Anda di halaman 1dari 2

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan didefinisikan oleh Prof.Dr.Muhammad Naquib sebagai “ menanam sesuatu


ke dalam diri manusia”. Dalam dasar pendidikan kebangsaan, perpaduan dapat diwujudkan
dengan pelbagai cara. Pendidikan juga merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk
mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya membentuk bangsa Malaysia yang mempunyai
identiti yang menunjukkan semangat cintakan tanah air dan semangat perpaduan yang utuh
tanpa mengira kaum bangsa, adat, agama, dan keturunan. Selain itu juga, pendidikan
merupakan satu proses yang amat penting dalam pembentukan diri serta jati diri setiap individu
dan anggota masyarakat kea rah mengenali diri serta mencapai kehidupan bermasyarakat yang
baik dan sempurna. Walaupun manusia mempunyai akal fikiran yang membezakannya dengan
haiwan yang lain, namun manusia tidak dapat melakukan sesuatu dengan baik tanpa proses
pendidikan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Contohnya, para petani dan
nelayan dapat melakukan kerja yang sama dari satu generasi ke satu generasi kerana proses
pendidikan yang mereka terima dari datuk nenek mereka. Keadaan ini membolehkan mreka
bekerja sebagai nelayan dan petani sehingga sekarang. Selain itu juga, pendidikan di Malaysia,
menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembanagan dan kemajuan
negara. Ia juga diiktiraf sebagai alat untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi
nasional. Ia disusun di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

ASAS-ASAS SOKONGAN LAIN UNTUK PERPADUAN

KO-KURIKULUM
Laporan J/K Kabinet 1979
- Aktiviti ko-kurikulum sukan dan olahraga adalah asas kepada matlamat perpaduan antara
murid berbilang kaum dan lapisan masyarakat.
- murid juga dikehendaki memilih satu pasukan berikut:
- Pasukan Anak Serigala, Pengakap, Pasukan Brownie dan Pandu Puteri
- Pasukan Pertolongan Cemas seperti PBSM dan St. John”s.
- Pasukan Kadet Tentera dan Kadet Polis

Sukan dan Pendidikan Jasmani


- Sukan dimestikan di sekolah
- MSSM menjadi penyelaras
- Senaman beramai-ramai di sekolah
- Permainan melibatkan penyertaan ramai
- Persekolahan dilanjutkan kepadda 11 dari 9 tahun dari penyeta Rahman Talib
- Peperiksaan masuk sekolah menengah dihapuskan
- Biasiswa dan buku teks kepada yang miskin
- DEB gariskan melalui pelajaran utk. Capai perpaduan
- Sekolah berasrama penuh dan Sains diujudkan

Sistem pendidikan sekarang adalah kompromi termungkin dalam menyelesaikan tuntutan dan
tekanan yang bercanggah antara kaum. Ini adalah lanjutan dari Laporan Cheesemen(1946),
Barnes (1951) Fenn-Wu (1952) dan (1954), Woodhead (1955 untuk Sabah) Razak (1956)
Mclellan (1960 untuk sarawak) dan Rahman Talib (1960)

Penyata Razak dan Rahman Talib adalah piagam pelajaran Malaysia Merdeka yang terpenting
di mana di bawahnya terdapat satu sistem kebangsaan tunggal yang mengandungi syarat ciri
terwajib;
- Memenuhi keperluan negara
- Diterima ooleh rakyat amnya
- Murid-murid dididik mengikut kemahuan ibubapa mereka
- Satu corak persekolahan menggunakan kurikulum dan peperiksaan sama.
- Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Pengantar

Anda mungkin juga menyukai