Anda di halaman 1dari 11

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

1. ADAB BERMUSAFIR

1. Menjelas hukum bermusafir


i. Wajib
- Bagi seorang muslim yang berkemampuan bermusafir ke
Mekah untuk menunaikan haji dan umrah yang ajib
ii. Sunat
- Bermusafir untuk menziarahi tiga buah masjid utama ( al-
masjidil haram, al-masjid an-nabawi & al-masjidil aqsa )
- Bermusafir untuk melakukan perkara-perkara sunat seperti
menziarahi saudara
iii. Harus
- Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan
oleh syarak
iv. Makruh
- Bermusafir tanpa tujuan dan matlamat
v. Haram
- Bermusfir ke tempat-tempat yang haram dikunjungi serpeti
pusat-pusat maksiat atau menyaksikan pesta maksiat

2. Menerangkan adab-adab bermusafir


i. Sebelum memulakan perjalanan kita hendaklah
memohon petunjuk daripada Allah
ii. Sebelum memulakan perjalanan kita hendaklah
menyediakan bekalan secukupnya seperti wang,
pakaian, makanan dll
iii. Melantik seorang ketua apabila bermusafir
dalam kumpulan yang terdiri daripada 3 orang
atau lebih
iv. Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada
orang-oprang yang ditinggalkan bagi
memaklumkan kepada mereka tentang
keberangkatan dan tempat yang dituju
v. Disunatkan solat musafir dan berdoa sebelum
memulakan perjalanan

3. Menghurai sebab-sebab perlunya adab bermusafir


i. Supaya perjalanan tersebut mendapat rahmat
dan keberkatan daripada Allah
ii. Sekiranya berlaku pertelingkahan, ketua yang
dilantik akan menyelesaikannya
iii. Supaya tidak berlaku kerosakan alam.

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

2. ADAB BERNEGARA

1. Menerangkan adab-adab bernegara


a. Menjaga nama baik negara dengan mencapai kecemerlangan
diperingkat antarabangsa dan tidak memburukkan imej negara
b. Cinta kepada negara dengan tidak merelakan negara kita dirosakkan
dan dibinasakan, iaitu dengan ;
1. mempertahankan negara sekiranya diancam oleh musuh
2. berusaha memajukan negara
3. meningkatkan perasaan patriotisme dlam diri
c. Memelihara keamanan. Segala unsur yang boleh memporak-
perandakan negara hendaklah dihindarkan
d. Berbakti kepada negara. Pelbagai jenis sumbangan boleh diberikan
kepada negara mengikut kebolehan dan kemampuan kita.

2. Menghuraikan faedah menjaga adab bernegara


a. Negara akan bertambah maju hasil dari
negara yang aman. Masyarakat akan terus
tekun bekerja dan menyumbangkan kemajuan
b. Nama negara akan harum dimata dunia hasil
dari kemanan dan kemajuan yang dicapai
c. Negara dapat diselamatkan daripada ancaman
musuh hasil dari rakyat yang cintakan kepada
negara. Semangat patriotisme dapat
mengenepikan kepentingan peribadi demi
mempertahankan kedaulatan negara tercinta.
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

3. ADAB DENGAN PEMIMPIN

1. Konsep kepimpinan
• Pemimpin ialah seorang yang dipertanggungjawabkan memimpin
sekumpulan manusia atau sesebuah organisasi
• Kepimpinan adalah perkara yang penting dalam syariat islam
• Ia dapat memastikan kestabilan dan pelaksanaan undang-undang dalam
masyarakat
• Tanggungjawab pemimpin :
i. Menjaga alam
ii. Berlaku adil
iii. Menyediakan keperluan asas

2. Adab terhadap pemimpin


• Mentaati pemimpin selagi ia tidak menyuruh
melakukan maksiat
• Membantu pemimpin dalam mencapai wawasan
negara
• Memberi sokongan padu segala polisi dan projek
untuk kemudahan awab yang dilakukan oleh
pemimpin
• Menasihati pemimpin dengan cara yang baik
seperti melalui teguran dan pandangan wakil-wakil
rakyat untuk diambil tindakan

3. Kesan tidak taat kepad pemimpin


• Pemimpin tidak dapat melaksanakan tugas denan
lancar
• Musuh akan mengambil kesempatan untuk
melemahkan ekonomi negara sekaligus
melemahkan pentadbiran negara

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH


4. ADAB BERJIHAD

1. Maksud jihad
• Dari segi bahasa; usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan
kemampuan yang ada
• Dari segi istilah; usaha yang dilakukan oleh seseorang muslim dengan
menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam dan mendapat
keredhaan allah
• Jihad yang paling utama ialah perjuangan menegakkan agama Allah dengan
mengorbankan nyawa dan jiwa
• Jihad lain;
- Berjihad meningkatkan prestasi pendidikan
- Membangunkan negara
- Menggiatkan aktiviti ekonomi dll

2. Kelebihan orang yang berjihad dijalan Allah


• Pahala dan darjat disisi Allah

3. Peringkat-peringkat jihad
• Berjihad membaiki diri
i. Mempelajari islam
ii. Mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan seharian
iii. Menyebarkan ilmu
iv. Sabar dan ikhlas dalam menyebarkan islam
• Berjihad melawan syaitan
i. Melawan dan menghapuskan keraguan serta was-was yang ada
dalam diri
ii. Menjauhkan diri daripada menurut hawa nafsu dan perkara-
perkara maksiat
• Jihad melawan orang kafir harbi dan munafik
i. Boleh dilakukan dengan hati, lidah dan nyawa
• Jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran

4. Adab-adab berjihad
• Niat yang ikhlas dan semata-mata untuk
mendapatkan keredhaan Allah
• Sanggup berkorban apa sahaja untuk perjuangan
menegakkan agama islam
• Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam
perjuangan dengan memberi komitmen yang tinggi
• Mematuhi arahan dan mempunyai semangat
berpasukan

5. Cara melahirkan semangat jihad


• Memahami tuntutan jihad yang sebenar
• Menerapkan semangat jihad dikalangan pemuda
dan pemudi
• Mengetahui kelebihan jihad melalui kisah-kisah
perjuangan para sahabat
• Sentiasa mengamalkan ibadat sunat seperti
qiamulllail dan membaca al-quran

5. ADAB MEMELIHARA ALAM

1. Alam sekitar
1. Salah satu tanda kekuasaan Allah S.W.T. ialah kejadian alam dan isi
kandungannya.
2. Alam yang dijadikan oleh Allah S.W.T. ini adalah untuk memudahkan
manusia menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna.
3. Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya
terhasil sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan.
4. Oleh itu, manusia hendaklah memelihara alam sekitar dengan baik dan
bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran.

2. Punca Berlaku Pencemaran Alam


• Kerosakan alam sekitar pada masa kini telah menjadi perkara biasa.
• Antara kerosakan yang berlaku pada alam sekitar ialah tanah runtuh,
tanah jerlus, pencemaran air, kepanasan yang melampau, dan
sebagainya.
• Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. menyatakan bahawa kemusnahan yang
berlaku di atas muka bumi ini adalah berpunca daripada tangan manusia
sendiri. Firman Allah S.W.T.:(Surah Ar-Ftum: Ayat 41) Maksudnya: Telah
berlaku pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan
sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia.

3. Bentuk-Bentuk Pencemaran
i. Pencemaran Udara
a. Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, cecair, atau zarah
berbahaya yang terkandung dalam udara sehingga berlaku
perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan lain.
b. Antara punca berlakunya pencemaran udara ialah:
 asap daripada ekzos kenderaan bermotor yang mengandung
karbon monoksida yang membahayakan kesihatan;
 asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang
 debu yang berpunca daripada kilang papan, kawasan
pembinaan, dan sebagainya;
 pembakaran sampah sarap secara terbuka;
 asap daripada rokok.

ii. Pencemaran Air


a. Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku pada
Kandungan, keadaan, dan warna air sehingga tidak lagi selamat
untuk hidupan air dan kegunaan manusia.
b. Pencemaran air memberikan kesan negatif kepada manusia
sekiranya digunakan.
c. Antara punca berlakunya pencemaran air ialah:
 kesan daripada bahan buangan kilang-kilang seperti bahan
kimia, cat, sisa-sisa logam, minyak, dan sebagainya yang
dibuang ke dalam sungai;
 pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan harian ke
dalam air seperti parit dan sungai;
 penerokaan hutan yang berleluasa menyebabkan berlakunya
hakisan tanah, tanah runtuh, dan sebagainya.

iii. Pencemaran Tanah


a. Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang dilakukan terhadap
sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan, dan
hakisan tanah.
b. Antara punca berlaku pencemaran tanah ialah:
 pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal daripada kilang dan
sebagainya;
 pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat;
 penggunaan racun serangga secara berlebih.

iv. Pencemaran Bunyi


a. Pencemaran bunyi bermaksud bunyi yang berlebih sehingga
mengganggu keselesaan hidup.
b. Bunyi bising yang negatif biasanya melebihi 80 desibel (dB).
c. Antara punca berlakunya pencemaran bunyi ialah:
 bunyi kenderaan berenjin seperti kapal terbang, kereta api,
dan lori;
 bunyi mesin dan jentera daripada kilang;
 bunyi daripada kuari pemecah batu dan enjin gerudi;
 bunyi daripada kerja-kerja pembinaan.

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Alam


1. Pencemaran dan kerosakan alam yang berlaku
boleh diatasi dengan melakukan perkara
berikut:
a. menanam kesedaran di kalangan
masyarakat tentang pentingnya
alam sekitar kepada kehidupan;
b. menyediakan kemudahan dan
mekanisme yang dapat membantu
orang ramai memelihara kebersihan
dan keindahan alam seperti
menyediakan tong sampah dan
sebagainya;
c. mendedahkan masyarakat tentang
cara menjaga alam sekitar;
d. mengadakan aktiviti gotong-
royong membersihkan kampung,
taman perumahan, dan sebagainya;
e. penguatkuasaan undang-undang
seperti mengenakan hukuman yang
berat terhadap mereka yang
melakukan pencemaran.
2. Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang
terpelihara daripada pencerobohan akan dapat
memberikan keselesaan dalam kehidupan.
3. Sekiranya alam ini tidak dipelihara dengan
baik, kehidupan kita akan diselubungi dengan
bencana alam dan keindahan yang selama ini
kita nikmati akan musnah.
4. Pengabaian kepada alam sekitar juga
menyebabkan kita mudah diserang penyakit
dan wabak yang berbahaya.

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

6. ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH SERTA SEDEKAH

a. Sedekah ialah ibadat yang dituntut dalam Islam.


b. Sedekah adalah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada
Allah S.W.T.
c. Hadiah pula bermaksud sesutau pemberian sebagai tanda penghargaan, kasih
sayang atau pujian.
d. Allah S.W.T memandang mulia perbuatan bersedekah dan memberikan hadiah
sebahagian daripada rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.
e. Hukum bersedekah dan memberikan hadiah adalah sunat.
f. Rasulullah S.A.W menggalakkan kita memberi hadiah sebagaimana sabdanya
yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W
bersabda:Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan
berkasih sayang.

1. Kelebihan Memberikan Hadiah Dan Sedekah


Allah S.W.T. akan memberikan kelebihan kepada orang
yang memberikan hadiah dan sedekah.
Antara kelebihan orang yang memberikan hadiah dan
sedekah ialah:
• mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.:
Allah S.W.T. mengetahui setiap sesuatu yang
dibelanjakan oleh hamba-Nya dan Dia akan
membalas setiap kebajikan yang
dilakukannya.
• disukai oleh manusia: Orang yang suka
bersedekah dan memberikan hadiah akan
disukai oleh manusia kerana mereka
membantu dalam menyelesaikan kesusahan
orang lain.
• rezeki akan bertambah: Allah S.W.T. berjanji
akan menggantikan harta yang telah kita
keluarkan pada jalan-Nya dengan kebaikan.

2. Jenis-Jenis Sedekah
• Senyuman
Senyuman yang ikhlas yang diberikan untuk
orang lain merupakan sedekah. Dengan
senyuman, kita dapat merapatkan ukhuwah
dan kasih sayang serta menggembirakan
hati orang lain.
• Amar makruf dan nahi mungkar
Berpesan-pesan dengan kebaikan dan
mencegah berlakunya kemungkaran
merupakan satu sedekah. Keadaan ini boleh
diertikan sebagai menyelamatkan rakan kita
daripada azab neraka.
• Menyelesaikan masalah orang lain
Dalam hadis Rasulullah S.A.W. ada
menyatakan bahawa menunjukkan jalan
kepada orang yang sesat merupakan
sedekah. Sekiranya kita menyelesaikan
kesusahan dan melepaskan saudara kita
daripada kesempitan maka perbuatan kita
itu dikira sebagai sedekah.
• Membuang perkara yang menghalang di jalan
Membuang benda-benda yang berbahaya
dan menghalang serta mengganggu
perjalanan seperti duri, kaca, kayu, dan
sebagainyajuga merupakan sedekah.
• Wang atau harta benda
Kita menghulurkan sedekah atau harta
benda lain seperti pakaian, makanan,
tempat tinggal, aan tanah tempat kediaman
juga merupakan sedekah.
• Memberikan khidmat
Sedekah juga dapat dilakukan dengan
menolong orang yang memerlukan
pertolongan denganmemberikan bantuan
tenaga atau perkhidmatan.

3. Adab-Adab Memberikan Hadiah Dan Sedekah


• Untuk mendapat ganjaran yang tinggi di sisi
Allah S.W.T. dalam sedekah, kita seharusnya
melihat kepada adab-adab yang harus dilakukan
semasa bersedekah atau memberikan hadiah.
• Adab-adab memberikan hadiah dan sedekah
antaranya ialah:
 ikhlas:
Pemberian sedekah dan
hadiah hendaklah dilakukan
dengan ikhlas kerana Allah
S.W.T. tanpa mengharapkan
balasan daripada makhluk
dalam bentuk pujian mahupun
wang ringgit.
 memberikan barangan yang
disayangi
Untuk mendapat ganjaran
besar terhadap apa yang kita
sedekahkan, kita hendaklah
memberikan barang yang kita
sayangi.
 tidak mengungkit barang yang telah
kita berikan.
Sekiranya kita mengungkit
barang yang telah kita
keluarkan, akan terhapuslah
ganjaran pahala yang kita
perolehi.

7. ADAB BERNIAGA

1. Konsep Berniaga
• Berniaga adalah salah satu bentuk muarnalat yang disyariatkan oleh
Islam.
• Berniaga dari sudut bahasa bermaksud berdagang atau berjual beli.
• Manakala dari sudut istilah syarak pula, berniaga bermaksud pertukaran
harta dengan harta mengikut syarat-syarat tertentu.
• Harta yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis barangan yang bernilai
di sisi syarak.

2. Aktiviti Perniagaan Menurut Islam


• Jual beli (Al-Bai)
• Sewa (Al-Ijarah)
• Saham (Al-Mndharabah)
• Gadaian (Ar-Rahn)
• Syarikat (As-Syarikat)
• Insurans (Takaful)
• Hutang (Al-Qaradh)

3. Galakan Berniaga
• Islam menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan.
• Rasulullah S.A.W. pernah menjadi wakil peniaga kepada Khadijah binti
Khuwailid r.a. ke negeri Syam.
• Terdapat juga di kalangan sahabat terlibat dengan aktiviti perniagaan
yang besar di Makkah dan Madinah seperti Abdul Rahman bin Auf.
• Islam sangat menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan
untuk kepentingan dan perhubungan yang baik sesama manusia. Firman
Allah S.W.T.: (Surah AI-Baqarah: Ayat 275) Maksudnya: Allah
menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.

4. Adab-Adab Berniaga
• Islam menggariskan beberapa adab untuk diamalkan semasa berniaga.
Adab ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham
dan penipuan dalam perniagaan.
• Antara adab-adab dalam berniaga ialah:
 Amanah:
- Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap
jujur dan tidak menipu dalam perniagaan.
- Contohnya peniaga tidak sepatutnya mencampur
buah-buahan yang lama dengan yang baru dan
menjualnya dengan harga yang sama nilai.
Manakala pembeli haruslah bersikap jujur sekiranya
penjual tersilap memulangkan wang.
 Ihsan:
- Ihsan bermaksud peniaga menjalankan aktiviti
perniagaan dengan mengambil kira semua aspek
kemasyarakatan dan keberkatan daripada Allah
S.W.T. di samping mendapat keuntungan.
 Bekerjasama:
- Penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur
sekiranya timbul sebarang perkara yang tidak
diingini.
 Tekun:
- Perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan
bersungguh-sungguh agar perniagaan yang
dijalankan itu berkembang maju.
 Menjauhi perkara yang haram:
- Penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram
semasa menjalankan perniagaan. Contohnya
menipu dalam timbangan, menjalankan muamalat
riba, menyorok barang, dan menjual barangan yang
diharamkan seperti dadah dan arak.
 Melindungi penjual dan pembeli:
- Penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi
hak masing-masing. Contohnya penjual memberikan
peluang yang secukupnya kepada pembeli untuk
membuat pilihan ketika hendak membeli sesuatu
barangan.
5. Faedah Beradab Dalam Berniaga
• Mengamalkan adab dalam aktiviti perniagaan banyak mendatangkan
faedah dan keuntungan kepada individu terlibat dan juga masyarakat.
• Antara faedah yang diperoleh sekiranya kita mengamalkan adab dalam
aktiviti perniagaan ialah:
 akan lahir masyarakat yang harmoni dan sejahtera;
 tidak akan berlaku penindasan dan penipuan di kalangan penjual
dan pembeli;
 mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.;
 mendapat keuntungan dalam aktiviti jual beli yang dijalankan.

6. Rumusan
• Islam menggalakkan umatnya berniaga kerana
sembilan persepuluh hasil pendapatan adalah
datangnya daripada aktiviti perniagaan
• Kita hendaklah mematuhi adab-adab ketika
menjalankan aktiviti perniagaan supaya
perniagaan itu berjalan dengan baik.
• Menjalankan perniagaan dengan mematuhi
adab-adab Islam membawa kepada keuntungan
yang besar di dunia dan di akhirat.
• Beradab dalam berjual beli akan melahirkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
• Kita hendaklah menjauhi unsur-unsur penipuan
ketika menjalankan urusan perniagaan supaya
diberkati oleh Allah S.W.T..