Anda di halaman 1dari 12

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

PENGENALAN

Kewangan merupakan perkara asas dan paling penting dalam pentadbiran setiap negara di
dunia ini. Di Malaysia, kewangan diletakkan khusus dalam Perlembagaan dengan
menggariskan secara terperinci proses dan prosedur untuk menguruskan kewangan negara.
Kewangan melibatkan peruntukan, pengagihan, dan penggunaan sumber kewangan negara
dalam usaha untuk mecapai matlamat atau objektif negara secara ekonomik, cekap, dan
berkesan. (Axelrod, 1995:1)

1. DEFINISI PENTADBIRAN KEWANGAN

Financial Management: A process of implementing and managing financial control systems,


collecting financial data, analyzing financial reports, and making sound financial decisions
based on the analyses. Financial management requires knowing how to read and interpret
three key documents: a cash flow projection worksheet, a balance sheet, and an income
statement. (The Manager’s Electronic Resource Center)

Terdapat 2 konteks untuk mendefinisikan pentadbiran kewangan iaitu:

Definisi Asas menurut Harold Alderfer


 “satu pusingan yang bermula dengan pengenaan cukai sehingga perbelanjaan
terakhir” yang menggambarkan bahawa prntadbiran kewangan adalah
merupakan satu sistem yang asas dan penting atau ‘elementary’

Definisi Moden menurut PBB


 mentakrifkan pentadbiran kewangan sebagai “satu sistem yang mengandungi
elemen-elemen pembuatan keputusan seperti menentukan matlamat, program,
dan alokasi sumber, teknik-teknik pengurusan, penilaian, dan laporan.

Pentadbiran Kewangan juga didefinisikan sebagai satu proses di mana kerajaan


menggunakan langkah-langkah tertentu bagi memperolehi dan memperuntukkan sumber-
sumber kewangan berdasarkan kepada keutamaan tertentu.

1 194707
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM PENTADBIRAN KEWANGAN

Terdapat beberapa elemen penting dalam pentadbiran kewangan yang sangat berkait rapat
dan saling bergantung antara satu sama lain demi menjamin ekonomi negara. Elemen-elemen
tersebut ialah:

Belanjawan Negara
Dasar Kewangan (Fiskal) Negara
Bidang Kuasa Kewangan
Kawalan-kawalan Kewangan

2. BELANJAWAN NEGARA

Forecasting is a complex process. For example, a state may use a number of different
analytical techniques and consult with a variety of policy makers, budgeters, finance officers,
and economists to estimate individual revenue sources as well as to develop the final revenue
forecast for the state. (Government Budget Forecasting Theory and Practise, page 29)

Belanjawan Negara adalah satu pernyataan hasil dan anggaran perbelanjaan masa hadapan
untuk perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara bagi memenuhi keperluan rakyat
bagi satu-satu tahun kewangan tertentu negara. Terdapat dua kategori peranan belanjawan
iaitu belanjawan sebagai alat dasar fiskal dan belanjawan sebagai alat pengurusan.

2.1 Belanjawan Sebagai Alat Dasar Fiskal


Fungsi Peruntukan : Daripada peranan untuk menjaga keamanan/
ketenteraman/hasil kepada meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat;
kemudahan infrastruktur; sekolah, klinik, jalanraya dll.
Fungsi Agihan : Mengagihkan hasil dan perbelanjaan secara adil dan saksama
mengikut keperluan; PPRT, subsidi bagi mengurangkan jurang ekonomi yang
berada dengan miskin; dasar percukaian progresif; dan pengagihan pendapatan
dengan saksama.
Fungsi penstabilan : Menstabilkan ekonomi melalui kawalan kenaikan harga;
pengurangan penggangguran; peningkatan guna tenaga; peningkatan
pertumbuhan ekonomi dan insentif pelaburan kepada swasta.

2 194707
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

2.2 Belanjawan Sebagai Alat Pengurusan


Alat Mengurus Sumber Kewangan: Belanjawan mengandungi maklumat
objektif negara yang ingin dicapai melalui strategi pemilihan aktiviti/projek yang
bijak dan sesuai berpandukan peruntukan dan dibelanjakan mengikut
perancangan yang telah disusun.
Dokumen Belanjawan dan Kewangan: Belanjawan menetapkan peruntukan
kepada agensi dibelanjakan mengikut kaedah yang telah ditetapkan; maklumat
dokumen belanjawan membantu pengurus mengawal kos dan penggunaan
sumber bagi mengelak pembaziran iaitu membelanjakan wang ke atas perkara-
perkara yang tidak menjadi keutamaan negara.
Alat Mengukur kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan:
Pengukuran prestasi belanjawan dibuat melalui laporan dan maklumbalas yang
disediakan berasaskan perancangan belanjawan; kecekapan penggunaan
peruntukan yang telah diperuntukkan diukur daripada perbelanjaannya. Ini
adalah bertujuan untuk menilai sama ada objektif organisasi tercapai atau
sebaliknya.

Sistem Belanjawan yang digunakan mempengaruhi keberkesanan dan kecekapan pengurusan


sesuatu belanjawan. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah bijak bagi merangsang
ekonomi negara demi menjamin kesejahteraan rakyat. Ini adalah seperti yang dinyatakan
dalam Ucapan Budget Tahun 2010 yang telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib
Tun abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Negara iaitu:

a) Memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian     


Diutamakan;
b) Meliberalisasikan 27 subsektor Perkhidmatan dan Kewangan;
c) Melaksanakan NKRA dan KPI;
d) Memansuhkan garis panduan Jawatankuasa pelaburan Asing dan
menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS);
e) Melaksanakan program untuk meringankan beban rakyat termasuk Program
Perumahan Rakyat dan infrastruktur luar Bandar; dan
f) Melancarkan Amanah Saham 1Malaysia untuk menggalakkan pelaburan dan
meningkatkan pendapatan

Selain itu, bajet 2010 memberikan tumpuan kepada 3 strategi berikut:


3 194707
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Pertama Memacu negara ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi;


Kedua Memastikan Pembangunan Holisitk dan Mapan; dan
Ketiga Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat

Malaysia telah melalui pengalaman dalam menguruskan belanjawan pada zaman yang
berbeza-beza melalui beberapa sistem belanjawan sehinggalah ke sistem belanjawan yang
telah diamalkan sekarang. Sistem-sistem belanjawan tersebut ialah:

Sistem Belanjawan Zaman Masyarakat Melayu Tradisi (MMT)

Sistem Belanjawan Zaman Penjajahan

Sistem Belanjawan Selepas Merdeka

Item Belanjawan Lini

Sistem Belanjawan Program Dan Prestasi (SBPP)

Sistem Belanjawan Diubahsuai

3. DASAR KEWANGAN (FISKAL) NEGARA

Terdapat beberapa dasar yang sering dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu dasar fiskal,
dasar kewangan, kawalan langsung dan dasar sebelah penawaran. Kerajaan mempengaruhi
dalam kegiatan ekonomi negara dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi dan
menstabilkan kedudukan ekonomi negara (INTAN 1991:661). Perbendaharaan Malaysia telah
diamanahkan untuk menggubal dan melaksanakan dasar fiskal kewangan dan ekonomi bagi
mempertingkat pengagihan serta pengurusan sumber kewangan dilaksanakan dengan cekap
dan berkesan. Dasar ini diwujudkan untuk mengatasi masalah ekonomi yang paling utama
iaitu inflasi atau pengangguran.

Inflasi merupakan satu masalah ekonomi yang merujuk kepada kenaikan tingkat harga umum
secara berterusan dan tidak terbatas. Punca utama inflasi ialah lebihan perbelanjaan yang
wujud dalam sesebuah ekonomi yang telah mencapai guna tenaga penuh, kenaikan kos
pengeluaran dan harga barang import. Inflasi dianggap sebagai satu masalah ekonomi kerana

4 194707
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

ia akan menyebabkan kos hidup masyarakat meningkat dan seterusnya taraf hidup
masyarakat akan menurun.

Pengangguran pula merupakan jumlah tenaga buruh yang sanggup dan mampu bekerja,
tetapi tidak mendapat pekerjaan pada tingkat upah tertentu. Pengangguran adalah berpunca
daripada penggantian buruh dengan mesin, kemunduran dalam industri, kemelesetan
ekonomi. Terdapat pihak yang mengatakan bahawa pengangguran adalah berpunca daripada
3 faktor iaitu faktor kehilangan kerja, faktor meniggalkan pekerjaan dan faktor tenaga buruh
baru dan kemasukan semula tenaga buruh. Matlamat dasar ini digubal adalah untuk
memastikan penurunan kadar pengangguran iaitu peningkatan kadar guna tenaga,
pertambahan pendapatan negara/keluaran negara dan peningkatan pencapaian ekonomi.

3.1 Dasar Fiskal

Dasar fiskal ialah dasar perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai demi mengatasi
inflasi dan kemelesetan ekonomi. Kesan dasar fiskal menjadi lengkap   apabila bank
pusat melaksanakan dasar kewangan yang selaras dengan   tujuannya pada masa
yang sama. Terdapat dua jenis dasar fiskal iaitu pemantap automatik dan dasar budi
bicara. Pemantap automatik adalah alat kerajaan yang dapat mengecilkan keadaan
melambung-meleset ekonomi secara automatik (Lai Mooi Chang, 2001). Terdapat
beberapa jenis pemantap automatik iaitu pengenaan cukai, bayaran pindahan kerajaan
dan dasar harga maksimum-minimum. Semasa keadaan ekonomi melambung,
pendapatan masyarakat akan meningkat dan seterusnya permintaan agregat juga
meningkat. Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan harga umum, pengenaan
cukai pendapatan akan mengurangkan pendapatan boleh guna masyarakat. Serentak
dengan itu juga dasar harga maksimum akan dilaksanakan bagi menghalang kenaikan
tingkat harga melebihi tingkat harga maksimum. Ini akan mengakibatkan peningkatan
permintaan agregat dapat dikurangkan dan kenaikan tingkat harga umum dapat
dikecilkan. 

3.2 Dasar Kewangan

Dasar kewangan ialah langkah-langkah bank pusat untuk mempengaruhi kegiatan


ekonomi melalui kawalannya terhadap bekalan wang dan kadar bunga dan mengubah

5 194707
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

penawaran wang dalam ekonomi demi mengatasi inflasi dan kemelesetan ekonomi.
Kesan dasar kewangan menjadi lengkap apabila kerajaan melaksanakan dasar fiskal
yang selaras dengan tujuannya pada masa yang sama.

Dasar kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu dasar kewangan kuantitatif dan
kualitatif (Lai Mooi Chang, 2001). Dasar kewangan kuantitatif ialah langkah-langkah
bank pusat mempengaruhi penawaran wang dan kadar bunga manakala dasar
kewangan kualitatif ialah langkah-langkah bank pusat mempengaruhi bentuk pinjaman
dan pelaburan bank-bank perdagangan. Pada masa inflasi iaitu kenaikan tingkat harga
umum berterusan dan tidak terbatas, perbelanjaan agregat melebihi penawaran
agregat. Maka pelaksanaan dasar kewangan menguncup yang menyebabkan
pengurangan bekalan wang dan kenaikan kadar bunga dapat mengurangkan pelaburan
dan perbelanjaan agregat sehingga mencapai keseimbangan dengan penawaran
agregat untuk mengurangkan inflasi. Manakala pada masa deflasi iaitu kadar
pengangguran yang tinggi, perbelanjaan agregat kurang daripada penawaran agregat.
Ini akan menyebabkan bank pusat melaksanakan dasar kewangan mengembang yang
menyebabkan pertambahan bekalan wang dan kejatuhan kadar bunga dapat
menambahkan pelaburan dan perbelanjaan agregat sehingga mencapai keseimbangan
dengan penawaran agregat untuk menggerakkan ekonomi negara seterusnya akan
dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Secara kesimpulannya, dasar kerajaan samada dasar kewangan atau fiskal akan memberi
kesan positif dalam jangka masa pendek tetapi boleh memberi kesan negatif dalam jangka
masa panjang. Sehubungan itu, kerajaan terutamanya melalui dasar kewangan akan sentiasa
melibatkan diri dalam ekonomi bagi mengurang dan mengelak kesan negatif kepada ekonomi
akibat daripada perubahan ekonomi domestik atau antarabangsa atau akibat daripada (kesan
negatif) dasar kewangan yang telah dijalankan sebelum ini.

4. BIDANG KUASA KEWANGAN

PERKARA 39, Perlembagaan: “Kuasa Pemerintah Persekutuan adalah terletak pada


Yang Di Pertuan Agong dan kuasa itu boleh dijalankan oleh mana-mana Menteri yang
diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi
tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain.”

6 194707
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Seksyen 6(1), Akta Tatacara Kewangan 1957 : “Berhubung dengan pengurusan


kewangan awam, Yang Di Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri
melalui Menteri Kewangan yang telah diberikuasa eksekutif oleh Badan Perundangan”

Menteri Kewangan adalah bertanggungjawab secara keseluruhan ke atas Pengurusan


Kewangan Kerajaan Persekutuan.

Seksyen 6(1), Akta Acara Kewangan 1957 (dipinda 1972) menyatakan :


“Pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan kawalan dan arahan bagi semua perkara
berhubung dengan hal ehwal Kewangan Persekutuan.…terletak hak pada Menteri.”

Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan yang memiliki sebuah Kerajaan Pusat yang
kukuh, dan mempunyai kuasa yang lebih tinggi berbanding Kerajaan Negeri. Perlembagaan
Persekutuan telah menggariskan secara ringkas yang menyatakan bahawa:

“Tidak ada sebarang cukai atau kadar yang boleh diberi bagi apa-apa tujuan dalam
Persekutuan tanpa mendapat kebenaran dari undang-undang Persekutuan (Perkara 96).
Undang-undang Persekutuan adalah merujuk kepada Perlembagaan selaku undang-
undang tertinggi negara, dan akta-akta yang dibuat oleh Badan Perundangan Persekutuan
(Parlimen).”

Perlembagaan telah menetapkan bahawa hanya Parlimen sahaja yang boleh mengenakan
sebarang cukai atau kadar ke atas mana-mana pihak. Segala hasil dan pendapatan utama
Persekutuan hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan hanya melalui
akta Parlimen sahaja akan membenarkan wang tersebut diagihkan atau dibelanjakan. Bagi
Kerajaan-kerajaan Negeri, mereka hanya layak memungut dan membelanjakan apa-apa hasil
yang diperoleh dalam bidang kuasanya seperti mana yang telah disenaraikan dalam Jadual
Ke-9 (Senarai Negeri).

5. KAWALAN - KAWALAN KEWANGAN

Kawalan - kawalan kewangan merupakan proses bagi memastikan kewangan negara ditadbir
dan diurus dengan cekap, berkesan, dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Di
Malaysia, pengurusan kewangan adalah dikawal melalui beberapa tahap tertentu antaranya

7 194707
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

ialah peruntukan perlembagaan, kawalan parlimen, kawalan eksekutif, dan kawalan


pentadbiran.

5.1 Peruntukan Perlembagaan

Seperti yang telah diketahui, Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dan


mana-mana pihak tidak dibenarkan untuk menggubal undang-undang dalam
Persekutuan yang bercanggah dengan Perlembagaan. Badan Perundangan
bertanggungjawab untuk menjalankan pengawalan ke atas perbelanjaan Kerajaan
melalui peruntukan-peruntukan Perlembagaan bahawa: (Arahan Perbendaharaan,ms 6)

Segala hasil daripada apa-apa punca jua pun hendaklah dimasukkan ke dalam
Kumpulan Wang Disatukan(KWDS), dan tiada apa-apa pembayaran boleh dibuat
daripada KWDS kecuali apabila peruntukan sebanyak yang ditetapkan bagi
maksud-maksud yang tertentu telah dibenarkan oleh undang-undang;

Apa-apa wang yang telah diuntukkan bagi sesuatu maksud yang khusus hendaklah
diserah balik kepada KWDS sekiranya tidak dibelanjakan bagi maksud tersebut
dalam tempoh yang dibenarkan baginya; dan

Akaun awam hendaklah diperiksa oleh Ketua Audit Negara dan laporannya mestilah
dibentangkan dalam Dewan Badan Perundangan yang berkenaan.

5.2 Kawalan Parlimen

Parlimen merupakan badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan memainkan


peranan penting dalam membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh
negara. Parlimen berhak meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan
kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan,
meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Parlimen mengawal perbelanjaan negara melalui rancangan perbelanjaan setiap tahun
yang dibentangkan dan diperdebatkan di Dewan Rakyat. Komitmen setiap agensi
kerajaan akan disoal dan diselidik sebelum kelulusan peruntukan diberikan. Semasa
peringkat ini juga, Ketua Audit Negara akan melaporkan laporan pengauditan beliau ke

8 194707
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

atas akaun awam sementara Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam akan memeriksa
laporan yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara tersebut. Hal ini menjelaskan
dengan terperinci, bahawa setiap tindakan kakitangan awam tidak akan terlepas
daripada pemeriksaan oleh pihak yang berkuasa.

5.3 Kawalan Perbendaharaan / Eksekutif

Perbendaharaan telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan agar hal ehwal negara


dijalankan dengan teratur dan berkesan. Perbendaharaan bertindak mengawal dengan
lebih cermat atas setiap perbelanjaan semua jabatannya dan ke atas semua perkara
mengenai tatacara kewangan dan perakaunan, termasuklah tatacara bagi memungut,
menyimpan, dan membayar Wang Awam dan tatacara pembelian, penyimpanan, dan
pelupusan Aset Awam. Kawalan Perbendaharaan juga melibatkan permohonan
peruntukan daripada agensi awam bagi mengadakan sesuatu program.
Perbendaharaan hanya akan menyalurkan peruntukan kepada agensi-agensi awam
tersebut mengikut jumlah yang telah diluluskan oleh badan perundangan dengan syarat
mereka dikehendaki mengemukakan sebuah laporan perbelanjaan kepada
Perbendaharaan. Perbendaharaan mengawal akauntabiliti agensi awam melalui
penguatkuasaan prosedur dan amalan yang dikenakan ke atas agensi-agensi yang
menerima wang rakyat.

5.4 Kawalan Kementerian/Jabatan/Pentadbiran

Kawalan yang dilaksanakan dalam setiap kementerian dan jabatan terletak di tangan
seorang pegawai pengawal yang dilantik. Mereka dipertanggungjawabkan untuk
memastikan perjalanan kewangan organisasi mereka dibuat berdasarkan prinsip legaliti
dan akauntabiliti serta menggunakan instrumen-instrumen akauntabiliti yang berkesan.
Mereka dibenarkan untuk menurunkan kuasa tersebut ke peringkat bawahan tetapi
beliau tidak dibenarkan untuk melepaskan amanah dan tanggungjawab asal yang diberi
kepadanya.

KESIMPULAN

9 194707
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Kewangan merupakan aspek penting dalam pentadbiran sesebuah negara demi memastikan
setiap peruntukan dan perbelanjaan negara diselia dan dikawal dengan cekap, berkesan dan
mematuhi setiap aspek dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan
menjadi garis panduan tentang proses dan prosedur pentadbiran kewangan dalam
membentuk negara Malaysia sebagai negara demokrasi. Maka, terdapat empat perkara
penting dalam skop pentadbiran kewangan iaitu belanjawan, dasar kewangan(fiskal) negara,
bidang kuasa kewangan, dan kawalan-kawalan kewangan. Belanjawan adalah merujuk
kepada anggaran perbelanjaan dan hasil, serta strategi-strategi yang bakal diambil oleh oleh
negara dalam menghadapi suasana ekonomi semasa. Dasar Kewangan(Fiskal) Negara pula
merujuk kepada tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi menstabilkan dan
menghadapi masalah ekonomi. Bidang kuasa kewangan adalah had-had kuasa dan
tanggungjawab badan dan institusi tertentu dalam menguruskan hal ehwal kewangan negara.
Dan kawalan-kawalan kewangan merupakan proses untuk memastikan supaya kewangan
negara ditadbir dengan cekap, berkesan, adil dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.
Seperti matlamat kerajaan dalam Ucapan Bugdet 2010 pada 23 Oktober 2009 yang lalu,
melalui strategi yang pertama iaitu “Memacu Negara Ke Arah Ekonomi Berpendapatan
Tinggi”. Strategi ini menyenaraikan beberapa langkah utama iaitu antaranya dengan
meningkatkan pelaburan swasta, menyediakan persekitaran mesra perniagaan, pelaksanaan
inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta(PPP), dan mempergiatkan kemasukan pelaburan
asing.

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
Bahan Dari Buku

Aaron Wildavsky.(2001). Budgeting and Governing. New Jersey : Transaction Publisher.

10 194707
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Ahmad Martadha Mohamed, Mohd Nazri Baharom, Muhamad Ali Embi, Ruslan Zainuddin,
Saadon Awang. (2007). Asas Pentadbiran Awam
Amrin Buang (Ed.) (1990). Dasar-dasar utama kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Chamhuri Siwar & Surtahman Kastin Hasan. (2001). Ekonomi Malaysia (edisi ke-4). Petaling
Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Jinping Sun, Thomas D.Lynch (Ed). (2008). Government Budget Forecasting Theory and
Practice. USA : Auerbach Publication.
Lai Mooi Chang. (2001). Makroekonomi. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia  Sdn.
Bhd.
Samihah Khalil, Siti Alida John Abdullah, Subri Hasim. MGF2113 Pentadbiran Kewangan.
Shamsudin Ismail. (1998). Pengenalan Pengurusan Kewangan. Selangor : Percetakan Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Faudziah Zainal Abidin, Nasruddin Zainudin, Faizah Ismail, Nurwati Ashikkin Ahmad Zaluki.
(2007). Pengurusan Kewangan Teori Dan Aplikasi. Selangor : Pearson Education
Malaysia Sdn. Bhd.

Rujukan Elektronik
Aisaluddin Abu Bakar. (13 Jun 2006). Kepentingan Dasar Ekonomi. (atas talian)
http://aisaluddin.multiply.com/journal/item/19/Kepentingan_Dasar_Ekonomi
Arahan Perbendaharaan. (atas talian)
http://www.treasury.gov.my/pdf/lain-lain/arahan_perbendaharaan.pdf
Md. Azhan Bin Samat. Pengenalan Kepada Pengurusan Kewangan Di Sektor Awam.
(atas talian) http://www.nre.gov.my/BM/intranet/Nota
%20PTK/Bab_Pengurusan_Kewangan.pdf
Mohd Noh Bin Md. Yunus. Bincangkan Peranan Dan Bidang Khusus Parlimen, Kementerian
Dan Jabatan Dalam Sistem Pentadbiran Awam. (atas talian)
http://www.scribd.com/doc/22714127/Bincangkan-peranan-dan-bidang-khusus-parlimen-
kementerian-dan-jabatan-dalam-sistem-pentadbiran-awam-negara-oleh-Zulkifli-Ajoi
Mohd Zamri Bin Shahdan. Pengenalan Kepada Belanjawan Negara. (atas talian)
www.kedah.gov.my/.../TUTORIAL%20PTK%20-%20BELANJAWAN%20NEGARA.ppt

11 194707
GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Parlimen Malaysia. (atas talian)


http://www.parlimen.gov.my/pengenalan-fungsi.htm
Perlembagaan Persekutuan. (atas talian)
http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/717_perlembagaan
%20persekutuan%201983.pdf
Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan. EEB2023 Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08.
(atas talian) http://staf.uum.edu.my/aali/makro-nota-1.pdf
Sistem Belanjawan Negara. (atas talian)
http://platinum1mall.com/notes/kewangan/SISTEM%20BELANJAWAN%20NEGARA.ppt.
The Manager’s Electronic Resource Center. (atas talian)
http://erc.msh.org/mainpage.cfm?file=2.2.3h.htm&module=gmt&language=English
Vasanta Mony. (04 Januari 2010). Macroeconomics
http://www.segi.edu.my/sk/program/upload/73632d6804e413c2fbc246c46582ba0b.pdf
Wong Chee Ching. Sistem Belanjawan Negara
http://www.nre.gov.my/BM/intranet/Nota%20PTK/Bab_Sistem_Belanjawan_Negara.pdf
Zafeera2009. (18 Ogos 2009). Pengangguran. (atas talian)
http://www.scribd.com/doc/18743482/pengangguran
Zulkefly Abdul Karim, Aminudin Mokhtar, Mohd Azlan Shah Zaidi. Jurnal Ekonomi Malaysia
35(2001) 13 – 35. Dasar Kewangan, Sasaran Matlamat Pertengahan Dan Matlamat
Ekonomi.(atas talian)
http://pkukmweb.ukm.my/~aminudin/penerbitan/002-2-2001[J].pdf

12 194707

Anda mungkin juga menyukai