Anda di halaman 1dari 2

..

:: Bertudung...salahlaku ::..
Posted on: Jun 27, 2006 - 01:54 AM by saharan

Aku menyingkap kisah "kembalikan maruah gadis bertudung" yang telah disiarkan pada
penghujung tahun 2003. Tapi kehangatannya masih dirasai dan aku pasti ianya tidak akan
bernoktah.

Aku suka untuk meluahkan rasa, bukan untuk membinasa,


tapi berkata mengikut pengalaman dan pandangan biarpun bukan cendikiawan.

***
Sebagai seorang Islam, diwajibkan bertudung. Bertudung kerana menutup aurat. Aurat manakah
yang lebih utama zahir atau batin?

Aurat zahir tu yang di luar. Memakai tudung mesti diikuti dengan berpakaian sopan. Bukan
kepala/rambut ditutup tapi baju sendat...lengan terdedah, pusat terjojol. Kain ketat terbelah atau
seluar jeans yang fit. Kalau dah kepingin nak memakai pakaian sebegini, salahlah jawabnya. Mana
kesopanan?
Adab sopan santun itu kan sebahagian dari Iman.

Ada dua sebab kenapa tudung tu dipakai.


Pertama kerana individu itu mengetahui akan kepentingan bertudung selain dari sesuatu yang
disarankan oleh agama. Tambah pula dengan bertudung itu, kaum hawa akan lebih manis, ayu,
sopan dan tertib.

Kedua; bertudung kerana terpaksa.


Inilah yang menimbulkan pelbagai masalah.

"Hish awak tengoklah anak si Milah tu, tak pernah menutup kepala, tak kisah pulak emak
bapaknya"
"Anis...pakailah tudung, emak tak sangguplah bila orang cakap-cakap pasal engkau, emak bapak
dah naik haji tapi anak....."

Lama-kelamaan si Anispun pakailah tudung. Bukan atas kehendaknya.

Terdapat pula segelintir masyarakat kita yang akan memulaukan sesiapa yang tak bertudung. Ini
berlaku di tempat kerja.Ya tak ya kerana takut dipulaukan maka terpaksalah memakai tudung...kira
masuk kandang kambing kena mengembiklah!

Masyarakat kita sebenarnya patut lebih terbuka...


tidak menghukum mahupun mengadili seseorang itu melalui luaran. Tak semestinya yang
bertudung itu berhati mulia dan yang tidak itu hina.

Allah Ta'ala itu tidak memandang kepada rupa tetapi lebih kepada hati. Allah Ta'ala dah tahu rupa
setiap insanNya sebab Dia yang cipta. Tapi hati manusia tu, sendiri yang mewarnainya.

Bukalah minda...
yang benar-benar nak bertudung dan yang sedang bertudung...
jagalah pakaian sebagai penutup aurat dalam ertikata sebenar. Janganlah 'tangkap muat jer'. Selain
tu jagalah adat tertib sebagai orang Islam.

Bertudung tapi bicaranya begini:


"Kepala otak engkau!"
"Kau ingat kau bagus ke? Blahlah!"
Kenapa tak ditukar kepada begini;
"Gunalah otak tu..."
"Saya tahu awak bagus...tapi takpalah..."

Lebih sopan.
Kalau yang sedang berpacaran tu, cakap pada pasangan masing-masing;
"Kalaulah benar bagai dikata yang saya ni bidadari di hati abang, hantarlah rombongan meminang"
Janganlah duduk di bawah sinaran rambulan...mengikat kasih, takda maknanya.
Pernah satu ketika aku masih menuntut, pulang bercuti dengan menaiki bas ekspress. Aku duduk di
kerusi bahagian belakang. Di sebelah kiriku duduk sepasang kekasih atau suami isteri akupun tak
tahu. Babak yang aku tak sanggup lihat tapi terlihat, kepala lelaki 'hilang' di bawah tudung labuh.
Sikap macam ni nak salahkan pemakai tudung atau tudung?
Jaga harga diri...jangan dipersia-siakan. Kalau cinta tu jujur dan luhur, ianya tak ke mana. Jangan
kita terharap-harap sehingga lupa kita ni orang Islam dan melakukan yang tak sepatutnya. Tak
manis kan... lebih-lebih lagi dengan imej bertudung tu.

Kalau yang tak bertudung memang mudah untuk menuding jari ke atas salahlaku yang bertudung
sebab 'sumbangnya' nampak ketara.

Marilah kita menjaga maruah dan keperibadian sendiri, bukan menyalahkan satu sama lain. Berbuih
mulut pun tak dapat mengubahnya melainkan individu itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai