Anda di halaman 1dari 9

KRJ MOTIVATION – KERTAS KERJA KBM

KRJ MOTIV ATION

KERTAS KERJA
PROGRAM
KeIndahan BerSama Mu

EDISI REMAJA

DISEDIAKAN UNTUK:
KERTAS KERJA
PROGRAM
KeIndahan BerSama Mu

MUKADDIMAH
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang
kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkannya
kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan .”
At Tahrim 66:6

Pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara.
Pelajar yang diharapkan dalam kontek Islam adalah pelajar yang mampu memikul
amanah selari dengan syariat Islam. Oleh sebab itu, para pelajar diperingkat remaja ini
perlu didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab serta memerlukan kemahiran dan
semangat motivasi untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu
pengetahuan.

Ibubapa merupakan golongan yang paling hampir dengan anak-anak dan yang paling
meletakkan matlamat yang tinggi kepada anak-anak. Mereka sanggup mengorbankan apa
jua demi kepentingan anak-anak. Ibubapa sangat mengasihi anak-anak mereka dan kasih
sayang ini dicurahkan melalui pengorbanan yang tidak terhingga

Harapan ibubapa dan harapan anak-anak ini semestinya dikongsi bersama. Kemudiannya,
mereka saling memahami dan membantu ke arah mencapai harapan kedua-dua pihak.
Sikap kasih sayang oleh ibubapa kepada anak-anak dan sikap hormati ibubapa oleh anak-
anak akan menghasilkan keluarga yang bahagia. Keluarga bahagia bermula daripada
keluarga yang mentaati perintah Allah, ibubapa yang saling sayang menyayangi dan
anak-anak yang mengasihi keluarga. Oleh itu dalam rangka melahirkan rumah ku syurga
ku, satu program bimbingan yang berterusan adalah dicadangkan.

2
OBJEKTIF

a. Meningkatkan motivasi pada diri pelajar.


b. Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang anak,
pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah.
c. Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu
dalam segenap aspek.
d. Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa
mereka.
e. Membimbing pelajar dalam mengaplikasi teknik – teknik mencapai
kecemerlangan.
f. Berkongsi harapan di antara ibubapa dan anak.

TARIKH

Sabtu & Ahad

TEMPAT
Dewan Sekolah

SASARAN

Semua pelajar Islam lelaki dan perempuan. Bagaimanapun, sebaik-baiknya pelajar adalah
dipilih dari kalangan pelajar tingkatan tiga dan ke atas demi keberkesanan program yang
maksima.

Bilangan minima pelajar untuk pelaksanaan program ini ialah 100 orang. Caj bayaran
minima 100 peserta akan dikenakan jika bilangan peserta kurang daripada 100 orang.

3
TENTATIF PROGRAM – (PELAJAR)

HARI PERTAMA ( SABTU )

8.00 –8.30 Pagi Ketibaan dan Pendaftaran


8.30 – 8.45 pagi Majlis penyerahan dari pihak sekolah (optional)
8.45 – 10.45 pagi KNOWING ME KNOWING YOU
10.45 – 11.00 pagi Minum pagi
11.00 – 01.00 t/hari AKRAB PERSAHABATAN
01.00 – 2.00 petang Makan tengahari dan solat zohor
2.00 – 4.00 petang TITIAN KEJAYAAN
4.00 – 4.45 petang Minum petang dan solat Asar
4.45 – 6.30 petang SIHAT SEPANJANG HAYAT
6.30 – 9.00 malam Persiapan diri, makan malam,Solat dan kuliah maghrib &
solat isyak
9.00 – 12.00 malam MENITI ANGIN MALAM
12.00 malam Tidur

HARI KEDUA (AHAD )

5.00 – 6.15 Pagi Bangun tidur dan solat subuh


6.15 – 6.45 pagi MENITI EMBUN PAGI
6.45 – 7.30 pagi Segarkan Badan
7.30 – 8.30 pagi Persiapan diri dan sarapan
8.30 – 9.30 pagi KINI & HIJRAH
9.30 – 11.00 pagi KU SAYANG IBU AYAH

11.00 – 12.30 t/hari MENYEMAI KASIH MENUAI SAYANG


( Program bersama Ibubapa )

12.30 – 1.00 petang Majlis Penutup

TENTATIF PROGRAM ( IBU BAPA )

4
9.30 – 10.00 pagi Kehadiran Ibu bapa
10.00 - 11.00 pagi Apa yang telah anak anda lalui bersama KRJ

11.00 – 1230 t/hari Menyemai kasih menuai sayang – PROGRAM BERSAMA


ANAK-ANAK
12.30 – 1.00 petang Majlis Penutup

PERINCIAN PROGRAM

AKTIVITI PENGISIAN
Pengenalan • Menerangkan objektif program
KNOWING ME KNOWING YOU • Berkenalan dengan rakan-rakan
• Berkenalan dengan para fasilitator
• Teknik mengeratkan silaturrahim
Ayuh kawan bersama menuju • Mengenal erti persahabatan sebenar.
kecemerlangan. • Berpesan dengan kebenaran dan kesabaran
AKRAB PERSAHABATAN
• Kawan sebagai pendorong
• Membina keyakinan diri
TITIAN KEJAYAAN • Cinta pada kejayaan
• Petua menuju kecemerlangan
KINI & HIJRAH • Membina potensi diri
• Berfikiran dan bertindak secra positif
• Hijrah sikap yang cemerlang
• Contohi akhlak Rasulullah saw
• Menentukan matlamat
Keinsafan diri • Oh ayah! Oh Ibu! Ampunkan dosa ku
MENITI ANGIN MALAM • konsep tawakkal
• konsep kesyukuran
• pengharapan kepada Allah
• Kembali kepada asal kejadian manusia
• Kematian satu peringatan
Berkongsi Harapan • Menanamkan rasa kasih dan sayang kepada
5
KU SAYANG IBU DAN AYAH ibu ayah dan keluarga
• Mengenang jasa pengorbanan ibu bapa
• Menentukan azam dan harapan

Menyemai kasih Menuai sayang Program bersama ibubapa bertujuan :


(Kehadiran ibubapa sangat penting • Perkongsian matlamat dan harapan di
bagi menjayakan progam ini secara antara ibubapa dan peserta-peserta
keseluruhan) • Menyelami perasaan dan luahan hati anak
dan ibubapa
• Mengeratkan hubungan kasih sayang
dalam keluarga.
IBADAH • Fokus kepada memperbaiki hubungan dengan
Allah.
• Muhasabah diri
• Bernunajat kepada Allah (Adab berdoa)
• Mengingati Allah (Berzikir sebagai pelembut
jiwa)

PENGENDALIAN AKTIVITI / PROGRAM

Program akan dijalankan dalam pelbagai bentuk yang merangkumi kaedah


1. Penglibatan Aktif Peserta
2. Perolehi Ilmu dan AMAL
3. Penekanan kepada Kerohanian
4. Penggunaan Multimedia secara Aktif
5. Pembelajaran Melalui pengalaman
6. Simulasi.

PENGENDALI PROGRAM

Program ini dikendalikan oleh sekumpulan motivator, berdasarkan slot-slot tertentu.


Motivator utama program ini berpengalaman mengendalikan program selama 10 tahun
di sekitar Johor dan Perak.

6
Fasilitator pula adalah dari Maktab & USM, iaitu dari kalangan para pelajar IPTA dan
IPTS.

TESTIMONI PROGRAM
Program ini telah dilaksanakan di institusi dan sekolah berikut:

Sekolah-sekolah Negeri Perak


1. MRSM Pasir Salak, Kg Gajah, Perak,
2. SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota
3. SMK Dato’ Abdul Rahman Talib, Teluk Intan
4. SMK Seri Kandi, Teluk Intan
5. SMK Seri Setia, Teluk Intan
6. SMK Tarcisian Convent, Kg Manjoi, Ipoh
7. SMK Tok Perdana, Sitiawan
8. SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan

Sekolah-sekolah Negeri Johor


1. Sek Men Taman Universiti, Johor Bahru
2. Sek Men Kempas, Johor Bahru
3. Sek Men Taman Daya, Johor Bahru
4. Sek Men Teknik Johor Bahru
5. Sek Men Johor Jaya, Johor Bahru
6. Sek Men Desa Jaya, Johor Bahru
7. Sek Men Tengku Abdul Rahman Putra, Kulai
8. Sek Men Kulai Besar, Kulai
9. Sek Men Sri Skudai, Johor Bahru
10. Sek Men Bandar Baru Uda, Johor Bahru
11. Sek Men Tun Saadun, Rengit Johor Bahru
12. Sek Men Kebangsaan Agama, Johor Jaya

Sekolah-sekolah Negeri Melaka

7
1. MRSM Jasin
2. SMK Bukit Piatu

Sekolah-sekolah Negeri Pulau Pinang

1. Sek Men Seri Balik Pulau


2. Sek Men Keb Penanti
3. Sek Men Keb Pmtg Tok Jaya
4. Sek Ren Al Islah Teluk Kumbar

KEPERLUAN PESERTA
* Pakaian menutup aurat; sebaiknya uniform sekolah untuk hari kedua program Baju
berkolar bagi pelajar lelaki
* Pakaian sukan dan kasut sukan
* Pakaian Mandi dan alatan mandi
* Pakaian tidur dan keperluan tidur
* Buku tulis dan Alatulis

PELABURAN PIHAK PENGANJUR


RM 25.00 per peserta
* Alat tulis, nota-nota, modul, bahan dan alatan/keperluan asas program
disediakan oleh pihak KRJ
* Urusan makanan, tempat tinggal, pendaftaran, sijil peserta (jika berkenaan) dan
keselamatan peserta diuruskan oleh pihak sekolah

NOTA:
1. Demi keberkesanan program, pihak sekolah perlu menyediakan 2 (dua) bilik
program:
• Bilik program untuk pelajar sahaja, yang boleh memuatkan semua pelajar
dan fasilitator dengan selesa

8
• Dewan (sebaiknya dewan besar) untuk memuatkan pelajar, ibubapa serta
fasilitator dengan sedikit lagi ruang tambahan apabila pelajar dan ibubapa
disatukan di hujung program.
2. Sekiranya program ini diterima, kami mencadangkan agar pihak sekolah
mempromosi program lebih awal kepada ibu bapa, kerana mengikut rekod yang
telah lalu di semua sekolah di mana program ini dilaksanakan, keberkesanan
program adalah maksima dengan kehadiran ibu bapa setiap pelajar.

PENUTUP
Adalah diharapkan program ini mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga Allah
menempatkan kita di dalam golongan yang diredhai dan semoga amalan yang kecil ini
akan menempatkan kita di dalam golongan orang yang bertaqwa.

Disediakan oleh

Shahidan Saaid
Pengarah Urusan / Perunding Program
KRJ MOTIVATION
Email : krjmotivation@gmail.com Tel : 019 4757447

Anda mungkin juga menyukai