Anda di halaman 1dari 24

PAF 3013 : Accounting Theory and Practices

Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik dan Penyata


Kewangan
Isi Kandungan

 Aset
 Liabiliti
 Ekuiti Pemilik
 Pengguna Penyata Kewangan
 Batasan Penyata Kewangan
Aset

 Australia Accounting Standard Board


(AASB) mendefinisikan aset :

Aset adalah faedah ekonomi masa hadapan


dikawal oleh entiti akibat dari urusniaga atau
peristiwa yang lepas
Manfaat Ekonomi Masa
Hadapan

 Manfaat ekonomi masa hadapan digunakan


untuk menyediakan barangan dan
perkhidmatan bagi pertukaran yang
menghasilkan aliran masuk tunai bersih (Cth:
jualan output yang tercipta dari penggunaan
aset)
 Pengertian manfaat ekonomu masa hadapan
berkaitan dengan sumber ekonomi : (a)
Kekurangan (b) Kegunaan
 Jika sumber tidak berkurang – di mana
jika ia mencukupi untuk sesiapa sahaja
yang mengkehendaki – maka sumber
tersebut tidak lagi ekonomi.
 Kegunaan/utiliti berkaitan dengan faedah
masa hadapan di mana ianya merujuk
kepada kepuasan kehendak manusia
Dikawal oleh entiti yang
melaporkan

 manfaat ekonomi tersebut mestilah


dikawal oleh sesebuah entiti untuk
melayakkannya menjadi aset.
Urusniaga atau peristiwa
lepas
 Kelayakan bahawa aset mesti di kawal oleh entiti
yang melaporkan adalah bagi memastikan
bahawa aset masa hadapan (contingent asset)
tidak termasuk di dalam laporan kewangan
 (Cth : mesin yang telah miliki adalah aset tetapi
mesin yang mana akan dibeli seperti dalam
belanjawan adalah tidak boleh diambil kira,
kerana urusniaga adalah belum berlaku)
Kebolehtukaran
 Terdapat pengkaji yang berhujah bahawa definisi aset mestilah
memasukkan satu lagi elemen iaitu kebolehtukaran.
 SAC 4 mendefinisikan kebolehtukaran sebagai “berasingan
daripada entiti dan mempunyai nilai pelupusan yang tersendiri”.
 Pada 1939, McNeal menghujahkan bahawa. “Barang yang tidak
mempunyai sifat kebolehtukaran tentulah tidak mempunyai
nilai ekonomi kerana mustahil kerana belian atau jualan tidak
akan berlaku selama-lamanya, dan ianya tidak memiliki nilai
pasaran”
 Aset yang terkesan secara langsung dengan syarat ini adalah
muhibbah di mana ianya tidak boleh dijual secara berasingan
dengan aset-aset lain.
Liabiliti
 SAC 4 mendefinisikan liabiliti adalah seperti
berikut:

“Liabiliti adalah pengorbanan pada masa


akan datang dari manfaat ekonomi di
mana entiti adalah bertanggungan
terhadap entiti yang lain, akibat dari
urusniaga atau peristiwa yang lepas ”
Tanggungan masa
sekarang
 Liabiliti adalah sesuatu yang merujuk kepada tuntutan
“spesifik” ke atas aset entiti: (a) tuntutan dari pemiutang
(liabiliti), (b) tuntutan dari pemilik (ekuiti pemilik)
 Pemiutang mempunyai prioriti ke atas tuntutan aset jika
berlaku kes kebankrapan.
 Semasa dividen diisytiharkan, tuntutan dari pemilik
menjadi liabiliti (dividen belum bayar). Jadi, liabiliti adalah
tanggungan syarikat pada masa sekarang, manakala
sebahagian lagi tuntutan adalah milik ekuiti pemilik, tetapi
entiti tidak berkewajipan untuk memindahkan aset kepada
pemegang saham.
Urusniaga atau peristiwa
yang lepas

 Syarat bahawa tanggungan mestilah


akibat dari urusniaga atau peristiwa lepas
adalah untuk memastikan bahawa hanya
tanggungan masa sekarang di rekod dan
bukan tanggungan/ liabiliti pada masa
hadapan.
EKUITI PEMILIK

• SAC 4 mendefinisikan ekuiti adalah :


“ Baki kepentingan dalam aset sesuatu entiti yang masih
tinggal selepas ditolak dengan liabiliti”

•Pemilik mempunyai hak, kuasa dalam operasi syarikat tetapi


penghutang tidak mempunyai hak tersebut.

•Pemilik perlu berani terhadap sebarang kerugian yang berpunca


daripada aktiviti dalam firma. Mereka perlu bersedia untuk
menghadapi risiko dalam perniagaan.
•Perbezaan utama di antara hak pemiutang dengan pemilik ialah
pemiutang mempunyai hak untukmendapatkan semula wang yang di
pinjamkan, manakala pemilik mempunyai hak dalam keuntungan.
•Perbezaan bagi risiko ekonomi dan pulangan bagi dua jenis tuntutan:
Pemiutang mempunyai risiko yang lebih rendah dan mendapat
pulangan tetap secata relatif (faedah dan bayaran prinsipal) manakala
pemilik menghadapi risiko yang lebih besar dan mendapat pulangan
yang sentiasa berubah-ubah (selalunya pulangan lebih tinggi)
•Pemilik atau wakil pemilik mempunyai kawalan ke atas pembelian,
kandungan, kegunaan dan penyusunan aset firma. Mereka perlu
mengawal operasi dan bertanggungjawab menjalankan dan meneruskan
perjalananan perniagaan, dan mendapat keuntungan.
Jenis Maklumat yang di perlukan
Pengguna
Pemegang -Melihat kepada pulangan yang diperolehi dari
saham dan syarikat.
bakal -Dalam jangka pendek, hasil/pulangan akan
pemegang diukur dalam bentuk dividen dan dalam jangka
saham masa panjang, pulangan adalah dalam bentuk
kenaikan harga saham.
-Nilai saham akan meningkat berdasarkan
prestasi yang baik dalam syarikat tersebut.
-Pemegang saham sedia ada perlu memilih
samaada untuk meneruskan pelaburan atau
menjual pelaburan tersebut.
-Bakal pemegang saham perlu membuat
keputusan samaada untuk melabur atau tidak.
Maklumat yang diperlukan adalah dividen, dan
keuntungan.
Pemberi
pinjaman, -Melihat kepada kemampuan membayar
pemiutang balik pinjaman beserta caj faedah yang
dan dikenakan (creditworthiness)
pembekal -Maklumat yang diperlukan dalam jangka
pendek adalah kedudukan kecairan dan
dalam jangka masa panjang adalah aset
bersih dan lain-lain aset.
Penganalisis - Untuk memberi gambaran kepada
Kewangan pengguna mengenai pelbagai perkara
yang berkaitan pelaburan dan
menganalisis prestasi dalam syarikat.
- Pelanggan terdiri daripada bakal
pemegang saham, bank, kerajaan dan
lain-lain.
-Maklumat yang terperinci diperlukan
dalam analisis kewangan untuk
melihat keseluruhan prestasi
kewangan.
Pengguna Kepercayaan terhadap sesuatu
produk atau perkhidmatan yang
di sediakan dalam sesebuah
syarikat boleh diukur dengan
melihat kestabilan sesebuah
syarikat.
Pekerja -Melibatkan keselamatan tempat kerja
mereka dan faedah lain seperti
kenaikan gaji tahunan dan bonus.
-Maklumat yang diperlukan adalah
maklumat yang berkaitan dengan
kestabilan syarikat.

Kerajaan Kepentingan kerajaan dalam perniagaan


terdiri dari aspek mikro dan makro iaitu
dari segi pengumpulan cukai dan
mengukur prestasi industri secara
keseluruhan untuk melihat perkembangan
ekonomi.
Orang Awam - Apabila sesebuah syarikat itu wujud
dan beroperasi dalam masyarakat,
aktiviti syarikat mempunyai kesan
kepada orang awam seperti dari aspek
pekerjaan, pencemaran, kesihatan
dan keselamatan.
- Maklumat yang diperlukan adalah sebarang
maklumat atau polisi syarikat yang berhubung
dengan perkara
yang memberi kepentingan kepada
awam.
PENGEHADAN PENYATA
KEWANGAN
 Penyata Kewangan mungkin terlalu teknikal.
- Walaupun pengguna dianggap mempunyai
pengetahuan dalam perakaunan, pengguna masih
juga menghadapi masalah untuk memahami
penyata kewangan terutamanya jika terdapat
maklumat di dalam penyata kewangan yang
bersifat terlalu teknikal.
- Ini mungkin di akibatkan oleh sesuatu polisi
perakaunan
atau prinsip yang menentukan cara perekodan
perakaunan dan cara maklumat dipersembahkan,
(contoh: pelarasan untuk akaun penggabungan
-consolidated)
 Terdapat maklumat yang tidak relevan
- Walaubagaimanapun relevan adalah
salah satu ciri kualitatif yang perlu ada
pada penyata kewangan, masih terdapat
sedikit maklumat yang tidak berkaitan.
(contoh:maklumat yang terlalu banyak
untuk sesuatu item adalah tidak sesuai).
 Kelewatan dalam proses penyediaan dan
penyelesaian Penyata Kewangan.
- Perakaunan melibatkan data sejarah,
Penyata Kewangan hanya boleh di
sediakan selepas tahun perakaunan
tamat.
- Sebarang kelewatan dalam penyediaan
akaun boleh dimaksudkan bahawa
maklumat yang disertakan sudah lapuk
selepas ia dipersembahkan.
 Kualiti pengurusan, belanjawan dan
perancangan masa depan yang tidak sesuai.
- Penyata Kewangan hanya melaporkan
transaksi semasa bagi tahun
sebelumnya.
- sebarang maklumat ke atas
perancangan pengurusan, belanjawan
dan perancangan masa depan adalah
dikecualikan dari Penyata Kewangan.
- Perancangan masa depan sesebuah
perusahaan hanya dimasukkan ke dalam
laporan tahunan sebagai sebahagian
daripada Penyata Pengarah.
 Maklumat dalam Penyata Kewangan adalah
terhad kepada maklumat kuantitatif.
- Fungsi Penyata Kewangan secara
asasnya adalah laporan ke atas prestasi
sesebuah perusahaan yang diukur dalam
terma kewangan.
- Oleh itu, sebarang maklumat kualitatif
berkenaan dengan sesebuah
perusahaan adalah dikecualikan dari
Penyata Kewangan.

Anda mungkin juga menyukai