Anda di halaman 1dari 2

Sekolah Menengah Derma 

merupakan sekolah menengah aliran Bahasa Inggeris yang


pertama di negeri Perlis. Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai "Derma English
School" dan ditubuhkan pada tahun 1948. Dari awal-awal lagi sehinggalah masa
lepas Perang Dunia II yang berakhir pada tahun 1945, tiada sebuah sekolah Inggeris
pun wujud dalam negeri Perlis ini. Yang ada pada masa itu hanyalah sekolahMelayu,
sekolah Cina dan sekolah Arab iaitu Sekolah Menengah Alawiyah Arau, Perlis.

Bagi ibu bapa yang ingin anak-anak mereka mendapat pelajaran Inggeris, terpaksalah
menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris di Pulau
Pinang seperti Penang Free School. Dan pada ketika itu, juga ada dua tiga orang
murid yang telah dihantar belajar denganbiasiswa kerajaan negeri Perlis ke Kolej
Melayu Kuala Kangsar yang ketika itu disebut "Babuddarajat", selepas itu dikenali
pula sebagaiMCKK (Malay College Kuala Kangsar Perak). Penuntut-penuntut yang
tersebut itulah yang kembali menjawat jawatan-jawatan Pentadbir Negeri Perlis ini.
Dengan keadaan itu, hanya segelintir ibu bapa sahaja yang mampu menghantar anak-
anak mereka ke luar negeri. Mereka itu tergolong daripada pegawai-pegawai tinggi
Kerajaan Negeri Perlis, manakala anak-anak orang miskin tidak dapat peluang yang
tersebut itu.

Apabila berakhir Perang Dunia II, iaitu selepas Semenanjung Tanah Melayu berada di


bawah pemerintahan tentera Jepun selama tiga tahun lapan bulan, maka pemikiran
orang-orang Melayu pun berubah terhadap politik, ekonomi dan pelajaran. Sebilangan
orang-orang Melayu di negeri Perlis ini telah sedar betapa pentingnya pelajaran
Inggeris kepada anak-anak mereka. Pada ketika itu juga Duli Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Raja Perlis dengan bersungguh-sungguh mendorongkan dan menyedarkan
keseluruhan rakyat negeri Perlis ini supaya berikhtiar dan berusaha bagi mewujudkan
sebuah sekolah Inggeris dalam negeri Perlis ini. Dengan dorongan dan kesedaran
itulah maka sebuah jawatankuasa induk telah ditubuhkan dalam satu perjumpaan pada
tahun 1946. Jawatankuasa yang terlantik itulah yang membuat perancangan untuk
mendapatkan wang yang secukupnya bagi mewujudkan sekolah Inggeris dalam negeri
Perlis ini.

Anda mungkin juga menyukai