Anda di halaman 1dari 8

PENDAHULUAN

Kebejatan masalah sosial dalam kalangan remaja di Malaysia semakin meruncing hari

demi hari. Masalah pergaulan bebas, zina, pengguguran haram dan pembuangan anak luar

nikah semakin berleluasa. Tidak kurang juga masalah penyalahgunaan dadah, budaya rempit

dan melepak yang kian merebak lantas meracuni bangsa dan umat Islam yang lalai.

PUNCA MASALAH SOSIAL UMAT ISLAM HARI INI

Harun Din dalam bukunya yang bertajuk Umat Islam Zaman Mutakhir (1996)

mengupas punca masalah umat Islam pada hari ini melalui tiga faktor yang utama dan

melibatkan keimanan serta akidah.

Masalah Iman

Al-Qardhawi (1985) berpendapat iman ialah kepercayaan yang meresap ke dalam

hati dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi

pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. Masalah umat Islam yang

mementingkan duniawi semata-mata dan mengenepikan ukhrawi menyebabkan keimanan

dipinggirkan. Masalah keimanan tidak boleh dipandang enteng berikutan kesannya yang

mengakibatkan masalah sosial semakin meruncing. Rata-rata urusan dunia hari ini

menerapkan riba, pergaulan bebas dan penindasan dalam kehidupan kita. Sedikit sebanyak

hal ini mengggugat keimanan yang sedia ada.

1|Muka surat
Masalah Keraguan Terhadap Islam

Di Malaysia hari ini, pendidikan Islam telah diwajibkan dan diselitkan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Di

masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara turut menyediakan sesi mendalami ilmu

agama pada setiap minggu. Hal ini membuktikan bahawa mendalami ilmu Islam di Malaysia

adalah mudah. Walau bagaimanapun, masalah keraguan terhadap Islam menjadi benteng

daripada umat Islam mengaplikasi setiap ilmu yang dipelajari lantas mempraktikkannya

dalam kehidupan seharian. Hal ini ini diburukkan lagi dengan penerapan idealogi barat yang

secara sedikit demi sedikit menghakis nilai-nilai kesopanan Islam dan ketimuran yang

terdapat dalam kalangan umat Islam di Malaysia.

Masalah Kejahilan Terhadap Islam

Sikap sesetengah manusia yang meletakkan jurang antara mereka dengan ilmu Islam

dan secara tidak langsung menjadikan diri mereka jahil terhadap Islam. Pandangan dan

pegangan yang berbeza terhadap Islam memungkin terjadinya perbalahan dan

pertelingkahan sesama umat Islam. Selain itu, pandangan berbeza-beza daripada para

ulama’ Islam menjadikan Islam dipandang rendah dan diperlekehkan oleh orang bukan

Islam. Berikutan terjadinya perbalahan sesama Islam, hal ini memudahkan Islam dijatuhkan

oleh musuh-musuh Islam.

2|Muka surat
ISU PERPADUAN DUNIA

Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa bersatu-padu dan bekerjasama dalam

melakukan sesuatu perkara.Sebagai contoh, amalan kecil-kecilan seperti solat secara

berjemaah adalah contoh terbaik menunjukkan umat Islam sentiasa bersatu-padu. Amalan

syura pula sebagai inisiatif untuk umat islam melaksanakan hal kenegaraan agar mempunyai

kata sepakat yang berkesan.

KEPENTINGAN PERPADUAN

Meninggikan Syiar Islam

Umat Islam yang bersatu-padu mampu menaikkan syiar Islam di mata dunia dengan

menjadi umat contoh kepada penganut-penganut agama lain.Kemajuan dan pembangunan

yang pesat memberi implikasi kepada umat Islam dengan disegani oleh kawan serta musuh

Islam.Tanpa perpaduan,musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk

menjatuhkan martabat agama Islam.

Tanda Kesempurnaan Akidah

Keimanan dan ketaqwaan yang mantap merupakan asas kepada akidah seseorang

muslim. Contoh terbaik kesempurnaan akidah ialah menghindari perkara-perkara

mazmumah seperti hasad dengki, mementingkan diri sendiri dan menzalimi orang lain.

3|Muka surat
Menggerunkan Pihak Musuh

Perpaduan yang dimiliki umat Islam dapat menakutkan pihak musuh.Hal ini kerana,

pihak musuh tidak berani mengganggu umat Islam jika mereka saling bekerjasama dan

mempunyai wawasan.Sebagai contoh,dalam peperangan badar,perpaduan umat Islam dapat

mengalahkan pihak musuh yang banyak dengan jumlah yang amat kecil.

Mencontohi Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W telah memupuk semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam

sewaktu berhijrah ke Madinah dengan mempersuadarakan kaum Ansar dan

Muhajirin,membina masjid sebagai pusat ibadah dan pembangunan sosial.Ini memudahkan

urusan strategi untuk membina sebuah daulah pertama Islam di muka bumi selain bantuan

Allah S.W.T

CABARAN LUARAN

Serangan Idealogi

Fahaman moden hasil ciptaan Yahudi telah disebarkan di seluruh masyarakat dunia

termasuklah umat islam seperti fahaman sekularisme, modenisme, pragmatisme dan

sebagainya. Ajaran dan fahaman ini diserapkan ke dalam sistem pandidikan negara islam dan

mengakibatkan berlakunya ketidakfahaman dan pengabaian umat terhadapterhadap ajaran

Islam yang sebenar.

4|Muka surat
Tekanan dari musuh islam

Penjajah dan kuasa asing sedar bahawa untuk menguasai secara mutlak ke atas

sesuatu umat adalah sesuatu perkara yang mustahil kerana tiap-tiap umat mempunyai sifat-

sifat keperibadian yang tersendiri yang dapat menangkis sewgala bentuk penjajahan dan

pengaruh asing.

Walaubagaimanapun, mereka begitu tekun mengatur strategi agar misi mereka

tercapai dengan menyerang umat islam melalui perang saraf dan cuba member tekanan ke

dalam dunia umat islam. Serangan-serangan yang dilakukan keatas nilai, sejarah, bahasa dan

agama yang terdapat di timur tigak berdasarkan ilmiah, teyapi berdasarkan hawa nafsu,

dengki, superiority, perbezaan diantara kulit putih dan lain-lain, dan diantara umat yang

mempunyai tamadun dengan umat yang mempunyai peranan dalam memndan dan

mendukung tamadun manusia di abad silam, yang mana ketika itu orang-orang eropah

belum kena kemajuan dan idup dalam gelap.

Teknologi Maklumat

Penggerak kepada pengklonan budya kebanyakannya berpunca dari media massa

yang ada ditengah-tengah dunia tanpa sempadan era globalisasi kini. Media massa dilihat

mampu merialisasikan hasrat tersebut dengan mudah dan pantas seiring dengan kehidupan

masyarakat kini.

5|Muka surat
Kemudahan-kemudahan seperti internet, telafon bimbit, televisyen, radio dan media

cetakmenjadikan kehidupan dunia tanpa sempadan dan segala nilai-nilai dari luar diambil

tanpa perlu melangkahkan kaki ke luar rumah. Umat islam seharusnya memanfaatkan media

elektronik dan media cetak sebagai madia dakwah walaupun ia bukan satu kerja mudah

kerana kecenderungan umat pada hari ini lebih kepada hiburan dan keseronokan.

Gerakan Imperialism dan Kolonialisme

Kesan imperialism dan kolonialisme menyebabkan berlakunya penjajahan pemikiran

di kalangan umat islam. Mereka perpengaruh dengan pelbagai idealism barat sehingga

menjadi pegangan hidup sebahagian besar umat islam kini. Penerimaan ideology

menyebabkan umat islam berada dalam kejahilan terhadap Islam dan juga berlaku

pepecahan di kalangan mereka.

6|Muka surat
STRATEGI MENGHADAPI CABARAN PERPADUAN

Kembali Kepada Ajaran Islam

Umat islam perlu kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Ketaatan kepada Allah

S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. adalah ketaatan yang mutlak berbanding dengan makhluk lain

dimuka bumi ini. Ini boloh menjamin kesejahteraan umat di muka bumi ini dari sebarang

bentuk pertelingkahan dan perselisihan yang boleh kepada pepecahan umat islam.

Masalah utama umat islam hari ini adalah keengganan untuk merujuk sesuatu hokum

kepada Alla h S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. serta perbezaan pendapat dalam mentafsirkan

Al-Quran dan As sunnah.Terdapat juga sesetengah pihak yang hanya merujuk kepada Al-

Quran dan As sunnah mengikut apa yang bersesuaian dengan kepentingan dan kehendak

nafsu semata-mata.Hal ini adalah bercanggah dengan apa yang disarankan di dalam Al-

Quran agar mengamalkan islam secara keseluruhan nya dan bukan mengambil

sebahagiannya sahaja.

Memberi Kesedaran Tentang Kepentingan Perpaduan Islam

Memberi penjelasan tentang konsep keadilan, persaudaraan dan perpaduan

memerlukan kerjasama semua lapisan masyarakat melalui penulisan, perbincangan,

perbahasan dan sebagainya. Golongan intelektual dan pemerintah perlu berganding bahu

membuat perancangan untuk membentuk perpaduan di kalangan umat islam.

7|Muka surat
Memperkukuhkan Hubungan Ulama dan Umarak

Kesejahteraan sesebuah Negara bergantung pada kerjasama antara golongan ulama

dan umarak.Sekiranya kedua-dua golongan ini bertelagah dan tidak saling membantu dalam

pentadbiran sesebuah Negara, keaadaan umat akan menjadi kucar-kacir sehingga

menyebabkan mereka keliru berkaitan dengan hal-hal kenegaraan dan masyarakat.Peranan

kedua-dua golongan ini tidak boleh dinafikan dalam menentukan masa depan Negara.

Ulamak perlu membantu umarak dalam member fatwa dan pendapat berkaitan hokum-

hakam agama sementara umarak pula perlu menghormati pendapat ulamak sebagai orang

yang lebih arif tentang perkara tersebut.

Mempraktikkan Amalan Syura

Sirah Raslullah S.A.W. menggambarkan Rasulullah S.A.W. merupakan orang yang

paling banyak bermesyuarat dan berbincang dengan para sehabat dari sekecil-kecil perkara

sehinggalah perkara yang melibatkan pentadbiran negara.

Amalan bermesyuarat bermaksud penyertaan semua pihak, kesediaan mendengar

pendapat pelbagai peringkat dan seterusnya menghormati pendapat yang berbeza akan

menumbuhkan rasa kebersamaan dan saling mengharghai di kalangan umat. Ia juga

merupakan amalan yang bertujuan untuk menegakkan keadilan dalam sebuah masyarakat

demi menjamin kestabilannya dalam sesebuah negara.

8|Muka surat

Anda mungkin juga menyukai