Anda di halaman 1dari 8

LATIH TUBI SPM 05 SET2

BAHAGIAN A
(40 MARKAH)
Soalan 1 hingga 20
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan
yang tepat di dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.

1. Faktor yang menyebabkan berlakunya kekufuran ialah

A. dipaksa oleh seseorang


B. suka melakukan maksiat
C. derhaka kepada ibu bapa
D. terpengaruh dengan hawa nafsu

2. Diantara tanggungjawab seorang suami terhadap keluarganya adalah

A. mendidik anak-anak
B. membawa keluarga bersiar-siar
C. menuruti segala permintaan isteri
D. memberi tempat tinggal yang selesa

3. Dalam adab bernegara terdapat beberapa implikasi positif, antaranya

A negara bertambah maju


B ekonomi negara akan menghadapi penurunan.
C negara mudah diancam dan dibolosi oleh musuh
D nama negara akan tercemar di mata dunia

4. Sifat kerjasama merupakan adab dalam berniaga.


Apakah yang dimaksudkan dengan kerjasama dalam perniagaan?

A. Meminta nasihat dari orang yang berpengalaman


B. Bertolak ansur antara penjual dan pembeli
C. Membantu golongan yang memerlukan
D. Menderma sebahagian harta

5. Hukum memakan anggota binatang al-an’am tanpa disembelih adalah

A harus
B sunat
C haram
D makruh

6. Gelaran kepada sahabat yang memegang jawatan dalam negara Islam selepas
kewafatan Rasulullah S.A.W ialah

A. khalifah kerajaan bani umaiyyah


B. khalifah kerajaan bani othmaniah
C. khalifah kerajaan bani khuraizah
D. khulafa’ ar-rasyidin

2
LATIH TUBI SPM 05 SET2

7. Antara jihad yang utama ialah jihad melawan syaitan


Yang manakah termasuk dalam peringkat ini?

i. Jauhi makanan yang diharuskan


ii. Tidak melakukan kebaikan secara berterusan
iii. Melawan dan menghapuskan keraguan dan was-was
iv. Jauhkan diri dari menurut hawa nafsu dan perkara maksiat

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

8. Siapakah yang termasuk dalam katogeri wali mujbir?

A Saudara lelaki sebapa atau seibu sebapa


B Bapa kandung dan datuk kandung
C Wali hakim
D Bapa

9.
Beliau tidak pernah menunggang kuda di bumi Madinah kerana menghormati
bumi yang di dalamnya terdapat jasad Rasulullah S.A.W.
Siapakah tokoh yang dimaksudkan?

A. Imam Malik r.a


B. Imam Al-Ghazali r.a
C. Imam Abu Hanifah r.a
D. Khalifah Abu Bakar As-Sidik r.a

10.
Umar al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang sangat mementingkan
kebajikan rakyatnya.
Pilih jawapan yang sesuai bagi kenyataan di atas

i. Rakyat dilayan sama rata tanpa mengira status


ii. Rakyat berpeluang mengemukakan pandangan
iii. Menggalakkan rakyat menyokong pemerintah
iv. Sifat tawaduk beliau amat jelas
A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

11. Hukum menyakiti hati ibu bapa ialah

A. sunat
B. harus
C. haram
D. makruh

3
LATIH TUBI SPM 05 SET2

12. Antara hikmah walimatulurus ialah

i. menghubungkan silaturrahim
ii dapat mengembangkan keturunan
iii. pengisytiharan sebagai suami dan isteri
iv. dapat mengadakan kenduri secara besar-besaran

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

13. Berikut ialah tahap iman orang mukmin.

A. Iman sentiasa bertambah


B. Iman mereka tidak berubah
C. Iman mereka boleh bertambah dan berkurang
D. Iman mereka semakin kuat dari semasa ke semasa

14. Taubat seseorang itu tidak lagi diterima Allah ketika

i. hampir berlaku kiamat


ii. nyawa sampai di halkum.
iii. sakit yang membawa mati.
iv. sedang melakukan maksiat.

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. ii dan iv

15. Kebaikan mengerjakan haji secara Ifrad ialah

A. haji dan umrah ditunaikan secara berasingan


B. haji dan umrah ditunaikan serentak
C. tempoh mengerjakannya panjang
D. tidak dikenakan dam

16. Ciri-ciri sistem gadaian Islam ialah

i. nilai barangan termasuk faedah


ii. barang akan lupus sekiranya tidak ditebus dalam tempoh gadaian
iii. membantu meringankan kesusahan
iv. tiada unsur riba

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

4
LATIH TUBI SPM 05 SET2

17. Siapakah antara berikut yang mempelopori golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah?

A. Imam Abu Hassan Al-Basri


B. Imam Abu Hassan Al-Azhari
C. Imam Abu Hassan Al-Ash`ari
D. Imam Abu Hassan Al-Maturidi

18. Manakah antara berikut tidak berkaitan dengan fasakh?

A. Hak suami isteri


B. Tiada bayaran tebusan
C. Berpunca dari kelemahan pihak suami atau suami
D. Qadi berkuasa membatalkan perkahwinan

19. Di antara pandangan sesat Syiah Batiniah ialah

A. al-Quran bukan makhluk


B. pelaku dosa besar adalah kafir
C. menganggap makna batin dalam al-Quran hanya difahami oleh imam sahaja
D. mengkafir dan menghalalkan darah umat Islam yang berbeza iktiqad dengan
mereka

20. Pilih jawapan yang salah mengenai pandangan Ahli Sunnah

A. Al-Quran bersifat qadim


B. Al-Quran itu bukan makhluk
C. Iman boleh bertambah dan berkurang
D. Orang yang melakukan dosa besar dikira sebagai `mulhid`

Soalan 21 hingga Soalan 23 adalah berdasarkan rajah di bawah.


Lengkapkan rajah syarat wajib haji dan umrah di bawah :

Syarat wajib haji dan umrah

Islam 21._____ 22._____ Merdeka 23._____

24. ____________ ialah kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran,


sunah Rasulullah dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta
menentang perkara-perkara bidaah.

25. Perkataan Abbasiyah diambil sempena nama ___________ iaitu bapa


saudara Rasulullah S.A.W.

5
LATIH TUBI SPM 05 SET2

Soalan 26 hingga Soalan 28 berdasarkan rajah di bawah.


Lengkapkan rajah sumber kewangan Kerajaan Abbasiyah.

26.________

Zakat

Sumber Kewangan Ghanimah

27.________

28.________

29. Wali _________ ialah wali yang hampir dengan pengantin perempuan
termasuk datuk dan bapa.

30. Rukun haji yang menjadi simbol membersihkan diri daripada sifat tercela
yang terdapat pada diri seseorang ialah _____________ .

Soalan 31 dan Soalan 32 adalah berpandukan rajah di bawah.


Lengkapkan rajah jenis-jenis syirik di bawah:

Jenis-jenis
syirik

31. ___________ 32. ___________

33. Jemaah haji dari Malaysia yang membuat penerbangan terus ke Madinah
akan berniat ihram di ______________ .

34. Hukum pemberian mahar adalah __________ ke atas suami.

35. Berasa gembira dalam melakukan ibadat serta sanggup menanggung


kepayahan demi mendapat keredhaan Allah adalah ciri-ciri orang yang
mendapat ____________ iman .

6
LATIH TUBI SPM 05 SET2

Soalan 36 dan Soalan 37 adalah berdasarkan carta di bawah.


Lengkapkan carta golongan perempuan yang haram dikahwini:

Perempuan
Perempuan
yang
yang haram
haram
dikahwini
dikahwini

Haram Haram
selama-lamanya sementara

Keturunan 36. _________ 37. _________

38. Ajaran Bahai muncul di ____________ pada tahun 1847 Masihi.

39. Hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan adalah berdosa


besar.
Ia dikenali sebagai ______________ .

40. Pasar yang dikenali sebagai ___________ menjadi tumpuan para pedagang
terutama dari Parsi pada masa pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur.

Bahagian B
[60 markah]

1 (a) Iman perlu dijaga untuk keselamatan hidup dunia dan akhirat.

i. Nyatakan satu langkah berkesan untuk memelihara iman.


(2 m)
ii. Jelaskan dua kesan iman terhadap pembentukan peribadi muslim
(4 m)
iii. Bagaimanakah cara beriman dengan hati dan perbuatan.
(4 m)

(b) Menderhaka kepada kedua ibu bapa merupakan dosa besar.

i Berikan dua sebab Islam melarang perbuatan tersebut.


(4 m)
ii. Nyatakan tiga ciri anak yang bertanggungjawab.
(6 m)

7
LATIH TUBI SPM 05 SET2

2 (a) Sabda Rasulullah s.a.w :

‫عن انس بن مالك قال سمعت رسول هللا (ص) يقول من ادعى الى غير ابيه اوانتمى‬
‫الى غير مواليه فعليه لعنة هللا المتتابعة الى يوم القيامة‬

Maksud : Daripada Anas bin Malik, katanya: Aku telah mendengar


Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesiapa yang mengaku orang lain sebagai
bapa atau menasabkan dirinya (milik) kepada orang yang bukan tuannya,
maka ke atasnya laknat Allah s.w.t. yang berterusan hingga hari qiamat.
(Riwayat Abu Daud)
i. Apakah maksud anak angkat?
(2 m)
ii. Jelaskan batas pergaulan antara anak angkat dengan keluarga
angkatnya.
(2 m)
iii. Huraikan tiga hikmat larangan membinkan anak angkat kepada bapa
angkatnya.
(6 m)
(b) Sabda Rasulullah saw.

Maksudnya : Daripada Samrah bin Jundub meriwayatkan daripada Nabi


S.A.W katanya : setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih
aqiqahnya pada hari ketujuh kelahirannya dicukur rambut dan
diberi nama.
(Riwayat Abu Daud)

i. Terangkan cara-cara penyelenggaraan daging akikah


(3 m)
ii. Jelaskan bagaimana ibadah tersebut boleh meningkatkan silaturrahim
sesama umat Islam
(4 m)

(c) Sabda Rasulullah s.a.w:

8
LATIH TUBI SPM 05 SET2

Maksudnya : Daripada A’isyah r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah


S.A.W bersabda : Sesungguhnya sebesar-besar keberkatan dalam
perkahwinan ialah yang sederhana maharnya
(Riwayat Ahmad)

i. Nyatakan hukum pemberian mahar.


(1 m)
ii. Mahar dapat mengukuhkan ikatan perkahwinan.
Buktikan pernyataan di atas.
(2 m)
3 (a)
i. Nyatakan dua ciri pemimpin yang baik.
(2 m)
ii. Jelaskan dua adab rakyat terhadap pemimpin.
(4 m)
iii. Terangkan dua tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat.
(4 m)
(b)
i. Nyatakan dua sektor ekonomi utama kerajaan Bani Abbasiyah
(2 m)
ii. Terangkan dua kesan pembangunan ekonomi kerajaan Bani
Abbasiyah terhadap rakyat .
(4 m)
(c) Terangkan dua bukti yang menunjukkan Imam Malik seorang tegas dan
teguh dalam mempertahankan prinsipnya.
(4 m)

4 (a) Menziarahi jenazah adalah satu amalan yang dituntut dalam Islam.

i. Nyatakan dua tingkah laku tidak beradab semasa menziarahi jenazah.


(2 m)
ii. Terangkan dua kelebihan menziarahi jenazah.
(4 m)

(b) Umat Islam digalakkan berekreasi pada masa lapang.


Terangkan dua ciri tempat rekreasi yang baik.
(4 m)
(c) Jamaluddin Al-Afghani adalah tokoh pembaharuan Islam.
Terangkan dua bentuk pembaharuan yang telah diperkenalkan.
(4 m)
(d) Terangkan tiga faktor kemajuan yang dicapai dalam bidang ketenteraan
semasa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah.
(6 m)
KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai