Anda di halaman 1dari 18

1.

PENGENALAN

Penyelidikan penilaian atau evaluation research merupakan proses yang

sistematik bagi mengumpul dan menganalisis data-data untuk tujuan membuat

keputusan sama ada sesuatu program berkaitan yang sedang dilaksanakan, atau yang

telah selesai dijalankan memberi kesan yang menguntungkan atau sebaliknya.

Merujuk kepada takrifannya dalam bidang pendidikan adalah bertaut rapat dengan

program pendidikan itu sendiri dan seterusnya dengan output dan outcome pendidikan

khususnya pengajaran dan pembelajaran murid-murid dan para pelajar.

Penyelidikan penilaian yang mulanya diperkenalkan pada tahun 1930an kini

semakin bertambah penting dalam masa 30 puluh tahun kebelakangan ini.

Penyelidikan mempunyai peranan yang spesifik seperti berikut :

i. Menyediakan maklum balas kepada proses perancangan program pada

khususnya yang berkaitan dengan matlamat program dan impak atau

kesan kepada sesuatu program.

ii. Mengesani tahap efficiency sesuatu program atau keberkesanan dalam

penggunaan sumber-sumber dan status matlamat pelaksanaan program

tersebut dengan membandingkan dengan matlamat serta objektif

pelaksanaan yang disasarkan.

iii. Membina suatu proses perancangan yang tetap dan berterusan, iaitu

dengan membekalkan maklumat-maklumat mengenai kekangan atau

batasan-batasan kajian dan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian

matlamat atau objektif sesuatu program tersebut.

1
iv. Mengenalpasti tahap boleh guna (usable) sesuatu program dan penerimaan

oleh pihak klien

2. Kaedah Pelaksanaan Penilaian Program

Pada masa kini terdapat kekurangan mengenai cara-cara atau langkah-langkah

yang jelas dan ketara dalam penilaian program. Pendekatan yang lebih sistematik akan

dapat membantu sedikit sebanyak mengatasi masalah ini. Penilaian program , dalam erti

kata yang lebih mudah ialah pemeriksaan secara sistematik dan jelas terhadap alternatif-

alternatif untuk mencapai matlamat-matlamat dan objektif-objektif yang hendak dicapai

bagi sesuatu program. Proses-proses itu melibatkan langkah-langkah seperti

menganggarkan kos-kos, keberkesan program, impak-impak lain yang signifikan dan

sebagainya.

Terdapat beberapa langkah cadangan untuk menjalankan penilaian program iaitu

seperti berikut :

i. Menentukan dan memilih program yang hendak dikaji atau untuk dinilai.

ii. Menentukan Objektif atau Matlamat Penilaian Program tersebut.

iii. Menentukan Kriteria Penilaian Program yang hendak dibuat.

iv. Memilih Kaedah dan Sample, cara mengumpul maklumat dan data yang

diingini.

v. Memproses data yang diperolehi.

vi. Membuat laporan keputusan serta cadangan susulan.

2.1. Menentukan dan memilih program yang hendak dikaji atau dinilai.

2
Terdapat dua keadaan dalam memilih dan menentukan program yang hendak

dikaji atau dinilai. Pertama, penilai program diminta untuk menilai sesuatu program oleh

pihak yang berkaitan atau tertentu. Kedua, penilai itu sendiri memilih atau menentukan

program yang hendak dinilai atau dikaji bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu. Namun

begitu tidak kiralah apa sahaja caranya, sebagai penilai program harus bijak memilih dan

menentukan program yang hendak.

Penilaian program bermula dengan suatu masalah tertentu dengan mendefinisikan

masalah dan ruang lingkupnya. Seseorang penilai program seharusnya bertanggungjawab

terhadap sesuatu masalah atau isu yang telah dipilih atau ditentukan. Penilai program

juga harus berusaha untuk mengenalpasti masalah sebenar iaitu mungkin menjadi pokok

asas kepada sesuatu isu tertentu yang terdapat di dalam program yang berkaitan. Penilai

program harus memberikan tumpuan dalam membuat penilaian terdapat sesuatu isu yang

terdapat di dalam program kerana sesuatu isu atau masalah itu barangkali sukar untuk

dikenalpasti, kabur, tidak lengkap dan mengelirukan.

Penilaian program ini juga harus melihat dari aspek keberkesanan program sama

ada berjaya atau sebaliknya, disamping itu juga adakah ianya memerlukan

penambahbaikan atau menamatkan program tersebut. Salah satu masalah yang sering

dihadapi oleh penilai program ialah skop sesuatu penilaian program tertentu. Patutkah

ianya berfokus atas aspek yang sempit sesuatu masalah atau patutkah ianya meliputi

pelbagai dimensi yang terluas. Skop-skop ini ditentukan oleh faktor-faktor tertentu

seperti sumber-sumber dan masa untuk memperolehinya, jumlah maklumat yang ada

yang boleh diperkembangkan mengikut jadual dan juga kepentingan-kepentingan seta

keperluan-keperluan data yang diperlukan. Untuk memastikan penilaian program ini

3
dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan lancar dan sempurna maka suatu rangka kerja

penilaian perlu disediakan dengan menggunakan Carta Garn.

TUGAS MINGGU / BULAN

1 2 3 4 5

Perancangan Penilaian X

Rekabentuk Penilaian X X

Proses Dapat Kelulusan X X

Pengumpulan Data X X

Analisis Data X X

Draf Laporan X

Laporan Akhir X

Jadual 1 : Carta Garn

Terdapat beberapa kriteria memilih isu-isu penilaian yang harus dipertimbangkan

terlebih dahulu sebelum memilih program yang hendak dinilai antaranya :

i. Adakah terdapat suatu keputusan yang dibuat oleh kerajaan ?. Bolehkah penilaian

itu secara signifikannya dapat mengubah keputusan yang telah dibuat?.

Keputusan kerajaan yang melibatkan dasar-dasar kerajaan mungkin sukar

untuk diubah suai, adalah diharapkan dengan adanya penilaian program ini dapat

mengubah dasar-dasar kerajaan terhadap keputusan yang ditelah dibuat. Jika tidak

maka penilaian ini akan menyebabkan pembaziran dari segi wang, usaha, masa

dan sebagainya. Oleh itu penilai harus bijak memilih program yang hendak

dinilai.

4
ii. Adakah isu penilaian ini melibatkan kos yang besar atau tinggi?.

Isu yang melibatkan perbelanjaan yang besar dan mungkin memberikan

kesan yang besar dan hendaklah diberikan tumpuan yang lebih oleh penilai

supaya memberikan pulangan yang sewajarnya.

iii. Adakah terdapat ruang yang banyak untuk memperbaiki prestasi program

tersebut?.

Jika sesuatu program itu sangat penting tetapi mempunyai sedikit ruang

untuk diperbaikinya, maka penilaian program itu tidak begitu penting. Program

yang mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki dan ianya akan menjadi begitu

penting serta dapat memberikan suatu hasilan atau kesan penilaian yang lebih

tinggi.

iv. Bolehkah masalah atau isu itu diselesaikan oleh penilaian program ?.

Persoalannya di sini ialah dapatkan ianya dinilai atau terlalu sukar untuk

dinilai. Penilai program perlu memastikan sama ada isu atau masalah yang

terdapat di dalam program itu dapat diselesaikan atau akan menghadapi banyak

halangan untuk menyelesaikannya.

v. Adakah mempunyai masa yang mencukupi atau memerlukan masa yang terlalu

lama untuk membuat penilaian program tersebut ?.

Penilaian program yang terlalu lama untuk disiapkan atau disiapkan

selepas keputusan dasar telah dibuat mungkin tidak bernilai lagi. Oleh itu penilai

perlu merangka dan menjangkakan tempoh masa yang diperlukan untuk

menyediakan laporan penilaian tepat pada masa yang diperlukan. Penilaian

hendak dijadualkan untuk memberi masa kepada pembuat keputusan dan dapatan-

5
dapatan muktamad untuk dikaji semula dan dinilai sebelum keputusan muktamad

dibuat.

2.2. Menentukan Objektif Penilaian Program Dan Kriteria Penilaian.

Istilah-istilah seperti “objektif” dan “matlamat “ adalah merujuk kepada tujuan-

tujuan sesuatu program yang dijalankan. Sesuatu objektif atau matlamat boleh menjadi

satu hasil yang diingini harus dimaksimumkan dan begitu juga sebaliknya. Kriteria

penilaian atau pengukuran keberkesanan pula adalah kriteria yang menunjukkan setakat

mana program itu sedang mencapai objektifnya. Beberapa saranan untuk menentukan

objektif dan kriteria penilaian program adalah seperti berikut :

2.2.1 Objektif atau matlamat penilaian program.

Objektif atau matlamat penilaian program boleh ditentukan sama ada oleh

penilai program itu sendiri atau pihak klien iaitu pihak penaja penilaian program

tersebut menentukan objektif tertentu untuk memenuhi kehendak klien.

2.2.2. Mengenalpasti objektif dan kriteria penilaian yang berorientasikan manusia.

Objektif dan kriteria penilaian yang berkaitan dengan haruslah

mencerminkan kesan ke atas warga dan komuniti masyarakat. Kriteria penilaian

juga haruslah membantu mencerakinkan persoalan itu. Objektif dan kriteria

penilaian itu juga haruslah meliputi keadaan warga masyarakat iaitu sesuatu

program yang direkakan untuk memelihara, mencapai atau mengubah sesuatu

yang diinginkan oleh program tersebut. Sebagai contoh, kriteria itu seharusnya

dapat mengukur baik atau tidak sesuatu program itu memenuhi objektif-objektif

6
program seperti meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan atau mutu

kehidupan warga masyarakat dan sebagainya.

2.2.2.1. Ciri-ciri Ukuran Penilaian Yang Dicadangkan.

a) Sejauhmanakah perkhidmatan itu memenuhi tujuan yang dihajati,

seperti memperbaiki taraf kesihatan, mengurangkan jenayah atau

meningkatkan perkhidmatan.

b) Sejauhmanakah program itu mempunyai kesan buruk atau faedah yang

tidak diingini ?. Contoh ; adakah suatu industri baru akan

menambahkan lagi pencemaran air dan udara atau menyebabkan

ketidakselesaan kepada warga masyarakat.

c) Adakah kuantiti perkhidmatan yang dibekalkan itu mencukupi bagi

memenuhi keperluan warga kota?.

d) Bagaimanakah program itu bertindak balas terhadap permintaan untuk

perkhidmatan ?.

e) Adakah pengguna program diberikan layanan perkhidmatan yang baik

dan memuaskan?.

f) Bagaimana program perkhidmatan itu mudah didapati atau diperolehi

oleh penggunanya ?.

g) Berapa banyakkah kos yang diperlukan ?.

2.2.3. Objektif penilaian harus memperlihatkan hasil atau kesan dari pelaksanaan

program.

Objektif penilaian program itu hendak menunjukkan kesan daripada

pelaksanaan program sama ada kesan yang baik ataupun kesan disebaliknya. Ini

7
adalah bertujuan untuk membuat pelaporan bagi tujuan penambahbaikan atau

untuk ditamatkan program tersebut. Objektif penilaian program harus jelas dan

memenuhi kehendak-kehendak penilaian program. Objektif penilaian biasanya

dinyatakan sebagai kesan-kesan yang berfaedah sahaja iaitu yang dihajati atau

diingini sedangkan terdapat kebanyakan program juga mempunyai kesan-kesan

samping ataupun negatif. Tiap-tiap alternatif program harus diperiksa untuk

menilai kemungkinan kesan-kesan sampingan bukan sahaja yang berfaedah tetapi

juga yang memudaratkan. Pertimbangan terhadap kesan-kesan yang negatif akan

membantu meletakkan nilai keseluruhan sesuatu program ke perspektif yang

sesuai selain menolong merekabentuk program bagi mengurangkan kesan-kesan

negatif.

2.2.4. Pertimbangkan lebih dari satu objektif dan kriteria penilaian.

Kebanyakan program mempunyai beberapa tujuan atau objektif dan

sesetengah darinya mungkin saling bergantungan atau bertentangan. Suatu

objektif yang tunggal jarang sekali memerihalkan keseluruhan kesan program

sepenuhnya. Contoh :

8
Objektif Dan Penilaian Program Kanak-kanak Terbiar
Objektif-Objektif Program
a. Objektif A – Kurangkan bilangan kanak-kanak terbiar yang difailkan dengan memeriksa kes-
kes secara teliti.
b. Objektif B – Menjaga kanak-kanak di rumah atau suatu persekitaran yang sesuai apabila
penjagaan jangka panjang dikehendaki.
c. Objektif C – Tempatkan semua kanak-kanak dalam persekitaran yang mereka dapat
menyesuaikan diri supaya tidak menjadi terbiar lagi.
d. Objektif D – Kelolakan program dengan cekap supaya dapat meminimumkan kos bagi
mencapai semua objektif yang telah ditetapkan sebelum program dijalankan

Kriteria Penilaian Program


a. Objektif A
i. Bilangan kanak-kanak terbiar yang difailkan
ii. Bilangan kes-kes yang diperiksa atau disemak
b. Objektif B
i. Bilangan dan peratus penempatan kanak-kanak sebagaimana yang ditentukan oleh
pendapat profesional.
c. Objektif C
i. Bilangan dan peratus penempatan kanak-kanak mengikut penyesuaian mereka.
ii. Bilangan dan peratus kanak-kanak dipindah dari satu penempatan ke satu penempatan yang
lain.
d. Objektif D
i. Jumlah kos sistem program tersebut
ii. Kos setiap kanak-kanak bagi taip-tiap proses pelaksanaan program.

2.2.5. Jangan Menolak Kriteria-kriteria Penilaian Jika Menghadapi Kesukaran Dalam

Membuat Penilaian.

Kriteria penilaian seharusnya dikenalpasti tanpa keberatan atau

kebimbangan awal iaitu dalam hal bagaimana atau adakah ia dapat dinilai. Terdapat

beberapa cara umum untuk menilai sebahagian dari kriteria yang subjektif dan

kriteria yang kualitatif, antaranya melalui anggaran-anggaran yang berasaskan

kepada penilaian yang dibuat oleh pakar-pakar atau tinjauan-tinjauan sistematik

yang telah dibuat.

9
2.3. Kaedah , Sample Dan Cara Mengumpul Serta Memproses Maklumat Dan

Data.

Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk memperolehi data atau maklumat

yang diingini oleh pihak penilai program. Antara kaedah yang sering digunakan untuk

mendapatkan atau memperolehi data iaitu seperti soal selidik, temu bual, tinjauan dan

sebagainya. Walau bagaimanapun terpulanglah kepada pihak penilai program untuk

menggunakan kaedah yang difikirkan perlu dan sesuai digunakan bergantung kepada

masalah atau isu yang telah dipilih berdasarkan kepada objektif yang hendak dicapai.

Seterusnya ciri-ciri sample yang diperlukan juga harus diberikan perhatian dan

akan menyumbang kepada pencapaian objektif yang telah ditentukan bergantung kepada

isu atau masalah program yang telah dipilih. Antara ciri-ciri sample yang harus diberikan

tumpuan penting dan dicadangkan adalah seperti berikut :

i. Lokasi sample.

Penilaian program yang hendak dijalankan hendaklah mengambil data-

data atau maklumat di tempat atau lokasi yang bersesuaian dengan masalah

program tersebut. Sekiranya, program itu dijalankan di suatu tempat tertentu maka

data yang diperlukan seharusnya diperolehi dari di tempat tersebut. Sebagai satu

contoh, program meningkatkan taraf jalan raya , maka data atau maklumat itu

mestilah datang dari warga masyarakat tempat tersebut untuk mendapat maklum

balas dari program tersebut.

ii. Jantina

Sample dari jantina yang berlainan juga harus diambil mengikut

kesesuaian objektif atau tujuan penilaian program tertentu. Jika ianya melibatkan

10
program kesihatan anak dalam kandungan ibu mengandung, maka sample yang

diharapkan tentulah dari wanita-wanita yang sedang mengandung.

iii. Kumpulan Umur

Bagi program-program yang melibatkan orang dewasa seperti program

kesedaran pemanduan berhemat, maka sudah tentu sample-sample harus

dikumpul dari kumpulan umur orang dewasa atau kumpulan umur yang layak

memperolehi lesen memandu.

iv. Pendapatan keluarga

Pendapatan keluarga juga harus diberikan tumpuan jika ianya melibatkan

program seperti Program Bantuan Rakyat Termiskin maka sample-sample

hendaklah dikumpul dari segi pendapatan keluarga yang diperolehi. Data-data

yang diperolehi dari sample yang diambil hendaklah bersesuaian dengan objektif

penilaian program itu tadi.

v. Status / Jenis pekerjaan

Status atau jenis pekerjaan juga perlu diberikan perhatian jika ianya

melibatkan program-program membasmi kemiskinan umpamanya. Jika seseorang

itu mempunyai status atau jenis pekerjaan yang baik dan memperolehi pendapatan

yang tinggi maka sudah pasti tidak dipilih sebagai sample untuk memunggut data.

vi. Saiz keluarga

Program Perancangan Keluarga harus menitik beratkan mengenai saiz

keluarga dan juga bilangan ahli keluarga. Sample dan data yang hendak dikumpul

sepatutnya mementingkan saiz atau bilangan ahli keluarga supaya matlamat

program itu dapat dicapai.

11
vii. Pengguna kemudahan-kemudahan perkhidmatan

Sesuatu program yang menyediakan kemudahan-kemudahan

perkhidmatan sepatutnya mengambil sample-sample dari pengguna yang

menggunakan kemudahan-kemudahan perkhidmatan tersebut. Diharapkan dengan

data yang diperolehi dari sample tersebut maka penilaian program dapat

dijalankan dengan lancar dan sempurna serta memberi keputusan yang baik dan

memuaskan.

2.3.1. Adakah data yang ada mencukupi dan perlu dikumpulkan dalam jangka masa

tertentu ?.

Kebanyakan data-data yang telah sedia ada telah direkabentuk bagi

memenuhi tujuan-tujuan pentadbiran, pengurusan dan tujuan-tujuan lain.

Setengah-setengah data telah dikumpul terlebih dahulu adalah bertujuan untuk

mengukur dan menyampaikan keberkesan program tersebut dan tidak sesuai

untuk menilai program. Penilai harus memikirkan bagaimana sesuatu data yang

diingini dapat diperolehi sama ada dari sumber yang lama atau sumber-sumber

yang baru. Penilai program juga harus memikirkan adakah data itu mudah

diperolehi atau sukar untuk diperolehi dan juga kos yang diperlukan.

2.4. Laporan Keputusan Dan Cadangan.

Jika dapatan-dapatan dan implikasi-implikasi yang khusus dari sesuatu penilaian

program itu tidak difahami, maka dapatan-dapatan hasil dari penilaian program itu tidak

dapat digunakan untuk membantu membuat keputusan-keputusan penting terhadap

program yang telah dinilai. Penilaian program yang dijalankan dengan baik pun tidak

12
akan diendahkan jika laporan yang disediakan tidak teratur dan padat dengan laporan

yang lengkap. Penilai program seharusnya secara jelas dan teratur dalam menyampaikan

laporan hasil dapatan-dapatan yang diperolehi kepada pihak yang meminta penilaian

program dibuat dengan memenuhi kehendak mereka.

Laporan penilaian yang dibuat hendaklah mengikut atau memenuhi kehendak pihak

yang berkenaan iaitu cara bagaimana laporan itu seharusnya disediakan. Sesetengah

pihak pembuat keputusan lebih gemar laporan-laporan dibuat secara lisan tetapi ini

jarang-jarang berlaku. Kebanyakan pembuat keputusan atau klien lebih suka laporan

penilaian dibuat secara bertulis. Laporan-laporan yang dibuat sebaiknya cuba

mengelakkan dari hujah-hujah yang terlalu meleret-leret dan tidak penting, jadual-jadual

yang terlalu banyak dan formula-formula yang sukar difahami. Tugas penilai program

ialah untuk menyampaikan dapatan-dapatan hasil penilaian di dalam laporan dengan cara

yang mudah difahami dan dengan bahasa yang mudah serta gaya yang padat dan teratur.

Laporan itu juga boleh membuatkan sesuatu penilaian itu menjadi lebih bermakna dan

berkesan.

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh digunakan untuk menyediakan suatu

laporan yang dapat difahami dan berkesan iaitu :

2.4.1. Sebelum dan semasa membuat laporan

Sebelum membuat laporan , penilai program perlu membuat semakan draf

laporan dan draf laporan ini boleh diberikan kepada ahli-ahli dalam bidang

penilaian program. Penilai program mungkin telah tertinggal perkara-perkara

penting, kesilapan-kesilapan yang tidak diduga, interpretasi-interpretasi yang salah

mengenai data-data yang dikumpul, kaedah-kaedah yang tersilap telah digunakan,

13
logik yang salah atau kesimpulan dan rumusan yang salah dan tidak berasas sama

sekali. Semakan ini akan membawa beberapa pendebatan atau kontroversi yang

penting dan ini dapat serta boleh diperjelaskan lagi dengan lebih terperinci oleh

penilai program. Adalah lebih baik jika perbincangan ini diadakan dengan lebih

kerap supaya laporan yang dihasilkan akan lebih jelas, padat dan menyakinkan

kepada pihak pembuat keputusan atau klien.

2.4.2. Menyampaikan dapatan-dapatan dalam bentuk tulisan

Laporan yang telah siap disemak hendaklah disediakan dalam bentuk tulisan

dan juga bentuk yang dikehendaki oleh pihak klien. Dengan adanya laporan dalam

bentuk tulisan akan dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya salah faham

terhadap data-data atau maklumat-maklumat yang disampaikan secara lisan di

dalam taklimat yang dikehendaki oleh pihak klien. Laporan ini juga dapat

digunakan sebagai penilaian lanjutan jika dikendaki bagi memastikan kebenaran

laporan atau memantapkan lagi laporan jika perlu.

2.4.3. Menyampaikan suatu laporan yang padat dan jelas.

Butiran-butiran teknik sesuatu penilaian mungkin menggembirakan atau

membanggakan bagi seseorang penilai program tetapi mungkin membosankan

kepada pihak yang menerima laporan penilaian. Butiran-butiran itu hendaklah

dimasukkan ke dalam kandungan sesuatu laporan atau di dalam lampiran. Butiran-

butiran yang tidak penting tidak seharusnya dimasukkan ke dalam kandungan

sesuatu laporan.

2.4.4. Batasan-batasan dan andaian-andaian sesuatu kajian.

14
Sesuatu batasan-batasan penilaian hendaklah dinyatakan dengan jelas. Laporan penilaian

hendaklah dibuat secara objektif, penyampaian laporan itu haruslah meliputi dari segala

aspek yang dikehendaki termasuklah kesan yang baik atau sebaliknya.

2.4.5. Gunakan grafik yang mudah difahami.

Grafik yang digunakan dalam membuat laporan penilaian program hendak

mudah difahami bukan sukar difahami. Suatu grafik yang baik akan membawa atau

bernilai beribu patah perkataan jika tidak ianya tidak akan bernilai sedikit pun.

Grafik yang menarik akan dapat memberikan kesan yang lebih baik atau menarik

perhatian klien untuk membaca laporan penilaian itu sehingga selesai .

2.4.6. Gunakan gaya bahasa yang mudah difahami.

Pastikan laporan penilaian yang disediakan menggunakan bahasa dan gaya

yang mudah difahami. Tidak perlu sesuatu laporan itu terdapat sesuatu perkataan itu

mempunyai makna dan maksud yang berbeza-beza serta berbelit-belit.

2.4.7. Suaikan laporan kepada pembuat keputusan.

Laporan yang disediakan hendaklah bersesuaian dengan kehendak klien

kerana ada yang suka kepada laporan yang berbentuk jadual atau graf dan tidak

kurang juga yang sukakan laporan yang lengkap, padat dan ringkas.

2.5. Kesimpulan.

Penilaian program adalah merupakan kajian yang bersifat formal dan melibatkan

analisis yang sistematik terhadap sesuatu program atau aktiviti dengan tujuan untuk

memberi gambaran sebenar mengenai pelbagai perkara yang hendak diketahui

terutamanya objektif program tersebut tercapai atau tidak. Penilaian program juga adalah

15
sangat penting kerana ia merupakan satu elemen penting yang dapat membantu pihak

pembuat keputusan menentukan keberkesanannya dan kecekapan program tersebut.

Terdapat pelbagai langkah lain yang boleh digunakan untuk membuat penilaian program

bergantung kepada kesesuaian dan matlamat atau objektif penilaian program itu

dijalankan. Namun begitu, sebagai penilai program seseorang itu harus bijak memilih

atau menentukan sama ada penilaian program itu dapat mencapai objektif penilaian

tersebut. Kadang kala beberapa pertimbangan yang harus difikirkan terlebih dahulu dan

mengambil tindakan sewajarnya dalam membuat penilaian supaya hasilan dapatannya

tidak mengecewakan pihak-pihak tertentu.

Penilaian program yang baik dapat menyediakan hasilan dapatan tanpa

berselindung disebabkan terdapat kesan-kesan yang tidak diingini di dalam sesuatu

program. Pertimbangan yang diambil seperti matlamat untuk mencapai objektif penilaian,

kos-kos yang akan digunakan dalam penilai program atau semasa penambahbaikan

program dan juga laporan lengkap seperti yang dikehendaki akan menjadikan penilaian

program itu berjaya . Penilaian program yang baik akan memudahkan pihak pembuat

keputusan atau klien menentukan sama ada program itu memerlukan penambahbaikan

ataupun akan ditamatkan terus.

16
Rujukan

1. Blaine R. Worthen. (1973). Educational Evaluation : Theory and Practice. United

State of America : Charles A. Jones Publishing Company.

2. David Royse.(2001). Program Evaluation An Introduction. Canada : Webcom, Ltd.

3. John Antony Xavier.(2000). Effective Evaluations : A Practical Guide. Kuala

Lumpur: Institut Pentadbiran Awam.

4. Razali Arof.(1996). Penghantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

5. www.de.comdis.wisc.edu/user/mchial/Chial/InstDevSite/evalmodels.htm

6. www.treasury.gov.my/org/bspk/bspk_khidmat_penilaian.htm

17
Lampiran

Cadangan Format Laporan Penilaian Program

1. Pendahuluan

2. Objektif Kajian

3. Bidang Kajian

4. Isu-isu Kajian

5. Skop Kajian Penilaian

6. Methodologi

7. Halangan/Batasan Penilaian

8. Hasil Kajian Dan Rumusan

9. Syor-syor

10. Penutup

11. Lampiran-lampiran

12. Rujukan

18

Anda mungkin juga menyukai