SAW
Krisis di Teluk antara pihak Amerika dan Iraq yang berlanjutan hingga sekarang sudah
dibayangkan bakal berlakunya di dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. Ia
merupakan bukti kebenaran yang dibawa oleh baginda.
Marilah kita lihat betapa banyaknya bukti yang telah terjadi di atas ucapan-ucapan (kata-
kata) baginda sejak baginda ucapkan sebelum baginda wafat, hinggalah akhir zaman.
Ucapan ini datangnya dari seorang yang benar lagi dibenarkan kata-katanya atau Sodiqul
Masduq. Itulah gelaran bagi Rasulullah.
Kalau kita mengikuti perkembangan dunia banyak peristiwa yang telah terjadi, yang
sebelum terjadinya ia telah pun disabdakan oleh Rasulullah SAW terlebih dahulu.
Ini semua sebagai bukti kebenaran ucapan kekasih ALLAH ini. Di antara maksud-
maksud Hadis yang telah terbukti kebenarannya ialah :-
Kedua: Daerah pemerintahan meluas umat Islam hingga menguasai tiga perempat dunia.
Ketujuh: Umat Islam akan kembali kepada cara hidup orang Yahudi dan Kristian.
Kelapan: Banyak makanan haram, berlaku rasuah dan riba, yang tidak dapat dielakkan
lagi.
Kesembilan: Orang kafir telah menguasai umat Islam hingga umat Islam terhina dan
tertindas di mana-mana.
Kedua belas: Umat Islam lebih cenderung belajar ilmu dunia daripada ilmu Akhirat.
Ketiga belas: Masjid hanya menjadi bangunan hiasan yang indah-indah, untuk ditonton,
bukan untuk dijadikan tempat ibadah dan mengingati ALLAH SWT.
Kelima belas: Banyak berlaku bencana alam seperti gempa bumi, banjir, ribut taufan,
ledakan gunung berapi dan pelbagai macam bencana lagi.
Ketujuh belas: Orang belajar dengan tujuan keduniaan dan bukan kerana ALLAH lagi.
Begitu juga dengan peristiwa Perang di Iraq ini, ALLAH jadikannya untuk membuktikan
kebenaran kata-kata Rasulullah SAW itu. Lebih 1400 tahun yang lalu diucapkannya dan
ternyata sekarang terjadi di hadapan mata kita.
“Tidak akan berlaku Qiamat sehingga tersingkap Sungai Furat (di Iraq) menampakkan
gunungan emas (minyak) maka berperanglah manusia kerananya. Akibatnya
terbunuhlah daripada setiap seratus, seramai sembilan puluh sembilan orang”.
(Riwayat Muslim)
Hadis-hadis mengenai Peperangan di Iraq ini bukan saja tanda kebenaran ucapan
Rasulullah, bahkan ia juga tanda dunia ini sudah terlalu tua. Ia juga sebagai petanda
semakin hampirnya kezahiran seorang Penyelamat Dunia yang bertaraf antarabangsa
iaitu Al Mahdi AI Muntazar,sebagaimana yang juga sudah pun dijanjikan oleh
Rasulullah. Al Mahdi merupakan penyelamat umat di akhir zaman. Beliau juga
merupakan seorang khalifah akhir zaman untuk menegakkan keadilan sepertimana orang
lain datang untuk menegakkan kefasiqan di muka bumi ini.
Seperti juga orang Islam, orang-orang kafir turut sama menunggu seorang penyelamat di
akhir zaman. Kalau umat Islam menunggu Imam Mahdi dan selepas itu diiringi pula oleh
Nabi Isa a.s., orang Yahudi yakin akan munculnya ‘AI Messiah’. Bagi orang Kristian
pula, mereka menantikan kemunculan ‘Tuhan’ Jesus Christ sebagaimana akidah yang
diyakini mereka.
Ketiga-tiga golongan agama ini masing-masing percaya, selain daripada pemimpin yang
ditunggu-tunggu itu membawa keamanan, keadilan, kasih sayang dan kemakmuran, ia
juga datang untuk membela mereka dan agama mereka. Tapi bagi umat Islam, mereka
tetap berkeyakinan bahawa Imamul Mahdi dan Nabi Isa a.s. itu adalah pembela kepada
umat Islam. Dua pemimpin itu akan datang untuk memerangi orang-orang kafir yang
keras kepala, yang tidak mahu tunduk kepada Islam dan enggan membayar jizyah,
termasuklah orang-orang Yahudi dan Kristian yang menjangka penyelamat itu akan
membela mereka.
Ini merupakan khabar gembira dan hadiah besar daripada ALLAH untuk mereka yang
yakin dengan janjiNya dan Pesuruh-Nya. Ini merupakan nikmat yang paling berharga,
kerana selepas ini iaitu tidak lama lagi, akan lahir seorang pemimpin besar yang
ditunggu-tunggu dan yang dirindukan selama ini iaitu Al Mahdi.
ALLAH simpan dia dan ALLAH zahirkannya untuk membela umat Islam dan ajaran
Islam, Dia yang kita tahu akan menjadi khalifah akhir zaman.
Beliau dibekalkan oleh ALLAH kemampuan dan kekuatan untuk menukar corak
pemerintahan dunia yang selama ini penuh dengan kucar-kacir, huru-hara, kezaliman,
penindasan, kekejaman, penuh noda dan dosa kepada keadilan, kasih sayang, kedamaian
dan kemakmuran.
Siapakah yang akan menang atau kalah dalam Peperangan Iraq ini? Kemenangan tetap
berpihak kepada Islam yang akan mengulangi sejarah kegemilangannya buat kali
kedua, bila pemimpin besar yang dijanjikan tiba dengan membawa bersamanya
kemenangan dan keadilan. Itulah kemenangan mutlak kepada umat Islam di seluruh
dunia.
Heliconia’s Weblog @ Malaysia sebuah blog peribadi, lahir pada 20 Disember 2006,
untuk mengisi satu ‘niche’ dunia internet yang tersendiri. HWP lahir atas inisiatif
dan usaha perseorangan, berupa himpunan pendapat bebas yang dikutip-kutip, juga
diselang-selikan dengan tulisannya sendiri. Heliconia memasuki dunia blogsfera ini untuk
memberitahu bangsanya dan dunia seluruhnya, apa yang diyakininya dan diimpikannya,
apabila melihat suatu ketidakadilan dan ’stereo-typing’ yang telah wujud sekian lama
dalam arus media dan medan politik negaranya.
————————————————————————
1. Dalil Al Quran
Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan
amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka
bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan
meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2
akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi
aman sentiasa’
An Nur: 55
2. Dalil Al Hadis
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak
banyak bercakap.
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian
sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti
yg Dia kehendaki.”
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang
berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
—————————————————
http://www.allah.com/download/ALMAHDI.doc
Narrated by the late Grand Muhaddith of Morocco, Shaykh Abdullah ben Sadek Al
Ghumari , Ph.D,
(1914 - 1993) may Allah be pleased with him
‘O Messenger of Allah’
we see something has changed your face which distresses us
‘Thereupon he replied:
driven out of countries until the Black Banners are raised in the east.
Al Mahdi will come upon his Banner and the herald will proclaim:
‘This is Al Mahdi, the Caliph of Allah so follow him!”
~God will bring out from concealment al-Mahdi from my family and just before the day
of Judgment; even if only one day were to remain in the life of the world, and he will
spread on this earth justice and equity and will eradicate tyranny and oppression.