Anda di halaman 1dari 1

Penguatkuasaan Undang-undang

Terdapat banyak akta dan undang-undang telah digubal untuk mengawal kesan kegiatan
ekonomi terhadap alam sekitar. Antaranya termasuklah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta
Kawalan Pencemaran Air 1979, Akta Pembangunan Mineral, 1994, Akta Perikanan 1985, Akta
Perhutanan Negara 1984, dan Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
Agensi kerajaan seperti jabatan Alam Sekitar, bertanggungjawab menguatkuasakan akta dan
undang-undang ini. Jika pihak berkuasa yang berkaitan mendapati terdapat pihak yang
melanggar akta dan undng-undang tersebut, maka hukuman seperti denda, penjara, atau
menggantung lesen operasi harus dikenakan terhadap pihak yang berkenaan. Selain itu, pihak
berkuasa juga harus mewajibkan pihak yang terbabit menanggung kos pemuliharaan atau kos
pembersihan sepenuhnya. Hukuman yang lebih berat ini mungkin akan dapat mencegah aktiviti
yang memudaratkan alam sekitar dengan lebih berkesan.
Pihak kerajaan melalui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang juga mewajibkan
pengusaha-pengusaha kilang memasang alat-alat pencegah dan rawatan pencemaran seperti alat
penapisan asap, sistem pembetungan air kumbahan, dan loji pelupusan bahan toksik bersepadu.
Jabatan Perhutanan juga mengetatkan kawalan dan pemantauan terhadap kegiatan pembalakan.
Renjer-renjer hutan kerap melakukan rondaan dan tinjauan untuk memastikan aktiviti
pembalakan berjalan mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan. Langkah mengehadkan
pengeluaran lesen pembalakan dan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pihak yang
melakukan pembalakan haram juga penting dalam mengawal pembalakan secara berleluasa.

Penghutanan Semula

Penebangan hutan untuk kegiatan pembalakan, pertanian, dan pembangunan telah


menyebabkan hutan semula jadi semakin diancam kepupusan. Oleh itu, program penghutanan
semula telah dilakukan oleh Jabatan Perhutanan.
Penghutanan semula dilaksanakan dengan cara menanam semula pokok-pokok berharga, cepat
matang, dan tahan daripada serangan penyakit di kawasan yang telah ditebang untuk
pembalakan. Antara spesies pokok yang ditanam ialah akasia, pain, batai, dan yemane. Kawasan
tersebut akan menjadi hutan semula apabila spesies kayu balak yang ditanam matang dalam
tempoh 10 tahun hingga 15 tahun.