Anda di halaman 1dari 115

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PELAJAR

YURIATI BINTI YUSOF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS◊

JUDUL : SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PELAJAR


__________________________________________________________________

SESI PENGAJIAN : SEMESTER II 2008/2009

Saya : YURIATI BINTI YUSOF ____________________________________

mengaku membenarkan tesis PSM ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi


Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( 3 )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
TERHAD
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD
Disahkan oleh

__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :
MRSM BALIK PULAU
JALAN PONDOK UPEH PROFESOR DR. GHAZALI BIN
11000 BALIK PULAU,PENANG SULONG
Nama Penyelia
Tarikh : 18 April 2009 Tarikh : 18 April 2009

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
i
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PELAJAR

YURIATI BINTI YUSOF

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi


Syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009
ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi konsep dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)”

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penyelia : Profesor Dr. Ghazali Bin Sulong

Tarikh : 18 April 2009


iii

Teristimewa untuk yang disayangi...


Izhanudin b Bahaluddin dan Muhammad Adam Harith

Teristimewa untuk yang dikasihi ayah dan ibu...


Yusof bin Sahar dan Risna bt Ridwan

Untuk adik-adik yang tersayang, Yuriadi, Yuriafizi dan Yuriadatul Akmal...

“Terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan,


dorongan dan doa yang diberikan.

Khas buat sahabat, Aina Shaharina


Terima kasih atas bantuan dan juga terima kasih
kerana sentiasa bersama ketika gembura dan duka.
Semoga persahabatan ikhlas yang dibina terjalin hingga ke akhir hayat.

Terakhir sekali, buat rakan-rakan,


Teruskan perjuangan dan usaha
dalam apa jua bidang

“Kejayaan ini tidak akan bermakna tanpa kalian semua”


iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadirat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya


berjaya menyiapkan projek dan tesis Sarjana Muda ini dengan tajuk “Sistem
Maklmat Pengurusan Pelajar”.

Dikesempatan ini saya ingin mengungkapkan ucapan jutaan terima kasih dan
penghargaan kepada penyelia projek, Prof. Dr Ghazali Bin Sulong atas segala
keprihatinan, bimbingan, panduan, tunjuk ajar serta nasihat yang diberikan oleh
beliau kepada saya sepanjang pelaksanaan projek ini.

Penghargaan ini juga ditujukan buat keluarga tersayang, terima kasih atas
segala bantuan dalam pelbagai aspek, dorongan dan kata-kata semangat yang
diberikan sepanjang melaksanakan projek ini.

Seterusnya, kepada teman-teman dan pihak luar yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
v

ABSTRACT

This system is developed to facilitate on dealing with student’s information


storages in Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau. All routine business which
operates manually would be reduced or eliminated. Throughout this system, all
assignments can be done only at our finger tips. All student’s information and
assignment are safely carried out much more faster and efficient.
vi

ABSTRAK

Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan urusan penyimpanan maklumat


pelajar di Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau. Segala urusan yang dijalankan
secara manual akan dikurangkan sekaligus menghapuskannya. Melalui sistem ini,
semua tugasan dapat dilakukan hanya dihujung jari sahaja. Semua maklumat pelajar
dapat disimpan dengan selamat dan tugasan yg dilakukan seharian lebih efisyen dan
cepat.
vii

KANDUNGAN

Kandungan Muka surat

HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI ISTILAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN

Bab 1: PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Takrifan Masalah 6
1.3 Objektif Projek 8
1.4 Skop Projek 9
1.5 Kepentingan Sistem 11
1.6 Rancangan Pembangunan Sistem 12
1.7 Ringkasan 14
viii

Bab 2: KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 15
2.2 Kajian Tentang Sistem Semasa 17
2.3 Kajian Tentang Sistem Sedia Ada 18
2.3.1 WebEIM Student Management System 19
2.3.2 MRSM Kuala Terengganu – SMP 20
2.3.3 SMP-Web UKM 21
2.4 Perbandingan Ciri-Ciri Kajian Lepas 22
2.5 Kaedah Baru yang Digunakan dalam Projek 23
yang Telah Dibangunkan
2.6 Ringkasan 27

Bab 3: PERANCANGAN KERJA

3.1 Pengenalan 28
3.2 Metodologi Pembangunan Sistem 29
3.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi 35
3.4 Keperluan Sistem 36
3.5 Perancangan Kerja 39
3.6 Ringkasan 40

Bab 4: HASIL ANALISIS DAN REKABENTUK AWAL

4.1 Pengenalan 40
4.2 Rekabentuk Pembangunan Sistem Cadangan 41
4.3 Rekabentuk Sistem 42
4.3.1 Rajah Kes Guna 43
4.3.2 Rajah Jujukan 43
4.3.3 Rajah Aktiviti 43
ix

4.4 Rekabentuk Pangkalan Data 44


4.4.1 Jadual-jadual 44
4.5 Rekabentuk Modul 45
4.6 Rekabentuk Input dan Output 47
4.7 Rekabentuk Antaramuka 48
4.8 Kesimpulan 49

Bab 5 : PELAKSANAAN SISTEM

5.1 Pengenalan 50
5.2 Pembangunan Sistem 51
5.3 Perisian Pembangunan 51
5.4 Pembangunan Pengaturcaraan Modul 53
5.5 Pembangunan Pangkalan Data 54
5.6 Pembangunan Antaramuka 54
5.7 Ringkasan 56

Bab 6: PENGUJIAN DAN PENILAIAN SISTEM

6.1 Pengenalan 57
6.2 Pengujian 57
6.2.1 Peringkat-peringkat Pengujian 58
6.2.1.1 Pengujian Unit 58
6.2.1.2 Pengujian Integrasi 58
6.2.1.3 Pengujian Sistem 59
6.2.1.4 Pengujian Penerimaan 59
6.2.2 Kaedah Pengujian 59
6.2.3 Kes-Kes Pengujian 60
6.3 Penilaian Sistem 61
6.4 Ringkasan 61
x

Bab 7 : PERANCANGAN KERJA

7.1 Pengenalan 62
7.2 Perbincangan 62
7.3 Kekangan-kekangan Projek 63
7.4 Kelebihan Sistem 64
7.5 Kelemahan Sistem 65
7.6 Cadangan Pembaikan 66
7.7 Ringkasan 66

SENARAI RUJUKAN 67

LAMPIRAN 68
xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN


2.1 Perbandingan antara Kajian-kajian sistem 23
setara
xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN


Antaramuka WebEIM Student
2.1 19
Management System
login page sistem maklumat pelajar-
2.2 20
MRSMKT
2.3 Antaramuka SMPWEB - UKM 21
2.4 Rangka kerja PHP
3.1 Proses dalam Metodologi Prototaip 24
4.1 Antaramuka Modul Pentadbir Sistem 44
4.2 Antaramuka Modul Guru 45
4.3 Antaramuka Modul Pelajar 46
4.4 Antaramuka Keputusan Peperiksaan 46
4.5 Antaramuka Sijil Berhenti / Surat Akuan 46
Antaramuka Halaman Utama dan Login
4.6 48
Sistem
Keratan aturcara yang menyambungkan
5.1 53
aturcara sistem pangkalan data
xiii

SENARAI ISTILAH

Activity Diagram - Rajah Aktiviti


Browser - Pelayar
Client - Pelanggan
End User - Pengguna Akhir
Object Oriented - Berorientasikan Objek
Open Source - Sumber Terbuka
Sequence Diagram - Rajah Jujukan
Server - Pelayan
Structured Query Language - Pertanyaan berstruktur
Use case - Rajah Kes Guna
Web Server - Palayan Web
xiv

SENARAI SINGKATAN

MARA - Majlis Amanah Rakyat


UPPM - Unit Peperiksaan dan
PenilaianMaktab
HTML - Hypertext Markup Language
HTTP - Hypertext Transfer Protocol
IP - Internet Protocol
PHP - Hypertext Preprocessor,
Browser
UML - Unified Modeling Language
URL - Unified Resource Locater
WWW - World Wide Web
xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Rajah Rekabentuk Senibina Sistem 68

B Rajah Kes Guna (Use Case Diagram) 69

C Rajah Jujukan (Sequence Diagram) 70

D Rajah Aktiviti (Activity Diagram) 75

E Rekabentuk Pangkalan Data 78

F1 Carta Gantt PSM 1 81

F2 Carta Gantt PSM 2 82

G Manual Pengguna 83
BAB 1

PENGENALAN PROJEK

1.1 PENGENALAN

MARA atau Majlis Amanah Rakyat adalah salah sebuah agensi di bawah
Kementeri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Objektif utama
penubuhan MARA ialah menggalak, membimbing, melatih dan membantu
Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam
kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan
Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan kukuh.

Antara strategi pelaksanaan MARA ialah :

i. Mewujud serta menambah bilangan usahawan di kalangan bumiputera dan


meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke
arah pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh.
ii. Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdagangan dan perindustrian
tertentu melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat sebagai
langkah memberi perlindungan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera
dalam dunia perniagaan.
2

iii. Menambah bilangan gunatenaga bumiputera yang terlatih dalam berbagai


bidang di semua peringkat, khususnya untuk keperluan sektor perdagangan
dan perindustrian

Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara.
Pusat-pusat operasi ini merangkumi:

• Ibu Pejabat • IKM

• Pejabat MARA Negeri • Institut Kemahiran Tertinggi MARA

• Pejabat MARA Daerah • Institut Infotech MARA

• MRSM • Kenderaan Bas MARA

• Kolej MARA • Pejabat MARA Luar Negara

• GIATMARA • Kolej Profesional MARA

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah salah sebuah dari pusat
operasi MARA. Terdapat lebih dari 30 buah MRSM yang telah beroperasi di seluruh
Malaysia. Antara MRSM yang tertua ialah MRSM Seremban yang kini lebih
dikenali sebagai Kolej MARA Seremban. MRSM adalah salah sebuah institusi
pendidikan menengah yang berjaya mengeluarkan para pelajar yang cemerlang dari
bidang akademik mahupun kokurikulum.

Adalah menjadi impian setiap pelajar lulusan UPSR dan PMR untuk
memasuki MRSM. Namun begitu, ada beberapa syarat untuk memasukinya. Bagi
pelajar lulusan UPSR, mereka hendaklah mendapatkan 5A manakala untuk pelajar
lulusan PMR hendaklah mendapatkan sekurangnya 8A. Pemilihan pelajar ini di
lakukan oleh Bahagian Pendidikan Latihan (Menengah), Ibu Pejabat MARA.
3

Sebelum pemilihan pelajar ini dilakukan, terdapat satu ujian saringan yang
dinamakan Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab atau lebih dikenali dengan
UKKM. UKKM ini mempunyai tiga jenis ujian. Ujian pertama berkenaan dengan
subjek Sains, ujian kedua berkenaan subjek Matematik dan ujian yang terakhir
berkenaan dengan soalan kendiri. Setelah menduduki peperiksaan ini dan telah
mendapat keputusan ujian barulah pemilihan akan diadakan. Seterusnya, pihak
Bahagian Latihan (Menengah), MARA akan mengeluarkan surat tawaran kepada
para pelajar yang berjaya. Jika mereka menerima tawaran berkenaan, mereka akan
mendaftar di MRSM tersebut pada hari yang ditetapkan.

Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau adalah salah sebuah institusi
pendidikan MARA yang tertua. MRSM Balik Pulau telah ditubuhkan pada tahun
1982 dengan pengambilan pertama yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga dan
tingkatan dua. Pelajar tingkatan tiga sebelum ini telah menumpang di MRSM
Terendak dan MRSM Muar. Pada masa ini maktab ini hanya mempunyai dua belas
kelas iaitu enam kelas tingkatan dua dan enam kelas tingkatan tiga. Di awal
penubuhannya maktab mengamalkan sistem kelas terapung yang mana para pelajar
berpindah tempat untuk mengikuti kelas yang berlainan.

Kini, Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau mempunyai seramai 60


orang guru dan seramai 70 orang kakitangan bukan akademik. Populasi pelajarnya
pula terdiri dari :
i. Pelajar tingkatan satu : 200 orang
ii. Pelajar tingkatan empat : 200 orang
iii. Pelajar tingkatan lima : 350 orang

Jumlah keseluruhan pelajar setiap tahun adalah lebih dari 700 orang pelajar.
4

Setiap tahun akademik, MRSM Balik Pulau menerima seramai 350 pelajar
yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 dan jumlah ini semakin
meningkat saban tahun. Sebelum wujudnya sistem komputer, Maktab Rendah Sains
MARA Balik Pulau mengamalkan sistem pemfailan secara manual, dimana setiap
pelajar mempunyai sebuah fail peribadi masing-masing. Fail peribadi ini akan
disimpan oleh kerani Hal Ehwal Pelajar di pejabat pentadbiran. Fail peribadi pelajar
ini mengandungi semua data berkaitan dengan pelajar mahupun dari segi akademi
atau untuk tujuan pentadbiran.

Bukan itu sahaja, guru-guru juga ada menyimpan fail berkenaan dengan
pelajar. Antaranya ialah guru homeroom menyimpan fail berkenaan dengan laporan
homeroom pelajar, sahsiah dan hubungan antara ahli homeroom yang lain,
penyelaras kokurikulum menyimpan rekod-rekod rumah sukan, persatuan dan lain-
lain berkenaan kokurikulum, unit UPPM pula menyimpan data berkaitan dengan
ujian dan peperiksaan. Disini jelas tergambar kelemahan sistem manual itu sendiri
dimana banyak fail yang dibuka berkaitan dengan pelajar yang sama dan ini boleh
menyebabkan kehilangan fail terjadi.

MRSM Balik Pulau mempunyai satu unit yang dinamakan Unit Penilaian dan
Peperiksaan (UPPM). Unit ini bertanggungjawab untuk menyimpan data-data
pelajar. Namun, unit ini lagi masih lagi mengamalkan sistem pengurusan pelajarnya
secara manual. Dengan menggunakan kaedah lama, guru perlu memfailkan semua
maklumat yang telah diisi oleh pelajar pada borang khas dan difailkan kemudian di
simpan untuk kegunaan akan datang.

Proses pengurusan pelajar sedia ada masih lagi menggunakan kertas dan pen
untuk melaksanakan capaian tanpa bantuan komputer dan teknologi maklumat (IT).
Oleh yang demikian, pengurusan data pelajar ini akan mengambil mengambil masa
5

yang agak lama dan sedikit memenatkan. Bayangkan jika setiap tahun seramai 300
orang mendaftar sebagai pelajar?

Sehubungan itu, semua perjalanan tugasan, penyusunan data dan maklumat


perlu lebih kemas dan bersistematik agar setiap pekerjaan yang dilakukan dapat
diselesaikan dengan baik dan optimum. Menyedari kepentingan setiap maklumat
yang diperolehi dalam kehidupan kita seharian, maka timbullah idea dan inisiatif
untuk membangunkan satu sistem iaitu Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar

Menyedari hakikat ini, saya ingin mengambil insiatif untuk membangunkan


Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar yang mana, sistem ini berfungsi mendaftar jika
pelajar berminat, merekod data ujian pelajar, penyediaan surat akuan dan sijil
berhenti dan penjanaan surat akuan dan sijil berhenti serta lain-lain hal yang
berkaitan dengan menggunakan bantuan komputer dan teknologi maklumat sekaligus
menjadikan maklumat pengurusan pelajar lebih sistematik dan efisien.
6

1.2 TAKRIFAN MASALAH

Sebelum menjalankan Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar ini, terdapat


pelbagai masalah yang telah dikenalpasti. Antara beberapa masalah tersebut
adalah:

i. Pengurusan yang tidak efisyen


Pengurusan secara manual adalah tidak praktikal buat masa ini. Fail
pelajar dan rekod pelajar berkemungkinan akan hilang atau tercicir
berikutan fail yang terlalu tebal dan banyak. Pengurusan secara
manual ini menjadikan lebih tugasan dilakukan secara berulang-ulang
serta memakan masa yang agak lama.

ii. Penyimpanan maklumat yang tidak praktikal


Kebanyakan penyimpanan maklumat secara manual adalah praktikal
untuk maklumat sedikit. Namun, bagi MRSM Balik Pulau yang telah
wujud sejak 25 tahun lalu sudah tentu akan mempunyai rekod pelajar
yang banyak.

iii. Pencarian maklumat yang sukar


Sekiranya terdapat masalah kepada data pelajar atau ingin merujuk
kembali maklumat pelajar, guru terpaksa membuka kembali rekod
manual. Sudah tentu ini memakan masa yang agak lama untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan.

iv. Kehilangan fail


Fail peribadi pelajar mungkin akan hilang jika ada peminjaman
berlaku dan tiada pemulangan yang dilakukan. Ini boleh
menyebabkan kesukaran membuat rujukan dimasa akan datang.
7

v. Kekangan untuk mengemaskini fail peribadi pelajar


Guru atau kerani yang berkenaan mengalami masalah untuk
mengemaskini fail peribadi pelajar kerana perlu mencari fail
berkenaan satu persatu

vi. Kekangan merekod keputusan peperiksan pelajar.


Sebelum ini, sistem manual digunakan untuk merekod keputusan
peperiksaan pelajar. Dengan cara ini agak sukar untuk membuat
analisis setiap keputusan peperiksaan. Analisis ini digunakan sebagai
tanda aras pencapaian subjek mahupun pencapaian setiap pelajar

vii. Tidak sistematik dari segi pengemaskinian


Sistem pengurusan pelajar ini sentiasa memerlukan pengemaskinian
maklumat. Namun, ianya agak tidak terurus berikutan setiap
permintaan data pelajar hanya direkod secara manual yang
kadangkala guru berkenaan lupa untuk membuat rekod tersebut.

viii. Pendaftaran, penyimpanan maklumat pelajar, markah ujian, sijil


berhenti dan surat akuan pelajar
Unit Penilaian dan Peperiksaan MRSM Balik Pulau adalah unit yang
bertanggungjawab menjalankan urusan pendaftaran, penyimpanan
data pelajar, penyimpanan rekod keputusan peperiksaan pelajar serta
penyediaan slip keputusan peperiksaan status melalui
pengkomputeran. Melalui modul ini, maklumat pendaftaran pelajar
telah disimpan dalam satu pangkalan data yang selamat. Pelajar akan
memasukkan data peribadi mereka dan guru yang bertanggungjawab
akan mengesahkan data pelajar untuk tujuan surat akuan dan sijil
berhenti serta guru juga akan merekod dan menyimpan maklumat
tentang markah ujian. Guru UPPM dan pengguna pula boleh terus
mendapatkan maklumat pelar untuk tujuan tertentu.
8

1.3 OBJEKTIF PROJEK

Projek ini adalah untuk membangunkan satu Sistem Maklumat Pengurusan


Pelajar untuk MRSM Balik Pulau. Sistem yang akan dibangunkan ini akan
mengaplikasikan beberapa elemen yang penting untuk membantu guru dalam
menyimpan maklumat pelajar disamping pengurusan rekod keseluruhan pelajar
secara efisyen. Terdapat beberapa objektif yang menjadi panduan bagi menyiapkan
sistem maklumat ini. Objektif- objektif tersebut ialah:

i. Membangunkan modul pra-pendaftaran pelajar sebaik sahaja pelajar


mendapat borang tawaran memasuki MRSM Balik Pulau. Dalam modul ini,
calon pelajar hendaklah mengisi data-data yang berkaitan dan perlu
memaklumkan sekiranya menerima atau menolak tawaran ini.

ii. Membangunkan modul markah peperiksaan. Guru akan merekodkan semua


maklumat markah mengikut subjek dan guru UPPM akan menyediakan
laporan analisis pencapaian pelajar, menyedian slip keputusan peperiksaan
dan sekali gus pelajar dapat melihat markah peperiksaan mereka.

iii. Membangunkan modul sistem surat akaun. Dalam sistem ini pelajar perlu
memasukkan data berkenaan dengan maklumat kokurikulum mereka,
manakala guru akan mengesahkan data-data berkenaan.

iv. Membangunkan modul sistem surat sijil. Dalam sistem ini pelajar perlu
memasukkan data berkenaan dengan maklumat kurikulum mereka, manakala
guru akan mengesahkan data-data berkenaan.

v. Mengintegrasikan modul-modul dalam satu sistem sahaja. Pengintegrasian


modul-modul ini akan menghasilkan sebuah sistem yang lengkap dan
sistematik.
9

1.4 SKOP PROJEK

Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar MRSM Balik Pulau ini merupakan


sebuah sistem yang lengkap dan bersistematik. Sistem ini memudahkan lagi tugasan
guru di Unit Penilaian dan Peperiksaan agar dapat meminimumkan kesilapan
merekodkan data pelajar.

Melalui sistem ini, pelajar akan memasukkan maklumat berkaitan dengan


mereka. Setelah segala maklumat lengkap mengenai pelajar dimasukkan, maklumat
tersebut akan terus dicapai oleh guru yang bertanggungjawab. Guru yang
bertanggungjawab akan menyemak data yang telah diisi, sekiranya tiada kesalahan
data tersebut akan terus disimpan di dalam pangkalan data. Bagi setiap peperiksaan
yang dijalankan guru akan memasukan markah-markah kedalam sistem. Manakala
bagi setiap akhir tahun persekolahan, guru akan memasukan data berkenaan surat
akuan dan sijil berhenti pelajar. Kedua-dua dokumen ini diperlukan oleh pelajar
sebelum tamat persekolahan.

Sistem ini juga digunakan untuk merekod keputusan peperiksaan pelajar.


Sistem ini akan memaklumkan berapakah subjek yang diambil oleh pelajar
berkenaan. Untuk setiap ujian dan peperiksaan yang dilakukan, guru akan
memasukkan markah peperiksaan kedalam sistem dan seterusnya pelajar boleh
mengetahui keputusan peperiksaan mereka melalui sistem ini. Keputusan pelajar ini
juga boleh diakses oleh ibu bapa mereka dengan cara login kedalam sistem.

Sistem ini juga digunakan oleh pentadbir sistem. Pentadbir sistem akan
memastikan perjalanan sistem akan lebih teratur dan sistematik. Pentadbir sistem
dapat mengemaskini akaun guru sedia ada atau menambah akaun guru yang baru.
10

Pentadbir sistem juga dapat mengemaskini maklumat pengujian mengikut peredaran


masa di mana sistem pengujian akan berubah dari masa ke semasa.

Di setiap tahun akademik pula, sistem ini mampu menjanakan slip keputusan
peperiksaan pelajar yang diperlukan oleh pihak pengurusan MRSM Balik Pulau
untuk tujuan rekod ataupun Majlis Graduasi.
11

1.5 KEPENTINGAN SISTEM

Perekodan dan penyimpanan maklumat data pelajar adalah aspek penting


dalam memastikan maklumat terbabit boleh dicapai dan digunakan semula apabila
diperlukan. Aspek-aspek ini amat penting dan perlu diuruskan sebaiknya apabila
maklumat tersebut banyak dan tidak tersusun.

Oleh yang demikian, perekodan dan penyimpanan maklumat ini perlulah


dilakukan dengan lebih sistematik dan teratur agar ia dapat dicapai dengan mudah
serta dapat digunakan apabila diperlukan. Sistem ini adalah bersesuaian dengan
keperluan masa kini memandangkan ia mempunyai pangkalan data yang dapat
memuatkan maklumat dengan kapasiti yang banyak. Projek ini dijalankan bagi
mewujudkan satu sistem maklumat yang lebih sistematik dan praktikal seiring
dengan perkembangan sains dan teknologi komputer.

Sistem ini juga dapat memastikan capaian maklumat yang tepat dan betul
dapat diperolehi dan digunakan oleh penyelidik dengan cepat dan teratur. Ini bukan
sahaja dapat menjimatkan masa, malah dapat mengurangkan ralat kesalahan yang
tidak disengajakan. Pembangunan projek ini dijangka memberi kepentingan dan
kebaikan kepada pihak pentadbiran MRSM Balik Pulau.
12

1.6 RANCANGAN PEMBANGUNAN SISTEM

Penjadualan kerja telah dirancang sejak awal lagi untuk memastikan setiap
kerja yang dilaksanakan dan yang ingin dilakukan berjalan dengan lancar dalam
tempoh yang ditetapkan.

Terdapat lima bab yang disediakan dalam laporan projek ini. Setiap bab ini
akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam setiap kerja
pembangunan sistem dan juga pendekatan yang telah diambil untuk membangunkan
sistem ini. Di sini disenaraikan setiap bab beserta dengan aktiviti yang terlibat.

Bab satu, bab ini menerangkan sistem ini secara keseluruhannya iaitu Sistem
Maklumat Pengurusan Pelajar . Bab ini meliputi pengenalan sistem, takrifan
masalah, objektif dalam membangunkan sistem ini, skop projek yang dibangunkan
dan kepentingan sistem yang dibangunkan.

Bab dua, merupakan kajian sistem maklumat penyelidikan lain yang


menjelaskan laporan kajian-kajian berkaitan dengan topik projek, pangkalan data
semasa yang wujud serta penggunaan kaedah yang ingin diperkenalkan oleh sistem
yang dibangunkan.

Bab tiga secara keseluruhannya menerangkan metodologi dan kaedah yang


digunakan untuk membangunkan projek ini. Di dalam bab ini juga, akan
menerangkan metodologi atau pendekatan yang digunakan disampingkan
menentukan keperluan perkakasan dan perisian yang sesuai.
13

Bab empat akan menerangkan tentang hasil awalan yang diperolehi


berdasarkan kajian yang telah dibuat. Bab ini akan menerangkan rekabentuk
pangkalan data sistem dan rajah-rajah dan hubungan entiti.

Bab lima adalah kesimpulan yang menceritakan keseluruhan aspek yang ada
oleh sistem ini. Bab ini merumuskan secara keseluruhan sistem yang akan
dibangunkan, hasil yang bakal diperolehi serta perancangan dan harapan untuk
sistem ini. Ianya juga menerangkan kelemahan dan kelebihan serta cadangan
pembaikan yang perlu untuk sistem ini.
14

1.7 RINGKASAN

Secara keseluruhan bab satu ini lebih kepada penerangan mengenai penyataan
masalah projek, objektif, skop, matlamat, dan juga kepentingan projek.
Pembangunan sistem yang dicadangkan iaitu Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar
yang diharapkan dapat membantu guru dalam menguruskan maklumat pelajar.
Selain daripada itu, sistem cadangan ini dapat memudahkan pihak-pihak yang terlibat
seperti pelajar, ibu bapa atau penjaga mengkases maklumat dengan cepat secara
on-line.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian latar belakang masalah merujuk kepada kajian yang perlu


dilaksanakan dalam proses mengumpul, mendapat dan menganalisa maklumat yang
diperlukan dan penting bagi proses pembangunan sistem. Setelah masalah dan
objektif projek dikenalpasti, maka proses pembangunan tidak dapat dijalankan
dengan baik tanpa maklumat dan pengetahuan yang diperlukan. Maka dengan itu,
maklumat asas, pengetahuan untuk merekabentuk dan keperluan perisian perlu
dikenalpasti dan ditentukan dahulu sebelum memulakan proses pembangunan.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam mendapatkan


maklumat yang diperlukan bagi melancarkan perjalanan projek. Antara teknik-
teknik yang biasa digunakan dalam mendapatkan maklumat adalah seperti sesi
temuramah bersama pihak pengurusan, pemerhatian, kaji selidik terhadap pelanggan,
membuat rujukan kepada buku-buku yang berkaitan, laman web, dan panduan yang
diberikan oleh penyelia. Maklumat yang telah diperolehi akan dinilai dan dianalisa
dengan teliti dalam menghasilkan aplikasi yang lengkap, sistematik dan memenuhi
keperluan pelanggan.
16

Secara amnya, kajian latar belakang masalah dapat dibahagikan kepada


beberapa bahagian yang utama iaitu:

i. Kajian terhadap persekitaran projek.


ii. Kajian terhadap sistem aplikasi sedia ada yang berkaitan.
iii. Kajian terhadap komponen dan alatan yang akan digunakan untuk
perlaksanaan projek
17

2.2 KAJIAN TENTANG SISTEM SEMASA

Untuk membangunkan sistem yang dicadangkan, saya memilih organisasi


MRSM Balik Pulau dimana ia adalah tempat saya bertugas sebagai rujukan bagi
mendapatkan semua maklumat mengenai keperluan dan kehendak mereka sebagai
pihak pengurusan dan juga pihak pengguna yang akan menggunakan sistem ini.

MRSM Balik Pulau merupakan sebuah institusi pendidikan MARA yang


telah beroperasi selama 25 tahun. MRSM Balik Pulau yang diterajui oleh Haji Mohd
Sabri bin Ali selaku Pengetua dan dibantu oleh dua orang Timbalan Pengetua dan
seorang Pegawai Tadbir.

MRSM Balik Pulau mempunyai sebuah unit yang bertanggungjawab


menguruskan data-data pelajar seperti pendaftaran, markah peperiksaan dan lain-lain.
Unit ini dikenali sebagai Unit Penilaian dan Peperiksan Maktab (UPPM), UPPM
MRSM Balik Pulau masih lagi mengamalkan pengumpulan maklumat pelajar dan
penyimpanan data secara manual. Dimana, setiap maklumat pendaftaran pelajar
dilakukan dengan mengisi borang pendaftaran semasa proses pendaftran dan
disimpan dalam fail khas. Kemudian, jurutaip akan menaip data berkenaan dalam
format yang disediakan. Kaedah ini masih mengamalkan penggunaan kertas yang
banyak disamping penyimpanan data dan maklumat yang tidak sistematik.

Rekod keputusan peperiksaan pelajar juga masih dilakukan secara manual.


Guru perlu mengisi markah didalam kertas dan kemudian guru UPPM akan merekod
data berkenaan didalam perisian Excel untuk membuat analisis peperiksaaan.
18

Oleh kerana UPPM masih tidak mempunyai sebarang sistem maklumat


berkomputer, sebuah sistem pengurusan maklumat berkomputer akan dibangunkan.
Ianya dijalankan seiring dengan arus kemajuan teknologi maklumat kini yang sudah
tidak lagi memerlukan cara tradisional.

2.3 KAJIAN TENTANG SISTEM SEDIA ADA

Melalui pemerhatian yang dijalankan menerusi carian laman web,


kebanyakkan sistem maklumat pelajar yang wujud hanya tertumpu kepada data
pelajar sahaja. Bilangan laman web yang menawarkan sistem pengurusan pelajar
yang lengkap amat terhad yang mana kebanyakkan laman web hanya menyediakan
maklumat korporat yang diperlukan oleh pelanggan seperti maklumat sekolah,
senarai mata pelajaran yang ditawarkan dan lain-lain lagi.

Tinjauan serta kajian telah dijalankan ke atas sistem yang berkaitan dengan
projek yang dibina oleh pembangun lain. Kajian sistem sedia ada ini adalah untuk
memantapkan lagi sistem yang hendak dibangunkan ini. Melalui kajian-kajian ini,
pelbagai masalah dapat dikenalpasti dan langkah penyelesaian dapat diambil untuk
mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat yang berkesan dan efisyen.
Majoriti kajian sistem sedia ada ini diambil dari institut luar negara dan
antarabangsa.
19

2.3.1 WebEIM Student Management System

Sistem yang dibangunkan oleh WebEIM mempunyai lima modul utama


iaitu Central Registration, Student Profile, Discipline, Guidance Counselor
dan Attendance.Pentadbir sistem ini akan mamasukkan semua data pelajar
dan pelajar yang mendaftar hanya perlu memasukkan beberapa data lain
seperti etnik,bahasa dan lain-lain. Sistem ini membolehkan pelajar mereka
melakukan pra pendaftaran untuk tahun akademik akan datang.

Walaubagaimana pun, sistem ini masih kekurangan satu modul iaitu


modul peperiksaan. Modul ini penting untuk ibu bapa mahupun pelajar itu
sendiri memantau kemajuan pelajaran mereka.

Rajah 2.
20

2.3.2 Maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu – Sistem Maklumat


Pelajar

Sistem Maklumat Pelajar MRSM Kuala Terengganu ini dibangunkan pada


tahun 2007. Sistem yang dibangunkan ini hanya berperanan untuk
mengemaskinikan data pelajar dan untuk memaparkan keputusan
peperiksaan semester. Walaubagaimana pun, sistem yang telah dibangunkan
ini sedikit sebanyak memudahkan tugas guru untuk menyebarkan maklumat
berkenaan dengan pelajar khasnya peperiksaan (online result). Dengan ini,
ibu bapa tidak perlu berhubung dengan guru homeroom berkenaan dengan
anak mereka

Rajah 2.2 menunjukkan login page sistem maklumat pelajar-MRSMKT

2.3.3 SMPWEB – Universiti Kebangsaan Malaysia

SMPWEB adalah sistem sokongan kepada Sistem Maklumat Pelajar yang


berasaskan web. Pengguna sasaran adalah pelajar dan kakitangan akademik.
Sistem ini membezakan teknik untuk mengakses laman web ini. Untuk
kakitangan akademik mereka perlu menaipkan ‘K’ dan diikuti dengan
UKMPER. Manakala bagi pelajar mereka perlu memasukkan no pendaftran
21

pada pengenalan dan no pin pelajar pada ruang katalaluan. Berikut ialah
antara beberarapa modul untuk capaian kakikatangan akademik:

i. Senarai Pelajar Mengikut Kursus – Pendaftaran Awal


ii. Senarai Kursus
iii. Senarai Kursus-Pelajar-Gred

Manakala untuk pelajar pula :

i. Maklumat Biodata Pelajar – lihat sahaja


ii. Semakan Rekod Pendaftran Awal – lihat sahaja
iii. Pendaftaran Kursus
iv. Pendaftaran Tesis
v. Keputusan Peperiksaan – lihat sahaja

Rajah 2.3 menunjukkan antaramuka SMPWEB - UKM


22

2.4 PERBANDINGAN CIRI-CIRI KAJIAN LEPAS

Daripada ketiga-tiga kajian sistem yang telah dijalankan, didapati setiap sistem
mempunyai modul yang berbeza. Modul ini dibangunkan mengikut kesesuaian
penggunaannya dalam organisasi. modul pendaftaran pelanggan tidak terdapat pada
ketiga-tiga sistem yang dikaji. Sistem-sistem ini mempunyai kesamaan dari segi:

i. Memerlukan login
ii. Mempunyai modul pendaftaran
iii. Semakan keputusan peperiksaan

Daripada ketiga-tiga kajian sistem yang telah dijalankan, didapati sistem


maklumat ini banyak bertumpu atau berorientasikan pada pendaftaran dan semakan
keputusan peperiksaan sahaja. Terminologi teknikal yang digunakan juga lebih
bertumpu kepada Pelanggan-Pelayan (Client-Server).

Selain itu, masih banyak lagi modul boleh diwujudkan untuk memudahkan
lagi tugas guru. Daripada kajian terhadap ketiga-tiga sistem ini banyak
menyumbangkan idea baru untuk membangunkan sebuah Sistem Maklumat
Pengurusan Pelajar yang baru. Jadual 2.1 menunjukkan ringkasan ciri-ciri sistem
sedia ada yang dikaji.
23

Sistem
WEBEIM MRSMKT SMPWEB
Ciri-ciri
Modul
Ada Ada Ada
Pendaftaran
Modul Pra
Tiada Tiada Ada
Pendaftaran
Modul Semakan
Tiada Ada Ada
Keputusan
Slip Keputusan
Tiada Tiada Tiada
Peperiksaan
Penggunaan
Ada Ada Ada
katalaluan

Jadual 2.1 Perbandingan antara Kajian-kajian sistem setara

2.5 KAEDAH BARU YANG DIGUNAKAN DALAM PROJEK YANG


TELAH DIBANGUNKAN

Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar MRSM Balik Pulau yang dibangunkan


adalah bagi menyelesaikan masalah dan memudahkan lagi urusan pencarian
maklumat pelajar, sistem markah peperiksaan dan penjanaan surat akuan dan sijil
berhenti pelajar.. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi PHP.
Teknologi ini hanya memerlukan masa pembangunan yang singkat untuk mencipta
sistem yang dinamik dan interaktif.
24

Kelebihan PHP adalah seperti berikut:

i. PHP adalah pelayan web yang mengandungi skrip aturcara bagi


sesuatu paparan yang dihasilkan.

ii. Bahasa pengaturcaraan berasaskan skrip yang mudah digunakan di


mana PHP mudah untuk dikemaskini dan diselenggarakan berbanding
kod Perl dan ASP.

iii. PHP boleh dan sesuai bekerja di mana-mana pelayan internet yang
sedia ada seperti Apache dan Microsoft.

iv. Sokongan pangkalan data yang mana PHP boleh digunakan bersama-
sama dengan mana-mana pangkalan data seeri Microsoft SQL Server,
ODBC, MySQL, Oracle dan Sybase.

v. PHP yang merupakan perisian terbuka (open source), di mana


penambahan ciri-ciri boleh dilaksanakan mengikut keperluan web
yang dibangunkan dengan percuma.

Permintaan Pelayan Capai Halaman


PHP
Pelanggan Balas Larian
Pemproses

Halaman Terjemah Pemproses


HTML PHP

Rajah 2.4: Rangka kerja PHP


25

Sistem maklumat pengurusan pelajar ini dicadangkan supaya mempunyai


beberapa fungsi yang sedia ada serta tambahan fungsi lain untuk menjadikannya
lebih mudah. Antara ciri-ciri lain yang terdapat dalam sistem cadangan ini adalah
seperti:

i. Sistem ini memberikan satu antaramuka yang mesra pengguna dan susunan
maklumat yang teratur.

ii. Sistem ini mempunyai aspek keselamatan yang tidak boleh dicerobohi oleh
sebarangan orang.

iii. Menitikberatkan aspek mesra pengguna dimana sistem yang dibangunkan


mudah difahami dan senang dikendalikan.

iv. Setiap perincian modul-modul adalah menepati apa yang diperlukan.

2.5.1 ASP.NET

ASP.NET adalah teknologi baru dalam pemprogramman web yang


merupakan lanjutan daripada teknologi ASP.3.0. Perbezaan utama ASP.Net
berbanding ASP klasik adalah penggunaan .NET Framework sebagai asas
pemprogramman.

ASP.NET merupakan salah satu komponen utama di dalam Microsoft.NET


Framework. ASP.NET lebih merupakan suatu aplikasi web berdasarkan program
kelas, yang bermaksud ia lebih bersifat OOP(Object Oriented Programming).
Kaedah itu lebih memudahkan para pembangun web untuk membangunkan satu
26

aplikasi web yang kompleks dan bersifat perdagangan. Terdapat beberapa


keistimewaan dari ASP.NET jika dibandingkan dengan ASP versi sebelumnya.

2.5.1.1 KELEBIHAN ASP.NET

Terdapat banyak kelebihan menggunakan bahasa pemprogramman


ASP.NET. Antaranya ialah:

i. ASP.NET disokong penuh oleh Visual Studio.NET yang merupakan


sebuah peralatan yang sangat baik dan sesuai untuk membuat aplikasi web
yang paling sederhana dan aplikasi web yang berasaskan perdagangan
(aplikasi yang kompleks).

ii. ASP.NET mempunyai kemampuan output-caching, iaitu ASP.NET akan


melaksanakan sesuatu laman web hanya sekali dan yang selanjutnya
disimpan di dalam ingatan. Selain itu, output-caching ini dapat
dikonfigurasi secara mudah untuk digunakan dalam satu halaman sahaja
atau keseluruhan aplikasi.

iii. Perlaksanaan menggunakan ASP.NET adalah lebih cepat jika


dibandingkan dengan ASP klasik. Hal ini adalah kerana ASP.NET
dikompil terlebih dahulu secara automatik terhadap perubahan program
dan akan mengkompil secara berulang jika diperlukan.

iv. ASP.NET dapat disokong oleh banyak bahasa pengaturcaraan (lebih


daripada 25 bahasa, contohnya VB.NET , C# dan Jscript.NET) yang
masing-masing adalah sendiri dan kita boleh memilih bahasa program
yang akan kita gunakan.

ASP.NET mempunyai model aplikasi yang mudah dan sederhana. Ia telah


memisahkan bahagian untuk aplikasi dan HTML
27

2.6 RINGKASAN

Secara keseluruhannya, bab ini mengandungi kajian lepas yang berkaitan


dengan sistem maklumat pelajar di dalam kemajuan sistem pangkalan data yang
berasaskan web. Kajian-kajian yang telah dibuat ini dapat membantu
membangunkan dan mengumpulkan hasil-hasil yang akan digunakan dalam sistem.

Sistem yang dibangunkan oleh organisasi ini boleh dijadikan model untuk
‘Sistem Maklmat Pengurusan Pelajar” kerana hampir menyamai sistem yang
dikehendaki untuk dibangunkan cuma terdapat beberapa bahagian yang perlu
dibuang dan ditambah.
BAB 3

PERANCANGAN KERJA

3.1 PENGENALAN

Metodologi pembangunan sesuatu sistem adalah penting untuk menentukan


kelancaran dan kesesuainya. Metodologi yang lengkap dan tepat adalah suatu
keperluan utama di dalam menghasilkan sistem yang berfungsi dengan baik dan
sempurna. Peringkat penghasilan laporan projek I ini mengambil masa kira-kira
selama 4 bulan untuk disiapkan yang mana memberi penekanan terhadap kajian
literature, analisis masalah, perancangan kerja dan hasilan awalan sistem cadangan.

Secara umumnya, fasa perancangan kerja ini meliputi beberapa perkara


utama seperti pemilihan metodologi pembangunan sistem, kaedah, peralatan alat
bantu, perisian dan perkakasan yang akan digunakan untuk membangunkan sistem
cadangan. Fasa ini juga menyatakan cadangan penyelesaian masalah bagi sistem
semasa. Tujuan utama perancangan kerja ini adalah untuk menjadi panduan kepada
pembangun dalam pelaksanaan projek.
29

3.2 METODOLOGI PEMBANGUNAN SISTEM

Metodologi projek sistem yang akan dibangunkan amatlah penting bagi


memastikan sistem yang dibangunkan akan mencapai skop dan objektifnya.
Metodolgi yang dipilih perlulah mampu memenuhi keperluan pengguna serta
memudahkan pembangun di dalam proses kitaran pembangunan sistem. Beberapa
pendekatan yang popular antaranya System Development Life Cycle (SDLC),
prototaip dan lain-lain lagi. Metodologi mengandungi pelbagai jenis kaedah, teknik,
kekangan, prosidur, alatan dan bahasa pengaturcaraan.

Metodologi juga boleh ditakrifkan sebagai suatu jujukan aktiviti yang


sistematik bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan membangunkan satu aplikasi
pengaturcaraan. Sebuah metodologi akan menggunakan satu set teknik yang
digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang spesifik. Terdapat beberapa
jenis metodologi pembangunan yang boleh digunakan dalam membangunkan
sesebuah aplikasi sistem. Setiap pendekatan yang dipilih haruslah bersesuaian
dengan projek yang akan dibangunkan. Antara metodologi yang boleh digunakan di
dalam pembangunan sistem adalah:

i. Metodologi Model Air Terjun


ii. Metodologi Pembangunan Selari.
iii. Metodologi Model Prototaip.
iv. Metodologi Pembangunan Spiral.

3.2.1 Metodologi Prototaip Evolusi

Metodologi prototaip yang akan digunakan di dalam pembangunan Sistem


Makulumat Pengurusan Pelajar. Metodologi pembangunan prototaip merupakan
30

metodologi pembangunan sistem di mana sistem yang tidak lengkap dibangunkan


di awal pembangunan sistem. Sistem tersebut hanya dipanggil prototaip kerana ia
hanya menepati sebahagian kecil objektif pembangunan sistem. Prototaip tersebut
akan diberikan kepada pengguna untuk proses pengesahan. Segala komen dan
cadangan kepada sistem akan diambil kira untuk pembangunan prototaip seterusnya.
Proses ini akan berlaku dan berulang sehingga sistem yang lengkap dapat dihasilkan.

Rajah 3.1 menunjukkan proses yang terlibat di dalam model prototaip.

Pembentukan Rangka Pelan Pembangunan


Keperluan Sistem Spesifikasi Sistem Prototaip

Pembangunan
Penilaian Prototaip Prototaip

Penentuan Penentuan Rangka


Komponen Spesifikasi Sistem

Merekabentuk dan
Mengimplementasi
Sistem Yang Lengkap Pengesahan Sistem
Sistem.

Rajah 3.1 : Proses dalam Metodologi Prototaip

Metodologi Prototaip terbahagi kepada dua jenis iaitu prototaip pakai-buang


dan prototaip evolusi. Dalam prototaip pakai-buang, sebuah prototaip dibangunkan
untuk diberikan kepada pengguna. Apabila prototaip tersebut tidak menepati
keperluan pengguna dan tidak boleh diperbaiki lagi kerana memerlukan kos dan
31

masa yang tinggi, prototaip tersebut akan diabaikan dan dibuang. Namun
pengabaian tersebut adalah wajar kerana kehendak pengguna sistem diperolehi. Ini
membolehkan sistem yang lebih menepati kehendak pengguna dapat dibangunkan.

Prototaip evolusi merupakan metodologi pembangunan aplikasi


sistem yang boleh direalisasikan dengan lengkap. Ia menggunakan teknik dan alat
bantu yang sama seperti prototaip pakai-buang kecuali ia tidak akan dibuang. Malah
ia akan menjadi aplikasi sistem yang sebenar. Objektif pendekatan ini ialah untuk
menghasilkan satu sistem yang berfungsi kepada pengguna akhir. Bermula dengan
keperluan pengguna yang difahami dengan jelas, prototaip dibina dan dinilai
sehingga spesifikasinya dipenuhi sebelum diimplementasikan sebagai aplikasi akhir.
Proses pembangunan Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar akan menggunakan
metodologi prototaip berjenis prototaip evolusi.

Metodologi prototaip evolusi mengandungi beberapa fasa yang perlu


dilalui sebelum dapat mencapai objektif pembangunan sistem. Fasa-fasa yang
terdapat didalam metodologi ini adalah:-

i. Fasa Kajian Awal


ii. Fasa Analisa Sistem
iii. Fasa Rekabentuk
iv. Fasa Pembangunan Prototaip
v. Fasa Pengujian dan Penilaian Prototaip.
32

3.2.1.1 Fasa Kajian Awal

Fasa ini melibatkan kajian terhadap sistem semasa yang wujud di organisasi
kajian kes. Kaedah-kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat terhadap
sistem semasa dan sistem yang akan dibangunkan adalah seperti berikut:-

i. Menjalankan pemerhatian atas persekitaran sistem organisasi yang sedia ada.


ii. Mengumpulkan maklumat terhadap sistem pengurusan pinjaman rekod
pesakit yang dibangunkan daripada buku, internet dan kertas kerja teknikal.

Sebagai hasilnya, perjalanan sistem semasa telah dapat difahami


secara menyeluruh. Di samping itu, masalah-masalah yang wujud juga telah dapat
dikenalpasti. Pemahaman tentang sistem yang dibangunkan juga telah dapat difahami
sedikit sebanyak. Selepas pengumpulan maklumat dilaksanakan, perkara-perkara
berikut telah dilaksanakan di dalam fasa ini:

i. Menakrifkan skop serta objektif sistem yang akan dibangunkan. Penakrifan


objektif dan skop ini telah diterangkan di dalam Bab 1 pada sub topik 1.3
dan 1.4.
ii. Mengenalpasti dan merancang aktiviti-aktiviti projek pembangunan sistem
yang dilakukan.

3.2.1.2 Fasa Analisis

Fasa Analisis merupakan proses pembahagian sistem kepada beberapa


komponen yang membentuknya untuk mengkaji bagaimana sistem ini berinteraksi
dan berfungsi. Peringkat ini juga mendefinasikan kandungan yang perlu dimasukkan
ke dalam sistem yang hendak dibangunkan.
33

Tujuan fasa analisis adalah untuk memahami permintaan perniagaan lantaran


membina satu modul logikal bagi sistem baru. Langkah pertama fasa ini adalah
pemodelan yang diperlukan, di mana proses sistem maklumat dikenalpasti dan
diterangkan. Model ini merupakan modul penyambungan usaha penyiasatan yang
bermula daripada fasa perancangan yang melibatkan pelbagai teknik pencarian fakta,
seperti menemubual, tinjauan, pemerhatian dan persampelan. Hasil terakhir bagi fasa
analisis adalah permintaan sistem dokumentasi yang menerangkan pengurusan,
permintaan maklumat, rancangan alternatif serta cadangan. Beberapa aspek perlu
diberikan pertimbangan mengikut kehendak pengguna yang akan menggunakan
Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar. Pertimbangan-pertimbangan tersebut adalah
seperti berikut:

i. Fungsian-fungsian keperluan.
ii. Keperluan perkakasan dan perisian yang diperlukan.
iii. Format data input dan output serta tempoh data disimpan.
iv. Antaramuka yang bersifat mesra pengguna.
v. Keberlakuan sistem yang melibatkan kemahiran pembangun
sistem, kekangan dari segi masa dan kos.
vi. Pengguna sistem yang perlu dikenalpasti.

3.2.1.3 Fasa Rekabentuk

Fasa rekabentuk menumpu kepada proses pembinaan kerangka sistem yang


akan dibangunkan. Fasa ini menyatakan secara konseptual mengenai strategi
bagaimana kandungan Sistem Pengurusan Pinjaman Rekod Pesakit dapat dilakukan
melalui pembinaan carta hierarki modul, gambarajah konteks, rajah aliran data dan
rekabentuk antaramuka sistem.
34

Tujuan utama fasa ini adalah mencipta blueprint bagi sistem baru yang akan
memenuhi kesemua permintaan dokumentasi, tidak kira sistem tersebut telah
dibangunkan secara in-house atau dibeli secara pakej. Kesemua input, output,
antaramuka dan proses yang diperlukan hendaklah dikenalpasti semasa fasa
rekabentuk. Kawalan dalaman dan luaran, termasuk sistem berasaskan komputer dan
fitur manual perlu dikenalpasti untuk memastikan sistem tersebut adalah bersifat
boleh dipercayai, tepat, boleh diperbaiki (maintainable) dan mempunyai tahap
keselamatan yang tinggi.

Senibina sistem direkabentuk berdasarkan SMP yang sedia ada. Permodelan


yang akan digunakan semasa merekabentuk modul-modul sistem adalah berdasarkan
permodelan berorientasikan objek. Kaedah permodelan yang digunakan ialah UML
(Unified Modelling Languages). Selain itu, pengaplikasian pengurusan perhubungan
pelanggan dan teknik pepohon keputusan juga dikenalpasti di dalam rekabentuk
proses baru sistem cadangan.

3.2.1.4 Fasa Pembangunan

Fasa ini melibatkan pembangunan sistem berdasarkan kepada rekabentuk


yang telah dibuat dan diperolehi dalam fasa rekabentuk. Aktiviti yang terlibat di
dalam pembangunan sistem adalah seperti pengkodan sistem, pemasangan
perkakasan dan pengimplementasian perisian yang dikehendaki. Pembangunan
prototaip sistem melibatkan penggunaan perisian Macromedia Dreamweaver MX
sebagai antaramuka, PHP sebagai bahasa pengaturcaraan dan di dalam persekitaran
Windows.

Ketika proses pengkodan dijalankan, fasa pengujian boleh dilaksanakan


sekali bagi mengesan ralat yang mungkin wujud ketika melakukan pengkodan.
Keterangan lanjut berkaitan fasa ini akan diterangkan di dalam laporan bagi Projek
Sarjana Muda II.
35

3.2.1.5 Fasa Pengujian dan Penilaian

Fasa ini adalah fasa terakhir dalam pembangunan sistem berasaskan


metodologi prototaip evolusi. Setelah mengalami fasa pembangunan, sistem yang
telah siap dibangunkan perlu diuji dan dinilai keberkesanan dan ketepatannya
berulang kali sehingga hasil yang diperolehi memenuhi kehendak dan spesifikasi
pengguna. Pengujian yang dipilih bagi menguji sistem ini adalah pengujian unit
integrasi dan pengujian penerimaan. Keterangan lanjut berkaitan fasa ini akan
diterangkan di dalam laporan bagi projek Sarjana Muda II.

3.3 JUSTIFIKASI PEMILIHAN METODOLOGI

Pemilihan metodologi dibuat selepas menganalisa kelebihan dan


kelemahannya untuk digunakan sebagai metodologi bagi projek ini. Pemilihan
metodologi prototaip evolusi ini adalah berdasarkan kesesuaiannya dengan jenis
sistem yang akan dibangunkan, dimana metodologi ini dapat membantu di dalam
proses keperluan pengguna kerana ia membenarkan penglibatan pengguna secara
langsung di dalam pembangunan sistem.

Selain itu, metodologi ini juga didapati mampu untuk untuk mengesan ralat
dan kesilapan yang wujud pada sistem ini dengan lebih cepat kerana ia membenarkan
proses pembangunan dan pengujian dilakukan pada masa yang sama terhadap modul
sistem yang berlainan. Justifikasi lain yang menyebabkan kepada pemilihan
metodologi ini adalah seperti:-
36

i. Sistem yang dibangunkan akan dapat mencapai sasaran objektif dan


kehendak pengguna kerana sepanjang kitar hayat pembangunan, pengguna
akan dapat memberi pendapat dan maklum balas untuk memperbaiki sistem
agar memenuhi keperluan mereka.

ii. Dapat menjimatkan kos pembangunan kerana pengguna terlibat dalam versi
prototaip yang dibina, maka sistem yang terhasil dapat memenuhi keperluan
pengguna dan ralat dalam sesebuah sistem dapat dikesan pada peringkat
awal kerana pengguna lebih arif apa yang mereka perlukan.

iii. Kefahaman pengguna terhadap sistem yang akan dibangunkan juga akan
bertambah kerana pengguna turut terlibat secara tidak langsung dan ini akan
dapat membantu mereka di dalam penggunaan sistem pada masa hadapan.

iv. Sistem yang dihasilkan jarang mengalami risiko kegagalan dan tidak
memerlukan pengemaskinian yang banyak kerana sebarang kesalahan dapat
dikesan dengan cepat kerana pengguna memahami apa yang diperlukan
dalam sistem tersebut.

3.4 KEPERLUAN SISTEM

Perkakasan dan perisian merupakan dua aspek yang cukup penting untuk
dipertimbangkan di dalam pembangunan sistem. Perkakasan merujuk kepada
perincian mengenai peralatan komputer yang digunakan bagi melarikan perisian
yang digunakan. Bagi keperluan perisian, segala perisian yang digunakan serta
fungsinya setiap satu akan diperjelaskan.
37

3.3.1 Keperluan Perkakasan dan Perisian

Pemilihan keperluan perkakasan dan perisian mengambil kira faktor-faktor berikut:

i) Kepantasan
Aplikasi yang dibangunkan oleh perisian PHP dan MySQL haruslah
mengeluarkan output atau keputusan dengan cepat dalam jangka masa yang
ditetapkan. Ini bergantung pada prestasi komputer yang digunakan untuk
pembangunan.

ii) Keboleharapan
Perisian harus mempunyai keupayaan untuk mengesan dah menangani ralat
dengan lebih efisien.

iii) Kapasiti
Perisian pangkalan data haruslah berupaya menyimpan dan mengawal data
dalam bilangan yang besar. MySQL merupakan perisian sumber terbuka
yang telah diguna pakai banyak syarikat terkemuka.

Keperluan minimum perkakasan komputer yang diperlukan dalam pembangunan


Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar ini ialah:

i) Pemproses
Intel Pentium 4 (2 gHz) atau yang setaraf untuk pemprosessan yang berkesan.

ii) Ingatan
512MB RAM adalah memandai bagi menampung keperluan perisian PHP
dan MySQL.
38

iii) Ruang Cakera


40 GB ke atas adalah storan minimum yang dicadangkan. Ini adalah kerana
sistem pengoperasian Windows XP memerlukan ingatan memori maya (swap
file) yang menggunakan ruang cakera keras bagi kelancaran sistem. Selain itu
juga perisian PHP menggunakan ruang storan sehingga 30MB dan MySQL
sehingga 50MB.

iv) Sistem Pengoperasian


Windows XP lebih sesuai digunakan kerana lebih menyokong teknologi PHP
dan SQL Server. Tambahan pula, sistem pengoperasian ini adalah antara
sistem pengoperasian yang stabil.

v) Kad Grafik
Kad Grafik 32 bit (ingatan 8 MB RAM) adalah memandai bagi paparan
antaramuka animasi flash dan yang seumpamanya.

i) Kad rangkaian
Kad rangkaian ethernet 10/100MB bagi prestasi rangkaian yang berkesan.

vii) Monitor warna, papan kekunci serta tetikus.


viii) MySql Server

a. Merupakan perisian pangkalan data sumber percuma yang boleh


dipercayai.

b. Mempunyai kemudahan bagi mengurus pangkalan data dengan


perisian antara muka bergrafik. Pembinaan ‘table’,‘column’, ‘insert’,
‘delete’ dan ‘update’ menjadi mudah tanpa perlu menggunakan arahan
sql.
39

c. Menyokong kapasiti pangkalan data yang sederhana bagi sistem


aduan kerosakan komputer dengan purata pengguna/ kakitangan sekitar
ribuan orang sahaja

3.5 PERANCANGAN KERJA

Di dalam usaha untuk memastikan projek ini berjaya, maka satu perancangan
kerja telah disediakan untuk memastikan kesemua perkara-perkara yang perlu ada di
dalam sistem dipenuhi. Di samping itu, di dalam membangunkan sistem yang
lengkap dan baik beberapa faktor yang perlu diuruskan dengan baik ialah penentuan
pengurusan skop, pengurusan masa dan pengurusan kualiti.

i) Penentuan dan pengurusan skop menekankan kepada perkara-perkara yang


perlu ada dan yang tidak perlu ada di dalam projek sistem yang
dibangunkan.

ii) Penentuan dan pengurusan masa merupakan proses perancangan yang


penting kerana perancangan yang salah akan mengakibatkan projek ini tidak
dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dan akan menjejaskan hasil
dan kualiti projek. Alat bantu yang digunakan untuk membantu
menguruskan masa di dalam projek ini ialah Carta Gantt

Penentuan dan pengurusan kualiti merupakan proses yang penting untuk memastikan
kualiti projek dan kepuasan kehendak pengguna.
40

3.6 RINGKASAN

Menerusi perancangan kerja yang telah dijalankan, pembangun telah berjaya


mendapatkan gambaran-gambaran awal berkaitan dengan metodologi dan
pendekatan yang hendak digunakan untuk mereka merekabentuk sistem dan cara
untuk membuat implementasi sebagai sebuah sistem berasaskan web. Selain itu
penggunaan perkakasan dan perisian yang sesuai juga telah dikenal pasti untuk
membangunkan sistem ini. Perancangan kerja yang lengkap berdasarkan kepada
masa yang diberikan juga telah siap dibina untuk memastikan projek ini berjalan
dengan lancar dan siap tepat pada masanya.
BAB 4

HASIL ANALISIS DAN REKABENTUK AWAL

4.1 Pengenalan

Bab ini lebih membincangkan perkara berkenaan dengan rekabentuk sistem


dan hasil awalan sistem yang akan dibangunkan berdasarkan analisis yang telah
dibuat. Matlamat utama merekabentuk sistem adalah untuk memahami perjalanan
sistem serta menghasilkan alternatif-alternatif untuk memperbaiki masalah yang
dihadapi. Bab ini juga menerangkan dengan lebih mendalam mengenai rekabentuk
Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar melalui senibina sistem, rekabentuk sistem,
pangkalan data, spesifikasi input dan juga spesifikasi output. Secara
keseluruhannya, fasa rekabentuk ini akan menunjukkan dan menggambarkan konsep
keseluruhan Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar ini secara asas.

4.2 Rekabentuk Pembangunan Sistem Cadangan

Rekabentuk pembangunan Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar ini dibuat


berdasarkan skop yang telah ditetapkan di dalam penerangan rekabentuk sistem yang
41

telah dinyatakan di atas. Tujuan utama pelaksanaan rekabentuk sistem ini adalah
untuk:

i. Memenuhi keperluan guru dan pelajar, memudahkan mereka mendapat


gambaran umum terhadap konsep perjalanan serta rangkaian sistem.

ii. Memberi pendedahan yang jelas terhadap spesifikasi supaya memudahkan


aktiviti semasa membangunkan sistem.

Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar ini dibangunkan secara atas talian


adalah untuk membantu menyelesaikan masalah yang timbul dalam pengurusan data-
data pelajar dan maklumat kokurikulum mereka. Sistem ini membolehkan guru,
pelajar mahupun ibu bapa melakukan capaian ke atas sistem daripada pelbagai lokasi
yang berhubung dengan server.

Pangkalan data yang menggunakan MySQL disediakan untuk memudahkan


penyimpanan, pengemaskinian, perekodan data dan juga capaian maklumat pelajar.
Dengan penggunan pangkalan data ini proses pengemaskinian dan kemasukan data
dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat.

Sistem ini mempunyai tiga lapisan iaitu aras data, aras modul dan
antaramuka. Lapisan yang pertama ialah arsa pangkalan datayang melibatkan
interaksi antara data dengan pengkalan data yang merupakan tempat penyimpanan
data-data dalam setiap modul.

Lapisan kedua merupakan aras modul. Pada aras ini semua modul yang
digunakan dikumpul ke dalam modul utama. Secara asasnya sistem maklumat
42

pengurusan pelajar ini terdiri daripada modul pentadbir sistem, modul guru, modul
pelajar, modul keputusan peperiksaan, modul sijil berhenti dan modul surat akuan.

Lapisan ketiga pula meliputi antaramuka, perisian dan internet di mana ia


berinteraksi untuk membentuk antaramuka dengan pengguna. Sistem Maklumat
Pengurusan Pelajar ini akan berinteraksi dengan pelayan web melalui sambungan
HTTP. Pelayan web akan memindahkan maklumat pengguna bersama halaman
HTML. Halaman HTML pula akan dijana dari fail teks yang statik dan dibina secara
dinamik oleh perisian aplikasi. Perisian aplikasi yang termasuk dalam persekitaran
pengaturcaraan yang boleh dihubungkan kepada pengkalan data melalui bahasa
pengaturcaraan seperti ASP, PHP, JSP dan sebagainya. Bagi sistem ini, PHP
digunakan bagi penyambungan dengan pengkalan data. Untuk rajah senibina sistem,
sila rujuk Lampiran A.

4.3 Rekabentuk Sistem

Rekabentuk sistem digunakan untuk menggambarkan perjalanan Sistem


Maklumat Pelajar dengan menggunakan permodelan UML. Ia akan diterangkan
dengan menggunakan rajah kes guna, rajah jujukan dan rajah aktiviti.
43

4.3.1 Rajah Kes Guna

Rajah Use Case (Use Case Diagram) digunakan untuk memaparkan


kefungsian sistem dari sudut pandangan pengguna. Use case diagram digunakan
dalam menentukan keperluan analisa, rekabentuk dan pengujian. Use case diagram
terdiri daripada actor seperti orang, mesin atau sistem lain dan use case yang terdiri
daripada sub-sub sistem. Rajah Kes Guna sistem dan penerangan setiap satunya
diterangkan di dalam Lampiran B.

4.3.2 Rajah Jujukan

Rajah Jujukan (Sequence Diagram) pula memaparkan perlakuan dinamik


sistem yang mana terdapat senario-senario yang biasa berlaku dalam sistem.
Sequence diagram juga menunjukkan tatasusunan interaksi antara objek di dalam
masa berjujukan. (Connolly.T et al. 2002). Rajah jujukan menunjukkan hubungan
dan interaksi antara objek-objek mengikut turutan masa tertentu. Ia juga boleh
digambarkan sebagai jujukan proses-proses yang dilakukan oleh pengguna sistem.
Rajah jujukan sistem dan penerangan setiap satunya diterangkan di dalam
Lampiran C.

4.3.3 Rajah Aktiviti

Penggunaan rajah aktiviti merupakan kaedah yang digunapakai bagi


pembangunan sistem. Melalui kaedah ini, teknik analisa serta rekabentuk digunakan
bagi mendokumenkan komponen-komponen logikal di dalam sistem maklumat,
memperincikan perkakasan dan perisian sistem serta fail data digital. Dengan
44

adanya rajah aktiviti ini, perjalanan sistem dapat dilihat dengan jelas oleh pengguna
dengan menggunakan perwakilan gambarajah. Segala kesilapan berkaitan perjalanan
sistem mampu untuk dikenalpasti seterusnya diperbaiki bagi memastikan projek ini
berjalan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Rajah jujukan sistem dan
penerangan setiap satunya diterangkan di dalam Lampiran D.

4.4 Rekabentuk Pangkalan Data

Pangkalan data didefinasikan sebagai koleksi fail dan rekod yang disimpan
pada satu tempat dalam persekitaran yang membenarkan penggunaan data secara
integrasi. Data di dalam pangkalan data boleh terdiri daripada sumber data dalaman,
data luaran dan data peribadi. Rekabentuk pangkalan data adalah terlindung
daripada pengguna. Perisian yang digunakan untuk merekabentuk pangkalan data
bagi sistem cadangan ialah MySQL

4.4.1 Jadual-jadual

Terdapat jadual yang telah digunakan dalam membangunkan Sistem


Maklumat Pengurusan Pelajar ini. Jadual-jadual tersebut meliputi keseluruhan
proses-proses transaksi dalam semua aspek penyimpanan data. Senarai jadual yang
terlibat dalam sistem ini boleh dirujuk dalam LAMPIRAN E.
44

4.5 Rekabentuk Modul

Modul yang terlibat dalam pembangunan Sistem Maklumat Pengurusan


Pelajar ini bertujuan untuk memudahkan lagi proses pembangunan sistem. Selain itu
pembahagian modul menjadikan fungsi-fungsi sistem mudah difahami dan lebih
teratur.

Berikut merupaka keterangan-keterangan bagi fungsi-fungsi yang terdapat


dalam modul sistem:

i. Modul Pentadbir Sistem : Melalui modul ini, pentadbir boleh melihat dan
memasukkan data pelajar dan guru dan mendaftarkan admin. Selain itu,
admin juga boleh mendaftarkan login bagi setiap pengguna.

Rajah 4.1: Antaramuka Modul Pentadbir Sistem


45

ii. Modul Guru : Guru boleh mengemaskini data peribadi mereka. Mereka juga
bertanggungjawab untuk memasukkan data peperiksaan pelajar. Selain itu,
mereka juga dipertanggungjawabkan untuk mengisi surat akuan dan sijil
berhenti pelajar.

Rajah 4.2: Antaramuka Modul Guru

iii. Modul Pelajar : Pelajar boleh mengemaskini data peribadi mereka. Boleh
melihat keputusan peperiksaan dan melihat sijil akuan / sijil berhenti. Jika
terdapat kesalahan data, pelajar boleh berhubung terus dengan guru.
46

Rajah 4.3: Antaramuka Modul Pelajar


iv. Modul Keputusan Peperiksaan : Memaparkan keputusan peperiksaan pelajar.

Rajah 4.4: Antaramuka Keputusan Peperiksaan

v. Modul Sijil Berhenti / Surat Akuan: Memaparkan sijil berhenti / surat akuan
pelajar.

Rajah 4.5: Antaramuka Sijil Berhenti / Surat Akuan


47

4.6 Rekabentuk Input dan Output

Rekabentuk input dan output ini sangat berkait rapat dengan antaramuka
sistem yang dibina. Oleh itu, rekabentuk antaramuka yang baik akan menghasilkan
output yang baik dan mudah difahami. Selain itu, penyediaan modul-modul yang
memenuhi keperluan pengguna dan pentadbir sistem perlu diambil kira. Jika input
yang salah dimasukkan, sistem akan mengeluarkan amaran kepada pengguna supaya
memasukkan input yang betul.

Antara data-data input yang diperlukan oleh sistem adalah:

i. Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan bagi pentadbir sistem, guru dan
pelajar.
ii. Maklumat Peribadi Guru dan Pelajar untuk tujuan kemaskini
iii. Maklumat Keputusan Peperiksaan
iv. Maklumat Sijil Berhenti dan Surat Akuan

Output sistem merupakan hasil yang dipaparkan apabila pengguna


memasukkan sesuatu input. Output ini boleh membantu pengguna untuk
mendapatkan maklumat dan keputusan.

Antara output yang dihasilkan daripada sistem ini adalah:

i. Paparan Maklumat Peribadi


ii. Paparan Keputusan Peperiksaan
iii. Paparan Sijil Berhenti / Surat Akuan
iv. Paparan Laporan
48

4.7 Rekabentuk Antaramuka

Rekabentuk antaramuka adalah satu fasa penting dalam satu-satu


pembangunan sistem. Rekabentuk antaramuka yang mudah, ringkas dan berkesan
akan menjamin pengguna untuk menggunakan sistem ini dengan berkesan sekali.
Antaramuka Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar ini yang bakal dibangunkan
menerapkan ciri-ciri yang ringkas, mudah dan menarik serta menggunakan gabungan
warna yang sesuai. Ianya akan dibangunkan menggunakan perisian grafik seperti
Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator untuk mendapatkan hasil yang professional.

Rajah 4.6 : Antaramuka Halaman Utama dan Login Sistem


49

4.8 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini memfokuskan kepada proses sistem yang


terlibat diterangkan dengan jelas. Selain itu, rekabentuk modul mengenai pandangan
pentadbir dan pengguna juga diterangkan fungsinya. Rekabentuk yang dihsilkan
berciri ramah pengguna agar pengguna mudah mengunakan sistem ini. Hasil awalan
adalah amat penting untuk menjangkakan output sebenar dari pembangunan Sistem
Maklumat Pengurusan Pelajar. Ia juga membantu mengkaji kelemahan yang wujud
dari sistem yang akan dibangunkan.
BAB 5

PERLAKSANAAN SISTEM

5.1 Pengenalan

Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar ini dibangunkan sepertimana yang telah


dirangkakan dalam fasa rekabentuk sistem. Dalam fasa ini, usaha telah dilakukan
untuk menukarkan setiap modul sistem dalm bentuk kod aturcara. Modul-modul ini
dibangunkan secara berperingkat-peringkat bagi menjamin kelancaran perjalanan
sistem.

Bagi pembangunan setiap modul yang terlibat dilaksanakan mengikut


keutamaan dan turutan proses. Peringkat pembangunan sistem ini dilaksanakan
kerana data yang terlibat untuk modul berikutnya saling bergantungan kepada data-
data yang dimasukkan pada peringkat awal proses.
51

5.2 Pembangunan Sistem

Pembangunan Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar ini berasaskan web


dengan menggunakan pelayan web Apache. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan
pula ialah JAVA Script, HTML, PHP dan MYSQL sebagai storan pangkalan data.

Sistem ini secara keseluruhannya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu


FrontEnd di mana ia disediakan untuk guru dan pelajar. Manakala bahagian backend
untuk pentadbir sistem. Bahagian frontend terdiri dari modul peribadi, modul surat
akuan/sijil berhenti dan modul peperiksaan. Bahagian backend pula terdiri daripada
modul pentadbir sistem dan modul laporan.

Pembangunan sistem ini dimulai dengan membina jadual pangkalan data


yang dikenalpasti bagi setiap modul yang dibangunkan dengan menggunakan
perisian phpMyadmin pada pangkalan data MYSQL. Seterusnya, pembangunan
antaramuka dilaksankan secara serentak dengan pengatircaraan bagi setiap
antaramuka yang dihasilkan. Pembangunan sistem ini dimulakan dengan modul
pendaftaran pengguna diikuti dengan modul daftar login pengguna, modul
peperiksaan, modul sijil berhenti dan surat akuan seterusnya penjanaan laporan.

5.3 Perisian Pembangunan

Sebelum memulakan pengkodan sistem, semua perisian yang ingin digunkan


perlu dipasangkan (install) terlebih dahulu. Seperti pemasangan sistem
52

pengoperasian Windows XP, pelayan web Apache, pangkalan data MYSQL dan
Macromedia Dreamweaver. Manakala perisian Microsoft Project pula dipasang
sebagai alat bantu dalam membuat dokumentasi projek ini. Semua perisian yang
digunakan dalam membangunkan sistem ini telah diterangkan dibahagian kajian
literatur dan metodologi pembangunan. Untuk menghasilkan antaramuka serta
aturcara bagi sistem ini perisian Macromedia Dreamweaver telah digunakan. Selain
itu, fail-fail yang merupakan komponen utama sistem ini seperti fail Pre-Hypertext
Processor (PHP) dan juga fail sokongan iaitu Cascading Style Sheets (CSS) turut
dibangunkan dengan sokongan Macromedia Dreamweaver.

Rekaan antaramuka juga dibantu oleh penggunaan perisian grafik, Adobe


Photoshop yang memiliki kelebihan dan cirri-ciri menarik dalam rekaan grafik web.

Bagi pembangunan pangkalan data, perisian yang digunakan ialah MYSQL


dengan bantuan PhpMyadmin sebagai antaramuka pangkalan data. Sistem
pengurusan pangkalan data ini mampu menampung bilangan data yang banyak dan ia
mudah untuk digunakan. Sebuah pangkalan data yang diberi nama “PSM2” telah
dibina terlebih dahulu sebelum jadul-jadual untuk sistem ini dibina serta dimasukkan
data-data penting seperti maklumat peribadi dan maklumat-maklumat lain ke dalam
jadual.

Pelayan web pilihan pula ialah Pelayan Web Apache kerana ia adalah pelayan
web paling serasi dan sesuai dengan bahasa pengaturcaraan PHP dan pangkalan data
MYSQL yang digunakan untuk membangunkan sistem maklumat pengurusan
pelajar. Apache pula bertindak sebagai pelayan yang membenarkan fail-fail yang
dihasilkan dicapai melalui pelayar web.
53

5.4 Pembangunan Pengaturcaraan Modul

Aktiviti pengaturcaraan bagi sistem maklumat pengurusan pelajar dilakukan


mengikut urutan modul:

i) Modul Peribadi
ii) Modul Peperiksaan
iii) Modul Sijil Berhenti / Surat Akuan

Aturcara bagi modul-modul ini dibangunkan dengan menggunakan dinamik


HTML, Pre-Hypertext Processor (PHP), HTML dan JAVA Scripts. Oleh yang
demikian, fail-fail sistem maklumat pengurusan pelajar adalah gabungan diantara
fail-fail PHP, fail imej yang terdiri daripada jenis JPEG dan PNG serta Cascading
Style Sheets (CSS). Kemudian fail tersebut disimpan dalam direktori berikut:

path : c:\xammp\htdocs\e-mrsm

Berikut merupakan aturcara yang perlu untuk menghubungkan pangkalan data


dengan Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar:

?php
# FileName="Connection_php_mysql.htm"
# Type="MYSQL"
# HTTP="true"
$hostname_mrsm = "localhost";
$database_mrsm = "psm2";
$username_mrsm = "root";
$password_mrsm = "";
$mrsm = mysql_pconnect($hostname_mrsm, $username_mrsm, $password_mrsm) or
trigger_error(mysql_error(),E_USER_ERROR); ?>

Rajah 5.1 : Keratan aturcara yang menyambungkan aturcara sistem pangkalan data.
54

Rajah 5.1 menunjukkan keratin aturcara yang menyambungkan sistem


dengan pangkalan data. Kegunaan aturcara ini adalah untuk membolehkan
maklumat dari pangkalan data diambil dan digunakan pada paparan dan operasi
sistem. Jika aturcara ini tidak disertakan, makan sistem tidak dapat berfungsi.

5.5 Pembangunan Pangkalan Data

Seperti yang telah dinyatakan dalm bab perancangan kerja, perisian MYSQL
telah dipilih untuk membangunkan pangkalan data sistem. Pangkalan data sistem ini
menyimpan data-data yang digunakan dalam transaksi sistem seperti bentuk jadual
yang telah dihasilkan berdasarkan modul-modul yang telah dibangunkan. Terdapat
XX jadual yang telah dibina bagi penyimpanan data yang terlibat dalam sistem ini.

5.6 Pembangunan Antaramuka

Sepanjang pembangunan Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar ini,


Macromedia Dreamweaver telah digunakan untuk merekabentuk antaramuka sistem.
Dengan bantuan perisian Macromedia Dreamweaver ini, banyak jenis antaramuka
boleh dihasilkan dengan mudah.

Secara amnya, semua antaramuka bagi bahagian front end dan back end pada
sistem ini adalah sama cuma berbeza pada bahagian navigasi yang terletak pada
55

bahagian kiri mempunyai butang-butang fungsiu yang berbeza. Setiap halaman bagi
sistem ini mempunyai rekabentuk yang sama iaitu terbahagi kepada tiga bahagian
utama, iaitu bahagian atas (nama sistem), bahagian tepi sebelah kiri (navigasi) dan
bahagian tengah (kandungan sistem). Bahagian atas dan sebelah kiri akan kekal
sama pada setiap halaman yang dilayari, manakala bahagian tengah akan berubah-
ubah mengikut fungsi dan modul yang telah dipilih.

Kedudukan bagi setiap paparandan warna serta tulisan yang digunakan adalah
penting dalam menghasilkan antaramuka yang baik untuk menarik minat pengguna.
Penggunaan warna tidak boleh terlalu berwarna-warni mahupun terlalu gelap. Untuk
pembangunan sistem ini warna putih, hijau dan biru telah dipilih supaya ia member
kesan yang lebih lembut dan selesa untuk pengguna melayari sistem. Kemahiran
dalam penggunaan perisian dalam faktor yang penting bagi menghasilkan
antaramuka uang menarik dan ramah pengguna.
56

5.7 Ringkasan

Fasa pembangunan sistem ini melibatkan proses-proses teknikal dan


pengaturcaraan. Proses-proses ini memerlukan penganalisaan yang terperinci dalam
menghasilkan sistem yang dikehendaki. Pembangunan sistem dimulakan dengan
pembinaan pangkalan data, kemudian logik pembinaan laman web sebagai enjin
sistem dan seterusnya antaramuka sistem.

Pemilihan perkakasan dan perisian yang sesuai adalah sangat penting supaya
bersesuaian dengan sistem yang hendak dibangunkan. Oleh itu, fasa pembangunan
sistem akan menjadi lebih lancar. Sebaiknya perkakasan dan perisian yang kurang
sesuai akan melambatkan atau membantutkan pembangunan sistem.
BAB 6

PENGUJIAN DAN PENILAIAN SISTEM

6.1 Pengenalan

Pengujian dan penilaian sistem memainkan peranan yang penting dalam


memastikan sistem yang dibangunkan berjaya memenuhi skop dan objektif. Melalui
pengujian dan penilaian sistem, pembangun sistem dapat memperbaiki ralat-ralat dan
mempertingkatkan sistem mengikut maklumbalas daripada sasaran.

6.2 Pengujian

Pengujian adalah antara tugas penting dalam pembangunan perisian bagi


memastikan tiada ralat sintaktik dan logikal dalam perisian yang dibangunkan.
Prestasi sistem perlu dipantau supaya sistem benar-benar membantu pengguna
sasaran melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dan memperolehi hasil yang tepat
serta membantu pembangun sistem menentukan sejauh mana sistem berfungsi
mengikut spesifikasi-spesifikasi yang telah digariskan dalam analisis keperluan.
Pengujian melibatkan aktiviti pengesanan ralat dengan cara membandingkan output
58

yang diperolehi dengan output yang dijangkakan. Pengujian ini juga perlu
mengambilkira prestasi sistem sebenarnya yang telah dibangunkan dengan prestasi
sistem cadangan dalam spesifikasi keperluan.

6.2.1 Peringkat-peringkat Pengujian

Pengujian bagi sistem ini dibahagikan kepada empat peringkat iaitu pengujian
unit, pengujian integrasi, pengujian sistem dan pengujian penerimaan.

6.2.1.1 Pengujian Unit

Pengujian unit ialah pengujian yang dilakukan ke atas bahagian terkecil


dalam sistem maklumat pengurusan iaitu fungsi-fungsi yang ada di dalam sistem.
Setiap fungsi diuji untuk memastikan output daripada fungsi memenuhi spesifikasi
pengguna.

6.2.1.2 Pengujian Integrasi

Pengujian integrasi merupakan pengujian yang dilakukan ke atas kesemua


modul secara serentak dalam sistem yang dibangunkan. Ia meliputi semua fungsi
dan mengesan kehadiran ralat yang mungkin masih wujud. Pengujian ini adalah
59

penting untuk memastikan penghantaran dan penerimaan data melalui antaramuka


modul dapat dilaksanakan dengan baik, tanpa sebarang masalah.

6.2.1.3 Pengujian Sistem

Pengujian sistem dilakukan setelah pengujian unit dan pengujian integrasi


selesai dilaksanakan. Dalam peringkat pengujian ini, kesemua modul yang telah
dibangunkan digabungkan bagi membolehkan pengesanan ralat. Ini bertujuan untuk
memastikan sistem yang dibangunkan benar-benar memenuhi spesifikasi yang telah
ditetapkan sebelum produk akhit diserahkan kepada pengguna.

6.2.1.4 Pengujian Penerimaan

Peringkat terakhir pengujian ialah pengujian penerimaan. Pengujian ini akan


menguji sistem yang akan dilaksanakan dengan melibatkan penggunaan data-data
sebenar berbanding data-data simulasi yang digunakan dalam pengujian-pengujian
sebelumnya.

6.2.2 Kaedah Pengujian

Antara kaedah pengujian yang boleh digunakan ialah pengujian kotak hitam,
pengujian kotak putih, pengujian atas-bawah, dan pengujian bawah-atas.
60

Pengujian kotak putih ialah pemeriksaan terhadap struktur program dan data
ujiannya diperolehi daripada logk program. Oleh itu, kaedah ini biasanya dilakukan
diperingkat pengujian unit dan pengujian interaksi. Semakan akan dilakukan ke atas
setiap laluan dari segi sintaktik dan logikal. Dalam kaedah pengujian kotak hitam
pula, struktur dalaman dan kelakuan program tidak dipertimbangkan. Objektifnya
ialah untuk mengenalpasti punca berlakunya ketidaksepadanan diantara input-output
program dengan spesifikasi-spesifikasinya.

Pengujian atas-bawah pula bermula dari modul yang tertinggi dan kemudian
bersambung kepengujian modul-modul diperingkat yang lebih rendah di dalam
program. Modul-modul sub diperlukan untuk mesimulasi fungsi-fungsi modul yang
menjadi sokongan (modul bawahan) kepada modul yang sedang diuji. Sebaliknya
kaedah Pengujian bawah-atas pula merupakan pengujian yang bermula dengan
modul diperingkat terendah dalam suatu program.

Kaedah pengujian yang dipilih untuk menguji sistem ini ialah pengujian
kotak hitam. Kaedah ini dipilih kerana ia mempunyai kelebihan dari segi kemudahan
memperolehi data ujian berbanding kaedah lain, dan set datanya atau kes-kes
pengujian boleh digunakan berulangkali. Ini sesuai kerana pengguna sasaran lebih
mementingkan output yang akan diperolehi berbanding sintek dalaman aturcara
sistem.

6.2.3 Kes-Kes Pengujian

Kes-kes pengujian merupakan pengujian-pengujian yang dijalankan dan


menggunakan pelbagai jenis input data. Semasa pengujian dilakukan, kes-kes
61

pengujian yang telah dicadangkan sebelum ini akan diuji untuk membandingkan
hasil pengujian dengan output jangkaan. Dalam pengujian kotak hitam, terdapat dua
kaedah perlaksanaan, iaitu kaedah pemecahan separa dan analisis nilai sempadan.

6.3 Penilaian Sistem

Penilaian sistem ini merujuk kepada percubaan dan maklumbalas sistem oleh
pengguna sasaran. Penilaian sistem ini penting kerana aplikasi berfungsi dengan
lancar apabila diuji oleh pembangun sistem, tetapi tidak untuk pengguna sebenar.
Mereka mungkin menghadapi masalah seperti memasukkan input yang salah atau
mendapati bahawa ciri-ciri yang tidak penting diprogramkan ke dalam aplikasi
tersebut.

Oleh itu, proses penilaian (pengujian beta) amat berguna untuk membantu
pembangun sistem memperbaiki kelemahan-kelemahan tersembunyi dalam sistem.

6.4 Ringkasan

Bab ini menerangkan tentang pengujian dan penilaian yang dilaksanakan ke


atas sistem yang merangkumi teknik serta proses pengujian yang dijalankan
bertujuan untuk memastikan sistem maklumat pengurusan pelajar dapat beroperasi
dengan betul. Selain itu, pengujian diajalankan bagi memastikan pelanggan tidak
menghadapi sebarang masalah apabila menggunakan sistem.
BAB 7

KESIMPULAN

7.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan aspek-aspek kelebihan dan kelemahan sistem


serta cadangan peningkatan iaitu Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar bagi MRSM
Balik Pulau.

6.2 Perbincangan

Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar yang dibangunkan secara atas talian


untuk MRSM Balik Pulau merupakan satu sistem yang berupaya membantu Unit
Penilaian Dan Peperiksaan Maktab(UPPM) dalam menguruskan data peribadi dan
markah peperiksaan pelajar. Justeru, UPPM akan maju setapak lagi dengan
memperkenalkan sistem berasaskan web untuk membuat tempahan.
63

Sistem ini telah dibangunkan dengan menggunakan teknologi dan perisian


yang terkini. Dengan itu, penelitian terhadap kajian yang dilakukan perlu diambil
kira disamping pengetahuna yang merangkumi keseluruhan aspek dalam
pembangunan sistem berkomputer.

7.3 Kekangan-Kekangan Projek

Dalam melaksanakan pembangunan sesuatu projek, masalah dan kekangan


yang dihadapi jarang dapat dielakkan. Antara kekangan yang berlaku sepanjang
pembangunan sistem adalah seperti:

i) Pengetahuan dalam bahasa pengaturcaraan yang digunakan.

Bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam pembangunan sistem ini


adalah sesuatu yang baru bagi penulis. Usaha yang lebih telah diperuntukkan
dalam mempelajarinya termasuklah membeli buku yang berkaitan, bertanya
kepada rakan-rakan yang lebih arif dan tutorial di internet

ii) Pengurusan Masa

Perancangan pengurusan masa yang kurang baik menyebabkan penulis


berhadapan dengan masalah kesuntukan masa.
64

iii) Konfigurasi Pelayan-Pelanggan

Pembangun hanya mempunyai sedikit pengetahuan dan pengalaman berkaitan


dengan pelayan-pelanggan. Masa yang lebih perlu diperuntukkan untuk
memahami konsep dan mengaplikasikannya ke dalam sistem.

7.4 Kelebihan Sistem

Antara kelebihan yang boleh diperolehi daripada sistem ini ialah:

i) Berorentasikan Internet

Sistem ini berorentasikan internet, oleh itu capaian terhadap sistem boleh
dilakukan di mana-mana sahaja asalkan pengguna mempunyai akses terhadap
internet.

ii) Teknologi Terkini

Sistem yang dibangunkan ini menggunakan teknologi yang berasaskan


pelayan di mana ia menggunakan bahasa pengaturcaraan yang terkini iaitu
PHP yang mudah dihasilkan dan diselenggara pada masa akan datang.

iii) Efektif

Sistem ini dibangunkan berdasarkan perisian masa-nyata di mana setiap


perubahan yang berlaku membolehkan semua data yang dipaparkan berubah
dan terkini.
65

7.5 Kelemahan Sistem

Setiap sistem yang dibangunkan mempunyai kelemahan yang tidak dapat


dielakkan. Antara kelemahan yang dikenalpasti ialah :

i) Masa yang diperuntukkan untuk proses pembangunan sistem adalah terhad


dan hanya menggambarkan rangka antaramuka yang kurang memuaskan.

ii) Kadar kelajuan sistem akan berkurangan sekiranya terlalu ramai pengguna
membuat capaian ke atas sistem pada masa yang sama.

iii) Individu yang mempunyai asas pengetahuan dan kemahiran menggunakan


sistem ini diperlukan disebabkan oleh penggunaan teknologi terkini yang
digunakan dan bagi pengguna yang pertama kali menggunakan sistem ini
akan berasa kekok.

iv) Jika berlaku server down keseluruhan sistem tidak dapat digunakan.

v) Fungsi penjanaan laporan hanya dapat dilaksanakan dalam bentuk paparan


sahaja.

Untuk mengurangkan kelemahan sistem yang dinyatakan, cadangan pembaikan


akan dibincangkan dalam huraian 7.6.
66

7.6 Pencadangan Pembaikan

i) Memberi latihan dan dokumentasi yang mudah difahami kepada guru dan
pelajar.
ii) Meningkatkan kawalan dalam sistem supaya lebih efisyen dan selamat untuk
digunakan.
iii) Menambahkan modul-modul yang mewakili fungsi-fungsi tambahan yang
terdapat di dalam sistem.
iv) Mempertingkatkan rupabentuk antaramuka pengguna supaya lebih mudah
digunakan.

7.7 Ringkasan

Prototype aplikasi Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar secara atas talian


merupakan suatu aplikasi baru untuk diperkenalkan. Aplikasi ini dibangunkan
bertujuan untuk member saluran alternatif kepada MRSM dalam melakukan
proses nerekod dan mengemaskini data pelajar yang boleh dibuat oleh guru dan
pelajar.

Secara keseluruhannya, Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar ini telah


mencapai objektif dan skop seperti yang telah dicadangkan pada Projek I. Sistem
Maklumat Pengurusan Pelajar memberikan kaedah terbaru dalam menguruskan
data pelajar. Diharapkan juga agar aplikasi ini dapat dikomersialkan untuk
tujuan kemudahan bersama MRSM yang lain.
SENARAI RUJUKAN

Meloni, J.(2004). PHP 5 Fast & Easy Web Development, Amerika Syarikat:
Thamson Course Technology PTR

Sommerville, I.(2001). Software Engineering. Sixth Edition. England: Pearson


Education Limited.

Zandstra, M.(2002). SAMS Teach Yourself PHP in 24 Hours. Second Edition.


Amerika Syarikat: Sams Publishing.

Universiti teknologi Malaysia. Panduan Pengendalian Projek Sarjana


Muda. Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat: UTM, July 1998.

www.php.net

http://php.net.my

www.mrsmkm.edu.my/kterenganu
LAMPIRAN A

RAJAH REKABENTUK SENIBINA SISTEM

Pengguna Pengguna Pengguna

BROWSER

Antaramuka Sistem Cadangan

PELAYAN

Pangkalan Data
Apache Web Akaun Pelanggan
Server

PHP

LAMPIRAN A1 : Senibina sistem cadangan


LAMPIRAN B

RAJAH KES GUNA (USE CASE DIAGRAM)

LAMPIRAN B1: Rajah Kes Guna untuk actor Admin, Guru, dan Pelajar
LAMPIRAN C

RAJAH JUJUKAN (SEQUENCE DIAGRAM)

LAMPIRAN C1 : Penambahan Pengguna Baru


71

LAMPIRAN C2 : Guru memasukkan markah peperiksaan

LAMPIRAN C3 : Guru menjana keputusan peperiksaan


72

LAMPIRAN C4 : Pelajar melakukan pendaftaran


73

LAMPIRAN C5 : Pelajar memasukkan data kokurikulum


74

LAMPIRAN C6 : Pelajar menyemak keputusan peperiksaan


LAMPIRAN D

RAJAH AKTIVITI (ACTIVITY DIAGRAM)

LAMPIRAN D1: Rajah Aktiviti bagi Pentabdir Sistem


76

LAMPIRAN D2: Rajah Aktiviti bagi Guru


77

LAMPIRAN D3: Rajah Aktiviti bagi Pelajar


LAMPIRAN E

REKABENTUK PANGKALAN DATA

Jadual Pelajar
BIL NAMA MEDAN JENIS DATA SAIZ JENIS KEKUNCI
1 name varchar 30
2 addr varchar 100
3 gender varchar 10
4 no_ic varchar 12 primary key
5 dob varchar 10
6 age int 2
7 religion varchar 10
8 name_parent varchar 30
9 student_no varchar 10
10 form varchar 5
11 date_admission varchar 10
12 class varchar 10
13 homeroom varchar 30

Jadual Surat Akuan


BIL NAMA MEDAN JENIS DATA SAIZ JENIS KEKUNCI
1 no_ic varchar 12 primary key
2 akademik varchar 150
3 kokurikulum varchar 150
4 sahsiah varchar 150
5 catatan varchar 150
79

Jadual Guru
BIL NAMA MEDAN JENIS DATA SAIZ JENIS KEKUNCI
1 name varchar 30
2 addr varchar 100
3 gender varchar 10
4 no_ic varchar 12 primary key
5 dob varchar 10
6 age int 2
7 religion varchar 10
8 sub_teach varchar 30
9 staff_no varchar 10
10 marital_stat varchar 10
11 no_tel varchar 10
12 emel varchar 30

Jadual Sijil Berhenti


BIL NAMA MEDAN JENIS DATA SAIZ JENIS KEKUNCI
1 name varchar 30
2 no_ic varchar 12 primary key
3 templahir varchar 30
4 sekolahdahulu varchar 70
5 tingmasuk varchar 10
6 tingtinggi varchar 10
7 tarikhberhenti varchar 10
8 sebbberhenti varchar 40
9 kelakuan varchar 20
10 catatan varchar 60
11 homeroom varchar 30
80

Jadual Selaras
BIL NAMA MEDAN JENIS DATA SAIZ JENIS KEKUNCI
1 name varchar 30
2 no_ic varchar 12 primary key
3 class varchar 12
4 BM int 3
5 BI int 3
6 SEJ int 3
7 MATH int 3
8 ADDMATH int 3
9 PAI int 3
10 SAINS int 3
11 GEO int 3
12 KH int 3
13 KIMIA int 3
14 FIZIK int 3
15 BIO int 3
16 PNG int 3

Jadual Login
BIL NAMA MEDAN JENIS DATA SAIZ JENIS KEKUNCI
1 id int 10 primary key
2 no_ic varchar 12
3 password varchar 30
4 level int 10
LAMPIRAN F1 : CARTA GANTT PROJEK 1
LAMPIRAN F2 : CARTA GANTT PROJEK 2
LAMPIRAN G

MANUAL PENGGUNA

Sebelum pengguna menggunakan sistem ini, mereka perlulah memastikan


komputer yang akan digunakan telah dilengkapi dengan perisian berikut:

i. MySQL sebagai pangkalan data


ii. phpMyAdmin untuk menguruskan sistem
iii. Apache sebagai web server
iv. Macromedia Dreamweaver – pengemaskinian halaman

Pemasangan phpMyAdmin

Untuk membangunkan sistem ini, saya menggunakan perisian Appserv v2.2.0


untuk pemasangan pangkalan data MySQL dan Apache Server.
84

Langkah-langkah pemasangan:

i.

LAMPIRAN G1 : Pemasangan AppServ 2.2.0


ii. Tekan NEXT untuk memilih destinasi (path) untuk memasang phpMyAdmin
iii. Tekan NEXT untuk memilih jenis pemasangan (default : Typical)
iv. Tekan NEXT. Sila masukkan nama server dan nombor port untuk
pemasangan Apache Server (default nama server : localhost)

LAMPIRAN G2 : Pemasangan Apache Server


85

v. Tekan NEXT dan semua fail yang diperlukan akan disalin masuk ke dalam
destinasi simpan yang telah dipilih sebelum ini.
vi. Pemasangan pangkalan data MySQL akan dilaksanakan.

LAMPIRAN G3 : Pemasangan Pangkalan Data MySQL

vii. Masukkan maklumat yang diperlukan (username dan password) untuk


pemasangan pangkalan data MySQL.
viii. Fail untuk pemasangan pangkalan data akan disalin sehingga siap.
ix. Tekan FINISH untuk mengakhiri pemasangan.
86

Panduan untuk menggunakan sistem

Pengguna perlu membuka laman utama terlebih dahulu untuk mula


menggunakan Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar. Alamat yang perlu ditaip pada
bahagian alamat ialah : http://localhost/e-mrsm/default.php

Pada laman utama terdapat satu menu (bahagian login) dan pada bahagian
kandungan (body content) pulamenerangkan kegunaan sistem ini secara ringkas.

LAMPIRAN G4 : Halaman Utama

Bagi pelajar baru dan belum mendaftar, mereka tidak boleh login ke sistem dan hanya
boleh melihat halaman utama sahaja,
87

Pendaftaran pelajar

i. Hanya pentadbir sistem yang boleh membuat pendaftaran guru dan pelajar.
ii. Halaman pendaftaran yang mengandungi boring pendaftaran akan dipaparkan
iii. Semua maklumat yang diperlukan pada borang ini perlu diisi dengan betul.
iv. Contoh borang pendaftaran yang telah diisi adalah seperti Rajah F1.
v. Jika pendaftaran ini telah selesai barulah guru/pelajar boleh akses ke dalam
sistem.

Laman utama guru

LAMPIRAN G5 : Halaman Utama Guru

i. Pada halaman ini terdapat lima menu yang boleh digunakan untuk
menggunakan sistem ini.
ii. Menu-menu tersebut ialah Maklumat Peribadi, Markah Peperiksaan, Sijil
Berhenti, Surat Akuan dan Keluar Dari Sistem.
iii. Kegunaan menu ini dinyatakan seperti berikut:
88

Menu Kegunaan
Memaparkan maklumat peribadi guru. Guru juga boleh
Maklumat Peribadi mengemaskini data peribadi mereka dengan menekan
butang kemaskini.
Markah Peperiksaan Guru boleh memasukkan markah peperiksaan pelajar.
Guru boleh memasukkan data berkaitan dengan sijil
Sijil Berhenti
berhenti sekolah pelajar mereka.
Guru boleh memasukkan data berkaitan dengan
Surat Akuan
testimonial/surat akuan sekolah pelajar mereka
Keluar Dari Sistem Keluar daripada sistem

Laman utama pelajar

LAMPIRAN G6 : Halaman Utama Pelajar


89

i. Pada halaman ini terdapat limamenu yang boleh digunakan untuk


menggunakan sistem ini.
ii. Menu-menu tersebut ialah Maklumat Peribadi, Markah Peperiksaan, Sijil
Berhenti, Surat Akuan dan Keluar Dari Sistem.
iii. Paparan terhad pada pelajar.
iv. Kegunaan menu ini dinyatakan seperti berikut:

Menu Kegunaan
Memaparkan maklumat peribadi .Pelajar juga boleh
Maklumat Peribadi mengemaskini data peribadi mereka dengan menekan
butang kemaskini.
Markah Peperiksaan Paparan keputusan peperiksaan
Sijil Berhenti Paparan sijil berhenti.
Surat Akuan Paparan surat akuan.
Keluar Dari Sistem Keluar daripada sistem
90

Proses kemaskini data peribadi

i. Login kedalam sistem


ii. Halaman maklumat peribadi dipaparkan.

LAMPIRAN F7 : Halaman Maklumat Peribadi


iii. Tekan butang kemaskini

LAMPIRAN G7 : Link untuk Kemaskini


91

iv. Kemaskini data-data berkaitan


v. Tekan butang Kemaskini untuk menyimpan data ke dalam sistem

LAMPIRAN G8 : Butang Kemaskini

Proses memasukkan markah peperiksaan

i. Login kedalam sistem


ii. Pilih menu Markah Peperiksaan
iii. Pilih Tingkatan.
iv. Maklumat pelajar serta subjek dipaparkan.
v. Setelah selesai, tekan butang simpan.

LAMPIRAN G9 : Halaman Markah Peperiksaan


92

Proses memasukkan surat akuan dan sijil berhenti

i. Login kedalam sistem


ii. Pilih menu Surat Akuan atau Sijil Berhenti
iii. HalamanSurat Akuan / Sijil Berhenti dipaparkan
iv. Pilih pelajar yang ingin dimasukkan data atau untuk dikemaskini.

LAMPIRAN G10 : Halaman Sijil Berhenti


93

LAMPIRAN G10 : Halaman Surat Akuan.

v. Tekan butang Simpan jika sudah selesai.


94

Laman utama Pentadbir Sistem

LAMPIRAN F10 : Halaman Utama Pentadbir Sistem

LAMPIRAN F11 : Halaman untuk menambah pengguna (guru atau pelajar)


95

LAMPIRAN F12 : Halaman untuk mendaftarkan login pengguna

LAMPIRAN F13 : Halaman untuk memadam pengguna

Anda mungkin juga menyukai