Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada
seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.

 Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-


perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan
malaikat.

 Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang
telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh
bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
 Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.
KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT
 
1. Kesan terhadap individu:
(a)   akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang
mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat
boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat
dan kembali kepadaajaran Islam;

(b)   masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan


aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan
ajaran Islam seperti memuja dan melakukan
amalan-amalan syirik serta khurafat;

(c)   minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka


sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa
mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka
menjadi tidak rasional dan fanatik;

(d)   kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran


sesat membawa kepada pengabaian
tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu,
atau bapa.
 
2. Kesan terhadap masyarakat:
(a)   keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh
berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut
ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa
curiga sesama mereka;

(b)   perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran


sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka
menyebabkan mereka tidak menghormati
masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan
dan keharmonian hidup dalam masyarakat;

(c)   berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada


pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya
dipergunakan untuk melakukan keganasan.
 
3. Kesan terhadap negara:
(a)   negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran
sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan
membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan
prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada
sumbangan dan produktiviti individu;

(b)   negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat


akan mengancam perpaduan dan keharmonian
masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik
dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa
menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan
untuk mengekalkan kestabilan negara.
 
 
 
CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

Qadiani

1.      Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
2.      Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di
Daerah Gusdapur, India.
3.     Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4.     Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun
1949 Masihi.
5.     Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
(a)   beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan
Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b)   beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah
kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c)   beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d)  menghapuskan jihad;
(e)  mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat
pertama surah Al-Qadr;
(f)    mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g)  mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h)  mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i)    menghukum kafir selain penganut Qadiani.

Bahai

1.     Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandarani yang meninggal dunia pada tahun 1892
Masihi.
2.     Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.
3.     Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad
Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
4.     Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5.     Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.
6.     Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:
(a)   beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;
(b)   beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c)   beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d)   beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab
samawi;
(e)   beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f)    mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;
(g)  menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
(h)  memansukhkan agama Islam;
(i)    menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j)    mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan
dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan
bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.

Taslim

1.      Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji
Muhammad Matahari.
2.      Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau
Pinang.
3.      Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai
persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:


(a)   beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur
Muhammad;
(b)   beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim (kekal);
(c)    mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d)   mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e)   menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f)    solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
(g)   menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

 
  LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN
SESAT
 
1.     Melengkapkan diri dengan kefahaman
Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran
sesat dapat ditangkis dengan kefahaman
Islam yang sebenar melalui proses
pembelajaran secara formal atau tidak
formal.

2.     Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam


hendaklah sentiasa didedahkan kepada
masyarakat menerusi pelbagai kaedah
seperti media cetak, elektronik, ceramah,
seminar, forum, dan simposium.

3.     Kerjasama dalam penguatkuasaan


undang-undang Penguatkuasaan undang-
undang secara bersepadu oleh semua
pihak akan dapat membendung kegiatan
ajaran sesat daripada terus menular
dalam masyarakat.

4.     Program pemulihan akidah. Orang yang


terlibat dengan ajaran sesat amat
memerlukan kepada program pemulihan
akidah, Di Malaysia terdapat beberapa
buah pusat pemulihan akidah seperti
Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri
Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu
Yam, Selangor.