Anda di halaman 1dari 9

LATIH TUBI SPM 05 SET5

BAHAGIAN A
(40 MARKAH)
Soalan 1 hingga 20
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan
yang tepat di dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.

1. Manakah antara berikut merupakan kesan ibadah haji terhadap masyarakat...

A. dapat berkenalan dengan bangsa-bangsa lain


B. dapat menghapuskan dosa-dosa besar
C. membantu meningkatkan ekonomi
D. membentuk akhlak mulia

2. Allah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir.


Bagaimanakah cara berfikir yang betul seperti yang digariskan dalam Islam?

A. Mengetahui akibat berfikir


B. Mengetahui cara-cara mencapai matlamat
C. Kurang pasti tentang perkara yang dilakukan
D. Mengabaikan segala risiko yang akan berlaku

3. Syirik khafi ialah syirik yang dilakukan :


A. Secara terbuka
B. Secara sembunyi
C. Secara bertafakur
D. Secara terang-terangan

4. Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa saksi

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Zihar
B. Liwat
C. Qazaf
D. Musahaqah

5. Kedamaian sesebuah negara bergantung kepada sikap rakyat terhadap


pemimpinnya.
Apakah kesan yang akan berlaku jika rakyat tidak menghormati pemimpin?

A. Ekonomi negara akan meningkat.


B. Pembangunan negara berjalan lancar
C. Rakyat mempunyai semangat daya saing yang tinggi.
D. Musuh akan mengambil kesempatan melemahkan negara

2
LATIH TUBI SPM 05 SET5

6. Berikut merupakan bahagian yang boleh dimakan daripada binatang sembelihan,


kecuali

A. usus
B. darah
C. pundi kencing
D. ketumbuhan antara kulit dengan daging

7. Keindahan persekitaran menyumbang kepada peningkatan mutu kehidupan


sejagat.
Antara punca-punca berlaku pencemaran persekitaran ialah

i. pencemaran udara
ii. kematian binatang
iii. pencemaran tanah
iv. semburan racun pertanian

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

8. Kesan ibadat haji terhadap individu ialah

A. boleh menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan umat Islam


B. dapat menghubungkan silaturrahim antara umat Islam
C. boleh meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t.
D. dapat menjalankan urusan perniagaan

9. Tokoh ini dilahirkan di Ghazalah pada tahun 450 H. Hasil karyanya iaitu kitab Ihya
Ulumuddin sangat masyhur dan digunakan hingga sekarang.

Kenyataan di atas adalah mengenai

A. Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Ahmad


B. Abu Abdullah Muhammad bin Ismail
C. Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
D. Muhammad bin Idris bin Al-Abbas

10. Satu daripada berikut bukan syarat taubat

A. Berhenti daripada melakukan maksiat


B. Menjaga hubungan baik sesama manusia
C. Meminta maaf daripada orang yang pernah disakiti
D. Menyesal dengan sebenar-benarnya atas maksiat yang telah dilakukan.

3
LATIH TUBI SPM 05 SET5

11. Kemanisan iman dapat diperolehi dengan cara

A. menuntut ilmu
B. mengasihi manusia
C. membantu orang lain
D. menjadikan al-Quran sebagai panduan

12. Imam Al-Ghazali mendalami dan menguasai ilmu usul mengikut aliran

A. Al-Syiah
B. Qadiani
C. Alhamadiah
D. Ahli Sunnah Wal Jamaah

13. Manakah antara berikut cara isteri memelihara kehormatannya?

A. Tidak mendedahkan aurat


B. Keluar rumah tanpa izin suami
C. Membenarkan orang lain masuk ke rumah
D. Menceritakan keaiban suami kepada ibu bapa

14. Antara sumbangan Khalifah Bani Abbasiyah ialah

i. menghapuskan pemberontakan
ii. memperbaiki sistem perniagaan
iii. membuat dan memperbaiki saliran
iv. menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iv
D i dan iv

15. Antara berikut manakah pengangan Syiah Zaidiyyah?

A. Menghalalkan beberapa kemungkaran


B. Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahlul Bait
C. Beriktikad bahawa Saidina Ali dan imam-imam mereka sebagai tuhan
D. Beriktikad bahawa perbuatan manusia dilakukan oleh manusia bukannya
Allah

16. Berikut merupakan syarat-syarat seorang wali , kecuali

i. Islam
ii. Muflis
iii. Baligh
iv. Hamba

A i dan ii
B i dan iii

4
LATIH TUBI SPM 05 SET5

C ii dan iv
D iii dan iv

17. Akibat lari dari medan perang ialah

i. akan menerima pembalasan di akhirat


ii. dipandang hina oleh masyarakat
iii. merendahkan martabat agama
iv. terselamat dari dibunuh

A. i dan ii
B. i, dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

18. Antara berikut manakah syarat sah bagi bakal suami

i. baligh
ii. seorang lelaki
iii. beragama Islam
iv. bukan muflis

A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv

19. Apakah gelaran bagi pengasas ajaran sesat Bahai?

A. Barakatullah
B. Baha’ullah
C. Bahrullah
D. Batiniah

20. Manakah antara berikut wali mujbir?

i. Bapa
ii Datuk
iii. Saudara lelaki sebapa
iv. Saudara lelaki seibu sebapa

A i dan ii
B i, dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

5
LATIH TUBI SPM 05 SET5

Soalan 21 hingga Soalan 23 adalah berdasarkan rajah di bawah.


Lengkapkan rajah carta rukun haji di bawah :

Rukun haji

Niat ihram

21. __________
___________

Tawaf

Saie

22. __________
___________
23. __________
___________

24. __________ ialah gelaran kepada orang yang tidak beragama.

25. Orang yang melakukan amar makruf dan nahi munkar disebut __________ .

26. Mengamalkan ilmu santau, ilmu guna-guna dan seumpamanya termasuk


dalam perbuatan _________ .

Soalan 27 dan Soalan 28 adalah berpandukan rajah di bawah.


Lengkapkan rajah struktur pasukan tentera Islam zaman Abbasiyah:

28._______
Al-Qaid
(Panglima perang)

27.________

Al-Arif (kopral)

29. Dam tertib dan ________ adalah denda yang dikenakan ke atas jemaah yang
melakukan Haji Qiran dan Haji Tamattuk.

6
LATIH TUBI SPM 05 SET5

30. Bilangan talak maksimum yang dibenarkan dalam Islam ialah sebanyak
_________ kali.

Soalan 31 hingga Soalan 33 adalah berdasarkan jadual di bawah.


Isikan jawapan yang betul dalam rajah.

Kaedah yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah dalam menentukan hukum.

Al-Quran
Al-Quran

31.__________
31.__________

Al-Ijmak
Al-Ijmak

32.__________
32.__________

Al-Istihsan
Al-Istihsan

33._________
33._________

34. Hak penjagaan anak yang belum mumayyiz dan tidak mampu menguruskan
diri sendiri disebut __________.

35. Khalifah Abu Jaafar al-Mansor telah menjadikan __________ sebagai ibu
kota pemerintahan kerajaannya.

36. Hasil karya Imam Syafie yang paling masyhur ialah _________ .

7
LATIH TUBI SPM 05 SET5

Soalan 37 dan Soalan 38 adalah berdasarkan jadual di bawah.


Isikan tempat kosong mengenai hukuman hudud bagi kesalahan berikut:

Hukuman ke
atas penzina
Belum berkahwin Sudah berkahwin

37.__________ 38.__________

39. Fasakh dari segi bahasa ialah ___________ .

40. Ajaran__________adalah ajaran sesat paling tua di Malaysia yang muncul di


Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bahagian B
[60 markah]

1 (a) Selepas peristiwa al-fitnah al-kubra umat Islam mula berpecah kepada
beberapa kumpulan antaranya Syiah, Khawarij dan Ahli Sunnah Wal
Jamaah.

i. Siapakah yang memasyhurkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


(2 m)
ii. Nyatakan dua langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan diri
daripada terjebak dengan fahaman yang bercanggah dengan akidah
Ahli Sunnah Wal Jamaah.
(4 m)
iii. Terangkan maksud istilah-istilah berikut:
a. Munafik.
b. Fasik
(4 m)

(b)
   
        
 
38 ‫ اية‬: ‫المائدة‬

Ayat di atas menerangkan tentang perbuatan mencuri yang ditegah oleh


Islam.

8
LATIH TUBI SPM 05 SET5

i Nyatakan dua syarat yang membolehkan pencuri dijatuhi hukuman


potong tangan.
(4 m)
ii. Terangkan tiga kesan buruk jenayah mencuri terhadap masyarakat.
(6 m)

2 (a). Wali nasab terdiri dari wali mujbir dan bukan mujbir

i. Siapakah wali mujbir ?


(2 m)
ii. Jelaskan syarat-syarat pernikahan yang boleh dilakukan oleh wali
mujbir tanpa persetujuan anak gadisnya.
(4 m)
iii. Terangkan dua sebab kuasa wali nasab boleh berpindah kepada wali
hakim.
(4 m)

(b) Pada 9 Zulhijjah setiap tahun, jemaah haji wajib menghadirkan diri di
Padang Arafah untuk menunaikan salah satu daripada rukun haji.

i. Nyatakan ibadah tersebut .


(2 m)
ii. Jelaskan dua hikmah diwajibkan ibadah tersebut.
(4 m)

(c) Nyatakan dua syarat bagi mengharuskan seekor anjing digunakan untuk
memburu mengikut syariat Islam.
(2 m)
(d) Nyatakan perbezaan antara mahar nikah dengan hantaran kahwin.
(2 m)

3 (a) Islam telah menggariskan beberapa adab untuk diamalkan semasa berniaga

i. Apakah yang dimaksudkan dengan berniaga ?


(2 m)
ii. Jelaskan konsep amanah dalam berniaga
(4 m)
iii. Terangkan dua faedah mengamalkan adab dalam aktiviti perniagaan
(4 m)

(b) Jelaskan tiga faktor kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah


(6 m)

(c) Imam Al-Ghazali adalah tokoh Islam yang terkemuka dalam sejarah
tamadun Islam.
Terangkan dua sumbangan beliau dalam bidang ini.
(4 m)

9
LATIH TUBI SPM 05 SET5

4 (a) i. Umat Islam hendaklah berselawat kepada Rasulullah SAW bagi


menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada baginda.
Nyatakan dua tujuan kita berselawat

(2 m)
ii. Terangkan perbezaan di antara adab terhadap Rasulullah dan orang
awam.
(4 m)
(b) Kita perlu menjaga kemudahan awam.
Terangkan dua kepentingan kemudahan awam kepada individu.
(4 m)
(c) Sheikh Tahir Jalaluddin adalah tokoh Islah Tanah Melayu.
Terangkan dua mesej Islahnya kepada umat Islam negara ini.
(4 m)
(d) Khalifah Umar banyak mengadakan pembaharuan dalam pentadbiran
negara.
Terangkan tiga dari pembaharuan tersebut.
(6 m)

KERTAS SOALAN TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai