PERLEMBAGAAN TARIF PERLEMBAGAAN 1. Perlembagaan ditakrifkan sebagai kmpln peraturan dan undang² yang menentukan organisaai kearajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah. 2. Profesor A.V Dicey menyatakan perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. 3. di malaysia, perlembagaan merupakan undang² yang menjadi rujukan bagi pemerintah negara. 4. fungsi pperlembagaan adalah untuk memastikan wujudnya keamanan antara ahli masyarakat berpandukan peraturan² yg menjadi panduan kepda semua ahli masyarakat. KONSEP PERLEMBAGAAN 1. Perlembagaan merupakan undang² tertinggi. 2. dlm bidang perundangan, parlimen hanya membuat dan menggubal undang² mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan. 3. dlm bidang kehakiman, mahkamah diberi kuasa mengisytiharkan undang² sbg tidak sah sekiranya undang² yg dibuat di parlimen itu berada di luar bidang kuasanya. 4. semasa melaksanakan fungsinya bagi memastikan undang² dan tindakan kerajaan sah di sisi perlembagaan. kauasa kehakiman adalajh tertakhluk kepada kehendak² kerajaan. 5. Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara pula hanya melaksanakan tugas² yg diperuntukkan oleh perlembagaan. 6. semasa melkasanakan tugas, Perdana Menteri dan Jenaah Menterinya melaksakan tugas² mengikut peruntukkan perlembagaan. 7. oleh sebab tiada tugas yang boleh menandingi kuasa perlembagaan persekutuan, maka perlembagaa persekutuan pisifatkan sebagai perlembagaan tertinggi di malaysia. 2.2 JENIS PERLEMBAGAAN - BERTULIS DAN TIDAK BERTULIS selepas mencapai kemerdekaan, malaysia mula mengambil model parlimen jenis Wesminister daripada perlembagaan British. perlembagaan persekutua terdiri daripada:- perlembagaan bertulis perlembagaan tidak bertulis PERLEMBAGAAN BERTULIS • malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis, iaitu parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan. • undang² yg dibuat, digubal dan dipinda tertakhluk kepada kuasa yg diperuntukkan oleh perlembagaan. • walaupun malaysia telah mengambil model parlimen jenis Wesminister namun Perlembagaan Malaysia berbeza dgn perlembagaan British. • ini disebabkan budaya malaysia yg terdiri daripada pelbagai kaum adlah berbeza dengan masyarakat WETIMINISTER yg HOMOGEN. • kuasa tertinggi di malaysia ialah PERLEMBAGAAN. PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS 1. perlembagaan british disifatkan sebagai perlembagaan tidak bertulis. 2. di Britain, parlimen boleh membuat, menggubal, atau meminda apa juga jenis undang² tanpa sekatan kerana British mengamalkan perlembagaan tidak bertulis. 3. ini menunjukkan ketertinggian kuasa diperuntukkan kepada parlimen bukannya perlembagaan. 4. aspek yg mengukuhkan perlembagaan mereka ialah tradisi, amalan, sikap, dan pengalaman politi mereka. 2.3 KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN perlembagaan merupakan undang² tertinggi, iaitu undang² yg bercanggah dgn perlembagaan terbatal setakat mana undang² itu berlawanan dgn perlembgaan. tiada mana² kuasa yg dapat menandingi kuasa perlembagaan maka perlembagaan itu merupakan Perlembagaan Tertinggi di Malaysia. Yang Di-Pertuan Agong Yang Di-Pertuan Agong (YDA) sbg ketua negara juga tidak boleh mengatasai ketertinggian perlembagaan. sebagaimana ygtermaktub dlm perlembagaan,Ynag Di-Pertuan Agong (YDA) mempunyai kedudukan tertinggi dlm perkara² berikut:- 1. ketua negara yg menjadi tumpuan taat setia rakyat malaysia. 2. ketua angkatan tentera. 3. Yang Di-Pertuan Agong menjadi lambang negara. • walaupun YDA mempunyai kedudukan istimewa, perlembagaan telah menetapkan baginda sebagai raja berpelembagaan. • ini bermakna YDA sebagai ketua negara tertakhluk kepada sekatan yg ditetapkan oleh perlembagaan persekutuan malaysia. LEGASTIF ( PERUNDANGAN) parlimen hanya membuat dan menggubal undang² mengikut bidang kuasa yg diperuntukkan ileh perlembagaan persekutuan, iaitu dalam senarai perssekutuan dan senarai bersama. pada peringkat negeri, dewa undangan negeri (DUN) pula diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membuat dan menggubal undang² atau enakmen sebagaimana yg tersenarai dalam senarai persekutuan dan senarai bersama. sekiranya parlimen atau dewan undangan negeri (DUN) membuat atau menggubal undang² di liuar bidang kuasa yg diperuntukkan oleh perlembagaan, maka, undang² tersebut diisytiharkan sebagai tidak sah. ini membuktikan perlembagaan sebagai sumber perundangan tertinggi negara. EKSEKUTIF ( PENTADBIRAN) perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan kuasa pemerintahan terletak pada Yang Di-Pertuan Agong (YDA). kuasa baginda dijalankan oleh jemaah menteri yg diberi kuasa oleh jemaah menteri. dlm melaksanaksan pemerintahan, perdana menteri dan menteri² menjalankan tanggungjawab mengikut peruntukkan perlembagaan persekutuan. ini bermakna, pada peringkat negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri perlu menjalankan kuasa yg diperuntukkan oleh perlembagaan negeri. sekiranya, sistem sistemdan struktur kerajaan bercanggah dengan kandungan perlembagaan, maka tindakan kerajaan dianggap tidak sah dan tidak perlu dipatuhi rakyat. ini menunjukkan ketertinggian perlembagaan dari segi pemerintahan negara. KEHAKIMAN Di bawah peruntukkan perkara 128, perlembagaan persekutuan, mahkamah persekutuan mempunyai bidang kuasa menentukan perkara² apabila:- 1. undang² yg dibuat oleh parlimen atau dewan undangan negeri di luar bidang kuasanya. 2. pertikaian antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri hakim² melaksanakan tugas mengikut kuasa yg diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan. soalan:- 1. antara negara² yg berikut, y manakah tidak mempunyai perlembagaan bertulis? A) Britain B) Malaysia C) Singapura D) Amerika Syarikat 2. Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan yg tertinggi dari segi perlembagaan.antara yg berikut, yg manakah tidak benar? A) Ketua negara B) Ketua angkatan tentera C) Komponen utama dalam palimen D) Mengetuai perjalanan pemerintahan negara 3. Antara pernyataa berikut, yang manakah tidak menunjukkan bidang kuasa perundangan dan kehakiman yang diperuntukkan perlembagaan? A) Parlimen membuat undang² B) Dewan Undangan Negeri membuat Enakmen C) Majlis Raja² mempelkenan undang² D) Mahkamah mengadili undang² yang bercanggah 4. perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan kuasa pemerintahan terletak di bawah kuasa..... A) Perdana Menteri B) Jemaah Menteri C) Yang Di-Pertuan Agong D) Mahkamah 5. perlembagaan terbahagi kepada... A) bertulis dan tidak bertulis B) warisan C) lisan D) penindasan 6. Malaysia telah mengambil model parlimen di Britain yg dikenali sebagai... A) wesminnister B) wesminters C) westminister D) wesmminiters . 7 Apakah perkara² berikut , yang manakah berkaitan dengan perlembagaan bertulis? A) hanya kabinet berkuasa menggubal Perlembagaan Bertulis B) segala rang undang² yang dibuat, dicatat dan dikuatkuasakan C) semua perlembagaan bertulis mesti berdasarkan model Parlimen JENIS westminister Britain D) segala undang² yg digubal dan dipinda tertakhluk kepada kuasa peruntukan perlembagaan. . 8 apakah tujuan perlembagaan diwujudkan di sesebuah negara? i masyarakat mengetahui hak asasi mereka ii masyarakat mengetahui asal-usul mereka iii masyarakat boleh mengikut panduan budaya dalam perlembagaan iv sebagai garis panduan untuk melaksana sesebuah kerajaan pemerintahan A) i & ii B) i & iv C) II & III D) III & IV 9. satu rang undang² yg sah boleh dikuat kuasakan selepas … A) Diluluskan kabinet B) Disiarkan dlm warta kerajaan C) Diluluskan oleh majlis parlimen D) Diperkenankan oleh YDPA 10. meliputi catatan dokumen , menjadi rujukan apabila berlaku percanggahan undang² negeri dgn persekutuan. Penyataan ini merujuk kepada … A) Perlembagaan bertulis B) Perlembagaan tidak bertulis C) Pindaan perlembagaan negeri D) Pindaan perlembagaan persekutuan