Anda di halaman 1dari 2

Keseluruhan kerja batu batasepertimana ditunjuk di dalam pelan-pelan, kecuali jika

selainnya dinyatakan hendaklah dibina dengan menggunakan batu bata tanah liat
berukuran piawai dengan mortar sepertimana yang dinyatakan dan permukaannya
hendaklah disiapkan sehingga sedia untuk kerja melepa.

Walau apa pun peruntukan di atas dan apa-apa sebaliknya yang terdapat di
bahagian-bahagian lain di dalam Dokumen Kontrak, kontraktor boleh dengan
kelulusan P.P, membina semua kerja batu bata tak tanggung beban yang akan
dilepa pada kedua-dua belahnya, di bahagian atas paras lapisan kalis lembab atau
paras lantai tingkat bawah, dengan batu bata campuran simen dan pasir
sepertimana yang dinyatakan sebelum daripada ini. Dengan syarat bahawa di mana
P.P, membenarkan penggantian batu bata tanah liat dengan batu bata campuran
simen dan pasir, potongan akan dibuat dari harga harga kontrak untuk penggantian
tersebut pada kadar harga yang dikira dari harga tapak bina batu bata tanah liat
dan batu bata campuran simen pasir yang dipersetujui, dan saiz purata batu bata
tanah liat dan batu bata campuran simen dan pasir yang berkenaan itu, dengan
menggunakan rumusan-rumusan berikut.

Butir Mengenai Kerja Batu Bata Kadar Harga Potongan Semeter Persegi

Dinding Setenganh Bata 


1,000,000 [ 1.025 Htl – 1.100 Hsp ]

(Ptl + 10)(Ttl + 10) (Psp + 10) (Tsp + 10)

Dinding Satu Bata 


2,000,000 [ 1.025 Htl – 1.100 Hsp ]

(Ptl + 10)(Ttl + 10) (Psp + 10) (Tsp + 10)

Dimana :

Htl = Harga ke tapak bina batu bata tanah liat yang dipersetujiui.
Ptl = Panjang purata batu bata tanah liat yang berkenaan dalam mm.
Ttl = Tebal purata batu bata tanah liat yang berkenaan dalam mm
Hsp = Harga ke tapak bina batu bata simen pasir yang dipersetujiui.
Psp = Panjang purata batu bata simen pasir yang berkenaan dalam mm.
Tsp = Tebal purata batu bata simen pasir yang berkenaan dalam mm.

Semua batu bata hendaklah direndam di dalam tangki yang sesuai atau lubang yang
disediakan oleh kontraktor sekurang-kurangnya selama ½ jam sebelum diikat dan
hendaklah sentiasa basah semasa diikat. Di mana kerja mengikat batu bata
dihentikan untuk sementara waktu, bahagian atas dinding hendaklah dibasahkan
sebelum kerja tersebut diteruskan semula. Semua dinding yang telah siap dibina
hendaklah sentiasa dibiarkan basah dan dilindungi daripada pancaran matahari pada
hari berikutnya. Kontraktor hendaklah mengadakan penyediaan secukupnya untuk
memastikan keperluan ini dipatuhi.

Semua batu bata hendaklah diikat dengan mortar dengan sempurna dan semua
sambungan hendaklah diratakan dengan sempurna dan disadak sedalam 13 mm
semasa kerja dijalankan. Kesemua sambungan tidak boleh melebihi 10 mm tebal.

Semua kerja batu bata hendaklah dibina dengan tepat dan dalam keadaan tegak
lurus yang seragam. Mana-mana bahagian bagi satu dinding batu bata tidak boleh
dibina melebihi 1 meter dari bahagian yang lain pada satu masa. Kerja mengikat
batu bata tidak boleh dijalankan melebihi paras bahu mengikat dan peranca
hendaklah digunakan dan ditingkatkan dari masa kesemasa untuk tujuan ini. Titik-
titik pugak bagi tiap-tiap lapisan dengan lapisan yang berselang hendaklah tegak di
atas satu sama lainnya dan semua garis pugak, penjuru dan sebagainya hendak
dibina dengan tepat dan bersegi tepat.

Semua persilangan dan sudut pada dinding hendaklah diikat di antara satu sama
lain dengan sempurna. Semua dinding dan tiang batu bata yang mana panjang dan
lebarnya bukan mengikut gandaan ukuran batu bata hendaklah dipotong dan diikat
dengan sebaik cara yang diluluskan. Batu bata yang pecah tidak boleh digunakan
kecuali jika diperlukan untuk membentuk satu ikatan.

Semua dinding batu bata dan penyekat yang setebal setengah bata (113 mm)
hendaklah diteguhkan pada tiap-tipa 4 lapisan dengan menggunakan tetulang untuk
batu bata yang diluluskan, bermula dari lapisan kedua dari aras lantai. Bagi dinding
batu blok pula tetulang tersebut hendaklah dipassang pada tiap-tiap 2 lapisan
bermula dari lapisan pertama daripada aras lantai.

Anda mungkin juga menyukai