Anda di halaman 1dari 2

Harga barang kawalan naik

Oleh ROKIAH ABDULLAH

PULAU PINANG 15 Mei – Kenaikan harga barang yang melambung sejak akhir- akhir ini tidak hanya melibatkan
barang keperluan harian sahaja tetapi turut ‘menjangkiti’ barang-barang kawalan seperti beras, susu pekat manis dan
daging yang sepatutnya tidak naik kerana dikawal kerajaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai runcit di sekitar Lebuh Pasar, Lebuh Maccallum dan Jalan Datuk
Kramat di sini mendapati harga barang-barang tersebut naik antara lima hingga 20 peratus ataupun penambahan
antara 10 sen hingga RM2 sen.

Namun, ketika ditanya, para peniaga memberi alasan mudah iaitu pembekal telah menaikkan harga barang-barang
tersebut yang menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Terdapat juga beberapa restoran yang berhasrat menaikkan harga makanan tidak lama lagi kesan daripada
kenaikan harga susu pekat dan susu cair.

Antara barangan yang berlaku kenaikan harga ialah susu pekat manis dan susu cair jenama popular seberat 515
gram yang masing-masing dijual pada harga RM2.20 dan RM2.10 berbanding RM1.95 dan RM1.80 sebelum ini.

Sardin dalam tin pula dijual pada harga RM2.80 setin, 30 sen lebih tinggi daripada harga yang dijual sebelum ini.

Bagi daging import pula, berlaku kenaikan antara 50 sen sehingga RM2 bagi setiap satu kilogram (kg).

Begitu juga dengan harga beras yang meningkat 30 sen bagi setiap 5 kg.

Bagaimanapun harga bagi kebanyakan barang basah seperti ikan dan sayur-sayuran tidak menunjukkan
peningkatan yang ketara sebagaimana barangan runcit, meskipun begitu orang ramai khuatir aliran kenaikan harga
pelbagai jenis barangan akan lebih ‘memuncak’ menjelang akhir tahun.

Seorang kakitangan kerajaan, Mapuzi Seman, 37, berkata, tindakan peniaga menaikkan harga sewenang-
wenangnya amat membebankan pengguna terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, pengguna tiada pilihan selain membeli barang-barang tersebut walaupun harganya telah meningkat.

“Barang yang naik semua barang keperluan, mahu tak mahu, kita kena beli. Gaji kami belum lagi naik-naik, tapi
barang sudah naik.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu melakukan tindakan segera
supaya barang-barang keperluan ini tidak terus naik,” katanya.
Seorang ahli perniagaan, M. Menon, 32, pula menyifatkan tindakan pembekal yang menaikkan harga barang perlu
dipantau segera oleh mereka yang bertanggungjawab.

“Pengguna akan salahkan peniaga, peniaga akan salahkan pembekal. Jadi bila masalah mahu selesai.

“Lebih baik, mereka yang bertanggungjawab cepat-cepat ambil tindakan segera terutama berbincang dengan para
pembekal kerana dari merekalah punca kenaikan harga ini,” katanya.

Seorang peniaga kedai runcit, Abdul Nazar Naina Mohamed, 47, berkata, dia terpaksa menaikkan harga barang-
barang keperluan seperti susu, milo, sardin, beras dan rempah ratus berikutan harga belian yang tinggi dari
pembekal.

Mereka, katanya, menaikan harga anatara 10 hingga 20 peratus bagi barangan yang dibeli.

“Bila saya persoalkan kenapa harga naik, dia (pembekal) kata kalau awak tidak mahu beli, tidak apa, ramai peniaga
lain mahu beli.

“Namun, ada juga yang menasihatkan kami membeli di pasar raya besar kerana harga barangbarang seperti milo
dan susu di sana jauh lebih murah,” katanya

Anda mungkin juga menyukai