Anda di halaman 1dari 3

JANJI YANG DITEPATI _siri III

INSTITUT PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU,


JALAN TUN FATIMAH,
75400 MELAKA

(Siri III)

BAHASA MELAYU 2

PROJEK

NAMA : RAJA ASMAD BT RAJA SEMAIL (881231035052)


SITI SABARIAH BT MAT ISA (880321025558)
ATHIRAH BT SAHABUDIN (881231016214)

UNIT : PPISMP PK 4 JULAI 2007

SUBJEK : BAHASA MELAYU 2

TOPIK : PROJEK

PENSYARAH : ENCIK RAMLY BIN ABU

TARIKH SERAHAN : 25 SEPTEMBER 2008

Raja Asmad Raja Semail/Siti Sabariah Mat Isa/Athirah Sahabudin


JANJI YANG DITEPATI _siri III

BABAK KETIGA

MASA : Pagi keesokan harinya.


TEMPAT : Tempat perjanjian (hutan).

Dengan hati yang sangat berduka lara kerana terpaksa meninggalkan keluarga
yang tersayang, Pak Kus merintih hiba.

PAK KUS : Apalah nasib keluargaku ketika ketiadaanku kelak? Apakah mereka
akan mendapat kehidupan yang sempurna? Pasti mereka semua akan
bersedih dengan ketiadaanku nanti.

Tiba-tiba Pak Kus terdengar seperti ngauman yang seakan-akan suara Si Singa
yang ingin membahamnya kelmarin. (Pak Kus berjalan terhinjut-hinjut sambil mencari
punca suara itu).

Alangkah terkejutnya Pak Kus apabila melihat Si Singa yang sedang mengerang
kesakitan di dalam perangkap tali. Tiada kelibat seorang manusia pun yang kelihatan di
sekelilingnya. Dengan perlahan Pak Kus menuju ke arah Si Singa.

PAK KUS : Wahai Si Singa, apakah perihalnya sehingga kau masuk ke dalam
perangkap ini? Apakah yang telah terjadi, wahai Si Singa?

SI SINGA : Oh Pak Kus, aku telah terperangkap ketika aku sedang berjalan-jalan
menunggu engkau. Tanpa aku sedari, aku telah termasuk dalam jerat
yang dibuat oleh pemburu yang tidak berhati perut itu. Apa yang aku
faham mereka akan menghantar aku ke negara Siam. Mereka
berkehendakkan buluku. (Dengan muka yang sedih Si Singa itu
bersuara).

PAK KUS : ( Riak terkejut terpapar pada wajah Pak Kus ). Kasihannya...manusia
memang tidak berhati perut. Tidak seharusnya mereka dengan sesuka
hati nak bunuh kita. Tidak mengapalah wahai Si Singa. Aku akan cuba
membantu kamu.

Raja Asmad Raja Semail/Siti Sabariah Mat Isa/Athirah Sahabudin


JANJI YANG DITEPATI _siri III

SI SINGA : Benarkah katamu itu wahai Pak Kus. Sungguh mulia hatimu. Tapi
bagaimanakah caranya Pak Kus?

PAK KUS : Aku akan menggigit tali jerat ini sehingga putus. Selepas itu, kau akan
bebas wahai sahabatku. (Pak Kus berkata sambil tersenyum).

SI SINGA : Sahabat! Kau menganggap aku sebagai sahabat kau? Alangkah


mulianya hatimu. Aku sungguh terharu. .. (Si Singa menangis tersedu-
sedan).

PAK KUS : Sudahlah Si Singa. Kita lupakan dulu soal itu. Sekarang, aku mahu
pulang sekejap. Aku mahu mengerahkan ahli keluargaku untuk datang
membantumu. Biar cepat sedikit kerja kita.

SI SINGA : Baiklah Pak Kus. Aku akan menunggumu.

Pak Kus berlari ke rumah dengan pantasnya.

Raja Asmad Raja Semail/Siti Sabariah Mat Isa/Athirah Sahabudin

Anda mungkin juga menyukai