P. 1
TEKS UCAPAN PERSARAAN

TEKS UCAPAN PERSARAAN

2.0

|Views: 16,494|Likes:
Dipublikasikan oleh sardimpbl

More info:

Published by: sardimpbl on Jul 30, 2010
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/29/2014

pdf

text

original

TEKS UCAPAN MAJLIS PERSARAAN DAN ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG OLEH Y.BHG TUAN HJ.

AMIN BIN MOHD RASHID PENGARAH IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM Tarikh : 5 OGOS 2010 Masa : 9.30 pagi Tempat : \

1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam kekeluargaan, Terima kasih pengerusi majlis, Yang diraikan; 1. 2. 3. 4. Pn. Hajah Marinal bt. Hussin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam; Pn. Hajah Faridah bt. Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Melayu; Pn. Hajah Kelsom bt. Abdullah, Pensyarah Kanan Jabatan Al-Quran dan Sunnah dan En. Salehuddin bin Mustafa, Penolong Pegawai Pengurusan Prasekolah dan Teaching School.

Yang dihormati; Ketua-ketua jabatan, pensyarah-pensyarah kanan, ketua-ketua unit, kaunselor dan para pensyarah yang dihormati sekalian.

1. Saya berasa gembira kerana majlis persaraan dan anugerah perkhidmatan cemerlang dapat dilaksanakan dengan kerjasama antara pihak pengurusan IPG Kampus Pendidikan Islam dengan Jawatankuasa Pendidikan Komuniti.

2

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

2.

Kampus Pendidikan Islam akan kehilangan Timbalan Pengarah, dua orang Pensyarah dan Kanan dan Penolong yang Pegawai Pengurusan dan Prasekolah Teaching School berkebolehan

berpengalaman kerana mereka akan bersara pada bulan Ogos ini.
3.

Kata orang, banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan persaraan. Ada yang indah berwarna-warni, tetapi ada juga yang pedih dan menyakitkan. Sesekali persaraan mengingatkan kita kepada realiti bahawa kita telah banyak menyumbang bakti dan menabur budi. Persaraan mengingatkan kita betapa kita turut bersama membangun dan melakar sejarah bangsa, membina nama dan warna keemasan IPG Kampus Pendidikan Islam. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

4.

Bagi pihak Kerajaan, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Hajah Marinal , Pn. Hajah Faridah, Pn. Hajah Kelsom dan En. Salehuddin yang telah begitu banyak berjasa serta menabur bakti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

5.

Kesemua empat pegawai yang akan bersara, masing-masing telah memberi perkhidmatan purata 30 tahun setiap seorang. Hal ini bermakna jika dikumpulkan perkhidmatan mereka kepada negara ialah selama 120 tahun. Masa itu merupakan satu tempoh masa yang panjang. Tahniah saya ucapkan.

Sidang hadirin yang dikasihi,
3

6.

Bersara juga mempunyai makna lebih daripada pengertian material dalam skim perkhidmatan. Bersara bermakna kita sudah semakin dekat dengan destinasi yang dituju. Bersara seharusnya difahami sebagai satu lagi milestone (batu tanda) yang telah dilalui betapa usia kita sudah semakin hampir kepada garisan penamat. Dan bersara juga adalah fasa terakhir untuk mempersiapkan diri kita menempuh Alam yang lebih abadi.

7.

Sehubungan itu, izinkan saya membacakan beberapa hadith sebagai peringatan – bukan sahaja relevan untuk pesara – malah untuk semua yang hadir pada pagi ini. Hadith riwayat Tirmidzi: “Tidak bergerak telapak kaki seseorang hamba pada Hari Kiamat sehingga diminta bertanggungjawab tentang 4 perkara: Tentang masa muda untuk apa dihabiskan Tentang harta dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan Masa hidup di mana dimanfaatkan Dan masa sihat ke mana dihabiskan.”

8.

Al Hakim meriwayatkan: Rebut

lima

perkara sebelum datang lima masa lapang sebelum sibuk;

perkara: Masa mudamu sebelum tua; sebelum mati.
9.

masa kaya sebelum miskin; masa sihat sebelum sakit dan masa hidup

Saya tidak berhasrat untuk menakut-nakutkan tuan-tuan dan puanpuan dengan hal-hal tentang kematian dan seumpamanya. Saya juga tidak berhasrat untuk menganggu selera makan di hadapan hidangan lazat yang sepatutnya menyelerakan biarpun ramai yang terpaksa melupakan seketika penyakit ghout, darah tinggi dan kencing manis.

4

10.

Tetapi itulah realiti kehidupan yang terpaksa kita fahami, sedari dan siap siaga setiap masa, apatah lagi ketika usia di hujung senja. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah; Budi baik dikenang juga. Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut; Budi baik rasa nak junjung. Patah dahan bunga kemboja, Pucuk paku subur di titi, Budi tuan kami tak lupa; Sudah terpaku di dalam hati.

11.

Sekali lagi saya sumbangan

mewakili

Kementerian Pelajaran Malaysia ingin penghargaan dan terima kasih atas Hussin, Pn. Hajah

merakamkan setinggi-tinggi Faridah Hashim,

dan jasa bakti Pn. Hajah Marinal

Pn. Hajah Kelsom Abdullah dan En. Salehuddin tuan-tuan dan puan-puan

Mustafa sepanjang berkhidmat di Kampus Pendidikan Islam ini. Saya percaya tanpa kerjasama dan komitmen semua, IPG ini tidak akan berada pada tahap ini. Saya juga berdoa semoga Allah memberkati kehidupan dan segala usaha yang akan dilaksanakan kelak.

Akhirnya marilah kita sama-sama mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kepada rakan-rakan kita yang akan memulakan penghidupan atau kerjaya baru selepas bersara. Tidak lupa, sekalung penghargaan kepada isteri dan suami yang selama ini begitu setia mengharungi hidup
5

bersama serta tabah memberi sokongan dan dorongan kepada pasangan masing-masing. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi. Sebagai langkah penjimatan, kita juga melaksanakan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang pada hari ini. Hal ini ini bersesuaian dengan dasar perbelanjaan berhemah yang menjadi dasar dan amalan kerajaan pada masa ini. TEKS UCAPAN PENGARAH ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

12 .

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada

mereka yang berjaya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009. Anugerah yang diterima haruslah dijadikan teras dan pendorong untuk lebih berusaha bagi mempertingkatkan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran, berpengetahuan, berkemahiran, berintegriti serta memiliki kualiti peribadi yang tinggi. Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, 13. Kita seharusnya sentiasa berfikir di luar lingkungan. Iaitu

berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian yang kreatif dan inovatif di luar kelaziman. Hasrat yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 akan tercapai sekiranya semua pihak seiring dan berusaha bersungguh-sungguh mengaplikasikan kecemerlangan Pendidikan Guru. matlamat ini. Perkara ini selaras dengan visi IPG kita iaitu IPG Peneraju

6

14.

Penyampaian anugerah ini merupakan satu pengiktirafan

kepada semua pensyarah atas komitmen mereka dalam memastikan semua tanggungjawab yang diamanahkan, berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Malah pengiktirafan ini juga bertujuan mendorong pensyarah meningkatkan prestasi masing-masing. 15. Setiap penerima APC telah dinilai dalam pelbagai aspek, lain

terutama kompentesi mereka. Penilaian ini merangkumi kemahiran P&P, perkhidmatan profesional seperti mengadakan kursus pendek, penyeliaan praktikum, penilaian pelajar, BIG dan kualiti peribadinya. Mereka merupakan sebahagian daripada pensyarah yang telah bertugas dengan cemerlang sepanjang tahun lepas. Tuan-tuan dan Puan-puan, 16. Panel Pembangunan Sumber Manusia yang bersidang

pada 1/3/2010 telah memilih sejumlah tujuh orang daripada DG Gred 48 ke atas, enam orang DG Gred41 dan DG44 serta tujuh orang

bagi kategori pengurusan dan kumpulan sokongan. Pensyarah yang telah mencapai Gred DG52 ke atas, pemilihan dilaksanakan oleh pihak IPG-KPM. Tiga orang Pensyarah Kanan Gred DG 52 dari IPG

Kampus Pendidikan Islam telah terpilih. Dengan sukacita saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pensyarah dan kakitangan pengurusan yang akan menerima APC pada tahun ini . 17. Nisbah pemilihan APC ialah lapan peratus daripada jumlah perjawatan yang diisi sehingga 31 Disember dan pemilihannya
7

berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi serta aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2009. Pelbagai halangan terpaksa kita lalui pada tahun ini, terutama peruntukan yang terhad dan kesibukan warga

kampus menyedia dan menyiapkan dokumentasi bagi penilaian MQA. Pihak Pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan jayanya. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. dan bersyukur majlis ini dapat dilaksanakan

8

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->