Anda di halaman 1dari 2

KEIMANAN MENGHAPUSKAN KERUNTUHAN AKHLAK

Dalam akhbar-akhbar selalu kita baca perkara-perkara maksiat yang menjadi-jadi benar di
kalangan bangsa kita.setiap hari ada saja berita berkenaan rogol, khalwat, zina, berbunuh-
bunuhan dan berbagai-bagai lagi.Apakah bangsa kita telah runtuh dari segi akhlak?Apakah
ini tidak memalukan bangsa kita?Kenapa selemah ini iman bangsa kita?

Nampaknya kita telah kembali ke zaman jahiliah, di zaman sebelum Nabi Muhammad s.a.w
dahulu.Orang pandai berkata-kata di mulut saja sedang hati dan kelakuannya berlawanan
dengan apa yang dikatakan itu.kita patut insaf dan sedar dari segala.Insaflah, sedarlah!

Soalnya sekarang ialah bagaimana hendak membasmi penyakit ini.banyak tindakan telah
diambil oleh orang-orang perseorangan dan pejabat agama dalam perkara ini.misalnya
pejabat agama mengadakan pasukan “mencegah maksiat”.menangkap orang-orang yang
berkhalwat di hotel-hotel, di taman-taman dan lain-lain lagi.menghukum orang-orang yang
bersalah dan lain-lain lagi.semua ini adalah tindakan yang baik belaka.

Namun begitu perkara itu masih berterusan juga.tidak juga kurang nya.hendaklah dicari benih
yang menimbulkan pokok keruntuhan akhlak yang membuahkan dosa dan noda itu.

Satu daripada sebab terjadinya perbuatan yang tidak diingini itu ialah kerana keruntuhan
moral.keruntuhan moral atau akhlak itu disebabkan tidak teguhnya iman.jika iman telah
teguh dan menjadi darah daging dalam jiwa kita, segala-galanya itu dapat dihindarkan.

Sekarang cari pula cara bagaimana hendak menanam iman yang gagah dijiwa kita.satu
daripada caranya ialah dengan didikan dan pelajaran.anak-anak dididik dengan iman
semenjak ia kecil lagi oleh ibu bapanya.diajar mengenal Allah dan hal-hal yang bersangkutan
dengan islam bersesuaian pula dengan jiwa, umur, dan kecerdasan otak mereka.tanggungan
ibu bapa amatlah penting.di sekolah pula guru-guru bertanggungjawab mengajar akhlak yang
mulia kepada murid-murid.ini tanggungjawab semua guru, bukan guru agama saja.dalam
siaran radio dan televisyen hendaklah dibanyakkan selingan-selingan yang bercorak
menimbulkan kesedaran berakhlak dan beriman, seperti selingan-selingan iklan perdagangan
yang selalu disiarkan itu.

Setiap orang islam hendaklah menyumbang pendapat, buah fikiran, tenaga, dan harta benda
dalam usaha meninggikan syi’ar islam mengikut yang terdaya oleh nya, oleh orang-orang
perseorangan atau pertubuhan untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t semata-mata.

Tugas alim ulama amatlah penting sekali membimbing umat kejalan yang benar semata-mata
kerana Allah dan mencapai keredhaan nya, bukan kerana wang, pangkat, sanjungan dan
kemewahan dunia semata-mata.

Mungkin juga satu cara mencegah maksiat yang secara negatif ialah hukuman yang ada
sekarang ini diperketatkan dan diperhebatkan lagi.sungguh pun mungkin tidak dapat
dijalankan hukuman seperti merejam dengan batu atau dihukum mati, kerana keadaan
suasana sekarang, tetapi hukuman yang ada sekarang ini hendaklah diperketatkan lagi,

Pandangan jiwa tauhid, 1986, abdul majid haji khatib, pustaka aman press sdn bhd, kota
bharu,kelantan
misalnya hukuman penjara 2 bulan dijadikan 10 tahun, hukuman denda dengan wang $100
itu ditinggikan hingga $3,000-00 dan sebagainya.mungkin juga hukuman denda itu jangan
dilakukan kerana orang-orang yang kaya dapat membayar denda dan mereka lepas begitu
saja.lain kali mereka buat lagi.kesedaran tidak juga timbul.tetapi jika dipenjarakan mungkin
kesedaran timbul pada mereka.

Walaubagaimana pun cara yang paling baik ialah dengan menanam iman kedalam hati setiap
orang islam.iman yang sebenar-benar timbul dari jiwa dan bersinar ke zahir dan batin kita.ini
dapat dilakukan dengan didikan yang tidak henti-henti dari guru-guru yang bijaksana dan
juga dari propaganda dan pelajaran islam yang dianjurkan oleh setiap anggota masyarakat
bangsa kita dan orang-orang lain kejalan yang diredhai Allah s.w.t agar kita tidak beramai-
ramai ditimpa Allah dengan bala dan petaka

Takutlah kepada kemurkaan Allah!

Pandangan jiwa tauhid, 1986, abdul majid haji khatib, pustaka aman press sdn bhd, kota
bharu,kelantan

Anda mungkin juga menyukai