Anda di halaman 1dari 1

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.4 INTERAKSI ANTARA KAWASAN

1.4.1 GLOBALISASI EKONOMI

Definisi Globalisasi
Bermaksud kegiatan ekonomi antara negara boleh dijalinkan dan dihubungi dengan cepat, mudah,
pantas dan rapat.

1.Persekitaran ekonomi antara negara seolah-olah dalam satu unit sahaja atau seringkali disebut dunia
tanpa sempadan.
2.Antara kesan-kesan positif globalisasi ekonomi ialah :
 Globalisasi ekonomi telah menambah modal kepada negara yang terbabit.
 Globalisasi ekonomi juga menggalakkan pemindahan teknologi dari Amerika Syarikat, China,
Perancis dan Britain kepada negara-negara kurang maju dan negara dunia ketiga.
 Globalisasi ekonomi juga menyebabkan negara tersebut dapat meluaskan pasaran produk masing-
masing.
3.Antara kesan-kesa negatif globalisasi ekonomi ialah :
 Negara-negara tersebut mudah terdedah kepada spekulator matawang yang menyebabkan
kegawatan ekonomi.
 Ia turut akan melahirkan penjajahan ekonomi dengan negara maju menindas negara miskin.

1.4.2 KONSEP KEBERGANTUNGAN ANTARA KAWASAN BERASASKAN KEPENTINGAN EKONOMI

1.Sesebuah negara perlu bersaing atau bergantung kepada negara yang lain.
2.Dalam sistem ekonomi dunia pada zaman sekarang, wujud keperluan kepada sesebuah negara untuk
bergantung kepada negara-negara lain.
3.Negara ini perlu berhubungan dan bergantungan antara satu sama lain kerana :

 Keperluan perkongsian sumber-sumber alam terutamanya sumber bahan mentah dan sumber
tenaga.
 Keperluan perkongsian dan pemindahan teknologi penyelidikan dan pembangunan serta inovasi
dalam pelbagai disiplin ilmu.
 Keperluan untuk memperluaskan pasaran antara negara.
 Keperluan untuk berkongsi modal.
 Keperluan perkongsian tenaga manusia dan kepakaran.

4.Pada waktu sekarang terdapat pelbagai gabungan kerjasama terjalin antara negara.
5.Bagi Malaysia, terdapat beberapa gabungan telah disertai seperti Pertubuhan Negara Asia Tenggara
(ASEAN), Pertubuhan Ngeara Islam (OIC), Pertubuhan Negara Komanwel, Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) dan sebagainya.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai