Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA MINI SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG JAYA

SEMPENA BULAN KECERGASAN

1.0 PENDAHULUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengadakan Pertandingan
Mini Sukan Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya. Pertandingan ini akan
disertai murid-murid tahun 4 hingga tahun 5. Pertandingan ini dianjurkan
bersempena Bulan Kecergasan Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama program ini dianjurkan adalah untuk;
 menerapkan semangat kesukanan kepada peserta.
 memupuk minat peserta kepada sukan.
 memberi pengalaman kepada peserta untuk digunakan pada masa
akan datang.

3.0 OBJEKTIF
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk;
 memberi pendedahan kepada peserta sukan yang dipertandingkan.
 memberikan pengalaman menyertai pertandingan yang berkaitan
sukan.
 memberi pendedahan situasi sebenar kepada peserta tentang sukan
yang dipertandingkan.
 memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu dan
pengalaman baru.
 meluaskan pengetahuan peserta kepada sukan.
 mendukung aspirasi satu murid satu sukan.
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN
Pertandingan ini akan diadakan pada ketetapan yang berikut;
4.1 Tarikh : 29 hingga 30 Julai 2010
4.3 Masa pertandingan : 8.30 pagi -6.00 petang (Khamis)
8.30 pagi – 10.00 pagi (Jumaat)

5.0 TEMPAT
5.1 Padang Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya

6.0 KUMPULAN SASARAN


80 murid tahun 4 dan tahun 5 Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya.

7.0 AKTIVITI YANG DIPERTANDINGKAN


7.1 Bola sepak 5 sebelah (Lelaki)
7.2 Bola baling 5 sebelah (Perempuan)

8.0 GURU PENASIHAT


8.1 Encik Hamid bin Jasmi
8.2 Cik Norhafiza binti Jamaludin

9.0 ANGGARAN KOS


8.1 Perbelanjaan
i. Makanan
a. Air minuman
1. Gula RM 1.90 X 4 = RM 7.60
2. Ais RM 3.00 X 1 = RM 3.00
3. Air Masak RM 2.00 = RM 2.00

b. Hadiah
1. Tempat pertama RM 7.00 X 2 = RM 14.00
2. Tempat kedua RM 6.00 X 2 = RM 12.00
3. Tempat ketiga RM 5.00 X 2 = RM 10.00

Jumlah keseluruhan = RM 48.60


10.0 Penutup
Yang diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan
komitmen yang tinggi dalam menjayakan pertandingan ini.

Disediakan oleh ;

...............................
(MOHD SAFUAN BIN ABU BAKAR SAMAD)

Disemak oleh;

.................................

Disahkan oleh;

...............................
SENARAI JAWATANKUASA

Pengerusi
Encik Abdul Rahman bin Mansor

Naib Pengerusi
Puan Raja Ainon binti Abdul Rahman
Puan Radziah binti Abu Bakar
Puan Tee Lin Choo

Guru Penasihat
Encik Abdul Hamid bin Jasmi

Penolong Guru Penasihat


Cik Norhafiza binti Jamaludin

Setiausaha
Mohd Safuan bin Abu Bakar Samad

Bendahari
Muhammad Irzham bin Zakaria

Ahli Jawatankuasa
Kepegawaian & Peralatan : Amirul Faiz bin Abdul Raof

Kebajikan & Hadiah : Fairuz bt Mohd Fadzil

Pendaftaran &
Pengelolaan : Muhamad Irzham b Zakaria

Disiplin &
Keselamatan : Mohd Safuan b Abu Bakar Samad