Anda di halaman 1dari 11

APA ITU HUBUNGAN LUAR?

Ilmu membantu manusia memahami fenomena alam dengan lebih jelas dan sistematik.
Lebih tepat lagi ia membantu manusia menjelaskan sebab, cara,masa dan tempat sesuatu
fenomena alam itu berlaku. Peristiwa-peristiwa tersebut sukar dijelaskan hanya dengan
berpandukan suatu bidang pengetahuan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku itu menyebabkan
manusia lebihmatang dan berhati-hati dalam tindakan yang mereka lakukan.Ilmu membantu
manusia memahami fenomena alam dengan lebih jelas dansistematik. Lebih tepat lagi ia
membantu manusia menjelaskan sebab, cara,masa dan tempat sesuatu fenomena alam itu
berlaku. Peristiwa-peristiwa tersebut sukar dijelaskan hanya dengan berpandukan suatu bidang
pengetahuan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku itu menyebabkan manusia lebih matang dan
berhati-hati dalam tindakan yang mereka lakukan.
Sebagai contoh, konflik yang berlaku kepada seseorang atau dalam hubungan individu
dengan individu lain mungkin boleh dijelaskan melalui pelbagai bidang ilmu seperti psikologi,
sosiologi dan sains politik. Bagaimana pula dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada skala
yang lebih besar? Contohnya konflik yang berlaku dalam hubungan antara sesebuah negara
dengan negara yang lain atau antara negara dengan entiti-entiti lain dalam hubungan
antarabangsa seperti syarikat-syarikat multinasional dan organisasi-organisasi antarabangsa.

Jelas di sini bidang kepakaran tertentu diperlukan bagi memahami kes-kes seperti yang
dinyatakan di atas. Berdasarkan keperluan tersebutlah maka bidanghubungan antarabangsa
diperkenalkan sebagai suatu cabang ilmu yangbermanfaat membantu hubungan antara
manusia sebagai satu masyarakat atau komuniti dengan masyarakat lain. Apabila bercakap
berkenaan perkaitan bidang ini dengan tindakan yang dilakukan, pihak yang paling rapat berkait
dengan soal ini ialah penganalisis dan pembuat dasar bagi sesebuah negara.
Peristiwa11September 2001 mengajar pembuat dasar supaya lebih berwaspada dan berhati-
hati. Perbincangan berkenaan sistem antarabangsa, aktor-aktor yang terlibat dalam sistem
antarabangsa dan pendekatan-pendekatan dalam hubungan antarabangsa yang digunakan
oleh penganalisis dan pembuat dasarperlu diketahui agar kefahaman mengenai peristiwa-
peristiwa yang berlaku pada peringkat antarabangsa lebih jelas dan seterusnya dapat
menghasilkan dasaryang lebih baik dan rasional.
1. Apa itu Hubungan Antarabangsa?
Cara terbaik memahami maksud istilah hubungan antarabangsa ialah dengan
mentakrifkannya secara literal iaitu sebagai kajian berkenaan hubungan atau interaksi yang
melampaui sempadan negara. Berdasarkan takrif umum ini andaian dapat dilakukan di sini
bahawa hubungan yang melampaui sempadan bukan sahaja melibatkan hubungan antara
negara dengan negara bahkan juga ia merupakan hubungan yang turut melibatkan entiti-entiti
(atau dalam istilah politik disebut sebagai aktor) lain. Entiti ataupun aktor-aktor tersebut terdiri
daripada organisasi dan institusi antarabangsa, syarikat-syarikat multinasionaldan individu-
individu.
Secara tradisinya ia lebih ditakrifkan sebagai hubungan yang hanya melibatkan negara iaitu
unit terpenting yang dikaji dalam bidang ini. Takrif sedemikian berlaku kerana ia mempunyai
kaitan dengan latar belakangperkembangan bidang ini sekitar dua peperangan dunia antara
1914-1945.Namun, pengkaji-pengkaji hubungan antarabangsa selepas era tersebut
terutamanya sekitar 1960-an dan 1970-an mula memberi tempat kepada peranan aktor-aktor
lain dalam hubungan ini.

Menurut Beridge (1992: 1), kajian hubungan antarabangsa melibatkan subjek yang luas
merangkumi aktiviti-aktiviti pelbagai bentuk negara (kuasa besar,negara kapitalis, demokratik
liberal dan sebagainya) dan aktor-aktor antarabangsa lain seperti syarikat-syarikat
multinasional. Ia juga merangkumi kajian mengenai kaedah negara-negara tersebut mencapai
dasar luar mereka seperti propaganda serta kajian mengenai peraturan dan institusi-institusi
sistem
negara yang terlibat dalam hubungan tersebut.

Goldstein (1994:1) menjelaskan maksud hubungan antarabangsa dengan lebih khusus


merujuk sebagai kajian mengenai hubungan antara kerajaan-kerajaan. Di samping itu beliau
turut memberi penekanan pada peranan aktor-aktor lain yang turut terlibat dalam hubungan
tersebut seperti organisasi antarabangsa, syarikat multinasional,individu-individu.Beliau
menambah lagi bahawa hubungan politik ini dipengaruhi oleh faktor geografi dan sejarah.
Berdasarkan hakikat tersebut beliau berpendapat bidang hubungan antarabangsa adalah
bidang kajian yang luas kerana ia melibatkan bidang-bidang ilmu lain.
Henderson (1998: 1) mentakrifkan hubungan antarabangsa sebagai proses pembahagian
kuasa di antara negara-negara diperingkat antarabangsa manakala Holsti (1995: 19)
beranggapan bahawa bidangini merujuk kepada semua bentuk interaksi antara anggota-
anggota pelbagaimasyarakat (negara) sama ada disokong oleh kerajaan ataupun tidak. Jelas di
sini hubungan antarabangsa adalah kajian mengenai hubungan dan interaksiantara pelbagai
aktor di peringkat antarabangsa dan berdasarkan takrif-takrif diatas kita boleh bahagikan aktor
hubungan antarabangsa kepada dua bentuk iaitu
aktor negara dan aktor bukan negara.

2. Aktor-Aktor Hubungan Antarabangsa


Siapakah aktor dalam hubungan antarabangsa? Daripada suatu segi soalan ini mudah
dijawab kerana berdasarkan takrif-takrif sebelum ini, negara dilihat sebagai satu-satunya aktor
yang dimaksudkan berdasarkan hakikat pertama,sifat hubungan adalah melampaui sempadan
Kedua, aktor-aktor lain yang terlibat adalah entiti-entiti yang terkandung atau mewakili negara-
negara tertentu sama ada disokong ataupun tidak oleh kerajaan masing-masing. Lebih khusus
lagi sebenarnya hubungan yang dimaksudkan disini melibatkan kerajaan negara-negara di
dunia. Dalam hubunganantarabangsa, para pengkaji hubungan antarabangsa mengkaji
keputusan dan tindakan kerajaan-kerajaan tersebut.
Namun secara realiti, di peringkat antarabangsa, hubungan yang berlaku melibatkan aktor-
aktor lain yang terlibat dengan keputusan dan tindakan kerajaan-kerajaan tersebut. Aktor-aktor
ini terdiri daripada syarikat-syarikat multinasional (MNCs) yang selalunya mampu mengatasi
keputusan dan tindakan negara-negara bagi menentukan kepentingan masing-masing.
Sesetengah syarikat-syarikat tersebut memiliki kuasa monopoli dalam sumber-sumber yang
diperlukan oleh negara sama ada berbentuk bahan mentah, industri berteknologi tinggi
mahupun produk elektronik bagi kegunaan pengguna. Antara syarikat-syarikat tersebut
termasuklah kumpulan tujuh syarikat-syarikat pengeluar minyak (iaitu satu ciri utama negara).
terbesar di dunia iaitu Aramco (Exxon, Shell Oil Company, British Petroleum,dFrance’s
Compagnie Françaaise des Petroles, Mobil, Socal, Texaco dan Gulf) dan syarikat pengeluar
kapal terbang penumpang Boeing.
Kini keputusan dan tindakan kerajaan bukan sahaja kurang berkeupayaan mempengaruhi
syarikat-syarikat tersebut, malah sebaliknya keputusan dan tindakan kerajaan-kerajaan pula
yang dipengaruhi oleh kepentingan syarikat-syarikat tersebut. Sebagai contoh, penguasaan
Aramco dalam teknologi dan modal dalam industri pengeluaran minyak menyebabkan pada
dekad 1950-an hingga akhir 1960-an, mereka menguasai hampir 95 peratus sumber bekalan
minyak dunia walaupun lokasi-lokasi pengeluaran minyak tersebut terletak di kebanyakan
negara-negara Asia Barat (Daniels, 1995: 450-451).
Aktor-aktor lain yang terlibat dalam proses hubungan, interaksi dan tawar menawar ini
termasuklah organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, individu-
individu seperti pemimpin dan warganegara negara-negara tertentu, kumpulan-kumpulan bukan
kerajaan dan kumpulan-kumpulan pendesak seperti kumpulan pengganas. Namun, buku ini
akan mengkategorikan aktor-aktor tersebut kepada dua bentuk iaitu aktor negara dan aktor
bukan negara.

3. Aktor Negara
Aktor yang paling penting dalam hubungan antarabangsa ialah negara.Negara ialah entiti
yang bersempadan yang dikawal dan dikuasai oleh kerajaan dan diduduki oleh sejumlah
penduduk. Sesebuah negara bebas daripada sebarang ancaman, ugutan dan tekanan luar
malah ia berkuasa secara mutlak

konsep kedaulatan) bagi menentukan kepentingan dan kebajikannya sendiri. Antara lain,
sesebuah negara berkuasa menggubal dan melaksanakan undang-undang, mengutip cukai,
membentuk kuasa tentera, menggunakan sumber asli malah boleh dikatakan sebenarnya
sesebuah negara dapat melakukan apasahaja dalam lingkungan sempadannya demi
kepentingan nasional. Kedaulatan yang dimiliki oleh sesebuah negara diiktiraf oleh negara-
negara lain melalui hubungan diplomatik dan selalunya melalui keahlian dalam PBB. Populasi
yang membentuk sebagai warganegara atau rakyat bagi sesebuah negara membentuk
masyarakat mereka sebagai suatu institusi yang berbeza daripada masyarakat negara lain.
Identiti institusi ini kita kenalinya sebagai bangsa.
Masyarakat antarabangsa pada masa kini menerima konsep negara sebagai negara yang
demokratik sebagai mengesahkan kerajaan yang memimpin rakyat atau sesuatu bangsa
tersebut dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Justeru itu,bagi sesetengah ahli sains politik
pengiktirafan antarabangsa merupakan satu lagi ciri penting kewujudan sesebuah negara.
Dalam hal ini kita dapat melihat bahawa kerajaan-kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyatnya
seperti kerajaan Aparteid di Afrika Selatan dan kerajaan Taliban di Afghanistan tidak dapat
kekal lama dalam hubungan antarabangsa kerana tidak diiktiraf kewujudannya oleh
masyarakat antarabangsa.
Dalam kehidupan harian, kebanyakan pembaca mentakrif istilah negara secara umum
sebagai keputusan yang dibuat oleh kerajaan sesebuah negara atau negara disamakan dengan
kerajaan. Oleh itu tindakan kerajaan diterima secara mudah sebagai tindakan oleh rakyat
sesebuah negara seperti dalam kenyataan ‘Malaysia menyokong resolusi PBB dan Iraq
menawan Kuwait’.
Secara realiti, tindakan-tindakan yang dilakukan oleh negara melalui proses dalaman yang
kompleks yang melibatkan pelbagai kepentingan dan kumpulan-kumpulan dalaman. Malah
sebenarnya, aktor yang benar-benar terlibat dalam proses pembuatan keputusan dan
pelaksanaan tindakan negara tersebut ialah individu yang digelar sebagai pemimpin sesebuah
negara (sama ada ketua kerajaan atau ketua negara mengikut sistem politik negara-negara
tertentu).Individu-individu yang turut sama terlibat secara langsung adalah birokrat-birokrat yang
terlibat dalam kementerian luar sesebuah negara yang bertindak diatas nama negara.
Sistem antarabangsa yang wujud pada masa kini mempunyai struktur yang beroperasi
berdasarkan peraturan dan bentuk interaksi yang tertentu.Sesetengah peraturan tersebut
bersifat jelas dan ada yang bersifat kabur. Ini termasuk soal keanggotaan negara dalam sistem,
hak dan tanggungjawab anggota (negara) dalam sistem dan bentuk tindakan serta respons
yang seharusnya wujud antara negara-negara. Kebanyakan negara yang wujud pada masa kini
adalah bersifat negara-bangsa. Namun masih banyak negara-negara yang belum bergelar
negara-bangsa akibat kesan peperangan dunia yang sukarmenentukan status kewujudan
mereka sama ada berdasarkan bangsa atau sempadan. Isu-isu konflik dan peperangan yang
berlaku pada masa kini banyak berorientasikan isu perebutan sempadan dan juga konflik
berteraskan kumpulan masyarakat seperti etnik dan bangsa.
Apabila sebahagian rakyat sesebuah negara mengenal pasti diri mereka sebagai entiti yang
berbeza daripada kepentingan yang diwakili oleh kerajaan seperti perbezaan bangsa, mereka
mungkin menentang kerajaan yang wujud demi mendapatkan hak pemerintahan dan sempadan
jajahan sendiri yang dikenal pasti sebagai kepentingan mereka. Peperangan di Balkan, Kashmir
dan di Timor Timur adalah antara isu yang berunsurkan pentakrifan sesuatu kumpulan
masyarakat sebagai satu bangsa. Kewujudan negara berasaskan pecahan bangsa ini adalah
sebahagian daripada bentuk perkembangan terkini dalam sistem negara-bangsa kini. Sistem
negara juga dipengaruhi oleh perkembangan-perkembangan yang lain seperti globalisasi,
kemajuan telekomunikasi dan senjata nuklear.
Kemerdekaan negara-negara kecil seperti bekas Kesatuan Soviet,Czechoslovakia dan
Yugoslavia menambahkan jumlah negara di dunia. Jumlah keseluruhan negara-negara di dunia
sebenarnya bergantung pada status negara-negara tertentu yang bersifat separa-entiti politik
iaitu sama ada ia bakal berpecah atau bakal bergabung dengan entiti-entiti politik yang lain.
Pada tahun 1999, hanya 189 buah negara wujud sebagai anggota PBB termasuk sebuah
negara berkecuali iaitu Switzerland (Goldstein, 2001: 13).Masih ada entiti-entiti lain seperti
Timor Timur yang kini belum sepenuhnya berstatus negara dan Palestin yang masih
terumbang-ambing statusnya.
Sesetengah entiti-entiti politik yang lain lebih dirujuk sebagai negeri dan bukan negara seperti
Taiwan kerana ia masih dianggap oleh China sebagai sebahagian daripada negara tersebut.
Oleh sebab itu Taiwan tidak dapat diterima sebagai anggota PBB. Selain daripada itu masih
banyak lagi tanah-tanah bekas jajahan yang dikuasai oleh negara-negara lain seperti Puerto
Rico dan Guam yang dikuasai Amerika Syarikat, Bermuda dan Kepulauan Falkland yang
dikuasai British, Martinique oleh Perancis dan Netherlands Antilles oleh Belanda.Beberapa
entiti-entiti baru mungkin akan wujud pada masa hadapan hasil pemecahan akibat tuntutan
kuasa autonomi penduduk di sesebuah negara seperti di Quebec, Kanada, Sahara Barat,
Kurdistan dan sebagainya (Goldstein,2001: 13).
Saiz negara yang wujud dalam sistem antarabangsa juga berbeza. Begitulah juga dengan
saiz penduduknya. Kedua-dua elemen ini mampu mempengaruhi kedudukan negara sebagai
aktor antarabangsa. Saiz yang luas menandakan penguasaan daripada aspek geopolitik, hasil
galian dan penguasaan ruang udara yang luas. Saiz penduduk pula memberi gambaran
keupayaan sesuatu masyarakat bertindak sebagai pasaran yang luas bagi ekonomi sesebuah
negara. Kedudukan China sejak kebelakangan ini begitu menonjol dalam sistem antarabangsa,
bukan sahaja daripada aspek politik bahkan juga aspek ekonominya. Jumlah penduduknya
yang melebihi satu bilion orang mampu menyediakan pasaran yang luas bagi ekonomi China
yang semakin berkembang. Kedudukan China mungkin lebih berdaya saing berbanding India
dan Indonesia di mana saiz geografinya tidak dapat menyaingi saiz penduduknya. Perkara yang
sama dinikmati oleh Amerika Syarikat yang mempunyai keupayaan geopolitik dan pasaran yang
kukuh akibat saiz geografi dan penduduknya.
Negara-negara di dunia juga berbeza daripada aspek saiz aktiviti ekonomi mereka yang
selalunya diukur pada Keluaran Kasar Negara (KNK). Amerika Syarikat merupakan negara
yang teratas dalam senarai negara yang memiliki kadar KNK yang tinggi iaitu sebanyak $8
trilion (Daniels, 1995: 37). Kedudukan tersebut bukan sahaja memberi ruang yang luas kepada
Amerika Syarikat supaya bertindak sebagai aktor yang aktif dalam sistem antarabangsa malah
mampu mendominasikan hampir sebahagian besar struktur sistem antarabangsa seperti dalam
PBB, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia,Undang-undang Antarabangsa dan
peraturan-peraturan perdagangan antarabangsa dalam Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).
Satu perlima daripada ekonomi dunia berpunca daripada ekonomi Amerika dan bersama
enam lagi kuasa ekonomi dunia, Amerika menyumbang hampir separuh daripada ekonomi
dunia (Daniels, 1995: 40). Negara-negara lain yang turut menguasai ekonomi dunia
termasuklah China, Jepun, Jerman, India, Perancis,Britain, Itali, Brazil, Mexico, Kanada, Rusia,
Sepanyol dan KorBeberapa negara di dunia pada masa kini juga turut mempunyai kedudukan
sebagai kuasa besar dunia kerana memiliki kuasa dan pengaruh ketenteraan dan ekonomi
yang kuat. Hubungan antara kuasa-kuasa besar membentuk sistem hubungan tambahan dalam
hubungan antarabangsa. Mereka mempunyai peraturan dan bentuk hubungan yang tersendiri
sesama mereka. Kuasa terbesar dalam kumpulan kuasa-kuasa besar tersebut yang digelar
superpower lazimnya mempunyai kuasa yang terkuat antara kuasa-kuasa yang lain merujuk
kepada pemilikan senjata dan keupayaan nuklear. Semasa Perang Dingin, dua kuasa besar
yang bergelar superpower ini berada pada Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Kejatuhan
blok komunis pada awal 1990-an bermakna hanya Amerika Syarikat yang kekal sehingga kini
dikenali sebagai superpower. Peranan negara- negara lain turut penting dalam sistem
antarabangsa namun pengaruh mereka tidaklah setanding pengaruh yang diberikan oleh
kuasa-kuasa besar dunia sebagai aktor hubungan antarabangsa
Dalam perbincangan di atas, jelaslah aktor negara yang berdasarkan empat ciri penting
kewujudan negara (sempadan, populasi, kerajaan dan kedaulatan)mampu memberi kesan pada
kedudukan dan pengaruh negara sebagai aktor dalam hubungan antarabangsa. Walau
bagaimanapun, perlu dijelaskan di sini tiada elemen yang tertentu yang dapat menyatakan
tahap kekuasaan sebenar sesebuah negara. Namun sehingga ini sejarah menunjukkan
penguasaan aspek ketenteraan (keselamatan) dan ekonomi menentukan kedudukan negara
dalam sistem antarabangsa.

4. Aktor Bukan Negara


Negara mungkin bertindak sebagai aktor terpenting dalam hubungan antarabangsa namun
mereka tetap dipengaruhi, dikawal, dikekang oleh pelbagai aktor-aktor lain yang dikenali
sebagai aktor bukan negara. Aktor-aktor bukan negara ini, boleh dibahagikan kepada beberapa
kumpulan. Pertama, kumpulan yang berada dalam negara yang mempengaruhi dasar luar
negara. Sebagai contoh, di Malaysia kesatuan sekerja mungkin bertindak sebagai kumpulan
pendesak yang mampu mempengaruhi dasar kerajaan mengenai peluang pekerjaan bagi
tenaga asing di Malaysia. Kemasukan buruh asing secara bebas sama ada buruh mahir
ataupun kasar boleh menggugat peluang pekerjaan bagi tenaga buruh dalam negara dalam
suasana aktiviti ekonomi yang semakinkurang di negara. Pertubuhan seperti Gabungan
Persatuan-persatua.Pengguna Malaysia (FOMCA) berkeupayaan mempengaruhi dasar
kerajaan dalam melindungi pengusaha dan pengguna tempatan daripada produk, bentuk dan
premis-premis perniagaan yang diimport dari luar negara.

Kumpulan-kumpulan yang sama turut wujud di negara-negara luar yang bertindak


mempengaruhi keputusan dan tindakan kerajaan dalam usaha melindungi kepentingan masing-
masing. Sebagai contoh, peladang-peladang di Eropah berkuasa mempengaruhi Kesatuan
Eropah (sebelumnya dikenaliKomuniti Eropah) supaya melancarkan dasar Common Agricultural
Policy (CAP)yang mampu melindungi kepentingan hasil pertanian tempatan dan pada masa
yang sama meletakkan halangan ke atas barangan pertanian yang diimport dari negara luar
komuniti tersebut.
Tindakan-tindakan yang dilakukan aktor-aktor bukan kerajaan tersebut membantu
mempengaruhi bentuk aktiviti ekonomi yang kebanyakannya menjadi agenda dalam politik
antarabangsa. Perkembangan dan kepesatan dalam aktiviti ekonomi yang berlaku pada masa
kini melampaui keupayaan dan kuasa negara untuk mengawal. Pelaburan asing terus masuk ke
negara-negara tertentu bukan atas insentif yang disediakan oleh kerajaan tetapi atas desakan
syarikat-syarikat multinasional supaya terus bersaing mencari lokasi pengeluaran yang lebih
efisien dan menguntungkan mereka. Keuntungan yang dibawa oleh mereka melalui
pemindahan modal, teknologi, peluang pekerjaan dan pendapatan hasil cukai bagi kerajaan
tempatan mengatasi kepentingan-kepentingan lain yang mungkin ada pada negara yang
menerima kedatangan mereka.
Sebagai contoh, pada 1996, kerajaan Nigeria menerima pelaburan syarikat minyak Royal
Dutch Shell membuka loji petroleum di kawasan perairannya walaupun menerima desakan
daripada kumpulan pencinta alam tempatan. Keupayaan syarikat-syarikat perniagaan yang
pada mulanya bersifat aktor dalaman sesebuah negara yang menentu arahkan perjalanan
hubungan antarabangsa meletakkan mereka kalaupun tidak melebihi mungkin menyamai
kedudukan negara. Oleh sebab itu dalam sesetengah perbincangan akademik,syarikat-syarikat
multinasional juga digelar syarikat-syarikat transnasional
Satu lagi bentuk aktor bukan negara ialah organisasi-organisasi antarabangsa bukan
kerajaan (INGOs). Organisasi-organisasi swasta ini, sesetengahnya mempunyai saiz dan
sumber yang besar yang mampu mempengaruhi aktor-aktor lain seperti negara, MNCs dan
INGOs yang lain. Peranan mereka mula diterima di peringkat antarabangsa walaupun tidak
setanding peranan negara.Antara kumpulan-kumpulan ini termasuklah kumpulan The
Greenpeace,International Olympic Committee, International Studies Association, Federation
Internationale de Football Association (FIFA) dan sebagainya. Sesetengah organisasi-
organisasi tersebut ditubuhkan bermotifkan politik, kemanusiaan,ekonomi dan teknikal. Namun
kesemuanya mampu memberikan pengaruh sebagai aktor yang penting dalam hubungan
antarabangsa.
Akhir sekali, aktor bukan negara juga dapat dilihat daripada segi organisasi-organisasi antara
kerajaan (IGOs). Organisasi-organisasi tersebut dianggotai oleh kerajaan negara-negara
tertentu. Contoh yang terbaik adalah seperti PBB dan agensi-agensi yang wujud di dalam PBB
sendiri. Organisasi-organisasi yang sama termasuklah seperti Bank Dunia, IMF, Organisation of
Petroleum Exporting Countries (OPEC), The International Atomic Energy Agency, WTO,
Association of South East Asian Nations (ASEAN), Liga Arab, North Atlantic Treaty
Organisation (NATO), Organisation of African Unity (OAU) dan banyak lagi.Setiap IOGOs
mempunyai peranan tersendiri dan berbeza daripada segi saiz dan keupayaan
(Goldstein, 2001: 15).
Kedua-dua organisasi iaitu INGOs dan IGOs lebih dikenali sebagai organisasi antarabangsa
membantu memenuhi fungsi-fungsi yang berguna dalam hubungan antarabangsa. Berdasarkan
penjelasan di atas, jelas peranan yang dimainkan oleh aktor-aktor bukan negara juga penting
dalam hubungan antarabangsa. Namun, peranan negara sebagai aktor terpenting tidak dapat
dinafikan memandangkan pertama, negara adalah lapisan terakhir yang menentukan corak
hubungan tersebut dan kedua yang lebih penting ialah selagi sistem antarabangsa yang wujud
pada masa kini berupa sistem negara-bangsa,negara terus memainkan peranan utama dalam
hubungan antarabangsa

5. Hubungan Antarabangsa Sebagai Bidang Kajian


Bidang hubungan antarabangsa adalah sebahagian daripada ilmu sains politik. Oleh itu
hubungan antarabangsa juga adalah bidang yang mengkaji politik antarabangsa yang mengkaji
dasar tindakan kerajaan ke atas kerajaan-kerajaan lain. Namun, sebenarnya hubungan
antarabangsa bersifat lebih luas daripada itu yang turut mengkaji disiplin-disiplin ilmu yang lain
seperti ekonomi, sejarah,sosiologi dan disiplin-disiplin lain lagi. Sehubungan dengan itu,
beberapa universiti menawarkan kursus hubungan antarabangsa sebagai subjek pilihan
atau sekurang-kurangnya dibincangkan dalam kursus-kursus tertentu seperti sains politik,
undang-undang antarabangsa, ekonomi dan sosiologi.Hubungan politik antara negara-negara
meliputi pelbagai bentuk aktiviti seperti diplomasi, peperangan, perdagangan, pakatan,
pertukaran budaya, penglibatan bersama dalam organisasi antarabangsa dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti tertentu yang wujud dalam hubungan tersebut boleh menjadi isu yang perlu
diperhatikan oleh bukan sahaja oleh pembuat dasar bahkan juga oleh sarjana-sarjana seperti
isu rundingan dagangan antarabangsa dan konflik etnik tertentu. Sehubungan
dengan itu, pembuat-pembuat dasar mempunyai dua bentuk respons terhadap isu-isu tersebut
iaitu sama ada secara bekerjasama atau berkonflik. Pilihan yang dibuat sudah tentu
mempengaruhi bentuk hubungan antara sebuah negara dengan negara-negara lain. Dalam hal
ini, sarjana-sarjana hubungan antarabangsa memberi penekanan pada kedua-dua bentuk
hubungan dalam kajian mereka.
Skop kajian dalam hubungan antarabangsa adalah luas dan bergantung kepada bidang-
bidang yang berkaitan dengan hubungan antara negara-negara. Secara tradisi, hubungan
antarabangsa lebih mengkaji permasalahan mengenai peperangan dan keamanan iaitu bidang
yang dikaji dalam pengajian keselamatan antarabangsa. Sekitar tahun 1950-an hingga 1960-
an, selain mengkaji mengenai peperangan dan keamanan, hubungan antarabangsa turut
mengkaji isu-isu seperti diplomat, pembentukan pakatan dan perjanjian, serta pembangunan
dan pengukuhan kuasa tentera. Selepas Perang Dingin tamat, tumpuan kajian hubungan
antarabangsa yang berteraskan isu keselamatan diperluaskan. Ia bukan lagi bersifat kajian
yang menyentuh berkenaan perlumbaan kuasa ketenteraan antara kuasa-kuasa besar dunia
bahkan turut melibatkan konflik serantau, konflik etnik dan perdagangan. Penglibatan sarjana-
sarjana hubungan antarabangsa dalam proses pembuatan dasar luar negara turut meningkat
akibat perkaitan secara langsung antara bidang-bidang yang dikaji dengan isu-isu yang
dihadapi oleh negara-negara pada ketika itu.

Pada sekitar 1970-an dan 1980-an, kajian dalam hubungan antarabangsa meluas kepada
tumpuan kajian mengenai ekonomi kerana hubungan antara negara pada ketika itu lebih
didominasi oleh hubungan ekonomi. Peristiwa kejatuhan harga minyak di pasaran pada 1973-
1974 dan 1979-1980 menyebabkan jurang hubungan antara negara-negara semakin jauh
terutamanya kedudukan antara negara maju dengan negara membangun.Hubungan yang
bersifat ekonomi ini turut melibatkan isu-isu sampingan yang lain seperti isu alam sekitar,
migrasi, pemindahan teknologi, pelaburan terus asing dan sebagainya. Berdasarkan kepada
perkembangan tersebut, beberapa sarjana menganggap hubungan antarabangsa tidak tepat
jika dikaji dengan menggunakan kaedah politik tetapi seharusnya turut dikaji daripada perspektif
ekonomi. Justeru itu, bidang politik ekonomi antarabangsa diperkenal dan memberi saingan
pada bidang kajian keselamatan antarabangsa yang lebih mendominasi hubungan
antarabangsa sebelumnya.
Proses globalisasi yang melanda pada dekad 1990-an merubah tumpuan kajian dalam
hubungan antarabangsa kepada peranan aktor-aktor selain daripada negara yang turut
berperanan menentukan perjalanan sistem antarabangsa. Namun ini tidak sama sekali
mengetepikan negara secara langsung sebagai aktor yang paling penting dalam kajian
hubungan antarabangsa. Bermula kurun ke 21, kajian hubungan antarabangsa kembali
kepada skop kajian yang tradisi iaitu mengenai isu keselamatan. Walaupun dunia dikejutkan
oleh serangan pengganas pada 11 September 2001 ke atas Amerika Syarikat, pengkaji
hubungan antarabangsa berpendapat ia bukanlah isu yang baru kerana ia masih berupa isu
keselamatan, konflik dan peperangan yang sebelum ini menjadi tajuk utama kajian dalam
hubungan antarabangsa. Konflik di Asia Timur, konflik di bekas negara Soviet dan konflik antara
India dan Pakistan adalah antara isu-isu yang berkaitan dengan keganasan dan konflik
Jelas di sini kajian dalam hubungan antarabangsa merangkumi pelbagai isu lain yang
bersilangan dan berkaitan dengan hubungan antara negara-negara dalam sistem
antarabangsa. Dalam kata lain, unit analisis dalam kajian hubungan antarabangsa masih
tertumpu pada aktor utamanya iaitu negara- bangsa. Apakah negara sahaja yang menjadi aktor
penting dalam hubungan antarabangsa? Buku ini cuba membincangkan pelbagai isu yang
berkaitan
dengan peranan pelbagai aktor-aktor dalam hubungan antarabangsa dalam pelbagai isu
merangkumi isu konflik etnik serantau, perdagangan dan perundangan. Dalam buku ini juga
perbincangan umum akan menyentuh mengenai bentuk hubungan antara pelbagai aktor dalam
pelbagai peringkat seperti hubungan diplomatik antara negara, krisis hubungan Utara-Selatan
dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai