Anda di halaman 1dari 18

SOALAN MEQ

SOALAN 1
Khairil, seorang penuntut universiti
dimasukkan ke wad setelah mengalami
kecederaan di kaki kiri akibat kemalangan
jalan raya. Beliau disyaki mengalami
fracture left femur.
a) Nyatakan 5 manifestasi klinikal
fracture left femur yang
ditunjukkan oleh Khairil. ( 5m )
Jawapan;
1- Hilang fungsi
-pesakit tidak boleh menggerakkan kaki
kirinya disebabkan fracture yang dialami
pada kaki tersebut.

2- Deformity
-kaki terlibat menjadi lebih pendek dari
kaki kanan disebabkan fracture yang
dialami.
3- Sakit
-pesakit akan merasa sakit pada kaki
terlibat disebabkan spasm otot yang
dialami oleh beliau.

4- Ecchymosis
-haematoma berlaku disebabkan oleh
pengumpulan darah dan cecair pada
anggota terlibat.
5-Bengkak dan suam
terjadi kerana pengumpulan darah dan
cecair di bawah tisu otot akibat dari
kecederaan pada tisu lembut,salur darah
di periosteum berikutan dengan fracture.
X- ray mengesahkan Kharil mengalami
fracture left femur dan beliau telah
dipasangkan skeletal traction. Anda perlu
melakukan pemerhatian neurovascular ke
atas kaki Khairil selepas pemasangan
skeletal traction.

b- ii) Nyatakan 2 tujuan pemasangan


skeletal traction. ( 3m)
Jawapan;
1- Mengekalkan immobilisasi ke atas tulang
yang tercedera.
2- Mengekalkan aligment tulang yang
fracture sehingga pembentukkan callus
dan kalsifikasi berlaku.
ii) Terangkan pemerhatian
neurovascular yang dilakukan ke atas
kaki Khairil. ( 5m)
Jawapan;
1- Warna kulit
- bandingkan warna kulit di bahagian distal
anggota yang normal dengan bahagian
terlibat untuk mengesan sebarang
keabnormalan.
- contohnya warna kulit normal adalah
pink, jika terdapat warna pucat dan sinosis
menunjukkan gangguan dalam peredaran
darah ke anggota terlibat.
2- Suhu
- letakkan belakang tapak tangan di atas
anggota terlibat dan bandingkan dengan
sebelah lagi untuk mengesan suhu normal
adalah suam manakala
abnormal seperti sejuk menunjukkan
gangguan dalam peredaran darah

-
3- Pergerakkan
- minta pesakit supaya menggerakkan jari- jari
kaki bagi mengesan sebarang keabnormalan
yang menunjukkan saraf motor tertekan dan
rosak.contoh pergerakan : dorsi flexion dan
plantar flexion

4- Sensation
- uji fungsi deria saraf pada bahagian distal yang
terlibat dengan mengarahkan pesakit menutup
mata dan memberitahu jari mana yang disentuh
untuk mengesan paresthesia yang menunjukkan
nerve compression di bahagian tersebut
5-nadi distal
membandingkan dengan nadi anggota
yang normal.Palpat nadi distal anggota
yang terlibat.
Normal ; nadi kuat,mudah dipalpat
Abnormal : denyutan lemah,lambat
@tidak dirasai
c- Terangkan intervensi
kejururawatan untuk memastikan
keberkesanan skeletal traction
yang dipasangkan untuk Khairil.
( 7m )
Jawapan;
1- Posisi
- posisi badan pesakit haruslah berada
ditengah katil dengan baringan recumbent
dan kaki diposisikan kepada anterior
superior iliac spine untuk memastikan
keberkesanan pemasangan skeletal
traction.
2- Katil
- katil yang digunakan mestilah jenis
fracture bed dengan tilam yang firm untuk
mengekalkan posisi dan aligment tulang
yang betul semasa traction dipasangkan.

3- Tali
- pastikan tali yang digunakan adalah
kukuh, tidak reput dan berada di tengah-
tengah takal bagi menentukan
keberkesanan skeletal traction.
4- Traksi
- traksi dan kaunter traksi mestilah
mempunyai tarikan yang berterusan dan
bebas dari geseran.skeletal traction pin
dihujung terdapat screw perlu diketatkan
untuk elak tercabut.
5- Pemberat
- pemberat mestilah digantung bebas,
tidak bergerak dan menyentuh lantai serta
10% daripada berat badan pesakit.