Anda di halaman 1dari 2

Citer teladan...

ciknotnet menulis "Samat baru sahaja  berkahwin. Kerana tidak mempunyai

rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa  mertuanya.

Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa

mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis.

Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya...cepat sangat

barang-barang dapur habis. Samat betul betul menghabiskan borehhh...

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal

sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu...Waktu maghrib

seronok  depan tv tengok roda impian...lepas tu sambung tengok

berita...lepas tu  makan...lepas tu tidur..esok bang un pukul 8...pergi

kedai kopi...bersembang,  sampai tengahari. Balik makan, kemudian

tidur...petang pergi kedai kopi  lagi...main dam, berborak mengalahkan

orang politik.

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak

berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak

menantu  yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea...macam mana nak

kenakan si Samat  ni..

Bengang betul dia...dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...

Suatu hari dia dapat idea...nak kenakan Samat..

"Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat...

"Boleh juga..." kata samat tanpa mensyaki sesuatu.

Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh

Samat...
Dia hulur, Samat makan, hulur lagi...Samat makan lagi...hulur lagi makan

lagi, dan lagi...dan lagi....

" Eh ko ni Samat...kuat betul makan laa....agak-agaklaa..." katanya

tersenyum..

"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni...mentang-mentang aku kuat makan"

fikirnya dalam hati...tapi tak apa...

Mereka bermain set kedua...Bapa mertuanya hulur...dia tak makan...hulur

lagi, tak makan juga...kena tangkap...tak macam set pertama...dia dah bijak

sikit...

Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji

tentu tak faham cerita ini...)...kemudian bapa mertuanya dapat melangkah

hingga  ke haji...

Apa lagi....

"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...? Merah padam

muka bapa mertuanya...dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang

terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi

alim... tak tinggal sembahyang lagi...sekarang ni ada kat mekah kerjakan

umrah...Nak pergi haji belum ada seru...katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk

kebaikan "

Anda mungkin juga menyukai