Anda di halaman 1dari 3

ADA APA DENGAN CINTA?

Banyak sebenarnya. Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA),


Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya
sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia
semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.

Lebih spesifik: Dopamine, Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada


fasa mengurat dan terpikat. Oxytocin dan Vasopressin pula dikaitkan
dengan hubungan jangka masa panjang. Apabila cinta dan kasih sayang
sudah menebal. Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata. Cinta.
Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung.
Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui
sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz),
Dopamine dan Noradrenaline.

Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali


sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya. Kesannya? Hampir sama dengan
Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak
dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena.
Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih
punya...), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah
menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi,
pening.

Kesannya kepada psikologi pula: banyak cakap, peningkatan konsentrasi


dan confident, peningkatan respon dan euphoria (tu yang tergelak sorang2
tu...), insomnia, decrease REM sleep (tu yang tidur tak lena). PEA juga
membuatkan seseorang itu yakin, alert dan berani mencuba sesuatu yang
baru, sebab itu la kita tengok orang mabuk asmara ni sanggup buat yang
pelik-pelik; lari dari rumah, lompat pagar asrama, sanggup buat apa-apa
saja untuk yang dikasihi. (konon...)

Tetapi, bila 'dibuang cinta', clash, putus cinta & kesannya amat parah. Otak
serta-merta akan berhenti merembes PEA dan kesannya, sama dengan
penagih Speed yang tak dapat stok; tak tentu arah, panik, bengong, boleh
jadi gila. Tak mustahil medically. Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di luar
kawalan. Di bawah sedar. Norepinephrine dan Dopamine sering dikaitkan
dengan romantik. Mana taknya, ia merupakan desire molecule antara
neurotransmitters. Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait
dengan penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-
ibu yang menyusukan.

Oxytocin kadangkala digelar 'cuddle chemical'. Oxytocin dirembes dgn


banyak ketika aktiviti-aktiviti aktif seperti urutan (sebab tu, urut-mengurut
ni amat berbahaya bagi sesiapa yang tak nak jatuh cinta, hati-hati, cakar
harimau amat baik untuk pasangan suami isteri...), aktiviti-aktiviti lasak dan
aktif ketika dating juga adalah salah satu cara yang baik untuk mengurat;
roller coaster ke, berlarian-larian, keliling pokok macam hindustan tu
semua. Semua ini Oxytocin punya kerja. Oxytocin juga mengurangkan
perasaan takut dan meningkatkan kepercayaan, itu kualiti penting dalam
percintaan. Kajian juga menunjukkan Oxytocin melembapkan beberapa
fungsi pembelajaran dan ingatan. Hmm... tapi masih boleh dipertikaikan,
sebab ada yang lebih berjaya dalam akademik bila bercinta. Kalau tidak
hati-hati, Oxytocin berlebihan akan menimbulkan masalah. Akibatnya? Bila
masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak lagi boleh berkata tidak.
Tangan mula meraba, mengusap, membelai.

I love You, You love I. Maruah pun tergadai.

CINTA vs NAFSU

Kami hanya bercinta. Saya sayangkan sangat si dia, takkan saya nak
rosakkan maruah dia. Aaahh!! Ini semua dongengan hikayat seribu satu
malam. Kata hukamak: tidaklah sepasang lelaki dan perempuan yang
saling berkasih melainkan matlamatnya hanya satu: SEKS. Tak nak
percaya kata hukamak? Sebab kita lagi pandai dari mereka? Nah, ambik
ilmu sains. Stimulus berupa kehadiran orang yang disayangi, ke atas
pasangan lain jantina yang normal kesihatannya, akan merangsang pusat
kawalan seksual dalam otak.

Arnab betina hanya akan bertelur (ovulasi) dan menjadi aktif untuk
membiak dengan kehadiran seekor arnab jantan yang menarik minatnya.
Itu arnab, tapi manusia, taklah sampai begitu. Cuma apabila kita bercinta,
libido amat tinggi, hinggakan setiap rangsangan dan hubungan (dengar
suara pun jadi, zaman moden ni, baca SMS, message YM pun jadi)
menimbulkan Erotik. Tak percaya? Bukak kamus Greek, tengok EROS
maksud LOVE.So, takkan takde kaitan?

Tak percaya jugak? Belajar Medic, tak percaya? Susah nak cakap dah.
,,Saya sayangkan sangat dia, saya peluk dia, tak terangsang pun nafsu
saya &,, awas!!! Sila berjumpa dengan Dr. Ismail Thambi. Anda mungkin
mempunyai masalah. Wanita pun sama, cuma pakar ramai sangat, jumpa
lah mana-mana pakar sakit puan. Atau jumpa mana-mana pakar Psychiatry,
mungkin boleh membantu.

PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya hanya


antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam. Otak,
yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan
bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah
berbahaya. Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit.
(lantas, ambillah kapak belahlah dada.No hal punya!)
Sebab itu para mujahid di medan perang (perasaan terlalu teruja dan
semangat sebagai contoh berjihad, menghasilkan endorphin dengan
banyaknya) tidak peduli akan luka dan cedera. Kita pernah dengar kisah
Jaafar At-Tayyar dalam perang Mu'tah. Endorphins juga bertindak sebagai
penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding
PEA. Endorphins dirembes dengan banyak ketika disentuh (sapa kata
pegang-pegang tangan tu biasa??? Amat berbahaya!!), melihat
pemandangan menyedapkan seperti senyuman (senyuman membunuh)
atau selepas berfikir positif.

Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar ditatap, bantal didakap.


Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau
sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat. Kesan
Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun.
Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula mencari yang lain.

Serotonin. Kesan serotonin kepada seorang insan yang sedang bercinta


adalah sama seperti kesannya dalam obsessive-compulsive disorder.
Sebab itulah mereka ini tidak boleh memikirkan orang lain. Di mataku, di
hatiku hanyalah dirimu.

Atas fakta ini jugalah, ramai berpendapat pesakit yang mengambil SSRI
dan ubat-ubat antidepressant yang lain kurang mampu untuk jatuh cinta.
Hmmm kesian. Lelaki yang lebih bijak dan teliti, mencari masa yang sesuai
untuk membuatkan usahanya lebih berkesan semulajadi, secara fisiologi.
Kiraan bulan gadis yang ingin dipikat boleh menjadi amat berguna. Persky
dan kawan-kawannya dalam kajian mereka mendapati wanita menunjukkan
perasaan dan pergantungan kepada cinta dan rasa ingin disayangi lebih
kuat pada waktu sekitar pengovulasian.

Kajian terkini mendapati LH-RF sejenis hormon yang dirembes untuk


merangsang LH seterusnya merangsang pengovulasian, berfungsi seperti
dopamine dan serotonin dalam hubungan lelaki dan wanita ini. Ya,
mungkin sukar untuk mengira dengan tepat kitaran bulan, tetapi kesan
estrogen dalam badan wanita mungkin boleh diperhatikan. Perincian? Aah,
sukar dan memakan masa. Ini zaman pantas, semuanya segera.

Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan


cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan
manusia mata keranjang. Yang satu mahukan dua. Yang dua mahukan tiga.
Yang tiga mahukan empat. Yang empat mahu semua.

...and they lived happily ever after. Separately

Anda mungkin juga menyukai