Anda di halaman 1dari 7

KURSUS INDUKSI UMUM GRED 17 BIL 5/2010

“DASAR-DASAR KERAJAAN – LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN


PERBELANJAAN KERAJAAN DALAM SESEBUAH ORGANISASI
TERUTAMANYA DALAM PERBELANJAAN UTILITI (SOALAN 1)”

NO KUMPULAN : DUA

NAMA KUMPULAN : HELANG

NAMA AHLI KUMPULAN


NO.
BIL NAMA NO. MYKAD
PESERTA
1 Asmuni Bin Hasbullah 770508-01-6611 8
2 Nani Ruhaidah Idris 781023-04-5100 67
3 Noor Hafizul Hakim Che Hashim 840523-13-5513 70
4 Farah Abd Malek 860402-30-5596 21
5 Noorol Mashitoh Johari 870411-02-6248 73
6 Amanina Ahmad 880607-26-5266 6
7 Norhayatie Selamat 850317-10-5574 86
8 Fadzly Bin Mohd Pauzi 830125-14-5901 19
9 Suhana Noraffandi 800920-01-5252 120
10 Nor Ayuni Safura Roselan 850129-11-5628 74
11 Zulfikri Jasmi 850422-13-5943 130
12 Nor Mimi Saifura Baharom 840715-08-5880 80

0
1) ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 2

ISI DAN HURAIAN 3

PENUTUP 5

RUJUKAN 6

1
2) PENDAHULUAN / PENGENALAN

Definisi dasar pada umumnya ialah suatu kenyataan mengenai hasrat bagi
mencapai sesuatu maksud atau kehendak manakala definisi bagi Dasar-dasar
Kerajaan (Awam) merupakan satu pengistiharan iaitu hasrat dan ideologi kerajaan
yang dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan, mendapatkan hasil dan
mencapai objektif. Setiap agensi menyediakan tiga prasarana asas untuk
kemudahan dan keselesaan kakitangan dan pelanggan iaitu bekalan elektrik,
bekalan air dan telekomunikasi. Kemudahan ini jika tidak diurus dengan sebaiknya
akan membebankan perbelanjaan kerajaan bagi memastikan segala kemudahan itu
terus berkekalan.

Perbelanjaan kerajaan merupakan salah satu pemboleh ubah yang penting dalam
identiti belanjawan fiskal dan perakaunan pendapatan negara. Justeru, kajian ini
menaksir arah hubungan jangka pendek dan jangka panjang antara komposisi
perbelanjaan kerajaan pusat (yang merupakan saiz kerajaan) dengan pertumbuhan
ekonomi. Ini bererti analisis turut mengambil kira kewujudan perubahan komponen
perbelanjaan tidak simetri mengikut kitaran perniagaan yang bererti pendapatan
negara dominan dipengaruhi oleh jumlah perbelanjaan kerajaan. Namun, didapati
banyak komponen perbelanjaan awam dipengaruhi oleh pendapatan Negara.

Penjimatan utiliti adalah salah satu daripada cara kerajaan untuk menjimatkan
perbelanjaan tahunan. Utiliti mengikut kamus dewan adalah bermaksud kemudahan
– kemudahan asas. Contohnya kemudahan bekalan elektrik, air dan perhubungan
telekomunikasi.

2
3) ISI DAN HURAIAN

Adalah menjadi tanggungjawab semua warga Kementerian untuk bersama-sama


mengambil inisiatif dan berusaha mengamalkan budaya berjimat cermat
penggunaan utiliti seperti air, elektrik, alat perhubungan dan bahan bakar serta
bahan-bahan lain hendaklah dipertingkatkan melalui penyediaan dan
penguatkuasaan peraturan dalaman Kementerian/Jabatan.

Pengguna di agensi kerajaan bukan ditujukan khusus untuk kakitangan kerajaan


tetapi termasuk juga pelanggan yang berurusan di agensi-agensi yang terlibat.
Penggunaan bilik air, surau, dewan dan sebagainya boleh menyumbang kepada
berlakunya pembaziran utiliti.

Sebagai langkah penjimatan, terdapat 3 cadangan di kemukakan seperti berikut:

i) Penjimatan Elektrik

ii) Penjimatan Air

iii) Penjimatan Alat Perhubungan Telekomunikasi

i) Penjimatan Elektrik

Kakitangan awam hendaklah mengurangkan penggunaan lampu pada


waktu rehat dan memastikan setiap lampu yang tidak digunakan
ditutup selepas waktu pejabat. Setiap jabatan hendaklah memastikan
penghawa dingin hanya beroperasi pada waktu pejabat dan pada hari
bekerja sahaja. Selari dengan penggunaan penghawa dingin, kipas
siling juga hanya digunakan sekiranya perlu sahaja. Kita juga
hendaklah memastikan komputer di meja masing-masing ditutup
sebelum balik. Ibu pejabat setiap jabatan digalakkan memperkenalkan
komputer yang menjimatkan elektrik bagi menggantikan komputer
lama yang menggunakan kadar elektrik yang lebih tinggi. Selain
daripada itu, setiap jabatan hendaklah memastikan peralatan elektrik di
pejabat dimatikan semasa tidak digunakan.

3
ii) Penjimatan Air

Setiap jabatan hendaklah mengoptimumkan penggunaan air di tandas


dan pantri serta memastikan pili air ditutup dengan ketat selepas
digunakan. Dalam konteks yang sama, kakitangan kakitangan awam
wajar bertanggungjawab menutup pili air apabila menyabun tangan,
muka, pinggan mangkuk dan seumpamanya. Sekiranya terdapat
sebarang kerosakan atau kebocoran pili air, tindakan dengan segera
hendaklah diambil. Jikalau berlaku kebocoran yang tidak disedari ianya
akan menambah kos pengurusan. Selain dari itu, prinsip mengecilkan
lubang kepala paip akan mengurangkan tekanan maka air tidak akan
keluar dengan laju. Setiap jabatan hendaklah melantik penyelia yang
bertugas untuk memantau penggunaan air secara berhemah oleh
kakitangan di jabatan tersebut.

iii) Penjimatan Alat Perhubungan Telekomunikasi

Setiap jabatan perlu memastikan hanya pegawai tertentu yang layak


sahaja dibekalkan talian telefon dan perlu diselaraskan oleh pihak
Pentadbiran. Perkongsian talian telefon adalah sangat digalakkan.
Setiap panggilan peribadi atau persendirian hendaklah direkod didalam
buku daftar untuk memastikan pungutan semula bayaran perlu dibuat
ke atas pegawai berkenaan dan pemantauan ke atas panggilan
persendirian perlu dijalankan dari semasa ke semasa mengikut
keperluan. Adalah menjadi tanggungjawab semua kakitangan awam
memastikan penggunaan telefon, mesin faks dan mesin fotostat
pejabat digunapakai untuk urusan rasmi dan apabila diperlukan sahaja.

4
4) PENUTUP DAN KESIMPULAN

Kesimpulannya langkah-langkah penjimatan perbelanjaan dalam sesebuah


organisasi terutamanya dalam perbelanjaan utiliti hendaklah diberi perhatian dan
diambil tindakan sewajarnya dalam usaha mengawal dan mengurus kewangan
secara berdisiplin dan berhemah.

Di samping itu, dengan penggunaan yang berhemah dan bijak dikalangan penjawat
awam dalam penggunaan utiliti maka sasaran kerajaan untuk menjimatkan dan
mengurangkan kos dapat dicapai dan dapat menjimatkan perbelanjaan seterusnya
meningkatkan pendapatan Negara.

5
5) RUJUKAN

1. http://www.treasury.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=934:majlis-perhimpunan-kementerian-
kewangan-malaysia&catid=53:ucapan&Itemid=251&lang=my
2. http://www.treasury.gov.my/pdf/percukaian/garispanduan-ee.pdf
3. http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/dataekonomi/2010/timeseries/FGOE
1970_2009.pdf
4. http://www.greenpeace.org/international/campaigns/climate-
change/take_action/your-energy/
5. http://www.wateruseitwisely.com/100-ways-to-conserve/index.php
6. http://www.pam.org.my/Library/cpd_notes/Energy-Efficiency.pdf
7. http://www.kkk.org.my/melayu/index.php?
option=com_content&view=article&id=85&Itemid=133

Anda mungkin juga menyukai