Anda di halaman 1dari 1

Orang muslim sebenar

ِ ِ ِ ِِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ُ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم قَ َال الْ ُم ْسل ُم َم ْن َسل َم الْ ُم ْسل ُمو َن م ْن ل َسانه َويَده َوالْ ُم َهاجُر َم ْن َه َجَر َما َن َهى اللَّه‬
َ ِّ ‫َع ْن النَّيِب‬
‫َعْنه‬

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang
maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidahnya,
mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang
yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”
 

Huraian

1. Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan


ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu
yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung
kepada individu itu sendiri.

2. Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih
28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna.

3. Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala
maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang
menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali
dengan julukan “penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah,
beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’ dan suka menolong orang
miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam.

4. Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran,


kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah
termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.

Anda mungkin juga menyukai