Anda di halaman 1dari 10

-1-

Arahan : Pilih jawapan yang betul bagi tiap-tiap soalan di bawah.

Individu yang menggunakan


barangan, perkhidmatan dan
alam semula jadi

1. Pernyataan di atas merujuk kepada…….


A. Peniaga
B. Pengguna
C. Konsumerisme
D. Perniagaan

2. ............................ ialah segala kegiatan yang dilakukan oleh orang ramai untuk
menjaga hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna.
A. Peniaga
B. Pengguna
C. Perniagaan
D. Konsumerisme

3. Antara berikut yang manakah bukan hak pengguna?


A. Hak membuat pilihan
B. Hak mendapat maklumat
C. Hak mendapat kehendak
D. Hak mendapat pendidikan kepenggunaan

☺ Membolehkan pengguna bertindak


secara bijak
☺ Diperoleh menerusi bengkel,
ceramah, dan media massa

4. Perkara di atas merupakan hak pengguna iaitu .................


A. hak bersuara
B. Hak mendapatkan keselamatan
C. Hak mendapat alam sekitar yang sihat.
D. Hak mendapat pendidikan kepenggunaan
-2-

5. Kepada siapakah pengguna harus bertanggungjawab untuk mendapatkan kehidupan


yang sejahtera?
I Negara
II Persatuan
III Diri sendiri
IV Masyarakat
A. I dan II
B. I dan III
C. I I dan IV
D. III dan IV

6. Apakah tanggungjawab seorang pengguna terhadap dirinya?


I. Kesedaran mengkritik
II Membuat belanjawan diri
III Bersatu padu dan bekerjasama
IV Menjaga alam sekitar dan alam semula jadi
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

7. Antara berikut manakah yang merupakan tanggungjawab pengguna untuk


mengkritik?
A. Urusniaga yang dilakukan oleh peniaga tidak adil
B. Apabila peniaga bersikap angkuh terhadap pengguna
C. Tidak dibenarkan membuat perbandingan harga barangan
D. Jika sesuatu barangan atau perkhidmatan yang diterima tidak berkualiti.

Encik Amir telah membeli setin susu.


Ketika membukanya, terdapat bangkai
lipas di dalamnya

8. Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan oleh Encik Amir?
A. Memulangkan semula kepada peniaga
B. Membuat surat kepada akhbar tempatan
C. Melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab
D Menghubungi syarikat yang mengeluarkan barangan tersebut
-3-

9. Pilih situasi yang menunjukkan hak pengguna untuk mendapatkan pilihan telah
dicabar.
A. Pekilang A telah menjual pewarna makanan yang telah mendapat kelulusan
daripada kerajaan.
B. Pengeluar menyediakan panduan menggunakan barangan elektrik
C. Kedai buku menghalang pengguna membuat pilihan semasa membeli
D. Pasar raya menjual barangan dengan harga yang berpatutan

10. Antara yang berikut yang manakah merupakan tujuan menjaga hak sebagai
pengguna?
I. Menjadi individu yang bermaklumat
II. Menjadi pembeli yang rasional yang bijak
III. Tidak berlaku penyelewengan oleh pengeluar
IV. Sebagai satu daripada tanggungjawab sosial mereka
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

11. Pada pendapat anda, mengapakah ramai pengguna tidak bertindak apabila ditipu
oleh peniaga?
I. Kurang kesedaran terhadap pengguna
II. Sikap acuh tak acuh terhadap perkara tersebut
III. Kurang mengetahui hak mereka sebagai pengguna
IV. Menganggap perkara tersebut sebagai kebetulan sahaja
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

☺ Nama pengeluar
☺ Tanda harga
☺ Kuantiti
☺ Jenama

12. Berdasarkan perkara-perkara di atas, apakah jenis hak pengguna terbabit?


A. Hak membuat pilihan
B. Hak mendapat maklumat
C. Hak mendapat keselamatan
D. Hak mendapat pendidikan kepenggunaan
-4-

13. Yang berikut merupakan tujuan pengguna digalakkan membuat belanjawan


sebelum berbelanja kecuali......
A. Dapat mengelakkan pembaziran
B. Dapat berjimat cermat
C. Dapat memenuhi kehendak
D. Dapat memastikan jumlah perbelanjaan

14. Antara berikut yang manakah bukan tanggungjawab pengeluar kepada pengguna?
A. Menyediakan produk yang berkualiti
B. Memberikan maklumat yang tepat
C. Menyediakan rancangan belanjawan
D. Mempraktikkan amalan perniagaan yang jujur.

Puan Farah telah membeli sejenis alat kosmetik.


Selepas menggunakannya beberapa kali, dia
mendapati terdapat tompok-tompok hitam pada
kulit mukanya.

15 Berdasarkan kenyataan di atas, apakah bentuk penyelewengan yang telah dilakukan


oleh pengeluar?
A. Maklumat yang mengelirukan
B. Barang yang berkualiti rendah
C. Timbangan dan sukatan yang tidak tepat.
D. Barangan yang membahayakan pengguna.

Sebagai seorang peniaga yang mementingkan


keuntungan, Encik Azmi telah mencampurkan buah
mangga yang masam dengan manis untuk dijual
kepada pelanggannya.

16. Apakah bentuk penyelewengan yang telah dilakukan oleh Encik Azmi?
A. Maklumat yang lewat
B. Harga yang tidak sama
C. Barang yang tidak sama
D. Kualiti barang yang rendah.

17. Pilih tindakan yang harus di amalkan oleh seseorang pengeluar yang
bertanggungjawab.
I Mengeluarkan barangan yang bermutu rendah
II Menjaga kebersihan alam sekitar
-5-
III Memastikan barangan mempunyai sukatan yang tepat

IV Memberikan maklumat yang tidak lengkap


A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

18. Setiap pengeluar bertanggungjawab memberikan maklumat yang tepat mengenai


sesuatu barang kepada pengguna melalui....
I Cara membeli
II Nama dan alamat pengurus syarikat
III tarikh luput
IV sukatan dan timbangan
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan IV
D. III dan IV

19. Antara yang berikut manakah merupakan cara-cara membuat aduan secara terus?
I berunding dengan penjual
II merujuk undang-undang berkaitan
III membawa barang atau resit pembelian ke kedai
IV mendapatkan bukti tentang masalah yang dihadapi
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

20. Antara yang berikut manakah bukan peranan persatuan pengguna?


A. Mengadakan kempen
B. Menyebarkan maklumat
C. Melakukan penyelidikan
D. Memberi pendidikan kepenggunaan

21. Apakah langkah yang akan diambil oleh persatuan pengguna apabila menerima
aduan daripada pengguna?
I menyiasat dan berusaha untuk menyelesaikannya
II merujuk kepada pihak yang berkuasa
III menyiarkan aduan di dalam media massa
IV memaksa pengeluar membayar ganti rugi kepada pengguna
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
-6-
D. III dan IV

22. Apakah tujuan pendidikan pengguna diadakan?


I membentuk kemahiran membuat keputusan sebelum membeli
II mengubah sikap pengguna supaya mempertahankan hak
III meningkatkan kesedaran dikalangan pengguna
IV melahirkan pengguna yang berpendidikan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

☺ Roslan telah mendapat maklumat yang palsu ketika membeli barangan


daripada sebuah syarikat jualan langsung

23. Roslan telah mendakwa syarikat tersebut di bawah...


A. Akta Perihal Dagangan 1972 (Pindaan 1982)
B. Akta Kawalan Bekalan 1973
C. Akta Kawalan Harga 1946 (Pindaan 1973)
D. Akta Sewa Beli 1967

24. Antara berikut yang manakah merupakan peranan Majlis Pengguna?


I memberi nasihat kepada kerajaan
II menilai amalan perniagaan
III memberi cadangan untuk mengatasi masalah kewangan peniaga
IV mengeluarkan barang yang tidak bermutu dan murah.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

25. Apakah akta yang memastikan pengguna akan mendapat bekalan yang mencukupi
walaupun pada musim perayaan?
A. Peraturan Makanan 1985
B. Akta Label 1980
C. Akta Timbang dan Sukat 1972
D. Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 1973)

26. Mengikut Akta Label 1980, setiap label mesti mengandungi...


I. alamat pengguna
II proses pembuatan
III amaran dan petunjuk
IV maklumat kandungan bahan dan ramuan
-7-

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

27. Antara berikut manakah bukan bentuk perlindungan pengguna?


A. Undang-undang
B. Persatuan pengguna
C. Penyebaran maklumat
D. Pendidikan kepenggunaan

28. Agensi yang memastikan barang-barang perkilangan yang dihasilkan bermutu dan
berkualiti ialah.......
A. SIRIM
B. FOMCA
C. MARA
D. UDA

29 Antara berikut yang manakah bukan peranan kerajaan terhadap pengguna/


A. Menggubal undang-undang
B. Menguatkuasakan undang-undang
C. Menyelaraskan tindakan melalui Majlis Pengguna
D. Mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada pengguna

30. ................................. bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang untuk


memberi perlindungan kepada pengguna.
A. Kementerian Dalam Negeri
B. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
C. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

31. Antara yang berikut manakah tujuan utama Persatuan Pengguna menjalankan
penyelidikan/
A. Memastikan setiap aduan pengguna diambil perhatian
B. Memastikan barang jualan tidak membahayakan pengguna
C. Memastikan pengguna mendapat maklum balas terhadap aduan mereka
D. Salah satu daripada tanggungjawab mereka.

32. Kempen-kempen berikut dapat meningkatkan kesedaran pengguna kecuali


A. Membaca
-8-
B. Inflasi sifar

C. Kitar Semula
D. Sifar merokok

33. Antara barang-barang dibawah, yang manakah bukan barang kawalan?

A. C.

B. D

34. Bentuk perlindungan pengguna dari segi pendidikan ialah..........


I. Kempen dan ceramah
II Risalah dan majalah
III Akta Perihal Dagangan 1972
IV Persatuan Pengguna
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

35. Maklumat yang tepat tentang sesuatu barangan dapat diketahui melalui
A. Iklan media massa
B. Label barangan
C. Jualan promosi
D. Pengeluaran produk

36. Yang manakah antara berikut adalah fungsi SIRIM?


A. Mengeluarkan logo Halal
B. Mengawal pencemaran alam sekitar
C. Memastikan ubat-ubatan selamat digunakan
-9-
D. Memastikan barangan berkualiti dan selamat digunakan

37. Apakah ciri-ciri kehendak manusia/


A. Banyak, tidak terhad dan tidak mudah dipuaskan
B. Terhad dan dapat dipuaskan
C. Banyak dan tidak terhad tetapi mudh dipuaskan
D. Merupakah barang-barang kemewahan

Melakukan kajian dan penyelidikan dalam pelbagai


bidang untuk tujuan membantu para usahawan
dalam bidang mereka

38. Antara agensi yang berikut, yang manakah terlibat seperti dalam pernyataan di atas?
I PORIM
II SIRIM
III MARA
IV UDA
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

39. Pengguna yang bertanggungjawab mestilah....


I tahu tentang hak mereka
II menjaga hak mereka
III memerlukan perlindungan
IV membuat aduan kepada persatuan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

40. Peranan utama JAKIM ialah.......


A. menentukan kualiti barangan
B. mengeluarkan tanda halal
C. mengeluarkan barangan
- 10 -
D. mengaut keuntungan

Anda mungkin juga menyukai