Anda di halaman 1dari 24

KENEGARAAN MALAYSIA

SKP 2101
PERPADUAN & INTEGRASI NASIONAL:
MAMPUKAH MISI 1 MALAYSIA DICAPAI?

NAMA PENSYARAH: PROF. JAYUM A. JAWAN

KUMPULAN: 17

AHLI KUMPULAN:

NO.MATRIK:

1. NURUL ASSIKIN BINTI ARIFFIN 152028

2. NORHASYIMAH BINTI ISMAIL 152306

3. NOR AFIQAH BINTI MD. YUNUS 154754

1
ISI KANDUNGAN

TOPIK MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Objektif Kajian 2

1.2 Permasalahan 3

1.3 Pengenalan Konsep 1 Malaysia 4

2.0 KONSEP 1 MALAYSIA

2.1 Misi 1 Malaysia 5

2.2 Slogan 1 Malaysia 5

2.3 Nilai 1 Malaysia 6

2.4 Kayu Ukur 1 Malaysia 8

2.5 Formula 1 Malaysia 9

3.0 KONSEP PERPADUAN DALAM DASAR NEGARA

3.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB) 11

3.2 Dasar Pembangunan Baru (DPB) & Wawasan 2020 14

4.0 CABARAN 1 MALAYSIA 17

5.0 USAHA KERAJAAN DALAM MEREALISASIKAN 20

MISI 1 MALAYSIA

6.0 KESIMPULAN 21

7.0 SENARAI RUJUKAN 22

2
1.0) PENDAHULUAN
1.1) OBJEKTIF KAJIAN

Dunia kini sibuk mendengar pelbagai isu-isu hangat yang berbaur perkauman,
maka kumpulan kami ingin menelusuru usaha kerajaan di dalam menghadapi masalah ini.
Justeru itu, kami melihat bahawa usaha kerajaan ke arah membentuk sebuah negara yang
berpadu melalui konsep 1 malaysia ini merupakan usaha murni yang mampu mengratkan
perpaduan.

Maka, objektif kajian kami akan lebih memberi penumpuan kapada bagaimana
kemampuan konsep 1 Malaysia kini mampu tercapai. Antara objektif kajian kami adalah
seperti berikut:

i. Mengetahui kronologi penubuhan 1 Malaysia.


ii. Mengetahui kerelevanan 1 Malaysia pada masa kini.
iii. Mengkaji sama ada mampukah konsep 1 Malaysia dicapai.

Berdasarkan ketiga-tiga objektif diatas, kami akan mengupas dengan lebih lanjut
bagaimana 1 Malaysia ini dapat membentuk perpaduan di Malaysia dan juga Integrasi
Nasional.

3
1.2) PERMASALAHAN

Permasalahan yang timbul di sini ialah sejauh mana kemampuan konsep 1


Malaysia dapat memupuk semangat perpaduan di antara kaum juga integrasi nasional di
Malaysia kini.

Permasalahan ini timbul kerana rakyat di Malaysia mula mempersoalkan


kewibawaan konsep 1 Malaysia ini tidak efektif berdasarkan perbagai isu serta masalah
yang kian meruncing yang berbaur perpaduan kini hangat di dada akhbar dan juga di kaca
televisyen. Ini menjadi bukti di mana ketidak berkesanan konsep 1 Malaysia yang ada
pada masa kini di mata rakyat.

Namun hakikatnya, konsep 1 malaysia ini sebenarnya mampu dicapai jika


mendapat kerjasama dari semua pihak untuk mengaplikasikannya.

Dari permasalahan ini, perbincang dengan lebih lanjut di dalam kajian ini akan
menyingkap isu serta masalah juga cara penambah baikkan untuk tujuan kajian di masa
hadapan.

4
1.3) PENGENALAN KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep ini diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Yang Amat
Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak selaras dengan perlantikan beliau
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam pada masa tersebut.

1 Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas
dan terbuka bagi membincangkan perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai
satu bangsa. Ianya adalah peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian
perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik ialah kepelbagaian yang
selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa
hadapan.

1 Malaysia merupakan sebuah gagasan kerajaan bagi memupuk perpaduan dalam


kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan kepada beberapa nilai
penting yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Usaha kerajaan ini penting kerana
perbezaan kaum, keturunan serta pegangan agama masyarakat yang berbilang kaum turut
memberikan peluang kepada semua pihak untuk mengenali antara satu sama lain.

Konsep yang diasaskan ini juga adalah bertujuan menjadikan Wawasan Negara
iaitu Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia yang
keempat iaitu Tun Dr. Mathadir Muhammad. Namun 1 Malaysia masih lagi mengekalkan
prinsipnya iaitu mengutamakan perpaduan kaum yang ada di Malaysia.

5
2.0) KONSEP 1 MALAYSIA
2.1) MISI 1 MALAYSIA

Misi utama 1 Malaysia ialah mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam


kepelbagaian. Kepelbagaian yang dimaksudkan ialah kaum yang wujud di Malaysia yang
seperti semua sedia maklum, Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu melayu,
cina dan india dan juga beberapa kumpulan kecil etnik yang menjadikan Malaysia begitu
unik. Perpaduan dalam kepelbagaian yang wujud inilah harus dikekalkan kerana identiti
Malaysia itu sendiri ialah kepelbagaiannya.

Melalui misi 1 malaysia juga dipercayai bahawa misi ini dapat menwujudkan
sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyatnya.
Pencapaian rakyat amatlah penting bagi menjamin kemajuan negara Malaysia yang kini
sedang membangun. Maka, slogan 1 Malaysia yang diwar-warkan juga amatlah
bertepatan dengan konsep yang diketengahkan oleh kerajaan.

2.2) SLOGAN 1 MALAYSIA

1 Malaysia berslogankan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Slogan


yang dipilih ini sangat bertepatan dengan konsep yang dibawakan yang lebih mesra
dengan rakyat. Ini membuktikan bahawa kerajaan sangat mengambil berat tentang rakyat
dimana rakyat akan sentiasa menjadi perkara utama dan pihak kerajaan juga sangat
mementingkan pencapaian rakyatnya dalam apa jua bidang yang dicuburi. Ini bagi
memastikan negara memiliki pelapis yang mampu memimpin negara suatu hari nanti.

6
2.3) NILAI 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia adalah berteraskan 8 nilai-nilai yang sangat penting ke arah


kejayaan Wawasan 2020.Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sangat berharap nilai-
nilai ini dapat dipupuk dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia.

1. Budaya kecemerlangan

Ianya adalah satu usaha berterusan di mana budaya kecemerlangan ini ditanam demi
membawa Malaysia ke tahap pencapaian yang lebih tinggi. Berdasarkan prinsip
meritokrasi yang mementingkan prestasi, ketepatan dan juga kualiti.

2. Ketabahan

Nilai ketabahan dititikberatkan sepertimana dalam sejarah negara pernah melalui zaman-
zaman yang mencabar. Permasalahan sebenarnya menjadikan rakyat lebih kuat dalam
mengatasi krisis dengan tabah. Ketabahan juga ditekankan dalam mengharungi
perubahan peribadi dan berusaha lebih dari biasa demi membuktikan kemampuan diri.

3. Rendah diri

Salah satu sifat yang penting untuk memperlihatkan konsep tawadhu’ . Penting dalam
menyesuaikan diri dalam semua keadaan masyarakat. Tidak bersifat menindas antara satu
sama lain.

4. Penerimaan

Nilai ini lebih kepada sifat yang lebih bertoleransi antara satu sama lain. Nilai ini
memperlihatkan penerimaan secara positif dan menerima secara rela hati tanpa sebarang
pengaruh negatif. Setiap kaum di Malaysia perlu emainkan peranan penting dalam
menerapkan nilai ini secara efektif.

5. Kesetiaan

Kesetiaan adalah asas kepada kepercayaan di mana paling penting dalam perhubungan.
Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan dan bukanlah kepercayaan membuta tuli.
Seperti setia kepada pemimpin dengan cara yang betul.

7
6. Meritokrasi

Nilai ini dipertimbangkan mengikut faktor-faktor tertentu. Prinsip ini selari dengan
prinsip budaya kecemerlangan di mana setip kaum dibela mengikut pencapaian masing-
masing. Sistem ini berdasarkan kebolehan dan merit individu. Sistem ini lebih adil dan
produktif berbanding status sosial atau ras. Sebagai contoh pemerolehan kontrak, setiap
mereka perlu menunjukkan terbaik untuk mendapatkannya.

7. Pendidikan

Pendidikan dan pengetahuan sangat penting dalam arus kemodenan ini. Ia membentuk
masyarakat yang lebih berfikiran terbuka. Nilai ini yang akan membina Malaysia lebih
kuat dan maju sejajar dengan zaman.

8. Integriti

Kejujuran penting dalam mendapatkan keyakinan rakyat terutamanya dalam menepati


janji terutamanya kepada ahli- ahli politik. Integriti mengetepikan kepentingan peribadi
dalam segala tindakan perlakuan.

8
2.4) KAYU UKUR 1 MALAYSIA

Di sini, kami meletakkan beberapa perkara yang mampu dilihat sebagai kayu ukur
atau penanda aras bagi mengukur sejauh mana perpaduan kaum mampu dicapai melalui
kewujudan konsep 1 Malaysia. Antaranya ialah:

i. Penerimaan dan sambutan daripada rakyat

Daripada aspek ini, kita boleh meneliti adakah seluruh warga bangsa Malaysia menerima
dan menyambut dengan baik dan positif setiap dasar- dasar kerajaan atau aktiviti yang
dijalankan khasnya yang membentuk perpaduan.

ii. Penglibatan rakyat dalam program-program yang bersifat 1 Malaysia.

Banyak program-program yang bersifat yang telah dan bakal dianjurkan oleh kerajaan
sejajar dengan gagasan 1 Malaysia. Ini juga dapat mengukur adakah rakyat Malaysia
aktif dalam program yang melibatkan percampuran kaum dan sanggup bertoleransi
sesama bangsa. Contoh, program rumah terbuka perayaan di Malaysia.

iii. Pengamalan konsep 1 Malaysia oleh rakyat Malaysia.

Kejayaan Satu Malaysia juga dapat diukur melalui pengamalan konsep Satu Malaysia
berdasakan 8 teras 1 Malaysia dalam kehidupan harian.Contohnya, adakah kita mampu
menerapkan nilai penerimaan iaitu menerima perbezaan amalan kaum sebagai keunikan
kaum di Malaysia dan bergaul dengan baik tanpa mengira kaum.

9
2.5) FORMULA 1 MALAYSIA

Kayu ukur yang dinyatakan sebentar tadi diteliti dan tepat atas rasional formula 1
Malaysia yang sangat ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita
untuk mencapai 1 Malaysia ke arah Wawasan 2020 berdasarkan dua aspek utama iaitu
aspek penerapan teras perpaduan dan juga aspek nilai aspirasi.

*TERAS PERPADUAN
 Penerimaan antara semua kaum dengan rakyat Malaysia.

Teras perpaduan ini sejajar dengan nilai keempat konsep 1 Malaysia iaitu nilai
penerimaan. Penggunaan terma Bangsa Malaysia untuk seluruh kaum di Malaysia
bukanlah seperti konsep ‘Malaysian Malay’ yang dibawa oleh segelintir mereka yang
ingin mengocakkan kedamaian di Malaysia.

 Prinsip kenegaraan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun


Negara

Semua prinsip dalam konsep ini mengikut garis panduan dalam Perlembagaan sebagai
undang-undang tertinggi negara dan selaras dengan Rukun Negara Malaysia.

 Keadilan sosial

1 Malaysia menekankan keadilan sosial bagi semua kaum di Malaysia. Berdasarkan nilai
meritokrasi, semua kaum dibela mengikut tahap pencapaian individu masing-masing.
Tiada yang terpinggir sebagaimana dilihat dalam intitusi pengajian tinggi di Malaysia
sekarang.

10
*NILAI ASPRIRASI

 Budaya kecermelangan dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab.


 Budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan.
 Keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang baru.
 Meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang lebih layak dalam
melaksanakan tugasan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar
Negara.
 Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.
 Ketabahan dalam mengharungi cabaran dan integriti dalam urusan transaksi.

_____________________________

* Ismail Sualman, “Dewan Siswa,” Merealisasikan ‘Satu Malaysia’, Jilid 32 Bil. 08 (Ogos 2009)

11
3.0) KONSEP PERPADUAN DALAM DASAR NEGARA

3.1) DASAR EKONOMI BARU (DEB) 1971-1990

Perpaduan adalah satu elemen penting yang perlu ada dalam sebuah negara yang
merdeka dan majmuk seperti negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum utama
terbesar iaitu Melayu, Cina , India dan juga tidak ketinggalan beberapa kelompok kecil
kumpulan etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya, bangsa dan agama.

Kepelbagaian ini sebenarnya menjadi keunikkan Malaysia kerana sejarah


penubuhan negara ini sendiri penuh dengan warna-warni kaum yang menjadikannya unik
di mata dunia. Sebenarnya masalah sentiasa wujud pada bila kita hidup dalam keadaan
mempunyai komuniti yang berbilang ini. Namun, adakah kita sedar bahawa usaha dalam
menwujudkan perpaduan kaum di Malaysia sebenarnya telah lama dilaksanakan dalam
dasar-dasar kerajaan yang tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyatnya.

Bermula dengan satu dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang dilaksanakan pada tahun 1971 di mana dasar ini merupakan usaha drastik kerajaan
dalam memastikan tiada lagi wujudnya masalah perkenalan ekonomi mengikut kaum
yang dilakukan oleh pihak British sewaktu pemerintahannya. Pemecahan kaum mengikut
pengenalan ekonomi ini dilakukan oleh British bertujuan untuk melicinkan
pentadbirannya pada Zaman Pemerintahan British diTanah Melayu. Namun, pada masa
yang sama, pihak British juga cuba untuk mengelakkan percampuran antara kaum yang
ada pada ketika itu. Hal ini kerana, pihak British kuatir akan jika wujudnya perpaduan
antara kaum pada ketika itu, masyarakat Tanah Melayu akan menuntut kemerdekaan
negara mereka. Dari skop ekonomi pula, British akan kehilangan sumber pendapatan
mereka apabila rakyat di Tanah Melayu menuntut kemerdekaan kerana seperti yang
semua sedia maklum kekayaan hasil bumi Tanah Melayu pada Zaman Penjajahan British
dimonopoli sepenuhnya oleh penjajah demi kepentingan mereka sendiri. Kekayaan
negara dibolot sepenuhnya oleh penjajah.

Maka, DEB diperkenalkan di Malaysia yang bersifat serampang dua mata. DEB
dikatakan sebagai serampang dua mata kerana DEB menekankan dua aspek yang paling
penting dan utama iaitu, membasmi kemiskinan di kalangan rakyat dan menwujudkan
12
peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan ras, juga melakukan
penyusunan semula penduduk yang bertujuan menghapuskan sistem pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi yang diguna pakai oleh pihak British demi menwujudkan
interaksi antara kaum dan juga menghakis sikap prejudis antara kaum sekali gus
mewujudkan perpaduan di antara rakyat.

Kerajaan melaksanakan beberapa strategi bagi menrealisasikan DEB ini. Antara


strategi yang dirangka kerajaan ialah meningkatkan produktiviti dan pendapatan
golongan miskin melalui pembukaan tanah baru seperti pembukaan Felda dan juga
penempatan baru bagi kaum petani. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan dalam sektor perkilangan dan secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan
ekonomi negara untuk suatu tempoh jangka masa panjang.

Kerajaan mengambil langkah bijak dengan meningkat pelaburannya untuk


memabik-pulih infrastruktur seperti kemudahan klinik, balai polis dan sekolah di
kawasan luar bandar terutamanya. Ini bertujuan memudahkan urusan rakyat dalam
menerima kemudahan yang disediakan. Kerajaan juga membaiki kemudahan-kemudahan
awam seperti pondok telefon, perhentian bas, taman permainan dan pelbagai lagi
kemudahan awam yang perlu dibaiki di kawasan bandar mahupun di kawasan luar
bandar.

Selain itu kerajaan tidak pernah mengabaikan peluang pendidikan rakyatnya. Oleh
itu, kerajaan bertindak meluaskan peluang pendidikan kepada semua tanpa mengira
kaum. Walaupun ada mendapat tentangan, kerajaan telah mengambil langkah yang
cermat dengan membuka pelbagai jenis sekolah jenis kebangsaan kepada kaum lain yang
ada di Malaysia dan membenarkan pemelajaran dilaksanakan dalam bahasa ibunda
mereka tetapi mewajibkan matapelajaran Bahasa Melayu diajar di sekolah-sekolah
tersebut. Ini bertujuan kerana ada segelintir ibu bapa yang masih lagi sukar menerima
percampuran di sekolah kebangsaan. Ini bukti yang menunjukkan kerajaan sedaya upaya
menyediakan peluang pendidikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

Penggalakkan semua kaum dalam semua jenis aktiviti ekonomi ,sosial dan juga
politik. Cara ini dapat memupuk perpaduan di antara rakyat kerana apabila pelbagai

13
kaum dan etnik ini melakukan aktiviti secara bersama maka mereka akan berusaha
bersama-sama dalam memastikan matlamat mereka tercapai.

Kerajaan juga berusaha memodenkan suasana di kawasan luar bandar dengan


menyediakan pelbagai kemudahan awam yang bersesuaian dengan penduduk di kawasan
luar bandar agar mereka yang tinggal di kawasan luar bandar tidak berasa terpinggir dan
mundur.

Setelah melihat segala usaha dan strategi kerajaan, DEB ini telah di anggap
berjaya sejak dari perlaksanaannya yang bermula dari tahun 1971 sehingga tahun 1990.
Sepanjang tempoh 20 tahun ini, dapat dilihat banyak kesan positif yang membawa
kepada pembentukkan negara Malaysia yang membangun. Dalam Rangka Rancangan
Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) kajayaan DEB diakui kerana dapat mencapai
‘Perpaduan Nasional’ dengan falsafah ‘Pembangunan dengan Pengagihan yang
Saksama’1.

Ekonomi negara menunjukkan peningkatan apabila purata ekonomi 6.7%, di


mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat empat kali ganda iaitu dari RM
21,548 juta kepada RM 59,155 juta. Sementara itu pula, pendapatan perkapita meningkat
kepada RM 6.180 pada tahun 1990 daripada RM 1.109 pada tahun 1971. Pihak kerajaan
juga berjaya mengekalkan kadar inflasi negara pada kadar 4.6% sepanjang tempoh DEB
dilaksanakan.

Dari segi rekod pertumbuhan ekonomi pula, pertumbuhan ekonomi negara


tumbuh sebanyak 6.0 % berbanding sebelum tahun 1960-an di mana rekod pertumbuhan
ekonomi negara berada pada tahap 0.7% sahaja dan semasa perlaksanaan DEB pula
ekonomi negara adalah 6.7% pada sekitar tahun 1970 hingga 1990. Kadar kemiskinan
seluruh isi rumah juga berjaya dikurangkan dari 42.4% pada tahun 1976 kepada 17.1%
pada tahun 1990 dan ini membuktikan kejayaan negara dalam perlaksanaan DEB.

___________________________

1
Pusat Maklumat Rakyat, Dasar Ekonomi Baru,2009, http//:pmr.penerangan.gov.my (22 Febuari 2010).

14
3.2) DASAR PEMBANGUNAN BARU (DPB) 1991-2000 &

WAWASAN 2020

Dasar Pembangunan Baru (DPB) merupakan salah satu dasar kesinambungan


daripada DEB, atau dalam erti kata lain DPB adalah DEB dalam bentuk baru.
Pembentukkan dasar ini termasuk dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP 2) iaitu dalam tempoh sepuluh tahun sahaja. DPB juga sebenarnya adalah 1/3
daripada Wawasan 2020 yang sebenarnya mencakupi Rancangan Malaysia Keenam
(RMK 6) sehinggalah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11).

Falsafah DPB menjadi teras kepada RRJP 2 dimana RRJP 2 ini merupakan antara
langkah awal kepada permulaan Wawasan 2020. Walaupun DPB merupakan DEB dalam
bentuk baru, namun DPB berbeza daripada DEB dari segi strateginya kerana DPB lebih
memberi menumpuan kepada masalah kemiskinan yang wujud di negara. Ini kerana
dianggarkan terdapat lebih daripada 143,000 keluarga termiskin di Malaysia pada sekitar
tahun 1990-an. Walaupun pada dasarnya, kadar kemiskinan negara telah menunjukkan
penurunan angka, namun bilangan keluarga termiskin masih lagi mencecah enam digit
angka. Maka, perlaksanaan DPB ini dianggap usaha kerajaan dalam menyediakan
rakyatnya ke arah negara yang maju menjelang tahun 2020 dengan membentangkan
Wawasan Negara iaitu Wawasan 2020.

Strategi yang diguna pakai oleh kerajaan dalam perlaksanaan DPB ialah:

i. Mengemaskan perlaksanaan dan pendekatan program pembasmian


kemiskinan tanpa mengira kaum.
ii. Tumpuan khas diberikan kepada keluarga termiskin menerusi Program
Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) dan program-program badan
bukan kerajaan.
iii. Kemudahan-kemudahan asas disediakan untuk isi rumah di kawasan
bandar dan juga kawasan luar bandar termasuklah ladang dan kampung
baru.
iv. Mengadakan peluang ekonomi kepada rakyat yang berpendapatan rendah
terutamanya di kawasan-kawasan mundur dan negeri yang kurang maju.

15
Wawasan 2020 adalah satu Wawasan Negara di mana negara meletakkan tahun
2020 sebagai target kerajaan dalam menjamin engara menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun tersebut. Kemajuan yang dikatakan ini merangkumi pelbagai aspek
termasuklah aspek politik, sosial, budaya, psikologi dan juga kerohaniaan.

Antara cabaran Wawasan 2020 ialah:

i. Membentuk sebuah Negara Bangsa yang bersatu-padu.


ii. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan
mempunyai keyakinan diri.
iii. Membangunkan masyarakat demokratis yang matang.
iv. Membentuk sebuah masyarakat yang teguh moral, etika dan utuh nilai
agamanya.
v. Menwujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran.
vi. Membentuk masyarakat yang bersifat sains dan progresif.
vii. Menwujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.
viii. Menjamin pembentukkan sebuah masyarakat yang adil ekonominya.
ix. Menwujudkan masyarakat yang makmur.

Cabaran-cabaran yang dinyatakan ini bertindan dengan RRJP 1 dan juga RRJP 2
(merujuk kepada DEB dan DPB). Walaupun Wawasan 2020 mempunya strategi yang
berbeza daripada DEB dan juga DPB, namun wawasan 2020 masih lagi berkongsi
objektif yang sama iaitu ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang
membangun dan pada masa yang sama melahirkan rakyat yang progresif,maju dan
bersatu-padu.

Melalui dasar-dasar yang telah dinyatakan, disini dapat dilihat bahawa nilai
perpaduan sebenarnya sangat penting dalam pembentukkan sesebuah negara terutamanya
negara yang bertaraf Negara Dunia Ketiga yang sedang membangun. Maka, berbalik
semula kepada konsep terbaru kerajaan Malaysia iaitu konsep 1 Malaysia di mana
perpaduan cuba dikekalkan seperti mana dasar-dasar kerajaan yang dahulu yang cuba
membentuk perpaduan negara, seperti itu jugalah konsep 1 Malaysia ini akan cuba
mengekalkan perpaduan kaum. Perpaduan ini sedaya upaya dikekalkan memandangkan

16
sejak kebelakangan ini, negara sering digemparkan dengan pelbagai isu dan masalah
perpaduan yang mengganggu gugat perpaduan negara kita.

Teranglah. di sini bahawa konsep 1 Malaysia merupakan satu dasar kerajaan di


dalam membentuk perpaduan di kalangan rakyat negara ini di era moden kini dengan
menggunakan pendekatan yang lebih mesra rakyat dengan slogan, ‘Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan’2.

____________________________

2
Dato’ Sri Mohd NajibTun Razak, Blog 1 Malaysia, 1Malaysia,2010, http//:1malaysia.gov.com.my (28
Febuari 2010)

17
4.0) CABARAN 1 MALAYSIA

Kebelakangan ini, banyak masalah yang melibatkan isu perkauman kini hangat
diperkatakan. Masyarakat mula melahirkan kebimbangan dengan keadaan yang dihadapi
kini. Antara masalah yang dikatakan ialah masalah polarisasi kaum3 yang semakin
meningkat hari demi hari dan keadaan kian parah apabila masalah polarisasi kaum ini
kian menebal di kalangan mahasiswa kita di Institut Pengajian Tinggi Awam dan juga
Swasta.

Masalah polarisasi kaum ini semakin menjadi-jadi apabila mahasiswa enggan


bekerjasama dengan mana-mana kaum yang lain dengan alasan tiada keserasian yang
wujud di antara mereka. Maka, kesan yang dapat dilihat pada hari ini ialah kelompok-
kelompok mahasiswa yang sama kaum melakukan tugasan dan juga melakukan
ulangkaji. Suasana ini sebenarnya tidak boleh wujud dalam kalangan mahasiswa kini
kerana jika ini berlarutan, mungkin Malaysia akan hilang identitinya sebagai sebuah
negara yang berbilang kaum dan mungkin nilai perpaduan akan terhapus begitu sahaja.

Wujudnya masalah di mana tiada percubaan untuk memahami serta mendalami


Perlembagaan Negara, Rukun Negara serta Wawasan 2020. Hal ini dapat dilihat
menerusi pelbagai masalah vendalisme yang berlaku. Rakyat kini tidak lagi menghormati
Perlembagaan Undang-undang Negara, malah seolah-olah cuba untuk mencabar pihak
kerajaan dengan melnggar peraturan tersebut,seperti contoh gejala rempit yang berleluasa
kini.

_________________________

3
A.Aziz Deraman, “Dewan Budaya”, Bangsa Malaysia: Fahamkah Kita?’, Jilid 30, Bil. 08 (Ogos 2008)

18
Jurang sosial wujud kini terutamanya di kalangan masyarakat muslim dan juga
masyarakat bukan muslim. Ini adalah agama Islam sendiri menghalang pergaulan bebas
antara wanita dan lelaki yang bukan muhrim4 daripada bergaul bebas. Maka, apabila
masyarakat terlaku taksub dengan pegangan mereka, pergaulan antara kaum-kaum lain
juga terbatas malah ada yang terus mendikriminasi kaum-kaum lain. Masyarakat muslim
terutamanya mereka yang berbangsa Melayu perlulah lebih terbuka kini menerima
percampuran ini dan masih lagi untuk tidak melanggar hukum agama. Ini bukanlah
perkara yang mustahil.

Pada masa kini juga dapat dilihat tiada atau kurangnya semangat patriotisme. Ini
kerana kebanyakkan rakyat Malaysia kini, terutamanya kaum belia kurang menghayati
erti kemerdekaan negara dan perjuangan-perjuangan tokoh yang terdahulu. Contoh yang
paling ketara ialah, apabila manjelangnya sambutan kemerdekaan negara, ramai belia
berpusu-pusu menantikan konsert yang berunsurkan hiburan yang terlampau berbanding
mengenang jasa-jasa prajurit-prajurit negara. Ini membuktikan bahawa nilai patriotisme
dalam diri mereka kian luntur.

Sehubungan dengan isu-isu perkauman yang kian hangat diperkatakan di dada


akhbar dan juga di kaca-kaca televisyen, parti-parti politik terutamanya parti alternatif
atau parti yang berhaluan kiri ini cuba memanipulasikan situasi dan memperalatkan kaum
tertentu dengan pelbagai isu perkauman hanya untk kepentingan parti masing-masing
demi memancing undi daripada rakyat. Keadaan bertambah buruk apabila pelbagai
spekulasi dilontarkan kepada kaum yang lain dan ini akan memburukkan lagi keadaan
dan jika perkara ini berlarutan, tidak mustahil jika ‘Peristiwa Hitam Negara’ bakal
berulang kembali.

__________________________

4
muhrim ialah seseorang yang tidak boleh dikahwini seperti contoh ahli keuarga kandung.

19
Wujud juga segelintir daripada rakyat yang tidak berpuas hati dengan jurang
pendapatan antara kaum yang berpihak atau lebih tepat lagi didominasi oleh sesuatu
kaum sahaja. Dominasi sektor ekonomi yang wujud ini membawa kepada ketidakstabilan
ekonomi negara. Jurang ekonomi yang wujud ini perlu ditangan dengan segera supaya
negara tidak mengalami krisis ekonomi dan mengelakkan pengulangan sejarah negara
seperti mana pada tahun 1971 di mana DEB dilaksanakan demi merapatkan jurang
ekonomi ini.

Begitulah antara cabaran yang dihadapi negara pada masa kini dan ini
membuktikan keperluan menwujudkan satu konsep di mana konsep ini bertindak sebagai
pemangkin kepada pembentukan sebuah negara yang maju dan bersatu-padu. Maka, 1
Malaysia terlaksana dengan harapan bahawa perpaduan yang telah terbina sejak
kemerdekaan negara mampu dikekalkan sehingga ke akhir zaman. 1 Malaysia juga
diharap akan menjadi medium kerajaan untuk mengekalkan perpaduan dan kemerdekaan
negara.

20
5.0) USAHA KERAJAAN DALAM MEREALISASIKAN MISI 1
MALAYSIA

 Penubuhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


Program ini ditubuhkan pada untuk melahirkan belia-belia yang berkualiti berpaksikan
beberapa modul iaitu kenegaraan, latihan fizikal, pembinaan karektor dan khidmat
komuniti khusus untuk pelajar lepasan SPM.

 Program HIMPUN
HIMPUN merupakan singkatan bagi Himpunan Patriot Negara yang baru dijalankan awal
Januari 2009 hasil perbincangan wakil Hal Ehwal Pelajar IPTA seluruh negara. Ia
dijalankan mengikut zon-zon tertentu di seluruh Malaysia untuk pelajar tahun satu
berkenaan evolusi pembinaan negara, hubungan etnik, patriotisme dll. Dijalankan 3 hari 2
malam.

 Penganjuran rumah terbuka oleh badan kerajaan dan NGO mengikut


perayaan di Malaysia
Program rumah terbuka perayaan merupakan aktiviti yang paling sinonim dengan
perpaduan kaum di mana ahli-ahli politik dan rakyat pelbagai kaum. Penglibatan dalam
aktiviti ini mampu menjadi kayu ukur tahap perpaduan kaum di Malaysia.

 Usaha memartabatkan sastera oleh DBP dalam menerapkan semula nilai-


nilai murni melalui karya (Puisi, Cerpen dan lain-lain).
Cerpen dan puisi menjadi alat perpaduan kaum memaparkan semangat setiakawan, nilai-
nilai murni dalam pergaulan sebagai contoh dan mengeksperetasikan keunikan kaum di
Malaysia.

 Melalui pendidikan yang bersifatkan satu aliran


Sekolah mampu memupuk perpaduan kaum di mana berlakunya percampuran budaya
dan pembelajaran tidak menyentuh isu sensitiviti kaum.

21
6.0) KESIMPULAN

Di sini dapat disimpulkan bahawa misi 1 Malaysia yang digagaskan oleh kerajaan
masih belum lagi dapat dicapai berdasarkan beberapa kekangan yang membantutkan
usaha kerajaan ke arah pembentukkan sebuah negara yang bersifat satu bangsa yang
dikenali sebagai 1 Malaysia.

Oleh yang demikian, rakyat perlulah menerima perbezaan antara agama dan
menghayati nilai universal, etika dan moral jika 1 Malaysia mahu direalisasikan di negara
ini. Walau bagaimana pun, misi 1 Malaysia ini masih lagi baru untuk dinilai
pencapaiannya. Dapat dilihat kerajaan berusaha gigih dalam mengukuhkan perpaduan
kaum yang selama ini wujud sejak negara merdeka lagi. Segala isu yang berbaur
keretakkan perpaduan yang amat merisaukan kebelakangan ini menyebabkan kerajaan
giat menggandakan usaha dalam mempertahankan perpaduan negara dengan
menganjurkan pelbagai program yang berbentuk mesra rakyat.

Sesungguhnya membentuk sebuah perpaduan memerlukan usaha yang terus dan


bersama dari semua pihak jika ingin melihat negara terus makmur. Namun begitu, misi 1
Malaysia tidak mustahil untuk dicapai jika ketiga-tiga kayu ukur yang diberikan dapat
dilaksanakan dengan jayanya, maka misi 1 Malaysia pasti dapat direalisasikan.

Jika 1 Malaysia diterima dan mendapat sambutan daripada rakyat, malah


penglibatan rakyat dalam aktiviti-aktiviti yang bersifat 1 Malaysia juga menggalakkan
dan diikuti dengan pengamalan konsep 1 Malaysia secara berterusan, maka inilah situasi
di mana misi 1 Malaysia berjaya dicapai sepenuhnya oleh negara Malaysia.

22
7.0) SENARAI RUJUKAN

• Lee Ban Chen. 2006. Ketika Internasionale Bergema Lagi. Kuala Lumpur:

Kinibooks.com.

• Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Budaya Yang Tercabar. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Hafiz Baqi. 2009. Krontroversi: Kerajaan Perpaduan & 16 September. Kuala

Lumpur: Media Icon Sdn. Bhd.

• Lee Ban Chen. 2005. Agenda Melayu atau Agenda Rakyat. Petaling Jaya:

SIRD.

• Mohd. Aris Hj. Othman. 1983.The Dynamics of Malay Identity. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

• A. Karim Haji Abdullah.1993. Perjuangan Suci UMNO. Kuala Lumpur:

Goodmark Enterprise.

• Dr. Wan Abdul Kadir Yusoff. Zainal Abidin Borhan. 1985.Ideologi dan

Kebudayaan Kebangsaan.Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu,

Universiti Malaya.

• Zakiah Hanum. 1995. Beringin Songsang. Bangsar Baru: Adhicipta Sdn.Bhd.

• Noorsiah Sabri. 1998. Pembangunan Kebudayaan Untuk Pembinaan

Negara dan Bangsa. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan,

23
Kesenian dan Perlancongan Malaysia.

• Ismail Sualman, “Dewan Siswa,” Merealisasikan ‘Satu Malaysia’, Jilid 32 Bil.

08 (Ogos 2009).

• Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Konsep Satu Malaysia,Penjelasan Mengenai

Lapan Nilai, 2009, http//: pmr. Penerangan.gov.my (3 Mac 2010).

• Ani Haji Omar. “Dewan Sastera”. Puisi meniupkan semangat bangsa ‘Satu

Malaysia’, Jilid 42, Bil.08 (Ogos 2009).

• A.Aziz Deraman, “Dewan Budaya”, Bangsa Malaysia: Fahamkah Kita?’,

Jilid 30, Bil. 08 (Ogos 2008)

• Hairi Ismail, “Dewan Budaya”, Perpaduan Melalui Perayaan, Jilid 31, Bil.10

(Oktober 2009).

• Pusat Maklumat Rakyat, Dasar Ekonomi Baru,2009,

http//:pmr.penerangan.gov.my (22 Febuari 2010).

• Dato’ Sri Mohd NajibTun Razak, Blog 1 Malaysia, 1Malaysia,2010,

http//:1malaysia.gov.com.my (28 Febuari 2010).

24