Anda di halaman 1dari 364

KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 1

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 2

TANGGUH DAPAT ANAK

Amalan biasa pasangan keluarga, terutama di bandar

“SAYA baru berumahtangga. Namun, kami merancang untuk tidak mempunyai


anak bagi tempoh tiga tahun akan datang. Bukan kerana tidak suka, tetapi kami
ingin menikmati kehidupan sebagai suami isteri sepuas-puasnya.

“Apakah kaedah terbaik untuk mencegah kehamilan dengan tidak memakan pil
pencegah? Dan untuk pengetahuan doktor, kami tidak suka memakai kondom
sebab tidak mendatangkan kepuasan dan kenikmatan kepada kami.”

Ini soalan lumrah yang saya terima. Fakta menunjukkan amalan merancang
keluarga kini menjadi perkara biasa di kalangan pasangan lelaki dan wanita
yang berumahtangga, terutama di bandar.

Buat pengetahuan, tiada kaedah merancang keluarga yang boleh dikatakan


‘ideal’, dan tiada kaedah merancang yang 100 peratus berkesan.

Namun, beberapa kaedah boleh dicadangkan kerana memberi kesan tinggi


menghalang kehamilan, dengan SYARAT diamalkan dengan baik seperti kaedah
mengambil pil hormon, selain suntikan hormon.

Sama juga dengan kaedah kondom. Jika tidak digunakan dengan baik, ia boleh
terlucut. Ada juga kemungkinan bocor atau koyak, sekali gus mendedahkan
pasangan wanita kepada kehamilan jika perkara ini berlaku.

Bagaimanapun, ada sesetengah kaedah yang tidak boleh diamalkan jika belum
mendapat anak seperti meletakkan alat mencegah kehamilan di dalam rahim.

Sehubungan itu, jika kita fikir dan berasa tidak selamat atau sangsi dengan
semua kaedah merancang keluarga yang disebut di atas, tiada kaedah lain
untuk membantu selain cara semula jadi.

Kaedah ini boleh dilakukan dengan merancang hubungan kelamin ketika telur
sudah keluar. Ia dikenali sebagai kaedah semula jadi atau ‘natural method’.

Namun, perlu diingatkan yang ia juga hanya berkesan jika putaran haid wanita
itu tetap dan tepat.

Justeru, dalam satu bulan mungkin ada lebih kurang 10 hari yang mana kedua-
dua pasangan itu dapat melakukan hubungan seksual.

Bagi pasangan baru berkahwin, mungkin mereka sukar mengamalkan kaedah ini
berikutan daya kawalan nafsu masih terlalu ‘bergelora’ dan kerap memikirkan
untuk melakukan hubungan intim, sama ada wanita atau lelaki.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 3

Sehubungan itu, kaedah ini tidak disyorkan kepada mereka, terutama melihat
kebekersanan untuk mengelak kehamilan adalah 50 hingga 70 peratus,
walaupun diamalkan dengan baik.

Keadaan ni kerana ada kemungkinan telur boleh keluar cepat atau lewat. Ada
juga sperma yang boleh tahan lama dalam salur reproduktif wanita, dan ini
boleh menyebabkan wanita itu hamil.

Saya syorkan pil merancang yang kini ada bermacam-macam formula yang
mungkin sesuai untuk wanita yang ingin merancang keluarga secara berkesan.

Pil terkini kurang kesan sampingan dan selamat jika dibandingkan dengan pil
dulu. Bagi yang masih berasa was-was, saya syorkan anda kunjungi klinik
merancang keluarga terdekat untuk maklumat dan keterangan lanjut.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 4

RISAU ISTERI KEGUGURAN

Soalan

SAYA mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu. Yang merisaukan saya
ialah, saya cepat terpancut awal sebelum isteri klimaks. Isteri mengatakan,
pancutan pramatang saya adalah punca menyebabkannya sukar mengandung.

Awal tahun ini, isteri disahkan mengandung oleh doktor tetapi selepas dua
bulan, darah terkeluar sedikit demi sedikit seperti orang datang haid.

Apabila membuat pemeriksaan semula, doktor mengesahkan isteri saya


keguguran disebabkan kandungan tidak berapa sihat.

Soalan saya ialah, adakah pancutan pramatang boleh menyebabkan saya sukar
mendapat zuriat dan bagaimana hendak mengatasi masalah ini?

JOE
Kedah

Jawapan

Jarang klimaks cepat atau ejakulasi pramatang menyebabkan masalah


kesuburan. Ini hanya berlaku jika air mani tidak sempat disalurkan ke dalam
faraj, iaitu pancutan air mani berlaku di luar faraj.

Mengenai kemungkinan masalah kesuburan berlaku akibat air mani terkeluar


dari faraj, ini juga jarang berlaku jika bilangan sperma mencukupi dan banyak
sperma aktif dan berbentuk normal.

Yang menjadi masalah apabila bilangan sperma sangat kurang, kerana ia tidak
membantu pencapaian kehamilan jika air mani keluar dengan banyak dari faraj
setiap kali selesai bersetubuh.

Untuk mengurangkan kemungkinan cepat klimaks, mungkin anda perlu memberi


lebih tumpuan kepada teknik bersetubuh. Mungkin cara yang saya jelaskan ini
dapat membantu sedikit sebanyak masalah anda.

Apabila ereksi (zakar menjadi keras), anda kemut untuk menyalurkan ereksi
sehingga masuk sedalam-dalamnya di dalam faraj. Lakukan dayungan ketika
zakar keras dengan mengemut.

Dayungan perlu dalam kawalan kemut dan geselan lebihkan ke langit faraj.
Apabila pasangan hendak dayungan yang cepat, lakukan juga dalam kawalan
kemut. Jika terpancut juga, dayung selagi ereksi ada.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 5

Saya juga ingin mengingatkan, anda harus memendekkan dayungan bagi


mengekalkan ereksi lebih lama. Semoga anda dan pasangan mencapai hasrat
menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 6

HUBUNGAN INTIM HALAL IBADAH

Soalan

SAYA melakukan oral seks bersama isteri dan ketika melakukannya, saya
menjilat air mazinya. Apakah saya akan dijangkiti penyakit kelamin?

Soalan kedua pula ialah, ketika berusia belasan tahun, saya kerap melakukan
onani menggunakan sabun. Apakah kesan yang akan saya hadapi? Adakah saya
akan menjadi mandul kerana sehingga hari ini saya belum mendapat zuriat?

AKHIR
Perlis

Jawapan

Mengikut Islam, hubungan seksual untuk mereka yang sudah berkahwin adalah
satu ibadah. Tiada apa batasan, kecuali melakukan hubungan seksual melalui
lubang najis dan ketika dalam waktu haid isteri.

Wajib untuk suami merangsang isteri sebelum mendekatinya. Mengikut Imam


Al-Nawawi dan Al-Suyuti, tiada masalah untuk pasangan merangsang antara
satu dengan yang lain sama ada menggunakan tangan atau mulut yang juga
termasuk lidah.

Yang mustahak ialah ia perlu dilakukan tanpa paksaan. Memandangkan


hubungan seksual itu satu ibadah, mustahak untuk pasangan lelaki dan wanita
membersihkan diri serta mengharumkan badan sebelum berintim.

Dalam keadaan itu, tiada masalah bauan yang sering menjadi punca
kehambaran seks.

Onani untuk pencegahan daripada berlakunya maksiat, boleh dilakukan dan jika
sudah berkahwin, ia dilakukan dengan pengetahuan pasangan dan semata-mata
untuk melegakan tekanan berjauhan daripada pasangan.

Untuk keselesaan, elok mengunakan krim atau jeli. Sabun mengeringkan. Tiada
sebab onani penyebab kemandulan lelaki atau wanita, jika anggota sulit dan
salur reproduktif wanita tidak tercedera.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 7

KETUMBESARAN DADA

Akibat tindak balas hormon Estrogen yang dihasilkan pundi Adrenal

BAGI lelaki sejati, mempunyai buah dada besar adalah perkara yang
memalukan.

Namun jika disebabkan obesiti dan lemak, ia bukan sesuatu yang


membimbangkan kerana hanya perlukan displin diet yang ketat.

Namun, perkara yang perlu diberi perhatian ialah buah dada membesar di
kalangan lelaki akibat Gynecomastia.

Ia adalah istilah teknikal perubatan mengenai fenomena buah dada lelaki


membesar.

Antara Gynecomastia paling kerap berlaku dikenali sebagai ‘Pubertal Mastitis’


atau ketumbesaran buah dada akibat akil baligh, yang mana isu ini pernah saya
kupas sebelum ini.

Ia berlaku akibat tindak balas hormon Estrogen yang dihasilkan pundi Adrenal
dan pada masa sama akibat buah zakar membesar pada peringkat awal baligh
tetapi mengecut dua atau tiga tahun kemudian.

Bagaimanapun, perkembangan dunia perubatan baru-baru ini mendedahkan,


keghairahan lelaki untuk meningkatkan kemampuan seksual mereka tanpa
memikirkan bahan yang diambil akan memberi kesan dahsyat.

Antaranya ialah beberapa krim herba yang mengandungi butea superba, minyak
lavender dan minyak tea tree jika digunakan sebagai krim badan atau untuk
anggota sulit sebagai krim ‘pembesar’ zakar boleh mengakibatkan kemunculan
buah dada di kalangan lelaki muda.

Sehubungan itu, adalah penting untuk berhati-hati apabila mengguna losyen


atau krim untuk alat sulit bagi mengelak tindak balas sampingan sehingga
mengakibatkan buah dada anda membesar.

Berbalik kepada masalah Gynecomastia, anda tidak perlu bimbang kerana


dengan rawatan bersesuaian, masalah ini dapat diatasi.

Misalnya, kes Hipogonadisme atau keadaan kekurangan hormon Testosterone di


kalangan lelaki yang menyebabkan tindak balas hormon Estrogen merangsang
ketumbesaran buah dada.

Apabila hormon Testosterone diberikan sebagai mengganti hormon yang


kurang, masalah ketumbesaran buah dada terkawal.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 8

Kadangkala ubat tertentu seperti ubat Cimetidine (untuk gastrik) atau


Ketoconazole (ubat nyah kulat) jika dimakan lama boleh menyebabkan
kemunculan buah dada di kalangan lelaki.

Lelaki yang mengalami kerosakan buah zakar atau kanser buah zakar
mempunyai buah dada besar seperti anak dara sunti.

Justeru, sangat mustahak untuk mana-mana lelaki sudah baligh dua atau tiga
tahun tetapi mendapati buah dadanya masih membesar supaya merujuk kepada
doktor untuk menjalani pemeriksaan buah zakar.

Kadangkala barah buah zakar itu kecil dan tidak dapat dirasa dengan cara
pemeriksaan kendiri.

Ujian darah Beta HCG dan Alfa-Feto Protein jika positif menggambarkan
kemungkinan barah buah zakar.

Lemak yang banyak di paras dada memberi gambaran seolah-olah buah dada
besar, tetapi itu bukan buah dada, sebaliknya lemak.

Sama juga dengan kes otot dada yang mantap akan kelihatan seperti buah dada
besar.

Lelaki gempal tidak perlu khuatir jika buah dada mereka besar.

Yang mustahak jika besar agak luar biasa, mustahak untuk berjumpa doktor
bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan sewajarnya.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 9

SUKAR DAPAT ANAK KEDUA

Soalan

SAYA mempunyai seorang anak yang lahir pada tahun pertama perkahwinan
saya. Selepas itu, saya dan isteri merancang keluarga menggunakan kondom.
Pada tahun keempat, kami bercadang mendapatkan seorang lagi cahaya mata.

Namun, setelah setahun setengah mencuba kami masih gagal. Buat


pengetahuan doktor, aktiviti seks kami tiada masalah dan berjalan seperti
biasa. Kami sudah berjumpa doktor dan diberitahu isteri saya sihat (mengalami
ovulasi) tetapi masalah adalah di pihak saya.

Doktor mengatakan jumlah sperma saya tidak cukup dan saya diberi pil herba
Tribestan keluaran Sopharma untuk mengingkatkan bilangan ‘Motility
Spermatozoa’. Untuk melihat kesannya, saya dinasihatkan memakan pil itu dua
hari sekali selama enam bulan.

Soalan saya ialah, apa menyebabkan jumlah Motility Spermatozoa saya tidak
cukup dan apakah cara lain yang lebih berkesan untuk saya mendapatkan anak?
Selain itu, apakah kesan pengambilan pil ini?

ADAN
Kepong

Jawapan

ZURIAT ialah anugerah Tuhan dan hanya Dia yang maha mengetahui masalah
sebenar dan dapat mengatasinya jika Dia izinkan.

Justeru, sambil berjumpa doktor untuk berusaha merancang anak kedua, anda
suami isteri perlu sentiasa berdoa supaya hajat anda tercapai.

Mengikut maklumat, isteri anda dapat menghasilkan telur. Hanya anda


mempunyai sperma yang kurang mantap dan mungkin kurang aktif.

Sehubungan itu, ada beberapa perkara yang anda perlu amalkan sebelum
mencuba ubat atau herba penyubur.

Jika merokok, berhenti terus kerana bahan dalam asap rokok menekan kilang
sperma dan mengakibatkan sperma kurang aktif serta tidak berbentuk normal.

Anda perlu memakai seluar dalam longgar supaya buah zakar tidak berada
dalam suasana kepanasan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 10

Dalam kepanasan, kilang sperma akan menjadi kurang aktif dan sperma mudah
kelihatan ‘letih’ atau tidak aktif.

Teruskan makan Tribestan. Ia bukan ubat, tetapi herba yang didapati dapat
membantu mengaktifkan kilang sperma dan sel Sertoli dan sel Leydig untuk
pemantapan sperma.

Herba ini tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan.

Jika dalam masa enam bulan, keadaan masih tidak berubah, anda perlu
berjumpa semula pakar sakit tuan untuk ‘second opinion’ (pandangan sekali
lagi).

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 11

RISIKO ZURIAT PASANGAN SEPUPU

Soalan

SAYA ingin mendapat penjelasan daripada pandangan perubatan moden apakah


implikasi terhadap zuriat yang bakal dilahirkan nanti bagi mereka yang
berkahwin dengan sepupu, terutama sepupu rapat.

Benarkah anak yang bakal dilahirkan nanti akan mengalami kecacatan, kurang
cerdik, berpenyakit turun temurun atau seumpamanya? Saya berharap doktor
dapat memberikan penjelasan terperinci.

EUSOFF
Subang Jaya

Jawapan

PERKAHWINAN antara sepupu dihebohkan bakal melahirkan zuriat yang kurang


mantap, termasuk kemungkinan terencat.

Mengikut kajian yang pernah dijalankan beberapa pakar kebakaan atau


geneticist ke atas perkahwinan antara sepupu, didapati risiko mendapat anak
terencat ialah 4-6 peratus lebih kurang sama dengan anggaran keterencatan
janin yang dihasilkan wanita berusia 40 tahun ke atas.

Ini menunjukkan risiko kahwin dengan sepupu dan mendapat anak terencat
tidak begitu serius dan mungkin disalah tafsirkan banyak pihak.

Nenek moyang kita mungkin berkahwin antara sepupu dan didapati


cendakiawan seperti Albert Einstein dan Charles Darwin berkahwin dengan
sepupu, tetapi anak mereka bijak dan handal.

Jika ditinjau kadar kekerapan, perkahwinan antara sepupu adalah besar di


dunia. Di Arab Saudi sebagai contohnya, 30 hingga 80 peratus daripada rakyat
mereka berkahwin dengan sepupu masing-masing.

Di dalam Islam tiada halangan untuk berkahwin dengan sepupu, kecuali itu
bukan pilihan atau keluarga mereka diketahui mempunyai penyakit keturunan.

Bagi saya sendiri, tiada sebab kenapa pasangan yang secara kebetulan sepupu
tidak boleh berkahwin jika mereka sangat mencintai satu dengan yang lain.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 12

‘MATI’ SETENGAH JALAN

Soalan

SAYA ada beberapa soalan. Yang pertama, di manakah klinik atau hospital yang
sesuai untuk saya membuat rujukan berkenaan sakit tuan. Adakah klinik khas
untuk rujukan?

Soalan kedua, setelah membaca ruangan Sakit Tuan, saya mungkin mengalami
DE tahap awalan iaitu tidak dapat masuk ke dalam faraj kerana zakar tidak
cukup keras dan mengendur atau ‘mati’ setengah jalan. Hal ini kerap berlaku
pada saya.

Oleh itu saya mencari kaedah rawatan sesuai untuk mengatasi masalah ini.
Untuk pengetahuan doktor, saya baru mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu
dan belum ada tanda kehamilan pada isteri.

Adakah saya menghadapi masalah seksual kerana kerap bermimpi basah,


dengan paling kurang tiga kali seminggu?

ZAINAL
Dungun

Jawapan

Bagi melakukan seks penetratif, ereksi perlu kekal keras supaya dapat
disalurkan ke dalam anggota sulit wanita. Jadi tahap ereksi patut pada gred 5
jika tidak gred 4.

Untuk makluman, Gred 0: Tiada apa-apa. Gred 1: Hanya zakar kembang/tidak


keras. Gred 2: Zakar kembang dan keras, tetapi tidak cukup keras untuk
disalurkan ke dalam faraj. Gred 3: Zakar kembang dan keras dan dapat masuk
50 peratus. Gred 4: Zakar kembang dan keras, kadangkala bengkok ketika
hendak salurkan ke dalam faraj. Gred 5: Zakar kembang dan keras, tiada
masalah untuk masuk.

Tahap ereksi dapat dipertingkatkan dengan mengemut, iaitu mencengkam otot


lubang najis dan lubang kencing, sebelum langsung sorong. Jika ereksi kurang
memuaskan, kemungkinan besar darah tidak cukup masuk dalam liang otot
zakar.

Makan ‘ubat kuat’ yang biasa dijual di pasaran jualan langsung (MLM) dan
farmasi boleh dilakukan jika ‘ubat’ itu tidak mengandungi ubat larangan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 13

Yang membimbangkan ialah, kebanyakan ‘ubat kuat’ mengandungi sedikit PDE5


Inhibitor saperti Viagra atau Cialis yang dianggap haram atau salah atau
disalahgunakan pengusaha dan pengedar ubat kuat.

Jadi saya tidak syorkan ubat sebegitu kerana takut kesan sampingan. Yang
paling baik ialah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat
bimbingan dan rawatan profesional.

Mengenai pengalaman anda mengalami mimpi basah beberapa kali seminggu, ia


perkara biasa dan bukan masalah serta tiada kaitan dengan masalah yang anda
alami. Jika anda hendak berjumpa, saya ada di Damai Service Hospital, Jalan
Ipoh, Kuala Lumpur atau telefon 03-40434900.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 14

SOAL ‘DARA’ TIDAK PENTING

BANYAK soalan diterima daripada lelaki yang ingin tahu ‘rahsia’ sama ada
wanita yang bakal dikahwininya masih dara atau tidak.

Ada yang berazam meninggalkan kekasih mereka jika tiada dara, dengan ada
yang menggelar mereka ‘wanita kotor’.

Saya berasa perlu mengingatkan golongan ini yang perkahwinan adalah


tuntutan dan sebahagian daripada agama. Ia bukan sekadar soal dara atau
tidak.

Perkahwinan jauh melangkaui perkara itu. Ia proses menambah zuriat di muka


bumi dan ini memerlukan satu ikatan sejati, penuh tanggungjawab dan bukan
sekadar mencuba dan mencari jalan keluar apabila keadaan menjadi keruh.

Saya mengambil contoh satu soalan di mana seorang jejaka mendakwa


kononnya dia berdepan dilema berat apabila wanita yang bakal dikahwininya
mengaku tiada dara.

Mengikut jejaka itu, bakal isterinya mendakwa dirogol bekas teman lelakinya
kira-kira empat tahun lalu, sekali gus menghadirkan kesan psikologi teruk.

“Sekarang hubungan kami renggang. Bagaimana saya hendak menerimanya lagi


apabila dia kehilangan dara kepada lelaki yang bukan suaminya.

“Saya juga risau kejadian itu mengubah keadaan alat sulitnya, dan bimbang
apabila mengadakan hubungan seks, saya tidak mendapat apa yang
diharapkan,” kata jejaka itu.

Nasihat saya kepada lelaki dan juga wanita ialah, jika boleh, kisah lampau
dibiarkan berlalu kerana bimbang menjadi igauan kepada pasangan dan
hubungan anda berakhir dengan episod sedih.

Namun, bagi kes di atas, kebenaran sudah diceritakan. Bagi lelaki, anda harus
melihat keikhlasan pasangan anda manakala perkara lampau tidak perlu
diperbesarkan kerana saya pasti ia berlaku bukan di atas kerelaan.

Yang pasti, bukan hanya sekali ternoda, alat kelamin wanita bakal menjadi
sama seperti mereka yang melahirkan anak. Malah, jika wanita itu tidak ikhlas,
banyak cara untuk dia menyembunyikan perkara yang berlaku.

Perlu diingatkan juga, pada zaman serba canggih dan moden sekarang, dengan
wanita turut ada di alam pekerjaan yang lasak, selaput dara mungkin pecah
atas banyak sebab dan bukan hanya kerana aktiviti seksual.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 15

Aktiviti bersukan seperti berbasikal adalah contoh. Onani juga boleh


menyebabkan selaput berkenaan terkoyak, walaupun tanpa melakukan seks
penetratif.

Sehubungan itu, nasihat saya ialah jangan terlalu memikirkan mengenai dara
bakal isteri. Yang penting ialah mendapat isteri beriman dan mampu
membahagiakan anda dalam hidup penuh kejujuran.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 16

MASALAH SENGGAMA

Soalan

SAYA baru mendirikan rumah tangga Januari lalu. Yang merunsingkan saya
ialah, sehingga hari ini saya belum dapat memasukkan zakar ke dalam
kemaluan isteri.

Isteri saya mengadu sakit kerana zakar saya terlalu besar. Usia saya 37 tahun
manakala isteri saya 28 tahun. Apa perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah
ini?

RAHMAN
Johor Bahru

Jawapan

Zakar ialah anggota kemaluan lelaki yang disalurkan ke dalam faraj wanita
apabila ia keras dan padat untuk tujuan seks penetratif.

Lelaki memerlukan kerjasama wanita untuk menyalurkan zakarnya ketika


hendak bersetubuh manakala pasangannya perlu melegakan pembukaan faraj,
memegang dan menghalakan ereksi pasangan ke pembukaan faraj.

Pada masa sama, wanita perlu melegakan ruang faraj supaya zakar mudah
masuk. Tanpa melegakan pembukaan dan ruang faraj, memang sukar
menyalurkan zakar ke dalam faraj.

Dalam keadaan gugup dan takut, wanita sukar memberi tumpuan. Sebaliknya,
dia akan mencengkam faraj dan sudah tentu pembukaan faraj tidak akan
kelihatan.

Apabila pembukaan faraj dilegakan, ia akan kelihatan berdekatan pembukaan


lubang najis. Jika bayi yang besar itu boleh keluar dari faraj dengan mudah,
tiada sebab kenapa zakar tidak dapat disalurkan ke dalam faraj.

Kemungkinan besar isteri anda mengalami masalah mengawal pembukaan


farajnya. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Vaginismus’. Isteri anda perlu berjumpa
pakar untuk menyelesaikan masalahnya.

Dapatkan juga cakera padat ‘Cinta, Perkahwinan & Kesihatan Seksual’ di


pasaran. Banyak maklumat mengenali cara mengendalikan malam pertama.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 17

ELAK SALAH GUNA PAM

SEBUT saja pam vakum, ia memang popular di kalangan lelaki yang ‘tidak
berpuas hati’ dengan alat sulit mereka. Justeru, tidak hairan wujud lambakan
produk itu di pasaran. Bagaimanapun, realitinya alat yang terkenal sebagai
‘alat senaman’ untuk lelaki itu tidak sesuai membesarkan alat sulit yang kecil.

Pam vakum adalah alat yang dapat menyedut darah masuk ke anggota tertentu
jika ia digunakan untuk tujuan meningkatkan kemasukan darah ke dalam
anggota itu. Apabila sedutan itu dilepaskan, darah yang masuk itu keluar
semula.

Jika sedutan itu dikekalkan, kemungkinan darah yang masuk tadi membeku,
menyebabkan anggota itu rosak. Barangkali, ada yang keliru kerana
penggunaan alat itu memang membuatkan alat sulit kelihatan besar.
Bagaimanapun ia hanya seketika, iaitu ketika proses sedutan.

Selepas sedutan dilepaskan, bentuk alat sulit kembali seperti biasa. Jika kerap
digunakan dan dibiarkan dalam tempoh lama, otot alat sulit boleh rosak dan
kulit menjadi panjang. Jika otot alat sulit rosak dan ada parutan, ia berisiko
menyebabkan zakar menjadi bengkok (Peyronie Disease).

Kadangkala kulit menggelembung akibat sedutan. Semua itu kesan negatif pam
vakum dan berbahaya jika digunakan untuk tujuan membesarkan alat sulit.

Pam vakum direka khas untuk meningkatkan kemasukan darah ke dalam alat
sulit untuk tujuan ereksi (ketegangan) dan getah penambat ereksi dipasang
sebelum sedutan dilepaskan.

Dalam keadaan sedemikian, ia memang berkesan untuk masalah seperti mati


pucuk dan untuk mendapat kekerasan ketika mahu menjalin hubungan intim.

Bagaimanapun, pam yang boleh digunakan hanya yang menjalani kawalan


piawaian atau ‘standard’ yang disyorkan. Ketika ini, ramai pengguna tertipu
apabila menggunakan pam yang tiada piawaian dan sesuai ditakrifkan sebagai
‘pam mainan’.

Begitupun, kaedah tanpa pembedahan yang sesuai serta diiktiraf untuk masalah
zakar kecil atau bengkok ialah alat penarik otot zakar atau ‘penile extender’
seperti Andropenis. Ia perlu digunakan mengikut panduan dan nasihat pakar.

Bagi lelaki, fikirkan semula hasrat menggunakan pam vakum. Anda hanya
memiliki satu alat kelamin dan ia tidak boleh ditukar ganti. Jika tidak dijaga
dengan baik, termasuk menggunakan alat yang salah untuk membesarkan alat
sulit, ia mungkin mendatangkan masalah.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 18

Jika teringin, gunakan pam vakum yang menjalani pemeriksaan piawaian dan
perlu mendapatkan nasihat doktor atau pakar dalam bidang berkaitan.

Jika ada masalah, anda perlu berjumpa doktor dan bukan penjual pam itu
kerana mereka tidak tahu apa perlu dilakukan terhadap masalah anda.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 19

HALA KEDUDUKAN

Soalan

SAYA pemuda berusia 21 tahun dan kini menuntut di institusi pengajian tinggi
awam (IPTA).

Saya ingin tahu, bagaimanakah kedudukan alat sulit yang betul ketika memakai
seluar dalam?

Adakah kedudukan alat sulit perlu dihalakan ke atas atau membengkok ke


bawah?

Saya sangat risau mengenai perkara ini. Saya harap doktor dapat memberi
penjelasan.

PEMUDA RISAU
Tampin, Negeri Sembilan

Jawapan

Dalam keadaan biasa dan tanpa pakaian, kerandut mengendur atau padat, dan
alat sulit terjuntai atau naik sedikit jika ia dalam keadaan separa ereksi
(tegang) atau pejal.

Jika memakai seluar dalam, keselesaan badan penting. Jika seluar dalam tidak
padat, anggota sulit dalam keadaan selesa, manakala kedudukan alat sulit
mengikut keadaannya iaitu jika ke bawah, maka ke bawah kedudukannya, jika
ereksi mungkin lebih selesa jika di atas.

Ada juga lelaki sengaja memposisikan alat sulit di depan, atas atau bawah.
Semua itu terpulang kepada keselesaan masing-masing.

Memakai seluar dalam ketat dan memposisikan zakar ke bawah ketika tidur
akan membuatkan ia melengkung ke bawah di kemudian hari.

Ini berlaku kerana otot sangkutan zakar di bawah tundun menjadi renggang.
Jarang alat sulit membengkok atau ‘patah’ kecuali ia terhempap badan sendiri.

Saya syorkan anda memakai seluar dalam longgar kerana ia memberi


keselesaan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 20

RISAU TIDAK BERFUNGSI

Soalan

SAYA pemuda berusia 25 tahun, tidak merokok dan tidak pernah melakukan
hubungan seks. Bagaimanapun, baru-baru ini alat sulit saya tidak tegang, malah
seperti tidak berfungsi. Adakah saya akan mengalami masalah ereksi ketika
berkahwin nanti?

MAT BINGUNG
Dungun, Terengganu

Jawapan

Ketika remaja, alat sulit melalui perubahan tumbesaran dan ketika itu memang
ereksi kerap dan sukar dikawal. Lama-kelamaan kekerapan ereksi terhad
kepada waktu tertentu seperti ketika lelaki itu mengalami rangsangan seksual
atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi atau malam.

Memang kekurangan ereksi pada waktu pagi menjadi tanda awal masalah
ereksi.

Bagaimanapun, jika anda boleh mencapai ereksi ketika dalam keadaan


terangsang dan kerap mengalami ereksi pagi dan ketika terasa hendak
membuang air kecil dan bangun pada waktu pagi, ia membuktikan anda sihat
dan fungsi ereksi anda normal.

Anda tidak boleh bandingkan situasi masa kini berbanding ketika anda remaja.
Kini, anda ada kawalan minda dan tidak akan mencapai ereksi jika anda tidak
mengizinkannya. Ini yang dikenali sebagai kawalan diri.

Justeru, jangan salah faham kerana jika anda mengalami tekanan dan tidak
yakin kepada kemampuan syahwat anda, anda boleh mengalami masalah
‘disfungi erektil psikologikal’.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 21

PRIHATIN NALURI ISTERI

ADA suami yang hanya memikirkan kepuasan diri ketika menjalin hubungan
intim. Natijahnya, si isteri kecewa sehingga beranggapan kepentingannya tidak
dipedulikan. Bagi pasangan suami isteri, situasi seperti itu berisiko menghakis
keharmonian rumah tangga.

Justeru, penting bagi suami mengambil berat kepuasan isteri. Ia bukan sesuatu
yang sukar kerana situasi itu boleh diubah jika suami tahu kemuncak syahwat
atau klimaks isteri.

Klimaks tercapai apabila anggota seksual itu mencapai kemuncak rangsangan.


Pencapaian kemuncak berbeza untuk semua wanita dan untuk sebilangan
wanita pula perasaan puas itu mencukupi untuk mereka.

Ada wanita mencapai klimaks dengan sentuhan intim saja dan belum sempat
suami melakukan persetubuhan penetratif. Ada yang mencapai klimaks dengan
sentuhan kepada klitoris atau dengan sentuhan intim menggunakan jari atau
lidah.

Ada juga yang mencapai kemuncak dengan menggesel lelangit faraj atau ‘G-
Spot’ (tiga sentimeter dari pembukaan faraj).

Sebilangan wanita susah mencapai klimaks dengan sentuhan atau persetubuhan


penetratif kerana masih ada perasaan risau dan takut jika mereka cedera atau
terluka kembali.

Mereka berasa sukar memberi tumpuan kepada bahagian faraj ketika hubungan
penetratif berlaku, terutama apabila mereka seolah-olah menjaga dan
mengawal kemasukan zakar ke dalam faraj kerana khuatir suami hilang
kawalan diri.

Mungkin apabila perasaan risau kepada hubungan penetratif kurang atau


langsung tiada, wanita itu tahu cara menggunakan faraj untuk berinteraksi
dengan ereksi suami.

Perasaan sebelum kemuncak rangsangan faraj adalah bahagian ‘G-Spot’ berasa


seperti hendak membuang air kecil dan sudah tentu ia boleh mengelirukan
wanita itu dan dia akan cuba menahannya.

Jika dibiarkan dan tidak mengawal perasaan itu serta ditingkatkan lagi
rangsangan, dia akan mencapai klimaks dengan ejakulasi wanita, yang mana
cecair itu datangnya dari ‘pundi paraurethral’ yang berdekatan lubang kencing.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 22

Jika dia dapat menikmati tindak balas rangsangan ‘G-Spot’, pengalaman ini
boleh digunakan sebagai sandaran untuk hubungan intim pada masa akan
datang.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 23

INGINKAN ANAK

Soalan

SEMUA orang sedia maklum bahawa air mani lelaki berwarna putih. Masalah
yang merunsingkan saya ialah air mani saya kekuningan.

Saya mempunyai seorang anak berusia tiga tahun, namun belum ada tanda
untuk anak kedua walaupun kerap melakukan persetubuhan.

Adakah kerana faktor warna menghalang saya daripada mendapatkan zuriat


kedua? Kenapa ia boleh berwarna kekuningan? Adakah disebabkan faktor
jangkitan?

Harap doktor dapat membantu menerangkannya serta memberikan alamat di


mana pemeriksaan dapat dijalankan.

RMNAR
Shah Alam

Jawapan

Warna air mani antara kelabu, putih dan kekuningan itu ada kaitan dengan
kandungan cecair daripada pundi prostat (kelabu dan putih) serta cecair
daripada pundi seminal (kekuningan).

Kadangkala air mani kelihatan cair dan jernih. Ini kerana proses kecairan air
mani cepat. Ketika terangsang dan cairan jernih keluar, itu ialah cairan
daripada pundi salur kencing dan cecair jernih yang keluar ketika mengemut
selepas membuang air kecil ialah cairan daripada pundi Cowpers.

Jika ada jangkitan, tentu semua pundi itu diserang radang dan cairan lebih
kekuningan. Untuk kepastian mengenai jangkitan, ujian air mani perlu
dilakukan.

Jika anda dan pasangan pernah menimang cahaya mata dan kini mengambil
masa, kemungkinan anda dan pasangan mengalami infertiliti sekunder.

Anda dan isteri perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan
akibat ‘infertiliti sekunder’. Pemeriksaan untuk anda ialah ujian air mani dan
untuk isteri ujian hormon untuk kepastian kemampuan untuk mengeluarkan
telur (ovulasi) dan x-ray rahim yang bergelar HSG.

Tempat paling terdekat untuk anda ialah Klinik Kesuburan, Kompleks Keluarga,
LPPKN, Seksyen 16, Shah Alam. Tel:03-55101231. Anda boleh membuat
temujanji.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 24

SAKIT KETIKA JIMAK

Soalan

SAYA mendirikan rumah tangga pada Januari lalu, tetapi sehingga hari ini saya
belum dapat lagi memasukkan zakar ke dalam faraj isteri. Setiap kali hendak
memasukkannya isteri saya mengadu sakit. Umur saya 37 tahun manakala isteri
28 tahun. Apa perlu saya lakukan?

RAHMAN
Johor Bahru

Jawapan

Lelaki memerlukan kerjasama wanita untuk menyalurkan zakarnya ketika


bersetubuh. Pasangan perlu melegakan pembukaan faraj, memegang dan
menghalakan ereksi pasangan ke pembukaan faraj dengan melegakan ruang
faraj supaya mudah untuk zakar masuk.

Tanpa melegakan pembukaan dan ruang faraj, memang sukar menyalurkan


zakar ke dalam faraj. Jika dalam keadaan risau, sukar untuk wanita itu
memberi tumpuan. Dia akan mencengkam faraj, menyebabkan pembukaan
faraj tidak kelihatan.

Jika bayi yang besar itu boleh keluar dari faraj dengan mudah, tiada sebab
kenapa zakar tidak dapat memasuki faraj.

Kemungkinan besar isteri anda mengalami masalah mengawal pembukaan


farajnya. Dalam keadaan takut atau risau, kawalan faraj tiada dan faraj boleh
mencengkam tanpa kawalan. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Vaginismus’.

Isteri anda perlu menemui pakar untuk menyelesaikan masalahnya. Dapatkan


cakera padat video (VCD) ‘Cinta, Perkahwinan dan Kesihatan Seksual’ di
pasaran. Ada banyak maklumat mengenai cara mengendalikan malam pertama.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 25

SANGGUP MEMBUJANG

KEBAHAGIAAN perkahwinan terletak pada alat sulit? Kedengarannya melucukan,


tetapi itulah ungkapan yang kerap dijadikan bahan bualan di kalangan lelaki.
Malah, ada yang terpengaruh sehingga sanggup membujang, bimbang apabila
berkahwin kelak tidak mampu memuaskan pasangannya.

Tidak dinafikan, hubungan keintiman seksual mustahak dalam perkahwinan.


Bagaimanapun, hubungan seksual bukan satu-satunya keperluan yang dapat
membina rumah tangga.

Keperluan lain seperti kemesraan, kasih sayang, keprihatinan, belaian,


penjagaan dan nafkah zahir juga mustahak.

Dalam Islam, perkahwinan digalakkan. Perkahwinan itu setengah daripada


agama dan yang lain, iaitu kemesraan, kedamaian rumah tangga dan zuriat
memantapkan keluarga itu.

Sentuhan intim mencetuskan perasaan syahwat dan membuka selera untuk


hubungan seksual. Anggota seksual anugerah Tuhan kepada kita dan memang
padan untuk kita mengikut baka dan keturunan.

Memang alat sulit satu keajaiban yang dianugerah Tuhan kepada manusia tetapi
ia tidak perlu ditokok tambah, melainkan jika ada masalah yang hanya dapat
dikenal pasti oleh doktor, bukan dukun, tukang urut atau rakan.

Alat sulit kelihatan kecil dalam keadaan biasa dan untuk lelaki gemuk ia
termasuk dalam lemak tundun. Keadaan menjadi luar biasa apabila ereksi
berlaku dan kelihatan terjojol.

Justeru, jangan terpedaya dengan cerita orang yang tidak tahu mengenai
keadaan zakar yang tidak sama antara satu individu dengan individu lain.

Dapatkan pemeriksaan doktor sebelum melakukan usaha bukan-bukan untuk


tujuan membesarkan zakar. Jangan membeli pam vakum untuk membesarkan
alat sulit kerana ia tidak mujarab dan mungkin memudaratkan.

Ada sistem tertentu (alat ‘penile extender’) yang dikenali sebagai Andropenis
yang dapat mempengaruhi bentuk dan saiz zakar. Ia boleh digunakan dengan
bimbingan doktor dan hanya disyorkan jika benar alat sulit individu itu kecil.

Jangan terpengaruh dengan maklumat di Internet mengenai ubat, senaman


atau makanan yang dapat membesarkan alat sulit kerana ia karut belaka.

Berwaspada dengan pihak tidak bertauliah yang mengesyorkan cara suntikan


untuk membesarkan alat sulit.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 26

Ia berbahaya dan mengakibatkan isi zakar kelihatan besar, tetapi ketika ereksi
berlaku, kekerasan tiada atau membuatkan zakar kelihatan kecil dan luas. Jika
itu berlaku, cara pemulihan hanya melalui pembedahan.

Berdasarkan maklumat yang diterima, kaedah berisiko itu kini diamalkan


sebilangan lelaki di Kuala Lumpur dan Pantai Timur dengan kos kira-kira RM500.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang mencuba berdepan pelbagai masalah.


Nasihat saya, jangan kerana mahu membesarkan zakar, nyawa tergadai!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 27

SUAMI DINGIN

Soalan

SAYA mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu. Bagaimanapun, sepanjang


melakukan hubungan seks, suami tidak dapat mengeluarkan air mani secara
normal walaupun sudah mencapai ejakulasi. Air mani hanya dapat keluar jika
menggunakan tangan. Suami saya juga dingin dalam hubungan kelamin. Diharap
pihak tuan dapat membantu.

ISTERI KELIRU
Bangi

Jawapan

Biasanya untuk lelaki, ejakulasi berlaku apabila mencapai kemuncak


rangsangan seksual. Sebahagian lelaki mudah mencapai ejakulasi dalam tempoh
singkat dan ia dikenali sebagai ‘ejakulasi pramatang’.

Ada pula yang lambat mencapai ejakulasi dan mengakibatkan pasangan berasa
tidak selesa dan kadangkala menyakitkan pasangan apabila faraj kering.

Situasi ini dikenali sebagai ‘retarded ejaculation’. Ada juga yang tidak
mencapai ejakulasi, tapi dia mencapai klimaks!

Untuk masalah suami anda, barangkali dia tidak mencapai ejakulasi. Ini boleh
berlaku jika dia tidak terangsang dengan persetubuhan itu kerana apa yang
dilakukannya dengan puan tidak merangsangkannya.

Masalah itu biasa berlaku kepada lelaki yang ketagih dengan rangsangan seksual
seperti onani. Dia akan mencapai ejakulasi jika seronok dengan cara yang
dilakukan kepada anggota sulitnya.

Ia dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’ dan dia perlu mendapat


rawatan profesional untuk mengatasi masalah ini jika dia tidak klimaks dengan
pasangannya.

Ada juga sebahagian lelaki yang tidak ejakulasi di depan, iaitu pancutan air
mani berlaku di dalam di bahagian pundi kencingnya. Ini dikenali sebagai
ejakulasi di belakang atau ‘retrograde ejaculation’.

Masalah itu boleh berlaku jika pundi prostat dibedah atau akibat penyakit
kencing manis yang dialami lelaki muda. Lelaki yang menghidap penyakit
kencing manis boleh berdepan risiko tidak mencapai ejakulasi walaupun berasa
sudah mencapai ejakulasi. Keadaan ini dikenali sebagai ‘dry ejaculation’!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 28

Saya syorkan suami puan berjumpa doktor. Jangan biarkan perkara ini
mengancam perkahwinan anda. Saya boleh dihubungi di Damai Service
Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 29

PENYAKIT ED BOLEH DIPULIHKAN

Soalan

ASSALAMUALAIKUM. Saya menghidap penyakit kencing manis kronik. Saya


menyedari sejak sebulan lalu saya seperti mengalami penyakit erektil disfungsi
(ED) atau bahasa mudahnya mati pucuk. Saya ingin bertanya, adakah penyakit
ED yang saya alami boleh disembuhkan atau adakah cara lain untuk
memulihkannya?

LAN
Sabah

Jawapan

Ereksi memerlukan kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar supaya
ia keras padat dan kekal tegang untuk tujuan hubungan seks penetratif.

Lelaki yang menghidap penyakit kencing manis kronik lambat laun akan
mengalami masalah kesempitan salur darah dan gangguan fungsi urat saraf
yang mengawal fungsi jalanan darah.

Masalah ini menyebabkan lelaki itu gagal mencapai ereksi walaupun ada
rangsangan, tetapi tiada tindak balas sepatutnya.

Kajian juga menunjukkan jika perubahan itu, iaitu kesempitan salur darah dan
gangguan urat saraf berlaku kepada salur darah dan urat saraf, ereksi jarang
berlaku walaupun penyakit kencing manis terkawal.

Bagaimanapun, masalah itu ada rawatan iaitu pesakit boleh mencapai ereksi
untuk tujuan persetubuhan menggunakan kaedah moden seperti penggunaan
alat pam vakum (alat pam vakum piawaian perubatan dan bukan yang dijual di
pasar atau iklan) memakan ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra atau
Cialis selepas menjalani pemeriksaan doktor.

Selain itu, ada cara rawatan dengan terapi suntikan atau ‘Intracavernosal
Injection Therapy’.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 30

KECELARUAN JANTINA

“SAYA dilahirkan dengan sijil kelahiran mencatat jantina lelaki. Namun saya
ingin tahu, kenapa bentuk badan dan rupa saya menyerupai perempuan? Bukan
itu saja, dada saya besar menyerupai payu dara perempuan, manakala suara
saya halus hinggakan orang di sekeliling sering menyangka saya perempuan.

“Saya mengaku naluri saya lebih kepada sifat keperempuanan sejak kecil lagi.
Sehingga sekarang saya selalu cuba menjadi lelaki sebenar, tetapi tidak
berjaya.

“Ini membuatkan saya rendah diri dan malu berdepan orang ramai. Ia memberi
tekanan dahsyat kepada saya. Doktor, saya ingin tahu adakah saya mempunyai
dua jantina? Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan?”

Itu antara soalan yang kerap saya terima yang menunjukkan fakta kurang
menyenangkan, tetapi kita memerlukan kaedah untuk menghadapi fenomena
kecelaruan jantina yang bukan saja dihadapi di negara ini, tetapi juga seluruh
dunia.

Buat pengetahuan, penetapan jantina, sama ada individu itu lelaki atau
perempuan, ditentukan ketika dia dilahirkan. Penentuan dilakukan dengan
melihat anggota sulitnya. Jika wujud keraguan mengenai anggota sulit, ujian
kebakaan akan dilakukan untuk mengenal pasti kedudukan baka jantinanya,
sama ada XX (perempuan) atau XY(lelaki).

Maka, seseorang itu akan dibesarkan mengikut aliran jantinanya. Namun,


kadangkala ini tidak berlaku. Seseorang itu dibesarkan sebagai jantina
sebaliknya walaupun dia bukan dalam jantina itu. Sehubungan itu, perilakunya
tidak normal seperti mereka sejantinanya.

Ini menyebabkan apabila baligh, individu itu mendapati dia tidak menonjolkan
jantina sepatutnya dan ini membuatkan dia berasa tertekan.

Ada juga keadaan individu itu dibesarkan sebagai jantina sahihnya, tetapi
jiwanya memberontak dan dia lebih suka memainkan fungsi dan perilaku
jantina sebaliknya. Keadaan ini dikenali sebagai kecelaruan jantina (gender).

Nasihat saya kepada mereka yang mengalami masalah kecelaruan jantina ini
ialah jika anda yakin dan percaya anda lelaki, anda tidak perlu risau mengenai
anggapan atau pandangan orang lain terhadap anda.

Golongan ini mungkin mempunyai sifat lembut semula jadi dan kurang ‘macho’,
tetapi masih ada banyak sifat kelelakian.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 31

Bagi yang ragu mengenai diri sendiri, mereka perlu selesaikannya dengan
berjumpa pakar psikologi.

Mendiamkan diri dan merana keseorangan bukan cara yang baik.

Jika masih menuntut, anda boleh jumpa kaunselor anda. Mungkin dia boleh
bantu anda atau merujukkan anda kepada pakar berkaitan. Perkhidmatan saya
pula boleh didapati di Damai Service Hospital beralamat 115-119 Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur atau telefon 03-40434900.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 32

NAFSU NAIK HIDU ALAT KELAMIN ISTERI

Soalan

SAYA berusia 52 tahun dan sudah berkahwin 28 tahun. Yang membimbangkan


saya ialah, nafsu saya naik apabila menghidu alat kelamin isteri. Semakin kuat
baunya seperti bau ikan kering, saya akan terangsang. Masalahnya, saya tidak
terangsang jika bau alat kelamin isteri tidak kuat. Boleh doktor menjelaskan
punca keadaan ini?

BANG MAN
Pulau Pinang

Jawapan

Terangsang dengan bauan anggota sulit bukan perkara luar biasa, walaupun
membau anggota sulit itu perbuatan aneh. Memang biasa untuk manusia
mengaitkan anggota sulit dengan najis dan kekotoran.

Sehubungan itu, minda manusia tentu tidak terbuka untuk menghidu baunya
kerana tentu bauan itu kurang menyenangkan.

Kajian mengenai bauan mendapati, sesetengah bauan merangsang urat saraf


dalam mukosa hidung dan memberi rangsangan kepada otak, seterusnya
merangsang sesuatu sistem secara positif. Maka wujud terapi aroma yang
menggunakan pendekatan itu.

Kimia tidak berbau yang dikenali sebagai Pheromones dapat membangkitkan


perasaan syahwat dan merangsang selera seksual apabila kimia ini dihidu.
Perkara ini wujud di kalangan binatang dan jarang dikaitkan dengan manusia.

Bagaimanapun, pakar dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat menyatakan,


manusia berkemampuan menghasilkan Pheromones yang dapat merangsang
atau mempengaruhi sistem reproduksi dan seksual.

Untuk anda, kebetulan bauan yang dikeluarkan pasangan dapat membangkitkan


selera seksual anda untuk melakukan hubungan mengikut nafsu anda.

Keadaan ini lebih terserlah apabila anda lebih selesa dengannya dan dapat
menerima bauan yang kurang menyenangkan itu.

Perkara ini tidak berlaku kepada semua manusia. Wanita juga berkemampuan
mengalami rangsangan seksual apabila terhidu bau peluh kekasih.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 33

Konsep Pheromones kini dikomersialkan. Kononnya wujud wangian yang boleh


menyemarakkan perasaan syahwat wanita kepada lelaki yang memakainya. Ini
memang karut!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 34

FIRMA SALAH GUNA NAMA DOKTOR

Soalan

SAYA terjumpa satu laman web yang memaklumkan produk dijual dicipta oleh
doktor. Saya ingin pengesahan doktor mengenai kesahihan produk itu.

Adakah ia benar dicipta oleh doktor atau pengendali laman web itu hanya
menggunakan nama doktor sebagai menambah keyakinan pengguna? Saya
memerlukan penjelasan doktor bagi mengelak membeli produk tiruan.

HAIRIL
Georgetown

Jawapan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas bersara daripada perkhidmatan


kerajaan, saya diundang memberi ceramah kesihatan oleh agensi dan syarikat
swasta yang menjual produk kesihatan.

Saya hanya memberi maklumat kesihatan dan tidak mengulas produk kesihatan
kerana etika perubatan melarang pembabitan doktor secara langsung atau
tidak langsung dengan syarikat penjualan produk.

Memberi maklumat kesihatan dan penjagaan kesihatan secara am menjadi


tanggungjawab doktor. Bagaimanapun, memang ada kes nama saya dikaitkan
dengan produk tertentu. Ia dilakukan tanpa persetujuan dan pengetahuan saya.

Sehubungan itu, orang ramai harus peka dengan penulisan saya kerana ada
sesetengah produk saya kaji dan hasil kajian saya paparkan, sama ada dalam
jurnal perubatan atau rencana kesihatan.

Saya memang ada mencipta cincin getah penambat zakar dan kini ia dipasarkan
sebagai alat pembantu memantapkan ereksi serta mengawal cepat klimaks,
selain berfungsi sebagai penahan kondom daripada terlucut.

Kini, ia dipaten dan hak pengedarannya diserahkan kepada sebuah syarikat


swasta. Laporan kajian mengenai cincin ini disiarkan dalam Asian Journal of
Andrology keluaran Oktober 2006.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 35

AMBIL MAKANAN TAMBAHAN JAGA PENAMPILAN

UNGKAPAN kehidupan bermula pada usia 40 tahun begitu sinonim dengan


lelaki, namun bagi wanita pula usia itu dianggap permulaan kepada detik sukar,
termasuk diketepikan suami daripada aspek seksual dan kemungkinan juga
hidup bermadu.

Perlu diingatkan, hubungan seks adalah keperluan naluri dan batin manusia
selain pada masa sama mengeratkan hubungan silaturahim antara pasangan.

Pasangan muda berkemampuan menikmatinya kerana tahap kecergasan dan


kesihatan mereka yang optimum berikutan hubungan seks memerlukan daya
tenaga dan kesihatan yang baik.

Peningkatan usia tidak bermakna pasangan itu tidak lagi dapat mengecapi
kehidupan seksual menarik dan membahagiakan. Namun, ia tidak mungkin
berlaku jika pasangan berkenaan tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan
menjaga kesihatan.

Bagi seseorang wanita, peningkatan usia tidak bermakna mereka tidak dapat
menggembirakan suami, manakala bagi lelaki pula bukan hanya wanita muda
dapat memuaskan mereka di bilik tidur.

Yang utama ialah selain menjaga penampilan, pastikan berat badan dalam
tahap unggul. Kurang makan makanan berlemak dan lebihkan bijirin, sayuran
dan buah-buahan.

Makan makanan tambahan seperti multi-vitamin dan zat galian yang sesuai
untuk orang yang semakin meningkat usia. Lakukan senaman secara berkala
untuk daya kegergasan badan atau ‘stamina’.

Pastikan juga anda menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala kerana


penyakit kronik boleh muncul bila-bila masa. Jika disahkan menghidap penyakit
kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung, gout dan
sakit sendi, tentu ia menjejaskan kemampuan dan keselesaan hubungan seks.

Wanita yang memasuki ambang putus haid perlu tahu tahap hormon Estrogen
akan berkurangan. Pada masa sama, hormon Testosterone dan DHEA akan
berkurangan dan ini adalah proses normal apabila seseorang meningkat
usianya.

Sebagai peringatan, apabila hormon ini berkurangan, ia mengakibatkan


seseorang itu mengalami simptom kelesuan, keletihan, tidak bermaya, sakit
sendi dan otot serta emosi meragam, selain kurang minat kepada hubungan
seksual.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 36

Golongan ini boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan


bimbingan mengenai masalah yang mereka hadapi atau mungkin dengan
rawatan alternatif dan pengambilan hormon, kesihatan mereka kembali
normal.

Tidak salah jika wanita itu mencuba makanan tambahan yang dapat membantu
mengurangkan simptom merunsingkan mereka atau mendapat pandangan
seterusnya cadangan ahli farmasi mengenai apa sepatutnya diambil mereka
untuk kecergasan diri.

Buat pengetahuan, herba seperti ‘Remifemin’ dan ‘Phyto Kacip Fatimah’ dapat
membantu dan boleh dibeli tanpa preskripsi. Sebagai amaran, jangan beli ubat
di kaki lima kerana dibimbangi mengandungi bahan berbahaya atau tidak
mengandungi sukatan herba sebenar.

Perkara mustahak ialah wanita itu perlu berusaha membina keluarga harmoni
dan hubungan seks — satu-satunya hubungan yang dapat merapatkan
kemesraan dengan pasangan — perlu dijaga supaya kekal mengikut kemampuan
dan keselesaan kedua-dua pasangan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 37

RESAH BAKAL PENGANTIN

Soalan

SAYA berusia 24 tahun dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Ketika berusia 10 tahun, saya pernah termakan ubat kepunyaan ibu saya, yang
rasanya manis seperti gula dan berwarna kuning gelap.

Saya tidak tahu ubat apa tetapi selepas beberapa kali mengambilnya, baru saya
mendapat tahu ubat itu untuk menopaus (putus haid).

Adakah ubat itu memberi kesan kepada organ seks saya? Pada masa ini, organ
seks saya masih berfungsi dengan baik dan mampu mengeluarkan air mani
apabila saya melakukan onani.

Bagaimanapun, saya masih bimbang jika sejarah saya makan ubat kepunyaan
ibu akan memberi kesan negatif kepada alat zakar dan kualiti serta kandungan
sperma saya.

SAM
Kajang

Jawapan

Menjadi kebiasaan mana-mana individu yang bakal mendirikan rumah tangga


akan mula memberi tumpuan lebih ke atas aspek kesihatan diri, terutama
kesihatan anggota reproduktif.

Mereka bimbang anggota itu bermasalah akibat ‘sejarah’ silam, sekali gus
menjejaskan masa depan dengan pasangan mereka.

Masalah anda ialah pernah termakan ubat ibu anda tanpa mengetahui
kandungan ubat berkenaan. Ini berlaku sudah lama. Jika ada apa-apa kesan
atau implikasi sudah diketahui sekarang. Jika tiada, anda tidak perlu khuatir
kesan jangka panjang.

Masalah tidak berlaku kerana anda mempunyai sistem reproduksi yang


berfungsi, dapat mencapai ereksi dan boleh mencapai ejakulasi.

Perkara yang anda perlu khuatir yang mungkin boleh memberi kesan kepada
hubungan seksual dengan pasangan ialah amalan onani.

Jika anda ketagih dengan perbuatan onani itu, tentu anda tidak dapat
mengurangkannya dan akan menjejaskan hubungan keintiman dengan pasangan
apabila anda lebih seronok dengan cara onani daripada hubungan seks dengan
pasangan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 38

AMALAN SERONG SAKIT LUTUT

Soalan

SAYA mengalami masalah sakit lutut selepas melakukan onani. Adakah sakit
lutut ini berpunca daripada perbuatan saya melakukan onani?

MATT
Raub, Pahang

Jawapan

Amalan merangsang anggota sulit dan mendapat keseronokan membuatkan


onani adalah amalan yang sukar dihentikan kecuali jika pengamalnya
mengalami sesuatu yang kurang menyenangkan seperti kebengkakan anggota
sulit atau pening kepala setiap kali klimaks atau sakit badan, sakit lutut atau
sakit anggota sulit.

Kepada mereka yang memang mendapat keseronokan, tanpa pengetahuan


mereka sebenarnya ketagih dengan amalan itu. Apabila tidak onani, mereka
kurang selesa dan mesti membuatnya walaupun tiada sebab untuk
melakukannya.

Sehubungan itu, tidak menghairankan jika mereka mendapati sukar


menghentikan amalan berkenaan walaupun sudah berumahtangga.

Ada juga yang hanya seronok dengan amalan itu daripada bersetubuh dengan
pasangan. Ini tentu memberi tekanan kepada pasangan apabila mendapat tahu
dia melakukan onani secara senyap dan tidak melayannya. Ini boleh
mengakibatkan perpecahan rumah tangga.

Masalah tidak selesa ketika melakukan onani seperti sakit lutut berlaku akibat
tekanan otot paha yang kejang ketika ejakulasi berlaku. Ia bukan kerana ‘air’
dalam kepala lutut kering!

Jika tidak selesa, perbuatan itu perlu dihentikan segera kerana banyak lagi
kesan negatif yang boleh berlaku seperti ketagihan kepada onani, cepat
klimaks dan mati pucuk.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 39

RISIKO PAYU DARA BESAR

JIKA saiz dan bentuk zakar penting untuk lelaki, wanita tidak terkecuali untuk
mengambil berat saiz payu dara mereka. Sebenarnya, saiz dan bentuk payu
dara wanita tertakluk kepada keturunan dan baka.

Jarang ada wanita mengalami masalah payu dara ‘Glandular Hyperplasia’, iaitu
pepundi susu mengembang dan membesar, sekali gus mengakibatkan payu dara
membesar secara luar biasa.

Wanita yang mengalami masalah ini sukar mencari baju dalam atau ‘bra’
sesuai. Keadaan payu dara yang besar juga menyakitkan dada kerana memikul
beban berat.

Kajian terbaru menunjukkan payu dara besar berisiko tinggi mendapat kanser.

Tiada kaedah membesarkan payu dara tanpa membabitkan pembedahan. Ia


dikenali ‘Breast Augmentation’ atau pembedahan pembesaran payu dara.

Kaedah penggunaan krim dan herba belum ada bukti kukuh keberkesanannya.

Satu ketika dulu di Thailand, wujud herba dikenali ‘Pueriaria Mirifica’ yang
kononnya membantu memantapkan payu dara dan kini herba itu dalam kawalan
kerajaan Thailand.

Sejauh mana keberkesanan herba itu sukar dipastikan, namun kerajaan


Thailand menafikan herba itu sesuai untuk ketumbesaran payu dara.

Malah, kerajaan Thailand mencadangkan wanita yang ingin membesarkan payu


dara melakukan senaman pemantapan otot dada. Pakar sakit puan dan payu
dara di Thailand juga menafikan herba itu mampu membesarkan payu dara.

Sehubungan itu, jangan membazir duit membeli herba, terutama di tepi jalan,
untuk membesarkan payu dara. Ia bukan sekadar pembaziran, tetapi
dibimbangi kesan jangka pendek atau panjang penggunaan produk berkenaan.

Ada juga berpendapat makan kacip fatimah memantapkan payu dara. Itu juga
tiada kepastian, walaupun kacip fatimah mengandungi ‘Biboflavinoids’ yang
dapat diproses dalam badan menjadi hormon Estrogen yang ada kaitan dengan
ketumbesaran payu dara.

Namun, kajian sekumpulan pakar di Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati


kacip fatimah hanya baik menaikkan syahwat kerana kesannya kepada kelenjar
Adrenal untuk menghasilkan hormon syahwat DHEA.

Malah, satu ketika dulu wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 40

mendapati payu dara mereka tegap dan padat, seolah-olah besar.

Selepas kejadian tidak disangka itu, ramai wanita mengunakan hormon


Estrogen dan kini amalan berkenaan diketahui berbahaya dan boleh
mendedahkan wanita itu kepada kanser payu dara.

Seperti zakar, payu dara kadangkala kelihatan kecut dan lembek dan
kadangkala menonjol dan tegap, sama dengan keadaan puting dan tompok
Areola yang juga kembang dan kuncup.

Senaman mengkukuhkan otot dada dapat menegapkan payu dara ke atas dada
dan ini digalakkan daripada melakukan pembedahan, mengunakan krim atau
gel atau menyedut payu dara dengan pam penyedut kerana alat ini juga
didapati mengarut.

Kehamilan dan kelahiran bayi dapat memantapkan kedudukan payu dara dan ini
paling berkesan serta selamat.

, selain memakai baju dalam yang sesuai dan pengunaan krim pelembap yang
baik untuk kulit payu dara.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 41

ISTERI SELALU LETIH

Soalan

ISTERI saya guru dan berusia 38 tahun. Masalah saya adalah, beliau selalu
kepenatan dan cepat tidur, biasanya sekitar jam 8.30 malam.

Kami biasa melakukan hubungan seks dua kali seminggu. Apabila saya
memerlukannya, saya terpaksa mengejutkan beliau dan saya berasa bosan serta
tercabar.

Adakah ubat di pasaran untuk mengelakkan beliau keletihan dan cepat tidur?

DINIE
Batu Pahat, Johor

Jawapan

Tidur mustahak untuk kelegaan tekanan yang dialami tubuh badan. Jika letih,
tentu kita berasa lemah dan mengantuk. Jika kebetulan tidak cukup tidur,
seseorang itu berasa lebih mengantuk.

Namun, ada kemungkinan kelemahan itu berlaku akibat kurang sihat seperti
tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Sehubungan itu, amalkan gaya hidup sihat seperti senaman berkala, makan
makanan seimbang dan jaga berat badan ke peringkat unggul, tidak obesiti dan
tidak kurus serta jauhi tekanan atau urus tekanan dengan bijak.

Semua itu dapat membantu meningkatkan daya fungsi badan dan kecerdasan
otak dan minda, selain dapat menahan daripada mengantuk.

Bagaimanapun, tidur itu mustahak dan jika dapat terlelap seketika, itu baik
untuk mendapat minda lebih cergas. Tidak apa jika pasangan anda terlelap dan
setuju dia dibangunkan untuk berintiman dengan anda.

Mungkin jika dia dapat lelap seketika sebelah petang, ia dapat membantu
memberi kelegaan untuk dia aktif sebelah malam.

Dia boleh minum kopi untuk memberi kesegaran minda atau cuba makan herba
yang dapat membantu mengawal tekanan, umpamanya herbal Adaptogen
seperti ‘Nhance-X’.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 42

KEPALA RASA HILANG IMBANGAN

Soalan

KEBELAKANGAN ini kepala saya sering berasa seperti hilang imbangan dan
berdenyut-denyut. Maksud saya, badan dan kepala seperti bergoyang-goyang.

Untuk pengetahuan doktor, beberapa tahun lalu saya pernah mengalami ‘Hyper
Ventilated’ dan ‘Anxiety Disorder’ (seperti dikatakan doktor yang merawat
saya) dan pernah dimasukkan ke wad.

Sehingga kini saya masih merasakan trauma di atas kejadian itu, walaupun
pernah dirujuk kepada pakar psikologi? Ibu jari kaki kanan saya ada garis
berwarna coklat. Adakah ini juga tanda sesuatu penyakit?

MUHAMMAD
Brunei

Jawapan

Tekanan atau stres boleh memberi kesan kepada kesihatan seperti keresahan.
Apabila ini berlaku, individu itu mengalami pelbagai perasaan luar biasa.
Individu itu juga berasa cemas dan mula berkelakuan ganjil seperti menarik
nafas cepat dan memikir perkara menakutkan.

Anda mungkin mengalami masalah sama seperti anda alami dulu. Anda perlu
berjumpa kembali pakar psikologi untuk bimbingan dan rawatan sewajar.

Ini bukan sakit serius, tetapi boleh menggugat kualiti kesihatan dan
keharmonian rumah tangga jika anda sudah berkahwin.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 43

SPERMA LEMAH

LELAKI sihat menghasilkan 200 hingga 300 juta sperma berkualiti sehari atau
secara purata 70,000 sperma seminit.

Proses pembiakan sperma untuk satu pusingan mengambil masa 90 hari.

Justeru, jika seseorang lelaki diberi ubat untuk merangsangkan pembiakan


sperma, dia perlu memakan ubat itu sekurang-kurangnya 90 hari atau tiga
bulan.

Pada masa ini, ujian air mani satu-satunya kaedah yang dapat menentukan
sama ada seseorang lelaki itu ada menghasilkan sperma. Jika ada sperma, ini
bermakna lelaki itu tidak mandul.

Namun jika bilangan sperma dihasilkan kurang, keadaan itu dikenali sebagai
‘Oligospermia’ atau ‘Oligozoospermia’.

Bagi lelaki yang ada banyak sperma tetapi sebilangan besar tidak berbentuk
normal atau kurang 30 peratus berbentuk tidak normal, keadaan itu dikenali
sebagai ‘Teratospermia’, manakala jika sebilangan besar sperma itu tidak
bergerak aktif dan sehala atau lebih 40 peratus sperma tidak bergerak aktif,
masalah itu dikenali sebagai ‘Asthenospermia’.

Kadangkala semua masalah sperma itu berlaku sekali gus dengan bilangan
sperma kurang, termasuk peratusan sperma yang kurang aktif dan yang
berbentuk tidak normal. Keadaan itu dikenali sebagai Sindrom OTA (Oligo,
Terato dan Astheno).

Pemeriksaan yang akan dilakukan ialah mengukur kedua-dua buah zakar dengan
alat Orkidometer dan jikaperlu menjalani ujian hormon kesuburan FSH sebelum
apa-apa rawatan.

Aspek fizikal juga perlu dalam mengatasi masalah sperma seperti perlu
mengelak pakaian ketat, merokok, terdedah kepada bahang dan suasana
tempat kerja yang berisiko merosakkan sperma seperti panas dan terdedah
kepada kimia.

Masalah sperma sama ada kurang bilangan, kurang aktif atau kurang sperma
berbentuk normal boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ada lelaki yang satu ketika dulu mempunyai bilangan dan kualiti sperma
cemerlang kemudian menghadapi masalah berkenaan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 44

Perlu diingatkan, masalah sperma boleh berlaku kepada lelaki yang sebelum ini
dapat menghamilkan pasangannya tetapi kemudian mendapati dirinya gagal
berikutan masalah sperma yang tercetus.

Sebilangan lelaki ada buah zakar kecil, sekali gus kilang spermanya tidak dapat
menghasilkan sperma atau menghasilkan kurang sperma. Ada yang mengalami
masalah hormon dan jika ubat penyubur diberikan, keadaan mereka akan pulih.

Jalani pemeriksaan kesuburan bersama pasangan.

Usah berlengah mendapatkan rawatan kerana lagi cepat masalah dikesan, lebih
mudah dan cepat kaedah untuk mengatasi masalah kesuburan itu dapat
dijalankan.

Ada juga lelaki mengalami masalah pembuluh darah buah zakar yang berpintal-
pintal dan ini dikenali sebagai Varikosel.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 45

TIADA PEWANGI GHAIRAH

Soalan

SAYA pernah terbaca dalam Internet mengenai ‘Pheromones’. Adakah benar ia


berfungsi untuk mengeluarkan bau kelelakian bagi mengghairahkan pasangan
kita? Boleh atau tidak saya gunakannya bagi memikat isteri untuk melakukan
hubungan seks?

KADIR
Raub, Pahang

Jawapan

Banyak syarikat penjual ubat kuat dan ubat ghairah seks memperkatakan
mengenai Pheromones yang kononnya dapat mengghairahkan lelaki atau wanita
yang baunya dikatakan akan menaikkan syahwat.

Mengikut pendapat dan pengetahuan saya, ia mengarut dan yang membelinya


tentu individu berfikiran cetek kerana membazir wang tanpa usul periksa.
Kajian yang pernah dilakukan mengenai Pheromones ialah terhadap binatang.

Bahan kimia semula jadi ini dihasilkan melalui peluh atau cecair dari anggota
sulit, najis atau air kencing yang dapat memberi ‘signal’ atau tanda tertentu
kepada binatang lain yang sama spesies bagi memahami keadaan tertentu.

Sebagai contoh, anjing kencing di merata kawasan untuk memberitahu anjing


lain yang itu adalah kawasannya. Jika anjing betina hendak memberitahu ia
dalam keadaan subur yang mana telurnya akan keluar, ia mengeluarkan cairan
dari bahagian berdekatan anggota seksnya.

Lelaki kononnya mengeluarkan bauan badan spesifik daripada peluh ketiak yang
dapat menggelorakan perasaan syahwat wanita yang terhidu atau yang sengaja
menghidu pakaiannya yang dibasahi peluh.

Mungkin ini boleh berlaku jika minda wanita itu terbuka untuk membuat
begitu. Jika tidak, ia tidak berlaku.

Sehubungan itu, jangan fikir adanya minyak wangi mengandungi Pheromones


dapat membangkitkan perasaan syahwat isteri jika mindanya tidak terbuka
untuk tujuan itu. Lagipun, minyak wangi itu perlu ada Pheromones yang datang
daripada anda.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 46

BELUM DAPAT ANAK

Soalan

SAYA mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Sehingga kini saya belum ada
zuriat. Bentuk fizikal saya besar, tetapi suami normal. Saya membuat
pemeriksaan dengan klinik kesihatan dan doktor mengesahkan saya normal.

Cuma haid saya tidak teratur. Sejak saya pendarahan selepas makan ubat
hormon dan memakan ubat untuk menghentikan pendarahan itu, haid terus
tidak keluar hampir tiga bulan.

Saya hampir mengambil anak angkat, tetapi risau berikutan ayah saya tidak
bersetuju. Apa patut saya lakukan doktor? Adakah teknik hubungan kelamin
saya tidak betul?

FAZLIN
Putrajaya

Jawapan

Bagi mana-mana pasangan berkahwin dan inginkan cahaya mata, mereka perlu
merancang untuk mendapatnya dan jika tiada tanda kehamilan dalam setahun
atau sekurang-kurangnya enam bulan (bagi wanita berusia melebihi 30 tahun),
mereka berdua perlu berjumpa doktor untuk mendapat nasihat, bimbingan dan
rawatan sewajar.

Mungkin untuk permulaan mereka boleh jumpa doktor keluarga. Biasanya


doktor keluarga melakukan pemeriksaan awal untuk mengenal pasti masalah
kesihatan yang boleh mengugat kesuburan.

Pemeriksaan ini termasuk ujian air mani untuk suami dan pemeriksaan ujian
tahap hormon kesuburan untuk isteri.

Jika itu normal, pemeriksaan susulan termasuk ujian HSG atau x-ray rahim dan
salur rahim isteri untuk mengenal pasti kedudukan rahim dan salur rahim. Jika
ada masalah tertentu, mereka dirujuk kepada pakar berkaitan.

Misalnya, jika suami ada masalah sperma, mungkin dia perlu dirujuk kepada
pakar sakit tuan atau pakar Andrologi. Jika isteri ada masalah, mungkin dia
perlu dirujuk kepada pakar sakit puan yang mahir dalam pengurusan kesuburan
wanita.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 47

TAKRIFAN ‘TERUNA’ DAN ‘DARA’

Soalan

SAYA pemuda berusia 23 tahun dan ingin kepastian mengenai fakta teruna dan
dara. Ketika berusia 20 tahun, saya melakukan hubungan seks kali pertama
dengan seorang wanita dan tidak pasti sama ada dia masih dara atau tidak.

Kami kemudian melakukannya banyak kali dengan hanya seks pertama saya
memakai kondom dan selepas itu tidak lagi.

Selepas itu saya tidak lagi melakukan hubungan seks dengan mana-mana wanita
sehingga sekarang, tetapi saya sering melakukan onani untuk memuaskan
nafsu.

Namun, ketika onani saya cepat berasa geli dan tidak sampai seminit sudah
terpancut. Persoalan, adakah teruna saya hilang walaupun memakai kondom?

Ada juga yang mengatakan jika seorang lelaki itu kali pertama melakukan
hubungan seks dengan wanita yang tiada dara, lelaki itu masih dianggap
teruna. Betul ke?

FAZLI,
Perlis

Jawapan

Takrif ‘teruna’ dan ‘dara’ memberi maksud lelaki yang belum pernah
melakukan seks penetratif.

Jika menggunakan kondom untuk bersetubuh, dia BUKAN teruna, dan wanita
dara juga ialah yang belum pernah melakukan hubungan seks penetratif
(walaupun dia tiada selaput dara mungkin akibat aktiviti lasak).

Jadi maksud lain yang anda nyatakan itu tidak tepat sama sekali. Mengikut
takrif ini, anda bukan teruna lagi.

Mengenai cepat klimaks, ia isu lemah daya kawalan ejakulasi.

Apabila daya ejakulasi dalam kawalan, iaitu anda dapat melewatkannya atau
memilih mencepatkannya, isu cepat klimaks tidak timbul.

Untuk ini anda perlu mengawal geselan anggota sulit supaya setiap geselan
dilakukan dengan kawalan. Gerakan zakar dalam faraj dipendekkan bagi
mengelak bahagian sensitif tergesel.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 48

Jadi jika dalam faraj geselan dilakukan lebih ke pangkal zakar dan tidak di
hujung, ejakulasi dapat dikawal.

Apabila terasa hendak klimaks, geselan dihentikan atau dilakukan secara


perlahan supaya dapat mengawal perasaan hendak pancut. Jika sampai ke
peringkat hendak pancut, geselan boleh dilakukan cepat dan lebih berfokus
kepada penghujung zakar yang sensitif itu.

Jika cara ini sukar, anda boleh menggunakan cincin tambat zakar, iaitu
memasang cincin ke pangkal zakar ketika ereksi dan ketika gerakan dalam faraj
sampil menumpukan perhatian kepada cincin yang tertambat itu.

Perasaan kurang selesa digunakan untuk mengetepikan perasaan nyilu atau


sensitif pada hujung zakar.

Apabila pasangan seronok, tumpuan diberikan pula kepada penghujung zakar


supaya cepat klimaks. Teknik ini perlu diamalkan selalu.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 49

SUAMI HILANG NAFSU

Soalan

SAYA sudah berkahwin sembilan bulan, tetapi tidak pernah sekalipun ‘bersama’
suami.

Menurut ‘ustaz’ yang cuba menyelesaikan masalah kami, suami terkena sihir
tahap tinggi.

Saya yakin selain masalah sihir, ada kemungkinan masalah psikologi antara
punca suami hilang nafsu terhadap saya.

Saya juga yakin dia bukan tidak cintakan saya kerana ketika hendak kahwin
dulu, suamilah yang paling beriya-iya.

Bolehkah doktor memberi pendapat mengenai jalan terbaik untuk saya dan
suami ambil bagi menyelesaikan masalah kami?

WANI AFFENDI
Kuala Lumpur

Jawapan

Tidak dinafikan ada banyak kes pasangan diijabkabul tidak dapat


melangsungkan hubungan keintiman seksual.

Apa yang berlaku ialah ketika hendak bersama, isteri ‘menutup’ atau
mengemut lubang najis dan lubang kencing yang secara tidak langsung menutup
pembukaan farajnya. Ini menyukarkan suami melakukan seks penetratif.

Jika suami gagal banyak kali, perasaan ghairahnya menurun dan dia hilang
nafsu syahwatnya. Saya dapati kedua-dua pihak kurang arif teknik bersetubuh.
Perasaan gementar menyebabkan pengeluaran hormon adrenalin berlaku.

Ini mengakibatkan jalanan darah dalam otot zakar terencat, ereksi yang
membina langsung kendur.

Jika berlaku kepada wanita, iaitu dia kemut dan mencengkam lubang najis dan
kencing, pembukaan farajnya tertutup.

Masalah ini dapat diatasi apabila pasangan sedar dan bersama-sama


berkerjasama untuk mengatasinya.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 50

ADA BENDA HALANG

BAYANGKAN pasangan berkahwin gagal mengadakan hubungan seks kerana


suami gagal menembusi faraj, walaupun isteri bersedia. Namun, si isteri dapat
berasa sesuatu, seolah-olah isi di dalam ruang faraj yang menghalang
kemasukan zakar!

Keadaan itu mengakibatkan suami menjadi hampa dan kedua-dua pasangan


menghabiskan sentuhan intim di luar faraj. Persoalannya, berapa lama
pasangan itu mampu bersabar untuk tidak melakukan hubungan seks penetratif.

Masalah lebih besar berlaku apabila isteri gagal hamil dan bagi yang prihatin,
mereka berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Ketika itu,
baru masalah sebenar dikenal pasti.

Penghalang yang dimaksudkan itu boleh membabitkan cista daripada mukosa


faraj atau pangkal rahim yang panjang.

Apabila cista dibedah buang atau pangkal rahim yang panjang dipendekkan,
masalah penghalang selesai dan kehamilan boleh berlaku.

Bagaimanapun, jika pasangan itu tidak berjumpa doktor, pasti masalah


berkenaan tidak diketahui dan hubungan mereka terus menjadi hambar dan
tanpa zuriat.

Laporan Kes:

Saya pernah mengendalikan kes seperti ini. Sepasang suami isteri berjumpa
saya mengenai masalah kesuburan dan selepas pemeriksaan rutin ‘Pap Smear’
dilakukan, saya dipanggil untuk membuat pemeriksaan. Yang jelas kelihatan,
pangkal rahimnya panjang sehingga kelihatan di muka pintu faraj.

Wanita itu tiada selaput dara lagi, tetapi dia mengalami masalah melakukan
persetubuhan dan suaminya kerap memberitahu ada sesuatu menghalang
kemasukan zakar.

Pembedahan untuk mengecilkan pangkal rahim dilakukan, sekali gus


memulihkan keadaan apabila pasangan itu dapat melakukan persetubuhan
tanpa apa-apa halangan dan akhirnya wanita itu hamil beberapa bulan selepas
pembedahan.

Wanita dinasihat menjalankan pemeriksaan kendiri anggota sulit atau ‘Vulval


Self Examination’ supaya tahu mengenai anggota sulit mereka dan tidak rasa
kekok untuk memanipulasinya ketika bersama suami.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 51

Dengan kepekaan itu, mereka tahu jika wujud sesuatu yang luar biasa untuk
dirujuk kepada doktor. Jangan berdiam diri dan menderita dalam diam apabila
mengalami masalah kepada anggota sulit seperti berasa pedih atau kesakitan
ketika ‘bersama’ kerana kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena.

Sebagai persediaan awal, lakukan pemeriksaan kendiri dengan menggunakan


cermin tangan dan meneliti anggota sulit dalam keadaan cahaya terang supaya
dapat memahami masalah dan mudah memberitahu doktor apabila berjumpa
doktor untuk pemeriksaan.

Perlu diingatkan, anggota sulit wanita mempunyai bibir besar, bibir kecil dan
‘vestibule’ atau bahagian antara bibir kecil, yang mana ada pembukaan lubang
kencing di atas dan pembukaan lubang faraj di bawah.

Pembukaan lubang faraj kelihatan seperti isi berkumpul apabila wanita itu
mencengkam otot lantai pelvik (otot kemut) dan wujud kerenggangan apabila
kemutan dilegakan.

Bagi wanita yang mempunyai selaput dara, akan kelihatan cebisan isi
mengelilingi pembukaan faraj. Kadangkala cebisan isi itu tiada dan ini boleh
terjadi apabila selaput dara itu tipis atau tiada secara semula jadi.

Jarang ada selaput dara yang menutupi pembukaan faraj. Jika ini berlaku,
wanita itu tidak mengalami kedatangan haid dan mungkin berasa tidak selesa di
bahagian bawah perut.

Apabila diperiksa dari luar, bahagian di paras ari-ari kelihatan ketulan


berbentuk seperti rahim. Namun, jika doktor memeriksa anggota sulit,
kelihatan pembukaan faraj tertutup dan selaput yang menutupi pembukaan
faraj mengembung.

Jika bahagian ini ditebuk, akan keluar darah haid yang bertakung selama ini.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘Hymenocolpos’ dan cara merawatnya ialah
dengan menembuk selaput dara yang menutupi pembukaan faraj.

Bagaimanapun, perlu diingatkan selepas proses ini, seseorang wanita itu masih
dara kerana belum melakukan bersetubuhan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 52

SALAH ANGGAPAN MENGENAI ONANI

Soalan

SAYA berusia 28 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga. Masalahnya, lutut
saya kerap sakit dan ramai memberitahu cecair di dalamnya kering mungkin
disebabkan saya selalu melakukan onani sejak zaman sekolah menengah lagi.

Namun, sekarang saya sudah berhenti. Masalahnya ialah, bagaimana ingin


mengembalikan keadaan lutut saya kepada keadaan normal.

Saya juga menghadapi masalah berat badan kerana orang cakap kalau kerap
onani, selera makan bertambah.

Bagaimanapun, kini saya sukar menurunkan berat badan sekalipun sudah


berhenti onani.

JOHN
Klang, Selangor

Jawapan

Banyak salah pendapat dan mitos berkaitan perbuatan onani. Antaranya, orang
yang kerap onani tangannya menggerutu dan kadangkala berbulu kerana
terkena air mani, mukanya pucat kerana kononnya setiap titik air mani sama
seperti sesudu darah yang hilang.

Onani juga dikatakan boleh mengakibatkan air kepala lutut kurang, begitu juga
air dalam badan dan tulang belakang, selain orang yang gemar onani mati
pucuk lebih awal dan tua cepat.

Semua ini karut belaka! Maklumat karut itu masih dipercayai kebanyakan
lelaki. Tidak dinafikan perbuatan onani mengakibatkan lelaki itu berasa letih
kerana untuk sampai ke ‘kemuncak’, wujud aktiviti otot yang tinggi.

Air mani datang dari pundi Seminal, Cowpers dan Prostat dan bukan dihasil
daripada darah. Sperma hanya lima peratus daripada air mani. Jika tidak onani,
air mani terkeluar apabila pundi berkenaan kembang dan ini berlaku ketika
dalam tidur (mimpi basah).

Amalan ini boleh membawa ketagihan dan sukar untuk berhenti, walaupun
sudah berpasangan. Kadangkala amalan ini lebih seronok daripada hubungan
seksual dan jika ini berlaku, hubungan keintiman seksual dengan pasangan
menjadi kurang dan mengganggu silaturahim dengan pasangan. Sehubungan itu,
penting untuk cuba mengelakkannya sebelum ia menjadi ketagih.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 53

USUS MASUK KERANDUT TELUR

Soalan

SAYA guru berusia 24 tahun dan sudah berkahwin. Saya ada masalah berkaitan
kerandut kerana di dalamnya ada satu objek yang pada anggapan saya keluar
daripada perut dan memasuki kantung telur saya.

Kadangkala saya rasa sengal dan sakit. Yang menghairankan, urat yang sedikit
keras itu keluar pada masa tertentu. Ia memberi kesan kepada keinginan seks
saya kerana semakin menurun disebabkan rasa sakit. Saya khuatir saya
menghidap sakit angin pasang atau penyakit lain.

ABE
Jitra, Kedah

Jawapan

Apa yang anda sangka ketulan yang keluar daripada perut dan masuk ke dalam
kerandut itu adalah angin pasang, memang tepat. Bagaimanapun, mustahak
untuk anda berjumpa doktor untuk pengesahan.

Jika angin pasang, ketulan itu ialah seketul atau segumpal usus yang termasuk
ke dalam kerandut anda melalui pembukaan antara perut dan kerandut yang
tidak normal.

Jadi caranya ialah untuk doktor memasukkan kembali ketulan atau gumpalan
usus balik ke dalam kerandut dan tutup lubang yang tidak normal itu melalui
jahitan.

Jawapan bagi masalah anda ialah pembedahan kecil untuk melakukan semua
ini. Jangan takut mengenai pembedahan itu. Ia tidak menjejaskan fungsi
syahwat anda. Mungkin jika anda biarkan angin pasang itu membesar, fungsi
syahwat anda tertekan sebagaimana anda kini alaminya.

Jadi apabila tekanan itu tiada lagi setelah dibedah pulih, fungsi syahwat anda
akan kembali sedia kala. Cepat dapatkan temu janji untuk berjumpa doktor
pakar bedah.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 54

KABUR CARA SEKSUAL

JANGAN ketawa jika diberitahu ada lelaki tidak tahu dia sepatutnya dalam
keadaan ereksi sebelum mampu mengadakan hubungan seksual. Ini bukan kisah
dongeng, tetapi saya pernah merawat lelaki yang kabur mengenai seksual
hingga ke tahap ini.

Perlu diingatkan yang hubungan keintiman seksual hanya menyeronokkan jika


pasangan lelaki dan perempuan dapat memainkan fungsi masing-masing.

Apabila berlaku kes seperti di atas, keadaan menjadi huru-hara apabila suami
tidak dapat menyalurkan ereksi ke dalam faraj isteri.

Lelaki yang jahil mengenai seks tidak tahu dia memerlukan ereksi untuk
menyalurkan zakar ke dalam faraj pasangan. Untuk ‘pelayaran’ terbaik, ereksi
perlu dalam keadaan kekal dan tahap ketegangan yang sesuai untuk disalurkan
ke dalam faraj isteri.

Kaedah terbaik ialah dia perlu mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis
(otot yang mengawal pembukaan lubang najis dan lubang kencing) supaya zakar
ereksi sepadatnya, sekali gus mudah disalurkan ke dalam faraj.

Bagaimanapun, perkara yang dianggap biasa menjadi luar biasa apabila


seseorang lelaki itu kabur mengenai fungsi dan keadaan hubungan seksual
sebenar, sekali gus menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Bagi lelaki jenis ini, tiada kaedah lain selain berjumpa pakar sakit tuan atau
psikologi kerana mereka harus diberikan penerangan secara mendalam dan
teknik betul bagi membolehkan hubungan seksual penetratif (memasukkan
zakar ke dalam faraj) dilaksanakan.

Berdasarkan pengalaman saya, lelaki yang berdepan masalah ini biasaanya


boleh mencapai ereksi tetapi tidak sekeras yang boleh disalurkan ke dalam
faraj kerana kekuatan penembusan yang diperlukan untuk tujuan itu melebihi
satu kilogram.

Ini hanya dapat tercapai jika dia menggunakan otot benteng zakar sebagai
penyokong kekuatan ereksi. Jadi apabila dia kemut, ereksinya menjadi lebih
padat dan keras dan mampu menjayakan penetrasi faraj.

Laporan Kes:

Saya pernah mengendalikan kes seperti ini. Lelaki yang mengalami masalah ini
pelik apabila saya menjelaskan kepadanya yang dia perlu memadatkan ereksi
ketika hendak menyalurkannya ke dalam faraj isterinya.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 55

Kebetulan isteri lelaki itu arif mengenai fungsi yang harus dimainkan wanita
ketika hendak melakukan persetubuhan.

Namun, setiap kali suaminya mendekatkan zakar ke paras faraj, isterinya cuba
membantu memasukkan ereksi ke dalam faraj, tetapi ereksi suami kendur dan
tidak keras lagi.

Lelaki itu pernah menjalani rawatan tradisional urutan yang menyakitkan,


tetapi tidak memberi apa-apa kesan langsung.

Apabila lelaki ini diberitahu yang dia sepatutnya memadatkan ereksi ketika
hendak menyalurkan zakar ke dalam faraj dengan mengemutkan otot lantai
pelvis (otot kemutan), baru dia sedar dia berkemampuan mengawal tahap dan
kekukuhan ereksi dan bukan tukang urut.

Akhirnya dia peka dengan fungsinya dan berjaya melakukan hubungan


penetratif dan berjaya membuat isterinya hamil.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 56

ISTERI HAMPA SUAMI KURANG NAFSU

Soalan

SAYA berusia 28 tahun dan baru berkahwin atas dasar cinta selama dua bulan.
Masalahnya sepanjang dua bulan ini, saya tidak pernah merasai kenikmatan
seks bersama suami saya yang berusia 30 tahun. Ini kerana:

1) Suami seperti kurang bernafsu dengan saya kerana sepanjang dua bulan ini
boleh dikira berapa kali saja kami ‘bersama’. Ada masanya saya cuba
merangsangkan kemaluannya tetapi tiada tindak balas daripada suami,
walaupun pada ketika itu zakarnya ‘naik’.

2) Bila ‘bersama’ suami, saya dapat rasakan zakarnya tidak benar-benar


‘keras’, tidak seperti yang dikatakan orang ‘keras seperti batang kayu’. Ketika
suami klimaks, saya tidak dapat rasa pancutan air maninya di dalam faraj.

3) Suami cepat klimaks. Tidak sampai dua minit dan zakarnya terus layu. Saya
cuba merangsangnya, tetapi tetap ‘layu’.

4) Ada satu ketika, ketika ‘bersama’, suami saya berhenti seketika untuk
membuang air kecil. Namun selepas itu zakarnya kembali layu.

5) Buat masa ini, suami saya pergi berurut. Itupun di atas desakan saya, tetapi
tiada perubahan. Saya turut pergi berjumpa bomoh dan dia mengatakan
masalah berpunca ketika suami saya berkhatan. Namun, bomoh itu tidak pula
nyatakan di mana silapnya. Saya ingin berjumpa doktor pakar, tetapi takut kos
terlalu tinggi kerana saya hanya pekerja kilang.

Saya sungguh tertekan kerana suami seperti tidak mengendahkan masalah seks
yang dia hadapi sekarang. Hanya saya kelihatan beriya-iya mencari jalan
penyelesaian untuk masalah ini.

Saya sayangkan perkahwinan ini dan terus bersabar selain berdoa kepada Allah
SWT. Diharapkan doktor boleh membantu memberi nasihat kepada kami.

MAZLINA
Pulau Pinang

Jawapan

Saya pasti ramai wanita mengalami masalah sama seperti anda, tetapi mereka
memilih untuk menderita dalam diam. Anda tidak mendiamkan diri dan banyak
memberi sokongan kepada suami untuk berusaha menyemarakkan hubungan
keintiman bersamanya. Saya ucapkan syabas kepada anda.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 57

Jarang orang muda macam suami anda mengalami masalah syahwat atau lemah
tenaga batin, kecuali dia mengalami masalah kesihatan yang mana doktor akan
dapat mengesannya.

Berjumpa bomoh, tukang urut atau dukun tidak akan dapat membantu jika
masalah itu masalah perubatan.

Memang biasa untuk lelaki yang sihat ketika berdampingan dengan pasangan
idaman akan terangsang, lebih-lebih lagi apabila suasana membolehkan dia
berbuat begitu.

Dalam keadaan letih, lesu dan dalam keadaan tidak sihat, memang sukar untuk
lelaki membangkitkan perasaan syahwatnya dan jika dipaksa, dia mengalami
kesulitan dan gagal menunaikan kehendak pasangannya.

Pasangan boleh membantu dengan bermanja dan sentuhan intim keseluruhan


badannya, termasuk anggota syahwatnya mengikut keselesaan masing-masing.
Apabila keadaan mengizinkan, seks penetratif boleh dilakukan.

Jika tidak mahu dia bergerak aktif, kawal gerakannya supaya anda dapat
menikmati sentuhan intim. Jika gerakan dilakukan cepat, tentu dia tidak dapat
mengawal daripada berlaku ejakulasi cepat.

Memang ereksi lelaki yang dalam keadaan ghairah menjadi keras dan padat.
Jika dia mengemutkan otot benteng zakar dan dalam keadaan begitu, dia dapat
mengawal daripada ejakulasi cepat.

Dalam keadaan begitu, dia dapat memberi sentuhan lebih mantap kepada
pasangan. Perkara ini perlu dilakukan jika mahu ereksi mantap dan kekal,
walaupun selepas terpancut.

Lelaki mudah mencapai ereksi mantap pada awal pagi dan mudah mengawal
ejakulasi awal. Saya syorkan anda dan pasangan anda melakukan hubungan
seksual lebih pada waktu pagi dari malam kerana fenomena ereksi pagi yang
mudah berlaku itu.

Memang ketika itu anda dan dia perlu berkejar untuk bekerja, tetapi jika dapat
bangun lebih awal atau jadualkan hubungan seksual yang istimewa pada waktu
pagi, anda akan dapati masalah dialami suami anda terkawal.

Jangan bazirkan duit berjumpa dukun, bomoh atau tukang urut kerana seperti
yang anda ketahui, ia tidak membawa sebarang kebaikan.

Jika suami anda ada masalah kesihatan, yang kebetulan boleh mengganggu
kesihatan seksualnya, doktor dapat membantu.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 58

Kini, Kementerian Kesihatan ada Klinik Kesejahteraan, yang mana masalah


seperti suami anda alami dapat diperiksa dan rawatan tertentu dapat diberi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 59

RISAU TIMBUL BUAH DADA

Soalan

SAYA pelajar lelaki berusia 17 tahun yang pernah berdepan masalah obesiti
sebelum ini. Selepas beberapa tahun berusaha untuk menguruskan badan,
sekarang saya kurus.

Bagaimanapun, saya mengalami masalah payu dara besar sehingga ramai kawan
mengejek. Saya pernah baca mengenai ‘Gynecomastia’. Adakah saya
mengalami masalah ini?

JOHAN
Arau

Jawapan

Keadaan kemunculan buah dada di kalangan lelaki perkara yang jarang berlaku
dan jika dikesan, ia perlu diperiksa dan rawatan sewajar diberikan.

Gynecomastia atau kemunculan buah dada untuk lelaki boleh berlaku pada
awal akil baligh kepada sebahagian besar lelaki dan ia mengecut dalam masa
dua atau tiga tahun selepas kemuncak akil baligh.

Kadangkala ubat tertentu seperti ubat Cimetidine (untuk gastrik) atau


Ketoconazole (ubat nyah kulat) jika dimakan lama boleh menyebabkan
kemunculan buah dada di kalangan lelaki.

Lelaki yang mengalami kerosakkan buah zakar atau kanser buah zakar
mempunyai buah dada besar saperti anak dara sunti!

Kajian terbaru melaporkan beberapa krim herba mengandungi ‘Butea Superba’,


‘Oil of Lavender’ dan ‘Tea Tree Oil’ jika digunakan sebagai krim badan atau
untuk anggota sulit boleh mengakibatkan kemunculan buah dada di kalangan
lelaki muda.

Jika buah dada anda memang besar, mustahak untuk anda berjumpa doktor
bagi menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 60

KANSER ANGGOTA REPRODUKTIF

KANSER anggota reproduktif mungkin jarang didengar di dalam masyarakat


berbanding kanser lain seperti payu dara, tulang dan otak.

Namun, ia biasanya berlaku dengan menyerang pundi prostat, buah zakar dan
zakar.

Seperti kanser lain, jangka hayat mereka yang menderita penyakit ini dapat
dipanjangkan jika ia dikesan pada peringkat awal.

Kanser pundi prostat biasanya menyerang lelaki berusia 65 tahun ke atas. Ia


jarang dikesan pada mereka berusia di bawah 50 tahun.

Tanda awalnya ialah bengkak pundi prostat, sekali gus menyebabkan salur
kencing tersekat. Mereka yang menderita kanser ini akan menghadapi masalah
kencing tidak puas atau tersekat-sekat.

Cara mengesan kanser pundi prostat:

> Kemunculan simptom kencing tidak lancar atau tersekat-sekat.

> Buat pemeriksaan DRE (Digital Rectal Examination).

> Ujian darah PSA.

> Pemeriksaan kencing untuk kesan darah.

Cara menghindar kanser pundi prostat:

> Kurangkan makan makanan berlemak.

> Kurangkan makan daging merah dan banyakkan makan daging putih.

> Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

> Kawal berat badan.

Sementara itu, kadar kanser buah zakar dan zakar berlaku ialah satu peratus
daripada kanser yang menyerang lelaki. Ia biasanya dikesan di kalangan mereka
yang berusia di antara 15 dan 30 tahun dan jarang berlaku kepada mereka yang
berusia lebih 40 tahun.

Kemungkinan penyakit ini menyerang buah zakar yang tidak turun ke dalam
kerandut ialah empat kali ganda lebih besar. Satu lagi fakta yang perlu

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 61

diketahui ialah jika ia berlaku kepada anda, kemungkinan berlaku kepada adik
atau abang anda ialah 10 kali ganda.

Cara mengesan kanser buah zakar:

> Kemunculan ketulan atau bengkak kepada buah zakar.

> Menjalani pemeriksaan kendiri buah zakar (Testicular Self Examination) yang
boleh dilakukan sebulan sekali atau mengikut kesukaan lelaki.

Dilakukan ketika mandi, pemeriksaan dilakukan dengan dua tangan dan


dilakukan daripada bawah ke atas serta depan ke belakang dengan meneliti
bentuk buah zakar secara menyeluruh.

> Perubahan kepada saiz, bentuk dan kemunculan ketulan perlu diselidik
dengan berjumpa doktor.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 62

STRES BOLEH MENYEBABKAN DISFUNGSI EREKTIL

Soalan

SAYA mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu tetapi belum dikurniakan
anak. Sejak kebelakangan ini saya menghadapi beberapa masalah, antaranya
zakar tidak naik ketika bersama isteri. Zakar saya juga selalu mengecil apabila
membuang air kecil.

IZHAM
Melaka

Jawapan

Normal untuk mana-mana lelaki sihat dan mempunyai fungsi syahwat serta
tenaga batin yang baik mencapai ereksi apabila dalam keadaan ghairah.

Dalam keadaan terangsang, jalanan darah meningkat ke dalam otot zakar dan
zakar mengembang, memanjang, membesar dan menegang serta sesuai untuk
disalurkan ke dalam faraj.

Jika perkara sebaliknya berlaku, iaitu terangsang tetapi tidak mencapai ereksi
atau dapat mencapai ereksi tetapi tidak kekal atau dapat meneruskan
hubungan kelamin tetapi tidak dapat masuk ke dalam faraj kerana zakar tidak
cukup keras dan mengendur atau ‘mati’ setengah jalan, lelaki itu mengalami
Disfungsi Erektil atau DE.

Sebahagian besar lelaki yang mengalami DE ada masalah kesihatan, terutama


yang berusia. Masalah kesihatan dimaksudkan ialah kencing manis, tekanan
darah tinggi, masalah kolesterol tinggi dalam darah dan penyakit jantung.

Jika lelaki itu sihat dan muda, kemungkinan masalah DE mereka ada kaitan
dengan tekanan atau stres. Apabila tekanan itu kurang, keadaan menjadi pulih.

Kadangkala mereka perlu rawatan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam


hubungan seksual dengan pasangan mereka.

Jika DE berlaku sekali sekala dan berterusan hingga enam bulan, masalah ini
dikenali DE awalan. Jika ia banyak kali berlaku dan berpanjangan enam bulan,
ia dikenali DE pertengahan.

Jika ia terus berlaku dan terus gagal, DE ini dikenali sebagai DE tetap. DE tetap
ini kadangkala digelar mati pucuk. Saudara mengalami masalah DE kerana tidak
dapat mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 63

Jika ini hanya berlaku ketika isteri dalam keadaan subur, kemungkinan masalah
anda ada kaitan dengan tekanan kerana perlu lakukan seks pada waktu subur
isteri, walaupun saudara tiada mood.

Bagaimanapun, mustahak untuk saudara dapat rawatan moden bagi mengatasi


masalah ini.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 64

AMALAN ONANI MEMBERI TEKANAN KESIHATAN, KETAGIH

Soalan

SAYA berusia 25 tahun dan ingin tahu sama ada lelaki boleh dijangkiti penyakit
kelamin dengan melakukan onani? Apakah penyakit yang akan diperoleh jika
sering melakukan onani?

AMIR
Kuala Lumpur

Jawapan

Kebanyakan maklumat dalam internet mengenai onani ialah ia satu perilaku


biasa remaja sebagai pengenalan mengenai rangsangan seksual, namun ini jika
amalan itu tidak keterlaluan.

Jika keterlaluan, amalan itu boleh mengakibatkan tekanan kesihatan kerana


ketagihan. Bayangkan anggota kelamin dirangsang sehingga berlaku klimaks
memang meletihkan kerana menggunakan tenaga yang banyak, lebih-lebih lagi
dilakukan beberapa kali sehari dan setiap hari.

Antara rangsangan anggota sulit secara luar biasa ialah menggesel anggota sulit
dengan paha atau berbaring sambil menyental bantal dan menggoyangkan
badan di atas katil supaya dapat geselan kepada anggota sulit.

Jika semua ini dilakukan selalu, tentu mengakibatkan kegagalan mencapai


klimaks dalam keadaan normal serta berisiko mengalami ‘Sindrom Onani
Trauma’.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 65

RELA TAK KAHWIN

JARANG kita mendengar ada pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan secara


sukarela apabila hendak berkahwin. Kebiasaannya ujian itu diambil kerana ia
diwajibkan sebagai syarat sebelum berkahwin.

Masalahnya, ramai bimbang menjalani pemeriksaan kesihatan hingga sanggup


membujang hanya kerana mengesyaki tahap kesihatan diri tidak mampu
membolehkan mereka melayari perkahwinan dengan bahagia.

Antaranya ialah lelaki yang mengalami masalah atau gangguan ereksi dan yang
khuatir mengenai saiz dan bentuk zakar dengan anggapan tidak dapat memberi
kepuasan kepada pasangan.

Selain itu, ada yang menganggap diri mereka mandul dan tidak dapat
menghasilkan benih kerana mempunyai satu atau tiada buah zakar dalam
kerandut, atau mempunyai buah zakar kecil atau varikosel (pembuluh darah)
yang berpintal.

Malah, ada yang mempunyai masalah kerandut buah zakar seperti angin pasang
(hernia) atau air pasang (hidrosel) tidak mengambil langkah sepatutnya.

Semua keraguan itu perlu mendapat perhatian sewajar dan bukan sekadar
memikirkannya. Langkah terbaik ialah berjumpa doktor pakar yang arif
mengenai pengendalian untuk mengatasi masalah itu.

Mati pucuk juga mempunyai penyelesaian. Untuk pengetahuan pembaca, mati


pucuk berlaku dalam banyak keadaan dan jangan hanya kerana gagal melayari
malam pertama menyebabkan anda kecewa dan seterusnya berlaku perceraian
hanya kerana malu.

Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk yang berkekalan. Kebiasaannya


mereka mengalami penurunan tahap ereksi berikutan gementar dan berasa
kekok apabila bermesra dengan pasangan mereka.

Dalam keadaan itu tahap ereksi menurun dengan cepat, sekali gus gagal
meneruskan persetubuhan penetratif. Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk
malam pertama kerana biasanya berlaku pada malam pertama berintim dengan
pasangan.

Pengalaman negatif ini yang dibimbangi akan terbawa-bawa setiap kali ingin
bersama pasangan dan akhirnya mengalami mati pucuk sekunder.

Kini rawatan moden dapat membantu lelaki yang mengalami mati pucuk
berbanding yang bersandarkan kepada rawatan tradisional seperti urut yang
mungkin memudaratkan dan menjadikan masalah lebih serius.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 66

Yang penting ialah, lelaki yang mengalami mati pucuk memahami yang dia
bukan seorang saja mengalami masalah ini kerana kajian yang pernah dilakukan
di Malaysia mendapati, sebanyak 2.3 juta lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke
atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika dimasukkan lelaki
muda.

Saya juga ingin mengingatkan di sini yang rawatan moden dapat membantu
pasangan wanita itu hamil, walaupun suami mengalami mati pucuk.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 67

JANGAN GUNA PAM TIRUAN

Soalan

SAYA mempunyai tiga soalan.

1) Saya pernah membaca mengenai satu cara membesarkan zakar ialah dengan
merendam keseluruhan zakar ke dalam air teh yang suam. Adakah ia berkesan
atau mempunyai kesan sampingan pada masa akan datang?

2) Bagaimana kedudukan zakar yang betul ketika memakai seluar dalam?


Adakah kepala zakar mendongak ke atas atau bawah?

3) Kenapa zakar saya semakin mengecil dan pendek ketika menegang?

AZIZ
Kulim, Kedah

Jawapan

Memanjangkan zakar dengan merendamkannya dalam air teh suam? Ini macam
hendak mempromosikan teh. Kenapa tidak dengan air kopi asli atau air tongkat
ali? Jangan dengar perkara yang mengarut ini.

Bukan hanya merendam dengan teh, malah mengurut dengan minyak lintah,
dhab, ikan belacak atau apa-apa minyak, makan herba, malah jika anda
menggunakan kaedah pam vakum sekalipun tidak akan membesarkan zakar
secara kekal.

Sama juga mereka yang mempromosi suntikan ke zakar kerana sebarang


kesilapan akan menyebabkan zakar rosak.

Selain pembedahan untuk melegakan otot penampung zakar untuk membuatkan


zakar kelihatan panjang, kaedah tanpa pembedahan ialah dengan mengunakan
alat penarik zakar yang tulen. Nasihat saya, jangan cari nahas dengan mencari
pam tiruan yang murah.

Bagi soalan kedua, zakar bukan kereta untuk ‘dipark’ ke atas atau bawah. Ikut
kedudukan dan keselesaan anda. Lebih baik pakai seluar longgar. Seluar dalam
longgar seperti ‘boxer short’ lebih selesa.

Soalan ketiga mengenai saiz zakar, ia akan kelihatan kecil walaupun menegang,
kerana jika dilihat dari atas dalam keadaan mendongak memang kelihatan
kecil, kecuali dilihat dari sisi cermin.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 68

REMAJA SUKAR KAWAL TABIAT ONANI

Soalan

SAYA remaja berusia belasan tahun dan kerap beronani apabila terangsang
dengan bahan lucah. Malah, saya tidak mampu melihat wanita seksi dan
melakukan onani sehingga berkali-kali sehari. Saya ingin tahu, adakah
tumbesaran remaja belasan tahun seperti saya terjejas atau terbantut apabila
kerap melakukan onani?

JOHNNY
Kuala Lumpur

Jawapan
Alam remaja sememangnya banyak cabaran kerana ia langkah memasuki alam
dewasa. Sehubungan itu, mustahak untuk remaja seperti anda memahami
perubahan yang berlaku kepada diri dan mengamalkan gaya hidup sihat serta
perilaku yang boleh diterima masyarakat kerana ini membantu anda meneroka
alam baru itu.

Satu perubahan di alam remaja ialah kesedaran mengenai naluri, nafsu dan
syahwat. Ini fitrah selaku makhluk Tuhan. Di samping itu, anda diberi akal dan
melaluinya anda dapat mengenali, mempelajari dan menggunakannya untuk
kebaikan, bukan mengikut hawa nafsu seperti makhluk Tuhan yang tidak
berakal (binatang).

Mengenali perasaan syahwat ibarat mengenali api. Jika tidak tahu cara
mengawalnya, anda akan terbakar. Anda sedar anda mudah terangsang dengan
gambar wanita seksi, tetapi anda ceburi pornografi dan anda legakannya
dengan onani.

Bayangkan keletihan dan kelesuan yang anda alami selepas melakukan onani.
Itu satu tekanan dan tentu memberi kesan negatif kepada tumbesaran tubuh
anda. Jika anda ketagih perbuatan itu, anda seperti mereka yang ketagih dadah
kerana kesannya anda sentiasa letih, tiada semangat, tidak dapat memberi
tumpuan dan berisiko mengalami masalah seksual dengan pasangan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 69

ANGGAPAN KARUT ‘DARA’

Soalan

SAYA pernah mendengar kata orang kononnya seseorang lelaki akan tahu sama
ada wanita yang dikahwininya masih menpunyai dara atau tidak. Adakah ini
betul?

ZAM
Seremban

Jawapan

Doktor sendiri tidak tahu sama ada wanita itu dara atau sebaliknya kerana
ketiadaan atau selaput dara terkoyak bukan tanda wanita itu bukan anak dara.
Ini kerana perkara itu boleh berlaku akibat aktiviti lasak, kemalangan, onani
dengan memasukkan benda ke dalam faraj atau memang dilahirkan tanpa
selaput dara.

Jika wanita itu pernah melakukan hubungan seks penetratif, dia bukan anak
dara lagi walaupun selaput daranya masih kekal! Jadi jangan dengar perkara
mengarut itu.

Dara atau teruna ialah status atau kedudukan individu itu baik wanita atau
lelaki yang belum pernah melakukan hubungan seks penetratif dengan lelaki
atau wanita.

Jika lelaki pentingkan status dara untuk bakal pasangannya, tidak salah jika
wanita juga mahukan teruna sebagai pasangannya. Itu baru adil!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 70

LELAKI CEPAT KLIMAKS

Tidak dapat mengawal ejakulasi sebelum sempat memasukkan zakar

MENGIKUT fahaman isteri, jika suami mencapai klimaks, bermakna hubungan


seksual itu selesai dan pasangannya puas. Anggapan ini bermakna kepuasan
seksual hanya untuk keseronokan suami.

Bagaimanapun, apabila ditanya suami, tentu dia akan memberitahu sebaliknya,


iaitu tidak berasa puas kerana cepat sangat klimaks dan jika boleh hendak
masa lebih panjang, tetapi apakan daya.

Sebenarnya lelaki itu mengalami masalah tidak dapat mengawal ejakulasi


kerana belum sempat memasukkan zakar ke dalam faraj, dia mencapai
klimaksnya.

Dia tidak dapat mengenali peringkat praklimaks dan pada kebiasaan hanya
sedar dia mencapai klimaks apabila mendekatkan zakar kepada kemaluan
isteri.

Jika air mani yang terkeluar itu berdekatan pembukaan faraj dan meleleh
masuk ke dalam faraj, tidak hairan jika isteri itu mengandung walaupun masih
dara!

Selagi masalah cepat klimaks tidak dapat dikawal, seseorang lelaki itu akan
terus mengalami masalah untuk bersetubuh dengan pasangan. Keadaan menjadi
bertambah serius jika isteri mendiamkan diri kerana ia boleh menghadirkan
masalah lain, termasuk curang.

Kaedah terbaik ialah berterus-terang dan jika suami terus ‘liat’ untuk berusaha
mengatasi masalah, isteri harus merungut dan jika terdesak, mengadu kepada
ahli keluarga terdekat bagi memastikan suami mendapat rawatan doktor.

Masalah cepat klimaks sering berlaku kepada lelaki pada peringkat awal
persetubuhan kerana pengalaman lama melakukan onani dan mencapai klimaks
cepat terbawa-bawa kepada hubungan seksual sebenar.

Apabila lelaki itu dapat mengawal pergerakan zakar dalam faraj dan tahap
ereksi, dia akan dapat mengatasi masalah berkenaan dan hubungan kelamin
menjadi lebih seronok.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 71

SUAMI JARANG BERKOMUNIKASI

Soalan

SAYA baru memasuki tahun ketiga berumahtangga dan sekarang mempunyai


seorang cahaya mata perempuan. Masalah saya dan suami ialah, kami jarang
berkomunikasi dan saya rasa itu antara punca hubungan seksual kami hambar.

Saya jenis yang suka berbual, manakala suami pendiam dan tidak suka ditanya
sama ada hal kerja atau seharian. Saya mula berasa kenapa saya mesti layan
‘kehendak’ dia, sedangkan dia tidak melayan saya berbual.

Dia juga tidak faham ketidakselesaan saya ketika ‘bersama’ kerana dia tidak
mahu berbincang mengenainya. Sekarang dia sering merungut untuk tidak
mempedulikan saya jika saya tidak mahu ‘melayannya’. Macam mana saya
hendak melayan jika dia hanya tahu berseronok tanpa mempedulikan kehendak
saya?

IBU AZI
Klang, Selangor

Jawapan

Saya pasti puan dan suami menjalani kursus praperkahwinan yang mandatori
itu. Mungkin puan dan suami perlu mengimbas semula setakat mana maklumat
serta tunjuk ajar daripada kursus itu dapat membantu mengatasi masalah yang
dihadapi.

Ini mungkin satu daripada kelemahan kursus kerana tiada susulan selepas
berkahwin. Mungkin puan dan suami tidur ketika kursus itu. Ini biasa berlaku
kerana ketika itu kedua-dua hanya seronok untuk berumahtangga dan dapat
sijil sudah mencukupi.

Puan dan suami perlu sedar, anda berdua kini bergelar ibu dan bapa serta
mempunyai amanah besar, bukan kanak-kanak lagi. Kata orang, jika tepuk
sebelah tangan tidak berbunyi.

Dalam perkara yang puan alami, puan perlu berbaik semula dan jangan gunakan
hubungan seksual sebagai benda untuk dipertarungkan.

Sikap memang sukar hendak diubah, tetapi dengan kebijaksanaan puan, benda
yang keras itu dapat dilemahkan.

Itu kelemahan lelaki. Jika masih buntu juga, elok jumpa doktor atau kaunselor.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 72

DARAH KELUAR KETIKA BUANG AIR BESAR

Soalan

SAYA ingin tahu penyakit yang dihidapi suami kerana kadangkala apabila
membuang air besar, pasti darah keluar bersama. Ada masanya darah itu
terlalu banyak.

Namun, suami saya tidak berasa sakit, pedih atau perit ingin membuang air
besar. Darah itu mengalir dari dubur begitu saja. Adakah itu penyakit buasir
atau ada penyakit lain?

LIZA
Pulau Pinang

Jawapan

Pendarahan dari lubang dubur boleh berlaku apabila mukosa yang tersembul di
permukaan pintu pembukaan lubang dubur terluka.

Mukosa atau lapisan kulit saluran dubur itu kadangkala boleh tersembul apabila
wujud tekanan di bahagian itu akibat sembelit atau ‘constipation’.

Apabila mukosa itu tercedera, pendarahan yang amat sangat boleh berlaku.
Mukosa yang tersembul ini juga dikenali sebagai buasir atau ‘piles’.

Biasanya pendarahan daripada mukosa tidak sakit, kecuali kulit pembukaan


lubang najis terluka atau terkoyak, satu keadaan yang dikenali sebagai ‘anal
fissure’.

Tersembulnya mukosa berlaku dalam dubur yang baru peringkat awal biasanya
tidak kelihatan. Peringkat buasir ini ialah peringkat pertama. Peringkat kedua
apabila semakin besar yang tersembul dan peringkat ketiga ialah apabila ia
terkeluar dan dapat dirasa dengan jari ketika buang air besar dan masuk
kembali sesudah buang air besar.

‘External Hemorrhoids’ ialah peringkat keempat, yang mana buasir tersembul


kekal di luar pembukaan lubang dubur dan ini sangat menyakitkan dan sukar
dimasukkan kembali ke dalam dubur.

Kemungkinan besar suami anda ada penyakit buasir dan mungkin pada
peringkat awal. Jangan biarkan sehingga perkara ini menjadi ketara. Jumpa
doktor secepat mungkin.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 73

Rawatan kesuburan

SUDAH menjadi lumrah bagi pasangan berkahwin inginkan cahaya mata.


Justeru, peredaran masa setahun demi setahun usia perkahwinan tanpa
menunjukkan sebarang tanda kehamilan pasti menimbulkan tekanan kepada
pasangan berkenaan.

Pada masa itu, pasangan wanita khususnya akan berasa diri mereka yang
bermasalah dan mula berfikiran bukan-bukan sehingga menghadirkan tekanan
kepada diri sendiri dan pasangan.

Bagaimanapun, ingin diingatkan, langkah yang sepatutnya diambil pada masa


itu bukan menuding jari atau bermenung mengenangkan nasib, sebaliknya
berjumpa doktor pakar.

Wanita yang mempunyai pusingan haid tetap dan tepat dengan jarak hari
pertama haid dengan hari pertama haid berikutnya tidak kurang dari 21 hari
atau tidak lebih dari 40 hari adalah petanda wanita itu mampu menghasikan
telur.

Waktu haid yang pendek bukan petanda wanita itu kurang subur. Wanita yang
subur menghasilkan lendir yang putih jernih pada pertengahan pusingan haid
dan ini petanda telur sedang membesar dan akan keluar dalam empat atau lima
hari.

Jika hubungan kelamin dilakukan kerap dan bermula ketika lendir yang jernih
seperti putih telur yang belum masak keluar, kemungkinan untuk kehamilan
cerah.

Namun, jika selepas kerap melakukan hubungan seksual ketika dalam waktu
subur wanita tetapi tiada tanda kehamilan lebih setahun atau dua tahun,
eloklah berjumpa doktor untuk mendapat nasihat selain menjalani pemeriksaan
kesuburan.

Suami perlu menjalani ujian air mani untuk mengenal pasti kemampuan
menghasilkan sperma dan tahap kesuburan, sama ada sperma cukup bilangan
dan aktif.

Jika bilangan sperma atau keaktifannya kurang, ujian air mani perlu diulangi
sekali lagi untuk pengesahan kedudukannya. Jika sah ada masalah, ujian
susulan perlu dilakukan untuk mengenal pasti sebab masalah itu berlaku supaya
rawatan sewajarnya dapat diberikan.

Masalah sperma perlu masa lama untuk pemulihan dan sekurang-kurang


memerlukan tiga hingga enam bulan rawatan sebelum nampak tanda
pemulihan. Justeru, rawatan kesuburan lelaki lebih cerewet daripada wanita.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 74

Wanita perlu menjalani ujian untuk mengenal pasti pengeluaran telur seperti
ujian darah untuk menyukat hormon progesterone. Jika tahap hormon itu
rendah, ia petanda yang telur tidak keluar atau keluar lewat.

Selain itu, ujian dan pemeriksaan susulan lain perlu dilakukan juga seperti
memeriksa status anggota reproduksi sama ada rahim sihat dan salur telur tidak
tersumbat.

Pemeriksaan ini boleh dilakukan dengan cara x-ray anggota reproduktif wanita
yang dikenali sebagi HSG atau Hi sterosalpingogram. Jika ujian itu tidak
mendatangkan hasil, pemeriksaan susulan pembedahan kecil dengan
mengunakan alat peneropong yang dikenali sebagai ‘laparoscope’ perlu
dilakukan.

Apabila kedudukan telur dan salur reproduktif wanita itu dikenal pasti, baru
rawatan sewajar diberi dan jika perlu, rawatan canggih seperti penyemaian
sperma dalam rahim atau IUI dan bayi tabung uji (IVF) dilakukan.

Pendek kata, pasangan suami isteri perlu berjumpa doktor untuk menjalani
pemeriksaan kesuburan jika belum ada tanda kehamilan isteri selepas
berkahwin lebih setahun dan selewat-lewat dua tahun. Mendiamkan diri saja
dan menunggu macam buah tidak gugur bukan caranya!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 75

SUAMI KERAP TERLUKA

Soalan

SAYA berusia 25 tahun, sudah berkahwin dan belum ada cahaya mata. Selama
setahun ini saya tiada masalah ketika ‘bersama’ isteri. Bagaimanapun, sejak
dua bulan kebelakangan ini, ketika zakar saya menegang (ereksi), berlaku luka
kecil dengan kulit sebelum kepala zakar sering terkoyak.

Luka itu akan sembuh pada keesokan harinya tetapi akan terjadi semula
apabila ia menegang, tidak kira sama ada ketika bersama isteri atau tidak.
Untuk pengetahuan doktor, ketika bersama isteri, saya tiada masalah dengan
kelembapan (pelincir) dan saya juga mencuba menggunakan minyak bayi tetapi
tidak berhasil.

Soalan saya, adakah kulit zakar saya menipis dan apakah sebabnya?
Bagaimanakah cara untuk merawat masalah saya kerana selepas bersama saya
berasa pedih kerana luka itu?

ADY
Seremban

Jawapan

Kulit zakar jenis kulit yang nipis, licin, tanpa lapisan lemak dan mudah
mengembang apabila zakar mengembang dan meluas. Jika kulit zakar menebal
dan kurang licin, ia mudah merekah dan luka.

Ini berlaku apabila keadaan kulit berubah seperti kering dan menggerutu.
Kadangkala tisu pengembang kulit zakar berkurangan dan mengambil masa
untuk mengembang, tekanan kepada kulit boleh menyebabkan kulit merekah
atau koyak.

Saya syorkan anda menggunakan krim pelembap yang patut disapu kepada kulit
zakar setiap kali selepas mandi untuk membuat kulit lembap supaya ia tidak
merekah apabila anda melakukan persetubuhan.

Jangan guna minyak atau krim pelembap sebarangan. Ketika hubungan seks,
guna air liur sebagai pelincir. Jika kulit zakar bahagian penghujung terlalu
ketat, kulit itu perlu dilegakan dengan pembedahan plastik. Anda perlu
diperiksa dokor untuk menentukan masalah itu.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 76

SUHU KAWAL SPERMA

Soalan

SAYA pernah terbaca laporan bahawa lelaki yang terlalu lama menunggang
motosikal atau basikal akan mengalami kerosakan sperma, sekali gus
menyebabkan kemandulan. Apakah ini benar? Bagaimanakah cara mengatasinya
kerana saya sudah lama menggunakan motosikal dan risau kesannya apabila
berkahwin nanti.

ZAHARI
Damansara

Jawapan

Kilang sperma dalam buah zakar, manakala buah zakar pula dalam kerandut
yang terletak di luar badan. Pembiakan sperma memerlukan suhu optimum
iaitu 3-4º Celsius kurang daripada suhu badan (37º Celsius).

Jadi apabila suhu dalam kerandut meningkat, pemprosesan sperma tergendala


seketika dan jika perkara ini berlanjutan, profil sperma menjadi kucar kacir,
iaitu bilangan dan kualiti sperma menjadi tidak normal dan rupa bentuk sperma
cacat.

Peningkatan suhu dalam kerandut boleh berlaku apabila lelaki itu memakai
pakaian dalam yang ketat atau tebal dan seluar ketat. Sama juga jika buah
zakarnya terdedah kepada kebahangan seperti bekerja di kawasan panas,
berendam dalam kolam panas atau bersauna.

Dengan pakaian ketat dan padat serta duduk dalam kereta pun boleh
membuatkan buah zakar tertarik di atas tundun dan terdedah kepada
kepanasan badan. Sama juga jika memakai pakaian ketat dan menunggang
motorsikal.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 77

USIA PENGARUHI PANCUTAN

KEKUATAN ejakulasi atau pancutan air mani ke dalam faraj tidak


mempengaruhi keberangkalian kehamilan. Ini kerana, sama ada kuat atau
perlahan, kehamilan akan tetap berlaku jika air mani berjaya masuk ke dalam
faraj.

Daya pancutan akan berkurangan apabila seseorang itu semakin tua atau
hubungan seks diulangi beberapa kali dalam tempoh singkat, sekali gus
menyebabkan sistem ejakulasi menjadi kurang mantap.

Air mani lelaki mengandungi cecair pundi Prostat, Seminal, Cowpers, Epididimis
dan sebahagian kecil cecair pundi Mukosa atau salur kencing serta pundi
Littres. Sperma hanya tiga hingga lima peratus daripada isipadu air mani.

Pundi yang banyak memberi kandungan kepada air mani ialah pundi Prostat
membabitkan kira-kira 60 peratus daripada isi padu air mani, Seminal (30
peratus), Cowpers (1-2 peratus) dan Epididimis (1-3 peratus).

Keempat-empat pundi ini mempunyai kesamaan dengan hormon Testosterone


kerana perlu ada dalam tahap tinggi. Justeru, apabila tahap hormon
Testosterone menurun, fungsi semua pundi berkenaan menjadi kurang lancar
dan kandungan air mani turut berkurangan.

Bagaimanapun, jika tahap hormon Testosterone meningkat, pundi berkenaan


menjadi lebih terangsang dan menghasilkan cecair yang banyak, sekali gus
bermakna pengeluaran lebih banyak air mani berlaku.

Berkaitan kekurangan air mani apabila usia semakin lanjut, ia ada kaitan
dengan penurunan hormon Testosterone kerana hormon itu mula ‘menjunam’
apabila lelaki mencapai usia 30 tahun.

Penurunannya ialah sekitar 1-2 peratus setahun. Apabila lelaki memasuki usia
40-an, tahap hormon menjadi lebih kurang. Apabila ia berlaku, air mani
menjadi berkurangan dan tahap kemuncak juga menurun, walaupun ada
kemampuan melakukan hubungan seksual.

Untuk mengetahui sama ada tahap hormon rendah, mustahak untuk lelaki itu
menjalani ujian darah. Kajian klinikal yang pernah dilakukan ke atas Tongkat
Ali mendapati herba yang popular di negara ini dapat meningkatkan horman
Testosterone semula jadi lelaki.

Bagaimanapun, herba itu terpaksa melalui proses dan campuran tertentu


seperti larut di dalam air yang mengandungi Eurypeptides.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 78

RISAU KESAN BURUK MERANCANG KELUARGA

Soalan

SAYA masih belajar di peringkat diploma dan berhasrat untuk berkahwin sambil
belajar bersama kekasih saya. Kami berusia 20 tahun. Walaupun bersedia untuk
berkahwin, tetapi kami merancang selama tiga tahun untuk tidak mempunyai
anak.

Bagaimanapun, saya menjadi bimbang dan buntu apabila mendengar isteri yang
menggunakan cara perancang keluarga akan mendapat kesan buruk seperti
mandul, masalah peranakan dan stres. Adakah ini benar?

Memakai kondom pula tidak mendatangkan kepuasan dan kenikmatan. Justeru,


bagaimana saya hendak menyelesaikan masalah ini?

RAZZ
Muar, Johor

Jawapan

Memang mustahak untuk merancang masa depan bersama pasangan kita


apabila berumahtangga. Ini untuk kebaikan pasangan dan diri sendiri.

Kadangkala kita perlu menggunakan pelbagai pendekatan untuk tujuan itu


mengikut keperluan semasa.

Ini termasuk soal merancang keluarga, iaitu menentukan bilangan anak yang
kita mahu, termasuk juga merancang untuk mendapat cahayamata pertama.
Islam mengizinkan kita merancang keluarga.

Malah, Rasulullah SAW pernah menjelaskan mengenai kaedah al-Azal, iaitu


mencabut ereksi keluar sebelum ejakulasi berlaku sebagai kaedah merancang
keluarga kepada para sahabat apabila baginda ditanya mengenai perancangan
keluarga.

Ini menandakan yang merancang keluarga boleh diamalkan untuk kebaikan dan
penjagaan kesihatan.

Kini, teknologi perubatan dan kesihatan adalah tinggi. Ada pelbagai kaedah
moden untuk merancang keluarga selain kaedah al-Azal.

Sudah tentu kaedah merancang keluarga yang berkesan dan selamat untuk
kedua-dua pasangan akan menjadi kaedah pilihan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 79

Untuk wanita yang belum pernah mengandung, kaedah merancang dengan


hormon seperti pil, suntikan atau susuk sesuai dan tidak memudaratkan
kesihatan.

Jadi maklumat negatif yang tersebar dan dimaklumkan kepada anda


sebenarnya tidak benar. Pil merancang keluarga ada dalam senarai Kaedah
Merancang Keluarga Negara dan selamat untuk wanita yang mahu mencubanya.

Sama juga dengan kaedah lain yang ada dalam senarai yang boleh digunakan
mengikut kesesuaian.

Yang mustahak ialah untuk anda dan pasangan mendapat maklumat profesional
dari klinik perancang atau daripada doktor anda.

Risau tidak tentu pasal bukan cara untuk menangani isu ini.

Buka minda dan dapatkan bimbingan profesional daripada pihak berkaitan dan
bukan mendengar cerita karut.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 80

SETAHUN TIDAK MERASAI NIKMAT

Soalan

SAYA menghadapi masalah pancutan air mani. Sama ada ia keluar ketika
mengadakan hubungan seks dengan isteri atau menerusi onani, tidak terasa
nikmatnya. Namun, pada masa sama ia juga tidak sakit.

Untuk makluman, saya berusia 29 tahun dan baru dua tahun berkahwin serta
mempunyai seorang anak. Yang menghairankan ialah, masalah ini berlarutan
sejak kira-kira setahun lalu.

SHAHRIN
Rawang

Jawapan

Ejakulasi untuk lelaki berlaku hasil daripada kemuncak perasaan syahwat akibat
rangsangan anggota seksual secara terus atau anggota tubuh badan lain yang
menaikkan rasa berahi.

Malah bagi lelaki, kemuncak perasaan syahwat boleh berlaku dengan


rangsangan mental, seperti melalui khayalan seksual dan boleh berlaku juga
jika lelaki itu terangsang dengan apa cara sekali pun, termasuk bauan
mengghairahkan.

Jadi lelaki yang mempunyai badan sihat, fungsi anggota seksual yang cergas
dan kesihatan mental yang mantap mampu menghayati tahap keghairahan
syahwat yang menggalakkan.

Dalam keadaan letih, lesu dan tahap hormon Testosterone atau hormon
kelelakian menurun serta tanpa tumpuan ketika melakukan hubungan seksual,
tentu kualiti kemuncak tidak seperti diinginkan.

Selain itu, tekanan atau stres juga boleh menyebabkan kualiti ejakulasi
tercabar. Saudara perlu amalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman
berkala supaya ada stamina untuk bersama pasangan.

Selain itu, makan makanan seimbang dan elak kenaikan berat badan kerana
badan yang ringan mudah bergerak aktif tanpa keletihan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 81

KHASIAT BELACAK

MEMPUNYAI anggota kelamin yang sihat, segar dan berfungsi dengan penuh
yakin menjadi idaman lelaki atau wanita.

Berbanding lelaki, wanita lebih peka dengan penjagaan anggota kelamin


mereka. Lelaki jahil mengenai penjagaan anggota sulit.

Namun, sikap itu kini mula berubah apabila semakin ramai lelaki bersikap
memberi perhatian kepada anggota sulit mereka.

Yang menimbulkan masalah ialah, mereka menggunakan produk tidak sesuai


atau mengandungi bahan yang mungkin memudaratkan anggota kelamin.

Mereka mudah terpengaruh dengan iklan memaparkan barangan ‘ajaib’


kononnya dapat membesarkan anggota sulit.

Anggota sulit lelaki seperti juga wanita mempunyai kulit halus, licin dan mudah
mengembang serta sentiasa lembab.

Salur darah dan urat saraf merentasi kulit anggota sulit. Berikutan kulit itu
tiada selaput lemak, maka urat dan salur darah kelihatan jelas dan timbul.

Tisu di bawah kulit zakar ialah tisu pengembang atau ‘Lax Connective’ yang
mudah mengembang dan melebar apabila anggota sulit mengembang dan
memanjang.

Kulit kering atau menebal sukar mengembang dan boleh menyebabkan melecet
apabila ereksi. Justeru, bahan pelembab yang mesra kulit dapat membantu.

Apa yang perlu ada di dalam bahan pelembab ialah ekstrak lemak ikan belacak
yang diadun dengan vitamin E dan minyak aromatik dapat memberi keselesaan
kepada kulit dan mengawal sambil membantu menyalurkan ekstrak herba ke
dalam tisu zakar. Ekstrak lemak ikan belacak mampu memberi tenaga haba dan
meningkatkan matabolism sel.

Ramuan semula jadi seperti ekstrak herba Epimedium Saggitum yang


mengandungi ‘Iccarin’ pula dapat melegakan otot pengembang zakar dengan
membantu memantapkan kemasukan darah ke dalam zakar, sekali gus
membuatkan ereksi ke tahap padat.

Ekstrak Herba Muara Puama pula dapat membantu menstabilkan kegelian.

Pada masa sama, ekstrak Paprika atau Lada Besar juga dapat melancarkan
darah dan membuatkan kulit berasa separa radang supaya ekstrak herba dan

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 82

vitamin dapat memasuki otot dan tisu dalaman supaya struktur zakar lebih
kukuh.

Krim yang mempunyai semua bahan di atas boleh dianggap sebagai krim
peribadi terbaik untuk kesejahteraan anggota sulit lelaki.

Krim ini memberi keselesaan dan kekukuhan struktur anggota sulit lelaki jika ia
diamalkan setiap hari.

Beberapa produk krim ini kini banayk di pasaran dan antara yang diberikan
pengesahan pakar perubatan ialah Virile For Men.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 83

KAKI KEJANG

Soalan

SUAMI saya mengalami kekejangan keterlaluan di kedua-dua betis setiap kali


kami berjimak. Kadangkala saya terpaksa mengurut betis sebab keadaan suami
yang tidak berdaya dan kesakitan. Bagaimanakah caranya untuk mengurangkan
masalah suami saya?

ARNI
Kuala Lumpur

Jawapan

Ketika lelaki terangsang, keseluruhan otot badan separa tegang, selain


pernafasan dan degupan jantung meningkat.

Ini kerana ketika memposisikan badannya untuk bergerak ketika persetubuhan,


otot badan akan mencengkam dan aktif.

Ini memerlukan peraliran darah dan tahap Electrolyte serta kalsium tinggi. Jika
zat itu kurang, mudah untuk dia mengalami kekejangan. Ia bukan perkara luar
biasa.

Kadangkala ia sangat menyakitkan dan syorkan suami anda amalkan bersenam


untuk kekuatan otot dan makan makanan seimbang dengan zat galian dan
vitamin.

Bahagian mudah kejang diurut supaya takungan asid laktik dihapuskan.Jika


masalah masih berlaku selepas membuat semua yang saya syorkan itu, lebih
baik berjumpa pakar orthopedik kerana bimbang ada masalah lain.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 84

MACAM ‘SIPUT SEDUT’

Soalan

SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun yang berkhatan ketika
berusia lapan tahun. Masalahnya ialah saiz zakarnya kecil, mungkin disebabkan
badannya berisi tetapi bukan dalam kategori gemuk.

Malah, boleh dikatakan selepas berkhatan, saiz zakarnya tidak berubah dan
kadangkala ‘hilang’ atau boleh dikatakan berbentuk seperti ‘siput sedut’.

Dia selalu bertanya kepada saya kerana saiz zakar adiknya lebih besar,
sekalipun berkhatan ketika berusia enam tahun.

YATI
Melaka

Jawapan

Satu daripada risiko berkhatan untuk kanak-kanak lelaki yang badan berisi atau
gemuk ialah zakarnya mudah terbenam atau tertarik ke dalam tundun.

Pangkal zakar yang tergantung di bawah tundun mengandungi otot yang


menambat pangkal zakar ke bawah tundun dan jika otot ini mencengkam,
pangkal zakar akan tertarik dan kelihatan terbenam atau masuk ke dalam
tundun.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘Penis Koro’ dan boleh berlaku pada bila-bila
masa, terutama jika lelaki itu terasa sejuk atau cemas. Jarang berlaku lelaki
mempunyai zakar kecil dan situasi ini dikenali sebagai ‘Micro Penis’.

Perkara ini hanya diketahui jika lelaki itu baligh dan mencapai usia 22 tahun
dan mempunyai zakar berukuran kurang enam sentimeter ketika ereksi.

Jadi perkara ini hanya diketahui apabila anak puan baligh. Buat masa ini, puan
tidak perlu risau. Beritahu anak puan yang zakarnya termasuk ke dalam lemak
tundun, tetapi akan terkeluar ketika pagi, di mana ketegangan zakar kerap
berlaku.

Apabila dia dewasa nanti, keadaan akan menjadi normal. Jika puan datang ke
Kuala Lumpur, boleh bawa anak berjumpa saya untuk menjalani pemeriksaan.
Saya ada di Damai Service Hospital, 115-119 Jalan Ipoh.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 85

CEPAT KLIMAKS

AZIZ sudah berkahwin lima tahun. Namun, dalam tempoh yang panjang
mengenali dan mendampingi isteri, dia menghadapi masalah kerap tewas ketika
melakukan hubungan seks.

Mengapa ini berlaku? Kajian menunjukkan dua daripada setiap tiga lelaki cepat
klimaks. Bagaimanapun, berikutan lelaki masih mampu melakukan hubungan
kelamin walaupun cepat klimaks, perkara ini jarang dipertikaikan, kecuali
pasangannya merungut.

Biasanya pada peringkat awal persetubuhan, lebih 90 peratus lelaki cepat


klimaks. Apabila berusaha meningkatkan daya kawalan ejakulasi, kebanyakan
mereka akan berjaya, walaupun kadangkala ada kegagalan.

Ada lelaki masih berjaya mengekalkan ereksi walaupun selepas terpancutnya


air mani (ejakulasi) dan ini mencukupi untuk memberi kepuasan kepada
pasangan kerana boleh menerima kelembapan lebih hasil daripada klimaks
suami.

Hanya segelintir masih kekal dengan masalah mereka (cepat klimaks) dan
keadaan menjadi ketara apabila mereka berasa tertekan dan lama kelamaan
mengalami Disfungsi Erektil (gagal mencapai ereksi/ketegangan) pula apabila
pasangan mendesak.

Beberapa pendekatan boleh dilakukan lelaki untuk menangani masalah cepat


klimaks. Ini tertakluk kepada kemampuan. Jika tidak dapat penyelesaian juga,
mereka disyorkan berjumpa doktor untuk rawatan.

Untuk permulaan, mereka boleh kerap melakukan hubungan seksual kerana kali
kedua atau ketiga, daya kawalan daripada ejakulasi menjadi lebih mantap.
Kata orang, jika kerap buat, daya kawalan lebih tinggi. Jika jarang buat,
kawalan tiada.

Ketika bersetubuh, mereka perlu memasukkan ereksi dalam keadaan kemut


dengan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing, selain
menggerakkan zakar dalam faraj dengan keadaan kemut.

Geselan perlu dilakukan dengan melebihkan geselan pangkal zakar bahagian


atas ke langit faraj. Lagipun, langit faraj mengandungi bahagian dikenali
sebagai G-Spot yang memudahkan wanita mencapai klimaks jika terkena
geselan.

Selain itu, lelaki boleh menggunakan cincin tambat zakar yang kini banyak di
pasaran. Fungsi cincin ini ialah mengalih tumpuan minda kepada cengkaman
cincin. Keadaan ini secara tidak langsung mengetepikan perasaan seronok.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 86

Apabila sampai ke peringkat lelaki hendak ejakulasi, tumpuan minda beralih


kepada zakar pula, sekali gus menyebabkan ejakulasi. Selain kawalan sendiri,
ada juga dengan cara ubat. Untuk itu anda perlu jumpa doktor.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 87

REMAJA RISAU BULU ROMA LEBAT

Soalan
SAYA mengalami masalah bulu tebal di tangan dan dada, walaupun baru berusia
15 tahun. Saya takut hendak cukur kerana dimaklumkan ia menjadi bertambah
tebal. Saya ingin tahu adakah ubat atau gel untuk mengurangkan bulu saya?

HABIB
Pulau Pinang

Jawapan

Anda seharusnya berasa bertuah kerana mencapai akil baligh dan mempunyai
tanda jelas perubahan pada tubuh. Mengenai ketumbuhan bulu roma, tahap
baligh anda dalam peringkat tinggi dengan kemunculan bulu roma yang lebat.

Pasti perkara sama juga berlaku kepada bulu roma anggota sulit dan di
bahagian lain. Keadaan bulu roma lebat biasanya dalam pengaruh baka. Jika
anda mempunyai baka begitu, maka lebatlah bulu roma anda.

Pendapat bahawa mencukur bulu roma akan mengakibatkannya lebih kasar dan
lebat adalah tidak betul. Jika anda cukur, kulit menjadi kesat dan penghujung
bulu roma menjadi tajam dan kadangkala mencucuk kulit.

Itu saja masalah bulu roma jika kerap dicukur. Anda boleh membeli krim
pemusnah bulu roma dikenali sebagai ‘Depilatory Cream’.

Buat masa ini tiada ubat boleh menghilang atau mengurangkan bulu roma.
Terima saja anugerah Tuhan. Daripada aspek daya tarikan dan ketrampilan,
banyak perempuan suka lelaki berbulu roma lebat di dada.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 88

CECAIR KUNING MELELEH

Soalan

SAYA mengalami masalah zakar yang mengeluarkan cecair berwarna kuning


seperti nanah, tetapi cair dan tidak berbau. Ia keluar meleleh di lubang zakar.
Adakah ia memudaratkan? Saya masih bujang dan masalah ini membuatkan saya
bingung dan resah.

HEYROL
Johor Bahru

Jawapan

Salur kencing lelaki sentiasa lembab akibat lelehan yang keluar daripada pundi
yang wujud dalam mukosa yang menyelaputi salur kencing. Cecair ini
membuatkan mukosa lembap dan menghalang salur itu daripada terkandas atau
melekat.

Cecair ini berlaku apabila seseorang lelaki terangsang, mengakibatkan cecair


itu keluar daripada lubang kencing. Ketika itu banyak darah masuk ke dalam
otot zakar, menyebabkan mukosa meluas dan memerlukan cairan lebih.

Apabila ereksi mengendur, lebihan cairan itu akan terkeluar sebagai air mazi.
Jarang berlaku cairan keluar seperti yang anda alami, kecuali anda menghidap
jangkitan akibat hubungan kelamin rambang.

Jangkitan Gonorrhea berlaku dalam masa 24 jam selepas bersetubuh apabila


cairan kuning keluar dengan banyaknya daripada salur kencing. Jangkitan ini
berbau dan perlu mendapat rawatan doktor.

Jangkitan dengan kuman virus Chlamydia menghasilkan lelehan kekuningan


beberapa hari selepas bersetubuh dan cairan yang keluar itu sedikit melekit,
tapi tidak berbau.

Jika dibiarkan, jangkitan itu boleh melarat dan menjangkiti pasangan lain. Jadi
anda perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan
sewajar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 89

KECELARUAN GENDER

Penyaringan MRI boleh menentukan ia semula jadi dan bukan dibuat-buat


individu

DISFORIA Gender atau kecelaruan gender didefinisikan sebagai keadaan di


mana penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan gender sendiri
dengan jantina anggota kelaminnya.
Transeksualisme paling ketara mengenai kecelaruan gender apabila individu
yang mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi berasa begitu yakin yang dia
golongan jantina sebaliknya.

Mengikut kajian Prof Louis Gooren, kemungkinan fenomena transeksualisme


berlaku ialah satu transeksual lelaki dalam 15,000 lelaki manakala satu
transeksual perempuan dalam 35,000 perempuan.

Manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam


proses pengenalan diri mengenai jantina. Dia akan berasa dirinya berbeza
dengan kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih
cenderung bergaul dengan individu daripada jantina sebaliknya.

Secara tersembunyi, dia akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya, sekali
gus berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina
yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila dia
memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual serta
mengalami ketumbesaran anggota kelamin.

Dia akan berasa perubahan dirinya lebih jauh daripada kehendak diri sehingga
berasa tertekan. Kepada yang dapat mengawal kehendak diri, mereka akan ikut
haluan masyarakat.

Namun, bagi yang lebih mengikut kehendak diri, mereka akan melakukan apa
juga yang difikirkan sesuai untuk menikmati naluri mereka seperti berpakaian
dan mendapat rawatan yang dapat mendekatkan mereka kepada jantina
diidamkan.

Golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan
kepada jantina keinginan mereka sehingga kadangkala boleh mendatangkan
kesusahan kepada mereka.

Mereka yang berasa tertekan dan tidak dapat mengawal diri tidak akan
teragak-agak mengambil keputusan yang boleh memudarat atau memusnahkan
diri sendiri seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina atau
membunuh diri akibat kekecewaan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 90

Mengenali identiti diri dan fenomena transeksualisme

Pengenalan mengenai jantina seseorang satu proses yang dinamik dan tertakluk
kepada baka penentuan jantina dengan ‘sex chromosomes’ XX untuk
perempuan dan XY untuk lelaki, hormon testosterone dan ‘anti-mullerian
hormon’.

Selain itu, ia membabitkan pelbagai faktor spesifik seperti alam sekitaran dan
kesan perubahan kepada individu itu mengikut masa ketumbesaran.

Proses pengenalan jantina individu adalah di otak atau minda. Justeru,


penetapan jantina seseorang itu hanya menjadi nyata apabila bahagian otak
yang mempengaruhi penetapan satu-satu jantina mulai terbentuk dan
berfungsi.

Sebagai contoh, bahagian ‘Hypothalamus’ dan ‘Pre-Optic Nucleus (PON) otak


mengawal perilaku seksual dan bahagian ini lebih besar dalam otak lelaki
daripada perempuan.

Nukleus’thestria Terminalis’(BSTc) untuk lelaki 44 peratus lebih besar daripada


perempuan.

Transeksual lelaki ke perempuan mempunyai BSTc terbentuk dan bersaiz


perempuan dan begitu juga sebaliknya. Perubahan ini dapat dikenali dengan
ujian canggih melalui penyaringan dengan MRI.

Ini boleh menentukan sama ada Disforia Gender atau fenomena transeksual itu
berlaku secara semula jadi dan bukan dibuat-buat oleh individu itu.

Pendekatan Perubatan

Sebahagian besar individu yang masuk dalam golongan transeksual mengalami


kekeliruan mengenai diri mereka daripada aspek identiti seksual. Mereka perlu
menjalani bimbingan untuk mengenali diri dengan lebih dekat lagi, dan ini
mungkin perkara awal yang perlu dilakukan.

Mereka juga perlu tahu perbezaan identiti seksual yang lain seperti
homoseksual, transvertisme, fetishisme dan lain-lain supaya dapat menetapkan
kedudukan mereka.

Perkara lain yang perlu diberi bimbingan ialah kemudahan untuk mereka yang
inginkan penukaran jantina dan batasan undang-undang berkaitan identiti asas
seperti kad pengenalan.

Perkara lain yang turut dibimbing termasuk juga penggunaan hormon seks

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 91

seperti hormon kelelakian (Testosterone) dan hormone kewanitaan (Estrogen),


selain pembedahan plastik sehingga perkara yang mungkin merungsingkan
mereka daripada aspek kehidupan sosial.

Mereka yang sudah menjalani pelbagai bimbingan dan bantuan sosial dapat
menikmati kehidupan yang selesa dengan identiti fizikal dan suasana kehidupan
yang mereka inginkan.

Dengan keadaan sedemikian, mereka boleh jadi individu yang dapat


membangunkan negara seperti individu lain.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 92

BERKHATAN BANYAK MANFAAT

Soalan

SAYA tidak berkhatan kerana saya bukan Islam dan agama saya tidak
mewajibkan berbuat demikian. Masalahnya ialah zakar saya ditutup dengan
kulit. Apabila saya membukanya terasa sakit.

Adakah ini bermakna saya perlu berkhatan kerana berdasarkan perbualan


dengan rakan yang berbuat demikian, mereka tidak menghadapi masalah
seperti saya.

STEVEN
Seberang Prai

Jawapan

Kini berkhatan untuk lelaki bukan saja untuk tujuan keagamaan. Ia amalan
yang dikenal pasti ada banyak manfaat. Baru-baru ini, seorang pakar dari
Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, lelaki berkhatan terhindar
daripada jangkitan HIV/Aids jika dibandingkan dengan lelaki yang tidak
berkhatan.

Ini mungkin kerana kulit penghujung zakar lelaki berkhatan lebih tebal dan
kebal berbanding lelaki tidak berkhatan, yang mana kemungkinan kulit melecet
tinggi dan lebih ketara apabila pembukaan kulop penghujung zakar tercedera
apabila ia tertarik.

Bagi yang mempunyai kulit penghujung zakar tertutup, ketika ereksi kepala
zakar hanya kelihatan keluar apabila dilegakan kulit penghujung zakar. Ini yang
menyebabkankan ia terasa sakit.

Bayangkan jika anda bersama pasangan anda. Sudah pasti akan berasa sakit dan
hubungan seksual menjadi tekanan kepada anda. Masalah yang anda alami
dikenali sebagai ‘Para Phimosis’, iaitu penghujung zakar boleh terkeluar tetapi
sukar hendak dimasukkan kembali.

‘Phimos’ pula berlaku apabila kepala zakar tidak keluar dari penutup kulop
ketika ereksi. Kedua-dua masalah ini perlu rawatan dan caranya ialah
berkhatan.

Prosedur ini boleh dilakukan oleh mana-mana doktor berpengalaman.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 93

PETANDA SALUR KENCING LUKA

Soalan

SAYA ingin tahu mengapa air mani saya berwarna gelap seperti bercampur
darah. Saya berusia 24 tahun dan belum berumahtangga. Saya sering minum
kopi Tongkat Ali untuk menambah tenaga ketika bekerja. Adakah ini
menyumbang kepada keadaan air mani berkenaan?

AZMI
Kuantan

Jawapan

Warna air mani campuran jernih putih kelabu dan sedikit kekuningan.

Ini kerana campuran cecair daripada beberapa pundi yang menghasilkan air
mazi yang bercampur, menjadikan air mani.

Jika warna air mani bertukar kepada kuning pekat, itu tanda jangkitan tetapi
kehijauan itu menandakan jangkitan kuman parasit ‘Pseudomonas’ manakala
coklat atau kemerahan atau ‘gelap’ itu akibat campuran sel darah merah.

Jika ada darah, ia mungkin petanda kelukaan dalam salur kencing atau pundi-
pundi yang menghasilkan air mazi saperti pundi cowper, prostat atau seminal.
Kadangkala keradangan pundi prostat boleh menghasilkan air mani yang
berwarna gelap.

Memang mustahak lelaki itu merujuk kepada doktor untuk menjalani


pemeriksaan jika ada jangkitan pundi prostat bagi membolehkan rawatan
sewajar perlu supaya jangkitan itu reda dan air mani pulih warnanya.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 94

BIOLOGI WANITA BERUBAH

TIDAK salah untuk dua individu yang berbeza jantina menjalin hubungan.
Mereka yang akan menentukan ke arah mana hubungan itu, sama ada berakhir
dengan perpisahan, kekal sebagai rakan atau ke jinjang pelamin.

Tidak dinafikan hubungan lelaki dan perempuan membabitkan interaksi minda,


emosi dan kadangkala membawa ke tahap intim.

Namun, penting untuk mereka fikirkan risiko yang akan berlaku apabila
hubungan intim itu menjadi hubungan seksual jika mereka belum bersedia
untuk membuat komitmen.

Lelaki yang bertanggungjawab akan bersedia untuk berkahwin, tetapi yang


tidak bersedia akan melarikan diri. Perempuan pula boleh hamil dan
kemungkinan dia tidak lagi diterima lelaki lain berikutan mempunyai anak luar
nikah.

Perlu diingatkan, lelaki biasanya terlepas daripada segala tekanan sosial.


Malah, dia akan berasa dirinya ‘hero’ dan bermegah kerana dapat meniduri
seseorang perempuan dengan tidak teragak-agak memberi ‘laporan’ kepada
rakannya yang lain.

Sehubungan itu, yang jelas rugi ialah wanita! Jika wanita pernah melakukan
hubungan seksual, dia bukan lagi anak dara.

Sebaliknya, tiada apa-apa tanda kepada lelaki yang pernah meniduri wanita.

Jika wanita itu pernah hamil dan menggugurkan kehamilan pula, dia akan
mempunyai sistem reproduktif yang tercemar.

Ketika peringkat awal, proses kehamilan akan mengakibatkan payu daranya


membesar dan kembang.

Puting juga membesar dan bertukar warna kepada lebih gelap.

Keadaan ini akan kekal dan tidak akan pulih kepada sediakala walaupun selepas
menggugurkan kandungannya.

Jika dia pernah berseronok dengan lelaki, sentuhan intim yang dilakukan
kepada kemaluan dan payu dara sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada
bahagian berkenaan dan perubahan ketumbesaran boleh berlaku.

Bagi wanita yang tidak menghargai diri dan tidak berfikir panjang, semua
perubahan yang berlaku itu mungkin tidak membimbangkan sehingga tiba
harinya yang mereka berasa kesal tetapi semuanya sudah terlambat.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 95

Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak
dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaannya.

Inilah wanita yang cemerlang, pilihan lelaki yang sejati!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 96

Minat lelaki berkulit cerah

Soalan

SAYA pelajar berusia 22 tahun. Sejak usia saya 11 tahun, saya mengalami
kekeliruan jantina. Buat pengetahuan, saya anak bongsu dan lebih rapat
dengan adik-beradik perempuan dan ibu kerana ayah sudah tiada.

Saya pandai dan suka melakukan kerja perempuan seperti memasak dan
mengemas selain suka berhias, termasuk bersolek. Lebih teruk lagi, saya berasa
ghairah pada lelaki dan kerap berfantasi apabila melihat lelaki kacak yang
berkulit cerah.

Bagaimanapun, pada masa sama, saya mempunyai seorang teman wanita yang
sangat saya sayangi kerana ketinggian ilmu agamanya. Namun, dia tidak tahu
mengenai masalah saya.

Saya akui kami sering bermasalah kerana saya tiada ‘common sense’ seperti
menunjukkan rasa cinta saya kepadanya.

Saya tidak mahu kehilangan seseorang yang begitu berharga kepada saya hanya
kerana naluri saya yang abnormal ini.

Adakah terapi di Malaysia yang boleh selesaikan masalah ini atau adakah cara
lain seperti mengambil suntikan hormon?

MAT DON
Kuala Lumpur

Jawapan

Kesedaran seksualiti dan gender adalah proses berterusan. Justeru, tidak


menghairankan jika terdengar individu yang jantinanya lelaki tetapi
beranggapan dia perempuan yang terperangkap di dalam tubuh lelaki.

Dalam hal kekeliruan gender, cara perawatannya lebih kepada bimbingan dan
memberi masa mencukupi sebelum satu tindakan diambil, seperti prosedur
penukaran jantina, yang mana hanya dilakukan selepas beberapa tahun
menjalani bimbingan dan penilaian oleh pakar berkaitan.

Anda kini sedar anda lelaki yang selama ini terdedah kepada perwatakan dan
sifat keperempuanan, maka anda terikut-ikut sehingga anda menjadi keliru
jantina dan sifat sebenar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 97

Memandangkan anda berminat kepada perempuan bukan sekadar untuk


mengikut perwatakan mereka, malah untuk berdampingan dengan mereka
seperti lelaki yang ingin tahu mengenai perempuan, keadaan itu secara
langsung menggambarkan yang anda lelaki tulen dan prihatin.

Anda lelaki yang menempuhi pelbagai cabaran hidup yang hampir meletakkan
anda dalam situasi atau keadaan yang dikenali sebagai ‘disforia gender’. Anda
nyaris masuk dalam alam homoseksualiti kerana pernah berfantasikan lelaki
tertentu, tapi kesedaran diri mengembalikan anda ke jalan lurus.

Anda berjaya mengatur kembali matlamat hidup anda sebagai lelaki dengan
menaruh hati kepada perempuan. Menambah hormon kelelakian ‘testosterone’
tidak akan membuat anda menjadi lelaki lebih tulen kerana anda ada hormon
itu dengan banyak dalam usia semuda ini.

Yang anda perlukan ialah sokongan diri dan penetapan minda yang anda lelaki
dan bangga anda mempunyai wawasan hidup sebagai lelaki tulen. Semoga anda
berjaya dalam matlamat hidup anda.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 98

Elak pakaian ketat

Soalan

SAYA pernah terbaca dalam akhbar bahawa lelaki yang terlalu lama
menunggang atau duduk terlalu lama di atas motosikal atau basikal akan
mengalami kerosakan sperma, sekali gus mengakibatkan kemandulan. Adakah
perkara ini benar? Bagaimanakah cara untuk mengatasinya, kerana saya
menunggang motosikal agak lama dan risau akan kesannya apabila berkahwin
nanti.

FAIZUL
Muar, Johor

Jawapan

KILANG sperma terletak di dalam buah zakar. Buah zakar pula di dalam
kerandut buah zakar yang terletak di luar badan. Pembiakan sperma
memerlukan suhu optima iaitu 3-4 darjah Celsius kurang dari suhu badan (37
darjah Celsius).

Apabila suhu dalam kerandut meningkat, pemerosesan sperma tergendala


seketika dan jika perkara ini berlanjutan, profil sperma menjadi kucar kacir,
iaitu bilangan dan kualiti sperma menjadi tidak normal dan rupa bentuk sperma
cacat.

Peningkatan suhu dalam kerandut boleh berlaku apabila lelaki itu memakai
pakaian dalam yang ketat atau tebal dan seluar ketat. Sama juga jika buah
zakarnya terdedah kepada kebahangan seperti bekerja di kawasan panas,
berendam dalam kolam panas atau bersauna.

Dengan pakaian ketat serta duduk dalam kereta pun boleh membuatkan buah
zakar tertarik di atas ‘tundun’ dan terdedah kepada kepanasan badan. Begitu
juga jika pakai pakaian ketat dan menunggang motosikal.

Jika kedua-dua buah zakar tidak tertambat atau tertarik oleh pakaian dalam ke
dalam lemak ‘tundun’, ia tidak terdedah kepada kebahangan, oleh itu masalah
terdedah kepada kebahangan tidak timbul dan pemprosesan sperma berjalan
seperti biasa.

Saya cadangkan semua lelaki pakai pakaian dalam yang longgar dan tipis supaya
tidak terasa panas, serta buah zakar tidak terdedah kepada kebahangan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 99

ISTERI ‘SERIAU’

Cabaran yang sering dihadapi pasangan baru mendirikan rumah tangga

MENJADI lumrah lelaki yang berkahwin untuk memberi layanan nafkah zahir dan
batin kepada isteri dan begitu juga sebaliknya. Namun perlu diingatkan,
layanan itu hanya sebahagian daripada tanggungjawab kerana perkahwinan
merangkumi banyak perkara lain.

Dalam aspek hubungan seksual, lelaki dan wanita yang pertama kali melakukan
persetubuhan pasti menempuh pelbagai cabaran.

Saya menerangkan proses ini secara terperinci kerana banyak pasangan


sekarang gagal dalam hubungan seks pada awal perkahwinan tetapi malu untuk
mendapatkan rawatan perubatan, sebaliknya mengambil jalan mudah dengan
bercerai.

Ada juga yang berjumpa tukang urut dan pengamal perubatan tradisional,
mengakibatkan masalah menjadi lebih kronik.

Nasihat saya, dapatkan rawatan moden. Berjumpalah doktor keluarga dan jika
tiada perubahan positif, rujuk kepada pakar Urologi yang pakar dalam rawatan
syahwat lelaki.

Berbalik kepada cabaran seksual pada awal perkahwinan, dalam melaksanakan


hubungan itu, suami perlu memasukkan ereksi kepada anggota sulit pasangan
dan pasangan pula memainkan fungsi dengan menyenangkan kemasukan itu.

Kadangkala keadaan menjadi kelam kabut apabila suami mencapai klimaks


sebelum memasukkan ereksi atau isteri terasa ‘seriau’ dan kaku sehingga
pembukaan faraj tertutup (vaginismus).

Apabila pasangan mengenal pasti masalah yang berlaku dan cuba


mengatasinya, keadaan menjadi lebih tenteram dan hubungan kelamin menjadi
sempurna. Namun, ada masanya suami belum sampai ke tahap pemulihan
walaupun pasangan wanita sudah bersedia.

Ini mungkin berlaku apabila suami kurang keyakinan diri. Perasaan gementar
dan kurang yakin akan mengakibatkan pencapaian ereksi tergendala. Oleh itu,
ereksi menjadi kurang tegang dan daya kawalan ejakulasi hilang. Ini bermakna
cepat klimaks boleh berlaku.

Perasaan gementar mengakibatkan pengeluaran hormon adrenalin yang


mengganggu perjalanan darah ke dalam otot anggota sulit lelaki dan
mengurangkan tahap ereksi. Perasaan berdebar mengakibatkan kawalan ereksi
hilang dan klimaks berlaku cepat.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 100

Hubungan seksual ialah satu-satunya hubungan yang menyeronokkan pasangan


kelamin, sekali gus meningkatkan lagi hubungan mesra antara mereka.

Bersentuhan secara intim meningkatkan keyakinan diri dan dalam keadaan


terangsang, perjalanan darah ke dalam anggota syahwat menjadi bergelora.

Bagi lelaki, ereksi tercetus dan menjadi lebih padat, manakala bagi wanita pula
otot anggota kemaluan menjadi lega, terkawal dan corong kemaluan lembab
serta licin.

Suami boleh mengekalkan ereksi dengan ‘mengemut’ untuk memantapkan otot


lantai pelvik dan memastikan pergerakan ereksi dalam kawalan otot kemut.
Wanita pula perlu melegakan otot kemut supaya jalanan corong faraj lega dan
selesa untuk kedua-dua pasangan.

Mereka tidak perlu terburu-buru dan lakukan gerakkan badan mengikut


keselesaan dan ketenangan. Lelaki yang ereksinya sukar kekal lama mungkin
mengalami masalah gangguan ereksi dan perlu berjumpa doktor.

Apabila lelaki itu tahu cara mengekalkan ereksi ke tahap padat, terutama
melalui senaman kemutan atau dengan memakan ubat yang dapat membantu
kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar, mungkin masalah lemah
syahwat dan cepat klimaks dapat diatasi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 101

GETAH PENAMBAT SATU ALTERNATIF

Soalan

SAYA berusia 32 tahun dan berumahtangga hampir tiga tahun dan ada dua
anak.

Masalah yang saya hadapi ialah cepat klimaks dan lambat ereksi untuk kali
kedua.

Saya malu untuk berjumpa doktor, tetapi kali ini saya nekad mendapatkan
nasihat dan berjumpa pakar.

SAHIZAN
Johor Bahru

Jawapan

Cepat klimaks menjadi tekanan apabila pasangan tidak puas dan diri sendiri
pun berasa begitu. Ini berlaku apabila selepas ejakulasi, zakar hilang
ketegangan manakala jika ereksi hanya kekal seketika turut memberi hanya
sedikit kepuasan.

Perkara biasa yang akan dilakukan lelaki ialah mendapatkan tip daripada rakan.
Tidak hairan jika kaedah mengurut, guna segala minyak, krim atau gambir
Sarawak digunakan, sedangkan semuanya tidak memberi kesan, malah boleh
memudaratkan lagi.

Menambat zakar ketika ereksi dengan getah penambat memang satu alternatif.
Getah ini dijual di pasaran. Ada yang diimport dari China dan beberapa negara
lain. Kini, ada getah penambat zakar buatan Malaysia yang dikenali sebagai
cincin Kanda.

Getah ini dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal jika
pemakainya menumpukan perhatian kepada getah itu ketika mengerakkan
ereksi dalam faraj pasangan. Apabila tumpuan lari, kawalan tiada lagi
menyebabkan ejakulasi awal boleh berlaku.

Sehubungan itu, pemakai cincin ini perlu tahu cara untuk menggunakannya
supaya dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal.

Jika dengan pengunaan alat ini masih tiada apa-apa perubahan, lebih baik
berjumpa doktor.

Saya boleh dihbungi di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh,Kuala Lumpur.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 102

KENCING BERDARAH

Soalan

SAYA pemuda berusia 21 tahun. Setiap kali buang air kecil, ada darah dalam
bentuk ketulan. Apakah ini menandakan penyakit serius? Apakah perlu saya
berjumpa pakar?

AMIR
Ipoh

Jawapan

Jika darah keluar dengan air kencing, perkara ini perlu diselidik. Situasi ini
dikenali sebagai ‘Hematuria’ atau kencing berdarah. Jika ketika buang air kecil
terasa sakit dan kelihatan darah keluar daripada salur kencing, ia mungkin
akibat luka dalam salur kencing atau batu karang yang kebetulan terkeluar dan
menggesel salur kencing.

Jika tiada sakit, ia mungkin pendarahan dalam pundi kencing atau di bahagian
atas lagi seperti buah pinggang atau salur ureter.

Secara am, Hematuria boleh berlaku secara mengejut, seperti selepas


melakukan senaman ketara atau hentakan kepada buah pinggang. Penting
untuk tahu puncanya kerana rawatannya berbeza.

Jika ia akibat luka, rawatan untuk luka perlu. Ujian air kencing dan kultur air
kencing perlu dibuat bagi mengetahui kuman yang menyebabkan keradangan
itu dan rawatan antibiotik yang spesifik diberi.

Jika akibat ketumbuhan, pemeriksaan susulan perlu. Justeru, lebih baik anda
segera berjumpa doktor.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 103

RAWAT MATI PUCUK

TIDAK dinafikan yang fungsi seksual lelaki dan wanita berubah dari semasa ke
semasa dan dalam usia yang semakin lanjut, kemampuan syahwat akan
menurun.

Bagi lelaki, kemungkinan untuk mengalami masalah disfungsi erektil atau mati
pucuk meningkat apabila usia mencecah 40 tahun ke atas. Ini kerana kira-kira
40 peratus golongan ini menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, sama
ada dalam kawalan atau sebaliknya, manakala 65 peratus (tekanan darah
tinggi) dan 55 peratus (jantung).

Jika individu yang semakin meningkat usia itu masih mengamalkan gaya hidup
kurang sihat seperti merokok, minum minuman keras, obesiti dan tidak
melakukan aktiviti fizikal secara berkala dan mengalami tekanan, masalah
disfungsi erektil lebih ketara.

Kajian menunjukkan lelaki berpenyakit koronari dan terpaksa menjalani


pembedahan pemintasan salur darah akan mengalami masalah disfungsi erektil.

Ini mungkin ada kaitan dengan masalah kolesterol, kesempitan salur darah ke
dalam zakar, kekurangan stamina kerana tidak bersenam dan masalah
kekurangan hormon testosterone dan DHEA (hormon androgen yang dihasilkan
oleh pundi adrenal).

Kini, masalah disfungsi erektil boleh dikendalikan melalui rawatan moden. Alat
pam penyedut vakum satu kaedah yang biasa disyorkan, selain ubat PDE5
Inhibitor seperti Viagra, Cialis dan Levitra yang dapat membantu otot zakar
mengembang ketika rangsangan seksual dan memudahkan kemasukan darah
yang banyak ke dalam otot zakar untuk zakar mencapai ereksi yang kekal.

Ubat Caverjet dalam bentuk suntikan yang mana ubat itu disuntikkan ke dalam
otot zakar pada waktu hendakkan ereksi dengan suntikan perlu dilakukan
sendiri.

Suntikan itu menyebabkan ubat jeli mengandungi Alprostadil disalurkan ke


dalam salur kencing supaya dapat diserapkan kepada otot zakar.

Rawatan tradisional satu ketika dulu sungguh popular kerana tiada rawatan
moden yang sesuai, tetapi kini jelas menunjukkan rawatan moden lebih
terjamin dan harganya berpatutan kerana tanpa ‘pengeras’ dan tipu helah.

Disfungsi erektil bukan kerana buatan orang! Ia berlaku atas sebab tertentu dan
boleh diatasi. Kini, tidak mustahil untuk lelaki yang lanjut usia mengecapi

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 104

nikmat hubungan seksual mengikut kehendak mereka dengan kerjasama


pasangan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 105

GATAL HINGGA HILANG NAFSU

Soalan

SAYA lelaki berusia 42 tahun dan mempunyai tiga anak, masing-masing 20, 19
dan sembilan tahun. Isteri saya berusia 45 tahun dan kami berkahwin selama 21
tahun. Saya mempunyai masalah gatal pada keseluruhan kemaluan yang tidak
pernah sembuh sejak berusia 12 tahun. Ketika berusia 18 tahun, penyakit gatal
ini mengubah kulit kemaluan saya menjadi kebas secara tiba-tiba. Disebabkan
hilangnya sensitiviti kulit menyebabkan hilangnya sebahagian besar nafsu seks
saya. Ini kerana ketika mengadakan hubungan seks dengan isteri, kulit
kemaluan saya tidak geli apabila bergesel dengan dinding faraj. Saya hanya
mencapai klimaks disebabkan sentuhan kulit selain daripada bahagian
kemaluan serta daya imaginasi saya. Namun, sejak dua hingga tiga tahun
belakangan ini nafsu seks saya menurun dengan ketara sekali. Kadangkala
kemaluan saya tidak mengalami ereksi. Kalau ereksi pun, ia akan layu pada
pertengahan jalan.

Saya yakin ketidakmampuan saya mengadakan hubungan seks disebabkan


penyakit itu.

FAIZ
Kuala Lumpur

Jawapan

Jarang penyakit kulit menyebabkan kekurangan rasa, kecuali urat saraf


tergendala atau rosak seperti yang berlaku kepada pesakit kusta atau Leprosy.
Itupun Leprosy jarang berlaku kepada kulit anggota sulit.

Bahagian anggota sulit lelaki yang mengandungi banyak urat saraf dan
merangsangkan ialah penghujung zakar, ‘frenum’ atau cantuman kulit antara
kepada zakar dan batang zakar, ‘septum’ atau cantuman kulit di bawah zakar
selain kerandut buah zakar.

Selain bahagian itu, pundi prosat juga memerangsangkan jika disentuh daripada
belakang kerandut buah zakar atau bahagian yang dikenali sebagai ‘G-Spot’
lelaki, manakala puting lelaki juga sensitif.

Pendek kata, lelaki boleh mencapai klimaks secara mental, fantasi, rangsangan
puting, sentuhan, zakar-penghujung dan bahagian septum, selain G-Spot. Anda
perlu mencuba jika hendak menghidupkan kembali keseronokan syahwat
dengan pasangannya.

Apabila umur meningkat, syahwat menurun, sama juga dengan kemampuan


mencapai rangsangan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 106

BIMBANG SPERMA LEMAH KESAN PIL PERANCANG

Soalan

ADAKAH kualiti sperma seseorang lelaki itu menurun atau rosak apabila dia
pernah mengambil pil perancang kehamilan wanita bertujuan mencantikkan
kulit wajah? Selain itu, adakah apabila berkahwin nanti jika dia mempunyai
anak akan mengalami kecacatan akibat ‘kelemahan’ sperma itu?

JEJAKA RISAU

Jawapan

Ada sesetengah lelaki ‘metroseksual’ memakan pil merancang keluarga untuk


perempuan dengan tujuan mengurangkan tekanan hormon testosterone lelaki
dan pada masa sama mengurangkan ‘acne’ atau jerawat di muka. Pil perancang
keluarga yang dikaitkan itu ialah jenis pil mengandungi hormon ‘estrogen’ dan
hormon ‘anti-testosterone’, iaitu Cyprosterone Acetate.

Memang hasratnya untuk memiliki kulit muka yang cerah dan halus termakbul,
tetapi perkembangan semangat kelelakiannya terbantut seketika.

Ini termasuk kilang sperma dan penghasilan testosterone. Bagaimanapun, kesan


Cyprosterone Acetate tidak kekal. Apabila lelaki itu tidak mengamalkannya
lagi, semua sistem semangat kelelakiannya akan kembali.

Kilang sperma akan menjadi aktif, termasuk juga penghasilan hormon


testosterone. Justeru, anda tidak perlu khuatir.

Pil perancang itu tiada kesan kekal kepada lelaki, tetapi ini tidak bermakna
anda perlu makan pil untuk tujuan itu.

Ada banyak cara lain dan yang lebih mujarab. Pakar kulit anda boleh
membantu.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 107

SUAMI JAHIL SEKS

KATA orang, apabila dewasa, naluri, nafsu dan syahwat akan mula menjelma,
sekali gus menandakan individu itu bersedia untuk berkahwin.

Namun, cuba bayangkan jika lelaki yang dilahirkan istimewa, seperti


kekurangan dalam aspek intelektualnya, diaturkan berkahwin. Siapa yang tidak
gembira apabila ibu mencarikan pasangan comel. Sudah pasti menimbulkan
perasaan geram, tetapi selepas berkahwin setahun atau dua kemudian, isteri
membawa diri dan minta diceraikan.

Ini kerana sejak berkahwin suami tidak pernah melakukan persetubuhan, hanya
sentuhan. Kemungkinan suaminya tidak tahu melakukan hubungan seksual atau
mengalami mati pucuk prima.

Jika ditinjau lelaki yang mengalami masalah berkenaan, profilnya seperti


berikut:

Dia tidak pernah mencapai ereksi secara spontan atau tidak pernah mengenali
apa itu ereksi sejak dilahirkan. Justeru, dia tidak tahu apa itu ereksi.

Hanya yang dia tahu zakarnya kadangkala membesar sesekali waktu bangun
tidur. Mungkin keluarganya dapat melihat ereksinya ketika dia nyenyak tidur
dan menganggap perkara itu petanda dia sihat. Namun, ereksi itu ialah ‘ereksi
refleksi’ ketika lelaki tidur nyenyak yang menandakan fungsi zakar sihat.

Untuk menggunakan zakar ketika bersetubuh, minda perlu terangsang dan


mesej perlu sampai ke zakar supaya salur darah otot zakar mengembang.

Jadi macam mana hendak melakukan hubungan seks dengan pasangan,


sedangkan dia tidak pernah mencapai ereksi. Jika ini berterusan dan tiada
tindakan diambil, lambat laun hubungan suami isteri menjadi hambar.

Laporan Kes

Saya pernah memeriksa lelaki yang lembap mentalnya, tetapi pandai


memainkan tanggungjawab sebagai suami penyayang. Perkahwinannya atas
pilihan keluarga.

Selepas berkahwin dua tahun, isteri mengadu kepada ibu mentua yang
suaminya tidak pernah melakukan persetubuhan, hanya pegangan dan pelukan
intim. Perkara itu dimaklumkan kepada bapa suami yang akhirnya membuat
temujanji dengan saya kerana mengesyaki anaknya mati pucuk.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 108

Mengikut isterinya, suaminya tidak pernah mencapai ereksi sewaktu


bersentuhan badan, tetapi ketika tidur ereksi spontan kerap berlaku.
Bagaimanapun, setiap kali suami tersedar ereksi terputus begitu saja.

Pemeriksaan awal menunjukkan dia gemar perempuan dan kasih kepada


isterinya. Dia diberi tunjuk ajar cara menggunakan ereksi untuk bersetubuh.
Bimbingan itu akhirnya berjaya mengatasi masalah mereka dan kini
memperoleh anak.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 109

HINDARI ONANI RAMBANG

Soalan

SAYA ingin tahu apakah khasiat di dalam air mani?

Adakah disebabkan terlalu kerap melakukan onani, khasiat di dalam badan saya
seperti kandungan vitamin, protein, karbohidrat dan kalsium hilang?

AZIZ
Ipoh

Jawapan

Setiap kali lelaki merangsang anggota sulit untuk mengecapi keseronokan,


sistem tubuh badannya bergelora dengan pernafasannya meningkat. Degupan
jantungnya juga meningkat, otot tubuh badannya mencengkam dan separa
cengkam.

Semua perkara yang berlaku ini mememerlukan tenaga badan yang tinggi, jadi
tidak hairan jika anda mendapati anda mudah letih apabila selesai onani. Selain
itu, berlaku pembaziran seperti pengeluaran air mani mengandungi sperma,
protin, zat galian, kalsium dan pelbagai lagi khasiat badan.

Tidak menghairankan jika lelaki yang mengamalkan onani ketara mendapati


tubuhnya kurang mantap, kurus, mudah letih dan lesu serta tidak bermaya.
Apabila menghentikan amalan itu, dia akan dapati tubuh badannya sihat dan
tegap.

Onani juga boleh mengakibatkan Sindrom Onani Traumatic, yang mana individu
itu tidak akan dapat mencapai klimaks bersama pasangan. Jadi elakkan onani
rambang.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 110

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Soalan

SELEPAS melahirkan anak kedua, saya mengalami keguguran rambut yang


sangat kronik. Rambut saya tebal dan panjang, tetapi setiap hari saya dapat
mengumpul rambut dan membentuknya seperti bola besar yang mampat.

Bahagian kanan dan kiri kepala saya sekarang botak yang jelas kelihatan.
Rambut di bahagian tengah (crown area) kepala saya juga menipis. Saya
terbaca artikel yang keguguran rambut selepas kelahiran berpunca daripada
hormon, tetapi adakah normal jika ia kronik hingga ada bahagian botak?

Adakah ia disebabkan anak lelaki kerana anak sulung saya perempuan dan tiada
masalah? Boleh doktor jelaskan sebab lain yang menyebabkan keguguran
rambut selain stres dan tidak cukup tidur? Adakah struktur rambut baru yang
tumbuh akan mempunyai ketebalan seperti sediakala?

SAL
Kuala Lumpur

Jawapan

Alopecia ialah istilah perubatan untuk keguguran rambut. Ada dua sebab
Alopecia boleh berlaku kepada perempuan. Satu, akibat gangguan hormon,
manakala satu lagi alahan atau ‘Immune Response Alopecia’.

Kadar wanita yang menghidap Alopecia kurang 20 peratus dan sebilangan besar
akibat gangguan hormon seperti anda alami. Sebilangan besar mempunyai
rambut lebat ketika hamil tapi selepas bersalin, rambut mulai gugur. Masalah
ini dikenali sebagi ‘Affluvium Telogen’ menjadi ketara sehingga rambut di
pertengahan kepala menjadi tipis.

Keguguran rambut selepas kelahiran bayi tiada kaitan dengan jantina anak
dilahirkan. Testosteterone mengakibatkan folokel rambut bantut dan ini hanya
berlaku kepada rambut kepala. Pada masa sama, Testosterone mengakibatkan
rambut folikel muka dan keseluruhan badan aktif, tetapi tumbuh kasar.

Rambut puan boleh gugur akibat kekurangan hormon Estrogen yang kelihatan
kepada wanita berumur. Pengambilan hormon Estrogen sebagai rawatan
hormon gantian dapat mengawal keguguran rambut, tetapi tetapi wanita itu
perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sebelum mengambil rawatan
terbabit.

Keguguran akibat alahan berlaku apabila terdedah kepada alahan. Apabila

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 111

alahan terkawal atau tiada lagi, rambut kembali lebat. Jarang kelihatan
rambut gugur akibat kebakaan. Jika ini berlaku, wanita itu akan mengalami
keguguran secara total atau ‘Alopecia Totalis’. Untuk mengatasi masalah
rambut, saya cadangkan puan jumpa pakar rambut.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 112

‘PELAYARAN’ ORANG GEMUK

ADA anggapan kononnya hubungan seks antara pasangan gemuk adalah


mustahil. Ini mungkin pendapat mereka yang tidak gemuk! Namun, hakikatnya
saiz tidak ada kaitan dengan `pelayaran’ yang menyeronokkan di dalam seks.

Malah, dalam tamadun purba yang menganggap kegemukan suatu ketrampilan


yang sinonim dengan kejelitaan dan keindahan serta melakukan hubungan
seksual dengan pasangan yang gemuk amat menyeronokkan.

Pernah mendengar kisah Raja Inggeris Edward ke-VIII yang amat gemuk
sehingga terpaksa mendapatkan bantuan peralatan untuk mengantungkan
isterinya supaya dapat diturunkan punggung isteri ke paras ereksinya.

Sebenarnya orang gemuk tidak perlu lagi mengantung pasangan atau


menggunakan peralatan untuk membantu ketika mengadakan hubungan seks.
Yang penting ialah mereka bekerjasama dengan pasangan untuk menjaya dan
menikmati hubungan seksual penetratif.

Hubungan Keintiman Seksual Dengan Pasangan Lelaki Yang Gemuk

Boleh dibayangkan jika lelaki gemuk melakukan persetubuhan dengan wanita


kurus mungkin wanita itu akan pengsan kerana ditindih jika pasangan lelaki
mengambil posisi di atas. Namun, perkara ini tidak pernah berlaku. Pasangan
akan tahu posisi yang sesuai apabila mereka berhajat untuk melakukan
hubungan seks.

Kebiasaannya wanita dalam keadaan terbaring akan membantu memasukkan


ereksi pasangan yang menegak di tepi katil. Kadangkala posisi wanita
membelakangkan pasangan dan ereksi dimasukkan ke dalam faraj dengan
bantuan wanita.

Namun, posisi paling mudah adalah wanita di atas dan lelaki di bawah. Sebagai
peringatan jangan hanya mengamalkan posisi yang sama kerana saya pernah
mengendalikan kes seorang isteri yang bosan dan mahu suaminya pula patut
berada di atas.

Bagaimanapun, suaminya pula jika berdiri atau memposisikan dirinya di atas


akan terasa anggota sulitnya tertarik ke dalam. Akhirnya mereka dapat
berkerjasama apabila isteri terbuka untuk mencuba beberapa posisi yang tidak
mengancam keadaan ereksi suami. Kini, mereka sudah mempunyai dua anak.

Hubungan Keintiman Seksual Dengan Pasangan Perempuan Yang Gemuk.

Bayangkan isteri yang gemuk dengan suami kurus yang jauh beza berat badan

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 113

sedang bercumbu dan dalam keadaan bersedia untuk melakukan hubungan


penetratif seksual. Sudah tentu gagal! Ini kerana pembukaan lubang faraj sudah
tentu tertutup dan mungkin ereksi yang saiz biasa itu tidak akan sampai.
Bagaimanapun, Tuhan itu Maha Kaya dengan pembukaan lubang faraj
berdekatan dengan lubang najis. Jika punggung wanita gemuk itu dijungkit
sedikit dengan mengalas bantal kecil maka pembukaan faraj akan kelihatan
terdedah dan ereksi yang berukuran 10 sentimeter pun akan dapat disumbatkan
dengan senang. Selain itu, wanita itu juga perlu berada dalam keadaan
menonggeng dengan kedua-dua paha dibuka luas untuk membolehkan hubungan
seksual dilakukan tanpa halangan.

Hubungan Keintiman Seksual Oleh Kedua-dua Pasangan Yang Gemuk.

Mungkin perut mereka saja yang dapat rapat dan yang lain tidak! Sehubungan
itu, mereka terpaksa mencari sendiri kaedah terbaik untuk melakukan
hubungan seksual. Posisi yang telah dijelaskan di atas boleh digunakan. Selain
itu, banyak lagi posisi yang boleh dilakukan termasuk `gunting’ atau ‘scissors
position’ yang mana kedua-dua pasangan merapatkan kelengkang supaya
anggota sulit lelaki boleh menghampiri anggota sulit pasangannya yang
kemudian membantu menyalurkan ereksi ke dalam faraj. Gerakkan badan boleh
dilakukan secara perlahan sambil tangan yang bebas dapat melakukan sentuhan
intim di keseluruhan tubuh badan.

Tidak ada sebab individu yang gemuk tidak dapat melakukan hubungan seksual
penetratif kerana keadaan fizikalnya kecuali dia atau pasangannya yang
memutuskan perkara itu.

Sentuhan, pelukan, geselan dan urutan sebahagian daripada hubungan seksual


intimasi yang boleh dilakukan sebagai pendekatan alternatif atau suatu pilihan
jika gagal untuk melakukan hubungan seksual penetratif.

Untuk mendapat cahaya mata, kedua-dua pasangan perlu berusaha supaya ada
hubungan penetrasi faraj dan jika tidak, pasangan itu boleh berjumpa pakar
untuk bimbingan dan tunjuk ajar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 114

PAM VAKUM TAK PERLU

Soalan

SAYA mempunyai dua cahaya mata. Masalah yang dihadapi ialah pancutan yang
terlalu awal menyebabkan saya dan isteri hanya merasa kepuasan terlalu
sekejap. Zakar saya juga semakin hari semakin mengecil kerana masalah berat
badan. Adakah perlu saya menggunakan alat senaman lelaki atau pam vakum?
Bagaimana caranya dapat saya mengatasi masalah ini serta mengembalikan saiz
zakar supaya lebih besar?

Yang bermasalah,
Tanjung Malim.

Jawapan

HUBUNGAN seksual tidak selalunya berjalan lancar. Adakalanya suami cepat


klimaks dan ada ketikanya isteri mengambil masa untuk mencapai klimaks. Ini
tidak bermakna yang hubungan kelamin itu mengecewakan. Jika ada cara lain
yang boleh dilakukan mereka berdua untuk meningkatkan keintiman seperti
sentuhan dan urutan erotik atau dengan seks oral atau penggunaan alat
pembantu seks yang sesuai dan yang boleh diterima mereka. Memang hubungan
seks ada batasan seperti kemampuan dan keupayaan pasangan untuk
melakukannya. Persoalannya, sama ada fungsi anggota seksual itu dapat
diperbaiki dengan ubat atau dengan teknik atau cara gaya persetubuhan. Kini,
ada pelbagai cara untuk meningkatkan daya kawalan daripada klimaks cepat
yang boleh diamalkan lelaki seperti menguna cincin tambat zakar (KANDA TM).
Jika cara itu semua tidak berkesan jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan
dan rawatan dengan ubat tertentu. Mengurut bukan caranya dan tidak
berkesan. Senaman kemut tidak perlu dilakukan dengan mengunakan alat pam
vakum. Jika tersalah guna pam itu boleh mencederakan zakar. Pam vakum
hanya untuk lelaki yang mati pucuk dan itu pun perlu melalui pemeriksaan
doktor. Alat ini juga bukan alat sesuai untuk membesarkan zakar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 115

KAKI ISTERI CEPAT LENGUH

Soalan

APABILA melakukan seks bersama suami, saya tidak dapat memuaskan nafsu dia
ketika berada di atasnya kerana kaki cepat lenguh. Ini merisaukan saya
walaupun suami mengaku faham keadaan saya berikutan dia pernah
mengatakan lebih suka dan puas apabila tiba giliran saya berada di atas. Apa
yang patut saya lakukan untuk memuaskan nafsunya apabila berada di atasnya?

Jawapan

DALAM keadaan terangsang, lelaki yang mencapai klimaks berikutan ereksi


berterusan. Namun, paling penting kepada mereka ialah dapat memberi
pasangannya klimaks. Kadangkala lelaki mencapai klimaks lebih cepat dan itu
menyebabkannya tidak berpuas hati kerana gagal memuaskan pasangan. Jadi
kepuasan bukan saja terletak kepada pencapaian kemuncak individu itu tetapi
juga memberi kemuncak kepada pasangannya. Jadi jika anda lenguh dan
kelihatan amat tertekan sudah tentu pasangan tidak akan mencapai kemuncak
berikutan melihat keadaan anda. Mungkin posisi itu tidak sesuai untuk anda
walaupun suami seronok. Cuba posisi lain yang mana anda tidak lenguh ketika
berinteraksi dengan pasangan anda. Mengenai posisi wanita di atas, ada banyak
cara wanita itu boleh lakukan jika ingin mengatasinya. Mungkin anda boleh
baring atasnya dan dia yang melakukan hayunan atau dia membantu
mengerakkan badan anda tanpa anda mengerakkan kaki. Atau lakukan posisi itu
di atas sofa atau kerusi dengan anda di atas dan dia yang mengerakkan
badannya. Pendek kata lakukan posisi yang kedua-dua pihak puas.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 116

CARA PILIH JANTINA

ALANGKAH baiknya jika jantina anak dapat dipilih sebelum dia dilahirkan.
Keghairahan ini menyebabkan pelbagai kepercayaan dan usaha dilakukan.
Jangan terkejut jika ada pasangan kelamin sanggup tidur bersama pedang atau
senjata yang menjadi lambang lelaki untuk mendapat anak lelaki.

Kepercayaan lain pula jika pasangan bersetubuh dalam kawasan terbuka seperti
ladang dengan pancaran cahaya bulan terang kononnya akan dianugerahkan
anak lelaki. Namun, jika kebetulan suasana bertukar menjadi gelap gelita, anak
yang bakal dilahirkan ialah perempuan.

Masyarakat Cina purba percaya melakukan hubungan kelamin pada hari dan
waktu tertentu akan dianugerahkan anak lelaki sehingga mereka sanggup tidur
berasingan beberapa minggu supaya hasrat termakbul.

Masyarakat purba Asia pula percaya jika pasangan wanita mengiring ke kanan
selepas bersetubuh akan menghasilkan anak lelaki dan jika mengiring ke kiri
pula dapat anak perempuan.

Mengikut pandangan perubatan dan kesihatan, merancang jantina anak untuk


mengelak masalah kesihatan akibat penyakit baka perlu dilakukan jika ada
kemudahan dan kepakaran.

Mengikut pandangan pakar kependudukan pula, penentuan jantina boleh


memberi kesan ketidakseimbangan antara wanita dan lelaki dan sudah tentu
akan mempengaruhi taburan penduduk masa depan.

Kaedah Penentuan Jantina Sebelum Kelahiran Anak

1) Kaedah Shettles: Mengikut kajian Dr Shettles jika benih X lelaki bercantum


dengan telur perempuan yang semuanya X, maka anak itu jantinanya
perempuan dan jika sperma Y bercantum dengan telur X, jantina anak itu
lelaki.

Mengikut Dr Shettles, hubungan kelamin yang mana wanita mencapai


kemuncak, menggalakkan pencapaian anak lelaki dan sebaliknya untuk anak
perempuan. Makanan yang banyak kalsium dari sodium (garam) juga
menggalakkan anak perempuan dan sebaliknya mungkin anak lelaki.

Kaedah ini tidak lagi digunakan kerana sudah ada kaedah lebih berkesan seperti
penyemaian benih dalam rahim ketika wanita itu subur.

Penyemaian benih dilakukan dengan menapis benih untuk memastikan hanya


benih yang membawa baka Y (untuk anak lelaki) dan benih X (untuk anak
perempuan) mengikut pilihan pasangan kelamin itu.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 117

Kaedah penapisan sperma dilakukan dengan kaedah Eliasson. Kini ada banyak
teknik penapisan sperma yang lebih berkesan.

Kaedah Penentuan Janin Terkini

2) Kaedah bayi tabung uji untuk pasangan yang mengalami masalah kesuburan
mendapat dan memilih jantina anak. Ketika telur dibiarkan bercantum dengan
sperma lelaki, janin yang terjadi boleh dikenal pasti jantinanya dengan
mengambil satu sel dari embrio untuk diperiksa baka seksnya.

Jika embrio itu dikenal pasti dari baka seks pilihan, ia dimasukkan ke dalam
rahim supaya embrio itu menginap kepada Enometrium dan terus berkembang.

Penentuan jantina anak memberi pilihan pasangan merancang bilangan dan


pilihan jantina anak. Bagaimanapun, yang paling penting ialah bersyukur dan
terima apa saja jantina anak yang dianugerah Allah SWT.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 118

PEMUDA RISAU TERLALU KERAP MIMPI BASAH

Soalan

SAYA berusia awal 20-an dan telah mengalami mimpi basah sejak belasan tahun
sehinggalah ke hari ini. Kekerapan mimpi membuatkan saya risau dan ada kala
dalam seminggu mengalami mimpi seksual tiga hingga empat kali. Selain itu,
buah zakar saya tidak seimbang iaitu sebelah kiri lebih ke bawah dan kadang-
kadang saya rasa seperti ia tidak berfungsi.

SHAH,
Rawang.

Jawapan

MIMPI basah fenomena semula jadi untuk lelaki dan jika kerap berlaku boleh
mengakibatkan tekanan. Bagaimanapun, perkara itu dianggap biasa. Mimpi
basah atau pengeluaran air mani dalam tidur untuk lelaki petanda lelaki itu
masuk ke alam dewasa dan sistem reproduktifnya sedang berkembang dan
fungsinya lancar.

Adakalanya fungsi sistem reproduktif lelaki itu tidak lancar seperti yang dialami
anda. Tanpa membuat apa-apa keadaan ini boleh pulih.

Jarang berlaku keadaan lelaki mengalami masalah itu mendapat rawatan


menstabilkan sistem urat saraf. Buat sementara waktu amalkan gaya hidup
sihat. Fenomena ini akan reda dan hanya akan berlaku apabila sistem itu dalam
keadaan tertekan. Jika anda dapati fenomena ini berterusan, pergilah jumpa
doktor untuk mendapat rawatan yang sewajar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 119

SUAMI ADA TIGA BUAH ZAKAR

Soalan

SUAMI saya mempunyai masalah tiga buah zakar, masing-masing dua buah zakar
dan satu mengandungi cecair seperti dimaklumkan doktor pakar. Dia akan
dibedah pada awal 2007. Masalahnya buah zakar yang mengandungi cecair itu
berpunca daripada angin pasang sejak zaman kanak-kanak sehingga kini berusia
32 tahun.

Ia kini semakin besar sehingga sebesar tetikus komputer dan pada masa sama
dua buah zakar asal menjadi kecil. Bagaimanapun, suami tidak sakit. Kami
berkahwin sudah empat tahun dan saya hanya mengandung tiga kali namun
keguguran dalam tempoh satu bulan hingga dua bulan. Adakah ia berpunca
kurangnya sperma dan bolehkah saya mengandung jika suami tidak melakukan
pembedahan. Bolehkah suami berubat tradisional, Suami juga mengalami air
mani cair semenjak buah zakar (cecair) membesar.

ROS,
Shah Alam.

Jawapan

KERANDUT zakar mengandungi buah zakar, pundi Epididimis, salur sperma,


pembuluh darah dan urat saraf yang bertanggungjawab kepada kesihatan buah
zakar itu. Semuanya dalam bentuk sepasang.

Jika buah zakar kelihatan besar kemungkinan masalah angin pasang. Angin
pasang ialah kemasukan usus dalam kerandut buah zakar melalui pembalut
buah zakar. Ini berlaku apabila terdapat ruang antara buah zakar dan perut.
Angin pasang berlaku apabila pembalut buah zakar membesar akibat
peningkatan cecair dalam pembalut itu.

Sudah tentu kedua-dua keadaan itu mengakibatkan kerandut buah zakar


membesar dan secara langsung 'ketumbuhan' itu akan menolak buah zakar ke
belakang. Jarang buah zakar terencat dan memberi kesan kepada air mani
lelaki itu.

Sebilangan lelaki yang ada masalah itu mendapati masalah kepada profil
sperma, iaitu sperma kurang atau kurang aktif. Ia boleh dipulihkan melalui
pembedahan.

Puan ada menjelaskan pernah hamil beberapa kali, tetapi tidak kekal. Keadaan
ini dianggap sebagai kehamilan bazir atau 'pregnancy wastage'. Kerap gugur
juga satu masalah kesuburan dan anda perlu menjalani pemeriksaan untuk
mengenal pasti sebab keguguran.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 120

Satu pemeriksaan yang perlu dijalani ialah ujian kebakaan untuk kedua-dua
pasangan untuk mengenal pasti jika ada baka yang tidak sihat yang
menyebabkan berlaku keguguran itu.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 121

JADI IBU MASIH DARA

MEMANG kebiasaan mana-mana pasangan yang berkahwin berhajatkan


kehamilan. Namun perkara ini hanya boleh berlaku apabila pasangan berkenaan
menyempurnakan hubungan seksual penetratif.

Ada pasangan tidak dapat melakukan hubungan itu dan malu berjumpa doktor,
tetapi mereka tiada pilihan jika hendakkan anak.

Bagaimanapun perlu diingatkan, pada masa sama ada kes yang di luar dugaan
berlaku seperti wanita yang jahil mengenai seks hamil, walaupun zakar belum
menembusi faraj.

Saya pernah mengendalikan kes seperti ini, yang mana satu pasangan kelamin
yang baru berkahwin berjumpa saya kerana isteri lewat datang haid dan ujian
kehamilannya positif, walaupun mereka tidak pernah melakukan hubungan
penetratif.

Mereka keliru bagaimana perkara itu boleh berlaku. Selepas mereka


menjelaskan cara hubungan intim yang dilakukan, baru saya faham dan dapat
menjelaskan keadaan sebenar yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah setiap kali suami mengakhirkan adegan
sentuhan intim terhadap isterinya, dia akan melepaskan air maninya di
kelengkang isteri dan air mani itu dibiarkan meleleh.

Ini mengakibatkan isteri mengandung apabila lelehan air mani menuju ke


pembukaan faraj dan bercampur dengan air mazi isteri dan dengan kuasa
Tuhan, kehamilan berlaku. Walhal wanita itu masih dara!

Yang menjadi masalah ialah, ketika hamil, hubungan kelamin mungkin terhenti
seketika dan akan dilakukan kembali selepas isteri bersalin dan tamat waktu
berpantang.

Jangkaan pasangan ialah selepas bersalin secara normal dengan pengeluaran


bayi melalui faraj, kini faraj menjadi sedikit renggang dan mudah dilegakan
untuk membolehkan hubungan penetratif dilakukan.

Bagaimanapun, jangkaan itu nyata meleset. Wanita itu masih takut untuk
melakukan hubungan seksual, sekali gus menyebabkan masalah sama berulang
apabila wanita itu tidak dapat mensesuaikan dirinya untuk bersetubuh.

Hubungan mereka akan menjadi hambar dan boleh menggugat rumah tangga
kerana suami mungkin meminta perpisahan apabila masih tidak dapat bersama
isterinya, walaupun selepas bersalin.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 122

Tanpa bimbingan dan rawatan doktor, perkara ini tidak akan dapat diatasi.

Berbalik kepada pasangan yang mendapat rawatan dengan saya, wanita


terbabit selamat melahirkan anak lelaki dan setahu saya, wanita itu kemudian
dapat melakukan hubungan seksual penetratif dengan suaminya selepas
mendapat bimbingan dan tunjuk ajar cara mengawal dan membuka faraj untuk
memudahkan kemasukan zakar.

Wanita itu terpaksa mengunakan zakar palsu untuk melatih faraj menerima
zakar dan lepas itu baru dia berasa yakin boleh melakukan hubungan penetratif
dengan suami.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 123

SUAMI INGIN ANAK PEREMPUAN

Soalan

SAYA berusia 30 tahun dan sudah berumahtangga. Isteri saya melahirkan anak
lelaki enam bulan lalu. Saya ada dua soalan. Pertamanya, saya merancang
untuk anak kedua selepas anak lelaki saya berusia dua tahun. Adakah umur
saya dalam lingkungan selamat untuk mendapatkan zuriat ketika itu?
Kebanyakan pekerjaan saya di pelantar minyak seluruh dunia. Adakah
kemungkinan saya dihidapi radiasi? Saya membuat pemeriksaan berkala setiap
tiga tahun. Soalan kedua ialah, saya inginkan anak perempuan. Apakah cara
untuk dapatkan anak perempuan?

NOKA
KL

Jawapan

Laki mampu menghasilkan sperma sehingga ke liang lahad, namun sebaliknya


untuk wanita. Mereka hanya mampu menghasilkan telur sebelum putus haid.
Bagaimanapun, lelaki berumur menghasilkan banyak sperma yang tidak
berbentuk normal dan risiko mendapat anak terencat adalah tinggi.

Anda masih muda dan boleh menambah zuriat. Pekerjaan anda tidak akan
memberi kesan negatif kepada kesuburan anda kerana kemungkinan anda
terdedah kepada radiasi tidak timbul.

Berhubung dengan keinginan mendapat anak perempuan secara merancang,


hanya cara penyemaian sperma X dengan telur X dapat menghasilkan anak
perempuan. Kaedah ini rumit dan hanya wujud di Jepun dan Korea. Kaedah ini
tidak diterima Malaysia kerana melanggar etika perubatan.

Kaedah lain seperti bersetubuh beberapa hari sebelum isteri menghasilkan


telur dengan isteri mencuci faraj dengan cecair asid biologik seperti Latacyd
didapati kurang berkesan.

Kajian yang pernah dijalankan di Australia mengenai kaedah Shettles juga tidak
berkesan untuk mendapat anak perempuan. Saya cadangkan anda supaya
jangan sangat fikirkan semua itu, yang mustahak bayi yang lahir itu sihat.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 124

BELUM NIKAH SUDAH MENCUBA

Soalan

SAYA berusia 23 tahun dan mempunyai kekasih. Saya pernah melakukan seks
oral bersama kekasih. Saya ingin bertanya, adakah perbuatan itu menjejaskan
kesihatan kerana saya percaya alat sulitnya mesti mengandungi bakteria.

Soalan kedua, bagaimana cara memastikan sama ada kekasih saya masih dara
atau tidak. Walaupun kami melakukan seks oral, saya masih dapat elak berzina
kerana tidak mahu memperisterikan perempuan yang tidak suci.

FAUZI
Selayang

Jawapan

Wanita bukan boneka untuk lelaki mempergunakannya. Sebagai lelaki


bertanggungjawab, anda sepatutnya memikul apa saja kesan apabila
bersubahat dengan ‘kekasih’ untuk berseronok.

Soal suci tidak timbul kerana ketika itu anda dan dia tidak suci lagi pada
pandangan Islam. Seks oral tiada halangan dalam pandangan Islam, asalkan
pasangan itu bernikah.

Daripada segi perubatan, anggota sulit wanita hanya mengandungi sejenis


kuman semula jadi yang tidak berbahaya berbanding dengan mulut yang
mengandungi pelbagai kuman dan kulat.

Kekasih anda berisiko mendapat jangkitan jika anda ada jangkitan pada mulut
dan lidah. Sama juga jika dia ada jangkitan di sekitar anggota sulitnya, anda
boleh terkena jangkitan jika seks oral dilakukan. Jika tiada jangkitan, tiada
risiko.

Mengenai soal ‘dara’, istilah itu digunakan untuk membezakan wanita yang
pernah dan belum pernah bersetubuh. Ada juga wanita yang pernah bersetubuh
masih ada selaput ‘dara’ atau cebisan tisu mengelilingi pembukaan faraj kekal
kerana ia sangat elastik.

Ada juga wanita yang bergelar dara tiada selaput dara secara semula jadi atau
tiada lagi kerana aktiviti lasak.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 125

PEMBANTU SEKS

Alat rangsangan seksual digunakan jika suami atau isteri tidak upaya

ALAT pembantu seks bukan baru diguna oleh masyarakat. Ia wujud sejak zaman
dulu lagi kerana sebati di dalam kehidupan manusia. Apabila menghadapi
masalah kesihatan, kaedah tertentu perlu dilakukan sebagai penyelesaian.

Saya pernah ke Muzium Seks di Berlin, Jerman; Copenhagen, Denmark;


Amsterdam, Belanda dan Shanghai, China yang memaparkan beberapa
peralatan pembantu seks zaman purba, termasuk daripada tamadun Islam,
selain tamadun agama dan bangsa lain.

Alat pembantu seks hanya perlu dalam keadaan tertentu, seperti memberi
rangsangan seksual jika suami gagal atau tidak berupaya memuaskan pasangan.

Mungkin apabila keadaan pulih atau semakin baik, pengunaan alat ini boleh
dihentikan atau hanya digunakan dari semasa ke semasa untuk keseronokan
bersama tetapi atas persetujuan bersama.

Bagaimanapun, masalahnya ialah, kini alat pembantu seks disalahgunakan


apabila dijual tanpa kawalan dan untuk kegunaan persendirian. Kadangkala ia
digunakan begitu saja, walaupun tidak diperlukan. Malah, ia juga digunakan
untuk mendera dan menyeksa pasangan.

Bayangkan alat pembantu seks yang sepatutnya digunakan untuk membantu


meningkatkan keintiman di antara pasangan menjadi alat pemisah hubungan.

Individu yang menggunakan alat pembantu seks berisiko ketagih dengan


rangsangan tersendiri yang dihasilkan alat itu sehingga tidak lagi memerlukan
pasangan untuk berintiman.

Bayangkan lelaki atau perempuan menggunakan alat pembantu seks secara


persendirian. Mereka akan terikat dengan amalan yang menyeronokkan itu dan
secara langsung akan ketagih dengannya.

Selepas berkahwin, mereka akan mendapati lebih seronok dengan alat


berkenaan dan mula kurang mesra dengan pasangan.

Jika rahsia mereka menggunakan alat itu terbongkar, pasti akan mewujudkan
rasa tertekan kepada pasangan dan ini akan menghambarkan hubungan
keintiman dan boleh berlaku perpisahan.

Pada masa sama, apabila menggunakan alat itu bersama dan pasangan terpaksa
bersetuju kerana hendak membantu, lama-kelamaan dia akan berasa tertekan
apabila mendapati alat berkenaan menjadi penggantinya.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 126

Jadi alat pembantu seks ini bukan untuk semua dan tidak boleh digunakan
sewenang-wenang sebagai alat rutin seks kerana kesan jangka panjang yang
tidak sihat.

Pasangan digalakkan mendapat nasihat dan bimbingan pakar atau kaunselor


jika mengalami masalah seksual dan jangan mudah terpengaruh untuk membeli
alat pembantu seks tanpa bimbingan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 127

REMAJA GELISAH TIADA MISAI, JANGGUT LANGSUNG

Soalan

SAYA menghadapi masalah kurang misai dan janggut berbanding rakan berusia
16 tahun yang lain. Dulu muka saya banyak jerawat, tetapi sekarang
berkurangan.

Adakah ini mendatangkan kesan atau adakah apa-apa gel atau ubat yang boleh
membantu saya untuk mempunyai misai dan janggut?

REMAJA BOTAK
Kuala Lumpur

Jawapan

Selain kemunculan bulu roma di bibir, muka, dada dan anggota sulit, lelaki
mengalami perubahan pada suara, yang mana ia lebih garau atau pecah dengan
kemunculan halkum akibat perubahan akil baligh.

Selain semua itu, anggota sulit membesar dan ereksi menjadi lebih kerap serta
wujud kemunculan mimpi basah. Badan secara menyeluruh mengalami
ketumbesaran. Perubahan akil baligh itu bermula seawal 10 tahun dan
berterusan sehingga berusia 20 tahun.

Kadangkala perubahan ini berlaku lewat. Sesetengah perubahan akil baligh


dikawal baka seperti ketinggian, kemunculan misai dan janggut yang lebat,
ketumbesaran buah zakar dan zakar.

Adakalanya masalah boleh berlaku apabila sesetengah anggota tubuh badan


tidak menunjukkan tindak balas hormon. Misalnya, bulu roma tidak muncul
akibat tiada tindak balas hormon testosterone kepada kulit.

Jika ini berlaku, memang tiada rawatan, sama juga dengan kesan baka. Jadi
jangan bimbang. Jangan samakan diri anda dengan orang lain kerana anda akan
ada keistimewaan tersendiri.

Mungkin kemunculan bulu roma itu lewat atau memang anda tiada baka misai
atau janggut.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 128

AIR MANI CAMPUR DARAH

Soalan

SAYA berusia 27 tahun dan masih bujang. Saya melakukan onani seminggu
sekali dan didapati kandungan air mani saya bercampur darah dan tidak
berwarna keputihan seperti normal. Selepas membuat pemeriksaan di hospital,
doktor mendapati kandungan air mani (sperma) saya normal.

Hasil ujian imbasan di kelenjar prostat saya, didapati ada ketumbuhan. Doktor
memaklumkan itu ketulan tanda lahir sejak kecil. Doktor memberi ubat
antibiotik, tetapi apabila saya melakukan onani sekali lagi (selang dua minggu),
air mani saya masih bercampur darah (warna keperang-perangan).

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan darah di dalam air mani dan adakah
ia berbahaya? Bolehkah saya mempunyai anak setelah berkahwin kerana
sperma saya didapati normal?

AHMAD BASHIR
Alor Star

Jawapan

Darah dalam air mani dikenali sebagai ‘hematospermia’. Jika darah yang keluar
itu ‘darah hidup’, kemungkinan pendarahan berlaku di dalam salur kencing
ketika ejakulasi berlaku. Ini mungkin petanda salur kencing terluka ketika
pancutan kuat yang menyebabkan mukosa salur kencing tersiat.

Sudah tentu bahagian salur ini terasa sakit dan ketika kencing juga terasa sakit.
Jika darah dalam air mani berketul-ketul dan berwarna coklat, kemungkinan
ada jangkitan pundi prostat yang menyebabkan salur darah kecil radang dan
terputus ketika prostat mencengkam dalam prose klimaks.

Selagi darah itu ada, air mani kelihatan bercampuran darah dan apabila
keradangan itu tiada lagi, air mani yang keluar kelihatan lebih cerah. Selagi
jangkitan itu ada, kemungkinan air mani kelihatan begitu. Ada juga batu karang
yang kebetulan ada dalam salur pundi prostat dan boleh mengakibatkan salur
pundi prostat terguris atau luka ketika cengkaman pundi prostat berlaku ketika
klimaks.

Selagi batu itu ada, selagi itu akan kelihatan campuran darah dalam air mani.
Darah dalam air mani tidak mengancam kesuburan sperma dan lelaki itu masih
mampu menghamilkan pasangannya.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 129

Masalah darah dalam air mani boleh berulang dari semasa ke semasa jika
masalah awal tadi (keradangan pundi prostat atau batu karang) muncul
kembali.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 130

KESAN DEMAM

Pesakit menjadi letih, lesu dan sudah pasti tidak mudah terangsang

SAYA pernah disoal, adakah demam kuat boleh menyebabkan masalah tenaga
batin kepada lelaki? Secara saintifik, jarang masalah lemah tenaga batin
berlaku akibat demam, tetapi kemungkinan ia berlaku secara kebetulan tetap
ada.

Bayangkan keadaan seseorang yang demam. Mereka menjadi letih, lesu dan
sudah pasti tidak mudah terangsang. Jadi hubungan kelamin tidak dapat
dilakukan untuk beberapa lama dan selepas baik pula, perasaan lemah dan
kurang tenaga masih wujud.

Tidak hairanlah jika seseorang lelaki itu mendapati dia tidak lagi ‘bertenaga’
selepas diserang demam kuat dan perjalanan darah dalam otot zakar juga
kurang lancar.

Jika terangsang, ereksinya tidak mantap dan mudah mengalah. Malah,


sesetengah lelaki mendapati sukar melakukan gerakan daripada satu posisi ke
satu posisi lain ketika bersetubuh, mengakibatkan ereksi mengalah atau gagal.

Masalah menjadi lebih rumit jika tiada keyakinan dan kekuatan semangat,
sekali gus akan memberatkan lagi pencapaian ereksi.

Berdasarkan pengalaman saya, lelaki yang menghadapi masalah ereksi akan


cepat panik. Mereka akan cuba mengatasinya dalam tempoh secepat mungkin,
termasuk tindakan yang membahayakan kesihatan seperti mengambil ubat
tanpa berjumpa doktor atau mendapat rawatan tradisional seperti mengurut.

Sebenarnya kemantapan ereksi tertakluk kepada kemasukan darah yang


mencukupi ke dalam otot zakar. Di samping itu, darah perlu kekal di dalam
otot dan ini dipastikan oleh otot lantai pelvis atau otot kemutan yang sentiasa
mantap dan dalam separa cengkam.

Selain itu, apabila ereksi berlaku, biasanya darah dalam salur vena zakar akan
terperangkap. Apabila ia tidak berlaku, darah tidak kekal dalam otot dan ereksi
kendur apabila darah terkeluar.

Kajian mendapati kemampuan ereksi tertakluk kepada tahap kesihatan yang


mantap dan amalan gaya hidup sihat. Usia juga mempengaruhi kemampuan
ereksi, selain kedudukan salur darah dan metabolisma lemak. Kedua-dua ini
pasti terganggu apabila seseorang lelaki melepasi usia 40 tahun.

Penyakit yang ada kaitan dengan penuaan seperti kencing manis, penyakit
koronari dan tekanan darah tinggi juga mempengaruhi fungsi syahwat.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 131

Rawatan dengan ubat tertentu untuk penyakit darah tinggi dan kencing manis
juga memberi kesan negatif secara tidak langsung kepada ereksi.

Jika lelaki itu mengalami kelemahan otot kemut, senaman kemutan perlu
dilakukan. Ini boleh dilakukan dengan merapatkan kedua-dua paha dan
mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing serentak dan dilakukan
sebanyak 50 kali sehari.

Ketika mencengkamkan otot kemut, tahan nafas antara lima hingga 10 saat. Ini
akan melangsingkan otot itu.

Saya syorkan kepada mereka yang mengalami masalah lemah tenaga batin,
mati pucuk atau lemah syahwat atau disfungsi erektil, berjumpa doktor dan
bukan tukang urut. Jangan membazir duit.

Bayangkan membayar beratus ringgit hanya untuk zakar dijentik dan didera.
Tidak masuk akal!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 132

UJIAN SARINGAN PENYAKIT KELAMIN ISTERI POSITIF

Soalan

SAYA berkahwin tiga tahun lalu dan dikurniakan dua anak. Setiap kali isteri
mengandung, dia didapati positif Venereal Desease Research Laboratory (VDRL)
tetapi Treponema Pallidum Antigen Test (THPA)nya negatif. Saya juga tiga kali
menjalani ujian darah, tetapi semuanya negatif.

KHAIRUL
Sabah

Jawapan

VDRL ialah ujian saringan am untuk mengesan jika seseorang individu itu
pernah terdedah dengan jangkitan penyakit kelamin.

Jika ujian itu positif, ujian susulan THPA yang lebih khusus untuk mengesan
kuman sifilis akan dilakukan dan jika ujian itu negatif, individu tadi tidak
mengalami jangkitan sifilis.

Memang ada banyak sebab ujian VDRL itu boleh menjadi positif, walaupun
indvidu itu sihat atau tidak terdedah kepada kuman sifilis.

Jika ini berlaku, hasil kajian itu dikenali sebagai ‘False Positive’.

Ada beberapa penyakit dan jangkitan yang juga memberi ujian VDRL positif
seperti penyakit SLE, rheumatoid arthritis, mononucleosis, malaria, HIV,
mycoplasma pneumonia, leprosy dan penyakit Lyme.

Jadi anda tidak perlu risau. Anda perlu memaklumkan doktor yang belum
periksa isteri anda mengenai perkara itu, iaitu VDRLnya positif tapi ujian khas
THPA negatif.

Sehubungan itu, isteri anda tidak perlu mendapat rawatan yang tidak
diperlukan lagi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 133

ISTERI TAK LARAT HENDAK LAYAN

Soalan

TAHUN ini tahun kedua saya berkahwin. Saya mencintai isteri saya, tetapi saya
mempunyai masalah nafsu yang sangat kuat. Saya mudah terangsang apabila di
rumah bersama isteri kerana kami hanya berdua dan belum mempunyai anak.

Ini kerana saya masih ingin ‘berbulan madu’. Oleh itu ketika melakukan
hubungan seks, saya memakai kondom dan mengeluarkan air mani di luar faraj.
Namun, setiap kali selepas klimaks, saya masih belum puas dengan isteri saya.

Kadangkala apabila saya lebih cepat klimaks daripada isteri, saya masih mampu
untuk puaskan dia sehingga dia klimaks.

Masalahnya sekarang apabila isteri saya sudah klimaks dia seolah-olah terlalu
penat sehingga tertidur, tapi saya masih tidak puas lagi, walaupun sudah
keluarkan air mani.

Kadangkala dalam satu malam saya melakukan hubungan dengan isteri


sebanyak dua hingga tiga kali, tetapi isteri saya mengadu dia tidak mampu
mengikut kepuasan saya kerana letih. Pada waktu isteri saya datang haid, saya
jadi tertekan dan melakukan onani untuk puaskan nafsu.

Saya ingin bertanya bagaimana untuk mangawal nafsu saya yang kuat hinggakan
ada masa hubungan kami hambar kerana isteri saya tidak tahan dengan
kehendak saya.

BINGUNG
Raub

Jawapan

Syahwat, nafsu dan naluri seksual adalah anugerah Tuhan kepada semua
makhluk-Nya. Binatang ada waktu tertentu untuk bersenggama yang dikenali
sebagai putaran estrus. Manusia bebas dan boleh bersetubuh pada bila-bila
masa. Manusia juga dianugerah Tuhan ‘akal’, boleh berfikir dan berhati perut.

Kesedaran ini yang membuat manusia dapat mengawal perasaan dan nafsu
syahwat. Berkaitan hubungan seksual, ia memerlukan tenaga dan tahap
kesihatan sempurna. Jika hubungan seksual kerap dilakukan, maka akan
mengalami keletihan, sukar hendak diulanginya dan jika dipaksa akan
menjejaskan hubungan silaturahim.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 134

Jika anda sayangkan isteri, pastikan dia sihat dan dapat rehat yang cukup. Jika
dia tidak dapat meneruskan hubungan seksual, anda boleh merangsang anggota
sulit anda dengan izinnya.

Semua ini boleh anda lakukan demi kesejahteraan keluarga anda. Lama-
kelamaan anda akan dapat mengimbangkan perasaan syahwat anda mengikut
kemampuan isteri.

Banyak lagi perkara yang anda dan isteri boleh lakukan selain seks seperti
bersiar-siar, berekreasi dan melancong. Mungkin keadaan menjadi lebih
seronok dan hubungan seks menjadi lebih bermakna daripada melakukannya
dalam keadaan tertekan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 135

NASIHAT SALAH

ADAKAH hanya kerana isteri hamil, anda terpaksa ‘berpuasa’ daripada


melakukan hubungan seksual selama sembilan bulan? Masalah menjadi lebih
rumit apabila isteri dalam pantang pula selepas itu, menyebabkan ‘puasa’ anda
harus diteruskan.

Ini bukan jenaka kerana memang ada pasangan berhenti mengadakan hubungan
seksual selepas pasangan wanitanya disahkan hamil dengan alasan bimbang
sesuatu yang buruk berlaku ke atas kandungan.

Perkara itu sering berlaku pada pasangan yang berdepan pengalaman pertama
kehamilan akibat mendengar terlalu banyak nasihat daripada ‘doktor tanpa
ijazah’ yang gemar memberi nasihat di luar konteks saintifik.

Hakikatnya, secara saintifik tiada sebab kenapa hubungan seksual tidak boleh
dilakukan jika kehamilan wanita itu berjalan lancar, kecuali berlaku insiden
tertentu dan anda dinasihatkan doktor supaya berhenti kerana mungkin
membahayakan kandungan.

Tidak dinafikan, ada situasi tertentu seperti apabila wanita mendapati


pengeluaran darah atau tanda darah dari farajnya atau wanita itu mengalami
kekejangan atau ‘cramps’ selepas selesai bersetubuh.

Jika kedua-dua masalah itu berlaku, anda dan pasangan perlu mendapat
rujukan doktor kerana jika dibiarkan berkemungkinan mendatangkan bahaya ke
atas kandungan, termasuk keguguran janin.

Bagaimanapun, jika pemeriksaan rutin yang ditetapkan doktor menunjukkan


tiada masalah pada kandungan selain tiada kejanggalan atau masalah apabila
melakukan hubungan seksual, aktiviti itu tidak perlu dihentikan.

Sehubungan itu, tiada alasan untuk anda bimbang aktiviti seksual akan
mendatangkan bahaya ke atas kandungan isteri.

Namun perlu diingatkan juga, mengadakan hubungan seksual ketika kehamilan


akan mendatangkan sedikit ketidakselesaan kepada pasangan lelaki atau wanita
dan perbincangan perlu diadakan untuk memastikan apa yang dihajati tercapai.

Yang penting ialah hubungan seks atau naluri syahwat adalah lumrah semula
jadi bagi manusia. Justeru, dibimbangi fakta salah akan menimbulkan masalah
lain, terutama kegersangan kepada pasangan lelaki atau wanita, sedangkan
mereka tidak sepatutnya berdepan masalah itu.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 136

Namun, jika benar wujud masalah, pasangan berkenaan harus ingat kerana
hubungan seks dalam rumah tangga bukan saja bertujuan untuk berseronok
atau mendapatkan zuriat, tetapi lebih daripada itu.

Ini kerana untuk faktor zuriat ada hadnya, daripada wanita mula baligh
hinggalah putus haid. Selepas itu tiada soal zuriat, tetapi yang berpanjangan,
berkekalan dan berterusan ialah keintiman seksual antara lelaki dan wanita itu,
juga pengeratan silaturahim antara lelaki dan wanita.

Kasih sayang dan cinta tulus ikhas di dalam rumah tangga lebih penting untuk
keamanan hidup kita dunia dan akhirat.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 137

KESAN TIDUR PAKAI SELUAR DALAM

Soalan

ADAKAH tidur dengan memakai seluar dalam memberi kesan negatif kepada
saiz zakar? Hal ini kerana saiz zakar saya sangat kecil jika dibandingkan dengan
rakan seusia dengan saya.

JOE
Selayang

Jawapan

Tidak ada sebab kenapa dengan memakai seluar dalam ketika tidur boleh
menyebabkan zakar kecil. Lainlah jika buah zakar dan zakar ditambat dan
dibungkus.

Cara ini pun tidak akan mengecilkan payu dara. Ketumbesaran anggota sulit itu
mengikut baka. Jadi saiz zakar anda datang daripada baka ayah anda kerana
jarang zakar kecil secara spontan. Kadangkala zakar kelihatan kecil ketika
tegang kerana ketika berkhatan kulit penghujung zakar terpotong lebih
daripada sepatutnya, oleh itu otot zakar tidak dapat ‘keluar’ akibat kulit zakar
terlalu pendek.

Lelaki yang mengalami masalah ini akan mempunyai zakar yang padat ketika
ereksi dan pangkal zakar yang keras dan kadangkala menyakitkan. Banyak lelaki
tidak tahu hal ini dan ada juga yang berumur menjalani berkhatan beberapa
kali kerana kononnya kulit zakar mereka gelebeh.

Ini berlaku kerana kulit hilang elastiknya. Jadi jika dipotong kulit yang gelebeh
itu akan menyebabkan zakar menjadi pendek. Saya pernah tengok kes macam
ini di Terengganu dan Kelantan. Lelaki yang berumur di sana suka sangat
berkhatan beberapa kali kononnya untuk mencuci dan menghilangkan angin,
tetapi selepas itu merana kerana pangkal zakar sakit dan zakar pendek pula.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 138

JEJAKA KERAP MIMPI BASAH

Soalan

SAYA berusia 22 tahun. Masalah saya ialah kerap mimpi basah, walaupun
kadangkala tidak mengalami mimpi berkaitan seks. Ia berlaku apabila saya letih
disebabkan tidak cukup tidur pada waktu malam. Akhir-akhir ini saya memang
selalu tidak tidur malam. Saya sebelum ini kerap melakukan onani, tetapi kini
berjaya mengawalnya. Apa nasihat doktor mengenai masalah saya? Apa
pendapat doktor mengenai penggunaan minyak lintah? Adakah ia boleh
membantu?

ZAIN
Alor Star

Jawapan

MIMPI basah fenomena semula jadi untuk lelaki dan wanita. Lelaki kerap
mengalaminya kerana anggota sulit lelaki lebih terdedah dan sentuhan ke
bahagian itu akan mencetuskan ejakulasi, walaupun dalam tidur.

Lelaki yang kerap onani biasanya jarang mengalami mimpi basah. Ada juga
situasi yang mana mimpi basah kerap berlaku dan mengakibatkan lelaki itu
letih dan lesu. Ini kerana keadaan ketidakstabilan sistem saraf.

Apabila fungsi sistem itu pulih, keadaan menjadi baik. Biasanya mimpi basah
ialah pengalaman badan ketika tidur dan bukan masalah kesihatan.

Lintah ialah parasit yang kehidupannya bergantung kepada darah sebagai


pemakanan. Lintah digunakan untuk perubatan daripada spesies Eropah untuk
melegakan kebengkakan serta melancarkan pengedaran darah.

Banyak lintah digunakan untuk melegakan kebengkakan kecil. Lintah perubatan


ini mengeluarkan air liur mengandungi Peptide Hirudin yang mencairkan darah,
jadi mudah untuk darah memasukinya.

Selain itu, lintah perubatan mengandungi kimia yang melegakan pembuluh


darah dan juga sejenis kimia pengebas. Lintah jenis lain tidak mempunyai kimia
itu. Jadi daripada segi perubatan, lintah perubatan dari Eropah yang dikenali
sebagai lintah ‘medicinalis’ yang didapati menghasilkan Peptide Hirudin.

Kini, Hirudin diproses secara sintetik di makmal dan tidak lagi diekstrak
daripada lintah. Minyak lintah di pasaran tempatan mungkin tidak mengandungi
peptide. Lagipun peptide hanya mencairkan darah. Menggunakan minyak lintah
untuk membesarkan zakar memang perbuatan sia-sia.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 139

Saya cadangkan anda baca dulu sebelum mencuba ramuan bukan-bukan yang
dipasarkan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 140

ADAB BERJIMAK

NALURI, nafsu dan syahwat dianugerah Tuhan kepada manusia supaya mereka
dapat berpasangan dan membiak melalui hubungan seksual.

Perbezaan manusia dengan haiwan daripada segi hubungan seksual ialah


manusia boleh melakukannya pada bila-bila masa, tetapi haiwan hanya
mengikut waktu khusus atau waktu ‘estrus’.

Mereka yang baru baligh juga mahu mencuba tanpa menyedari tanggungjawab
dan risiko jika hubungan seks disalah laku.

Di sebalik itu, ada pasangan yang sudah berumahtangga tidak dapat melakukan
hubungan seksual kerana belum bersedia atau takut gagal atau sakit, dengan
ada juga pasangan tidak tahu cara memulakannya.

Perkara ini agak janggal kerana kini wujud pelbagai maklumat dan panduan,
baik dalam bentuk buku atau tayangan video, untuk mulakan hubungan
kelamin, selain di internet lengkap dengan gambar sekali. Justeru, tiada sebab
kenapa pasangan tidak dapat melakukannya.

Buku panduan mengenai persetubuhan sudah lama wujud. Buku seperti ‘Kama
Sutra’ oleh pendita India, Vatsayana dan buku bertajuk ‘Kebun Harum’ atau
‘Perfume Garden’ oleh ahli falsafah Ialam, Sheikh Nefzawi, dan yang terbaru
‘The Joy of Sex’ oleh Alex Comfort mampu memberi pembaca panduan
mengenai cara dan gaya bersetubuh, termasuk cara memulakannya.

Panduan jimak dalam Islam juga diketengahkan oleh Imam Al-Suyuti dan Al-
Nawawi. Malah, Rasulullah SAW menjelaskan, jimak itu ibadah dan ada
tertibnya, termasuk kebersihan badan dan adab bersetubuh.

Hubungan seksual ini hanya untuk pasangan berkahwin dan hukumnya haram
bagi yang tidak. Tiada batasan untuk pasangan suami isteri melakukan
hubungan kelamin, kecuali ketika isteri haid dan melakukannya melalui dubur.

Suami perlu melakukan belaian dan sentuhan supaya isteri bersedia menerima
kemasukan zakar ke dalam faraj dan jika suami tidak melakukan itu dan masuk
tanpa isteri bersedia, si suami dilaknati Tuhan.

Jadi hubungan seksual dalam pandangan Islam adalah satu ibadah dan
tanggungjawab yang perlu dimanfaatkan oleh pasangan, sekali gus mustahak
untuk mereka berusaha menjayakannya.

Mungkin tips untuk memulakan hubungan keintiman seksual bermula dengan


pasangan dalam keadaan selesa dan mesra. Mereka boleh mulakan dengan

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 141

sentuhan dan belaian sambil melakukan kucupan dan sentuhan erotik ke


bahagian tubuh yang merangsangkan.

Dalam keadaan terangsang, tentu suami mencapai ereksi dan isteri mengalami
kelembapan anggota sulit. Dalam keadaan bersedia, lebih mudah untuk suami
dan isteri memainkan fungsi masing-masing dengan lebih lancar.

Jika isteri cemas atau ‘seriau’ (bimbang), dia tidak dapat mengawal faraj dan
sukar untuk suami mendekatinya kerana faraj dalam keadaan kemut. Keadaan
ini dikenali sebagai ‘vaginismus’.

Hubungan keintiman dalam perkahwinan dapat mengeratkan silaturahim antara


pasangan jika hubungan itu selesa, mesra dan menyeronokan.

Suami perlu melakukan sentuhan intim yang dapat menimbulkan keseronokan


isteri. Apabila isteri dalam keadaan terangsang, pastikan ereksi disalurkan
apabila isteri bersedia dan bukan sebelum itu.

Isteri perlu memberi isyarat yang dia bersedia untuk hubungan seksual
penetrasi dan suami pastikan gerakan dilakukan secara terkawal.

Jika suami terpancut awal, pastikan dia dapat mengulangi hubungan seksual itu
kemudian kerana kemungkinan ejakulasi cepat berlaku kali kedua jarang
berlaku.

Isteri jangan rasa tertekan jika suami masih gagal mengawal daya saraf untuk
mengekalkan daripada ejakulasi cepat. Mungkin apabila sensitiviti anggota
kemaluannya dapat dikurangkan, lama-kelamaan suami dapat memanjangkan
sentuhan intim itu dan dapatlah isteri menikmati kepuasan.

Suami perlu merujuk kepada doktor jika dia masih tidak dapat mengawal daya
ejakulasi dan kekal dengan keadaan cepat klimaks.

Pasangan wanita perlu faham suami yang masih baru dalam hal hubungan
seksual perlu masa untuk mengawal diri dan perasaan syahwat untuk mengatasi
keadaan cepat klimaks itu.

Kadangkala suami tidak tahu dia cepat klimaks jika perkara itu tidak dijelaskan
kepadanya. Dalam kajian yang pernah dijalankan pakar seksual, kebanyakan
lelaki klimaks selepas dua minit jika dikira dari waktu geselan kemaluan
dilakukan sehingga kemuncak.

Ada juga keadaan yang mana isteri dapat mencapai klimaks dengan cepat dan
kerap serta mudah terasa letih sebelum suami selesai klimaks.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 142

Jadi soal klimaks cepat boleh berlaku dua hala! Jika suami cepat klimaks,
suami perlu diberitahu dan diajak berjumpa doktor untuk pemantapan fungsi
syahwat. Rawatan moden sedia ada dapat menangani masalah dengan baik.

Perlu diingatkan, pasangan tidak digalakkan berjumpa dukun atau tukang urut
yang boleh memanjangkan masalah itu dengan rekaan dan cerita karut mereka.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 143

ISTERI HAMBAR KETIKA MENGANDUNG

Soalan

ISTERI saya mengandung anak pertama dan kini usia kandungannya mencecah
lima bulan. Kemusykilan saya ialah, prestasi dia ketika bersama kini menurun
kerana sejak kebelakangan ini dia seolah-olah tidak puas dan lambat mencapai
klimaks setiap kali kami bersama. Kalau sebelum mengandung dan ketika
kandungan baru berusia dua atau tiga bulan dia sangat puas setiap kali selepas
kami bersama, tetapi kini tidak.

ZUL
Kajang

Jawapan

Minat untuk ‘berintiman’ bagi wanita hamil sukar dibicarakan. Satu ketika, dia
rasa senang untuk bersetubuh dan satu ketika lagi dia tidak minat langsung
atau jika dilakukan, itu semata mata untuk menyenangkan hati suami.

Suami akan tahu perkara itu kerana isteri jelas kelihatan tidak seronok atau
lambat puas. Wanita yang letih dan lesu sukar mencapai klimaks. Malah, dia
mungkin tidak minat mengadakan hubungan seks jika tidak diminta suaminya.

Wanita yang berfikiran rungsing juga sukar menumpukan perhatian kepada


keseronokan dalam hubungan seksual. Jadi tanpa tumpuan, sukar untuk
mencapai klimaks.

Wanita yang mula mengalami perubahan kepada payu dara yang berkembang
dan memproses susu akan sukar terangsang kerana ketika itu hormon
‘prolactinnya’ meningkat dan ini secara langsung merendahkan perasaan
syahwat. Bagaimanapun, wanita hamil perlu sokongan emosi selain moral dan
fizikal.

Mereka seronok dengan tumpuan yang diberikan suami kepadanya. Dia perlukan
kasih sayang suami, daripada segi kata-kata indah dan menceriakannya. Apabila
dia ceria dan seronok, tentu mindanya terbuka untuk meneruskan keseronokan
kepada hubungan intim dan hubungan penetratif.

Pastikan isteri anda tidak keletihan. Bantunya dalam urusan rumah tangga dan
mungkin jika dia rasa senang dia akan hadiahkan anda mengikut kesukaan
anda.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 144

BERKHATAN BAIK

Tujuan penjagaan kebersihan anggota kemaluan lelaki

MUSIM cuti panjang persekolahan bermula lagi. Kebiasaannya, setiap kali cuti
semester hujung tahun, ibu bapa mengambil peluang untuk mengkhatan anak
lelaki yang mencapai usia tertentu.

Berkhatan membabitkan pemotongan penghujung kulit kulup zakar atau kulit


yang menutup penghujung zakar.

Prosedur ini biasa dilakukan kepada kanak-kanak lelaki sebelum baligh, seolah-
olah menggambarkan persediaan atau keraian sebelum baligh.

Prosedur ini diamalkan untuk tujuan penjagaan kebersihan anggota kemaluan


lelaki. Ini kerana penyakit barah zakar jarang kelihatan kepada lelaki yang
berkhatan dan masalah salur reproduktif pasangan perempuan seperti jangkitan
dan kanser pangkal rahim jarang berlaku apabila pasangan lelaki berkhatan.

Berdasarkan sejarah, amalan berkhatan kuno dianggap sebagai amalan ritual


atau bercorak keagamaan. Ia bermula di Mesir dan sebahagian besar negara di
benua Afrika dan juga diamalkan oleh bangsa Mayan, Aztec, Inca dan Polynesia.

Mengikut kitab Injil (Bible), berkhatan ketika dilakukan oleh Nabi Ibrahim ra
ialah satu ikatan perjanjian antara Tuhan dengan beliau yang membabitkan
pemotongan sebahagian kulit daripada tubuh badan, yang mana kulit di
bahagian kulup adalah paling sesuai.

Amalan itu kekal sehingga kini. Berkhatan menjadi amalan yang dipanjangkan
kepada wanita, yang mana sebahagian besar daripada penduduk Afrika, Mesir
dan Pantai Timur mengamalkannya.

Berkhatan untuk perempuan membabitkan pemotongan ‘klitoris’ atau bibir


kecil dan keseluruhan bibir besar.

Berbalik kepada berkhatan untuk lelaki, cara pemotongan kulit penghujung


zakar mengikut kemudahan yang ada atau yang biasa dilakukan oleh Tok Mudim
atau orang yang ditauliahkan untuk membuat prosedur itu.

Kebiasaannya penghujung kulup zakar dipotong dan kulit yang terdedah dicelup
dengan minyak untuk menghentikan pendarahan. Luka kulit akan reda dalam
tempoh seminggu atau dua. Sebelum kulit kulup dipotong, kepala zakar akan
dilucut keluar daripada penghujung kulup dan jika sukar akan dibantu dengan
merendam dalam minyak.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 145

Lama-kelamaan bahagian kulit itu akan sembuh dan mudah untuk kepala zakar
keluar masuk. Kini, ada pelbagai cara moden untuk prosedur berkhatan. Ia
boleh dilakukan ketika kanak-kanak lelaki itu masih bayi.

Ini kaedah yang dilakukan oleh lelaki Yahudi dan juga lelaki Amerika. Untuk
orang Yahudi, berkhatan adalah amalan keagamaan dan sama juga dengan
Kristian Koptik yang juga mengamalkan berkhatan manakala untuk lelaki
Amerika, berkhatan dilakukan untuk tujuan kesihatan.

Cara pemotongan moden membabitkan pengunaan alat penyepit atau klam,


yang mana kulit penghujung zakar diklam dan dipotong. Klam itu ditanggalkan
selepas seminggu atau akan tertanggal secara sendiri.

Kadangkala berkhatan perlu dilakukan mengikut keadaan zakar dan kulit kulup
dan perlu dipotong secara seimbang supaya tidak menimbulkan masalah di
kemudian hari.

Jarang wujud keadaan yang mana kecederaan berlaku akibat prosedur


berkhatan secara moden. Berkhatan secara tradisi sudah ketinggalan zaman
dan tidak harus dikekalkan kerana banyak masalah berlaku akibat prosedur itu
seperti kecacatan kulit, parut tebal, infeksi dan kecacatan kepada zakar.

Kebaikan yang didapati daripada berkhatan ialah kebersihan yang berkekalan


dan penghindaran daripada jangkitan. Kajian pernah dijalankan terhadap lelaki
yang berkhatan dan yang tidak melakukannya. Didapati mereka yang berkhatan
kurang mengalami jangkitan penyakit kelamin, termasuk penyakit HIV/Sindrom
Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids).

Dalam tinjauan yang dijalankan di Amerika pada awal 1980 membabitkan


wanita yang mempunyai banyak teman lelaki yang berkhatan dan tidak, 90
peratus menyatakan mereka memilih pasangan lelaki yang berkhatan.

Mengikut pandangan Persatuan Urologi Amerika, jika seseorang lelaki tidak


berkhatan, dia terpaksa mengambil langkah menjaga kebersihan alat seksual
itu pada tahap optimum bagi memastikan tidak ada jangkitan kuman.

Mengikut kajian Perbadanan Kesihatan Sedunia mengenai kebaikan berkhatan


pula, ia dapat menghindarkan kemungkinan jangkitan penyakit kelamin dan
termasuk HIV/Aids dan prosedur ini digalakkan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 146

SELUAR DALAM KETAT TEKAN ANGGOTA SULIT

Soalan

SAYA ingin mengetahui cara untuk mengekalkan dan menjaga keseimbangan


alat sulit kita dan cara untuk mengekalkan peredaran darah pada alat sulit
kita, selain daripada pemakanan?

DIN
Sungai Petani

Jawapan

Seperti anggota tubuh badan yang sentiasa mendapat perhatian dan penjagaan,
anggota sulit lelaki juga perlu diberikan perhatian dan penjagaan sepatutnya
memandangkan ia satu organ yang paling mustahak kepada lelaki.

Biasa untuk zakar mengeras tanpa apa-apa sebab, walaupun kebiasaannya


ereksi berlaku apabila lelaki itu terangsang.

Memakai seluar dalam yang padat dan ketat mungkin tidak sesuai dan
adakalanya menekan anggota sulit itu ketika ia mengeras, terutama jika
pakaian ketat dipakai waktu tidur.

Anggota sulit juga perlu mendapat perlindungan jika lelaki itu melakukan
aktiviti lasak yang memungkinkan ia tercedera.

Daripada aspek penjagaan secara peribadi, bulu roma anggota sulit boleh
dibersihkan supaya tidak berselerak yang boleh menggalakkan kehadiran parasit
seperti kutu pubik atau kutu kudis buta.

Bulu roma tidak digalakkan dicukur kerana boleh mengakibatkan kulit terdedah
kepada kekeringan dan keradangan.

Bulu roma memerangkap kelembapan. Jika hendak mencuci anggota sulit,


digalak mengunakan sabun pelembap daripada memakai sabun kosmetik yang
mengeringkan kulit.

Jika kulit kering, sudah tentu akan terasa gatal dan jika digaru akan
mengakibatkan keradangan kulit yang lambat laun mengakibatkan kulit
kelihatan bertompok-tompok dan pudar.

Sapukan krim pelembap kepada anggota sulit setiap kali selesai mengeringkan
kulit anggota sulit.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 147

Untuk tujuan penjagaan anggota sulit ke tahap yang cemerlang, digalakkan


lelaki mengunakan krim pelembap peribadi VirileTM yang ada dijual di farmasi
dan kedai kosmetik.

Krim ini sudah diuji dan didapati memberi kesegaran kepada anggota sulit
lelaki. Ia secara langsung meningkatkan keyakinan diri.

Sudah tentu lelaki yang yakin kepada anggota sulitnya akan turut yakin kepada
kemampuan batinnya. Krim ini hanya perlu digunakan sedikit dan disapu
keseluruhan anggota sulit untuk setengah minit.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 148

CECAIR PUTIH KELUAR KETIKA BUANG AIR BESAR

Soalan

SAYA pemuda berusia 22 tahun dan mempunyai masalah iaitu cecair keputihan
seakan-akan air mani keluar ketika membuang air besar. Hal ini berterusan
selama empat tahun.

Cecair ini tidak selalu keluar, tetapi hanya kadangkala ketika saya membuang
air besar. Adakah cecair ini air mani atau sebaliknya? Apakah perkara ini
normal? Diharapkan doktor dapat membantu.

INGIN TAHU
Kuala Lumpur

Jawapan

Lelaki dewasa mempunyai beberapa pundi dan pepundi dalam salur kencing
atau yang berhubung dengan salur kencing, yang mana jika cecair daripada
pundi dan pepundi itu terkeluar, ia akan keluar melalui salur kencing.

Cecair itu bukan air kencing dan bukan air mani. Ia cecair air mazi. Pepundi
yang ada dalam mukosa salur kencing menghasilkan cecair jernih ketika lelaki
itu terangsang.

Jika pengeluarannya banyak, masalah yang dialami lelaki itu ialah resdung
zakar. Cecair daripada pundi Cowpers terkeluar apabila lelaki mengemut
selepas selesai buang air kecil atau ketika membuang air besar.

Pundi Cowper ada dalam ruang otot kemut. Apabila otot kemut dicengkam dan
jika pundi itu kembang, sudah tentu cecair jernih akan keluar dari salur
kencing. Ini juga air mazi.

Kadangkala ketika meneran ketika membuang air besar dan jika lelaki itu
mengalami masalah najis keras atau sembelit, kemungkinan ketika najis itu
diteran keluar, pundi seminal dan sebahagian pundi prostat juga akan tertekan
oleh perjalanan najis yang keras itu.

Ketika itu cecair berwarna kelabu atau putih kelabu akan terkeluar dari lubang
kencing.

Cecair ini juga air mazi. Jadi jika ditinjau, banyak cecair keluar daripada salur
kencing selain air kencing.

Air mani dan air mazi bukan najis. Air mani hanya keluar akibat kemuncak
rangsangan seksual.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 149

KESAN UBAT KUAT

Elak beli ‘ubat kuat’ tanpa rujukan pakar perubatan

PDE5 Inhibitor ialah kumpulan ubat oral yang membantu lelaki yang mengalami
masalah disfungsi erektil (mati pucuk) untuk mencapai ereksi. Ia menghalang
enzim Phospho Diaterase Type 5 memusnahkan kimia biologik dikenali Cyclic
GMP.

Cyclic GMP terhasil dalam otot zakar akibat tindak balas Oxida Nitrik (NO) yang
dihasilkan oleh urat saraf yang mengawal zakar ketika lelaki itu terangsang.

Pada masa ini, ubat dalam kumpulan PDE5 Inhibitor ialah satu-satunya bahan
kimia yang berpotensi untuk lelaki yang mengalami masalah disfungsi erektil.

Bagaimanapun, ubat ini mampu memberi kesan sampingan yang boleh


memudaratkan jika lelaki yang mengamalkannya menghidap penyakit tekanan
darah tinggi yang sukar dikawal, penyakit jantung yang memerlukan makan
ubat mengandungi ‘nitrate’ dan kencing manis kronik.

Sehubungan itu, penting untuk mana-mana lelaki yang menghidap masalah


pencapaian ereksi kronik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kerana
hanya seorang doktor bertauliah dapat memberi rawatan sesuai untuknya.

Ubat dalam senarai PDE5 Inhibitoradalah Sildenafil (Viagra), Tadalafil (Cialis)


dan Vardenafil (Levitra) yang mana ubat Sildenafil diperkenalkan lebih awal,
sekali gus pengalaman perubatan dengan ubat ini lebih meluas.

Semua ubat yang dijelaskan itu mempunyai kesan sampingan sama. Sebahagian
kesan sampingan yang dianggap menyusahkan pengamal ubat berkenaan ialah
pening kepala (berat kepala), muka kemerahan dan dahi dan telinga rasa
kebas.

Selain itu, pengamal ubat ini akan berasa hidung tersumbat, pernafasan
terganggu, jantung berdebar, mata berpusing, sakit otot terutama belakang,
gastrik, ruam (rashes), radang pundi kencing, ereksi yang masih kekal selepas
bersetubuh (priapisme) dan pengeluaran air mazi yang banyak daripada zakar
akibat pepundi dalam salur kencing terangsang.

Pada masa sama, segelintir pengguna pil mengadu mengenai kesan sampingan
ringan yang dialami. Jadi, cuba anda bayangkan jika ubat ini digunakan tanpa
nasihat dan pemeriksaan doktor?

Sehubungan itu, saya nasihatkan janganlah terlalu teruja untuk membeli ‘ubat
kuat’ tanpa mendapat rujukan pakar perubatan yang sah. Perlu diingatkan, kini

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 150

banyak ubat tiruan dan juga ubat herba palsu mengandungi ‘Viagra’ dijual di
pasaran gelap.

Ada juga ubat PDE5 Inhibitor yang diimport dari India dan Cina secara gelap
yang mengandungi tahap ubat yang tinggi seperti 500 miligram (mg) yang
sangat berbahaya kerana dos tertinggi yang boleh diambil untuk Viagra ialah
100mg.

Jangan bergadai nyawa hanya kerana malu hendak berjumpa doktor dan
mengambil jalan mudah dengan membeli ubat daripada pihak tidak
bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan.

Sekali lagi saya ingin tegaskan, masalah difungsi erektil adalah satu penyakit
yang perlu mendapat pemeriksaan dan rawatan menyeluruh dan bukan sekadar
mencuba pelbagai jenis ubat tanpa kita ketahui latar-belakang pengeluarnya.

Nasihat saya, biarlah kita mengeluarkan ‘sedikit wang’ untuk berjumpa doktor
atau pakar untuk rawatan masalah gangguan ereksi kerana hasilnya lebih
selamat, bukan untuk jangka masa pendek saja seperti ubat tiruan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 151

BUKAN KANSER

Soalan

SAYA berusia 21 tahun. Masalah saya adalah sebelah buah dada saya besar
sedikit berbanding yang lagi satu. Ini sangat memalukan dan ia juga
menyebabkan saya mengalami kesukaran memilih pakaian kerana sesetengah
pakaian akan menyerlahkan tempat yang menonjol itu.

Selain itu, puting pada buah dada itu asyik ke dalam dan ia hanya keluar pada
waktu sejuk. Keadaan ini menyebabkan saya berasa susah hati kerana bimbang
ia menjadi kanser buah dada lelaki.

Saya berharap doktor boleh menjelaskan semua soalan saya ini, semoga saya
boleh mengambil langkah awal untuk mengelakkan ia menjadi lebih serius.

AHMAD SHAH
Arau, Perlis

Jawapan

Buah dada besar di kalangan lelaki dikenali sebagai ‘Gynecomastia’ atau


seakan-akan buah dada wanita. Tidak dinafikan buah dada lelaki mengalami
sedikit ketumbesaran ketika lelaki masuk ke peringkat awal baligh, yang mana
ketika itu hormon dari pundi adrenal mengeluarkan hormon Mineralocorticoids
DHEA yang boleh bertukar kepada hormon testosterone, progesterone dan
estrogen.

Hormon progesterone dan oestrogen ialah hormon kewanitaan. Hormon


estrogen mengakibatkan ketumbesaran salur buah dada dan hormon
progesterone yang menyebabkan ketumbesaran pundi susu.

Bagaimanapun, ketumbesaran itu hanya untuk seketika dan kemudian ia akan


terbantut. Kadangkala ketumbesaran itu hanya berlaku kepada satu buah dada,
maka akan kelihatan ketidakseimbangan saperti anda alami. Ini bukan
perubahan kanser.

Gynecomastia boleh berlaku kepada lelaki yang mengalami kanser buah zakar.
Kemungkinan berlaku kanser buah zakar untuk lelaki Asia ialah kurang satu kes
dalam sejuta orang setahun.

Ketumbesaran buah dada berlaku akibat tindakbalas hormon kewanitaan yang


terhasil oleh buah zakar akibat kanser.

Jadi lelaki yang mengalami perubahan kanser buah zakar dapati ketumbesaran
buah dada berlaku selepas baligh dan pada usia lebih dewasa. Jadi ini

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 152

perbezaan antara Gynecomastia akibat baligh dan Gynecomastia akibat kanser


buah zakar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 153

LELAKI ONANI TIDAK BERMAYA

Soalan

SAYA mula melakukan onani sejak di sekolah rendah. Seingat saya, daripada
tidak mengeluarkan mani ketika klimaks kerana usia terlalu muda, tabiat buruk
itu saya terus lakukan sehingga sekarang apabila berusia 25 tahun.

Pada usia semuda ini, saya dapat rasakan zakar saya tidak segagah dulu kerana
ia hanya tegang sekejap apabila terangsang. Ketegangannya juga tidak sepadat
dulu, mudah lembik dan terus kecut selepas saja air mani keluar.

Zakar saya juga tidak tegang selepas bangun tidur. Saya menyesal, tetapi nasi
sudah menjadi bubur. Tenaga saya sekarang seolah-olah berusia 40-an.

Adakah umur semuda ini saya menghidap ED? Disebabkan kerap onani, saya
juga dapat rasakan testis saya semakin mengecut dan dada saya bertambah saiz
— menepati simpton kekurangan hormon testosterone. Adakah saya kekurangan
hormon berkenaan?

MSY
Port Dickson

Jawapan

Banyak sudah dibicarakan mengenai onani yang boleh dikatakan satu amalan
dan kelaziman lelaki masa kini. Sudah tentu amalan menyeronokkan itu sukar
dijauhi, walaupun ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.

Bayangkan mendera anggota sulit tanpa mengetahui anggota itu sensitif,


lembut dan mudah tercedera. Urat saraf dan salur darah yang banyak di
dalamnya boleh tercedera dan lambat-laun boleh mengganggu kestabilan
fungsinya jika onani itu dilakukan bertubi-tubi.

Selain kerosakan anggota sulit, perkara lain saperti keletihan, lemah semangat
dan kelesuan boleh berlaku. Apabila ini berlaku, lelaki muda pun akan berasa
macam sudah berumur.

Jadi tidak hairan jika lelaki yang kerap beronani akan kelihatan ‘tidak
bermaya’ seperti orang tua dan mengalami simptom ‘andropause’ saperti
keletihan, lesu, ereksi pagi kurang kelihatan dan ereksi tidak mantap yang
biasa berlaku kepada lelaki berusia lebih 50 tahun. Bukan kerana mereka
kurang hormon testosterone, tetapi kerana keletihan akibat kerap onani.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 154

Saya cuma menasihatkan supaya anda tidak mensia-siakan diri anda. Mungkin
ini sebabnya onani ditegah agama. Sebagai langkah permulaan, anda perlu
kurangkan amalan itu dan membina kesejahteraan tenaga dan kebatinan anda.

Makan makanan seimbang, lakukan senaman berkala dan hentikan amalan tidak
baik seperti merokok. Untuk meyegarkan tenaga syahwat, anda boleh
mengunakan krim VirileTM sebagai krim peribadi dengan menyapunya sedikit ke
seluruh anggota sulit setiap kali selesai mandi.

Belai anggota sulit dan sayanginya, bukan mendera. Apabila anda sedar
mengenai perbuatan lama yang tidak memberi faedah.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 155

PERLU PENDIDIKAN SEKS

KATA orang, seks adalah hal orang dewasa. Kita ‘diharamkan’ bercakap
mengenai seks dengan remaja kerana kononnya seolah-olah memberi mereka
izin untuk mencuba.

Bagi mereka, pendidikan seks tak perlu diterangkan, kecuali perkara penting
seperti HIV dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau maklumat
anggota reproduksi mereka.

Hal-hal lain perlu ditunggu sehingga sampai waktu mereka mengetahuinya


sendiri.

Inilah pendirian kebanyakan orang dewasa apabila ditanya pendapat mereka


mengenai pendidikan seks kepada remaja.

Pemikiran ini mengakibatkan kejahilan remaja mengenai seks berlanjutan.

Justeru, jangan terkejut apabila berita salah laku seks seperti pelajar
perempuan menyorokkan anak yang baru dilahirkannya di dalam almari atau
gadis remaja dirogol oleh kumpulan rakan lelaki ketika mereka dalam keadaan
khayal atau kes sumbang mahram dilaporkan media massa.

Naluri seks adalah perasaan semula jadi semua makhluk. Binatang ada waktu
untuk mereka membiak, tetapi manusia tiada had.

Manusia yang hanya ikut perasaan semula jadi tanpa pengetahuan mengenai
elemen nafsu seks tidak akan teragak-agak melakukannya apabila dia
mengalami tekanan syahwat dan tidak tahu cara melegakannya.

Kajian di Sweden menunjukkan, remaja yang dapat pendidikan seks tahu cara
menangani tekanan seks.

Mungkin 10 atau 20 tahun lalu tidak ada saluran maklumat mengenai seks
seperti sekarang apabila maklumat mengenai seks boleh didapati dengan hanya
mengelik tetikus komputer sambil melayari laman seks.

Seks diberi penonjolan melalui pelbagai maklumat, daripada saintifik hingga ke


maklumat yang glamor, dan terpulang kepada remaja itu untuk menerimanya.

Remaja yang mendapat pendidikan asas seks tidak mudah terpengaruh.


Pendidikan asas itu dapat membina jati diri mereka.

Jika dia mendapat bimbingan, dia akan dapat memilih maklumat yang akan
menambah pengetahuannya, sekali gus menjadi remaja yang matang daripada
aspek pengetahuan seks.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 156

Pendidikan seks bukan saja memberi maklumat teknikal anggota kelamin dan
reproduksi, malah pendedahan mengenai etika dan perilaku seksual yang sihat.

Maklumat mengenai seks dapat membantu remaja ke arah kedewasaan selain


memantapkan keyakinan diri.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati, remaja yang mendapat


pendedahan seks komprehensif pandai membuat keputusan apabila berdepan
cabaran.

Remaja perempuan tahu menjaga diri dan tidak mudah terpengaruh untuk
melakukan perkara berkaitan salah laku dan etika seksual, manakala remaja
lelaki pula tahu mendisiplinkan diri dan tidak mengambil kesempatan untuk
memperdayakan perempuan untuk memuaskan nafsu seks.

Pada masa sama, mereka tahu cara untuk mendapatkan kelegaan syahwat yang
tidak mendedahkan mereka kepada risiko penyakit kelamin (STD) dan HIV/Aids.

Justeru, pendapat mengatakan pendidikan mendorong remaja melakukan


eksperimen adalah tidak betul.

Orang dewasa perlu menukar penetapan minda daripada menghalang remaja


mendapat pendidikan seks kerana perkara itu penting.

Ibu bapa juga memainkan fungsi penting dalam perkara ini. Jika anak ada
keraguan, ibu bapa boleh memberi maklumat mengenai kemusykilan seks dan
sentiasa sensitif kepada kehendak anak remaja.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 157

SEJAK LAHIR KECIL SEBELAH

Soalan

SAYA ingin bertanya mengenai masalah anak saya yang berusia setahun. Telur
zakarnya kecil sebelah dan ia dikesan sejak lahir.

Adakah ini akan menyebabkan sebarang masalah di kemudian hari seperti tidak
boleh menghasilkan zuriat atau tanda penyakit? Apa yang menyebabkan telur
menjadi kecil sebelah?

AYAH RISAU
Pulau Pinang

Jawapan

Memang perkara biasa jika kedua-dua buah zakar saiznya tidak seimbang.
Malah, perkara biasa juga jika kedudukannya tidak seimbang. Ini bukan
penyakit, sebaliknya ia semula jadi.

Jika disalah taksirkan mengenai perkara itu dan ‘rawatan’ yang salah diberi
seperti mengurut atau mendemah dengan air panas, kemungkinan buah zakar
itu rosak dan tiada cara untuk memulihkannya.

Apabila ibu bapa mendapati anak lelakinya mempunyai buah zakar kecil,
mereka perlu membawa anak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Ada ketikanya buah zakar yang dianggap kecil itu sebenarnya normal dan yang
kelihatan normal itu yang sebenarnya ada masalah.

Memang buah zakar kanak-kanak kecil tidak seimbang. Keadaan akan berubah
apabila kanak-kanak itu baligh dan tumbesaran yang sewajar berlaku dan saiz
buah zakar membesar. Bagaimanapun, penting untuk membawa anak berjumpa
doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Jangan fikir saja tanpa pemeriksaan doktor tak akan dapat menentukan sama
ada buah zakar itu benar-benar kecil atau sebaliknya. Sila jumpa doktor.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 158

KEJANG LIHAT WANITA SEKSI

Soalan

SAYA berusia 24 tahun dan kerap mengalami kekejangan pada zakar saya
apabila melihat perempuan, terutama yang seksi. Apakah yang harus saya
lakukan kerana apabila zakar saya menegang dan kejang, sukar untuk saya
melakukan kerja lain.

INSAN PENING
Kuala Lumpur

Jawapan

Adalah perkara biasa jika lelaki dewasa mengalami ereksi atau kekejangan otot
zakar ketika terangsang seperti melihatan perempuan atau memikirkan sesuatu
yang mengghairahkan.

Proses ini semula jadi dan bukan penyakit atau masalah. Jika perkara ini tidak
berlaku, itu ialah masalah.

Anda tidak perlu buat apa-apa. Mungkin tolehkan muka anda ke objek yang
tidak mengghairahkan anda.

Namun, jika anda fikirkan perkara yang mengghairahkan, kekejangan akan


berlaku juga.

Bersyukurlah kerana anda mempunyai anggota kelamin yang aktif dan mantap.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 159

RANCANG KELUARGA LELAKI

ISLAM menggalakkan umatnya berkeluarga dan diharamkan mereka yang


sengaja tidak mahu berkahwin.

Pada masa sama, Islam mengambil berat aspek kesihatan wanita dan keluarga.
Jika kesihatan seseorang wanita bermasalah, pasti kesihatan keluarganya
secara keseluruhan akan terjejas.

Di sinilah pentingnya amalan perancangan keluarga. Namun, perlu diingatkan


yang lelaki juga memainkan fungsi penting dalam bab ini. Ini kerana tanpa izin
suami, isteri tidak boleh mengamalkan perancangan keluarga.

Bagaimanapun, perlu diingatkan yang kaedah perancangan keluarga bukan


terhad kepada wanita, tetapi turut membabitkan lelaki.

Kaedah yang boleh diamalkan lelaki ialah ‘Al’Azal’ di mana lelaki melucutkan
zakar sebelum ejakulasi, manakala kaedah lain ialah menggunakan kondom.

Selain itu, kaedah ‘kasi’ atau pembuangan buah zakar boleh dilakukan.
Bagaimanapun ia bukan kaedah merancang keluarga, tetapi lebih kepada
penyeksaan kepada lelaki apabila bukan saja kilang benih dibuang, tetapi juga
kilang menghasilkan hormon kelelakian yang cukup penting untuk kehidupan
sebagai lelaki.

Kaedah seterusnya ialah mengikat salur sperma atau ‘vasectomi’ atau


‘Sterilisasi Lelaki’.

Ia membabitkan prosedur mengikat kedua-dua salur sperma, sekali gus tiada


sperma dalam air mani ketika ejakulasi.

Walaupun kelihatan menakutkan, kaedah ini mudah dan tidak dibebankan


dengan peralatan yang banyak. Lebih penting ialah apabila tidak diperlukan,
kaedah sterilisasi itu boleh dipulihkan dengan menyambung salur yang diikat.

Selain kaedah merancang keluarga dinyatakan tadi, tiada kaedah moden lain
yang mana lelaki boleh amalkan.

Kajian mengenai kaedah moden seperti ‘pil perancang lelaki’ untuk mencegah
persenyawaan sperma dengan telur seperti menghalang pemprosesan sperma
pada waktu tertentu atau membantutkan penghasilan sperma tidak berjaya
menghasilkan penemuan diharapkan.

Kebanyakan kajian mengenai ekstrak biji kapas dan beberapa biji palmaria
yang didapati mengandungi kimia yang mengganggu pemerosesan sperma

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 160

seperti ‘Kontrsperm’ dan ‘Gossipol’ didapati tidak berkesan secara purata


dalam menghalang pembiakan sperma.

Malah, ‘Gossipol’ dalam tahap tinggi boleh mengakibatkan tekanan kepada


fungsi jantung dan menjadi punca kematian.

Pil untuk lelaki dalam bentuk suntikan hormon diperkenalkan baru-baru ini
sebagai kaedah dalam kajian.

Hormon yang dimaksudkan ialah hormon ‘Progesterone’ dan ‘Testosterone’


kerana didapati hormon berkenaan dapat menghalang pembiakan sperma dalam
masa terdekat, antara empat hingga lapan minggu.

Kajian yang diselenggarakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai


kaedah hormon ini masih dalam peringkat permulaan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 161

PEMUDA BIMBANG MANDUL

Soalan

SAYA berusia 22 tahun. Masalah saya ialah zakar saya sangat susah untuk
menegang. Sejak dua minggu lalu saya perhatikan zakar saya tidak menegang
langsung. Biasanya pada waktu pagi sebaik bangun tidur, zakar saya akan
tegang.

Saya cuba merangsangnya seperti membaca atau menonton filem


mengghairahkan, tetapi tetap tiada perubahan. Saya sangat takut sekarang.
Adakah ini tanda yang saya mandul?

MANSOR
Durian Tunggal, Melaka

Jawapan

Fungsi sistem keseluruhan badan bergantung kepada kawalan saraf daripada


otak yang mempengaruhi minda. Jika minda tertekan, otak hilang kawalan dan
masalah akan berlaku kepada sistem badan.

Justeru, tidak hairan jika lelaki yang satu ketika dulu mempunyai fungsi
syahwat mantap dengan kemunculan ereksi kukuh, kemudian mendapati
perkara itu tidak lagi berlaku secara tiba-tiba. Mungkin kerana anda tidak
bersedia ketika itu.

Oleh kerana tiada tindak balas sepatutnya, anda berasa dirinya tidak normal
dan secara tidak langsung tertekan, sekali gus hilang keyakinan diri. Keadaan
ini bukan disebabkan penyakit yang mengakibatkan seseorang tidak lagi
berereksi normal, tetapi masalah psikologikal.

Soal kurang keyakinan diri menyebabkan dia gagal mencapai ereksi. Yang
menghairankan ialah, anda masih mampu mencapai ereksi spontan waktu pagi
atau ketika terasa hendak kencing. Namun, apabila sedar dan minda anda aktif,
ereksi yang berlaku secara spontan tadi akan langsung mengendur.

Anda perlu tahu, jika memaksa untuk mencapai ereksi seperti merangsang
anggota sulit atau membaca buku dan gambar yang mengghairahkan hanya
untuk menguji fungsi ereksi, anda akan gagal. Saya syorkan anda menjalani
pemeriksaan kesihatan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 162

BAYI ADA SATU TESTIS

Soalan

BAYI lelaki saya berusia empat bulan dan sejak lahir dia hanya mempunyai satu
testis dan bukan sepasang seperti bayi lelaki normal. Bulan depan, kami
diminta berjumpa pakar surgikal berhubung masalah ini.

Persoalannya, mungkinkah dia akan menjalani pembedahan dan apakah


ketiadaan satu lagi testis akan menyebabkan komplikasi kepada bayi atau dia
boleh menjalani kehidupan seperti biasa? Adakah cara lain untuk mengatasi
masalah ini seperti cara perubatan tradisional?

AMIRUL
Klang, Selangor

Jawapan

Kemungkinan buah zakar tersangkut ketika turun ke dalam kerandut boleh


berlaku ketika bayi itu masih dalam perut ibu. Jika ini berlaku, penting untuk
diperbetulkan secepat mungkin sebelum kanak-kanak terbabit baligh. Ini
kerana jika sudah baligh, buah zakar yang tersangkut akan mengecut dan tidak
menghasilkan sperma.

Sebaik-baiknya pembedahan pemulihan, iaitu pembedahan untuk menurunkan


buah zakar itu, dilakukan sebelum kanak kanak itu memasuki usia dua tahun,
terutama jika buah zakar itu ada di luar kerandut.

Buah zakar yang tiada dalam kerandut tidak akan berfungsi dengan baik dan
menghadapi risiko barah.

Mengurut akan memudaratkan kesihatan. Jadilah bapa prihatin dan terima


rawatan disyorkan doktor. Buah zakar itu akan mengalami tekanan seperti
terhentak dan merosakkannya.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 163

DERITA DALAM DIAM

PERBALAHAN di antara suami isteri satu perkara biasa, bak kata pepatah
`sedangkan lidah lagi tergigit’. Ada banyak sebab suami isteri bergaduh,
antaranya masalah kewangan, campur tangan pihak ketiga, hubungan seksual
yang tidak memuaskan selain ketiadaan zuriat. Semua isu itu sukar diluahkan
kepada pihak ketiga kerana malu. Ini menyebabkan pasangan yang
menghadapinya menderita dalam diam.

Punca lelaki derita dalam diam:

1-Keputihan lelaki

Sebilangan lelaki mudah mengeluarkan air mazi yang banyak apabila terangsang
dan keadaan itu boleh menjadi terlalu lembab sehingga tidak menyeronokkan
pasangan wanita.

Keadaan basah turut menyebabkan ereksi lelaki menjadi lemah.

Malah, akibat terlalu basah dan licin, ada hubungan kelamin terbantut. Masalah
ini ada kaitan dengan keadaan pundi salur kencing lelaki yang terlalu aktif.

Cara mengatasinya ialah dengan memakan ubat ‘Antihistamine’, iaitu ubat


nyah alahan yang mengakibatkan selesema atau resdung. Keadaan ini juga
dikenali sebagai resdung zakar.

2-Saiz, bentuk ereksi kurang menyenangkan.

Lelaki menjadi begitu sensitif apabila berasa alat kelamin mereka tidak
termasuk dalam golongan ‘ideal’ untuk memberi kepuasan kepada pasangan.
Malah, jika pasangan ‘menegur’ saiz dan bentuk ereksi, ia boleh menimbulkan
tekanan hebat.

Ini menyebabkan ada yang cuba membesarkan zakar dan menguatkan ereksi.
Selagi tidak berpuas hati dengan perkembangan ‘rawatan’ diterimanya, lelaki
itu akan menderita dalam diam.

Seseorang lelaki perlu tahu dia hanya akan dapat ereksi yang lebih mantap
apabila banyak menggunakan anggota sulitnya. Perkara ini tidak diketahui
wanita. Jika wanita membandingkan anggota sulit ayahnya yang sememangnya
akan kelihatan besar (kerana biasanya zakar orang berumur kendur dan luntur
tetapi besar tidak semestinya keras) dengan pasangannya sudah tentu tidak
setaraf.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 164

Bagaimanapun, masalah ini bukan tidak boleh diatasi. Rawatan pemulihan


seperti mengguna alat andropenis dapat membantu meningkatkan perincian
ereksi ke tahap lebih memuaskan.

Ada juga keadaan ereksi suami bengkok dan kadangkala tidak dapat melakukan
hubungan seksual dengan baik. Ini berlaku apabila terdapat benjolan keras atau
tisu keras dalam zakar yang mengakibatkan zakar tidak dapat ereksi dengan
lurus.

Masalah ini dikenali penyakit Peyronie. Ia boleh diatasi dengan mengunakan


alat andropenis (sila rujuk www.drismailtambi.com).

3-Disfungsi seksual.

Sebilangan lelaki mudah mencapai kemuncak lebih awal daripada diinginkan.


Ini menimbulkan masalah apabila pasangan wanita mengeluh cemas setiap kali
pancutan berlaku sebelum dia puas.

Masalah cepat klimaks sering dialami lelaki dan mereka perlu belajar mengawal
daya ereksi dan pancutan sehingga pasangan puas.Lelaki yang gagal mengatasi
perkara itu walaupun berusaha bersungguh-sungguh, perlu berjumpa doktor
untuk mendapat bimbingan daripada menderita seorang diri.

Lelaki berumur sering mengalami disfungsi erektil atau mati pucuk. Perkara ini
boleh berlaku juga kepada lelaki muda akibat masalah psikologi atau kesihatan
seperti kencing manis atau penyakit lain yang menekan fungsi erektil zakar.

Kini ada pelbagai rawatan canggih yang dapat mengatasi masalah mati pucuk,
termasuk ubat ‘PDE-5 Inhibitor’ yang membantu ereksi menjadi mantap akibat
peningkatan kemasukan darah ke dalam otot zakar, alat pam vakum dan
suntikan ubat ‘Vasodilator’ dalam otot zakar.

Cara rawatan moden lebih berkesan dan tidak memudaratkan berbanding


rawatan tradisional urutan yang boleh merosakkan otot dan buah zakar.

4-Masalah Kesuburan.

Lelaki kini lebih peka mengenai kesuburan. Tidak seperti 10 atau 20 tahun lalu
yang mana kebanyakan lelaki berpendapat asalkan dia dapat melakukan
hubungan seksual, itu memadai. Jika isteri tidak hamil, itu salah isteri atau
isteri mandul.

Ada lelaki yang buah zakarnya kecil atau ada satu buah zakar saja khuatir dia
tidak dapat memberi zuriat. Pada masa sama dia bimbang menjalani
pemeriksaan kesuburan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 165

Selagi perasaan negatif itu menghantuinya, dia akan menderita dalam diam
kerana tidak tahu keputusan sebenarnya.

Kini rawatan masalah kesuburan lelaki begitu mantap dengan adanya pelbagai
ubat farmakologik dan herba.

Perkara yang mustahak ialah jalani pemeriksaan dan rawatan. Jika jalan untuk
mendapat zuriat buntu, mereka tidak perlu berputus asa kerana boleh
mengambil anak angkat.

Isu `derita dalam diam’ ini adalah isu utama menjadi perbalahan di antara
suami isteri yang hakikatnya sukar untuk diselesaikan secara perundingan
kerana terlalu sensitif, sebaliknya perlu mendapatkan rawatan dan kaunseling
daripada pakar perubatan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 166

PELAJAR HADAPI KENCING TAK LAWAS

Soalan

SAYA pelajar yang menghadapi masalah kencing tidak lawas sejak sekolah
rendah lagi. Masalah ini sangat membebankan kerana selepas membuang air
terutama air besar, air kencing masih lagi keluar walaupun dalam kuantiti
sedikit.

Keadaan ini juga memberi tekanan kerana saya perlu mengambil masa lama
untuk memastikan tiada lagi air kencing keluar sebelum menunaikan solat.
Untuk pengetahuan, saya pernah mencuba nasihat doktor dengan mengamalkan
senaman kemutan, tetapi masih belum berhasil.

Baru-baru ini, akibat tidak tahan, saya mengikat pangkal zakar dengan
menggunakan gelang getah dan cara ini berkesan. Dalam masa sama, saya juga
memastikan ikatan getah tidak terlalu ketat.

Persoalannya, adakah kaedah ini akan memberi kesan buruk kepada saya?

AZWAN
Shah Alam

Jawapan

Masalah kencing tidak lawas memang merumitkan jika berpanjangan dan cara
penyelesaiannya juga merumitkan. Jika dirujuk kepada doktor, ujian
permulaan ialah ujian kencing untuk memastikan tiada radang pundi kencing.

Jika ia normal, mungkin salur kencing diperiksa melalui ‘teropong’ yang


dikenali sebagai ‘Urethroscope’.

Jika itu pun normal, pemeriksaan seterusnya akan ditumpukan kepada pundi
prostat dan apabila keputusannya masih normal, tiada apa lagi yang perlu
dikendalikan kecuali bimbingan.

Dalam keadaan biasa, pundi kencing dapat mengisi seliter air kencing tetapi
apabila separuh penuh, perasaan hendak kencing akan terasa. Namun, jika
individu itu tidak mahu kencing, dia akan dapat menahan sehingga tidak lagi
tertahan lalu mencari tandas.

Jika berlengah ke tandas, dia akan dapati selepas selesai kencing macam ada
air kencing lagi. Cara untuk memastikan perkara itu tidak berlaku ialah dengan
menahan kencing.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 167

Adakalanya yang keluar itu bukan kencing, tetapi cecair dari pundi Cowper
dalam otot di lantai pelvis (otot kemut). Lelaki yang mempunyai pundi Cowper
besar sudah tentu pundi itu menghasilkan cecair yang banyak, terutama jika ia
mengalami radang (akibat menahan kencing).

Justeru, ketika mengeluarkan air kencing dan pada penghujungnya mengemut,


maka sejurus selesai kemut cecair jernih akan keluar seperti air kencing. Ini
ialah cecair dari pundi Cowper.

Jika itu yang berlaku, tiada apa yang boleh dibuat kecuali menerimanya. Jika
anda turut berasa was-was mengenai cecair ini, anda perlu menukar pakaian
ketika solat. Mengenai pemakaian gelang itu dapat memberi kelegaan kepada
masalah anda, ia boleh diteruskan dengan syarat ia tidak disarung ketat.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 168

TERTEKAN ZAKAR BENGKOK

Soalan

SAYA berusia 24 tahun. Masalah saya adalah zakar saya bengkok ke sebelah
kanan. Keadaan ini menghadirkan tekanan yang cukup hebat kepada saya
kerana memikirkan cara hendak meluruskannya semula.

Saya pernah mendengar mengenai sejenis alat iaitu andropenis, tetapi tidak
pasti mengenainya. Saya juga gemar melakukan seks oral untuk memuaskan
pasangan saya. Kadangkala saya tertelan cecair yang dikeluarkan oleh faraj
pasangan saya ketika dia terangsang. Pasangan saya juga kerap tertelan air
mani saya. Adakah ini akan memudaratkan saya dan pasangan saya?

SUAMI RISAU
Alor Star

Jawapan

Zakar yang bengkok atau melengkung ketika ereksi hanya menjadi masalah
apabila kebengkokannya menyukarkan lelaki melakukan hubungan seksual
penetratif dengan pasangan. Jika boleh masuk dan tidak memberi apa-apa
tekanan kepadanya atau pasangannya, perkara itu tidak perlu dirisaukan. Yang
menimbulkan masalah ialah pada peringkat awal keadaan biasa, tetapi
kelamaan kebengkokan menjadi ketara dan menyukarkan persetubuhan.

Waktu itulah mustahak untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebelum ini
rawatan ialah melalui pembedahan, tetapi kini ada cara mengunakan alat
penarik zakar atau andropenis.

Keberkesanannya ialah lebih 97 peratus. (Sila rujuk artikel dan alamat laman
web di atas). Bagaimanapun, dalam pasaran ada juga alat tiruan yang tiada
piawaian dan jika dipakai akan menjejaskan anggota sulit. Jadi jangan tertipu.

Seks oral hanya digalakkan kepada pasangan kelamin yang berkahwin.Ia bukan
seks luar tabii dan tiada halangan dalam pandangan Islam. Yang mustahak ialah
kedua-dua pasangan itu sudah berkahwin.

Memang ketika wanita itu terangsang farajnya akan mengeluarkan cecair


‘perahan’ mukosa faraj. Cecair ini mengandungi air, Vitamin C, Pyridines,
logam zinc, glycoprotein dan beberapa immunoglobins selain bakteria semula
jadi. Jika dia makan sesuatu yang berbau seperti petai, aroma dari petai pun
akan ada.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 169

UJIAN TENTU KESUBURAN

MASALAH kesuburan adalah masalah pasangan kelamin. Jangan berfikiran kolot


kononnya kesuburan isu sensitif dan perlu disembunyi.

Hakikatnya, masalah kesuburan perlu dikendalikan bersama. Pasangan harus


berjumpa doktor untuk bimbingan dan pemeriksaan.

Bimbingan doktor, termasuk maklumat mengenali waktu subur wanita dan


amalan hubungan kelamin untuk tujuan merancang mendapat anak, perlu
diberi perhatian dan difahami pasangan lelaki dan wanita.

Ini kerana, untuk mendapat anak, pasangan itu perlu melakukan hubungan
kelamin kerap pada waktu subur wanita, manakala wanita perlu pastikan air
mani tidak melimpah daripada faraj.

Berikutan itu, selepas bersetubuh, wanita perlu melegakan bukaan faraj supaya
air mani mendap ke dalam faraj. Wanita juga tidak bergerak, berjalan atau
mencuci kemaluan menggunakan bahan pelicin kerana bahan itu boleh
membunuh sperma.

Di samping menjelaskan perkara yang boleh meningkatkan kesuburan, ujian


asas untuk lelaki dan wanita perlu dilakukan. Ujian air mani mustahak untuk
lelaki dan jika normal, ujian susulan tidak perlu dilakukan.

Jika ujian air mani pertama tidak normal, ujian susulan perlu dilakukan dua
atau tiga minggu kemudian dengan sekurang-kurangnya tiga ujian untuk
meneliti profil dan corak sperma daripada segi bilangan, pergerakan dan rupa
bentuk benih.

Jika ada kekurangan, pemeriksaan fizikal dan ujian tahap hormon kesuburan
atau FSH (Follicular Stimulating Hormone) dilakukan untuk kepastian tahap
hormon berkenaan.

Jika kurang atau sebaliknya, rawatan khusus hormon FSH diberikan. Rawatan
lain termasuk rawatan dengan ubatan herba yang diuji keberkesanannya untuk
mengatasi kekurangan sperma.

Ubat herba seperti ‘Tribestan’ dan ekstrak Tongkat Ali seperti ‘Nu-Prep 75’
(sila rujuk www.drismailtambi.com) didapati berkesan untuk sebilangan lelaki.

Lelaki yang pernah mendapat anak tidak semestinya kekal kesuburannya.

Pemeriksaan awal untuk wanita ialah untuk mengenal pasti kemampuannya


menghasilkan ‘ova’ atau telur. Kini banyak kes wanita didapati mengalami
masalah telur tidak cukup membesar, walaupun dapat menghasilkan atau

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 170

‘merekrut’ banyak telur dalam sampul telur.

Masalah ini dikenali sebagai ‘PolyCystic Ovarian Disease’ dan wanita yang
mengalaminya mempunyai profil badan yang gempal dengan bulu roma lebat.

Jika wanita itu tiada masalah pengeluaran telur, pemeriksaan seterusnya


mengenal pasti salur telur dan rahim. Ujian dilakukan melalui x-ray yang
dikenali ‘Hysterosalpingography’. Pemeriksaan lain pembedahan kecil dikenali
‘Laparoskopi’. Alat teropong dimasukkan di bawah pusat ke dalam perut
melalui lubang kecil untuk meneliti anggota peranakan wanita dengan lebih
jelas.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 171

SERONOK MELAYANI SENDIRI SYAHWAT

Soalan

SAYA lelaki berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Soalan pertama ialah
hampir kebanyakan masa apabila kemaluan saya ‘naik’, ia hanya bertahan
kurang daripada lima minit. Perkara ini berlaku jika saya berfantasi mengenai
seks atau ketika menonoton filem lucah. Adakah tempoh lima minit ini tempoh
normal dan apakah cara untuk bertahan lebih daripada itu?

Soalan kedua, saya melancap sekurang-kurangnya satu atau dua kali sehari
untuk tempoh empat dan lima kali dalam seminggu. Adakah ini terlalu banyak?
Soalan terakhir saya ialah, sejak kebelakangan ini apabila saya menahan diri
daripada melancap selama enam hingga 10 hari dan apabila saya berfantasikan
mengenai seks, air mani saya terpancut dengan sendiri. Mengapa ia berlaku?

MUTHU
KL

Jawapan

APABILA seseorang lelaki terangsang, sama ada ketika dia menonton video
lucah atau berkhayal mengenai seks, sistem kawalan syahwatnya terangsang
dan pengaliran darah ke anggota sulitnya menjadi lancar dengan kemasukan
darah yang banyak sehingga dia mencapai ereksi.

Apabila rangsangan itu lega, ereksinya juga menurun, kecuali jika rangsangan
itu kembali maka dia akan mencapai ereksi sekali lagi. Ini perubahan semula
jadi dan bukan penyakit. Adalah perkara biasa untuk lelaki baligh mencapai
ereksi secara spontan dan lebih lagi jika dia berkhayal mengenai seks. Apabila
dia menyentuh anggota sulitnya untuk menyahut rangsangan itu, dia akan
mencapai klimaks rangsangan dengan ejakulasi air mani.

Merangsang secara sendiri dikenali sebagai melancap. Jika melakukannya


kerap, anda mudah letih kerana perbuatan ini menggunakan banyak tenaga.
Bagaimanapun, jika selesa dan tidak berasa letih, seseorang itu boleh
lakukannya mengikut cita rasanya.

Perkara biasa untuk lelaki yang terangsang mencapai klimaks mental, iaitu
tidak perlu rangsang anggota sulitnya secara fizikal. Jika dia amalkan begini,
dia mudah mencapai klimaks walaupun tidak menyentuh dirinya atau
pasangannya kemudian hari. Ini tentu akan mengecewakan pasangannya. Jadi
baik hentikan amalan merangang secara mental.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 172

TEKANAN KETIKA BERSAMA ISTERI

Soalan

SAYA berusia 27 tahun dan berkahwin setahun lapan bulan. Masalah saya ialah
zakar sukar menegang. Ada masanya saya langsung tidak mendapat ereksi
ketika hendak melakukan seks atau lebih dikenali sebagai Erection
Dysfunctional atau ‘ED’. Saya sangat kecewa dan runsing. Saya terbaca ia
disebabkan tekanan apabila hendak bersama isteri. Bolehkah saya rujuk
masalah di klinik biasa? Apakah nama ubat di pasaran dan bolehkah saya terus
membelinya di farmasi biasa?

YANG BIMBANG
Pandan Jaya, KL

Jawapan

APABILA lelaki terangsang, pengaliran darah ke dalam otot zakar berjalan


lancar dan dalam sekelip mata ereksi berlaku. Kekuatan ereksi lebih terserlah
apabila lelaki itu kemut atau mencengkam otot pembukaan lubang najis dan
otot lantai pelvis. Ereksi menjadi lebih mantap, menegak dan zakar kelihatan
lebih terangkat.

Kemutan kuat memberi tenaga sebanyak sekilogram kepada zakar. Lelaki muda
seperti anda tiada masalah untuk melakukan kemutan kerana otot lantai pelvis
kuat dan mantap. Namun, anda perlu melakukannya setiap kali anda melakukan
hubungan kelamin dengan pasangan.

Saya cadangkan anda lakukan senaman kemut itu dan yakin yang anda sihat dan
mampu berintim dengan pasangan.

Gunakan krim ‘Virile’ yang boleh didapati dari mana-mana farmasi selepas
mandi. Gunakan sekali sehari. Makan suplement herba Nu-Prep 75
(www.drismailtambi.com). sehari sekali. Jika dalam masa beberapa minggu
tiada apa-apa perubahan, anda boleh jumpa doktor untuk mendapat rawatan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 173

USAH SALAH ANGGAP

RAMAI lelaki yang beranggapan alat kelamin mereka sebagai ‘senjata’ ketika
mengadakan hubungan seks. Ia sebenarnya salah kerana alat kelamin juga perlu
dibelai dan dijaga seperti organ yang lain dan bukan hanya sekadar organ
pemuas nafsu.

Ini kerana anggota kelamin lelaki mempunyai dua fungsi. Pertama, sebagai
organ untuk saluran keluar kencing dan kedua sebagai organ seksual yang mana
ketika ereksi ia akan disalurkan ke dalam anggota seksual wanita untuk
menyalurkan air mani.

Tidak dinafikan yang fungsi kedua alat kelamin lelaki cukup mustahak.
Bayangkan keadaan jika alat kelamin lelaki itu bermasalah sama ada berbentuk
kecil atau cacat. Sudah tentu fungsi utamanya terancam.

Malah, masalah itu akan menyebabkan seseorang lelaki berasa kurang


keyakinan diri, rendah diri dan tertekan sehingga selagi dia tidak dapat
menyelesaikan masalah berkenaan dia akan menderita di dalam diam.

Ini kerana alat kelamin adalah satu-satunya identiti kelelakian yang cukup
mustahak, justeru, mereka harus memahami organ itu dengan baik. Sama
seperti fungsinya, alat kelamin lelaki ada dua bahagian, iaitu anggota luar dan
dalam.

Anggota seksual luar ialah zakar, kerandut buah zakar dan kandungan dalam
kerandut iaitu sepasang buah zakar manakala bahagian dalam pula
mengandungi pundi prostate, seminal dan cowpers serta liang otot
bulbocavernosa dan spongiosa selain otot lantai pelvis yang menjadi benteng
otot zakar.

Apabila lelaki terangsang, kemasukan darah dalam otot zakar meningkat dan
apabila ereksi berlaku zakar yang kelihatan kecil akan memanjang dan
membesar apabila darah mula memasuki liang ototnya.

Tahap ereksi boleh ditingkatkan dengan lelaki itu mencengkam otot lantai
pelvis (otot kemutan) yang menjadi benteng pangkal zakar kerana dengan cara
sedemikian, zakar menjadi padat dan keras dan sesuai untuk dimasukkan ke
dalam salur faraj ketika hendak melakukan persetubahan penetratif.

Apabila saiz zakar tidak padat atau kecil memang sukar untuk disalurkan ke
dalam faraj. Selain masalah zakar kecil, zakar yang bengkok juga boleh
menimbulkan masalah walaupun ukurannya normal (zakar ukuran panjang
normal 10-14 sm/ukur lilit 9-13 sm).

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 174

Kini masalah zakar kecil dan bengkok dapat diatasi tanpa pembedahan. Alat
penarik otot zakar atau ‘penile extender’ saperti Andropenis dapat membantu
dan maklumat mengenainya dalam laman www.andromedical.com.

Ada juga zakar yang tertarik ke bawah akibat cantuman dan tarikan kulit
antara zakar dan kerandut selain masalah zakar cacat yang mana pembukaan
lubang kencing tidak terbuka di penghujung zakar, tetapi di bawah batang
(hypospadias) atau di atas batang (epispadias) membuatkan zakar kelihatan
luar biasa dan sukar untuk disalurkan ke dalam faraj.

Alat kelamin bermasalah akan menjadi isu apabila seseorang lelaki itu berdiam
diri dan tidak merujuk kepada pakar. Ini kerana lagi cepat dia merujuk kepada
doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan, lebih cepat
keadaannya akan menjadi sempurna dan kehidupannya sebagai lelaki terjamin.

Kini rawatan moden dan selamat ada. Justeru, tidak perlu mendapat rawatan
daripada mereka yang tidak bertauliah. Jangan cuba rawatan yang berbahaya
seperti mendapat suntikan silikon atau minyak cendana ke dalam kulit zakar
yang dilakukan oleh ‘pakar’ tidak bertauliah kerana kaedah ini akan
mencacatkan zakar apabila kulit mengeras dan menebal.

Kulit zakar jenis yang lembut dan tidak berlemak sekali gus ia mudah melebar
dan meluas. Sekiranya kering atau nipis kulit itu tidak mudah meluas dan boleh
menyakitkan.

Kelembapan kulit berkurangan jika kulit zakar dicuci sabun biasa. Lebih baik
untuk menggunakan sabun pelembap. Kegebuan dan kemantapan kulit dapat
ditingkatkan dengan menggunakan pelembab yang diperkaya nutrien dan
herba.

Baru-baru ini, krim pelembap kulit zakar ‘Virile’ diuji dan didapati sesuai untuk
penjagaan kesihatan kulit dan tisu dalaman. Krim ini boleh dipakai selepas
mandi dan disapu dari hujung hingga ke pangkal zakar. Ia boleh dibeli di
farmasi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 175

REMAJA AKUI TABIAT BURUK

Soalan

DOKTOR, saya berusia belasan tahun dan sering melakukan onani dengan dalam
sehari paling kurang tiga kali. Apakah tabiat buruk saya ini akan mendatangkan
kesan serius kepada alat kelamin saya? Saya cuba untuk berhenti tetapi gagal.
Tidak adakah kajian secara saintifik usaha untuk membuatkan seseorang itu
berhenti melakukan onani. Dan saya juga mempunyai tahi lalat di pundi
kencing berdekatan dengan zakar. Apakah tandanya?

JOE,
Kedah.

Jawapan

KEBANYAKAN daripada maklumat yang terdapat di internet mengenai onani


ialah ia satu salur untuk melepaskan perasaan atau tekanan syahwat supaya
tidak terjebak dengan seks rambang yang memberi risiko yang tinggi seperti
penyakit kelamin, HIV/Aids.

Bagaimanapun, selain daripada onani ada banyak lagi cara alternatif yang lebih
sihat untuk menangani perasaan dan tekanan syahwat seperti bersosial dan
berekreasi selain bersukan dan berkomunikasi dengan rakan karib lelaki atau
perempuan.

Kajian mengenai amalan onani mendapati ia ada kebaikan dan keburukannya.


Daripada sudut kebaikan, ia dapat melegakan tekanan atau perasaan syahwat
dan dapat mencegah daripada perbuatan maksiat (seperti melanggani pelacur
atau jenayah merogol).

Yang menjadi masalah ialah apabila onani ini menjadi ketagihan. Ini kerana ada
antara pengamal tidak dapat menghentikannya walaupun telah berpasangan.

Adakalanya amalan ini mengakibatkan pengamal lebih seronok dengan


perbuatan dan teknik onaninya dan dapat mencapai kepuasan tersendiri
sehingga dia tidak dapat mencapai tahap klimaks yang sama dengan
pasangannya.

Jika ini berlaku, seseorang lelaki atau wanita itu mengalami masalah yang
dikenali sebagai ‘Traumatic Mansturbatory Syndrome’.

Kajian juga mendapati yang onani boleh menyebabkan masalah DE atau


ketidakfungsi erektil kerana kerosakan kepada urat saraf dan salur darah selain
kerosakan otot dan struktur dalaman zakar akibat deraan yang dilakukan
kepada anggota sulit yang sensitif itu.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 176

Dalam apa juga yang kita buat kita perlu mengamalkan perbuatan yang
sederhana dan dengan cara yang sedemikian kita mampu mengawal kesihatan
kita dengan lebih sempurna. Ini termasuk menjauhi amalan onani.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 177

BAYI ALAMI ANGIN PASANG

Soalan

SAYA mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia dua bulan. Baru-baru
ini saya membawa anak saya pergi ke klinik untuk suntikan tetapi doktor
mendapati anak saya terkena angin pasang dan hujung zakarnya senget.

Apakah yang perlu saya lakukan dan apakah risiko kepada anak saya apabila
dewasa nanti. Bolehkah saya membawa anak saya pergi berurut secara
tradisional. Untuk pengetahuan doktor anak saya tidak mempunyai masalah
ketika membuang air kecil.

AZLINA,
Pantai DAlam.

Jawapan

ANGIN pasang memang mudah kelihatan kepada bayi lelaki jika bayi itu
menangis atau minum. Bagi bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh
kelahiran yang sepatutnya, angin pasang juga boleh kelihatan kepada pusat.

Apabila bayi ini membesar dan ketumbesaran berlaku ‘angin pasang’ itu akan
kurang kelihatan dan adakalanya tiada sama sekali. Saya syorkan puan merujuk
kepada pakar bedah bayi (paediatric surgeon) untuk menjalani pemeriksaan
apabila angin pasang bayi masih kekal selepas dua tahun kerana kebanyakan
angin pasang akan hilang dalam masa dua tahun. Jika angin pasangan itu
kelihatan lebih jelas dan membesar, jangan tunggu untuk membawanya ke
pakar bedah pediatrik.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 178

SENAMAN KEMUT

NAMA senaman kemut mungkin agak melucukan. Namun, di dalam kesihatan,


senaman ini mempunyai banyak khasiat untuk organ seksual sama ada lelaki
atau wanita.

Senaman kemut membabitkan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan


lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah seperti mahu menahan
kencing atau air besar dan ia harus dilakukan serentak.

Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang


selesa akan berlaku dengan lelaki akan berasa lubang najis tersempal dan jika
membuang air besar akan mengalami sembelit.

Bagi mereka yang ada buasir pula penyakit itu menjadi ketara dan menyakitkan
tetapi sebaliknya kepada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan
berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan.

Bagaimanapun, jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu


kurang atau tiada.

Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki ialah dengan merapatkan kedua-
dua pehanya dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus
dengan padat serta tahan nafas seketika antara 3-5 saat sebelum legakan
kemutan dan ulangi sehingga 10 kali.

Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali. Ketika melakukan
senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa
termasuk sudah membuang air besar dan kecil.

Antara khasiat senaman kemut ialah dapat membina otot benteng pangkal
zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal
zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan sekali gus
menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar
kelihatan besar di depan.

Untuk wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj
sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika
wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin
keluar dan masuk.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 179

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan


membantu mengintimkan hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan
aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.

Senaman kemut tidak akan dapat membina zakar menjadi panjang atau besar
seperti mana yang dipaparkan dalam internet yang mendakwa kaedah
pembesaran zakar dengan cara senaman kemut yang kononnya amalan orang
Arab.

Yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar
yang sedang ereksi itu dikemutkan akan mudah bergerak dengan lancar di
dalam faraj.

Malah, mengemut juga mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah
posisi sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot
zakar.

Selain itu, jika menggerakkan zakar dilakukan ke dalam faraj dengan keadaan
lelaki itu sedang mengemut, pasangan akan dapat merasai nikmat yang lebih
dan mudah mencapai klimaks.

Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan
senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi sehingga ke liang lahad!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 180

PESAKIT KENCING MANIS BERONANI

Soalan

Saya berusia 34 tahun dan belum berumah tangga. Sejak kebelakangan ini, saya
selalu mengalami senak. Saya dapati buah zakar saya punyai benjolan pada
uratnya dan apabila ditekan sakit senak akan bertambah. Saya akui untuk
melepaskan tekanan seksual saya sekali sekala beronani dan dapati pancutan
air mani saya sekarang semakin berkurangan. Adakah saya bermasalah varikosel
kerana saya juga seorang pesakit kencing manis tahap II. Saya juga obesiti serta
mempunyai ‘varikos vein’ di kaki kanan saya.

Insan Risau | Sepang.

Jawapan

Lelaki yang menghidap penyakit kencing manis mengalami pelbagai cabaran


kesihatan jika penyakitnya itu tidak dapat terkawal. Penyakit ini berlaku akibat
kekurangan hormon insulin yang mustahak untuk metabolisma glukosa.
Adakalanya penyakit ini berlaku kerana sel tidak respon atau sudah lali dengan
hormon insulin (Diabetic Type ll).

Jika ini berlaku terdapat beberapa herba yang dapat merangsangkan sel untuk
berinteraksi dengan insulin dan secara langsung akan mengakibatkan glukosa
rendah seketika. Namun, herba ini tidak dapat bertindak balas untuk jangka
masa panjang dan kadangkala tidak berkesan.

Sehubungan itu, herba saja tidak mencukupi kerana ubat doktor juga perlu
dimakan mengikut nasihat. Lelaki yang menghidap kencing manis dan kebetulan
mempunyai badan yang obesiti (gemuk) akan dapati kesihatannya amat
tertekan. Dia mudah letih dan lesu dan tahap rangsangannya juga tidak seperti
muda dan amat menurun.

Ereksi mungkin tidak padat dan jika bersetubuh atau onani akan cepat klimaks
dan air mani yang keluar pun tidak memancut tetapi meleleh kebanyakan kali.
Buah zakar jika dipicit akan rasa senak dan benjolan yang terasa itu ialah
sebahagian daripada buah zakar. Varikosel atau pembuloh darah yang
berpuntal itu biasa terasa di buah zakar kiri.

Jika buah zakar itu lembik kemungkinan kilang terencat. Ini hanya dapat
dikenal pasti doktor manakala ujian air mani sekiranya sperma bermasalah.
Anda boleh jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan seksual anda dan
jangan tunggu lama untuk berkahwin. Mungkin dengan pasangan, kehidupan
anda lebih ceria.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 181

PENING KEPALA KETIKA SENGGAMA

Soalan

Setiap kali selepas ejakulasi ketika melakukan seks, tiba-tiba kepala saya
menjadi pening yang amat sangat seperti kena migrain. Masalah ini terjadi
baru-baru ini dan berulang beberapa kali. Sebelum ini tidak ada masalah
walaupun saya boleh dikatakan kerap melakukan hubungan seks.

FARHAN | Kajang.

Jawapan

Segelintir lelaki dan wanita mengalami pening kepala ketika hendak klimaks
atau sedang klimaks manakala sesetengahnya selepas klimaks. Serangan
kebiasaannya lebih pada kepada lelaki. Ini terbukti kadar serangan ke atas
lelaki empat kali lebih tinggi daripada wanita.

Namun, apa yang penting ialah untuk memastikan pening kepala itu bukan
suatu penyakit tetapi kesan klimaks. Adalah biasa untuk darah berjalan lancar
ketika mengalami rangsangan seksual tetapi kadangkala kelancaran darah itu
mengakibatkan perasaan tegang di kepala. Ia lebih dikenali sebagai pening
kepala akibat tekanan.

Ketika klimaks, perjalanan darah memuncak dan ketika itu pening kepala boleh
berlaku. Selepas klimaks tekanan darah akan menjadi rendah dan ini juga boleh
mengakibatkan tekanan kepada otot kepala dan pening kepala.

Jika benar pening kepala itu akibat klimaks syahwat mungkin sebelum
melakukan hubungan seksual, ubat yang dapat melegakan tekanan diambil.

Anda juga boleh mengambil pil tahan sakit kepala setengah jam sebelum
bersetubuh jika sakit kepala ketika klimaks. Jika perkara ini kerap berlaku anda
perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 182

SAIZ TIDAK PENTING

Kaedah somatotherapy menyebabkan zakar membesar sehingga sakit

RAMAI masih berfikiran saiz zakar penting dalam hubungan seksual. Keadaan itu
diburukkan lagi akibat keghairahan menonton filem lucah Barat, sekali gus
menimbulkan rasa rendah diri dengan saiz zakar sendiri.

Lebih malang lagi ialah, rasa kurang keyakinan diri itu memberi implikasi besar
kepada ‘prestasi’ seseorang lelaki ketika melakukan hubungan seksual,
terutama terhadap daya kekuatan ereksi dan ketahanan sebelum ejakulasi.

Sebenarnya, tidak benar anggapan bahawa seseorang lelaki dapat memberi


lebih kepuasan kepada wanita jika zakarnya lebih besar kerana dalam banyak
keadaan, saiz terlalu besar akan ‘menyakitkan’ pasangan mereka.

Perlu diingatkan yang saiz zakar lelaki Asia berukuran antara 9-14 sentimeter
(sm) ketika ereksi dengan ukur lilitnya antara 9-13 sm.

Faraj wanita pula kedalamannya antara enam hingga sembilan sm dan lebarnya
satu sm, tetapi jika melegakan kemutan, faraj boleh meluas antara dua hingga
tiga kali ganda atau lebih.

Jadi anda mempunyai ukuran ereksi 10 sm, ia lebih daripada mencukupi kerana
didapati lelaki yang mempunyai pasangan tetap atau sudah berumah tangga
serta kerap melakukan hubungan seksual akan mendapati ereksi menjadi lebih
mantap dan kadangkala melebihi saiz biasanya sebanyak satu hingga dua sm.

Tidak dinafikan memiliki zakar kecil sememangnya isu sensitif bagi kebanyakan
lelaki. Namun, hakikatnya hanya zakar kurang daripada enam sentimeter
menghadapi kesukaran untuk dimasukkan ke dalam faraj serta menyalurkan air
mani.

Malah, zakar berukuran sembilan sentimeter sekalipun hanya terhad untuk


melakukan persetubuhan dengan si lelaki di posisi atas.

Justeru, tidak menghairankan jika lelaki yang mempunyai zakar kecil lebih
mudah terpengaruh dengan segala rawatan atau teknik yang dipaparkan dalam
internet untuk membesarkan zakar.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa mengurut, menggantung benda berat


kepada zakar, mengepam atau menarik zakar dengan peralatan tidak standard
boleh merosakkan zakar kerana ia organ vaskular dan lembut serta mudah rosak
atau tercedera.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 183

Saya pernah mengendalikan kes beberapa lelaki yang menjalani kaedah


‘somatotherapy’ iaitu suntikan vitamin C ke dalam lemak dan otot zakar.

Kesannya, zakar mereka radang dan membesar hingga membuatkan mereka


merana kesakitan.

Kesudahannya, zakar mereka besar dalam keadaan menggerutu dan


mengembung sehingga tidak dapat melakukan hubungan seks langsung. Besar
tidak semestinya boleh digunakan!

Kajian menunjukkan alat penarik zakar yang mempunyai piawaian bernama


Andropenis dapat membantu menambah saiz zakar antara dua hingga lima
sentimeter dalam masa empat hingga enam bulan penggunaannya.

Alat ini mesra pengguna dan perlu dipakai selama 9 hingga 10 jam setiap hari.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 184

BENJOL, BINTIK BIASA

Soalan

SAYA menghadapi masalah gatal di sekitar bahagian sulit. Ia menjadi sangat


gatal pada waktu malam. Ini menjadikan saya kurang selesa ketika melakukan
hubungan seks dengan isteri. Di kawasan scrotum dan zakar ada beberapa bisul
kecil, manakala kepala serta sekeliling gelang kepala pula ada bintik merah
yang sangat kecil.

Adakah ini sejenis penyakit kelamin (STD)? Sejak kebelakangan ini juga nafsu
saya menurun, sekali gus membuatkan saya risau kerana tidak dapat
menjalankan tugas sebagai suami. Selain itu, di hujung buah zakar ada dua
benjolan, menjadikannya kelihatan tidak seimbang. Untuk pengetahuan doktor,
saya sudah berkahwin empat bulan tetapi belum ada tanda isteri saya hamil.

FAIZ
Kedah

Jawapan

Penyakit kelamin jarang berlaku dalam hubungan suami isteri jika pasangan itu
setia. Justeru, gejala di sekitar anggota kelamin anda tiada kaitan dengan
penyakit kelamin. Kemungkinan kegatalan itu akibat jangkitan kulat.

Apabila kulit radang, akan ada bintik kepada kulit seolah-olah macam jerawat
atau bisul kecil yang sebenarnya pundi minyak yang salurnya terkandas. Bintik
merah di sekeliling kepala zakar ialah ‘papili’ atau bintik kulit akibat
keradangan bahagian itu. Kadangkala kekeringan menyebabkannya kelihatan
begitu.

Jika bahagian itu disapu krim pelembap, lama-kelamaan, ia jadi biasa.


Mengenai benjolan di bawah buah zakar, ia gelembung semula jadi pada buah
zakar. Ini bukan penyakit.

Jika benjolan itu hanya terasa baru-baru ini, perkara itu perlu dirujuk kepada
doktor. Jika benjolan itu sudah lama, ia biasa dan bukan penyakit. Mengenai
kedudukan buah zakar, sememangnya ia tidak seimbang. Malah, sebahagian
besar lelaki mempunyai buah zakar kiri sedikit ke bawah daripada yang kanan.
Kurang satu peratus buah zakar berkedudukan seimbang dan yang lainnya buah
zakar kanan lebih ke bawah daripada yang kiri.

Semua perkara yang anda nyatakan nampaknya perubahan biasa kecuali


kegatalan itu, yang mana anda perlu mendapat rawatan doktor.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 185

Mengenai zuriat pula, jika dalam masa setahun tiada apa-apa, elok anda dan
isteri berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 186

ELAK AKTIVITI SMS CETUS SYAHWAT

Soalan

SAYA mudah terangsang apabila hari larut malam, termasuk ketika


bermainkhidmat pesanan ringkas (SMS) dengan rakan wanita.

Adakah ini normal atau saya menghadapi masalah seksual. Bolehkah doktor
bantu saya?

JEJAKA RISAU
Perak

Jawapan

Apabila seseorang itu bersedia menghayati keseronokan seksual dan dia


memulakan aktiviti itu, sama ada melakuan sentuhan atau berinteraksi melalui
telefon atau SMS, mindanya akan terangsang.

Jika meneruskan aktiviti itu secara serius, dia akan dapati dia boleh mencapai
klimaks dengan cara berkenaan, walaupun tanpa sentuhan fizikal. Sebenarnya
dia mengecapi ‘mental klimaks’ akibat rangsangan seks secara mental.

Masalah yang boleh berlaku ialah, apabila seronok dengan cara itu dan hanya
boleh klimaks dengan cara berkenaan, dia akan mendapati cara lain seperti
sentuhan fizikal tidak akan memberi keseronokan syahwat kepadanya, kecuali
jika dia memasukkan adegan SMS.

Sehubungan itu, ketika hendak bersetubuh dengan pasangannya, dia perlukan


cetusan perasaan syahwat daripada SMS dan pasangannya terpaksa melayani
SMS dia dulu, walaupun ketika itu berdepan dengannya.

Ini kerana tanpa cetusan SMS itu, semuanya tidak akan menjadi.Saya pernah
mengendalikan kes seperti ini. Saya harap anda kurangkan aktiviti ini dan
lebihkan adegan realiti daripada virtual realiti.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 187

TERANGSANG NORMAL

Lelaki bekemampuan mencapai ereksi secara sepontan 20 hingga 30 kali sehari

EREKSI atau ketegangan zakar adalah fenomena semula jadi untuk lelaki.
Malah, ereksi boleh berlaku kepada bayi lelaki yang masih dalam perut ibu
seawal tiga bulan pembentukannya.

Tindak balas ereksi dipengaruhi hormon ‘testosterone’ yang mana tahapnya


tinggi ketika bayi lelaki masih dalam perut ibu hinggalah selepas dilahirkan dan
waktu peringkat awal baligh. Namun, tahap hormon itu dalam keadaan
kemuncak ketika usia antara 15 hingga 25 tahun.

Ereksi juga boleh berlaku apabila seseorang lelaki terangsang dan juga apabila
zakarnya tersentuh. Kajian rambang mendapati, lelaki berkemampuan
mencapai ereksi secara spontan sebanyak 20 hingga 30 kali sehari dan waktu
ereksi antara beberapa saat sehingga beberapa minit dan lebih jika ereksi itu
akibat terangsang.

Sehubungan itu, jangan hairan jika ereksi kerap berlaku kerana ini petanda
sistem syahwat lelaki itu berfungsi secara normal. Jika tiada ereksi langsung,
walaupun mencapai baligh, menghadirkan kemungkinan lelaki itu mengalami
mati pucuk prima.

Malah, fenomena ereksi ialah petanda mutlak lelaki itu berkemampuan


menggunakan zakarnya untuk disalurkan ke dalam faraj.

Bagaimanapun, lelaki itu perlu mengawal ereksi supaya dapat menggunakannya


untuk tujuan berkenaan, yang mana kemahiran itu akan didapati apabila
seseorang lelaki mendapat pengalaman sebaik-baiknya melalui hubungan
kelamin dengan pasangan bergelar isteri.

Lelaki yang sihat berkemampuan mencapai ereksi apabila dia ada keinginan
untuk bersetubuh atau hendakkan keseronokan syahwat.

Dia boleh terangsang melalui rangsangan mental (dengan membayangkan


perkara yang mencetuskan rangsangan seksual seperti berfantasikan dia
berasmara dengan biduanita atau model seksi) atau melalui apa yang dia lihat
seperti tubuh wanita bogel atau terdedah (rangsangan penglihatan) atau
terangsang dengan apa didengari seperti suara wanita dalam keadaan ghairah
atau berbual lucah (rangsangan pendengaran).

Yang terakhir, seseorang boleh terangsang dengan apa yang dia hidu seperti
bau minyak wangi wanita yang tertentu atau bau peluh wanita (rangsangan
olfaktori atau bauan).

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 188

Ada juga lelaki mencapai kemuncak rangsang dalam situasi tertentu seperti
melihat wanita memakai baju dalam berwarna merah atau kemaluan wanita
yang dicukur bulu romanya.

Warna merah melambangkan kehangatan dan tentu menyampaikan maksud


kepada minda lelaki atau wanita yang mudah terangsang kepada warna
berkenaan.

Ada warna lain yang juga memberi maksud keghairahan kepada pemakai dan
yang melihat. Apabila ia berlaku, pasangan bekenaan dapat apa yang mereka
hajatkan dalam hubungan seksual.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 189

BENGKOK JEJAS TISU OTOT

JIKA istilah mati pucuk dikaitkan dengan kegagalan lelaki mencapai ereksi,
‘batang patah’ pula dikaitkan dengan zakar yang dalam keadaan ereksi ‘patah’
ketika melakukan hubungan seksual.

Tulang patah pasti bukan luar biasa kepada kita, tetapi perlu diingatkan yang
zakar tidak bertulang pun boleh cedera atau patah.

Kes zakar patah atau ‘fracture’ boleh berlaku tetapi jarang dilaporkan kerana
jika ‘kepatahannya’ tidak ketara, tisu otot zakar boleh pulih dalam beberapa
hari saja.

Buat pengetahuan, zakar boleh patah ketika ereksi padat seperti terkena tindih
atau terhempap dengan benda berat, termasuk badan sendiri.

Biasanya ia berlaku ketika pasangan melakukan hubungan kelamin dengan


perempuan di atas dan dalam keadaan zakar yang ereksi ia terkeluar dan
apabila hendak dimasuk kembali ke dalam faraj tertindih oleh punggung
pasangannya yang diturunkan secara mendadak dan terlalu kuat.

Dalam kes di atas, zakar akan terkulai dan mula membengkak. Bahagian
bengkak itu akan kelihatan lebam akibat serapan darah bawah kulit.

Jika kecederaannya ringan, hanya dengan mendemah ais, bengkaknya akan


surut dan dalam seminggu keadaan zakar akan pulih kembali seperti biasa.

Namun, jika kecederaan ketara sehingga terdengar seperti bunyi benda patah,
kemungkinan bengkaknya menjadi ketara, kulit lebam dan kadangkala boleh
mengakibatkan salur kencing juga tercedera sehingga darah keluar dari salur
berkenaan.

Cara sama akan dilakukan iaitu mendemah bahagian bengkak dengan pek ais
dan pembedahan untuk melegakan kesan bengkak akan dilakukan dengan
takungan darah dalam otot dikeluarkan supaya otot tidak berparut dan
mengeras.

Salur kencing yang luka pula akan diperbetulkan dengan memasang tiub dan
bahagian terkoyak dicantumkan kembali melalui pembedahan plastik. Cara ini
untuk kes yang ketara saja.

Memang jarang zakar yang patah dibedah, kecuali jika kecederaannya ketara
dan ada darah beku dalam otot dan kecederaan kepada salur kencing.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 190

Komplikasi yang biasa berlaku akibat zakar patah ialah kemunculan parut yang
mengeras sehingga zakar bengkok ketika ereksi.

Jika ereksi terlalu bengkok, lelaki itu akan terasa sakit dan mendapati sukar
untuk menyalurkan ereksinya ke dalam salur reproduktif isterinya.

Kebengkokan zakar perlu dirawat supaya persetubuhan dapat dilakukan dengan


sempurna. Cara yang biasa dilakukan ialah pembedahan untuk membuang
ketulan tisu yang keras.

Cara itu sedikit sebanyak akan mengakibatkan zakar mengecil. Kaedah rawatan
terkini untuk lelaki yang mempunyai zakar bengkok akibat parut yang terjadi
akibat ‘patah’ mengunakan alat penarik otot zakar atau ‘penile extender’ yang
dikenali sebagai alat ‘andropenis’ (www.andromedical.com).

Alat itu dapat menarik liang otot zakar sambil meluruskan otot yang terbengkok
menjadi lurus dalam masa empat hingga enam bulan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 191

KERING, BERKUPING KERANA ALAHAN

Soalan

SAYA lelaki berusia 28 tahun dan berkahwin hampir setahun. Saya ada cahaya
mata yang baru berusia sebulan. Yang menimbulkan persoalan kepada saya
ialah apabila melakukan hubungan kelamin ketika kandungan isteri saya berusia
lima bulan ke atas. Selepas selesai melakukan hubungan itu, permukaan
kemaluan saya menjadi kering dan berkuping serta menggelupas. Apakah
masalah sebenar yang saya hadapi?

HAKIMY
Sungai Besi, Selangor

Jawapan

Alahan kulit permukaan anggota sulit boleh berlaku pada bila-bila masa. Ia
boleh berlaku akibat alahan kepada cecair faraj atau kesan jangkitan yis dalam
faraj dan merebak ke kulit zakar. Berkemungkinan juga kulit zakar mengalami
perubahan kulit akibat penyakit kulit yang dialami lelaki terbabit.

Kulit zakar jenis kulit lembut dan tidak berkuping. Jika ia berlaku,
kemungkinan disebabkan tindak balas keradangan kulit akibat jangkitan atau
alahan yang dijelaskan tadi. Jangan teragak-agak berjumpa pakar sakit kulit.
Jika masalah itu akibat alahan kepada cecair faraj, ubat kawalan alahan dapat
membantu. Bagaimanapun, jika alahan berlaku akibat terdedah dengan
jangkitan dalam faraj, apabila jangkitan itu tiada lagi, masalah kulit akan
berkurangan atau tidak lagi berlaku. Dapatkan bantuan doktor kulit untuk
masalah anda itu.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 192

BULU ROMA DI PANGKAL ZAKAR

Soalan

SAYA berusia 25 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga. Masalah saya ialah
zakar yang berbulu. Keadaan ini menyebabkan isteri saya kurang selesa kerana
menimbulkan kesakitan pada alat sulitnya ketika melakukan hubungan seksual.
Bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah saya?

AKRAM
Perlis

Jawapan

Ada lelaki yang mempunyai bulu roma di sekitar kulit permulaan atau pangkal
zakar. Ini berlaku secara semula jadi dan paling biasa berlaku kepada lelaki
keturunan India, Pakistan atau Arab, walaupun ada juga kes di kalangan lelaki
bangsa lain. Ada juga keadaan yang mana kulit bahagian tundun tertarik ketika
ereksi berlaku sehingga memenuhi setengah atau satu inci pangkal zakar dan
menyebabkan pangkal zakar berbulu dan boleh memberi perasaan kurang
selesa kepada pasangan perempuan ketika bersetubuh. Situasi ini mungkin
berlaku apabila ketika berkhatan, kulit kulop zakar terpotong berlebihan
sehingga kulit tundun tertarik ke pangkal zakar ketika ereksi.

Cara yang baik untuk mengelakkan keadaan tidak selesa itu ialah untuk lelaki
berkenaan mencukur bulu roma setiap hari sambil menyapu krim pelembap
supaya kulit tidak menggerutu. Cara lain seperti memotong kulit dan menampal
kulit tanpa bulu roma boleh juga dilakukan, tetapi jika boleh dielakkan lagi
baik kerana jenis kulit yang berbeza dan juga kemungkinan kerosakan urat
saraf.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 193

SENTUHAN INTIM

SENTUHAN adalah satu keajaiban yang dianugerahkan Tuhan kepada makhluk-


Nya yang mana melalui sentuhan, dua individu dapat berinteraksi dan
berkomunikasi.

Ada pelbagai jenis sentuhan seperti sentuhan kasih-sayang antara ibu bapa dan
anak, sentuhan muhibah antara rakan serta sentuhan emosi untuk memberi
perangsang atau melahirkan rasa simpati.

Ada juga sentuhan yang merangsangkan. Ini ialah sentuhan intim yang
mencetuskan perasaan syahwat yang bergelora dan memberi nikmat apabila
mana-mana pasangan bersentuhan dan berinteraksi secara intim, walaupun
tiada hubungan seksual penetrasi.

Hubungan seksual intim mustahak sebagai pengikat kasih sayang dan membina
kemesraan antara pasangan lelaki dan wanita serta memberi banyak manfaat
kepada sesuatu pasangan.

Apabila individu itu tidak lagi mendapat sentuhan, tiada lagi interaksi dan
keintiman.

Sentuhan keintiman seksual membabitkan sentuhan kepada anggota tubuh yang


merangsangkan syahwat, termasuk keseluruhan kulit, terutama di alat seksual
seperti kemaluan dan payu dara lelaki dan wanita.

Namun, ia tidak terhad di situ saja kerana bahagian lain juga berupaya
membangkitkan syahwat atau erotik seperti bibir, lidah, bahu, leher dan
kelengkang.

Perlu diingatkan yang hubungan intim seksual boleh berlaku tanpa memasukkan
zakar ke dalam faraj dan ini dikenali sebagai hubungan intim seksual tanpa
penetrasi dan jika berlaku penetrasi, hubungan itu dikenali sebagai bersetubuh
atau penetratif.

Untuk melakukan hubungan penetratif, sesuatu pasangan itu perlu mempunyai


fungsi anggota seksual sihat yang memudahkan hubungan penetratif dilakukan
dengan selesa. Jika ereksi zakar lelaki mencukupi, mudah untuk melakukan
penetrasi.

Dengan rawatan moden sedia ada, ereksi yang kurang mantap dapat
dimantapkan kembali.

Sebagai contoh, jika pembukaan faraj wanita sempit dan kering, hubungan
penetrasi yang sepatutnya menyeronokkan akan menjadi menyakitkan jika

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 194

terus dipaksa. Dengan kelembapan yang diperoleh daripada krim atau jeli
pelembab, masalah kesat dapat diatasi.

Jika hubungan seksual penetratif tidak dapat dilakukan atas sebab kesihatan,
hubungan keintiman masih dapat dilakukan berdasarkan keinginan pasangan
lelaki dan wanita kerana menyentuh serta menggesel anggota tubuh badan
tertentu dapat merangsang dan memberi keseronokan.

Tidak salah jika anggota kemaluan disentuh dan digesel, asalkan sampai hajat
untuk menikmati sentuhan intim syahwat.

Sentuhan memang satu hikmah yang kini semakin dilupai manusia. Sentuhan
memberi semangat dan perangsang syahwat untuk lelaki dan wanita yang
menginginkannya. Justeru, tiada sebab hubungan keintiman antara lelaki dan
wanita yang berumur tidak boleh dlakukan kerana jika tidak dapat melakukan
hubungan seksual penetratif, sentuhan tubuh badan dan belaian juga memberi
keseronokan sama.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 195

TUMBESARAN DIKAWAL HORMON TESTOSTERONE

Soalan

Mungkin benar kata orang, orang penakut kemaluannya kecil. Ini kerana saya
berasa cukup rendah diri. Ketika di asrama, rakan lain pakai tuala nampak
benjol, tetapi saya punya kecil sangat sehingga terasa macam ada kekurangan
yang cukup besar. Zakar saya sebelum ereksi cuma lima sentimeter (sm) dan
apabila ereksi 10sm. Adakah saiz zakar saya normal bagi seorang yang berusia
21 tahun? Satu lagi masalah saya ialah kencing tidak lawas. Apabila lepas
makan atau minum, terasa air kencing sudah di muncung zakar dan tidak boleh
ditahan lagi. Kalau berlaku pergerakan kasar, air kencing akan terus keluar.
Adakah ini ada kaitan dengan saiz zakar saya?

ZACK
Kajang

Jawapan

Tumbesaran anggota sulit sebenarnya dalam kawalan hormon testosterone dan


juga dalam pengaruh baka serta keturunan. Lelaki Asia mempunyai saiz zakar
yang sesuai untuk anggota sulit wanita Asia. Purata ukuran zakar ketika ereksi
untuk semua lelaki ialah di antara 9-16sm dan ukur lilit 9-15sm. Purata faraj
wanita, pembukaan dalam 2.5sm dan panjang corongnya antara 6-9sm.

Sesetengah lelaki mempunyai jenis zakar yang ketika tidak ereksi kelihatan
sangat kecil, tetapi apabila ereksi akan membesar antara dua hingga empat kali
ganda. Ada juga mereka yang mempunyai saiz zakar sama sebelum atau ketika
reksi. Ada juga lelaki yang mempunyai zakar yang tenggelam atau terbenam
dalam lemak tundun, tetapi memanjang ketika ereksi. Sehubungan itu, jangan
risau dengan saiz anda kerana 10sm itu adalah normal.

Perasaan keciciran titisan kencing selepas buang air kecil boleh berlaku dan ia
mungkin hanya perasaan atau tindak balas keradangan pundi kencing atau
tekanan kepada pundi prostat. Titisan air yang keluar itu bukan air kencing tapi
cecair daripada pundi ‘cowpers’ yang kebetulan terkeluar apabila lelaki itu
meneran atau mengemut berkali-kali setelah selesai kencing. Cecair ini bukan
najis. Masalah pundi prostat mudah berlaku kepada lelaki berumur dan jarang
berlaku kepada lelaki muda.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 196

MINYAK LINTAH ROSAKKAN KANDUNGAN

Soalan

Saya ingin kepastian berdasarkan pengetahuan/pendapat doktor mengenai


kesan penggunaan minyak lintah ketika melakukan hubungan seks dengan isteri
yang mengandung. Saya bimbang ia akan mendatangkan masalah daripada segi
kesihatan isteri dan anak yang dikandung.

ZAM
Kedah

Jawapan

Lintah mengandungi ‘hirudin’, enzim yang digunakan sebagai bahan pencair


darah beku jika ada masalah darah beku di dalam salur darah. Minyak bukan
bahan penghantaran sesuai untuk menyalurkan enzim berkenaan dan jika
minyak lintah digunakan untuk menyapu bagi tujuan membesarkan zakar,
kemungkinan cara itu tidak berkesan kerana ‘hirudin’ sebagai bahan mencair
darah beku dan bukan membesarkan tisu zakar. Kini banyak krim dan minyak
mengandungi lintah dijual melalui internet untuk tujuan membesarkan zakar.
Tiada kajian ia dapat membantu menambahkan saiz zakar. Mungkin
penggunaannya hanya perbuatan sia-sia.

Bersetubuh dengan mengunakan minyak lintah adalah perbuatan pelik jika faraj
wanita itu mudah lembap. Lagipun mengunakan minyak akan mengganggu
suasana faraj dan menyebabkan perubahan kepada penghuni kuman semula
jadi dalam faraj dan secara tidak langsung mengalakkan pembiakan kuman
‘patogen’ dan kulat membiak dalam faraj. Jika faraj kering, elok digunakan
bahan pelicin yang mudah larut dalam air dan yang tidak mengganggu penghuni
kuman semula jadi. Setahu saya, tiada apa yang baik daripada minyak lintah
untuk faraj. Sehubungan itu, jangan ulangi perbuatan itu kerana takut akan
menghapuskan penghuni kuman semula jadi faraj dan menyebabkan pembiakan
kuman dan kulat tidak sihat dalam faraj. Jika terjadi jangkitan, ini mungkin
berbahaya untuk kandungan!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 197

PELAYARAN MALAM PERTAMA

MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak


berpengalaman ‘bermain cinta’. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan
kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna
kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada
pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.

Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut atau ‘seriau’
dengan ‘pelayaran’ malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada
dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut
jejak langkah dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan
malam pertama berjalan lancar.

Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama
kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri
atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.

Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan


malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya
apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil
melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.

Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut


keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin
mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya
terpancut.

Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak


mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu
melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.

Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan
kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ‘penahan’ iaitu
selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.

Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan
sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan
mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke
dalam faraj.

Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan


menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj
kerana apabila sudah ‘mengenali’ sentuhan pertama itu, mereka akan rasa

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 198

yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa
mereka.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan


lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab
yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.

Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan
rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia
gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘mati pucuk malam pertama’. Perkara sama boleh
berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal
pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan
mencengkam tanpa kawalan yang dikenali ‘vaginismus’.

Kini, pasangan yang akan menempuhi malam pertama akan membuat


persediaan dan persiapan bersama dengan mendapat maklumat dan panduan
mengenai cara untuk melakukannya dalam bentuk cakera padat bertajuk:
‘Cinta, Perkahwinan dan Kesihatan Seksual’ yang ditulis oleh Dr Ismail Tambi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 199

AIR MANI MACAM JELI, BERKETUL

Soalan

SAYA berusia 23 tahun dan ingin tahu jika sperma keluar dalam bentuk seperti
jeli dan ketulan, adakah seorang lelaki itu akan menghidapi masalah mandul?
Atau adakah keadaan itu disebabkan penyakit?

ABONG
Klang

Jawapan

AIR mani mengandungi cecair daripada pundi prostat, pundi seminale, pundi
cowpers, pundi epididimis selain cecair pepundi salur kencing. Bahan dalam air
mani hanya kurang lima peratus sperma dan yang lain cecair mengandungi
pelbagai elemen seperti aboutonia; ascorbic acid; blood-group antigens;
calcium; chlorine; cholesterol; choline; citric acid; (DNA); creatine; fructose;
glutathione; hyaluronidase; inositol; lactic acid; magnesium; nitrogen;
phosphorus; potassium; purine; pyrimidine; pyruvic acid; sodium; sorbitol;
spermidine; spermine; urea; uric acid dan vitamin B12. Sperma dihasilkan oleh
buah zakar atau ‘testes’. Kandungan sperma hanya dua hingga lima peratus
daripada isi padu air mani, manakala 60 peratus lagi daripada pundi seminal
dan yang lainnya dihasilkan pundi prostat. Cecair daripada pundi prostat
mengandungi asid citric yang tinggi, selain asid phosphatase dan zinc. Ketulan
jeli datangnya daripada pundi cowpers dan pepundi salur kencing. Selain bahan
yang disenaraikan, ada beberapa lagi elemen dalam air mani seperti zat galian,
gula, lemak, hormon steroid, prostaglandin dan asid amino. Fructose dalam air
mani ialah bahan tenaga untuk sperma dan enzim l-carnitine dan bahan lain
mustahak untuk fungsi pergerakan sperma. Kandungan air mani mempunyai
zinc dan jika bahan ini kurang, sperma tidak aktif dan mempunyi ekor yang
terbengkok. Justeru, air mani yang dihasil lelaki memang berwarna kelabu dan
sedikit kekuningan dan adakalanya kelihatan bijian jeli. Ini normal kerana
kedudukan sperma hanya dapat ditinjau daripada ujian air mani melalui
mikroskop dan bukan dengan cara melihatnya begitu saja.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 200

PEDIH, CECAIR KERUH KELUAR SELEPAS ONANI

Soalan

SAYA penuntut 23 tahun. Baru-baru ini, saya ke klinik selepas pedih apabila
membuang air kecil yang mungkin akibat perbuatan saya melakukan onani
secara kasar beberapa hari sebelum itu. Sebelum berjumpa doktor, sejenis
cecair keluar dari kemaluan saya yang kelihatan keputihan dan berkeruh
sedikit. Sampel air kencing menunjukkan saya mengalami urine infection dan
doktor memberikan saya antibiotik, ubat lawas kencing dan penahan sakit. Saya
juga dinasihati meminum banyak air masak. Selepas beberapa hari,
pengeluaran cecair itu beransur kurang, cuma rasa pedih masih lagi sesekali
terasa, meskipun tidak seteruk minggu lalu.

HAIKAL
Melaka

Jawapan

RASA pedih ketika kencing sering dialami lelaki dan perempuan dan ini ada
kaitan dengan keradangan salur kencing. Keradangan ini boleh berlaku akibat
onani, geselan kepada anggota sulit, zakar untuk lelaki dan onani dalaman,
iaitu mengesel bahagian atas faraj berdekatan salur kencing untuk perempuan.
Apabila amalan tidak baik itu dihentikan, kelegaan akan berlaku. Rawatan yang
doktor berikan adalah memadai dan tentu akan mengambil masa untuk dapat
keselesaan.

Jika keradangan berkenaan sangat ketara. Jadi bersabar dan pada masa sama,
cuba elak beronani kerana jika salur kencing tercedera ia akan menjadi sempit.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘urethral stricture’ iaitu salur kencing menyempit
akibat parutan. Jika ini berlaku, tentu anda akan rasa sukar untuk buang air
kecil dengan selesa. Lelehan yang keluar daripada salur kencing itu ialah hasil
keradangan salur kencing. Apabila keradangan itu reda, lelehan itu akan reda
juga.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 201

ELAK DERITA DALAM DIAM

ANGGOTA kelamin lelaki atau zakar mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai
anggota untuk saluran keluar kencing dan tujuan hubungan seksual. Bayangkan
keadaan anggota seksual lelaki berbentuk kecil atau cacat, tentu fungsi
utamanya terancam.

Justeru, mereka yang berdepan masalah itu perlu segera berjumpa doktor
untuk rawatan.

Selain mempunyai dua fungsi, anggota seksual lelaki ada dua bahagian iaitu
anggota seksual bahagian luar dan bahagian dalam. Anggota seksual bahagian
luar membabitkan zakar, kerandut buah zakar dan kandungan dalam kerandut
iaitu sepasang buah zakar.

Anggota seksual bahagian dalam pula membabitkan pundi prostate, pundi


seminal, cowpers, liang otot bulbocavernosa dan spongiosa serta otot lantai
pelvis yang menjadi benteng otot zakar.

Apabila lelaki terangsang, kemasukan darah ke dalam otot zakar meningkat dan
ereksi berlaku. Zakar yang sebelum ereksi kelihatan kecil akan memanjang dan
membesar apabila darah mula memasuki liang ototnya.

Tahap ereksi boleh ditingkatkan dengan mencengkam otot lantai pelvis (otot
kemutan) yang menjadi benteng pangkal zakar. Dengan cara itu zakar menjadi
padat dan keras serta sesuai dimasukkan ke dalam salur faraj ketika melakukan
persetubuhan penetratif. Bagaimanapun, zakar yang tidak padat atau kecil
‘bermasalah’ untuk disalurkan ke dalam faraj.

Keadaan zakar kecil dikenali sebagai ‘micropenis’. Saiz ketika ereksi bagi zakar
seperti ini hanya enam sentimeter (sm) atau kurang. Namun, zakar berukuran
kurang sembilan sm turut berdepan masalah kerana ia mudah terlucut atau
terlepas ketika melakukan persetubuhan.

Begitupun, masalah zakar kecil dapat diatasi tanpa pembedahan. Alat penarik
otot zakar atau ‘penile extender’ saperti Andropenis dapat membantu dan
maklumat mengenainya ada dalam laman web www.andromedical.com.

Dalam pada itu, zakar yang bengkok juga boleh menimbulkan masalah,
walaupun ukurannya normal (10-14 sm/ukur lilit 9-13 sm). Masalah ini boleh
berlaku akibat penyakit Peyronie, selaput pembalut otot zakar mengeras atau
otot mengeras atau secara kebetulan zakar berkedudukan sebegitu apabila
tumbesaran liang otot kavernosa kiri dan kanan tidak seimbang. Masalah ini
juga boleh diatasi dengan alat Andropenis.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 202

Ada juga zakar yang tertarik ke bawah akibat cantuman dan tarikan kulit
antara zakar dan kerandut. Keaadan ini dikenali ‘web penis’ dan bagi
melegakan tarikan itu ialah memotong kulit cantuman yang menarik zakar ke
bawah.

Zakar dikategorikan cacat pula merujuk kepada zakar yang pembukaan lubang
kencing tidak terbuka di penghujung zakar, tetapi di bawah (hypospadias) atau
bahagian atas (epispadias). Ini membuatkan zakar kelihatan luar biasa dan
sukar disalurkan ke dalam faraj.

Isu anggota kelamin yang bermasalah tidak akan selesai jika ‘mangsa’ tidak
merujuk kepada doktor. Kini ada rawatan moden dan selamat. Jadi, tidak perlu
mendapat rawatan daripada mereka yang tidak bertauliah.

Jangan cuba rawatan berbahaya seperti mendapat suntikan silikon atau minyak
cendana ke dalam kulit zakar yang dilakukan ‘pakar’ tidak bertauliah kerana
kaedah ini akan mencacatkan zakar apabila kulit mengeras dan menebal.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 203

ALAT SULIT BENGKOK

Soalan

Saya berusia 23 tahun dan akan berkahwin dalam masa terdekat. Pertama kali
saya berdiri di depan cermin dari pandangan sisi, saya menyedari kemaluan
saya membengkok ke bawah dengan sudut lebih kurang 30 darjah apabila
menegang.

Hasil maklumat di internet, saya dapati biasanya kemaluan lurus atau


membengkok sedikit ke atas. Masalah saya mungkin dikenali sebagai Peyronie’s
Disease. Seingat saya, sepanjang belajar di sekolah berasrama dulu, saya tidur
dengan memakai seluar dalam kerana malu. Apa yang boleh saya lakukan?

KHALIL
Seremban

Jawapan

Jarang lelaki meneliti anggota sulit. Mereka hanya menyentuh anggota sulit
ketika mandi untuk membersihnya atau menyentuhnya ketika inginkan
keseronokan dengan melakukan onani. Justeru, jika pemeriksaan anggota sulit
itu dilakukan untuk pertama kali, tentu macam-macam yang ‘tidak normal’
akan kelihatan. Dalam keadaan tidak ereksi, zakar kelihatan terjuntai jika ia
terkeluar.

Adakalanya zakar terbenam dalam tundun dan kelihatan kecil. Ini semua
kedudukan zakar yang tidak ereksi. Jika ereksi, zakar akan kelihatan terkeluar
dan untuk lelaki yang ereksinya panjang, penghujung zakar akan kendur ke
bawah.

Jika otot lantai pelvis (otot kemut yang mengawal pembukaan lubang najis dan
lubang kencing) dicengkam, ereksi akan kelihatan lebih padat dan zakar
kelihatan menegak.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 204

TERIMA ANUGERAH WANITA SEMPURNA

Soalan

Saya sudah berkahwin tetapi belum ada anak. Ketika bersama isteri, saya
menghadapi masalah ereksi. Saya mengambil masa lama untuk zakar
menegang. Adakah ini masalah Erectile Dysfunction (ED)?

Bagaimanapun ketika menonton video lucah, zakar saya akan menegang dengan
mudah dan untuk pengetahuan doktor, ketika remaja saya kerap beronani.

BLUE BERRY
Johor

Jawapan

Ereksi berlaku apabila lelaki terangsang dan ini tindak balas spontan. Malah,
ereksi spontan tanpa rangsangan juga boleh berlaku seperti ereksi pagi atau
NPT (Nocturnal Penile Tumescence) dan ereksi akibat tersentuh anggota sulit.

Ini mungkin petanda anda tidak terangsang dengan pasangan anda.

Sesetengah lelaki sukar menggunakan wajah pasangannya dalam fantasi seks,


tetapi mereka boleh menggunakan wajah wanita lain dan boleh menjadi sangat
terangsang. Mereka perlu tahu jika itu yang mereka perlukan untuk mencapai
keghairahan, tidak salah menggunakan wajah isteri daripada wajah wanita lain.
Ini lebih elok kerana yang berdepan dengan mereka ialah isteri, bukan
bayangan.

Saya syorkan anda menikmati anugerah yang anda terima itu iaitu seorang
wanita yang sempurna bagi menikmati keindahan tubuh dianugerahkan Tuhan.
Sepatutnya isteri anda menjadi ilham dan sumber rangsangan seksual dan
bukan gambar dalam video lucah.

Jika anda sangat terangsang dan ghairah tetapi masih ada masalah ereksi, anda
mungkin tergolong kategori lelaki ED atau mati pucuk. Jika ia berlaku,
berjumpa doktor untuk rawatan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 205

ISTERI LESU SUAMI KAKU

KIRA-kira 75 peratus wanita berkahwin menganggap sikap suami yang terus


tidur atau beredar dari tempat tidur selepas bersetubuh sebagai satu masalah
kerana mereka tidak suka perangai sedemikian. Mereka lebih suka suami
memeluk atau membelai mereka selepas melakukan aktiviti itu atau sekadar
berbual mesra.

Malah, wanita juga sensitif dengan suami yang tidak banyak berbicara selepas
berkahwin kerana mereka inginkan teman untuk berbual, terutama perkara
berkaitan peribadi.

Bagi mereka, suami yang bersikap sedemikian hanya mementingkan diri. Lebih
buruk lagi, ada wanita hilang nafsu kepada suami hanya disebabkan masalah
berkenaan.

Ini menyebabkan aktiviti seksual yang dilakukan hanya sekadar menunaikan


tanggungjawab, menyebabkan mereka sukar mendapat kepuasan.

Tidak dinafikan, bagi kebanyakan lelaki, kemesraan dalam pandangan mereka


ialah seronok dengan keintiman seksual. Jika ini yang difikirkan kaum Adam,
jelas mereka salah.

Keseronokan bukan sekadar hubungan seksual semata-mata, malah lebih


daripada itu. Berbual dengan pasangan anda juga satu keseronokan.

Sikap lelaki seperti ini bukan hanya ketika aktiviti seksual, tetapi untuk apa
saja perbuatan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika mereka membaca
surat khabar, apa yang dibualkan oleh pasangan jarang mendapat perhatian.

Walaupun mereka dengar, namun hanya sekadar begitu tanpa sebarang


perhatian kerana tumpuan utama mereka ialah surat khabar. Ini menimbulkan
rasa kurang senang isteri yang mahukan perhatian ketika mereka berbual.

Berdasarkan kajian, jika seseorang lelaki menumpukan perhatian kepada


sesuatu perkara, yang lain akan menjadi kabur kepada mereka.

Semua yang saya jelaskan tadi ialah sifat semula jadi lelaki dan bukan perkara
yang disengajakan.

Seorang isteri akan mendapati banyak lagi perbezaan di antara diri mereka
dengan suami kerana selain sifat semula jadi lelaki, banyak lagi sifat yang
mungkin membuat seorang isteri kurang senang, seperti tabii pembawaan
daripada keluarga, alam sekitar dan pengalaman.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 206

Sehubungan itu, wanita perlu banyak bersabar menempuhinya. Sifat semula


jadi memang sukar diubah, tetapi bukan mustahil dengan kebijaksanaan
seorang isteri ia boleh diubah.

Nasihat saya ialah, paling penting jangan cepat putus asa. Berusahalah
mengubah sifat semula jadi pasangan anda.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 207

BIMBANG MALAM PERTAMA

Soalan

SAYA seorang gay dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya
sudah insaf dan berhenti daripada tabiat itu. Masalahnya saya bimbang pada
malam pertama, alat kelamin saya lembik, sekali gus gagal memuaskan isteri.
Apa sepatutnya saya lakukan? Ada ke ubat atau makanan untuk menjadikan
zakar tegang dan keras selain mampu bertahan lama?

ALEX
Selangor

Jawapan

Memang perkara semula jadi untuk mana-mana individu, sama ada lelaki atau
wanita, akan terangsang apabila berdepan objek yang memberahikan mereka.
Jika objek itu tidak merangsangkan perasaan syahwatnya, sukar untuk mereka
mencapai ereksi. Proses ini dikenali sebagai orientasi seksual. Bagi golongan
gay, mereka akan menggunakan seks khayalan (penetratif) dengan
menggunakan mindanya untuk mencetuskan rangsangan seksual seperti
bersetubuh dengan lampu dipadamkan dan melakukan penembusan faraj dari
belakang. Adakalanya dia akan memujuk pasangannya memotong rambut
supaya lebih kelihatan macam lelaki supaya dapat membangunkan
keterampilan kelelakian itu untuk mencapai ereksi dan melakukan hubungan
seksual.

Pendek kata, lelaki atau wanita gay masih boleh berlagak atau berlakon macam
mereka bukan gay dengan cara yang dijelaskan tadi. Namun, lama kelamaan
mereka akan rasa bosan dan kembali kepada naluri asalnya jika dia benar-
benar gay. Berbeza dengan biseksual yang masih dapat mempertahankan
dirinya untuk memilih pasangan seksnya secara tetap. Tiada ubat yang dapat
menukarnya terangsang dengan jantina lain jika seseorang tetap dengan
jantina pilihannya.

Ubat PDE-5 inhibitor saperti Viagra, Cialis dan Levitra hanya berfungi apabila
lelaki yang mengalami rangsangan seksual gagal mencapai ereksi. Jika makan
ubat dan tiada apa perasaan rangsangan, ereksi tidak akan berlaku. Fikirkan
baik-baik sebelum anda berkahwin. Jangan sia-siakan pasangan anda. Jika
sudah berkahwin, pandai-pandailah menyesuaikan diri.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 208

KESAN AIR LIUR KETIKA SENGGAMA

Soalan

SAYA sering mengunakan air liur sebagai pelincir untuk memulakan


persetubuhan dengan isteri. Adakah air liur itu mendatangkan mudarat
kepadanya atau sebarang kesan positif? Saya juga sering ragu-ragu sama ada
isteri saya puas atau tidak selepas melakukan persetubuhan. Apabila ditanya,
isteri saya tidak pasti bagaimana rasa kepuasan sebenar yang patut dirasainya.
Sebagai lelaki, pengeluaran air mani menjadi petanda kepuasan yang saya
rasai, tetapi bagaimana pula tanda kepuasan sebagai seorang wanita?

INGIN TAHU
Selangor

Jawapan

Air liur memang sesuai sebagai pelicin untuk melembapkan penghujung zakar
sebelum penembusan ke faraj. Jarang air liur mengandungi kuman yang
memudaratkan. Malah, didapati enzim protease dalam air liur mampu
mencairkan air mani supaya sperma dapat bergerak dengan laju di kalangan
lelaki yang mempunyai air mani pekat.

Bagaimanapun, mustahak untuk lelaki membersihkan mulut dengan memberus


gigi supaya kuman yang terhinggap kepada anggota itu dapat dihapuskan
sebelum beredar ke kamar tidur untuk berintim dengan isteri.

Mengenai kepuasan untuk isteri, hubungan intim adalah paling utama bagi
wanita untuk memberahikan mereka. Selain sentuhan zakar ke klitoris, seks
oral juga dapat membantu merangsangkan isteri apabila hujung lidah suami
dapat disentuhkan kepada klitoris. Sentuhan terus menerus dengan jari ke
klitoris mungkin menimbulkan rasa nyilu.

Namun, mustahak untuk wanita menumpukan minda kepada sentuhan


dialaminya supaya dia dapat menikmati perasaan keseronokan yang berlaku
akibat rangsangan pada anggota sulitnya. Apabila rangsangan itu membina, dia
akan dapat mencapai kemuncak yang mana farajnya akan menyempit dan
kemudian melega dengan cengkaman otot punggung dan pengeluaran peluh
serta ‘sexual flush’ iaitu kemerahan pipi. Sekurang-kurangnya dia akan rasa
satu perasaan yang sangat melegakan badan dan mindanya sehingga dia mudah
lelap dan terus tidur.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 209

RANGSANG LELAKI

KAJIAN terbaru dijalankan sebuah universiti di Amerika Syarikat mendapati,


lelaki hanya fikirkan mengenai seks apabila berdepan wanita, lebih-lebih lagi
jika wanita itu menarik, seksi dan memiliki bentuk badan menggiur

Fikiran lelaki pasti terus melayang ke senario persetubuhan dan ketika itu mata
hitamnya menjadi meluas dan dia kemudian pasti mendapati dirinya mencapai
ereksi sangat mencabar.

Justeru, pendapat lelaki hanya fikirkan seks apabila bersemuka dengan wanita
seksi nampaknya betul. Tidak hairan sesetengah kaum dan agama menetapkan
pemakaian purdah atau menutup aurat untuk wanita supaya tidak mencabar
imginasi seksual lelaki.

Sehubungan itu, memakai purdah satu syor tepat yang tidak perlu
dipertikaikan.

Berbeza dengan wanita, mereka tertarik kepada ketampanan dan budi pekerti
seseorang lelaki dan bukan kepada aspek fizikalnya. Apabila wanita berasa
selesa dan selamat dengan lelaki, mereka akan mula membuka dirinya untuk
didekati.

Jika wanita itu mula percaya kepada lelaki, mereka tidak akan teragak-agak
untuk meningkatkan tahap hubungan mereka ke peringkat lebih serius.

Persepsi seksi kepada wanita bukan hanya kepada aspek fizikal, tetapi
keterampilan diri lelaki berkenaan. Ia tidak terhad kepada ciri ‘machonya’
saja.

Lelaki yang memiliki keterampilan diri yang diidami wanita akan mendapati
dirinya ‘laris’ apabila wanita akan mudah dan sentiasa cuba mendekatinya.

Malah, tidak keterlaluan dikatakan ada wanita tidak teragak-agak melamar


seseorang lelaki apabila mereka mula menaruh kepercayaan kepadanya.

Perlu diingatkan, wanita kini lebih memilih dan jika mendapati lelaki itu calon
secocok, mereka tidak akan teragak-agak untuk menawannya. Ia bukan
perbuatan aib untuk wanita.

Malah, perbuatan menawan seseorang yang diminati, walaupun mereka wanita,


sangat digalakkan. Ini terbukti apabila Siti Khatijah melamar Nabi Muhammad
kerana mendapati baginda berperwatakan mulia, jujur dan tampan. Justeru,
mana-mana wanita Islam boleh mencontohi Siti Khatijah.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 210

PENGANTIN BARU LEBIH SUKA ONANI

Soalan

SAYA suka beronani setiap kali mandi, walaupun mendirikan rumah tangga
beberapa bulan lalu. Setiap kali mengadakan hubungan seks, kelainan kepuasan
itu terasa berbeza dengan perbuatan onani dilakukan. Apabila beronani klimaks
cepat, tetapi bila bersama isteri agak lama untuk mencapai klimaks. Apakah
saya kurang subur atau kurang rangsangan daripada isteri?

FARHAN
Ipoh

Jawapan

Nikmat ketika merangsang anggota syahwat secara sendiri berbeza dengan yang
dikecapi ketika bersama pasangan. Kepada yang biasa dengan amalan onani dan
selesa dengan teknik sendiri merangsangkan syahwat, mereka lebih seronok
dengan perbuatan itu.

Ada juga pengamal onani yang lebih selesa dan ghairah ketika persetubuhan
dengan pasangan berikutan mereka hanya melakukan onani apabila mengalami
tekanan syahwat dan melakukannya untuk melepaskan nafsu bersetubuh.

Kepada lelaki yang cepat klimaks ketika beronani, dia yang mengawal
pergerakan dan sentalan kepada zakar. Tentu dia tahu bahagian zakar yang
sensitif dan menumpukan geselan di situ.

Perkara sebaliknya berlaku apabila dia melakukan hubungan seksual dengan


pasangan kerana rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani
tidak sama jika bersetubuh. Justeru, dia perlu tumpukan kepada sentuhan lain
yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan. Ini memakan masa
dan kadangkala membosankan pasangan jika terlalu lama dan ia juga
meletihkan.

Ini bukan masalah kesuburan atau masalah kurang rangsang dengan pasangan.
Ini berlaku kerana, walaupun seronok dan terangsang dengan isteri, individu itu
tidak dapat rangsangan yang mampu mencetuskan klimaks yang dia biasa
dengan cara amalan onani.

Mungkin jika dia mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang
memudahkannya klimaks, perkara dialaminya dapat diatasi. Memang mustahak
untuk pasangan kelamin berkerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan
hubungan intim yang lebih mengghairahkan dan bukan hanya sekadar
melakukannya tanpa perasaan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 211

KECUT, PUDAR BIASA

Soalan

SAYA berusia 22 tahun dan masalah alat sulit saya yang kelihatan pucat. Adakah
ini bermakna pengaliran darah saya tersumbat? Satu lagi masalah saya ialah
alat sulit saya selalu mengecut. Namun, ia normal apabila menegang. Adakah
saya ada masalah angin pasang? Apakah ubat yang perlu saya ambil untuk
mengatasi dua masalah ini?

FAIZAL
Kuala Lumpur

Jawapan

PERKARA biasa apabila alat sulit lelaki tidak menegang, ia kecut dan kulit
penghujungnya pudar dan kebiruan, terutama jika lelaki itu berkulit cerah.

Keadaan berbeza apabila darah masuk ke ruang otot zakar dan dalam tisu
lembut penghujung zakar apabila kekecutan akan hilang dengan otot zakar
menjadi memanjang dan padat.

Pada penghujung zakar kelihatan kebiruan cerah dan kemerahan serta kembang
jika lelaki itu mengeraskan ereksi dengan kemut. Justeru, keadaan kecut dan
pudar itu biasa dan bukan suatu masalah.

Mengenai angin pasang, perkara ini tiada kaitan dengan zakar. Ia ada kaitan
dengan kantung buah zakar atau kerandut buah zakar, yang mana kerandut
kelihatan besar akibat kemasukan usus dalamnya.

Oleh kerana usus mudah membesar dan mengembang, kerandut kelihatan besar
ketika itu atau mengecil apabila usus mencerut.

Masalah angin pasang boleh diatasi dengan pembedahan pembetulan


memasukkan usus balik ke dalam kerandut dan menutup bahagian yang terbuka
antara perut dan kerandut buah zakar

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 212

ELAK KERAP BERONANI

Soalan

BENARKAH jika seseorang kerap beronani, akan berlaku pertumbuhan bulu


roma yang banyak. Jika benar di bahagian mana?

Jawapan

BERBAGAI mitos dikaitkan dengan amalan onani dan ini semata-mata untuk
menakutkan mereka yang melakukan perbuatan itu.

Ada juga dakwaan mereka yang beronani, tapak tangan berbulu, kemaluan
berbulu, kehilangan darah kerana setitik air mani seperti setitik darah, kepala
botak, buah zakar kecut dan mandul.

Semua ini tidak benar dan hanya rekaan.

Onani dilakukan untuk mendapat kelegaan tekanan nafsu dan mungkin suatu
cara untuk individu itu sama ada lelaki atau perempuan mengenal seksualiti
dan perasaan syahwat.

Amalan ini jika lazim dilakukan tanpa kawalan boleh mendorong individu itu
kepada ketagihan. Jadi, cuba elak melakukan perbuatan itu keterlaluan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 213

RISAU ALAT KELAMIN TIDAK SEMPURNA

Soalan

BUAH zakar saya agak terkebawah, seolah-olah kulit lebih hingga menyebabkan
saya susah hati. Adakah ini satu penyakit?

Apa yang saya tahu buah zakar tempat penghasilan air mani. Adakah ini
menunjukkan air mani saya tidak aktif disebabkan buah zakar agak lemah.

Bagaimana cara untuk mengatasinya. Saya bimbang masalah saya ini


mengganggu hubungan kelamin saya dengan bakal isteri.

Jawapan

LELAKI mempunyai sepasang buah zakar di dalam kerandut. Kedua-dua buah


zakar itu mempunyai otot penampunya sendiri. Dalam keadaan kecemasan otot
penampu buah zakar, iaitu otot kremester akan mencerut dan menarik buah
zakar ke atas, melindung buah zakar daripada kecederaan.

Kerandut buah zakar diselaputi lapisan otot yang dikenali sebagai otot Dartos.

Jika otot Dartos lega, buah zakar akan kelihatan labuh atau lanjut dan jika otot
Dartos mencerut, buah zakar akan naik ke atas dalam kerandut yang kelihatan
mencengkam.

Kerandut buah zakar mengawal kedudukan buah zakar supaya kedua-dua buah
zakar berada dalam suhu yang optima untuk pembiakan sperma iaitu suhu 4
hingga 5 darjah selsius kurang dari suhu badan.

Dalam keadaan kesejukan, kerandut buah zakar akan mencerut dan buah zakar
akan naik ke atas dan berada dalam suhu yang lebih sesuai untuk pemerosesan
sperma.

Dalam keadaan panas, kerandut akan melanjut supaya kedua-dua buah zakar
berada dalam keadaan kurang panas dan dalam suhu yang sesuai untuk
pembiakan sperma.

Dalam keadaan terangsang kerandut buah zakar akan mencerut dan buah zakar
menjadi padat dalam kerandut. Ini perlu supaya proses ejakulasi dapat berlaku.

Jadi untuk lelaki yang mempunyai buah zakar yang lanjut, dalam keadaan
terangsang, keadaan itu akan berubah. Sehubungan itu, jangan bimbang kerana
buah zakar itu tidak menggangu hubungan seksual dengan pasangan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 214

ORGAN SEKS TIDAK NORMAL PUNCA SAKIT

Soalan

UNTUK pengetahuan doktor, saya hanya mempunyai sebiji buah zakar. Ini
berlaku sejak dilahirkan.

Ada juga gelembung sebesar bola ping pong di bahagian hujung pangkal sebelah
kiri zakar saya terkeluar jika melakukan kerja berat atau apabila perut saya
masuk angin.

Keadaan itu kurang menyenangkan saya dan menyakitkan.

Adakah cara untuk merawatnya dan apakah kaedahnya?

Jika saya tidak menjalani rawatan, adakah ia tidak mengganggu sistem


kesuburan. Bolehkah saya mendapatkan zuriat bila berkahwin?

Adakah ia memberi kesan kepada zakar saya atau sistem badan yang lain?

Jawapan

KEMUNGKINAN mempunyai satu buah zakar ialah satu dalam 100,000 kes dan
kemungkinan kanser berlaku kepada buah zakar yang terkandas dalam
perjalanan keluar dari perut ialah 5-15 kes dalam 100,000 kes setahun.

Terdapat juga keadaan buah zakar sebelah yang tiada itu memang tiada atau
tidak menjadi. Ini hanya boleh dikesan dari ujian pengimbasan.

Masalah buah zakar yang tiada itu dikenali sebagai kryptorkidisme.

Buah zakar ketika janin sedang berkembang dalam rahim ibu ialah organ yang
berkedudukan dalam perut.

Tiba bulan keempat dan lima, kedua-dua buah zakar itu akan menurun dan
keluar dari badan dan masuk ke kerandut.

Kadang kala perjalanannya terentap dan bayi lelaki itu didapati hanya ada satu
buah zakar.

Jika dibiarkan tanpa membuat apa-apa, 50 peratus turun ke dalam kerandut.

Tetapi jika sudah masuk dua tahun masih tiada, kebanyakan pakar bedah
kanak-kanak akan melakukan pembedahan untuk memasukkan buah zakar yang
terkandas itu ke kerandut buah zakar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 215

Lelaki yang mempunyai satu buah zakar masih mampu menghasilkan sperma
yang mencukupi jika buah zakar itu normal.

Terdapat kebengkakan dalam kerandut yang hanya kelihatan sekali sekala dan
ada kaitan dengan aktiviti berat.

Kadang kala kekembungan ini mudah mengempis. Ini ada kena mengena dengan
sebahagian usus dalam perut yang termasuk kedalam ruang kerandut. Keadaan
ini dikenali sebagi 'hernia'.

Hernia perlu dikenalpasti melalui pemeriksaan doktor.

Cara merawatnya ialah doktor melakukan pembedahan kecil untuk


memasukkan usus itu kembali ke perut dan menguatkan bahagian yang lemah
itu di antara perut dan kerandut.

Pembedahan pemulihan ini tidak akan menjejaskan kesuburan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 216

KENCING TAK LAWAS, PEMUDA RISAU LELEHAN MAZI MUDAH KELUAR

Soalan

HAMPIR tujuh tahun saya menghadapi masalah kencing tidak lawas dan ini
menyebabkan saya kesulitan untuk keluar ke mana-mana kerana terpaksa
menahan kencing.

Saya juga menghadapi masalah keluar air mazi jika terangsang yang tidak
keterlaluan, contohnya seperti keluar bersama teman wanita meskipun saya
tidak melakukan sebarang perkara yang merangsangkan waktu bersamanya.

Saya pernah ke hospital kerajaan tetapi ubat yang diberikan tidak memberi
kesan terhadap masalah yang saya hadapi. Harap doktor dapat membantu.

HAMDI | Pulau Pinang.

Jawapan

ADA sebilangan lelaki yang mengalami masalah lelehan keluar daripada salur
kencing selepas selesai buang air kecil dan ini menyulitkan lelaki itu apabila
menunaikan solat di luar rumah jika dia tidak membawa bekalan sarung bersih
untuk ditukar sebelum bersembahyang kerana memikirkan lelehan itu najis.

Jika ia bukan najis, soal menukar pakaian bersih tidak timbul. Kemungkinan air
kencing terkeluar selepas selesai kencing dan ketika memakai pakaian dalam
kembali, memang perkara yang paling jarang berlaku. Ini pun berlaku kepada
mereka yang berumur di mana pintu pundi kencing tidak tutup padat selepas
kencing, terutama bagi lelaki yang sudah menjalani pembedahan pada pundi
prostat.

Masalah dialami mungkin sama iaitu keluar lelehan seperti lelaki yang berumur
itu tetapi apa yang membezakannya adalah air yang keluar itu air mazi.

Ketika lelaki itu kemut beberapa kali untuk mengeluarkan titisan akhir
daripada salur kencing, pundi cowpers yang berdekatan terangsang dan
mengeluarkan lelehan.

Ini sebenarnya ialah air mazi, oleh itu ia bukan najis. Ada sebilangan lelaki
yang mudah sangat menghasilkan air mazi terutama ketika dalam keadaan
terangsang. Keadaan ini dikenali sebagai resdung zakar dan bukan penyakit.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 217

Masalah ini tidak memberi sebarang kesan kepada lelaki itu kecuali
melemaskannya kerana kesulitan yang timbul akibat lelehan itu sehingga dia
terpaksa menukar pakaian dalamnya kerana kebasahan.

Jika air yang keluar itu keterlaluan, mungkin makan ubat resdung
(antihistamines seperti piriton dan polaramine) dapat mengawalnya. Ubat ini
perlukan rujukan daripada doktor.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 218

RISAU SAIZ ALAT KELAMIN KECIL

Soalan

SAYA berusia 27 tahun tetapi saiz zakar saya sangat kecil berbanding lelaki
sebaya saya. Panjangnya hanya empat sentimeter dengan lilitan yang kecil.
Bolehkah doktor membantu?

Insan biasa | Johor.

Jawapan

MEMILIKI bentuk dan saiz zakar sempurna adalah idaman semua lelaki terutama
bagi mereka yang kurang yakin dengan anugerah diberikan Tuhan kepadanya.
Tidak dinafikan ada sebahagian kecil memiliki zakar yang kecil iaitu
'micropenis' di mana ukuran panjangnya tidak lebih daripada enam sentimeter
(sm) dan ukur lilit antara enam hingga lapan sm ketika ereksi.

Ia sudah tentu menyukarkan kedua-dua pasangan ketika bersetubuh. apabila


setiap kali cuba melakukan persetubuhan dia hanya dapat menyalurkan zakar
ke dalam faraj dan tidak dapat bergerak kerana setiap kali bergerak ia akan
terlepas. Saiz faraj adalah antara enam hingga sembilan sm dan boleh
mengembang mengikut acuan zakar lelaki. Jika zakar berukuran sembilan sm
atau lebih ia sudah mencukupi. Malah, saiz zakar lelaki boleh membesar sedikit
jika kerap melakukan persetubuhan. Jika lama tidak bersetubuh ia akan
mengecut dan mengecil.Saya dapati sebahagian lelaki agak sensitif dengan
bentuk dan saiz walaupun ia sebenarnya sudah memuaskan. Mereka akan
mencuba segala cara untuk menambahkan saiz dan bentuk walaupun ia
sebenarnya berbahaya dan yang berisiko.

Salah satu kaedah berbahaya dan berisiko ialah kaedah 'somatotherapy' di mana
pengamalnya lazimnya bukan doktor. Mereka memberi suntikan vitamin C,
minyak cendana atau produk tidak diiktiraf ke bawah kepala zakar. Ini
menyebabkan berlakunya keradangan yang agak ketara sehingga keseluruhan
zakar membesar dan kembang.

Memang zakar kelihatan besar tapi tak berguna! Ia tidak boleh disalurkan ke
dalam faraj kerana yang besar adalah kulit dan bukan batangnya. Sama juga
dengan kaedah urut mengurut dengan segala minyak seperti minyak lintah,
minyak dhab atau minyak ikan belacak, ia hanya perbuatan sia-sia.

Penggunaan alat pam vakum juga tidak berkesan kerana kulit akan kelihatan
hitam dan hodoh. Pam vakum digunakan untuk mengatasi mati pucuk bukan
untuk menambah saiz.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 219

Alat penarik otot zakar sudah diuji kaji kini dan ada di pasaran adalah
andropenis. Ia sejenis alat mesra pengguna dan dapat menambah di antara dua
hingga lima sm saiz ukur panjang dan ukur lilit yang tetap. Alat ini sebenarnya
direka untuk tujuan meluruskan zakar yang bengkok atau penyakit Peyronie.

Secara kebetulan ia didapati boleh membantu menambah saiz zakar


'micropenis'.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 220

HUBUNGAN SEKS KETIKA HAMIL

Soalan

BOLEHKAH saya melakukan persetubuhan ketika isteri hamil dan apakah


kesannya jika air mani dipancutkan ke faraj isteri yang hamil? Berapa usia
kandungan yang dibolehkan untuk melakukan persetubuhan?

UNCLE | Perak.

Jawapan

PERSETUBUHAN ketika isteri hamil tidak ditegah kecuali isteri mengalami


pendarahan yang mungkin petanda kehamilan itu tidak stabil atau kemungkinan
berlaku keguguran.

Ejakulasi sudah tentu akan berlaku dan tiada masalah jika air mani terpancut
ke faraj kerana ia tidak mengganggu kehamilan atau menyebabkan tekanan
kepada kandungan.

Pernah dilaporkan air mani dalam faraj boleh mencetuskan cengkaman rahim
dan mengakibatkan wanita itu bersalin awal. Bagaimanapun, ia hanya laporan
tidak berasas dan kemungkinan ia berlaku tiada kerana tahap kimia
'prostaglandin' dalam air mani tidak cukup untuk mencetuskan cengkaman
rahim.

Jadi anda jangan risau kecuali ada pendarahan selepas bersetubuh.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 221

SUKAR KAWAL KENCING

Soalan

SAYA berusia 33 tahun dan belum berkahwin. Sejak akhir-akhir ini saya sering
terjaga malam untuk membuang air kecil. Adakah ia sesuatu yang normal?

Saya juga tidak boleh menahan kencing terlalu lama dan boleh menyebabkan
perut saya sakit. Sekiranya menahan kencing, perut saya seperti masuk angin
dan selepas membuang air kecil, saya akan kentut. Adakah ini tanda masalah
prostat?

Saya pernah membaca mengenai saw palmetto, sejenis bahan yang membantu
lelaki bermasalah prostat dan sistem pembuangan bagi lelaki berumur 50 tahun
ke atas. Bolehkah saya mengambil vitamin yang mengandungi bahan ini
walaupun saya belum berusia 50 tahun?

HAIRIL | Damansara.

Jawapan

KENCING kerap, biasa untuk semua individu jika minum banyak dan dalam
cuaca sejuk.

Jika suatu ketika dulu, kekerapan melakukan onani dan lama tidak
melakukannya, pundi prostat di hujung pundi kencing boleh mengembang
ketika lelaki itu terangsang dan menyempitkan salur kencing. Keadaan ini
menekan pundi kencing dan memberi perasaan hendak membuang air kecil.

Ini boleh berlaku bila-bila masa jika rangsangan syahwat kerap dan tiada
kelegaan seperti mengeluarkan air mani (onani). Perkara ini jarang berlaku
kepada lelaki yang sudah berkahwin dan mereka yang melakukan onani secara
berterusan.

Selain itu banyak sebab lain yang membuatkan seseorang itu ingin membuang
air kecil secara kerap seperti keradangan pundi kencing akibat jangkitan pada
pundi kencing. Kadangkala usus yang mengembang akibat angin juga memberi
tekanan kepada pundi kencing dan apabila lelaki itu sudah membuang angin
atau membuang air besar, pundi kencing tidak rasa tertekan dan dia berasa
lega.

Ada juga keadaan dikenali sindrom pundi kencing meragam atau 'irritable
bladder syndrome'. Lelaki mengalaminya akan berasa kerap ingin membuang air
kecil. Ini berlaku apabila lelaki itu berasa resah dan jika dia dapat mengawal
perasaan gelisah itu, perasaan hendak membuang air kecil juga terkawal.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 222

Lelaki mempunyai pundi prostat mengembang, secara langsung memberi


tekanan kepada pundi kencing, akan berasa selesa jika dia mengambil herba
saw palmatto, ekstrak daripada pokok Mexican dwarf palm. Jika sudah
memakan herba ini dan tiada kesan, elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 223

TIADA NAFSU PADA TUNANG

Soalan

Lebih bernafsu pada bekas teman wanita

SAYA bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Masalahnya, saya tidak
bernafsu terhadap tunang saya.

Perasaan itu berbeza dengan bekas teman wanita saya yang saya kenali
sebelum ini.

BEN | Kuala Lumpur.

Jawapan
SEBILANGAN pasangan mengalami tekanan sebelum ke jinjang pelamin kerana
khuatir tidak dapat memberi kebahagiaan dan kepuasan seks kepada pasangan
mereka atau bimbang kehilangan kebebasan sebagai individu.

Dalam keadaan agak tertekan, mereka lebih selesa tidak memikirkan cabaran
perkahwinan bakal ditempuhi.

Dalam keadaan itu, perasaan mereka terkeliru seperti mudah terangsang


dengan orang selain bakal isteri atau suami.

Jika anda mengalami perasaan sedemikian, tabahkan hati dan kekalkan


pendirian untuk menyahut cabaran perkahwinan itu. Insya-Allah perkara yang
baik menjadi lancar dan perasaan negatif berubah kepada positif.

Perasaan tidak mudah terangsang dengan pasangan tetapi pantang jika teringat
orang lain adalah suatu tindak balas biasa dan tidak boleh dijadikan sebagai
pengukur.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 224

TABII SEKS SUAMI LUAR BIASA

Soalan

SUAMI saya mempunyai keinginan seks luar biasa. Adakah ia boleh memberi
kesan terhadap kesihatan saya?

ISTERI RISAU | Perak.

Jawapan

KEINGINAN nafsu syahwat tidak sama antara individu, termasuk pasangan


kelamin dan tiada cara hubungan seks luar biasa mengikut cara tertentu.

Hubungan seks secara oral sama ada dilakukan suami atau isteri tidak
mendatangkan masalah kecuali pasangan tidak sanggup melakukannya.

Dalam hal ini sudah tentu sebelah pihak menikmati keseronokan sedangkan
pasangannya tertekan.

Cara paling baik ialah kedua-duanya berbincang mengenai cara yang sanggup
mereka lakukan. Tidak salah mencuba bagi menentukan sama ada cara itu
boleh diterimanya.

Paksaan tidak dapat menyelesaikan masalah, malah mungkin menimbulkan


perselisihan faham.

Dalam Islam, keselesaan dan keseronokan kedua-dua pihak adalah mustahak


dalam menghayati hubungan seks.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 225

MALU KURANG SIFAT KELELAKIAN

Soalan

SAYA seorang lelaki lembut dan bahagian tubuh seperti lengan, kaki, ketiak dan
tempat sulit tidak ditumbuhi bulu. Saya malu kepada keluarga dan rakan yang
sering menyindir.

Saya sudah melakukan pelbagai cara, namun tiada perubahan. Bagaimana


hendak melebatkannya dan adakah ia mempunyai kaitan dengan keturunan
atau masalah lain?

VARG | Selangor.

Jawapan

BAGI lelaki bulu roma mula tumbuh pada awal baligh hasil tindak balas hormon
androgen di pundi adrenal. Perwatakan lelaki dan wanita dipengaruhi
persekitaran dan tindak balas hormon seks jantina masing-masing.

Contohnya, ada perempuan dengan karakter lebih agresif atau kelakian. Ia


mungkin tekanan persekitaran (misalnya dibesarkan dalam keluarga ramai anak
lelaki).

Pertumbuhan bulu roma badan mempunyai kaitan dengan keturunan dan tindak
balas kulit terhadap hormon androgen.

Jika keturunan lelaki itu bulu romanya memang tidak lebat, dia akan
mengalami keadaan yang sama.

Jika kulitnya tidak menerima hormon androgen mencukupi, bulu roma tidak
kelihatan atau tidak lebat.

Dalam keadaan itu, tiada gunanya memakan hormon androgen-testosterone


untuk melebatkan bulu roma.

Terapi hormon androgen hanya diberi doktor jika masalah kesihatan berkaitan
kekurangan hormon berkenaan.

Doktor boleh melakukan ujian darah mengukur tahap hormon kesuburan


(gonadotrofin) dan testosterone, jika rendah, hormon gantian diberi.

Menambah hormon androgen boleh memberi kesan sampingan seperti bertindak


agresif, gelisah dan mudah terangsang.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 226

Pengambilan secara berterusan dalam jangka panjang boleh merosakkan buah


zakar dan mengakibatkan kemandulan.

Bagi sesiapa yang berasa dirinya kurang sifat kelelakian, jangan mencuba untuk
menambahkan keperkasaannya dengan mengambil androgen tanpa pemeriksaan
doktor.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 227

BIMBANG MUDAH TERANGSANG

Soalan

SAYA mengalami masalah mudah terangsang walaupun hanya berbual atau


berjalan bersama teman wanita. Dalam masa tidak sampai lima minit, air mazi
akan terkeluar.

Adakah ia boleh mengganggu tahap kesuburan saya apabila berkahwin nanti?

INGIN TAHU | Perak.

Jawapan

LELAKI memang mudah terangsang jika dia merelakan dirinya untuk terangsang.
Jadi tidak hairan jika lelaki yang hanya menelefon dan berbual mesra dengan
teman wanitanya akan terangsang dengan suara pasangannya. Rangsangan ini
dikenali sebagai rangsangan pendengaran atau ‘auditary stimulation’.

Selain itu lelaki mudah mencapai rangsangan dengan melihat perkara yang
mengghairahkan seperti gambar lucah atau bentuk tubuh wanita dan ini
dikenali ‘visual stimulation’.

Ini ialah perubahan semula jadi dan bukan penyakit. Jadi, anda tidak perlu
bimbang.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 228

TAK SEIMBANG PERKARA BIASA

Soalan

BUAH zakar sebelah kiri saya melurut ke bawah dan terdapat seakan-akan
gumpalan di dalamnya. Adakah ia normal?

Seperkara lagi bagaimana hendak memilih seluar dalam sesuai sama ada yang
betul-betul ketat atau longgar sedikit? Adakah seluar pendek atau boxer short
lebih sesuai?

SHARQUE | Kuala Lumpur.

Jawapan

KEDUDUKAN kedua-dua buah zakar dalam kerandut sememangnya tidak


seimbang.

Memang buah zakar sebelah kiri dilihat lebih kerap ke bawah berbanding di
sebelah kanan. Jarang kelihatan buat zakar yang seimbang.

Selain kerandut buah zakar, ia ditampung otot kremester, begitu juga dengan
zakar yang ditampung ligamen ‘suspemsory’. Jadi, kemungkinan buah zakar
atau zakar terlurut ke bawah tidak akan berlaku.

Seluar dalam longgar dan selesa seperti boxer short memang sesuai supaya
buah zakar dan zakar tidak tertekan.

Gumpalan yang didapati atas buah zakar itu adalah salur darah yang kembang.
Ia dikenali sebagai varikosel dan biasa kelihatan pada buah zakar sebelah kiri.

Gumpalan itu jarang membesar atau mengembang dan jika berlaku, kadang-
kadang akan terasa senak.

Jika bukan masalah varikosel, anda tidak perlu bimbang.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 229

UBAT SELESEMA JEJAS EREKSI

Soalan

SAIZ zakar saya seolah-olah mengecil dan ereksinya tidak padat selepas
mengambil ubat selesema selain buah zakar kerap terasa sejuk. Apakah
puncanya?

JUSOH | Terengganu.

Jawapan

UBAT selesema boleh menyempitkan perjalanan darah untuk memberi kelegaan


kepada mukosa hidung supaya keradangan tidak berlaku dan tersumbat.

Ia boleh memberi kesan kepada zakar apabila salur darah zakar mengecut.
Zakar adalah organ vaskular yang besar dan tidak hairan jika lelaki yang
mengambil ubat selesema akan mengalami masalah untuk mencapai ereksi
padat kerana kesan ubat itu masih ada dalam badannya.

Kesan itu bukanlah kekal. Apa yang anda alami mungkin tekanan minda dan
perasaan yang berlaku akibat perkara itu.

Walaupun tiada kesan ubat, ia mengganggu mental dengan berasa was-was atau
kurang yakin. Perjalanan darah ke otot zakar tidak lancar kerana kesan hormon
adrenalin yang keluar ketika individu itu berasa cemas dan tertekan. Selagi
perasaan seperti itu ada, masalah ini terus kekal.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 230

KENAL PASTI PUNCA MASALAH TIDAK SUBUR

Soalan

BENARKAH air mani yang cair punca kegagalan mendapatkan anak? Boleh doktor
terangkan punca ia berlaku dan bagaimana untuk merawatnya?

BECK | Johor.

Jawapan

AIR MANI cair bukanlah punca kegagalan mendapatkan anak. Sebaliknya air
mani yang pekat dan lambat cair punca masalah kesuburan lelaki.

Air mani mengandungi lima hingga 10 peratus sperma jika lelaki itu tidak
mandul. Selepas ejakulasi, air mani masih pekat dan ia akan cair selepas 15
minit.

Jika air mani itu terlalu pekat dan lambat cair, sperma di dalamnya tidak dapat
bergerak. Sperma hanya dapat bergerak apabila air mani menjadi cair.

Kehamilan hanya boleh berlaku jika air mani yang disalurkan ke dalam rahim
itu mengandungi sperma. Itu pun jika bilangan sperma normal (lebih 20 juta),
berbentuk normal (lebih 30 peratus berbentuk normal) dan aktif (lebih 40
peratus dapat bergerak ke depan dengan pantas).

Bagi suami isteri yang betul-betul mahukan anak tetapi masih tidak mempunyai
tanda-tanda kehamilan, elok berjumpa doktor segera. Itu jalan terbaik kerana
amat penting untuk mengenal pasti punca masalah kesuburan sebelum
mendapatkan rawatan.

Masalah kesuburan bukan masalah individu tetapi masalah pasangan. Lebih


cepat menjalani pemeriksaan, maka lebih cepat dapat diketahui masalah
kesuburan sebenar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 231

TERLALU CEPAT KLIMAKS

Soalan

SAYA sudah berkahwin tiga bulan lalu, tetapi setiap kali mengadakan hubungan
seks dengan isteri, saya mengalami masalah klimaks terlalu cepat.

Ini membuatkan saya dan isteri melakukannya sekali lagi kerana tidak puas.
Bagaimanapun, saya perlu berehat seketika sebelum bersama kembali.
Kebiasaannya hubungan kali kedua itu saya boleh bertahan lama dan kami
sama-sama puas.

Cuma yang merunsingkan saya ialah kenapa saya sukar bertahan dalam
hubungan seks yang pertama?

NAZROL | Negeri Sembilan.

Jawapan

SEBAHAGIAN besar lelaki yang melakukan hubungan seks mendapati mereka


mudah sangat klimaks walaupun belum cukup bersedia. Ini membuatkan
mereka cemas dan tertekan terutama jika isteri mereka mula bersuara
mengenai ketidakpuasan yang berlaku kepada hubungan itu.

Bagi isteri, apabila suami klimaks ia bermakna suami sudah puas.


Bagaimanapun, mereka tidak sedar bahawa suami masing-masing sebenarnya
turut belum cukup puas dengan hubungan seks yang dilakukan itu.

Lelaki yang masih bertenaga dan mahu mencuba bersetubuh kali kedua akan
mendapati mereka dapat mengawal ereksi dengan lebih lama serta lebih puas.
Bagaimanapun, tidak ramai lelaki yang sanggup menunggu untuk mencapai
ereksi kedua.

Masalah cepat klimaks sudah banyak kali dibicarakan. Masalah utamanya ialah
kerana daya kawalan ejakulasi tidak kukuh. Jika lelaki yang mengalami masalah
ini dapat mengawal ereksi ke tahap yang padat dan ejakulasi akan berlaku
tepat pada masanya.

Jika tidak, anda boleh menggunakan getah penambat yang diikat pada pada
pangkal zakar. Dalam keadaan sebegitu zakar dengan ereksi padat tidak mudah
tewas kerana keadaan sedikit kurang selesa itu dapat mencegah klimaks
sehingga lelaki itu sendiri mahukannya.

Selain itu, kaedah mengemut boleh dipraktikkan dengan menggerakkan zakar di


dalam faraj dalam keadaan kemut (seperti menahan membuang air kecil atau
besar).

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 232

Krim pengebas juga boleh disapu pada hujung zakar yang begitu sensitif.
Bagaimanapun, hanya 30 peratus saja yang berjaya dengan kaedah ini.

Anda juga boleh menggunakan ubat melambatkan klimaks seperti Sertralin


(Zoloft) atau ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra dan Cialis (tetapi
perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu). Ia tidak melewatkan
ejakulasi tetapi dapat membantu mencapai ereksi kedua dalam masa yang
singkat.

Selain berusaha memanjangkan masa intimasi, sentuhan dan belaian dapat


membatu melegakan tekanan kepada kedua-dua pihak. Jika masih buntu juga,
segeralah berjumpa doktor.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 233

SEKS: PEMUDA SENSITIF

Soalan

SAYA sudah berusia 26 tahun dan dilahirkan dengan memiliki sebiji buah zakar
saja. Keadaan ini membuatkan saya berasa rendah diri. Apabila rakan sebaya
memperkatakan mengenai seks, saya kerap menyisihkan diri sehingga berasa
tidak yakin dengan diri sendiri.

Saya tahu ia adalah kehendak Ilahi, tetapi perkara ini membuatkan saya
menjadi begitu sensitif. Bolehkah masalah ini diatasi? Mungkinkah saya boleh
menjalani pembedahan atau ada alternatif lain?

AIDI | Johor Bahru.

Jawapan

MEMANG hasrat manusia mahukan anggota tubuh badan yang sihat dan
sempurna. Jika ada sedikit perbezaan atau kekurangan, individu yang
mengalami masalah terbabit berasa dirinya serba kekurangan. Jika ia tidak
dapat dipulihkan, maka dia akan mengalami tekanan.

Sememangnya lelaki yang mempunyai satu buah zakar berasa rendah diri akibat
kekurangan itu. Bagaimanapun, ia sebenarnya tidak menjejaskan dirinya
sebagai seorang lelaki atau kesuburannya. Ini kerana satu buah zakar yang sihat
sudah mencukupi untuk menghasilkan bilangan sperma berkualiti.

Buah zakar yang tiada dalam kerandut itu sebenarnya ada dalam perut kerana
tersangkut ketika janin masih dalam rahim ibu.

Selepas lahir, kebiasaannya buah zakar yang tersangkut itu turun dalam masa
setahun dan jika tidak berlaku, doktor melakukan pembedahan kecil untuk
menurunkannya kembali ke dalam kerandut.

Jika pembedahan pemindahan buah zakar lewat dilakukan, ia akan rosak dan
tidak mampu menghasilkan sperma. Jika pembedahan dilakukan dalam
peringkat dewasa, kemungkinan buah zakar yang tersangkut itu tidak kelihatan
kerana terlalu kecil. Jika nampak pun, ia mungkin tidak dapat diturunkan.

Kebiasaannya buah zakar sebegini dibuang supaya ia tidak menimbulkan


masalah seperti barah buah zakar. Kemungkinan perubahan jarang berlaku
kepada buah zakar yang tersangkut ialah tujuh hingga 14 kali ganda dan
jangkitan barah buah zakar kurang dari satu kes dalam 100,000 kes setahun.

Anda perlu menerima hakikat yang anda hanya mempunyai satu buah zakar
dalam kerandut (satu lagi didalam perut). Anda tidak perlu bimbang kerana

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 234

kemungkinan ia menimbulkan masalah seperti barah buah zakar amat tipis dan
pembedahan yang akan dilakukan itu berisiko.

Anda sepatutnya bersyukur kerana mempunyai tubuh badan yang sihat dan
mempunyai fungsi kelelakian yang sempurna.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 235

BENGKAK BOLEH JEJAS FUNGSI

Soalan

SUAMI saya berusia 40 tahun, mengalami bengkak zakar dan saya tidak tahu
puncanya. Disebabkan bengkak itu, dia akan mengidap sakit setiap kali
berbaring. Bagaimanakah ia boleh dirawat?

ISTERI RISAU | Perlis.

Jawapan

SETIAP penyakit ada penawarnya termasuk penyakit berkaitan alat kelamin


lelaki dan wanita. Masalah bengkak pada zakar itu mempunyai banyak sebab.

Antaranya mungkin akibat keradangan kerana jangkitan atau masalah sistem


dalaman. Jika bengkak itu tidak dipulihkan, mungkin zakar itu boleh hilang
fungsinya. Justeru, jangan biarkan masalah itu dan segera dapatkan rawatan
doktor.

Kini dengan teknologi dan rawatan moden, sikap seperti enggan berjumpa
doktor kerana takut anggota yang berpenyakit itu dibedah tidak lagi timbul.
Paling mustahak jangan tunggu lama sekiranya ada masalah kesihatan. Lagi
cepat berjumpa doktor lebih cepat masalah itu dapat dirawat.

Saya syorkan kepada anda yang bimbang mengenai masalah suami anda itu
segera ke hospital dan dapatkan rawatan. Itu paling baik serta jangan
membazir masa dan wang ringgit berurusan dengan perkara tahyul dan ghaib.
Jika dibiarkan lebih lama, ia akan merebak sehingga tidak boleh disembuhkan
lagi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 236

KASIHAN ISTERI TIDAK PUAS

Soalan

SAYA baru berkahwin dua bulan lalu, tetapi kini menghadapi masalah dalam
hubungan seks bersama isteri.

Setiap kali mengadakan persetubuhan dengan isteri, saya klimaks terlebih dulu
berbanding isteri. Selain itu, saya hanya mampu ejakulasi sekali saja. Selepas
itu saya seperti tidak mempunyai tenaga untuk meneruskan persetubuhan.

Saya kasihankan isteri saya kerana dia tidak mendapat kepuasan maksimum.
Kadang-kadang dia meminta saya meneruskan persetubuhan, malangnya saya
sudah tidak berdaya.

Apa yang perlu saya lakukan? Saya tidak mahu masalah ini boleh menjejaskan
keharmonian rumah tangga saya.

BRAHIM | Pulau Pinang.

Jawapan

HUBUNGAN seksual adalah satu-satunya hubungan yang menyeronokan


pasangan kelamin yang sudah bersedia dan berkemampuan daripada segi fizikal
dan mental.

Bagi pasangan yang baru berkahwin sudah tentu hubungan ini dapat membantu
menjalin kemesraan. Hubungan seksual yang dimaksudkan ialah hubungan
fizikal seperti sentuhan kulit dan tubuh termasuk hubungan anggota syahwat.

Sudah menjadi lumrah, pasangan baru berkahwin memang begitu sensitif


dengan sebarang rangsangan seksual. Mereka selalu bergegas untuk melakukan
sentuhan zakar dan faraj. Mereka tentu kecewa apabila pasangan lebih cepat
klimaks.

Lelaki sering klimaks awal kerana mudah terangsang dan jika anggota yang
sudah terangsang itu ditingkatkan rangsangannya, sudah tentu terjadi klimaks
awal.

Kedua-dua pasangan digalakkan bercumbu terlebih dulu dan jangan terus


melakukan hubungan penetrasi walaupun berlaku ereksi. Tumpukan perhatian
kepada tubuh isteri dengan menyentuh tempat yang sensitif.

Anda juga boleh gunakan losyen aromatik atau bedak wangi dan lakukan
sentuhan erotik jika itu yang dikehendaki isteri. Seterusnya apabila isteri sudah
bersedia, barulah lakukan hubungan seks.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 237

Bagi memastikan ereksi kekal walaupun sudah berlaku ejakulasi, amalkan


kemutan pada otot lantai pelvik (seperti sedang menahan membuang air kecil
atau besar) dan teruskan persetubuhan sehingga pasangan anda puas.

Ada alat penahan ereksi atau ‘penile ring’ di pasaran. Ia boleh dipakai ketika
ereksi berlaku dan alat itu dapat mengekalkan ereksi walaupun sudah berlaku
ejakulasi. Ia boleh diguna sebagai alat ‘pelatih’ untuk mengekalkan ereksi dan
mengelak berlaku ejakulasi cepat.

Ia dipakai ibarat menyarung cincin ke pangkal zakar yang sedang ereksi padat,
Jadi, darah kekal di dalam otot zakar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 238

BERTAHAN LAMA

Soalan

ADAKAH sebarang kajian yang menunjukkan tahap kemampuan seseorang lelaki


untuk bertahan dalam hubungan? Ini kerana banyak lelaki gagal bertahan lama
ketika melakukan hubungan seks.

FIRDAUS,
Sungai Besar, Selangor.

Jawapan

KAJIAN dilakukan Dr Alfred Kinsey di Amerika Syarikat menunjukkan tempoh


bersetubuh dari kemasukan zakar kepada ejakulasi ialah dua setengah minit.
Ada sebilangan kecil dapat bertahan lebih daripada tempoh itu seperti lima
minit. Namun jarang mampu bertahan sehingga 10 minit.

Perkara itu bergantung kepada keadaan ketika hendak melakukan hubungan


seks. Jika pasangan lelaki terlalu terangsang dan tidak dapat mengawal diri
mungkin ejakulasi menjadi cepat.

Jika melakukannya dengan keadaan yang selesa dan mengambil masa mungkin
boleh tahan lama serta dapat mengubah posisi dan gaya. Jika setiap kali
melakukan hubungan seks, seseorang itu cepat klimaks mungkin lelaki
berkenaan mengalami masalah cepat klimaks.

Pendek kata, jangka masa hubungan seks tidak perlu dipertikaikan kerana ia
adalah suatu perkara menyeronokkan. Dengan kerjasama yang erat antara
suami dan isteri sudah tentu pasangan tidak sedar masa berlalu.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 239

OTOT KREMESTER BERBEZA

Soalan

ADAKAH normal bagi lelaki mempunyai buah zakar yang tidak sama besar?
Begitu juga dengan zakar yang membengkok ke atas ketika ereksi. Adakah ia
normal dan boleh berfungsi dengan mantap?

MALINJA | Selangor.

Jawapan

KEDUDUKAN buah zakar dalam kerandut memang tidak seimbang. Ia adalah


semula jadi kerana otot tampungan buah zakar, iaitu otot kremester berbeza
dengan buah zakar kiri dan kanan.

Dalam kajian yang dilakukan, kira-kira 60 peratus kedudukan buah zakar


sebelah kiri lebih ke bawah berbanding kanan, manakala 40 peratus adalah
sebaliknya. Jarang sekali kedua-dua buah zakar akan berada pada kedudukan
sama kecuali dalam keadaan suhu sejuk kerana kerandut buah zakar akan
mencengkam.

Zakar ketika menegang atau ereksi memang akan melengkung ke atas dan
kadang-kadang kedudukannya tidak lurus. Ia adalah perkara biasa dan anda
tidak perlu bimbang. Begitu juga dengan kedudukan faraj yang juga tidak lurus.
Ia melengkung untuk memudahkan kemasukan zakar.

Namun, jika zakar membengkok sehingga sukar untuk ditusuk ke dalam faraj
sewaktu persetubuhan, anda perlu berjumpa doktor. Masalah itu boleh diatasi
dengan pembedahan atau penggunaan alat penarik otot zakar seperti
Andropenis.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 240

HUBUNGAN BERSAMA ISTERI HAMBAR

Soalan

SAYA mempunyai zakar yang agak besar, dengan ukuran 14 sentimeter, namun
hubungan seksual dengan isteri hambar. Berikutan saiz sebegitu, saya sukar
memasukkan zakar ke dalam faraj isteri. Malah, jika dimasukkan isteri saya
akan kesakitan.

Adakah masalah ini berlaku disebabkan zakar saya terlalu besar atau faraj isteri
saya yang terlalu kecil?

LELAKI RUNSING,
Nilai, Negeri Sembilan.

Jawapan

MEMANG saiz zakar anda agak luar biasa bagi seorang lelaki tempatan. Apa
yang anda miliki itu bukanlah penyebab masalah yang anda alami. Sebaliknya ia
berpunca daripada isteri anda yang tidak dapat memberi kerjasama baik dalam
hubungan seks.

Faraj adalah anggota yang fleksibel. Ia boleh mengembang dan memanjang jika
wanita itu tahu cara melakukannya. Jika bayi dengan saiz yang lebih besar
boleh dikeluarkan, faraj sebenarnya boleh menerima apa saja saiz dan bentuk
zakar.

Ukuran normal bagi faraj ialah tujuh hingga sembilan sentimeter. Disebabkan
mukosa faraj berlapik-lapik dan kenyal, ia boleh mengembang, memanjang dan
meluas sehingga empat kali ganda. Dalam konteks ini, zakar berukuran 14
sentimeter bukanlah satu masalah bagi faraj sebenarnya.

Isteri anda mungkin agak fobia sehingga dia gagal menerima zakar untuk
dimasukkan ke dalam farajnya. Untuk mengurangkan kesakitan isteri, mungkin
anda boleh menggunakan bahan pelincir seperti Top Gel.

Anda perlu memasukkan sedikit demi sedikit dan perlahan supaya corong faraj
dapat melega dan memanjang. Lama-kelamaan pasti isteri anda dapat
menerima zakar anda tanpa rungutan dan fobia lagi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 241

ISTERI TIADA MOOD

Soalan

SAYA mempunyai isteri berusia 31 tahun. Apa yang membimbangkan saya ialah
dia sering dingin seks terhadap saya. Apabila ditanya, alasannya ialah tiada
mood.

Saya amat kecewa dengan jawapannya itu. Bagaimanakah cara untuk mengatasi
masalah berkenaan? Ada atau tidak sebarang ubat untuk membolehkan isteri
saya bernafsu semula?

HAZAMI | Bandar Utama, Petaling Jaya.

Jawapan

AKTIVITI seksual adalah hubungan intim yang mengeratkan kemesraan suami


isteri dan sudah tentu menyemarakkan hubungan silaturahim mereka. Jika ada
masalah dalam hal hubungan seksual, perkara berkenaan tidak boleh dibiarkan
dan perlu dipulihkan.

Ia boleh dilakukan dengan cara sendiri yang memerlukan kerjasama suami isteri
atau bimbingan kaunselor yang mahir dalam hal hubungan intim. Hubungan
seksual memerlukan kerjasama suami dan isteri dan masing-masing perlu
memainkan peranan.

Suami tidak wajar melepaskan tanggungjawab mengurus rumah kepada isteri.


Dalam keadaan itu isteri letih dan tertekan, sudah tentu suasana seronok untuk
berasmara tiada.

Jika sama-sama menjalankan peranan sudah tentu tiada tekanan kepada mana-
mana pihak dan suasana menjadi aman tenteram. Selain kerjasama dalam
pengurusan rumah tangga, komunikasi antara pasangan memainkan peranan
mengeratkan kemesraan.

Bayangkan keadaan sebelum berkahwin betapa rapat dan mesra kerana dapat
berkomunikasi. Keadaan berbeza selepas berbulan madu dan terutama selepas
mempunyai anak. Jarang berinteraksi dan berkomunikasi dan lama-kelamaan
perasaan mesra menjadi pudar. Sehubungan itu, hubungan seksual tidak lagi
seperti dulu.

Dalam keadaan letih dan tanpa perasaan isteri atau suami berasa dirinya
tertekan tidak dapat memainkan peranan ketika melakukan hubungan seksual
kerana hubungan seksual membosankan atau menjadi rutin.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 242

Masalah seksual boleh berlaku dengan isteri yang mengalami perasaan dingin
(tiada mood) dan suami mengalami masalah ereksi atau cepat klimaks dan ia
memberatkan lagi hubungan serta menekankan rumah tangga mereka.

Kebanyakan pasangan kelamin jarang berbincang mengenai hubungan seksual.


Mereka lebih suka menilai atau memikirkan kehendak pasangan daripada
berbincang. Dalam keadaan sedemikian mereka melakukan sesuatu yang
mungkin tidak sesuai untuk mencapai matlamat penilaian sendiri.

Misalnya, suami berfikir isterinya tidak seronok bersetubuh kerana zakarnya


kecil atau isteri berfikir pasangannya tidak melakukan hubungan seksual kerana
suami tidak terangsang dengannya lagi.

Berfikiran sedemikian tidak boleh disamakan dengan komunikasi, malah boleh


menggugat suasana rumah tangga.

Saya syorkan pasangan yang mengalami masalah keintiman bermuafakat dan


bersama menyelesaikan masalah dengan baik.

Jika keadaan tidak mengizinkan kerana kedua-duanya menyimpan perasaan


negatif, elok bertemu pembimbing untuk kaunseling. Sekiranya ada masalah
kesihatan, kaunselor boleh merujuk mereka kepada pakar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 243

TAK TAHAN LAMA SEJAK AMBIL UBAT SAKIT JANTUNG

Soalan

SAYA duda berusia 71 tahun dan baru mengahwini seorang janda berusia 35
tahun. Sejak mengambil ubat sakit jantung, nafsu seksual saya berkurangan dan
ereksi zakar tidak bertahan lama kecuali pada masa tertentu seperti pada
waktu pagi atau bila terasa ingin kencing. Apakah puncanya?

Isteri saya pernah melahirkan anak melalui pembedahan. Kini dia sudah
mengandung dan bolehkah dia bersalin secara normal?

Sejak mengandung, isteri saya juga tidak mahu melakukan hubungan seks dan
tidak mahu bermesra dengan saya. Boleh doktor perjelaskan kenapa isteri
bersikap dingin?

LELAKI VETERAN | Johor.

Jawapan

BAGI lelaki yang berusia seperti anda, risiko untuk mengalami disfungsi erektil
(DE) adalah 70 hingga 75 peratus. Ini kerana sebahagian besar penyakit boleh
berlaku kepada individu yang berumur. Antaranya kencing manis, tekanan
darah tinggi, sakit jantung, kencing tidak lawas atau masalah pundi prostat
(pundi bengkak dan menyempitkan salur kencing).

Jika baru mengalami sakit jantung, masalah disfungsi erektil belum ketara dan
hubungan seksual masih boleh dilakukan. Apabila kemasukan darah ke dalam
otot zakar tidak mencukupi, zakar menjadi kendur dan seterusnya
menggagalkan hubungan seks.

Jadi cara yang sesuai untuk meningkatkan pengaliran darah ke dalam zakar
ialah dengan mengunakan pam vakum atau mendapat suntikan ubat
pengembang salur darah (seperti Caverjet) yang akan disuntik ke dalam otot
zakar setiap kali lelaki itu hendak bersetubuh.

Pengambilan ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra atau Cialis juga antara
langkah yang berkesan. Bagaimanapun, lelaki terbabit perlu menjalani
pemeriksaan terlebih dahulu untuk memastikan ubat itu selamat (kebetulan
tidak sesuai untuk mereka yang makan ubat jantung yang mengandungi
nitrate).

Wanita mengandung mudah letih dan lesu. Itu membuatkan mereka tidak
berminat untuk melakukan hubungan seks kecuali untuk menunaikan kewajipan
mereka terhadap suami. Selain daripada itu mereka tidak mudah terangsang.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 244

Bagi yang pernah mengalami keguguran, hubungan seks seperti satu trauma dan
amat ditakuti kerana khuatir akan mengalami keguguran lagi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 245

RIMAS MUDAH TERANGSANG

Soalan

SAYA masih remaja dan sangat mudah terangsang. Ini membuatkan saya rimas
dan runsing terutama apabila berhadapan dengan wanita. Bagaimanakah cara
untuk mengelakkan ia berulang?

JOHN | Lumut, Perak.

Jawapan

SEBAHAGIAN tanda baligh bagi lelaki ialah tumbesaran anggota kelamin dan
reproduktif dalaman seperti buah zakar serta pundi menghasilkan air mazi.

Ia adalah pundi prostat, seminal, cowpers dan littres (pundi yang menghasilkan
air mazi dari salur kencing). Pundi-pundi itu menghasilkan cecair tersendiri
ketika terangsang.

Cecair yang keluar awal akibat rangsangan seksual (rangsangan mental akibat
berdepan dengan perempuan) adalah daripada salur kencing. Warna cecair ini
jernih dan melekit. Ia melicinkan salur kencing dan memudahkan pancutan air
mani. Pada mulanya pengeluaran cecair ini mudah berlaku hingga seluar dalam
boleh basah.

Apabila lelaki remaja dapat meningkatkan kawalan diri daripada mudah


terangsang, pengeluaran cecair itu berkurangan dan lama-kelamaan akan
terkawal kecuali ketika melakukan onani.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 246

KECEWA TAK PUASKAN ISTERI

Soalan

SAYA berusia 25 tahun dan baru berkahwin tiga bulan lalu. Masalah saya
sekarang ialah apabila melakukan hubungan seks dengan isteri, air mani saya
kerap terpancut awal.

Bagaimanapun, saya tetap meneruskan gerakan supaya isteri dapat mencapai


klimaks walaupun zakar saya tidak tegang sepenuhnya. Dengan cara ini kadang-
kadang dapat membuat isteri saya mencapai klimaks.

Namun, kadang-kadang saya gagal sehingga isteri tidak mencapai klimaks. Ini
yang membimbangkan saya sekiranya dia tidak puas dalam melakukan
hubungan seks dengan saya.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini dan mahu mengekalkan ketegangan


zakar supaya dapat bertahan lama?

SYED | Lumut, Perak.

Jawapan

KATA orang senjata itu hebat jika kita tahu cara menggunakannya. Jadi, jika
zakar lelaki disamakan dengan senjata, maka lelaki yang tewas cepat dan tidak
dapat kekalkan ereksi memang lemah dari segi penggunaan anggota itu.

Sama seperti penggunaan senjata, kawalan minda amat penting kerana gerakan
penggunaan senjata lebih fokus dan berkesan. Begitu juga dengan hubungan
seks yang mana lelaki menggunakan zakarnya untuk memberi kepuasan kepada
pasangan.

Dia perlu memberi tumpuan kepada pergerakan zakar tanpa meningkatkan


rangsangan kepada dirinya seperti menggesel pangkal alat kelamin ke langit
anggota sulit pasangan. Cara itu memberi rangsangan yang kurang tetapi lebih
hebat kepada pasangan kerana langit faraj begitu sensitif (ada G-Spot).

Jika amalan onani dikaitkan dengan kelemahan daya tahan seksual, ada
kemungkinannya jika ketika melakukan onani lelaki itu sengaja
mempercepatkan klimaks.

Kawal gerakan supaya tidak keluar daripada kawalan klimaks dan jika
hendakkan klimaks, cepatkan hayunan sambil klimaks dan teruskan hayunan
dengan kemutan. Hasilnya kedua-dua akan merasai nikmat hubungan seksual
secara maksimum!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 247

Kaedah itu dikenali sebagai 'coital alignment' atau hubungan bersepadu! Bukan
senang untuk mengamalkannya kerana kadang-kadang gagal juga!
Bagaimanapun, lama-kelamaan anda menjadi biasa dan lebih cekap.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 248

LAMBATKAN PROSES EJAKULASI

Soalan

ADAKAH kekerapan minum minuman sejuk (berais) boleh mengurangkan


ketahanan zakar dan mengakibatkan cepat klimaks atau ejakulasi?

Jika ia benar, bagaimana kaedah sesuai untuk melambatkan proses ejakulasi?

SYAM,
Yan, Kedah.

Jawapan

EREKSI adalah semula jadi bagi semua lelaki. Apabila lelaki dapat mengawal
tahap kepadatan ereksi dan rangsangan sentuhan yang dialami penghujung
ereksi, maka dia dapat mengawal ejakulasi.

Lelaki yang pernah mengamalkan onani secara mengawal rangsangan dan


sengaja melengah-lengahkan ejakulasi dapat mengawal ejakulasi apabila dia
berdampingan dengan pasangan.

Sebaliknya bagi lelaki yang mengamalkan onani secara membuta tuli, iaitu
merangsang zakar dan cepat memancutkan air mani, dia bakal mengalami
cepat klimaks apabila bersetubuh dengan pasangannya.

Minum ais atau makan makanan ‘sejuk’ seperti tembikai tidak memberi apa-
apa kesan negatif kepada ereksi dan kemampuan atau daya tahan ejakulasi.

Baru-baru ini, saya mencipta sejenis getah penambat pangkal zakar yang boleh
dipasang pada pangkal zakar ketika ereksi. Getah penambat itu bakal memberi
rasa kurang selesa kepada kulit pangkal zakar dan secara langsung
mengurangkan rangsangan mental akibat persetubuhan.

Selagi rasa kurang selesa itu masih diterima minda, selagi itu lelaki dapat
mengawal ejakulasi. Apabila minda tidak lagi memberi tumpuan kepada
perasaan negatif itu, sebaliknya memikirkan rangsangan positif yang berlaku
pada hujung zakar, maka ejakulasi tercetus.

Dengan adanya getah penambat itu, ereksi masih kekal walaupun tahapnya
kurang sedikit tetapi masih boleh bergerak dan memberi kepuasan kepada
pasangan.

Ada pelbagai jenis getah penambat berkenaan dijual di pasaran dan harganya
tidak lebih daripada RM20 seunit. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman
web www.drismailtambi.com.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 249

SUAMI TIDAK YAKIN

Soalan

SAYA penghidap kencing manis dan mengambil pil metformin empat biji sehari
sejak 10 bulan lalu. Selain itu, saya memiliki tanda-tanda masalah disfungsi
erektil.

Saya berusia 32 tahun dengan ketinggian 178 sentimeter dan berat 106
kilogram. Sudah berkahwin dan Alhamdulillah, dikurniakan lima anak.

Masalah lain, zakar saya agak pendek. Keadaan ini sedikit sebanyak
mengurangkan keyakinan saya apabila ingin bersetubuh dengan isteri. Saya
harap doktor dapat membantu saya.

JAIS,
Gombak, Selangor.

Jawapan

WALAUPUN anda merasakan zakar anda pendek, tetapi anda dilihat


berkemampuan dalam hubungan seksual sehingga dikurniakan lima anak.
Malangnya, masalah penyakit kencing manis menganggu kehidupan seksual
anda sejak 10 bulan lalu.

Masalah disfungsi erektil mempunyai kaitan dengan zakar yang tidak cukup
tegang untuk tujuan persetubuhan. Bagi zakar kecil, ia lebih kepada keinginan
untuk memiliki saiz besar . Kedua-dua perkara ini sebenarnya tidak mempunyai
kaitan.

Rawatan mengatasi masalah disfungsi erektil ialah memastikan pengaliran


darah cukup ke ruang otot zakar supaya otot zakar padat dan ereksi tegap. Ini
boleh dilakukan melalui beberapa cara rawatan seperti pengambilan ubat PDE-
5 Inhibitor seperti Viagra, Cialis dan Levitra atau suntikan ubat cavajet yang
boleh melegakan otot zakar supaya banyak darah dapat memasukinya.

Selain itu, ia boleh diatasi dengan menggunakan alat pam vakum. Menerusinya
zakar yang tegang akan diikat dengan getah penambat supaya ketegangan
dapat dikekalkan.

Untuk menambah saiz zakar, alat penarik otot zakar atau 'penile extender'
jenama Andropenis boleh digunakan untuk jangkamasa empat hingga enam
bulan.

Ia berkesan untuk menambahkan saiz ereksi secara tetap antara dua hingga
lima sentimeter. Alat ini perlu dipakai mengikut panduan dalam buku atau

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 250

dengan bimbingan doktor. Jika berminat, sila layari laman web


www.drismailtambi.com untuk maklumat lanjut dan untuk membuat
tempahan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 251

KELUAR CECAIR KETIKA BUANG AIR BESAR

Soalan

SETIAP kali membuang air besar, ada cecair seperti air mani akan keluar
melalui zakar saya. Namun, selepas saya mengalami ‘mimpi basah’ tidak lama
selepas itu, ia tidak lagi keluar. Adakah ia sesutau yang normal?

DNERD,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Jawapan

LELAKI yang mengalami mimpi basah menandakan sistem reproduktif boleh


berfungsi dengan baik. Ia juga menandakan zakarnya sudah mencapai tahap
tumbesaran normal dan boleh berfungsi sehingga ke akhir hayat jika dia tidak
mengalami sebarang masalah kesihatan kronik.

Apabila lelaki terangsang, pengaliran darah ke zakar meningkat, begitu juga di


prostat, seminal dan cowpers. Cecair jernih yang keluar dari salur kencing itu
ialah air mazi yang dihasilkan pundi yang terdapat dalam salur kencing.

Cecair yang sama dan bercampur cecair dari pundi cowpers dan prostat akan
keluar apabila lelaki itu meneran atau mengemut ketika membuang air besar
atau air kecil. Kekerapan pengeluaran cecair berkenaan kurang apabila pundi
itu tidak lagi terangsang. Apa yang anda alami itu adalah normal dan bukannya
penyakit.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 252

KESAN TAHAN AIR MANI

Soalan

ADAKAH kesakitan yang dirasakan pada pangkal tepi perut kerana menahan
mengeluarkan air mani boleh mendatangkan kesan kepada alat kelamin?

MIDI FC | Kelana Jaya, Selangor.

Jawapan

Apabila lelaki terangsang, perjalanan darah kepada zakar meningkat dan


anggota berkenaan menegang. Otot badan terutama sekali otot pinggang,
perut, paha dan punggung berada dalam keadaan tegang ketika klimaks.

Ketika seseorang itu dalam keadaan terangsang, otot badannya dalam keadaan
separa mencengkam, apatah lagi jika mengawal daripada klimaks. Dia terpaksa
menahan otot perut dan mungkin mengemut supaya proses permulaan ejakulasi
terencat.

Dengan menggunakan daya yang tinggi untuk mengawal ejakulasi, sudah tentu
otot terasa tidak selesa, dan mungkin sakit atau lenguh. Perkara ini akan
dialami setiap kali berkelakuan sedemikian.

Jika mampu menerima keadaan tidak selesa itu, perkara itu bukan lagi masalah
untuknya. Jika tidak selesa, apa yang harus dilakukan ialah menghentikannya.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 253

ALAT KELAMIN BOLEH ‘PATAH’

Soalan

SAYA mendapat tahu kononnya zakar boleh terpatah. Boleh doktor jelaskan
bagaimana ia boleh berlaku dan apakah tindakan yang boleh diambil jika ia
terjadi?

JJ | Melaka

Jawapan

MEMANG pelik mendengar kes zakar terpatah kerana ia adalah anggota yang
tidak bertulang. Bagaimanapun, memang zakar boleh patah tetapi kes sebegitu
jarang dirujuk kepada doktor kerana ‘kepatahannya’ tidak ketara kerana tisu
yang rosak itu boleh pulih.

Zakar boleh patah sekiranya terhimpit atau ditindih ketika ia sedang


menegang. Contohnya jika seseorang lelaki sedang tidur memusingkan
badannya dan menindih zakarnya yang sedang menegang dengan badan. Ia
boleh mengakibatkan zakar terkulai dan membengkak.

Kebiasaannya jika ditekap dengan ais, bengkak itu akan susut dalam masa
seminggu dan zakar akan kembali normal. Jarang zakar yang patah memerlukan
pembedahan kecuali jika ada darah beku di dalam otot.

Ada juga kes zakar terpatah semasa melakukan persetubuhan kerana ia


terbengkok dengan ketara. Jika ia terjadi, persetubuhan tidak dapat dilakukan.
Cara untuk memulihkannya ialah dengan menggunakan alat penarik otot zakar
iaitu Andropenis.

Cara untuk mengelak zakar patah ialah pastikan zakar yang sedang menegang
padat tidak tertindih atau terhimpit dengan kuat.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 254

AIR KENCING BERCAMPUR DARAH

Soalan

SAYA berusia 35 tahun dan mengalami satu masalah yang agak


membimbangkan. Setiap kali saya membuang air kecil selepas melakukan
hubungan seks, saya dapati air kencing saya bercampur darah. Ia mengambil
masa beberapa hari sebelum pulih seperti sedia kala.

Akibat masalah itu, saya takut untuk melakukan hubungan seks dengan isteri.
Saya bimbang perkara ini akan merenggang hubungan kami suami isteri.

Apakah yang sebenarnya terjadi kepada saya dan apakah yang boleh saya
lakukan?

LIZAM | Kuala Lumpur.

Jawapan

KENCING berdarah selepas bersetubuh memang merunsingkan lelaki yang


mengalami masalah itu. Ia seolah-olah mengambarkan kerosakan dalam salur
kencing akibat ejakulasi.

Sememangnya ejakulasi itu dinamik dan memberi tekanan kepada salur kencing
akibat perjalanan air mani yang begitu deras dalamnya dan sedikit sebanyak
akan mengembangkan saluran itu dan menyentap bahagian yang sempit dalam
saluran kencing yang biasanya ada di bahagian penghujung lubang kencing.

Jadi tidak hairan jika ada luka di bahagian penghujung salur kencing yang
berdekatan penghujung zakar yang akan terasa pedih atau perit seketika.
Apabila lelaki itu membuang air kecil, perjalanan air kencing akan menggesel
tempat luka itu dan mengakibatkan pengeluaran darah!

Apabila luka itu pulih keadaan menjadi normal kembali, kecuali selepas
bersetubuh, yang mana perkara itu akan menjadi balik!

Masalah kencing berdarah selepas bersetubuh perlu dirujuk kepada doktor atau
pakar urologi dan kemungkinan lelaki itu perlu menjalani pemeriksaan yang
dikomprehensif.

Jika doktor berpendapat pemeriksaan lanjut perlu dilakukan, mungkin


pemeriksaan dengan mengunakan alat urethroscop dan cystoscope untuk
mengenal pasti gejala luka itu dapat dikesan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 255

Berdiam diri dan merana berseorangan bukan caranya dan ini boleh
menjejaskan hubungan silaturrahim dengan pasangan jika tidak berbuat apa-
apa.

Jika perkara itu berlaku akibat kesempitan salur kencing di bahagian


pengeluaran pancutan air mani atau pembukaan sistem ejakulatory, bahagian
yang sempit itu perlu dilonggarkan dengan alat pelonggar atau ‘dilators’.

Buat temujanji untuk berjumpa pakar urologi secepat mungkin atau sila rujuk
ke Institut Urologi, Hospital Besar Kuala Lumpur atau mana-mana Unit Urologi
di hospital kerajaan serta swasta.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 256

7 TAHUN KAHWIN TAK ADA ANAK

Soalan

SAYA sudah berkahwin selama tujuh tahun tetapi masih belum dikurniakan
anak. Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mendapati saya mengalami
masalah kurang sperma, iaitu kurang daripada 20 juta, kadar mortality pula
kurang dari lima peratus. Sehubungan itu, ia menandakan peluang saya untuk
memperolehi zuriat sendiri adalah tipis.

Apakah langkah yang perlu diambil untuk menambah kadar mortality sperma
saya dan apakah pemakanan tambahan yang boleh diambil untuk menambahkan
jumlah sperma?

ZAKARIA | Ipoh, Perak.

Jawapan

MASALAH kesuburan di kalangan lelaki amat merunsingkan kerana tiada satu


rawatan yang boleh dikatakan sesuai atau mujarab untuk mengatasinya. Ia
berbeza dengan wanita, ada banyak ubat yang boleh merangsangkan
pengeluaran telur.

Kajian yang pernah dilakukan beberapa pakar andrologis (pakar sakit tuan) di
Eropah dan Jepun mendapati proses pembiakan sperma amat sensitif kepada
faktor alam sekitar seperti udara dan air.

Sekiranya berlaku pencemaran udara seperti jerebu (yang mengandungi tahap


dioxida yang tinggi), kemungkinan tahap hormon kewanitaan meningkat dalam
tubuh lelaki dan kebarangkalian proses pembiakan sperma terencat boleh
berlaku.

Ada juga antibiotik dan ubat didapati boleh mengganggu pembiakan sel sperma
dan doktor yang merawat pesakit lelaki perlu berwaspada memberi ubat supaya
ianya tiada kesan sampingan kepada kesuburan lelaki.

Masalah kesuburan lelaki perlu dikendalikan pakar yang mahir mengenainya.


Pemeriksaan kesuburan lelaki seperti pemeriksaan buah zakar untuk mengenal
isipadunya, memeriksa sama ada ada salur ven bengkak atau pembuluh darah
yang menandakan varikosel atau apa-apa ketumbuhan yang lain yang mungkin
mengaitkan masalah sperma itu.

Ujian hormon FSH, testosterone dan prolactin disukat untuk mengenalpasti


tahapnya yang boleh menggambarkan masalah sebenar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 257

Jika tahap hormon FSH kurang, maka ubat penyubur akan diberi sekurang-
kurangnya untuk tiga bulan (kerana proses pembiakkan sperma memakan masa
tiga bulan). Makanan tambahan seperti herba Tribestan dan ekstrak larut dalam
air Tongkat Ali didapati dapat membantu merangsang sel kilang sperma untuk
membiak dan jika mujarab untuk individu itu maka masalah spermanya dapat
diatasi.

Saya syorkan lelaki yang ada masalah kesuburan berjumpa pakar Andrologis
untuk mengendalikan masalah kesuburannya.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 258

RISAU TAK TAHAN LAMA

Soalan

SAYA berusia 24 tahun dan mengalami masalah zakar yang tidak mampu
mencapai ereksi padat. Apabila melakukan hubungan seks dengan isteri, ia juga
tidak dapat bertahan lama. Sebaik mahu memasukkannya ke dalam faraj isteri,
ia mengendur dan lembik.

Adakah masalah ini berpunca daripada perbuatan onani yang sering saya
amalkan dulu? Buat pengetahuan doktor, sebelum berkahwin saya kerap
melakukan onani dan kadangkala sehingga empat kali seminggu.

Bolehkah saya menggunakan alat pam vakum? Adakah ia mempunyai kesan


sampingan?

SIVARAM | Selangor.

Jawapan

MASALAH lemah tenaga syahwat atau tidak mampu ereksi sering dikaitkan
dengan amalan onani. Ia sudah menjadi isu di kalangan pembaca ruangan ini
sejak dulu lagi.

Memang menjadi kebiasaan bagi setiap individu apabila mula merasai perasaan
syahwat, mereka mula berjinak-jinak dengan amalan onani.

Masalah berlaku apabila mereka mula ketagih akibat keseronokan yang


dirasakan tanpa mengetahui perbuatan itu akan melemahkan tenaga dan fungsi
syahwat apabila berkahwin kelak.

Seterusnya mereka mendapati rangsangan syahwat dengan pasangan tidak


mencabar dan tindak balas rangsangannya kurang dan tidak seperti apabila
berseorangan dengan fantasi dan khayalan seksnya.

Malah, perbuatan itu tidak memerlukan mereka berdepan dengan sesiapa pun.
Keadaannya tentu berbeza jika berdepan dengan pasangan yang mungkin sukar
untuk memberi kerjasama sehingga terpaksa berhempas pulas untuk memberi
nikmat kepada pasangannya.

Jadi perasaan itu membuatkan lelaki berasa tertekan dan dalam keadaan itu
ereksi menjadi lemah. Kesudahannya boleh mengakibatkan ‘mati pucuk’.

Mungkin cara paling bijak untuk menghindari onani ialah dengan memberi lebih
tumpuan kepada isteri seperti menghabiskan masa bersama, sering bermesra
dan bergurau supaya tidak berasa tertekan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 259

Bila keadaan bertambah selesa, keseronokan seksual akan hadir dengan wanita
yang diidamkan secara realiti dan bukan secara fantasi lagi.

Jika lelaki muda yang mengalami tekanan, gagal mencapai ereksi yang padat
tetapi ketika bangun tidur dia mudah mencapai ereksi padat, zakarnya masih
boleh berfungsi dengan baik.

Kegagalan mencapai ereksi ketika bersama dengan pasangan terjadi akibat


perasaan takut dan fobia terhadap hubungan seks (takut tidak mampu
memuaskan pasangannya). Masalah itu dikenali sebagai mati pucuk akibat
tekanan. Apabila tekanan tidak lagi dirasakan, ereksi menjadi kukuh dan stabil.

Jika masih mahu melakukan onani, ia boleh dilakukan bersama isteri supaya
tidak lagi berfantasi untuk mendapat rangsangan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 260

PASANGAN PERLU TAHU WAKTU SUBUR

Soalan

SETIAP kali bersetubuh dengan isteri, air mani saya akan meleleh keluar semula
daripada faraj isteri. Kenapa ia berlaku dan adakah ia boleh menghalang
persenyawaan daripada berlaku?

ACEM,
Alor Gajah, Melaka.

Jawapan

KEMUNGKINAN kehamilan bagi pasangan kelamin berusia 20-an yang tidak


mengamal kaedah merancang keluarga ialah 15 peratus. Bagi pasangan berusia
30-an pula kira-kira 10 hingga 12 peratus jika persetubuhan kerap dilakukan
pada waktu isteri subur.

Kesuburan isteri bermula dengan pengeluaran lendir seperti hingus dari faraj.
Waktu suburnya ialah beberapa hari selepas dia terasa imbasan sengal di paras
atas ari-ari. Adalah mustahak bagi setiap pasangan tahu mengenai waktu subur
jika mereka inginkan zuriat.

Kebiasaannya memang air mani boleh mengalir keluar selepas suami menarik
zakar keluar. Namun, ia boleh dielak jika isteri tidak mengemut faraj,
sebaliknya isteri perlu mengembangkan corong faraj sambil mengekalkan posisi
asal ketika bersetubuh tanpa meluruskan kaki.

Kemutan pada faraj mengakibatkan corong faraj kempis dengan pengeluaran


angin yang akan menolak air mani. Isteri juga tidak digalakkan bangun dan
bergerak ke tandas untuk membersihkan farajnya. Ini kerana ia akan
menyebabkan air mani keluar dan sperma terdedah kepada air dan sabun yang
akan mematikannya.

Isteri juga tidak digalakkan meletakkan kain pada faraj kerana ia akan
menyerap air mani. Sebaik-baiknya gunakan tisu kering.

Jika selepas setahun mencuba masih belum menunjukkan sebarang tanda


kehamilan, eloklah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan
mendapat rawatan yang sewajar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 261

ISTERI LAMBAT CAPAI KLIMAKS

Soalan

Suami perlu arif terhadap sentuhan, belaian intim. SETIAP kali mengadakan
hubungan seks, isteri saya mengambil masa yang begitu lama untuk mencapai
klimaks. Kadang-kadang ia memberi tekanan kepada saya.

Adakah dia mempunyai penyakit dan apakah kaedah yang boleh digunakan
supaya dapat membantu dia cepat mencapai klimaks?

SUAMI PRIHATIN | Selangor

Jawapan

SUDAH menjadi fitrah manusia mempunyai naluri seksual dan syahwat untuk
melakukan hubungan seks. Sentuhan, cumbuan dan belaian amat penting untuk
menimbulkan rasa ghairah sebelum bersama-sama menikmati keseronokan
dalam persetubuhan.

Tidak dinafikan kadang-kadang wanita itu tidak ada ‘mood’. Namun dia tetap
melakukan hubungan seks dengan suami atas rasa tanggungjawab dan itu
mengakibatkan dia tidak akan mencapai klimaks. Kadang-kadang mereka
melakukan hubungan seks kerana rindukan suami. Jadi, klimaks seolah-olah
tidak penting baginya.

Ini jelas menunjukkan wanita yang melakukan hubungan seks dengan suami
adalah atas pelbagai sebab dan pencapaian klimaks mengikut keadaan.

Kajian menunjukkan sebilangan besar wanita tidak mencapai klimaks, tetapi


kebanyakan mereka berasa selesa dan puas dengan pasangan masing-masing.

Wanita yang ingin menghayati klimaks perlu mengenali anggota tubuh badannya
yang mudah memberi rangsangan kepadanya dan mendorong pasangan
melakukan belaian dan sentuhan yang diidamkan dan boleh mencetuskan
klimaks.

Wanita sebenarnya seronok dengan belaian dan sentuhan intim. Lelaki perlu
arif dengannya dan kerap melakukannya supaya isteri terangsang dan mudah
mencapai klimaks apabila persetubuhan mula dilakukan.

Sentuhan dan belaian intim yang dilakukan kepada anggota badan wanita yang
boleh mencetuskan keghairahan perlu mengikut panduan wanita itu. Panduan
buku mungkin tidak berkesan, yang mustahak ialah wanita itu memberi
panduan kepada suami mengenai bahagian tubuhnya yang suka untuk diberi

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 262

belaian dan rangsangan. Dengan cara sedemikian mudah untuk wanita itu
mencapai klimaks.

Ada beberapa posisi tertentu dalam persetubuhan yang dapat memberi klimaks
yang cepat bagi sesetengah wanita. Contohnya posisi wanita di atas dapat
memberi kebebasan kepadanya menggerakkan tubuh untuk memudahkan
pencapaian klimaks.

Begitu juga dengan sentuhan oral yang dapat meningkatkan keghairahan wanita
sehingga sampai ke kemuncak walaupun zakar belum lagi dimasukkan ke dalam
faraj.

Wanita yang mahukan keseronokan lebih dan sentuhan yang lebih intim perlu
bekerjasama dengan pasangan untuk berinteraksi dengan bebas, selesa dan
meyakinkan. Perasaan takut, sakit, tidak selesa dan memaksa tidak akan
memberi apa-apa kebaikan kepada kedua-dua pasangan.

Semasa melakukan hubungan seks, komunikasi adalah paling penting. Luahkan


kepada suami jika apa yang dilakukannya membuatkan isteri berasa selesa dan
seronok. Jika boleh, galakkan suami jika mahukan sentuhan yang lebih
merangsangkan supaya mudah mencapai klimaks.

Kerjasama adalah penting dalam hubungan seksual suami isteri. Ia adalah suatu
interaksi yang membina apabila kedua-dua pihak mencapai hasrat, sama ada
kepuasan batin atau klimaks.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 263

PUNCA LELAKI BOTAK

Soalan

APAKAH yang dimaksudkan dengan hormon dihidrotestosterone? Betulkah ia


punca lelaki menjadi botak dan kenapa ia wujud? Adakah ia berbahaya?

SALLEH,
Batu Gajah, Perak.

Jawapan

HORMON dihidrotestosterone ialah hormon testosterone yang paling kuat (30


kali kekuatan testosterone) dan terhasil dari dalam testis, pundi prostat dan
akar rambut. Peningkatan hormon ini memang ada kaitan dengan botak.

Jika hormon ini dikawal dengan ubat 5 Alpha Reductase Inhibitor (5-ARI) seperti
finisteride dan propencia, untuk jangka masa enam bulan hingga setahun,
kemungkinan masalah kekurangan rambut dapat dikawal.

Rawatan ini perlu dilakukan doktor dan ubat itu tidak boleh dibeli tanpa
kebenaran doktor. Kajian yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat mengenai
herba ‘saw palmatto’ mendapati amalan pengambilan herba ini dapat
mengurangkan peningkatan dihidrotestesterone dan lama kelamaan tekanan
kepada akar rambut dapat dikawal dan bengkak pada pundi prostat dapat
dikawal.

Kesan sampingan ubat 5-ARI, termasuk mati pucuk dan kelemahan otot kerana
kedua-dua masalah ini memerlukan hormon testosterone yang mantap.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 264

BERAT BADAN MENINGKAT

Soalan

RAMAI berpendapat selepas mendirikan rumah tangga, tubuh lelaki menjadi


semakin berisi atau gemuk. Adakah kegemukan atau pertambahan berat badan
ini mempunyai kaitan dalam konteks hubungan seks suami isteri? Betulkah
kekerapan melakukan hubungan seks menjadi penyebab kepada pertambahan
berat badan?

AZRIN | Seremban, Negeri Sembilan.

Jawapan

MEMANG tidak dinafikan sebahagian besar lelaki dan wanita yang baru
berkahwin mendapati berat badan mereka meningkat. Paling ketara lelaki
sehingga kadang-kadang mendapat ‘teguran’ daripada rakan dan saudara-mara.

Malah, jawapan yang selalu diberi suami ialah kerana masakan isteri terlalu
sedap dan mereka tidak perlu bekerja keras berikutan insan yang dicintai sudah
berada di sisi.

Mungkin apa yang dikata suami itu ada kebenarannya. Sewaktu bujang,
makanan hanya dibeli dan jarang dimasak sendiri. Jadi, mereka perlu banyak
bergerak.

Apabila berkahwin, isteri menyediakan makanan dan ditambah dengan pujukan


dan senyuman manis isteri, nafsu seksual lebih bergelora! Jadi, berat badan
bertambah.

Selain itu, hubungan seks memerlukan tenaga dan ia tentu mendorong anda
untuk makan lebih banyak. Jadi, kenaikan berat badan adalah kerana
pemakanan dan kurangnya aktiviti luar, bukan kerana hubungan seks.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 265

PELUANG DAPAT ANAK

Soalan

JIKA air mani itu jernih dan tidak berwarna, adakah ia tidak sihat dan tidak
mengandungi sperma? Jika ini berlaku, bagaimana peluang untuk mendapatkan
zuriat?

NIMO | Melaka.

Jawapan

AIR mani mengandungi dua hingga lima peratus benih dan 60 peratus cecair
daripada pundi seminal. Selebihnya adalah dari pundi prostat serta sedikit
daripada pundi Cowpers dan pundi salur kencing.

Kebiasaannya warna air mani putih, kelabu, sedikit kekuningan dan kadang-
kadang jernih. Jadi, warna air mani bukanlah tanda kesuburan. Paling
mustahak kandungan sperma dalam air mani. Jika ada sperma, maka lelaki itu
tidak mandul.

Setiap lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma dalam setiap satu


mililiter air mani. Ini termasuk kira-kira 40 peratus sperma aktif dan 30 peratus
sperma berbentuk normal. Kedudukan dan keadaan sperma juga tidak
menentu. Kadang-kadang pengeluarannya sedikit dan di waktu yang lain, ia
lebih banyak dari yang dijangka.

Jika anda baru berkahwin dan merancang mendapatkan anak tetapi tidak ada
sebarang tanda dalam masa setahun, anda bersama isteri perlu berjumpa
doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.

Anda pula perlu menjalani ujian air mani. Jika air mani normal, anda tidak
perlu bimbang kerana itu menandakan ia mengandungi sperma.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 266

TIADA BERNAFSU PADA ISTERI

Soalan

SEJAK kebelakangan ini, saya seperti tidak begitu bernafsu untuk melakukan
hubungan seks bersama isteri. Pada awal perkahwinan, kami melakukannya dua
atau tiga kali seminggu tetapi selepas isteri saya melahirkan anak kedua,
kekerapannya hanya sekali seminggu dan kadangkala tidak ada langsung.

Saya seperti tidak bernafsu dengan isteri saya, sebaliknya lebih merasa nikmat
dengan melakukan onani. Saya cuba mengelak melakukan onani tetapi tidak
berjaya.

DON | Bukit Mertajam, Seberang Prai.

Jawapan

MENGIKUT pendapat banyak pakar psikologi, onani satu proses pengenalan diri
dan syahwat. Jika ia memberi keselesaan dan nikmat terhadap diri sendiri
maka itu satu kebaikan. Namun, jika memberi kesan buruk, lebih baik
dihentikan.

Jika onani dilakukan untuk kelegaan syahwat dan mengelakkan seseorang itu
daripada perbuatan memudaratkan seperti seks rambang (terdedah kepada
penyakit HIV/AIDS) atau rogol (suatu jenayah), anda boleh melakukannya.
Bagaimanapun, ia tidak digalakkan.

Sebaliknya, jika onani memberi tekanan dan menyebabkan seseorang itu tidak
mesra dengan pasangan wanitanya, maka ia perlu dihentikan secepat mungkin.
Pada masa sama, anda perlulah meningkatkan sentuhan dan belaian mesra
terhadap pasangan.

Tidak salah jika pasangan diberi panduan mengenai kaedah lelaki yang mahu
dirinya dirangsang. Cara ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan masing-
masing.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 267

TANDA SISTEM NORMAL

Soalan

SAYA berusia 21 tahun dan mempunyai zakar yang cepat menegang. ia berlaku
tidak kira masa termasuk apabila tidak menonton filem lucah atau membaca
bahan lucah. Mengapa ia berlaku?

REEZ | Kelantan.

Jawapan

KETEGANGAN atau ereksi zakar adalah fenomena semula jadi untuk lelaki.
Ereksi boleh berlaku apabila lelaki terangsang dan apabila zakar tersentuh.

Kajian rambang menunjukkan lelaki berkemampuan mencapai ereksi spontan


sebanyak 20 hingga 30 kali sehari. Waktu ereksi antara beberapa saat dan
beberapa minit dan lebih lama jika ia akibat terangsang.

Jadi jangan hairan jika ereksi kerap berlaku kerana ia petanda sistem syahwat
lelaki berfungsi normal. Jika tiada ereksi langsung walaupun mencapai baligh
kemungkinan lelaki mengalami mati pucuk prima.

Fenomena ereksi adalah petanda mutlak yang lelaki berkemampuan


menggunakan zakarnya untuk disalurkan ke dalam faraj.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 268

BENANG MASIH TERLEKAT SELEPAS BERKHATAN

Soalan

SAYA kini berusia 20 tahun dan masih bujang. Baru-baru ini, saya terkejut
menjumpai benang di kulit zakar yang digunakan untuk menjahit zakar saya
sewaktu berkhatan dulu.

Adakah ia boleh menjejaskan kemampuan seksual saya?

INSAN HAIRAN | Kuala Lumpur.

Jawapan

DALAM prosedur berkhatan, hanya bahagian kulit di hujung kepala zakar


dipotong. Selepas itu kulit pada bahagian yang sudah dipotong dicantum dan
dijahit menggunakan benang yang boleh diserap isi kulit dalam tempoh
seminggu hingga dua minggu.

Jika menggunakan benang yang tidak boleh diserap seperti benang sutera. ia
perlu dibuka dengan memotong tempat cantuman apabila luka sudah sembuh.
Jadi, jika ada benang yang tertinggal, ia adalah benang sintatik bukan organik
dan tidak boleh diserap ke dalam kulit.

Benang sutera kebiasaannya berwarna hitam dan ia boleh dipotong. Jika


dibiarkan ia tidak memberi apa-apa kesan negatif kecuali jika tersangkut.
Bagaimanapun, anda boleh berjumpa mana-mana doktor untuk menyelesaikan
masalah terbabit.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 269

HUBUNGAN SEKSUAL SECARA LUARAN BOLEH HAMIL

Soalan

ADAKAH air mazi lelaki mengandungi sperma dan bolehkah isteri saya hamil jika
saya hanya meletakkan zakar di bibir faraj tanpa mengeluarkan air mani, tetapi
hanya air mazi?

ZUL,
Kemaman, Terengganu.

Jawapan

PERNAH berlaku kepada wanita yang melakukan hubungan seksual secara


luaran dengan pasangan mendapati dirinya hamil walaupun pasangannya hanya
menggesel zakar di bibir tanpa ejakulasi tetapi ada pengeluaran air mazi akibat
zakar yang amat terangsang.

Kajian yang pernah dilakukan kepada air mazi mendapati ada beberapa juta
sperma turut ada di dalam air mazi. Ia boleh berlaku apabila lelaki itu
melakukan onani dan sperma masuk ke dalam pundi salur kencing dan keluar
apabila air mazi terkeluar.

Kemungkinan hamil tetap ada jika zakar disentuh kepada kemaluan perempuan
kerana dalam keadaan ghairah macam-macam boleh berlaku. Untuk elakkan
kehamilan, gunakan kondom kerana ia lebih murah dan efektif.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 270

PEDIH KETIKA BUANG AIR KECIL

Soalan

SETIAP kali membuang air kecil, saya terasa sakit dan pedih. Sejak
kebelakangan ini ia semakin menjadi-jadi terutama pada waktu pagi dan
malam.

Untuk pengetahuan tuan, saya pernah melakukan hubungan seks rambang


ketika menuntut di luar negara dulu. Adakah penyakit itu mempunyai kaitan
dengan jangkitan kuman atau hubungan seks rambang itu?

JIMI | Kuantan, Pahang.

Jawapan

MASALAH membuang air kecil untuk lelaki kadangkala merumitkan terutama


jika ia berlaku pada waktu malam atau awal pagi.

Jika perkara itu berlaku kepada remaja lelaki mungkin disebabkan


ketidakselesaan pundi prostat akibat tekanan atau radang salur kencing kerana
aktiviti onani.

Keradangan yang berlaku bukan disebabkan jangkitan. Perkara ini reda dan
tidak perlu rawatan dan boleh dielakkan jika kegiatan melancap dikurangkan.

Bagi orang dewasa apabila perkara sama berlaku, ia mungkin akibat jangkitan
hubungan kelamin atau jangkitan pada pundi kencing atau prostat, terutama
apabila lelaki itu demam . Ujian kencing boleh mengesahkan sama ada
jangkitan berlaku. Ubat antibiotik dan rawatan yang sesuai boleh diberi.

Lelaki yang berumur pula mengalami kencing tidak tus atau tidak lancar selain
kekerapan kencing waktu pagi kemungkinan mengalami masalah pundi prostat.

Dalam usia lanjut, pundi prostat lelaki boleh mengembang dan ini
mengakibatkan salur pembukaan pundi kencing sempit dan pundi kencing
kehilangan fungsi cengkaman. Jadi, pengeluaran air kencing tidak lancar dan
masih ada air kencing dalam pundi kerana pundi kencing tidak dapat mengecut
habis.

Rasa pedih ketika kencing mungkin disebabkan air kencing keruh dan
mengandungi kristal atau pasir. Ujian air kencing boleh mengesahkan perkara
berkenaan. Kadangkala ia berlaku ketika membuang air kecil disebabkan
pengeluaran batu karang halus.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 271

Jangkitan salur kencing boleh berlaku akibat jangkitan penyakit kelamin.


Kuman jangkitan dikenal pasti dengan mengambil ‘smear’ atau cecair yang
keluar daripada salur kencing atau keluar akibat urutan kepada pundi prostat.

Merujuk kepada soalan, kemungkinan masalah dialami berpunca daripada


jangkitan penyakit kelamin jika ada melakukan hubungan kelamin luar nikah.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 272

SEKS ORAL BOLEH BAWA MUDARAT

Soalan

APA yang dimaksudkan dengan seks oral?

Burn,
Segamat, Johor.

Jawapan

SEKS oral ialah rangsangan seksual terhadap alat kelamin menggunakan lidah,
mulut dan bibir. Dari segi kesihatan, jangkitan boleh berlaku jika salah seorang
mempunyai jangkitan. Apa yang penting ialah penjagaan kebersihan terutama
di bahagian alat kelamin.

Jangkitan boleh berlaku jika alat sulit itu luka sebab tergigit. Jadi, elakkan ia
daripada berlaku.

Ada yang berpendapat seks oral boleh menyebabkan kehamilan. Jawapannya


tidak! Menelan air mani suami dengan kepercayaan bahawa ia boleh
menyebabkan kehamilan adalah karut dan tidak digalakkan dalam Islam.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 273

KETULAN KECIL, HITAM DALAM KULIT

Soalan

SAYA mendapati kulit zakar saya ada lubang halus yang mempunyai ketulan
kecil berwarna hitam di dalamnya. Apakah ia sebenarnya? Adakah ia normal?

INGIN TAHU | Johor.

Jawapan

ADA pembukaan pundi yang menghasilkan sebum atau cecair pelembap kulit
penghujung zakar. Takungan cecair ini boleh menjadi pekat dan keras serta
mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Bagi lelaki yang berkhatan, pundi terbabit akan terpotong dan cecair pelembap
ini tidak akan kelihatan. Sememangnya tujuan berkhatan untuk mengekalkan
kebersihan zakar lelaki.

Kadang-kadang salur pundi atau pundi yang menghasilkan cecair pelembap


sebum itu masih kekal kerana cecair itu tidak dapat bertakung di bahagian
lekuk penghujung zakar.

Apabila ia kering dalam penghujung salur dan jika dipicit akan menghasilkan
benda keras atau biji berwarna hitam yang mengeluarkan bau yang kurang
menyenangkan.

Jadi anda tidak perlu bimbang kerana ketulan kecil atau biji yang anda
maksudkan itu adalah cecair pelembap yang sudah kering.

Bagi mengelakkan bau, lubang kecil itu perlu dipicit untuk mengeluarkan biji
hitam itu. Bagaimanapun, masalah ini hanya berlaku pada sesetengah lelaki
saja.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 274

KULIT ANGGOTA SULIT KOYAK, KERING

Soalan

KULIT di bahagian hujung zakar saya dan bekas jahitan sewaktu berkhatan dulu
agak menegang. Keadaan ini berlaku apabila ia ereksi sehingga kadang-kadang
terluka akibat koyak dan kering.

Apakah kaedah rawatan untuk mengatasi masalah ini?

PATZUL | Kuala Lumpur.

Jawapan

KULIT anggota sulit lelaki dan wanita begitu halus, licin dan tidak mudah
mengeras atau menggerutu. Ia juga elastik dan boleh ditarik apabila anggota
kemaluan itu mengembang dan kulit juga akan melebar.

Kulit bekas parut tidak mempunyai fungsi seperti itu. Jadi parut itu boleh
melecet atau merekah dan boleh menebal. Jika kulit parutan itu mengganggu
hubungan seks, iaitu menyakitkan dan lambat pulih kemungkinan besar ia perlu
dibedah dan kulit normal dicantumkan dengan teliti.

Ini adalah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan. Jika belum atau tidak
bersedia untuk menjalani pembedahan kulit parutan itu, adalah penting bagi
individu yang mempunyai masalah kulit menebal dan mengering itu
menyapukan losyen pelembab setiap kali selepas mandi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 275

KAWAL EJAKULASI

Soalan

AMALAN ‘coitus interruptus’ atau mengeluarkan air mani di luar rahim dilihat
sebagai satu kaedah berkesan untuk merancang keluarga. Apakah kebaikan dan
keburukannya dari sudut perubatan?

SEPEIE | Kelantan.

Jawapan

KAEDAH ‘coitus interruptus’ atau dikenali sebagai al-azal adalah kaedah


merancang keluarga secara tradisional dan tanpa mengunakan sebarang
peralatan. Ia dilakukan lelaki kepada pasangannya dengan mengeluarkan zakar
dari faraj sebelum mengeluarkan air maninya di luar faraj ketika bersetubuh.

Amalan ini sesuai bagi lelaki yang dapat mengawal ejakulasi dan mempunyai
daya tahan yang tinggi. Jika air mani terlepas walau sedikit pun ke dalam faraj,
besar kemungkinan kehamilan masih boleh berlaku.

Penting bagi lelaki yang merasakan dirinya tidak mempunyai kawalan daripada
ejakulasi yang sempurna, dia harus memberitahu pasangan sekiranya dia terasa
ada pengeluaran air mani sedikit. Jadi, dengan amaran itu pasangan wanita
boleh mencuci kemaluannya untuk membunuh sperma berkenaan.

Kajian mengenai air mazi yang biasanya keluar sebelum air mani mendapati
kadang-kadang ada sperma di dalamnya dan ia mencukupi untuk mendatangkan
kehamilan.

Ada sesetengah wanita tidak seronok dengan kaedah itu. Ini berikutan mereka
tidak dapat menikmati kepuasan dalam persetubuhan.

Dalam satu kajian yang pernah dijalankan terhadap lelaki Pakistan yang
mengamalkan kaedah berkenaan mendapati sebahagian besarnya mengalami
masalah kencing kotor berbanding lelaki Pakistan lain yang tidak melakukan
kaedah ini.

Jadi, terpulang kepada lelaki untuk mengamalkannya jika itu yang diinginkan.
Inilah satu-satunya kaedah merancang keluarga yang ada dalam kawalan lelaki.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 276

RESDUNG ALAT SULIT MUDAH DIATASI

Soalan

AIR mazi saya mudah terkeluar walaupun hanya terdetik sedikit saja imaginasi
berkaitan seksual tanpa melakukan apa-apa. Adakah ia menunjukkan saya
menghadapi masalah pada zakar?

JEJAKA INGIN TAHU | Melaka.

Jawapan

MEMANG kebiasaan bagi mana-mana lelaki yang sudah baligh mempunyai


perasaan syahwat dan mencapai rangsangan seksual serta mengeluarkan air
mazi ketika zakar dalam keadaan ereksi. Ada juga lelaki yang mudah sangat
mengeluarkan air mazi dengan banyak sehingga membasahi seluarnya.

Jika itu berlaku, ia dikenali sebagai resdung zakar. Ia berlaku akibat


rangsangan pundi kecil yang ada dalam salur kencing untuk menghasilkan air
mazi.

Pengeluaran air mazi yang banyak itu seolah-olah menandakan yang air mazi itu
sudah habis. Demikian kepercayaan sesetengah lelaki sehingga memberi
tekanan kepada mereka terutama dalam hubungan seksual sehingga mereka
gagal menghayatinya bersama pasangan.

Masalah resdung zakar boleh dikurangkan dengan mengambil ubat yang


mengurangkan selesema seperti Piriton. Jadi lelaki yang mempunyai resdung
zakar tidak perlu bimbang kerana ia memang jarang berlaku dan mudah diatasi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 277

‘LEWAT SAMPAI’ KETIKA BERSAMA PASANGAN

Soalan

SAYA mempunyai tabiat buruk iaitu gemar beronani walaupun sudah berkahwin.
Masalahnya ialah apabila beronani saya akan klimaks terlalu cepat, tetapi jika
bersetubuh dengan isteri, klimaks saya agak lambat. Adakah saya kurang subur
atau kurang rangsangan daripada isteri?

LELAKI KELIRU | Perak

Jawapan

NIKMAT yang dikecapi ketika onani berbeza berbanding melakukan


persetubuhan dengan pasangan. Bagi mereka yang biasa dengan onani dan
selesa dengan teknik sendiri untuk merangsangkan syahwat, mereka lebih
seronok dengannya daripada bersetubuh dengan pasangan.

Kebiasaannya memang lelaki akan cepat klimaks ketika onani kerana dia yang
mengawal pergerakan zakar. Selain itu dia tahu kawasan paling sensitif pada
zakar dan merangsangkannya hingga klimaks.

Ia berbeza jika dia bersetubuh dengan pasangan. Rangsangan yang biasa


membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh, jadi dia perlu
tumpukan sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan
pasangan.

Ini akan memakan masa dan kadangkala boleh membosankan kedua-dua


pasangan jika terlalu lama dan letih!

Masalah ini bukan masalah kesuburan atau kurang rangsangan daripada


pasangan. Sudah tentu individu itu seronok dan terangsang dengan isteri, tetapi
dia tidak dapat rangsangan yang dapat mencetuskan klimaks yang dia biasa
dapat dengan onani.

Mungkin jika mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang


memudahkannya klimaks, masalah itu akan dapat diatasi. Memang mustahak
untuk pasangan kelamin bekerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan
hubungan intim seksual yang lebih mengghairahkan antara mereka.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 278

BIMBANG TAK SUBUR

Soalan

SAYA remaja berusia 19 tahun dengan ketinggian hanya 161 sentimeter. Saiz
zakar saya ketika ereksi 12 sentimeter. Adakah saiz berkenaan normal?

Selain itu air mani saya juga sedikit. Apabila ejakulasi, ia hanya meleleh dan
tidak seperti kebiasaannya. Saya cukup bimbang jika itu petanda tidak subur
atau mandul.

REMAJA BIMBANG | Johor.

Jawapan

SAIZ zakar yang anda miliki itu memang normal bagi remaja seperti anda. Ia
mungkin boleh membesar lagi jika usia meningkat kepada 22 hingga 24 tahun.
Kadang-kadang tumbesarannya boleh meningkat lagi, tetapi bergantung kepada
tahap kesihatan dan aktiviti fizikal anda lakukan kerana kedua-duanya
mempengaruhi tahap hormon testosterone yang ada kaitan dengan tumbesaran
kemaluan lelaki.

Memang biasa anggota reproduktif yang sedang membesar berfungsi dengan


lancar dan mengalami mimpi basah sebagai sebahagian daripada perubahan itu.

Jika zakar kerap dirangsang, ejakulasi selepas itu kelihatan kurang seperti air
mani hanya meleleh. Ia perkara biasa dan bukannya masalah kesuburan.

Anda tidak perlu bimbang mengenai kemampuan fizikal dan reproduktif anda.
Apa yang penting, berikan tumpuan kepada pelajaran, kerjaya dan masa
depan.

Apabila sampai masanya nanti dan jika ada kemusykilan mengenai masalah
seksual, bolehlah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 279

KENCING TIDAK TUS, KOTOR

Soalan

SAYA mengalami masalah kencing tidak tus sejak tujuh tahun. Selain itu, sejak
empat tahun lalu saya mengalami masalah kencing kotor pula. Maksudnya,
setiap kali saya membuang air kecil, ada cecair putih yang keluar daripada
zakar dan ia mengambil masa yang lama untuk kering.

Dalam masa yang sama, saya mengalami masalah sukar menahan kencing.
Masalah ini membebankan saya sehingga terpaksa memakai kondom untuk
mengelakkan air kencing terkena pakaian.

M NUR | Kuala Lumpur.

Jawapan

ISTILAH kencing tidak puas atau tidak tus lazimnya dikaitkan dengan masalah
perjalanan air kencing ketika individu itu membuang air kecil. Kebiasaannya
apabila air kencing itu keluar, pintu pembukaan pundi kencing terbuka dan otot
pundi kencing akan lega.

Bagaimanapun, sekiranya pada bahagian tertentu salur kencing menjadi


sempit, perjalanan air kencing menjadi tersekat-sekat. Jika ada radang pundi
kencing, kelegaan otot pundi kencing mengakibatkan rasa kurang selesa dan
individu itu terasa seolah-olah masih ada air kencing lagi dalam pundi kencing!

Jika masalah yang anda hadapi agak kronik, anda dinasihatkan merujuk kepada
pakar untuk mengenal pasti masalah sebenar supaya rawatan yang lebih
mujarab dapat diberi doktor.

Cairan lendir berwarna jernih atau kelabu itu ialah lelehan daripada pundi yang
ada dalam mukosa salur kencing yang mungkin mengalami keradangan sehingga
pengeluarannya banyak dan luar biasa. Ia sebenarnya bukan ‘lelehan kotor’
tetapi dikenali sebagai lelehan air mazi dan bukannya najis.

Dalam keadaan biasa lelehan itu akan keluar secara sederhana untuk
melembabkan salur kencing untuk memudahkan perjalanan air kencing.
Bagaimanapun, pengeluarannya menjadi lebih banyak apabila ejakulasi
berlaku.

Lelehan berlebihan berlaku apabila pundi berkenaan mengalami rangsangan


akibat rangsangan seksual. Jika ini berlaku agak ketara, ia dikenali sebagai
‘resdung zakar’!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 280

Bagi lelaki yang kerap mengalami kencing tak tus, pundi yang menghasilkan
lelehan ini mengembang secara luar biasa dan menghasilkan lelehan
berlebihan.

Jika mahu mengelakkan pengeluaran cairan yang ketara dari lubang kencing,
anda perlu pastikan setiap kali selepas membuang air kecil, lurutkan salur
kencing beberapa kali sambil mengemut sekali saja.

Jika ada lelehan yang tercicir, lapkan dengan tisu dan jangan mengemut lagi.
Lelehan berkurangan atau berhenti terus. Berikutan ia hanya lelehan air mazi,
jadi tidak perlu menukar pakaian kerana air mazi bukanlah najis.

Kini ada sejenis alat penutup salur kencing yang boleh digunakan untuk
menutup salur kencing dari luar untuk tujuan menunaikan sembahayang. Alat
ini boleh didapati dari laman www.drismailtambi.com tidak lama lagi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 281

DUA TAHUN KAHWIN TIADA ANAK

Soalan

SAYA sudah dua tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan anak. Saya
mengambil keputusan untuk melakukan ujian kesuburan dan keputusannya
menunjukkan sperma saya lemah atau dipanggil Oligoszoospermia.

Doktor yang saya rujuk menyarankan saya mengambil ubat herba selama enam
bulan yang dibekalkannya. Apakah punca masalah ini berlaku dan bagaimana
cara untuk mengubatinya? Bolehkah saya memperolehi zuriat sekali pun saya
mengalami masalah ini?

MIDIE,
Klang, Selangor.

Jawapan

LELAKI yang sihat menghasilkan berjuta-juta sperma berkualiti sehari atau


70,000 sperma seminit. Proses pembiakan sperma untuk satu pusingan
mengambil masa 90 hari. Jika lelaki itu diberi ubat untuk merangsangkan
pembiakan sperma, ubat itu perlu dimakan dalam tempoh sekurang-kurangnya
tiga bulan.

Mungkin ujian air mani adalah satu-satunya penentuan lelaki untuk


menghasilkan sperma. Walaupun mempunyai sperma, tidak bermakna lelaki itu
tidak mandul.

Jika bilangannya kurang, ia dikenali sebagai ‘oligospermia’ atau


‘oligozoospermia’. Jika banyak sperma tidak berbentuk normal (kurang 30
peratus berbentuk tidak normal), ia dikenali sebagai ‘teratospermia’ dan jika
kurang 40 peratus sperma tidak bergerak aktif, ia dipanggil ‘asthenospermia’.

Kadang-kadang berlaku kekurangan bilangan sperma dan termasuk peratusan


sperma yang aktif dan berbentuk normal. Keadaan itu dikenali sebagai sindrom
OTA (Oligo,Terato dan Astheno). Pemeriksaan dilakukan dengan mengukur
kedua-dua buah zakar dengan alat orkidometer.

Jika perlu, ujian hormon kesuburan FSH dilakukan dulu sebelum apa-apa
rawatan diberi. Aspek fisikal juga dititikberatkan seperti pakaian ketat,
merokok dan suasana tempat kerja (sama ada panas atau terdedah kepada
bahan kimia).

Punca ia berlaku memang tidak diketahui. Sesetengah lelaki mempunyai buah


zakar yang kecil dan kurang sperma. Ada di kalangan mereka mengalami
masalah hormon dan jika ubat penyubur diberi, keadaan akan pulih.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 282

Ada juga yang mengalami pembuluh darah buah zakar berpintal atau varikosel
dan jika pembedahan pemulihan dilakukan, keadaan akan pulih.

Sebahagian daripada rawatan masalah kesuburan lelaki ialah penyemaian benih


dalam rahim isteri atau IUI dan bayi tabung uji. Insya-Allah peluang menjadi
seorang ayah masih cerah jika kena dengan penawarnya.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 283

KESAN AKIBAT KEMALANGAN

Soalan

BENARKAH kesan akibat kemalangan yang teruk terutama pada bahagian tulang
belakang boleh menjejaskan kemampuan zakar?

ZAHID | Selangor

Jawapan

EREKSI berlaku apabila isyarat rangsangan menuju ke urat saraf yang mengawal
anggota kemaluan lelaki. Seseorang yang urat sarafnya terputus seperti dalam
kes SCI (spinal cord injury), ketegangan tidak berlaku jika isyarat itu datang
dari otak.

Jika isyarat itu hasil tindak balas sentuhan, contohnya (zakar terangsang
dengan sentuhan dengan tangan) ketegangan berlaku secara refleksi tetapi
ketegangan tidak kekal dan hubungan penetratif tidak dapat dilakukan, kecuali
jika sentuhan berpanjangan.

Lelaki mengalami kecederaan tulang belakang dan urat saraf dalam tulang
belakang menghadapi masalah itu, iaitu tidak dapat mengekalkan ketegangan
zakar.

Untuk mengatasi masalah ini, amalkan beberapa kaedah rawatan seperti


penggunaan pam vakum. Ia boleh digunakan pada zakar dengan bantuan
pasangan wanita. Apabila ketegangan berlaku, ia boleh dikekalkan dengan
menambat cincin getah ke pangkal zakar dan hubungan kelamin boleh
dilakukan.

Selain itu, anda boleh mengambil pil Viagra yang dapat membantu
mengekalkan ketegangan zakar akibat rangsangan sentuhan kepadanya.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 284

RAKAN TERSEPAK ALAT SULIT

Soalan

SEWAKTU remaja, saya pernah mengalami kesakitan pada buah zakar akibat
tersepak rakan sewaktu bermain bola sepak.

Saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya bimbang jika ia boleh
menjejaskan tahap kesuburan saya. Adakah ia boleh berlaku?

ARMAN | Johor Bahru

Jawapan

BUAH zakar amat penting bagi lelaki kerana ia adalah pusat penghasilan sperma
dan hormon testosterone. Kedua-duanya penting untuk penghasilan zuriat dan
watak kelelakian. Bayangkan apabila fungsi kedua-duanya terbantut akibat
kecederaan atau jangkitan kepada buah zakar. Sudah tentu semangat dan
kemampuan zuriat kelelakian musnah sama sekali.

Lelaki yang mengalami masalah kekurangan hormon boleh dirawat dengan


pengambilan testoterone. Tetapi jika tidak ada benih, sukar untuk
mengatasinya dan terpaksa menerima kemungkinan mandul seumur hidup.

Lelaki perlu peka dengan keselamatan buah zakar mereka. Ini kerana ia
berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan terutama ketika bersukan atau
melakukan aktiviti lasak.

Jangkitan kuman atau virus kepada buah zakar boleh berlaku pada bila-bila
masa. Penyakit beguk (akibat kuman virus mumps) yang dialami lelaki dewasa
berkemungkinan boleh merebak ke buah zakar.

Apabila buah zakar membengkak akibat keradangan, sel asal sperma atau
‘germinal epithelium’ terhimpit dan musnah. Dalam masa beberapa hari, buah
zakar akan menjadi lembik dan kecut (akibat kemusnahan sel asal sperma).

Pada peringkat awal penyakit beguk, jangkitan kepada buah zakar dapat
dihindari jika lelaki terbabit mengambil ubat Gammaglobulin secara suntikan.
Jika keradangan atau bengkak buah zakar berlaku, ia perlu dikawal dengan
‘cold compress’ atau pek air batu sehinggalah ia susut.

Jika buah zakar cedera, tekapkan pek air batu sehingga dapat melegakan
keradangan dan menyelamatkan kilang sperma.

Jika buah zakar sudak rosak dan tidak mampu menghasilkan sperma, tiada apa-
apa yang boleh dilakukan. Namun, jika masih ada sedikit sperma, anda boleh

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 285

mendapatkan prosedur ICSI, iaitu kaedah menyuntik sperma ke dalam telur


wanita untuk menghasilkan janin. Bagaimanapun, kosnya agak mahal dan
kemungkinan untuk berjaya juga agak tipis.

Saya ingin mencadangkan supaya semua kanak-kanak lelaki mendapatkan


suntikan pelalian Mumps (MMR) yang sudah diperkenalkan Kementerian
Kesihatan. Jika aktif dalam sukan lasak, pastikan anda memakai peralatan
perlindungan buah zakar. Selain itu, elakkan memakai seluar dalam atau jean
ketat.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 286

KERANDUT KELUAR CECAIR

Soalan

SAYA seorang remaja berusia 20 tahun. Apa yang merisaukan saya ialah
bahagian kerandut zakar saya sering mengeluarkan cecair. Ini menyebabkan ia
sering terlekat pada seluar dalam.

Paling merunsingkan saya ia mengeluarkan bau hanyir. Bagaimana ia boleh


berlaku?

REMAJA RISAU | Subang Jaya, Selangor.

Jawapan

KERANDUT buah zakar diselaputi kulit yang licin dan tidak berkuping atau
kering. Kulitnya berkedut kerana cengkaman selaput otot yang menyelaputi
bahagian dalam kerandut.

Kulit kerandut mengandungi banyak pundi peluh dan pundi apokrin yang
menghasilkan bahan pelembab kepada kulit. Kadang-kadang pengeluaran bahan
pelembap berlaku dengan banyak dan apabila kering akan mengakibatkan kulit
terlekat pada seluar dalam.

Kadang-kadang campuran peluh dan bahan pelembap berlaku dan tindak balas
kuman terhadap persekitaran membiak dalam cecair berkenaan menyebabkan
bauan yang kurang menyenangkan.

Jika berlaku jangkitan, kulit boleh menggelupas dan keradangan. Kadang-


kadang boleh menjadi parut jika kulit melecet.

Ada juga ketulan sebesar kepala mancis kepada bahagian kulit seperti jerawat.
Ia berlaku apabila salur pundi yang menghasilkan cecair pelembap tersekat.

Kadangkala terdapat perubahan kepada kulit kerandut yang berlaku akibat


alahan atau sakit kulit dan cecair banyak keluar akibat tindak balas alahan itu.
Eloklah berjumpa doktor untuk kepastian dan dapatkan rawatan yang sewajar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 287

BAHAYA GUNA PAM VAKUM TIADA PIAWAIAN

Soalan

SELAIN membeli ubat dan peralatan yang mahal, apakah cara terbaik untuk
membesarkan saiz zakar?

EZAT,
Bahau, Negeri Sembilan.

Jawapan

ZAKAR yang panjangnya kurang enam sentimeter ketika ereksi dan sukar
bergerak dalam corong faraj boleh dikategorikan sebagai zakar kecil. Jika itu
berlaku anda digalak mendapatkan nasihat doktor. Mungkin anda perlu
menjalani pembedahan atau disyorkan memakai alat penarik otot zakar
‘andropenis’ yang mempunyai piawaian yang berkesan dan tidak
memudaratkan.

Alat pam vakum atau ubat pembantu pembesaran zakar tidak dapat memberi
kesan yang dikehendaki. Ia hanya perbuatan sia-sia. Sila jumpa doktor,
bukannya individu yang tidak bertauliah. Golongan ini sering memperdayakan
lelaki atau remaja dengan memaparkan laman penjualan peralatan seks yang
boleh memberi risiko kepada kesihatan anggota seksual.

Bayangkan menggunakan alat penarik palsu dan tiada piawaian, zakar boleh
tercedera dan kesudahannya mengalami penyakit peyronie (zakar bengkok
dengan ketara) akibat kerosakan zakar.

Begitu juga jika menggunakan pam vakum atau alat cincin penahan atau
penambat zakar yang tidak pernah diuji. Saya syorkan remaja dan individu
jangan mudah terpedaya dengan peralatan berunsur seks yang diketengahkan
oleh orang tidak bertauliah. Jika berlaku kemudaratan, mereka tidak terjejas,
sebaliknya anda yang merana!

Apa tujuan anda mahu membesarkan zakar? Jangan mudah terpengaruh dengan
saiz zakar. Jika normal kenapa mahu membesarkannya? Jumpa doktor untuk
pemeriksaan, hanya doktor yang lebih arif dan layak membuat pemeriksaan dan
rawatan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 288

BAHAYA TAHAN EJAKULASI

Soalan

SETIAP kali mengadakan hubungan seks dengan isteri, saya memancutkan air
mani di luar dan bukannya di dalam faraj. Tindakan ini boleh membuatkan
ereksi zakar saya dapat bertahan lama. Adakah perbuatan ini boleh
mendatangkan kemudaratan?

Dengan cara itu saya boleh mencapai klimaks lagi dan ketika ejakulasi pada kali
kedua, saya mengeluarkan air mani menggunakan tangan. Adakah perbuatan ini
selamat dan bolehkah ia menyebabkan mati pucuk?

Selain itu, boleh doktor berikan cara pemakanan atau amalan yang boleh
mengekalkan kekuatan dalam hubungan seksual?

LAN71 | Kuala Lumpur.

Jawapan

APA yang anda lakukan itu adalah satu daripada kaedah merancang keluarga
yang dikenali sebagai al-Azaal. Lelaki yang mengamalkan kaedah berkenaan
perlu mempunyai daya kawalan ejakulasi yang kukuh yang mana air mani tidak
boleh terpancut ke dalam faraj.

Kajian yang pernah dibuat di Pakistan mendapati kadar lelaki negara berkenaan
yang menghidap penyakit kencing kotor meningkat berbanding mereka yang
tidak mengamalkan kaedah merancang keluarga konvensional itu.

Ia berlaku akibat menahan pengeluaran air mani ketika dalam keadaan klimaks
sehingga air mani termasuk ke dalam pundi kencing. Jika ada kuman dalam
salur kencing, ia juga akan termasuk ke dalam pundi kencing dan membiak
sehingga pundi kencing mengalami keradangan dan lelaki itu mengalami
masalah kencing kotor!

Ada perbezaannya jika air mani dikeluarkan dengan tangan. Cara itu
memerlukan lelaki terbabit menarik zakar keluar dari faraj sebelum klimaks
dan dirangsang dengan tangan sehingga klimaks.

Cara itu tidak menjadi masalah jika isteri anda puas, tetapi jika zakar dicabut
ketika isteri belum mencapai klimaks, tentu ia mengecewakan isteri. Apa yang
penting, sebelum mengamalkan kaedah itu, anda dan isteri perlulah berbincang
dan bermuafakat demi kenikmatan hubungan seks.

Hubungan seks memerlukan tenaga dan keselesaan. Kedua-dua ini ada kaitan
dengan jalinan hubungan yang baik dan amalan gaya hidup sihat. Pastikan

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 289

pengambilan makanan seimbang dengan vitamin dan zat galian yang


mencukupi, lakukan senaman secara berkala, elak merokok dan mengambil
minuman keras dan elakkan tekanan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 290

JANGKITAN PADA ALAT KELAMIN

Soalan

SAYA mempunyai masalah jangkitan pada alat kelamin. Dulu saya pernah
melakukan hubungan seks dengan pelacur. Adakah saya terdedah kepada risiko?

AHMAD J | Perak.

Jawapan

MASALAH jangkitan pada alat kelamin tidak saja berpunca daripada melakukan
hubungan seks dengan pelacur. Ia juga boleh berlaku dengan pasangan halal
(isteri) atau dengan mana-mana pasangan yang dikenali jika hubungan itu
berbentuk hubungan alat kelamin dan pasangan anda menghidap jangkitan.

Jangkitan daripada pasangan boleh berlaku secara rambang. Contohnya dia


mungkin terkena jangkitan kutu pubik dari tempat tidur kawan, parasit
trikomonas akibat menggunakan tuala lembap, jangkitan sewaktu membersih
kemaluan dalam tandas dan kemudian terpercik air kotor serta jangkitan kulat
kandida dan monilia serta kuman basillus dari lubang najis sebagai kontaminasi
sewaktu membersih najis dengan menyapu tangan ke arah kemaluan juga boleh
berlaku.

Ini termasuk jangkitan kuman virus hepatitis dan HIV daripada pemindahan
darah yang dicemari virus berkenaan.

Pendek kata jangkitan penyakit kelamin boleh berlaku sekiranya satu daripada
pasangan menghidap jangkitan dan ia terjangkit kepada mangsa.

Jika tiada apa gejala yang berlaku kepada pasangan dan anda sendiri yakin
bahawa diri anda tidak mempunyai masalah, maka anda tidak perlu risau untuk
memulakan hubungan dengan pasangan .

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 291

ANAK KERAP TARIK HUJUNG ALAT SULIT

Soalan

SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun. Apa yang
membimbangkan saya ialah tabiatnya kerap menarik hujung zakarnya sebelum
tidur atau ketika menonton televisyen.

Walaupun saya sering menegurnya tetapi dia tetap berkelakuan sedemikian.


Apakah cara yang sesuai mencegahnya daripada melakukan perbuatan itu. Saya
bimbang tabiat itu diteruskannya sehingga dewasa.

AMAN | Melaka.

Jawapan

DALAM peringkat pembangunan seksual manusia, sebahagian daripadanya


adalah fasa urethral atau membuang air kecil.

Pada peringkat ini kanak-kanak lelaki kebiasaannya memegang zakar apabila


terasa hendak membuang air kecil manakala perempuan akan mengepit celah
kangkangnya.

Pada peringkat usia lapan hingga 12 tahun, kanak-kanak lelaki memasuki fasa
phallic. Ketika itu dia suka menyentuh zakar sama ada menonton televisyen
atau sebelum tidur seperti dilakukan anak anda.

Anda tidak perlu bimbang kerana ia tabiat normal dan hilang apabila umurnya
meningkat. Mungkin cara paling baik ialah suruh anak anda mencuci tangannya
dan tekankan kepadanya bahawa ia tabiat tidak bersih.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 292

GUSAR HADAPI MALAM PERTAMA

Soalan

SAYA akan berkahwin pada hujung tahun ini, tetapi agak gusar apabila
memikirkan bagaimana untuk menghadapi malam pertama. Saya ingin
mengetahui cara untuk meyakinkan pasangan supaya masing-masing mendapat
keselesaan dan kepuasan.

Mungkin doktor boleh cadangkan pelbagai posisi untuk bersetubuh sebagai


panduan kepada saya.

JAI,
Ampang, Selangor.

Jawapan

MEMANG fobia apabila memikirkan mengenai seks malam pertama. Ia seolah-


olah sesuatu yang paling mustahak untuk menentukan masa depan kedua-dua
pasangan.

Hubungan seksual bukan satu pertarungan, apatah lagi sebagai penentu


kehidupan. Ia adalah aspek fizikal hubungan kemesraan yang terjalin antara
dua insan yang cukup mesra dan intim.

Melalui hubungan ini kedua dua insan itu dapat mencurahkan perasaan kasih
sayang dan syahwat melalui sentuhan erotik yang akan memberikan mereka
keyakinan kepada hubungan mereka.

Proses interaksi fizikal semula jadi iaitu lelaki akan terangsang apabila dia mula
melakukan sentuhan fizikal kepada isteri. Seterusnya akan berlaku ereksi dan
bersedia untuk meneruskan sentuhan yang lebih intim kepada pasangannya.

Dalam masa yang sama isteri akan terangsang dengan sentuhan intim yang
dilakukan kepadanya dan dia akan dapati anggota sulitnya mengembang dan
mungkin bahagian antara bibir lembap yang menandakan hubungan penetratif
seksual boleh dilakukan.

Isteri yang takut akan mendapati rasa terangsang tadi terbantut dan faraj
menjadi kering. Keadaan ini dikenali sebagai mati putik malam pertama.

Jika hubungan penetratif dilakukan juga, isteri itu akan terasa sakit. Mungkin
jika mahu teruskan juga, si suami boleh menggunakan jeli pelicin dan apabila
isteri berasa selesa atau tidak sakit seperti yang dijangkakan, dia akan mula
yakin dan tidak akan keberatan untuk melakukan hubungan seksual penetratif
pada bila-bila masa.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 293

Lelaki yang fobia kerana gementar atau akibat situasi yang berlaku yang mana
pasangan isteri panik, akan juga mengalami kegagalan untuk mengekalkan
ereksinya kerana dalam keadaan itu, homon adrenalin keluar dan merencatkan
perjalanan darah ke dalam zakar. Maka dia akan mengalami mati pucuk
sekunder atau mati pucuk malam pertama.

Jangan fikirkankan sangat perkara itu. Paling mustahak cuba berkerjasama.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 294

SEKS PERLU KERJASAMA

Soalan

BAGAIMANA untuk mengetahui isteri saya mencapai kepuasan maksimum ketika


melakukan hubungan seks?

AZIZAINAL | Putrajaya.

Jawapan

DALAM konteks perkahwinan, hubungan seks adalah satu interaksi atau


perhubungan yang penuh tanggungjawab. Suami dan isteri perlu saling
membantu untuk mengecapi dan menghayati nikmat serta keseronokannya.

Tanpa kerjasama dan jalinan hubungan yang mesra, hubungan seks hanya akan
menjadi satu rutin dan hanya dilakukan atas dasar tanggungjawab atau
terpaksa. Situasi sebegini akhirnya akan bertukar kepada kebencian apabila
hubungan seks tidak lagi memberi apa-apa nikmat kepada pasangan.

Hubungan seks yang intim memberi manfaat kehidupan kepada kedua-dua


pasangan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka.

Ia hanya boleh berlaku apabila kedua-dua pasangan berinteraksi dengan baik


dan membantu pasangan mencapai klimaks dengan melakukan rangsangan yang
mencukupi mengikut panduan pasangan. Tanpa kerjasama antara pasangan
untuk memberi panduan dan galakan, pasangan tidak akan sampai kemuncak
kepuasan dan hubungan seksual menjadi hambar.

Memang sukar bagi mana-mana pasangan untuk memberi rangsangan seksual


tanpa panduan daripada pasangan masing-masing. Contohnya suami tidak boleh
membaca apa yang tersirat dalam fikiran isterinya atau apa yang boleh
memuaskan berahi isterinya melainkan kedua-duanya dapat berinteraksi dan
bersama-sama memberi tunjuk ajar serta dorongan sehingga mendapat
kepuasan seks bersama.

Jika boleh, sewaktu melakukan hubungan seks dengan isteri, nyatakan apa yang
anda hajati supaya dia boleh memainkan peranan. Bukannya melakukan sesuatu
yang mungkin tidak memberi kepuasan atau ketidakselesaan kepada anda.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 295

MALU KERAP BERPELUH

Soalan

SAYA seorang lelaki bertubuh besar. Masalah yang saya hadapi ialah saya amat
mudah berpeluh. Kadang-kadang kerja yang saya lakukan tidaklah seberat
mana, tetapi saya tetap berpeluh dengan banyak.

Perkara ini kadang-kadang memalukan saya apabila kawan-kawan berkata saya


seperti mandi setiap kali melakukan kerja yang memerlukan tenaga fizikal.

Bagaimanakah cara mengatasi masalah ini? Adakah saya ini berpenyakit akibat
kerap berpeluh dengan banyak dan bolehkah ia dikurangkan dengan meminum
air misai kucing (orthosiphon aristatus)?

AIZ | Kangar, Perlis.

Jawapan

PELUH dihasilkan pundi peluh dalam kulit. Ia adalah sebahagian daripada


sistem pembuangan sisa metabolisma badan dan sistem kawalan suhu badan.

Jika seseorang itu berpeluh ia menandakan metabolisma badan tinggi dan ada
kegunaan tenaga, maka suhu badan meningkat. Dengan adanya pengeluaran
peluh, kulit dapat mengeluarkan panas badan dan lapisan peluh serta bulu
roma dapat memerangkap udara untuk meredakan kepanasan badan.

Individu yang berbadan besar memang mudah berpeluh terutama jika dia
melakukan aktiviti fizikal kerana dalam keadaan sedemikian, metabolisma
badannya meningkat dan proses kepeluhan berlaku seperti yang dijelaskan tadi.
Ia bukanlah satu penyakit.

Teh misai kucing sudah dikaji pakar urologi Kementerian Kesihatan untuk
mengenali kesan jangka panjang pengambilan herba itu dari segi mengurangkan
kemungkinan terjadi batu karang. Secara tradisional misai kucing diamalkan
sebagai bahan ‘mencuci darah ‘dan untuk menstabilkan tekanan darah, sakit
sendi dan kencing manis. Tidak pernah terdengar pula ia juga digunakan untuk
mengurangkan peluh.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 296

BINTIK PUTIH TIDAK BERBAHAYA

Soalan

ADA bintik-bintik putih pada zakar saya. Adakah ia berbahaya dan boleh
menjejaskan hubungan seks bersama isteri? Bagaimana untuk menghindari
masalah ini dan apakah ubatnya?

ZAM,
Banting, Selangor

Jawapan

SEBAHAGIAN daripada perubahan semula jadi yang berlaku kepada zakar lelaki
ialah tumbesarannya dan kemunculan bintik-bintik di kepala zakar. Bintik itu
dikenali sebagai ‘papilla’ dan ia kelihatan jelas dan menonjol bagi sesetengah
lelaki.

Ia bukanlah penyakit kulit atau boleh mendatangkan masalah. Jadi, anda tidak
perlu bimbang. Bagi lelaki muda, bintik itu kelihatan putih atau merah jambu,
manakala untuk orang yang kebiasaannya lebih gelap.

Anggota sulit perlu dijaga dan boleh dibasuh dengan mengunakan sabun
pelembab yang selesa dan sesuai untuk kulit anggota berkenaan. Sabun biasa
atau sabun kosmetik yang mengandungi bahan pengering seperti alkohol boleh
mengeringkan kulit.

Jika kulit anggota sulit kering, lelaki itu akan terasa gatal dan jika digaru kulit
menjadi radang dan boleh terdedah kepada kuman dan kulat.

Bulu roma pada anggota sulit boleh dipotong untuk kelihatan kemas. Mencukur
bulu roma tidak salah tetapi apabila rambut halus keluar, kulit menjadi gatal
akibat tercucuk bulu roma.

Penjagaan kebersihan anggota sulit mustahak untuk lelaki yang telah berkahwin
untuk menjadi kesihatan hubungan kelamin. Gunakan pencuci yang sesuai yang
tidak merosakkan kulit.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 297

JIMAK SEPANJANG KEHAMILAN

Soalan

SAYA berusia 50 tahun dan isteri saya 40 tahun. Pada Disember lalu, isteri saya
hamil tiga bulan untuk anak kelima. Zakar saya berukuran kira-kira 14
sentimeter.

Dengan saiz begitu, adakah kandungan akan selamat jika saya melakukan
hubungan seks dengan isteri dan sampai bulan berapakah kandungan isteri saya
masih selamat untuk kami melakukan hubungan seks?

GABRIEL | Johor.

Jawapan

SELAMA ini anda dan isteri tiada apa-apa masalah dari segi hubungan seksual.
Anda juga sudah memiliki empat anak dan ia menandakan isteri anda pernah
hamil dan melahirkan anak. Selain itu anda juga ada melakukan hubungan
seksual dengannya ketika dia hamil.

Jadi, tidak ada sebab kenapa dia tidak dapat menikmati hubungan seksual
dengan anda dalam keadaan dia sedang hamil melainkan jika dia rasa tidak
selesa walaupun ada mencuba mengubah posisi atau memang dia tidak
berminat untuk melakukan hubungan seksual lagi. Hubungan seksual boleh
dilakukan sehingga wanita itu masuk ke peringkat akhir kehamilan.

Ada juga wanita yang melahirkan anak ketika dia sedang seronok menikmati
hubungan seksual dengan pasangan!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 298

KERANDUT LANJUT KE BAWAH

Soalan

BUAH zakar saya agak kendur dan lanjut ke bawah sehingga menyukarkan
pergerakan saya. Adakah keadaan itu boleh memberi kesan samping kepada
daya seksual saya?

ZAWAWI | Kuala Kubu Baru, Selangor.

Jawapan

KEDUDUKAN kedua-dua buah zakar ialah di dalam kerandut buah zakar.


Kerandut buah zakar pula mengandungi kulit yang lembut. Apabila ia
mengecut, kulit jadi menggerutu akibat lapisan otot Dartos di dalam kulit yang
berperanan dalam menegang dan mengucupkan kulit.

Ketika kulit kerandut mengucup, buah zakar ternaik dan menjadi padat. Ini
boleh berlaku pada bila-bila masa dan lazimnya berlaku apabila lelaki itu
mengalami ketakutan atau terperanjat dan juga ketika ereksi.

Buah zakar mempunyai otot penampung, iaitu otot kremester dan kerandut
buah zakar membantu menstabilkan kedudukan buah zakar dalam kerandut
buah zakar.

Lelaki yang mempunyai kerandut buah zakar yang padat tidak perlu memakai
seluar dalam ia tidak perlu ditampung lagi. Lelaki yang mempunyai kerandut
kendur pula perlu memakai seluar dalam yang dapat membantu mengaturkan
kedudukan buah zakar supaya dia lebih selesa dan dapat melakukan aktiviti
fizikal dengan selesa.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 299

KENCING BERDARAH SELEPAS BERSETUBUH

Soalan

SETIAP kali selepas bersetubuh dengan isteri, saya mengalami kencing


berdarah. Apa yang membimbangkan ialah darah keluar terlalu banyak dan
beku.

Peliknya, darah tidak keluar jika saya melakukan onani. Malah, air kencing
akan jernih kembali selepas dua tiga kali membuang air kecil.

Saya pernah menjalani pemeriksaan beberapa kali, tetapi doktor mengatakan


saya normal dan tidak mempunyai apa-apa penyakit. Apakah masalah ini
sebenarnya?

Pezzoz,
Muar, Johor.

Jawapan

MEMANG memeranjatkan apabila sedang bersetubuh, tiba-tiba berlaku


pendarahan! Bagi wanita, ia adalah perkara biasa apabila selaput daranya
pecah akibat penembusan zakar melalui faraj. Memang pelik jika yang
mengalami pendarahan itu adalah lelaki! Lebih lebih lagi jika pendarahan itu
berulang-ulang secara kerap. Bagaimana ia boleh berlaku?

Ada lelaki yang mempunyai kulit nipis dan padat di bahagian hujung zakar
(frenulum). Kulit itu akan terkoyak jika penghujung zakar ditolak secara paksa
ke dalam faraj yang sempit itu. Pendarahan boleh berlaku dengan banyak
walaupun luka kecil.

Apabila ereksi kendur, pendarahan berhenti serta-merta dan kulit yang


terkoyak itu akan kelihatan luka. Kadang-kadang luka itu pulih serta-merta dan
tidak perlu dirawat. Tetapi ada juga luka yang perlu dijahit. Fenomena ini
dikenali sebagai 'pecah dara' bagi lelaki!

Selain itu, pendarahan berlaku akibat luka di pembukaan lubang kencing.


Namun, jarang sekali pendarahan dari salur kencing (jika tergesel dengan 'batu
karang' kecil) atau di pundi prostat akibat radang kerana jangkitan kronik.

Jika luka dalam salur kencing akan terasa sakit. Jika tidak sakit, mungkin
pendarahan datang dari dalam iaitu pundi prostat. Kadang-kadang air mani
bercampur darah atau darah beku bercampur air mani.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 300

Jika pemeriksaan sudah dilakukan dan doktor mendapati tidak ada apa-apa
yang luar biasa, kebiasaannya doktor akan memberi ubat nyahkuman
(antibiotik) untuk jangkitan pundi prostat.

Jadi, jangan rasa was was jika doktor pakar mendapati tiada masalah
kesihatan. Jika perkara itu berlaku lagi jumpa doktor kembali.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 301

TIDAK LAGI RASA NIKMAT

Soalan

MENGIKUT kenyataan doktor dalam ruangan ini, air mani perlu cair supaya
sperma mudah bergerak apabila ia memasuki faraj. Dalam erti kata lain, air
mani yang cair adalah lebih berkualiti berbanding yang pekat.

Sejak akhir-akhir ini, sebahagian daripada air mani saya agak pekat. Adakah ini
menandakan sperma saya akan bermasalah?

Seperkara lagi yang membimbangkan saya ialah saya tidak lagi dapat merasai
nikmat ketika ejakulasi.

ANAS | Kota Kinabalu, Sabah.

Jawapan

AIR mani kebiasaannya pekat ketika ia keluar dan kepekatannya hilang dalam
tempoh lima hingga 20 minit. Ia memudahkan sperma yang terkandung
dalamnya bergerak untuk masuk ke pangkal rahim dan seterusnya mencari telur
untuk percantuman.

Jika air mani itu kekal pekat, sperma terperangkap dan mungkin akan mati!
Ada juga air mani yang terus cair kerana isi padu yang luar biasa melebihi enam
mililiter atau akibat kekurangan bahan pemekat kerana kekerapan
mengeluarkan air mani. Ini pun bukan masalah kerana sperma masih dapat
bergerak aktif.

Paling penting bagi air mani ialah ia perlu mempunyai kandungan sperma
melebihi 20 juta dalam setiap mililiter atau aktif dan dapat bergerak sehaluan
(sekurang-kurangnya 40 peratus sperma perlu aktif dan bergerak sehaluan)
serta berbentuk normal (sekurang-kurangnya 30 peratus).

Semua ini hanya dapat dikenal pasti jika lelaki itu menjalani ujian air mani.
Ujian ini akan disyorkan kepada semua lelaki yang menjalani pemeriksaan
kesuburan.

Klimaks rangsangan seksual untuk lelaki berakhir dengan pancutan air mani
atau ejakulasi dan ia adalah kemuncak rangsangan syahwat. Kualiti kemuncak
bergantung kepada tahap rangsangan yang mana ia ada kaitan dengan tahap
hormon testosterone.

Bagi lelaki yang kerap melakukan onani sudah tentu tahap hormon itu tinggi
dan apabila dia menghentikan perbuatan itu, maka tahap hormon testosterone

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 302

akan lega. Apabila menerima rangsangan seksual, dia masih mampu untuk
terangsang tetapi kualitinya mungkin tidak seperti dulu.

Ini adalah perkara biasa dan bukannya satu masalah. Apabila lelaki itu mula
aktif kembali dan mempunyai isteri yang mudah mencapai kemuncak, kualiti
rangsangannya mungkin lebih kerana dia mempunyai pasangan yang boleh
menghairahkannya.

Untuk meningkatkan keghairahan, anda boleh amalkan pemakanan suplemen


Tongkat Ali yang disahkan Kementerian Kesihatan. Ia dapat memantapkan
hormon testosterone dan dijual di farmasi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 303

KENCING TAK LAWAS

Soalan

SAYA mengalami masalah kencing tidak lawas. Apabila membuang air kecil saya
dapati cairan jernih berwarna putih dan ada biji kejernihan.

IVAN,
Seremban, Negeri Sembilan
.
Jawapan

MENAHAN air kencing kadangkala mengakibatkan perasaan kencing tidak tus


atau tidak lancar dan jika ketika kencing, meneran pada peringkat penghabisan
kencing, cecair pekat berketul-ketul boleh terkeluar.

Ia bukanlah satu masalah atau penyakit dan ia berlaku kerana ketika meneran
dan mengemut, otot pelvik mencengkam dan mengakibatkan cecair daripada
pundi Cowpers dan prostat terkeluar.

Bagi lelaki yang berkahwin, kadangkala semasa bercumbu mereka akan


mendapati pengeluaran cecair pekat yang banyak. Ini bukan masalah cepat
klimaks atau ejakulasi kerana yang keluar itu ialah air mazi.

Ada setengah orang percaya jika perkara itu berlaku, ia petanda mati pucuk
atau petanda lemah syahwat, kepercayaan ini tidak betul.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 304

RISAU ISTERI TAK PUAS

Soalan

SAYA baru berkahwin beberapa bulan lalu. Saya dapat merasakan ada masalah
dalam hubungan seksual, isteri saya seperti tidak mendapat kepuasan.

Kebiasaannya selepas ejakulasi, saya sudah tidak mampu meneruskan lagi


persetubuhan. Saya tahu isteri saya tidak mendapat nikmat persetubuhan dan
mahu meneruskannya lagi, tetapi masalahnya saya sudah tidak bertenaga lagi.

Bagaimana saya boleh mengatasi masalah ini supaya masing-masing dapat


merasai kenikmatannya?

USIN | Sepang, Selangor

Jawapan

KEPUASAN seksual sememangnya penting dalam hubungan perkahwinan.


Tinjauan yang pernah dijalankan melalui laman web www.drismailtambi.com
mendapati 34.6 peratus lelaki gagal memuaskan pasangan. Justeru, isu ini
memang mustahak kepada lelaki.

Hubungan seksual ialah satu-satunya hubungan yang menyeronokkan pasangan


kelamin yang sudah bersedia dan berkemampuan dari aspek fizikal. Bagi
pasangan yang baru berkahwin, hubungan seks adalah satu faktor yang dapat
menjalin kemesraan.

Kebiasaannya, pasangan baru berkahwin cukup sensitif dengan rangsangan


seksual. Seterusnya mereka tergesa-gesa atau gelojoh untuk melakukan
sentuhan zakar ke faraj. Ini akan membuatkan mereka kecewa apabila seorang
daripada pasangan cepat klimaks.

Lelaki sering klimaks awal kerana terlalu mudah terangsang. Jika anggota yang
terangsang itu ditingkatkan rangsangannya, maka sudah tentu klimaks lebih
awal. Anda dan isteri digalak bercumbu terlebih dulu dan jangan terus
memasukkan zakar ke dalam faraj walaupun berlaku ereksi.

Tumpukan perhatian kepada tubuh isteri dengan menyentuh bahagian tertentu.


Anda juga boleh gunakan losyen aromatik atau pewangi dan lakukan dengan
penuh erotik. Apabila pasangan sudah bersedia dan cukup terangsang, barulah
zakar ditusukkan ke dalam faraj.

Bagi memastikan ereksi kekal walaupun sudah berlaku ejakulasi, anda boleh
melakukan teknik kemutan (seperti menahan membuang air kecil). Walaupun

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 305

air mani sudah terkeluar (ejakulasi), teruskan dayungan sambil mengemut


sehingga pasangan anda klimaks dan puas!

Alat penahan ereksi iaitu ‘penile band’ atau ‘penile ring’ ada dijual di pasaran
atau sila layari laman web www.drismailtambi.com.

Ia boleh dipakai ketika ereksi berlaku dan dapat mengekalkan ereksi walaupun
ejakulasi sudah berlaku.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 306

SUAMI MUDA RISAU

Soalan

SAYA baru berusia 27 tahun dan sudah berkahwin. Setiap kali bersetubuh
dengan isteri, saya mencapai klimaks seperti semua lelaki normal lain. tetapi
apa yang membimbangkan saya ialah tiada setitis pun air mani yang keluar!
Sebaliknya hanya cecair jernih dan likat seperti air mazi. Ia juga tidak
terpancut, sebaliknya hanya meleleh dengan kuantiti yang sedikit.

Saya tidak tahu apa puncanya masalah ini. Bagaimanapun, saya memang terasa
keadaan klimaks itu. Cuma air mani saja yang tidak keluar.

Jika ia berterusan, bagaimana saya mahu mendapatkan zuriat? Adakah saya


perlu menjalani proses permanian berhadas?

Murali,
Taiping, Perak.

Jawapan

MASALAH yang dialami anda sebenarnya jarang berlaku kepada lelaki muda,
kecuali jika dia menghidap kencing manis.

Kemungkinan anda mengalami pancutan air mani ke dalam pundi kencing setiap
kali anda klimaks. Ini boleh disahkan dengan menjalani pemeriksaan air kencing
untuk memastikan sama ada sperma masuk ke dalamnya.

Jika ada, ia menandakan anda mengalami pancutan ke dalam pundi kencing


atau dikenali sebagai 'retrograde ejaculation.'

Satu cara yang boleh dilakukan ialah menapis air kencing supaya sperma aktif
dapat dikumpul dan dibersihkan untuk dimasukkan ke dalam rahim isteri ketika
dia dalam waktu subur melalui prosedur permanian berhadas.

Sebelum dikumpul anda diberi minum soda berkarbonat untuk mengurangkan


keasidan air kencing supaya sperma yang terpancut ke dalam pundi kencing
tidak mati akibat terdedah kepada tahap keasidan yang tinggi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 307

BEKAS GAY DISERANG GATAL

Soalan

SATU ketika dulu saya pernah menjalani kehidupan sebagai seorang gay.
Bagaimanapun, saya begitu menyesal dengan jalan songsang yang dipilih itu
dan kini saya sudah insaf.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan saya sekarang ialah badan saya mula
terasa gatal-gatal. Saya kerap menggaru sehingga luka. Adakah ia petanda saya
menghidap penyakit kelamin? Saya harap doktor dapat membantu saya.

JOJO | Selangor.

Jawapan

JANGKITAN penyakit kelamin berlaku apabila individu yang sihat melakukan


hubungan seks dengan individu yang membawa atau menghidap penyakit
kelamin.

Petanda penyakit kelamin seperti gonorrhea ialah ada pengeluaran cecair


berwarna putih yang banyak daripada zakar atau faraj. Jika tidak dikawal,
radang akan berlaku dengan ketara.

Jangkitan penyakit berkenaan boleh berlaku dalam masa 24 jam selepas


terdedah dengan kuman ‘nisseria gonorrhea’. Virus HIV/Aids juga dijangkiti
melalui hubungan seks rambang dengan pasangan yang membawa atau
menghidap penyakit berkenaan.

Cara mengesannya dengan menjalani ujian darah. Jika negatif virus HIV, ujian
itu perlu dilakukan lagi selepas tiga bulan kerana antibodi virus terbabit
mengambil masa antara tiga minggu hingga tiga bulan untuk muncul.

Naluri seksual sesama jenis adalah sebahagian daripada naluri seksual yang
dialami individu yang mungkin berlaku secara kebetulan. Jika individu itu tidak
selesa dengan hubungan itu, dia boleh tinggalkan perilaku terbabit.

Ada juga individu yang boleh melakukan hubungan seks dengan lelaki dan
wanita. Mereka dikenali sebagai biseksual kerana mempunyai naluri seksual
‘bi’.

Bagaimanapun, jangan diamkan diri dibelenggu dalam keadaan begitu.


Dapatkan bimbingan dan kaunseling untuk meningkatkan daya ketahanan diri
mengetepikan naluri sesama jenis. Tidak mudah untuk melakukannya jika
sudah terikat dengan amalan itu.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 308

GAGAL BERI KEPUASAN PADA ISTERI

Soalan

SAYA berkahwin dua bulan lalu, tetapi saya gagal memberikan kepuasan kepada
isteri.

Entah mengapa zakar saya tidak mampu ereksi, sekali gus membuatkan
hubungan seks bersama isteri gagal. Pelbagai cara sudah dicuba, tetapi zakar
saya masih tidak mampu untuk ereksi.

Adakah saya mempunyai masalah lemah syahwat atau mati pucuk? Untuk
pengetahuan doktor, sewaktu remaja saya kerap beronani. Adakah ia boleh
menjadi puncanya?

IZ | Jasin, Melaka.

Jawapan

PASANGAN yang mempunyai masalah dalam hubungan seksual perlu berbincang


dan mencari kata sepakat bersama. Sama ada masalah itu datang daripada
suami atau isteri, ia perlu diselesaikan bersama kerana ia bukannya masalah
individu.

Hubungan seksual atau persetubuhan hendaklah dilakukan dalam keadaan


selesa dan seronok. Dalam keadaan sedemikian kemuncak rangsangan atau
ejakulasi boleh berlaku dengan penuh nikmat. Jika tidak, ereksi dan
rangsangan akan hilang begitu saja!

Apabila bersetubuh dengan isteri, dia tidak dapat mengecapi nikmat klimaks.
Ini mengakibatkan dia tertekan dan lama-kelamaan, ereksi semakin sukar
dicapai. Masalah ini dikenali sebagai ‘situational impotence’ atau mati pucuk
akibat tertekan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 309

KETULAN PADA ALAT SULIT

Soalan

BARU-baru ini saya mendapati ada ketulan pada buah zakar saya. Saya sudah
menjalani pemeriksaan dan doktor mengesahkan saya normal tanpa apa-apa
masalah.

Kemudian saya terbaca artikel mengatakan lelaki berusia 15 tahun hingga 34


tahun berisiko menghidap kanser buah zakar. Saya bimbang jika tergolong
dalam golongan itu.

Apakah masalah sebenar pada buah zakar saya itu? Adakah saya turut berisiko
menghidap kanser?

ZEN | Pulau Pinang.

Jawapan

SETIAP individu bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan dan kebersihan


alat kelamin mereka. Bagi lelaki yang kerap melakukan pemeriksaan sendiri
zakar dan buah zakarnya, sudah pasti tahap kesihatan alat kelamin itu
terkawal.

Pemeriksaan boleh dilakukan sebulan sekali menggunakan jari meneliti buah


zakar dari bawah ke atas serta depan dan belakang. Apa yang penting, anda
perlu tahu apa yang disentuh.

Bahagian atas dan belakang buah zakar ialah pundi epididimis. Kadangkala pada
pundi berkenaan terasa seperti ada ketulan. Jangan panik, ia mungkin ketulan
cista ( ketumbuhan mengandungi cecair) dan bukannya buah zakar ketiga!

Jika ketika pemeriksaan anda terasa seperti ada urat berpintal pada bahagian
atas buah zakar, itu mungkin salur darah ‘vain’ berpintal atau varikosel. Jika
ada takungan air dalam pembalut buah zakar, ia berkaitan dengan masalah
hidrosel. Pendek kata banyak manfaat boleh didapati dengan melakukan
pemeriksaan sendiri.

Masalah itu bukanlah petanda anda menghidap kanser buah zakar.


Kemungkinan berlaku ialah kurang satu peratus daripada 100,000 lelaki
setahun.

Ujian darah untuk mengesan AFT dan Beta HCG adalah sebahagian ujian yang
dilakukan untuk mengenal pasti kanser buah zakar. Jika masih kurang pasti,
elok berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 310

HUBUNGAN BERTERUSAN JEJAS URAT SARAF

Soalan

JIKA saya bersetubuh dengan isteri dua hari berturut-turut, saya kerap berasa
senak pada buah zakar, tapak kaki terasa sengal dan sakit pada sendi lutut.

Zakar saya juga sukar bertahan jika menegang. Kadangkala isteri saya perlu
mengusapnya sebelum air mani terkeluar.

AMZI | Johor.

Jawapan

RANGSANGAN kepada zakar yang dilakukan secara bertalu-talu akan memberi


kesan kepada urat saraf itu. Jadi, tidak hairan jika lelaki yang melakukan
hubungan kelamin yang bertalu-talu akan berasa tidak selesa seperti yang anda
maksudkan akibat cengkaman otot penampung buah zakar.

Bagaimanapun ia akan pulih beberapa hari kemudian apabila tekanan atau


keradangan urat saraf itu lega. Jadi, untuk menghindar rasa kurang selesa itu,
amalan itu perlu dihentikan.

Anda juga sukar mencapai ereksi kerana keradangan urat saraf itu. Jika anda
paksa, sudah tentu akan mengakibatkan tekanan kepada urat saraf dan
ejakulasi awal boleh berlaku.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 311

JANTINA ANAK KURANG JELAS

Soalan

SAYA baru mendapat seorang anak lelaki, tetapi saya mendapati zakarnya tidak
normal sebagaimana bayi lelaki lain. Kerandut zakarnya terlalu kecil manakala
bahagian hujung zakar seperti kulit saja dan seolah-olah tidak ada zakar.

Adakah bayi saya normal?

AMANG | Pahang.

Jawapan

KEBIASAANNYA zakar bayi lelaki mempunyai kerandut dan ada buah zakar di
dalamnya. Selain itu penghujung zakar mempunyai kulit untuk menutup kepala
zakar.

Jika semua ini tiada, sudah tentu jantina bayi berkenaan meragukan. Adalah
lebih baik dirujuk kepada doktor dan jika perlu, bayi berkenaan akan menjalani
ujian baka untuk menentukan jantina sebenarnya.

Jika baka XX, jantinanya perempuan manakala XY menunjukkan bayi itu lelaki.
Pemeriksaan susulan juga dilakukan seperti ujian hormon.

Jangan biarkan bayi dalam keadaan begitu kerana ia akan mendatangkan


tekanan apabila ia dewasa kelak.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 312

TERKENA HENTAKAN KETIKA EREKSI

Soalan

ZAKAR saya pernah terkena hentakan kuat ketika ia ereksi. Berikutan itu, ia
kini tidak mampu untuk ereksi lagi. Bagaimana untuk merawat masalah ini?

TAPA | Melaka.

Jawapan

KECEDERAAN yang berlaku kepada zakar boleh mengakibatkan fungsi anggota


berkenaan terjejas. Antaranya disebabkan hentakan atau tarikan ketika zakar
itu sedang menegang atau ereksi. Hentakan secara terus kepada zakar boleh
mengakibatkan ia 'terpatah' dan hujung zakar terbengkok serta lebam kerana
darah menyerap keluar daripada otot zakar yang tercedera.

Jika ada darah beku dalam otot, ia perlu dikeluarkan melalui pembedahan
kecil. Apabila ia pulih, ereksi boleh berlaku secara spontan tetapi pada
peringkat permulaan, ia agak menyakitkan sebelum kembali normal.

Ini kerana mungkin di tempat yang cedera itu mengandungi tisu parut yang
seraput tetapi zakar masih boleh digunakan lagi. Namun, ia jarang
mengakibatkan mati pucuk.

Bagi zakar yang tersentap atau tertarik dengan kuat, mungkin otot dan sendi
lekatan otot zakar ke tundun terkoyak. Untuk melegakan keradangan dan
bengkak, 'cold compress' akan digunakan.

Apabila lega, pemeriksaan dilakukan untuk mengenal pasti tahap kecederaan.


Jika ringan, pemulihan akan berlaku secara spontan, tetapi jika kecederaannya
berat mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menyambung ligamen (otot
sendi) yang terkoyak.

Bagaimanapun, elok berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Mungkin


masalah itu kecil tetapi kerana takut, ereksi tidak berlaku!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 313

TIADA MASALAH JIKA PUAS

Soalan

SAYA difahamkan petang adalah waktu terbaik untuk mengadakan hubungan


seks, terutama pada jam lima petang ke atas. Ini kerana pada waktu itu sperma
dikatakan sangat aktif. Adakah kenyataan ini benar?

SUDIN | Selangor.

Jawapan

SEBENARNYA hubungan seks boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut


kehendak masing-masing. Sesetengah wanita suka melakukan pada waktu
petang dan lelaki pula lebih gemarkan waktu pagi kerana ketegangan zakar
lebih mantap pada waktu itu.

Jika setiap hubungan seks itu menyeronokkan dan kedua-dua pasangan puas, ia
tidak menjadi masalah dan sudah tentu bilangan sperma juga tinggi.

Lelaki dewasa yang sihat mampu menghasilkan 70 ribu sperma seminit atau 100
hingga 300 juta sperma sehari. Sperma ini tersimpan dalam penghujung salur
sperma atau salur `Vas Deferens’. Apabila seseorang lelaki itu melakukan
hubungan seks, air mani yang mengandungi sperma akan terkeluar.

Bagaimanapun, pengeluaran air mani dan sperma bergantung kepada tahap


rangsangan dan keseronokan semasa melakukan persetubuhan. Sehubungan itu,
air mani akan keluar dengan banyak jika tahap rangsangannya tinggi dan begitu
juga sebaliknya.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 314

AIR MANI BERCAMPUR DARAH

Soalan

TERDAPAT darah dalam air mani saya. Saya bimbang ia akan menjejaskan
kesihatan dan kesuburan saya. Apakah punca sebenar masalah saya ini?

AMAT | Johor

Jawapan

HAEMATOSPERMIA atau campuran darah dalam air mani jarang sekali berlaku.
Jika berlaku pun hanya pada sebahagian kecil lelaki yang mungkin sama ada
disedari atau tidak.

Haematospermia boleh berlaku bila-bila masa. Ia juga boleh berlaku secara


mikroskopik di mana hanya sel darah merah saja kelihatan apabila air mani
dilihat menerusi mikroskop.

Kadang-kadang lelaki yang mengalami haematospermia akan berasa sakit setiap


kali mencapai ejakulasi. Air maninya pula berwarna merah jernih dan seolah-
olah berlaku geselan air mani dalam salur kencing sama ada di bahagian hujung
atau pangkal zakar.

Jika terasa perit pada penghujung zakar, kemungkinan salur kencing pada
bahagian itu melecet. Jadi, akan terdapat campuran darah dalam air mani.

Bagaimanapun, jika rasa sakit pada bahagian pangkal zakar, kemungkinan ada
kaitan dengan penyakit batu karang.

Walaupun air mani mengandungi darah, tetapi kandungan sperma masih aktif
dan lelaki itu masih mampu menghamilkan pasangannya. Kebiasaannya, apabila
ia berlaku, kedua-dua pasangan akan terasa cemas dan dalam keadaan
sedemikian mereka akan berfikir perkara negatif seperti kemungkinan
menghidap kanser dan jangkitan sehingga mereka takut untuk meneruskan
hubungan seksual.

Haematospermia bukanlah petanda lelaki itu mandul atau membawa kuman


atau jangkitan yang boleh menjangkiti isteri. Jika sperma normal bercantum
dengan telur wanita, janin tidak akan terencat walaupun lelaki itu
menghasilkan sperma bercampur darah. Ia juga bukan petanda kanser dan
lazimnya haematospermia akan reda serta kembali normal.

Saya pernah mengendalikan kes lelaki yang mengalami masalah berkenaan.


Semua mereka memang amat cemas dan lebih-lebih lagi isteri masing-masing.
Selepas diberi rawatan, semua mereka sembuh seperti sedia kala.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 315

Bagi lelaki yang mengalami haematospermia, jangan cepat panik dan segera
rujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jika terdapat batu karang
doktor akan memberi ubat untuk melegakan salur kencing dan salur prostat
supaya batu karang dapat dikeluarkan.

Kebiasaannya tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan batu karang


dalam salur prostat kerana batu karang itu sangat kecil dan mudah hancur.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 316

CARA PULIH SPERMA LEMAH

Soalan

SAYA sudah berkahwin selama dua tahun tetapi masih gagal mendapatkan
zuriat. Selepas membuat ujian air mani, doktor mendapati sperma saya lemah
atau dipanggil Oligoszoosperma.

Apakah punca masalah ini dan bagaimana untuk memulihkannya? Bolehkah saya
menimang cahaya mata jika mengalami masalah ini?

MAN | Kuala Lumpur .

Jawapan

SETAKAT ini ujian air mani mungkin paling sesuai mengesan lelaki mampu
menghasilkan sperma atau tidak. Jika masih mampu menghasilkan sperma,
lelaki tidak boleh dikatakan mandul.

Jika spermanya kurang, ia dikenali sebagai Oligospermia atau Oligozoospermia.


Selain itu jika sperma tidak berbentuk normal (kurang dari 30 peratus), ia
dikenali sebagai Teratospemia dan jika kandungan sperma tidak bergerak
kurang 40 peratus, masalah itu dikenali sebagai Asthespermia.

Lelaki yang sihat mampu menghasilkan jutaan sperma berkualiti sehari atau
70,000 sperma seminit. Proses pembiakan sperma bagi satu pusingan
mengambil masa 90 hari.

Jika lelaki itu diberi ubat untuk merangsangkan pembiakan sperma, ia perlu
diambil sekurang-kurangnya 90 hari atau tiga bulan.

Antara pemeriksaan yang dilakukan dengan mengukur kedua-dua buah zakar


dengan alat orkidometer. Jika perlu, mungkin ujian hormon kesuburan FSH
perlu dilakukan sebelum mendapat apa-apa rawatan.

Selain itu aspek fizikal diberi penekanan sama ada memakai seluar ketat,
merokok dan suasana tempat kerja (sama ada panas atau terdedah kepada
bahan kimia).

Punca sebenar masalah ini tidak diketahui. Ada lelaki yang mengalami masalah
kekurangan sperma kerana buah zakar terlalu kecil. Ada juga disebabkan
masalah hormon atau pembuluh darah zakar berpintal (varikosel).

Rawatan lain yang bersesuaian ialah penyemaian sperma ke dalam rahim isteri
dan bayi tabung uji.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 317

TERTEKAN MIMPI BASAH

Soalan

SAYA berusia 18 tahun. Mempunyai masalah setiap kali keluar air mazi, zakar
saya sakit. Ia keluar dengan banyak setiap kali saya tidur.

Bagaimanakah masalah ini boleh berlaku, harap doktor dapat jelaskan.

EDD | Kuala Lumpur.

Jawapan

MIMPI basah adalah perkara biasa yang dialami lelaki baligh. Perkara ini berlaku
tanpa kesedaran lelaki dan dia hanya sedar selepas pancutan berlaku.

Dia akan terjaga ketika pancutan, apabila terasa bahagian kelangkang basah
atau terasa zakarnya sengal. Rangsangan itu akibat mimpi yang
menyeronokkan. Ia juga boleh berlaku apabila zakar yang menegang ketika
tidur nyenyak tersentuh kepada tempat yang sensitif.

Pancutan sedemikian berlaku tanpa mimpi. Bagi lelaki yang pernah melakukan
hubungan seksual, dia akan bermimpi sama yang akan mengakibatkan
tercetusnya ejakulasi dalam mimpi itu.

Pendek kata, mimpi basah perkara normal untuk lelaki dan perempuan malah
tidak perlu khuatir atau rasa tertekan.

Kepada mereka yang tertekan, kemungkinan perkara ini boleh menyebabkan


kekejangan, kadangkala perlu merujuk pakar psikologi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 318

KERAP BUANG AIR KECIL, TAK TUS

Soalan

SAYA kerap membuang air kecil sehingga 20 kali sehari. Selain itu, ketika saya
membuang air kecil hanya sedikit saja air yang keluar. Adakah ia penyakit atau
normal?

JIE | Kuala Lumpur.

Jawapan

MASALAH kencing tidak tus atau tidak lancar atau kerap boleh berlaku kepada
lelaki atau perempuan. Biasanya masalah ini dikaitkan dengan masalah radang
pundi kencing akibat jangkitan kuman.

Jangkitan boleh berlaku dari luar atau dari dalam. Misalnya, jangkitan kepada
salur kencing merebak kepada pundi kencing dan bahagian otot yang mengawal
kencing boleh radang.

Jangkitan buah pinggang yang merebak kepada salur kencing dan masuk ke
pundi kencing dan mengakibatkan radang pundi.

Perkara mustahak untuk individu yang mengalami masalah kencing tidak tus itu
berjumpa doktor bagi menjalani ujian air kencing. Jika terdapat kuman, doktor
akan beri ubat pembunuh kuman tertentu dan masalah radang boleh reda.

Jika dibiarkan boleh menghalang hubungan kelamin. Antaranya, masalah


disfungsi erektil (lemah syahwat) atau dispareunia (sakit ketika bersetubuh)
untuk lelaki dan perempuan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 319

TAHAP BERTAHAN KETIKA BERSAMA

Soalan

ADAKAH sebarang kajian yang menunjukkan tahap kemampuan seseorang lelaki


untuk bertahan dalam persetubuhan?

GERALD | Perak.

Jawapan

MENGIKUT kajian, tempoh bersetubuh dari kemasukan zakar kepada ejakulasi


ialah dua setengah minit. Ada sesetengah lelaki yang boleh bertahan sehingga
lima minit, tetapi jarang sekali yang mencecah 10 minit. Bagaimanapun ia
bergantung kepada keadaan ketika hendak melakukan persetubuhan.

Jika pasangan lelaki terlalu terangsang dan tidak dapat mengawal diri mungkin
pengeluaran air mani atau klimaks itu cepat. Jika melakukannya dengan
keadaan yang selesa dan mengambil masa mungkin boleh tahan lama serta
dapat mengubah posisi dan gaya.

Jika setiap kali bersetubuh seseorang itu cepat klimaks mungkin lelaki
berkenaan mengalami masalah cepat klimaks.

Pendek kata jangka masa bersetubuh tidak perlu dipertikaikan kerana


persetubuhan ialah suatu perkara menyeronokkan. Dengan kerjasama yang erat
antara suami dan isteri sudah tentu pasangan tidak sedar masa berlalu.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 320

LEMAH SELEPAS BEDAH

Soalan

BEBERAPA bulan lalu, saya menjalani pembedahan di hospital kerajaan kerana


kencing tidak lawas. Apa yang merunsingkan saya, selepas pembedahan dan
rawatan susulan, zakar saya gagal menegang seperti dulu lagi.

Bagaimanakah, masalah ini boleh berlaku, adakah berkaitan pembedahan


berkenaan. Bolehkah ia pulih seperti sediakala?

KAMIL | Kuala Terengganu.

Jawapan

MASALAH kencing tidak lawas atau tidak tus memang perkara merunsingkan
lelaki dan perempuan serta perlu dirujuk kepada doktor bagi penyelesaian.

Kebiasaannya doktor menjalankan ujian kencing bagi mengenal pasti sama ada
individu mempunyai jangkitan salur kencing yang termasuk pundi kencing. Bagi
lelaki yang berumur, masalah kencing tidak tus mungkin akibat masalah
bengkak pundi prostat.

Secara amnya, masalah kencing boleh menimbulkan gangguan ereksi. Dalam


keadaan kesakitan atau ketidakselesaan, susah buat lelaki itu terangsang dan
minat melakukan hubungan seksual menurun.

Lelaki yang pernah menjalani pembedahan pembuangan pundi prostat,


kemungkinan boleh mengalami masalah mati pucuk. Ini kerana urat saraf yang
mengawal ereksi tercedera dalam prosedur pembedahan.

Pembedahan prostat yang lebih selamat daripada kecederaan urat saraf adalah
pembedahan pundi prostat dengan prosedur `nerve sparing’.

Masalah kencing tidak tus memang menyulitkan dan mengganggu ereksi malah,
lelaki yang mengalaminya perlu merujuk kepada doktor bagi menjalani
pemeriksaan dan perawatan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 321

ENGGAN KECEWAKAN ISTERI

Soalan

SAYA baru melangsungkan perkahwinan kira-kira dua bulan lalu. Seperti lelaki
lain, saya memang mempunyai naluri melakukan hubungan seks dengan isteri.
Bagaimanapun, keinginan itu terhalang berikutan zakar saya sukar untuk
menegang.

Contohnya, jika malam ini saya bersetubuh dengan isteri, pada malam
berikutnya saya tidak mampu melakukannya. Keadaan ini amat mengecewakan
saya.

Saya gagahkan untuk bersetubuh kerana tidak mahu mengecewakan isteri. Pelik
juga kerana saya baru berusia 30 tahun.

Buat pengetahuan doktor, saya kerap sengal di sendi jika mengambil minuman
berais. Selain itu selepas ejakulasi, kadang-kadang sendi lutut sakit dan saya
pernah jatuh terduduk (punggung terhentak kuat), tetapi tidak memberi
masalah pada tulang dan urat.

ZAM MD | Kelantan.

Jawapan

EREKSI boleh berlaku pada bila-bila masa, baik lelaki muda ataupun tua.
Bezanya cuma tahap kekerasan dan kepadatan ereksi itu saja.

Lelaki muda dapat mencapai ereksi padat dan keras dengan cepat berbanding
lelaki tua. Begitu juga dengan kekerapan ereksi.

Kekerapan dan tahap ereksi juga bergantung kepada tahap kesihatan,


persediaan minda yang mudah terangsang dan kedudukan emosi. Dalam
keadaan letih tentu sukar mencapai ereksi.

Seks adalah aktiviti memerlukan tenaga. Jika seseorang lelaki itu tidak aktif
dengan sebarang aktiviti fizikal, dia akan penat selepas bersetubuh dan jika
mahu mengulanginya, dia perlu mengambil masa.

Jika masalah itu ada kaitan dengan keletihan, tahap kecergasannya perlu
ditingkatkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam,
mengawal pemakanan, berat badan, tidak merokok, tidak mengambil alkohol
dan jauhi tekanan.

Jika masih tidak berkesan, berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 322

Mengambil minuman berais tidak melemahkan tenaga syahwat, tetapi jika


kerap membuang air kecil atau besar, ia memang boleh mengganggu
pencapaian ereksi.

Sakit sendi dan otot selepas bersetubuh adalah perkara biasa bagi individu yang
baru mula melakukan persetubuhan. Ia bukan penyakit, cuma kelesuan tubuh
anggota akibat tekanan seks tadi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 323

ALAT SULIT TIDAK PADAT

Soalan

SAYA berusia 26 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Zakar saya terlalu kecil, pendek dan tidak padat ketika menegang.

Saya bimbang tidak dapat menjalankan tanggungjawab seksual terhadap isteri


kelak. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

BAKAL SUAMI | Kuala Lumpur.

Jawapan

APABILA umur lelaki mencecah 20 hingga 24 tahun, tumbesaran zakar akan


mencapai tahap maksimum. Keadaan zakar pada peringkat awal baligh berbeza
jika dibandingkan dengan peringkat pertengahan baligh dan akhir baligh dari
segi kekerapan mencapai ereksi.

Biasanya ereksi lebih kerap berlaku sewaktu peringkat awal dan pertengahan
baligh. Pada peringkat akhir baligh atau dewasa, ia akan berkurangan dan lebih
terkawal.

Keadaan zakar juga berbeza antara zakar individu yang kerap, kurang dan tidak
melakukan onani. Bagi yang tidak pernah melakukan onani, zakarnya akan
kelihatan tidak begitu padat, kecil dan lebih kecut.

Semua ini adalah semula jadi. Dalam keadaan terangsang, otot zakar akan
mengembang kerana pengaliran darah yang banyak ke dalam rongga otot.
Apabila lelaki itu mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis (seperti
menahan membuang air kecil atau besar), zakar kelihatan lebih padat dan
besar. Ini juga adalah perubahan semula jadi.

Memang keadaan zakar berbeza dari semasa ke semasa. Ini kerana pengaruh
aktiviti hubungan seks bagi individu yang sudah berkahwin. Jika hubungan seks
kerap dilakukan, zakar akan lebih pejal dan besar.

Jadi, jangan bimbang jika zakar kelihatan kecil dalam sesuatu masa kerana ia
perkara biasa. Paling penting zakar dapat berfungsi dengan sempurna. Jika
masih bimbang dan was-was, sila berjumpa doktor.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 324

EJAKULASI TERLALU AWAL

Soalan

SAYA berusia 35 tahun dan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun. Sejak
lima bulan lalu setiap kali mengadakan hubungan seks dengan isteri, saya
mengalami ejakulasi terlalu awal dan air mani pula terlalu cair. Selain itu, saya
kerap sakit pinggang terutama waktu pagi dan tengah hari.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Kami juga merancang untuk


mendapatkan anak kedua. Apa yang perlu saya lakukan?

AMY | Selangor .

Jawapan

EJAKULASI awal atau cepat klimaks berlaku kerana daya kawalan ejakulasi
lemah. Kadang-kadang jika ereksi kurang padat, geselan pada faraj dilakukan
dengan cepat dan luar kawalan boleh menyebabkan ejakulasi awal.

Cuba gunakan cincin penambat zakar supaya ereksi menjadi lebih padat. Ia
dapat membantu meningkatkan daya kawalan dan mengekalkan ereksi.
Pastikan cincin dipakai ketika ereksi padat supaya zakar tidak kembali kendur.

Air mani memang akan cair untuk memudahkan sperma bergerak. Air mani cair
bukanlah petanda lelaki itu kurang subur, sebaliknya ia adalah air mani yang
sihat.

Kandungan sperma cukup, bergerak aktif dan bentuknya yang normal adalah
ciri air mani yang sihat. Untuk mengetahuinya ujian air mani perlu dilakukan.
Jika ada masalah, rawatan sewajar akan diberi doktor.

Memandangkan anda sudah mempunyai anak, peluang untuk menambah


bilangan anak memang ada. Cuba lakukan hubungan seks sekerap mungkin
sewaktu isteri dalam keadaan subur.

Jika gagal juga dalam masa setahun, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan
kesuburan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 325

TAK MAMPU TINGGAL KETAGIH ONANI

Soalan

SAYA berusia 30 tahun dan masih belum berkahwin. Masalahnya, saya


mengalami ketagihan seks dan kerap melakukan onani. Malah, saya sudah
lakukannya sejak saya berusia 17 tahun.

Ketagihan saya kadang-kadang cukup kronik dan saya pernah melakukannya


sebanyak lima kali sehari! Saya tahu ia boleh mendatangkan kesan buruk
kepada saya, tetapi saya tidak mampu meninggalkan tabiat itu.

Saya bimbang jika berkahwin kelak, saya tidak mampu menghasilkan zuriat
ataupun memuaskan kehendak batin isteri.

JAR | Pulau Pinang.

Jawapan

ANDA tidak perlu bimbang kerana anda sudah sedar akan keburukannya.
Bagaimanapun, anda perlu kurangkan tabiat itu. Lakukannya jika anda begitu
tertekan supaya anda tidak terjebak dengan seks rambang.

Amalan onani ketika usia muda sebenarnya tidak memberi kesan ketara kerana
jarang kilang sperma rosak akibat tabiat onani. Buat masa ini anda tidak perlu
buat apa-apa.

Bagaimanapun jika berkahwin dan masih tidak mendapat anak, anda perlu
memeriksa air mani untuk mengetahui ia mengandungi sperma atau tidak.

Jika normal, anda tidak perlu bimbang dan jika ada masalah, pemeriksaan
susulan akan dilakukan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 326

ELAK DIUSUNG KE HOSPITAL

Soalan

SAYA berusia 25 tahun dan menghadapi masalah angin pasang atau hernia. Saya
dimaklumkan masalah ini boleh disembuhkan melalui pembedahan.

Selepas pembedahan, adakah wujud kesan sampingan seperti sakit ketika


melakukan aktiviti sukan?

RAZ | Selangor.

Jawapan

RAWATAN moden satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah anda


itu. Jika anda takut dan tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau hanya
mencuba kaedah mengurut, besar kemungkinan hernia itu lebih parah. Anda
mungkin diusung ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan.

Jadi, pembedahan adalah lebih baik. Dalam pembedahan itu, usus yang
termasuk ke kerandut akan diletakkan kembali ke dalam perut dan ruang di
antara perut dan kerandut akan diperkukuhkan.

Anda mungkin dilarang melakukan aktiviti lasak buat seketika, tetapi apabila
sembuh ia boleh aktif bersukan.

Pembedahan untuk pemulihan, bukannya kemudaratan. Bayangkan jika hernia


itu dibiarkan. Ia akan membesar dan menolak buah zakar dan zakar ke
belakang. Lama-kelamaan ia akan merosakkan alat kelamin anda.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 327

ISTERI TAK BERMINAT LAKUKAN SEKS

Soalan

SAYA bapa kepada empat anak dan bakal menimang cahaya mata kelima.
Perkahwinan saya sudah berusia 18 tahun.

Masalahnya, isteri saya dingin dalam hubungan seks terutama sejak


mengandung anak kelima ini. Sikapnya amat mendukacitakan saya, sehinggakan
saya terasa seolah-olah mati pucuk. Jika ingin bersamanya, dia langsung tidak
berminat untuk mengadakan hubungan seks.

Sejak kebelakangan ini, saya tidak dapat mengawal nafsu seks untuk
bersetubuh. Paling trauma saya kerap bermimpi keluar mani (seperti baru
baligh).

Saya juga mengalami tekanan jika tidak mengeluarkan mani sehinggakan


seluruh badan saya sakit terutama pada bahagian pinggang. Jadi untuk
meredakan kesakitan saya terpaksa melakukan onani untuk memuaskan nafsu
seks.

Adakah saya tergolong dalam lelaki yang kuat seks? Apakah kesannya pada
zakar saya jika kerap melakukan onani? Betulkah jika air mani kita tidak keluar
begitu lama badan kita akan terasa sakit?

SUAMI RESAH | Pulau Pinang.

Jawapan

HUBUNGAN seksual menyeronokkan kedua-dua pasangan jika itu yang


dihajatkan. Kepada individu yang memang bersemangat dalam aspek hubungan
syahwat, dia akan bersemangat dan seronok jika hajatnya untuk bersetubuh
tercapai.

Tanda-tanda seperti lenguh badan, sakit kepala, sakit belakang dan kurang
mood akan muncul. Ada juga lelaki yang mengalami kesakitan pada buah zakar
seperti rasa kencing tak lawas.

Bagaimanapun, semua ini akan hilang jika dia mencapai klimaks akibat onani.
Tanda-tanda yang dialami sebelum itu ialah kesan tekanan atau stress kerana
tidak dapat melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Apabila dia mendapat kelegaan sama ada melalui onani atau mimpi basah, dia
akan rasa selesa seketika dan selagi perkara ini tidak dapat penyelesaian, tanda
berkenaan akan berulang.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 328

Jika anda dan isteri bekerjasama mengatasi masalah ini, tekanan sekarang
tidak akan berterusan dan terkawal. Anda juga perlu tahu hubungan seks
sememangnya memerlukan tenaga dan tahap kesihatan yang sempurna.

Bagi wanita, mood adalah penting. Dalam keadaan letih selepas seharian
bekerja termasuk menguruskan rumahtangga dan anak, wanita kebiasaannya
tiada tenaga untuk suaminya.

Keadaan mungkin boleh berubah jika anda membantu mengurangkan beban


pengurusan rumahtangga dan memberi layanan yang baik.

Mood isteri boleh berubah dan dia boleh memberi layanan yang diidamkan
suami dan dirinya tanpa melakukannya sebagai satu tanggungjawab.

Ada banyak cara wanita boleh memuaskan suami tanpa bersetubuh seperti
mengurut dan membelai anggota kemaluan suami sehingga klimaks.

Nafsu syahwat atau naluri seksual adalah anugerah Tuhan. Keperluannya juga
berbeza bagi lelaki dan wanita. Soal kuat seks tidak timbul. Apa yang penting ia
terkawal dan dilakukan tanpa mengikut hawa nafsu.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 329

KERANDUT TAK SEIMBANG, ALAT SULIT BENGKOK

Soalan

KEDUDUKAN buah zakar saya tidak seimbang di mana bahagian sebelah kanan
terletak di bawah dan sebelah kiri ke atas sikit. Selain itu zakar saya bengkok
ke kanan.

Adakah ia sesuatu yang normal? Jika tidak, bagaimana untuk


menyembuhkannya?

AMAT | Kelantan.

Jawapan

KEDUDUKAN buah zakar tidak seimbang adalah sesuatu yang normal.


Kebanyakan lelaki memiliki buah zakar kiri yang sedikit ke bawah berbanding
kanan dan kurang satu peratus lelaki mempunyai buah zakar seimbang.

Bagaimanapun, ada juga ketidakseimbangan yang terlalu ketara. Ia berlaku


akibat angin pasang (hernia), air pasang (hidrosel), pembuluh darah buah zakar
berpintal (varikosel) atau terdapat ketumbuhan cista.

Jika ini berlaku, lelaki berkenaan perlu segera berjumpa doktor untuk
mendapatkan rawatan.

Kedudukan zakar yang bengkok juga perkara biasa terutama apabila ia


menegang. Jika sebaliknya berlaku, besar kemungkinan terdapat masalah
seperti kekerasan sebahagian zakar yang menyebabkannya tertarik oleh tisu
yang keras itu.

Kadang-kadang zakar tertolak oleh buah zakar yang tertekan akibat angin
pasang. Apabila angin pasang itu disembuhkan melalui pembedahan, kedudukan
zakar akan kembali kepada kedudukan biasa.

Semua masalah yang saya jelaskan tadi dapat dikesan jika seseorang lelaki itu
melakukan pemeriksaan sendiri terhadap buah zakar dan zakarnya. Amalan ini
sebenarnya penting untuk kebaikan anggota tubuh dan jika boleh lakukannya
sekali dalam sebulan.

Cara melakukannya dengan berdiri di depan cermin. Kemudian sentuh buah


zakar dengan jari serta ibu jari. Jika ada sesuatu yang luar biasa, segeralah
berjumpa doktor.

Jadilah lelaki yang cemerlang dan lakukan pemeriksaan sendiri untuk


kesejahteraan anggota sulit anda. Jangan malu berjumpa doktor.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 330

SUAMI RISAU TIADA HARAPAN DAPAT ZURIAT

Soalan

SAYA berusia 38 tahun dan sudah lebih dua tahun berkahwin, tetapi belum
dikurniakan cahaya mata.

Baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan kesuburan dan doktor memberitahu


air mani saya tiada sperma. Puncanya buah zakar saya rosak dan saiznya
mengecut daripada normal.

Doktor berkenaan tidak pasti punca kerosakan buah zakar saya, tetapi bagi saya
mungkin berpunca daripada memakai seluar ketat.

Doktor itu berterus-terang mengatakan saya tiada harapan untuk mendapat


zuriat sendiri. Bagaimana pendapat doktor?

TERUNG | Kuala Lumpur.

Jawapan

SIAPA yang tidak mahukan anak? Lebih-lebih lagi daripada zuriat sendiri. Jika
diizinkan Tuhan, segala impian itu akan termakbul.

Adalah penting bagi mana-mana pasangan yang lama berkahwin berjumpa


doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya isteri masih belum hamil.

Pemeriksaan yang akan dilakukan kepada suami ialah pemeriksaan fizikal untuk
mengetahui sama ada anggota reproduktif suami sihat atau tidak. Selepas itu
ujian air mani akan dilakukan untuk mengetahui sama ada dia mampu
menghasilkan sperma atau tidak.

Sperma itu pula akan diperiksa sama ada ia sihat, berbentuk normal, aktif dan
bilangannya mencukupi. Jika perlu pemeriksaan susulan seperti ujian hormon
dan pembedahan kecil akan dilakukan kepada buah zakar (testicular biopsy)
untuk mengambil secebis tisu bagi meneliti kilang sperma sama ada ia normal
atau tidak.

Biasanya ujian air mani dilakukan berulang dalam tempoh beberapa minggu.
Jika pada ujian kali ketiga masih tiada sperma, sahlah air mani itu tidak
mengandungi sperma.

Oleh itu, pemeriksaan susulan seperti penyukatan hormon kesuburan FSH akan
dilakukan dan jika perlu pembedahan biopsi buah zakar juga perlu dilakukan.
Jika semua ujian ini menunjukkan kilang sperma tiada atau rosak, kemungkinan
mendapat zuriat sendiri memang tiada.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 331

Pemeriksaan kedua-dua buah zakar dengan menggunakan alat Orkidometer


atau alat pengukur buah zakar dapat memberi gambaran mengenai kedudukan
buah zakar itu dari segi kemampuan kilang sperma.

Ukuran kurang dari 12 cc menandakan ia mempunyai masalah. Kadang-kadang


isi padu buah zakar normal tetapi tiada sperma. Keadaan sebegini memerlukan
pemeriksaan susulan seperti ujian tahap hormon FSH dan kadang-kadang
pembedahan biopsi buah zakar untuk mengenalpasti kedudukan kesuburan
lelaki itu.

Punca kenapa lelaki itu tidak subur atau tidak menghasilkan sperma memang
banyak. Antaranya, masalah baka dan ia memang sukar dipulihkan.

Kerosakan buah zakar juga boleh berlaku akibat kecederaan. Selain itu
jangkitan kuman dan virus (seperti virus beguk) boleh mengakibatkan
keradangan dan kerosakan kilang sperma. Pendedahan kepada bahan kimia
seperti racun rumpai, racun serangga (DDT), pancaran sinar-x dan kimia anti
kanser juga boleh merosakkan buah zakar.

Begitu juga dengan buah zakar yang terdedah kepada suhu tinggi seperti
bahang dari alat kimpalan atau ketuhar. Sebahagian besar sebab kilang buah
zakar rosak tidak diketahui.

Memang sukar mengesan masalah sebenar. Bagaimanapun jika tiada penawar,


kedua-dua pasangan boleh mengambil anak angkat.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 332

TIMBUL RUAM SELEPAS BERSAMA

Soalan

JIKA saya melakukan persetubuhan seminggu sebelum datang haid, suami saya
akan terasa gatal pada zakarnya dan timbul bintik-bintik merah pada hujung
zakar.

Kenapa ia berlaku? Adakah jangkitan itu berpunca daripada saya?

ISTERI MANJA | Kuala Lumpur.

Jawapan

PENYAKIT kelamin atau jangkitan akibat hubungan kelamin boleh berlaku dalam
persetubuhan tertutup (tanpa pembabitan orang ketiga!) antara suami dan
isteri. Pasangan perlu merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan
dan mendapat rawatan yang sewajar untuk mengelakkannya daripada berulang.

Kuman, kulat dan parasit boleh mendekati kawasan anggota sulit akibat
kontaminasi dan tinggal di sana tanpa memberi apa-apa kesan kepada anggota
sulit individu (lelaki atau wanita).

Apabila individu itu bersetubuh dengan pasangan, sama ada dia atau
pasangannya atau kedua-duanya sekali boleh terkena jangkitan apabila
jangkitan itu memasuki kulit yang radang akibat hubungan seksual dan tanda
seperti kegatalan dan ruam boleh berlaku.

Jika jangkitan itu ketara, keradangan anggota sulit akan lebih lama dan
menyulitkan individu itu. Kadang-kadang jangkitan itu terkawal dan keadaan
menjadi normal beberapa hari kemudian. Jika persetubuhan dilakukan lagi,
jangkitan mungkin tidak berlaku lagi pada waktu itu kerana jumlah kuman,
kulat atau parasit berkurangan.

Bagaimanapun ia boleh berubah apabila jumlah kuman, kulat dan parasit


berkenaan meningkat akibat persekitaran tempat tinggal anda sesuai untuk
pembiakannya atau persetubuhan dilakukan dengan kerap sehingga kulit
anggota sulit luka dan mudah mendapat jangkitan kuman.

Saya syorkan anda berjumpa doktor bersama suami untuk menjalani


pemeriksaan. Mungkin doktor akan lakukan pemeriksaan pada salur faraj anda
dan mengambil sedikit cecair untuk diperiksa sama ada terdapat kuman, kulat
atau parasit.

Pemeriksaan yang sama akan dilakukan kepada suami dan jika dia tidak
berkhatan, kemungkinan kulat, kuman atau parasit itu terdapat di bahagian

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 333

yang terselindung oleh kulit kepala zakar ( jika berkhatan, kulit kepala zakar
akan terdedah dan jarang mengandungi kuman).

Jika satu daripada pasangan kelamin itu didapati ada jangkitan, kedua-dua
mereka akan diberi rawatan supaya jangkitan tidak berulang.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 334

CEPAT KLIMAKS, KECEWAKAN ISTERI

Soalan

SAYA berusia 37 tahun dan sudah 16 tahun berkahwin. Masalahnya zakar saya
sudah tidak semantap dulu setiap kali mengadakan persetubuhan dengan isteri.

Saya kerap mencapai klimaks terlebih dulu daripada isteri dan membuatkan dia
kecewa. Malah, hubungan saya bersama isteri tidak semesra dulu berikutan
masalah ini.

Bolehkah doktor berikan tips untuk mengubati masalah ini?

ZMAN | Kuantan, Pahang.

Jawapan

JIKA ketegangan padat, zakar akan berada dalam keadaan mantap dan kekal
untuk bergerak tanpa hilang kawalan. Sehubungan itu, ejakulasi dapat dikawal
sehingga kedua-dua pasangan puas.

Jika ketegangan kurang padat, ia tidak dapat dikekalkan malah akan


mengendur jika kurang rangsangan. Jika dalam keadaan begitu terpaksa digesel
luar kawalan dan mudah hilang daya kawalan, maka akan cepat klimaks.

Dalam memadatkan ketegangan, otot kemut (otot lantai pelvis) memainkan


peranan penting. Jika otot berkenaan dicengkam ketika zakar menegang, maka
ketegangan akan menjadi lebih padat dan kental. Jika dimasukkan dalam faraj
dan gerakan dilakukan dengan mengemut, maka geselan menjadi lebih
bersemangat dan ketegangan zakar tidak akan mengendur kerana kemutan tadi
dapat mengelakkan pengaliran keluar darah dan ia akan kekal sehingga lelaki
itu klimaks. Malah selepas klimaks, ketegangan masih ada walaupun tahapnya
kurang, tetapi masih boleh digerakkan lagi ke faraj.

Mungkin cara yang baik untuk memantapkan ketegangan zakar ialah dengan
mengamalkan senaman kemut atau kegel. Caranya ialah dengan merapatkan
peha dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing (seperti menahan
membuang air besar ), tarik nafas dan tahan selama lima saat. Lakukannya
sebanyak 10 kali dalam setiap sesi dan dalam sehari lakukan sebanyak lima
hingga enam sesi.

Selain itu, sapukan losyen pelembap supaya kulit zakar lebih selesa. Sentuh
seluruh zakar dengan hujung jari, tetapi jangan sehingga klimaks pula!

Seterusnya amalkan gaya hidup positif seperti tidak merokok, elak minum
minuman keras, lakukan senaman berkala, jaga berat badan dan kurangkan

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 335

tekanan. Herba seperti tongkat ali dapat membantu merangsangkan


pengeluaran hormon syahwat selain meningkatkan tenaga batin.

Jika cara yang saya cadangkan itu masih tidak berkesan selepas tiga minggu,
eloklah jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Jangan bazirkan duit
berjumpa orang tidak bertauliah.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 336

'BESAR TAK SEMESTI BOLEH DIGUNAKAN'

Soalan

SAYA berusia 29 tahun dan belum berkahwin. Masalahnya saya memiliki zakar
yang kecil. Panjangnya cuma enam sentimeter saja ketika menegang.

Saya bimbang masalah ini akan berlarutan apabila saya berkahwin nanti.

BEN | Johor Bahru.

Jawapan

MEMILIKI zakar kecil sememangnya isu sensitif bagi kebanyakan lelaki. Bagi
lelaki Asia, saiz normal adalah antara 10 hingga 14 sentimeter ketika
menegang. Jika kurang daripada enam sentimeter, memang sukar bagi lelaki
untuk memasukkan ke dalam faraj serta menyalurkan air mani. Malah, zakar
yang berukuran sembilan sentimeter sekalipun hanya terhad untuk melakukan
persetubuhan dengan lelaki di posisi atas saja.

Jadi tidak hairan, jika lelaki yang mempunyai zakar kecil lebih mudah
terpengaruh dengan segala rawatan atau teknik yang dipaparkan dalam
internet untuk membesarkan zakar. Mereka tidak peduli sama ada kaedah
rawatan itu tidak berkesan langsung atau boleh memudaratkan anggota
sulitnya.

Mengurut, menggantung benda berat kepada zakar, mengepam atau menarik


zakar dengan peralatan yang tidak standard boleh merosakkan zakar. Zakar
ialah organ yang vaskular dan lembut. Ia mudah rosak atau tercedera dan
apabila tercedera, ia akan membengkok atau mengecut serta hilang fungsinya.

Saya pernah mengendalikan kes beberapa orang lelaki yang menjalani kaedah
`Somatotherapy’ apabila mereka mendapat suntikan Vitamin C ke dalam lemak
dan otot zakar. Kesannya zakar mereka radang dan membesar yang
membuatkan mereka merana kesakitan. Kesudahannya zakar mereka besar
dalam keadaan menggerutu dan mengembung sehingga tidak dapat melakukan
hubungan seks langsung! Besar tidak semestinya boleh digunakan!

Kajian menunjukkan alat penarik zakar yang mempunyai piawaian bernama


Andropenis dapat membantu menambah saiz zakar antara dua hingga lima
sentimeter dalam masa empat hingga enam bulan penggunaannya. Alat ini
mesra pengguna dan perlu dipakai selama 9 hingga 10 jam setiap hari.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 337

SENAK GUNA PAM VAKUM

Soalan

SAYA menggunakan alat pam vakum untuk membesar dan memanjangkan zakar.
Bagaimanapun selepas sebulan, saya berasa sakit dan senak di pangkal zakar.

Adakah saya salah menggunakan alat pam vakum?

MAN | Puchong, Selangor

Jawapan

LELAKI hanya memiliki satu saja alat kelamin dan ia tidak boleh ditukar ganti.
Jika tidak dijaga dengan baik, ia mungkin mendatangkan masalah. Antaranya
menggunakan alat yang salah membesarkan zakar.

Alat pam vakum tidak sesuai bagi tujuan membesarkan zakar yang kecil. Bagi
lelaki Asia, saiz normal zakar ketika menegang ialah 10 hingga 14 sentimeter
(sm) dan ukur lilit ialah 9 hingga 13 sm.

Jika saiz yang dimiliki kurang dari 6 sm, mungkin sukar untuk melakukan
persetubuhan dan hanya sedikit dapat dimasukkan ke faraj (ukuran kedalaman
faraj antara 7 hingga 9 sm).

Jika pam vakum digunakan selalu dan lama, kemungkinan darah dalam otot
zakar membeku atau otot zakar cedera akibat tekanan alat berkenaan.

Ia boleh menjadikan zakar berparut dan semakin membengkok ketika


menegang. Ia dikenali penyakit Peyronie, disebabkan pengunaan pam vakum
yang salah.

Kaedah tanpa pembedahan yang sesuai serta sudah diiktiraf ialah alat penarik
otot zakar atau Andropenis.

Bagaimanapun jika disalah guna seperti menambah tarikan kepada otot zakar.
Ia perlu digunakan mengikut panduan dan nasihat pakar.

Lebih baik hentikan menguna pam vakum itu sebelum zakar tercedera.

Saya hanya syorkan pengunaan alat pam vakum yang mendapat piawaian
perubatan. Alat pam vakum perlu dikendalikan profesional seperti ahli farmasi,
ahli teknologi perubatan atau doktor bukan orang biasa.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 338

PENING, SAKIT KEPALA KETIKA EJAKULASI

Soalan

SAYA berkahwin selama 13 tahun dan biasanya melakukan hubungan seks dua
atau tiga kali seminggu.

Sejak akhir-akhir ini saya kerap mengalami pening dan sakit kepala setiap kali
bersetubuh terutama ketika ejakulasi.

Ia membimbangkan saya kerana sebelum ini ia tidak pernah berlaku.

ROSLI | Batu Gajah, Perak.

Jawapan

PENING atau sakit kepala ketika klimaks sebenarnya jarang berlaku. Malah, jika
berlaku pun ia jarang berulang.

Ia mungkin petanda awal anda menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit


darah tinggi atau petanda amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, berat
badan berlebihan dan tidak melakukan aktiviti fizikal.

Masalah itu kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita dengan nisbah 4 : 1.
Jika berlaku ia boleh memberi tekanan kepada hubungan intim.

Cara bijak menghadapinya ialah menjalani pemeriksaan kesihatan. Jika


terdapat sesuatu yang luar biasa dan rawatan diberi, kemungkinan pening
kepala ketika ejakulasi itu akan berkurangan.

Kadang kala ia berlaku akibat kesinambungan pening kepala biasa. Biasanya ia


akan berkurangan dalam masa yang singkat dan jarang berlarutan untuk
beberapa jam, tetapi ada juga yang berlarutan sehingga beberapa hari.

Ia juga mungkin disebabkan masalah pendarahan dalam otak. Bagaimanapun


jika anda bimbang mengenainya, anda boleh melakukan ujian imbasan otak.

Bagaimanapun, janganlah masalah itu menjadi penghalang untuk anda


menunaikan kewajipan terhadap isteri. Sila jumpa doktor untuk menjalani
pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti tahap kesihatan anda.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 339

GAGAL BERTAHAN LAMA KETIKA BERSAMA

Soalan

SAYA berusia 44 tahun dan mempunyai lima anak. Masalahnya zakar saya hanya
mampu menegang kira-kira seminit setiap kali melakukan persetubuhan
bersama isteri.

Ia sudah berlarutan selama lapan bulan.

Saya pernah mengambil pil viagra 50 mg dan 100 mg, tetapi tidak memberi
kesan.

Ketika bersetubuh, saya akan mengepit kedua-dua belah kaki dan barulah zakar
dapat mengekalkan ketegangan dan mencapai ejakulasi.

Apakah cara berkesan menyelesaikan masalah ini?

SIDIK | Kluang, Johor.

Jawapan

KETEGANGAN zakar berlaku akibat pengaliran darah ke ruang otot zakar.


Kadang kala kemasukan darah tidak mencukupi menjadikan otot zakar tidak
mencapai ketegangan yang dikehendaki.

Keadaan ini dikenali sebagai keciciran darah daripada otot zakar atau 'venous
leakage'. Inilah yang mungkin berlaku kepada anda.

Cara mengepit paha untuk mengekalkan ketegangan seberapa lama yang boleh
supaya anda dapat mencapai kepuasan ialah cara yang dapat mengawal darah
dalam otot zakar.

Jika anda bergerak sedikit atau mengubah posisi, pengaliran darah akan
berkurangan dan zakar akan kendur tanpa sempat menghabiskan persetubuhan.

Cara untuk mengatasi masalah 'venous leakage' ialah menggunakan alat


penambat zakar seperti cincin zakar atau 'penile ring'.

Ia boleh disarung ke pangkal zakar sewaktu menegang supaya ketegangan dapat


dikekalkan.

Ubat untuk melancarkan pengaliran darah dalam zakar seperti viagra, levitra
atau cialis berkesan untuk mencapai ketegangan, tetapi ia tidak mengekalkan
darah dalam otot zakar dan kemungkinan darah tercicir keluar dari otot.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 340

Jika gagal mengekalkan ketegangan selepas memakainya, anda boleh gunakan


dua atau tiga cincin berkenaan.

Senaman kegel atau kemutan juga menambah ketegangan zakar dan dibantu
cincin penambat. Jika masih gagal juga, jumpa doktor pakar.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 341

HORMON KAWAL NAFSU SYAHWAT

Soalan

Peningkatan hormon testosterone tidak bererti individu jadi hiper seks

PENGAMBILAN pil penambah hormon testosterone dan ubat herba dikatakan


boleh memulihkan tenaga batin. Jika berkesan, adakah ia boleh menyumbang
kepada peningkatan kes rogol, sumbang mahram dan mengadakan hubungan
sulit?

MAHU TAHU | Shah Alam, Selangor.

Jawapan

NALURI seksual dan nafsu syahwat adalah anugerah Tuhan kepada manusia dan
binatang. Bagaimanapun hanya manusia boleh melakukan hubungan seks pada
bila-bila masa berbanding binatang yang melakukan mengikut musim.

Naluri seksual dan syahwat dikawal oleh Pusat Kawalan Seks di kawasan
hyphotalamus dan para ventricular nucleus dalam otak.

Jika seseorang itu terangsang, bahagian berkenaan akan terangsang dan tindak
balasnya, lelaki akan mengalami ketegangan zakar (ereksi) dan bagi wanita,
faraj akan mengeluarkan cecair seperti pelincir.

Hormon testosterone mengawal nafsu syahwat manusia. Namun, tanpa kerelaan


dan izin minda, rangsangan tidak akan berlaku.

Makanan tambahan atau ubat herba dan peningkatan hormon testosterone


tidak bererti individunya menjadi hiper seks.

Jika terdapat banyak hormon testosterone dalam badan, pusat kawalan hormon
akan mengarahkan organ yang menghasilkan testosterone mengurangkan
pengeluaran hormon terbabit sehingga sampai paras yang biasa untuk individu
itu. Ia adalah sistem tindak balas semulajadi.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 342

4 TAHUN KAHWIN TAK RASA NIKMAT

Soalan

SAYA berusia 31 tahun dan sudah empat tahun berkahwin. Saya menghadapi
masalah tidak merasai nikmat bersetubuh.

Setiap kali mengadakan persetubuhan dengan isteri, saya tidak merasai


keseronokan atau kepuasan walaupun dalam keadaan ghairah malah kesakitan.

Akibatnya, zakar mengendur dan tidak mampu mengeluarkan mani. Sejak


berkahwin, air mani tidak pernah keluar. Harap doktor membantu.

LELAKI MALANG | Johor.

Jawapan

PUSAT kawalan ejakulasi air mani dalam sistem ejakulasi terletak pada urat
saraf di tulang belakang. Proses ejakulasi tercetus dari otak akibat tindak balas
rangsangan seksual dan air mani yang terkumpul dalam penghujung salur
sperma akan terpancut otot sistem pancutan apabila lelaki klimaks.

Pancutan air mani atau ejakulasi ialah kemuncak rangsangan seksual dan ia
dikawal urat saraf dan hormon testosterone. Jika urat saraf terganggu,
pancutan air mani tidak berlaku.

Masalah seperti keradangan urat saraf akibat penyakit kencing manis dan
‘multiple sclerosis’ ialah antara penyakit kepada masalah itu. Tekanan mental
juga boleh menyebabkan kegagalan ejakulasi selain kekurangan hormon
testosterone yang berlaku kepada lelaki berumur.

Bagaimanapun sebahagian besar masalah kegagalan ejakulasi tidak dapat


dikesan. Ada yang diberi rawatan dengan mengambil vitamin B1, B6 dan B12
serta ubat untuk memantapkan tindak balas urat saraf.

Alat getaran atau ejakulator dapat membantu. Ia membabitkan proses


pengumpulan air mani untuk disalurkan ke faraj pasangan bagi kehamilan.

Ada juga lelaki mendapat kenikmatan ketika tidur (mimpi basah) tetapi tidak
ketika bersetubuh atau onani. Ada juga lelaki yang ketagih dengan amalan
onani hanya boleh mencapai ejakulasi melalui amalan itu.

Kehamilan boleh terjadi jika air mani dapat dikumpul melalui onani dan
menyalurkan ke faraj pasangan untuk kehamilan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 343

Apabila sesuatu hubungan seksual itu mendatangkan tekanan kepada satu


pasangan seperti si suami tidak dapat mencapai ejakulasi, isteri juga tidak akan
merasai nikmat bersetubuh.

Saya nasihatkan anda dan isteri berjumpa doktor yang mahir bagi mengelak
masalah ini berpanjangan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 344

SUKAR EREKSI SELEPAS BEDAH JANTUNG

Soalan

SAYA berusia 35 tahun dan sudah berumah tangga. Selepas menjalani


pembedahan jantung, zakar saya lemah dan sukar ereksi. Apakah masalah ini
berpunca daripada jantung?

LEMAN | Pahang.

Jawapan

SALAH satu penyakit mempengaruhi fungsi ereksi ialah jantung terutama


penyakit koronari yang berkaitan kesempitan saluran darah ke jantung akibat
peningkatan kolesterol dan lemak disebabkan amalan gaya hidup tidak sihat.

Sesetengah lelaki yang masih mampu melakukan hubungan kelamin sebelum


menjalani pembedahan pemintasan salur darah koronari, selepas selesai
pembedahan itu akan mendapati mereka hilang kemampuan seksual.

Ini kebiasaannya berlaku akibat ‘berehat’ menunggu pembedahan pulih yang


biasanya memakan masa. Ada lelaki yang menjalani pembedahan jantung dan
kembali pulih dengan cepat, dapat mencapai ereksi secara spontan.

Biasanya mereka yang menjalani pembedahan jantung akan rasa lemah dari
segi nafsu dan kemampuan syahwat.

Jika masalah lemah syahwat itu berlaku dan mengikut doktor pakar jantung,
anda boleh mengambil ‘Viagra’ , ‘Cialis’, Levitra atau ubat ‘PDE5 inhibitor,
lakukan jika ini membantu melancarkan kemasukan darah ke otot zakar supaya
ia mampu ereksi.

Jika tidak disyorkan doktor, cuba kaedah lain seperti menggunakan alat pam
vakum (medical standard device) atau kaedah penyuntikan ubat pengembang
salur darah ke dalam otot zakar iaitu ‘Caverject’.

Selain itu jumpa doktor pakar dalam pengurusan disfungsi erektil (DE ).

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 345

BANTU PASANGAN CAPAI KLIMAKS

Soalan

SEKIRANYA ejakulasi berlaku dan saya masih bersetubuh bersama pasangan,


adakah baki air mani berkenaan akan mengalir masuk ke faraj atau meleleh
keluar?

HAS | Kedah.

Jawapan

SEBAHAGIAN besar lelaki mampu mengekalkan ketegangan zakar selepas


ejakulasi dan ia membantu pasangan perempuan mencapai klimaks jika
pancutan air mani berlaku awal.

Bagaimanapun kemampuan ini akan hilang apabila usia lelaki itu meningkat dan
ketegangan zakarnya tidak seperti waktu muda dulu. Keadaan ini selalunya
akan mendatangkan masalah dalam hubungan kelaminnya dengan pasangan.

Jika selepas ejakulasi lelaki itu masih meneruskan geselan zakar ke faraj, sudah
tentu kemasukan angin yang berlaku mengakibatkan air mani keluar dari faraj.

Perkara ini boleh dikurangkan jika wanita mengangkat punggung ke atas serta
merapatkan paha ke dada dan ia menyebabkan faraj menjadi lebih panjang.

Mungkin anda perlu mengubah posisi dengan mengadakan persetubuhan dari


belakang yang dapat mengelak dari berlakunya keciciran air mani.

Air mani juga boleh melimpah keluar jika pasangan perempuan bangun selepas
bersetubuh untuk mencuci kemaluan atau meluruskan dan merapatkan serta
mengemut faraj selepas bersetubuh.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 346

SEKSUAL MENURUN PADA USIA EMAS

Soalan

ADAKAH apabila usia meningkat 60 tahun tahap seksual menurun. Adakah


sebarang ubat untuk memulihkan tenaga seksual lelaki?

KHAN | Kuala Lumpur.

Jawapan

UMUR memainkan peranan dari segi kemampuan seksual. Bagaimanapun, jika


tahap kesihatan individu itu baik dan mengamalkan gaya hidup sihat, dia akan
melakukan aktiviti seksual dengan pasangan walaupun dalam usia emas.

Apabila seseorang lelaki mencecah 40 tahun, dia perlu mengambil berat


mengenai kesihatannya bagi mengelak penyakit kronik (penyakit keturunan)
seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit jantung yang
mempengaruhi kesihatan seksual dan punca lemah tenaga batin.

Kajian mendapati 40 peratus lelaki mengalami lemah tenaga batin dalam usia
40 tahun manakala 60 peratus apabila berusia 60 tahun.

Rawatan sedia ada termasuk ubat seperti Viagra, Cialis atau Levitra yang boleh
diberi doktor atau menggunakan pam vakum dan suntikan ubat pengembang
otot zakar seperti Caverjet. Bagaimanapun, rawatan itu tidak mungkin dapat
mengembalikan kemampuan syahwat seperti berusia 20-an.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 347

TIP PIKAT ISTERI

1. SENTIASA mengingati masa indah dan kenangan bersama isteri seperti tarikh
mula berkenalan, tempat pertemuan, janji temu pertama, ulang tahun
perkahwinan, tarikh lahir isteri.

2. UCAPKAN perkataan sayang sekurang-kurang sekali sehari. Wanita itu amat


suka perkataan sedemikian tetapi lelaki sering kali melupakan ucapan keramat
itu apatah lagi yang sudah lama berkahwin.

3. APABILA isteri menunjukkan sesuatu mesej seperti berpakaian cantik, lelaki


perlu peka bahawa ada perkara mahu disampaikan isteri seperti tarikh hari
lahir.

4. PAKAI pakaian yang cantik dengan bauan yang memikat ketika bersama isteri
kerana isteri sukakan sesuatu yang harum dan menyegarkan. Sering kali lelaki
lupa tanggung jawab mereka dan asyik menyalahkan isteri terutama yang lama
berkahwin.

5. JANGAN terus mengutuk atau mengkritik jika makanan yang dimasak isteri
kurang sedap, tawar atau masin. Sebaiknya beri teguran yang lembut yang
tidak menyinggung isteri.

6. UNTUK menghidupkan suasana romantik terutama pasangan yang lama


berkahwin, apa kata sekali sekala hadiahkan mawar merah untuk isteri.

7. SERING kali lelaki yang mempunyai anak kurang mempedulikan isteri dan
mempunyai lebih masa dengan anak. Cuba bahagikan masa sama rata antara
anak dan isteri.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 348

SPERMA LEMAH

Soalan

SAYA sudah tiga tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan anak. Saya
mengambil keputusan untuk melakukan ujian kesuburan dan keputusannya
sperma saya lemah atau dipanggil Oligoszoospermia.

Apakah punca masalah ini dan bagaimana mengubatinya?

ZAM | Putrajaya.

Jawapan

MUNGKIN ujian air mani dapat menentukan lelaki menghasilkan sperma.


Walaupun mempunyai sperma, tidak bermakna lelaki itu tidak mandul.

Jika bilangan sperma kurang, ia dikenali sebagai ‘oligospermia’ atau


‘oligozoospermia’. Jika banyak sperma tidak berbentuk normal (kurang 30
peratus berbentuk tidak normal), ia dikenali sebagai ‘teratospermia’ dan jika
kurang 40 peratus sperma tidak bergerak aktif, ia dipanggil ‘asthenospermia’.

Punca ia berlaku tidak diketahui. Sesetengah lelaki mempunyai buah zakar yang
kecil dan kurang sperma. Ada di kalangan mereka mengalami masalah hormon
dan jika ubat penyubur diberi, keadaan akan pulih.

Ada juga yang mengalami pembuluh darah buah zakar berpintal atau varikosel
dan jika pembedahan pemulihan dilakukan, keadaan akan pulih.

Sebahagian daripada rawatan masalah kesuburan lelaki ialah penyemaian benih


dalam rahim isteri atau IUI dan bayi tabung uji. Insya-Allah peluang
mendapatkan anak masih cerah.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 349

LESU SELEPAS KLIMAKS

Soalan

KEBIASAANNYA selepas ejakulasi, saya sudah tidak mampu meneruskan lagi


persetubuhan. Saya tahu isteri saya tidak mendapat nikmat persetubuhan dan
mahu meneruskannya lagi, tetapi masalahnya saya sudah tidak bertenaga lagi.

Bagaimana saya boleh mengatasi masalah ini supaya masing-masing dapat


kenikmatan?

LELAKI MALANG | Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Jawapan

KEPUASAN seksual sememangnya penting dalam hubungan perkahwinan. Bagi


pasangan yang baru berkahwin, hubungan seks adalah faktor menjalin
kemesraan.

Lelaki sering klimaks awal kerana terlalu mudah terangsang. Jika anggota yang
terangsang itu ditingkatkan rangsangannya, sudah tentu klimaks lebih awal.
Anda dan isteri digalak bercumbu terlebih dulu dan jangan terus memasukkan
zakar ke faraj walaupun berlaku ereksi.

Bagi memastikan ereksi kekal walaupun sudah berlaku ejakulasi, anda boleh
melakukan teknik kemutan (seperti menahan membuang air kecil). Walaupun
air mani sudah terkeluar (ejakulasi), teruskan dayungan sambil mengemut
sehingga pasangan anda klimaks dan puas!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 350

BIMBANG TIADA ZURIAT

Soalan

SETIAP kali bersetubuh dengan isteri, saya mencapai klimaks seperti semua
lelaki normal lain. Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah tiada setitis pun
air mani yang keluar! Sebaliknya hanya cecair jernih dan likat seperti air mazi.
Ia juga tidak terpancut, sebaliknya hanya meleleh dengan kuantiti yang sedikit.

Saya tidak tahu apa puncanya masalah ini. Saya bimbang tidak mampu
menghasilkan zuriat.

KHIZ | Melaka.

Jawapan

MUNGKIN anda mengalami pancutan air mani ke pundi kencing setiap kali anda
klimaks. Ini boleh disahkan dengan menjalani pemeriksaan air kencing untuk
memastikan sama ada sperma masuk ke dalamnya.

Jika ada, ia menandakan anda mengalami pancutan ke pundi kencing atau


dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation.’

Satu cara yang boleh dilakukan ialah menapis air kencing supaya sperma aktif
dapat dikumpul dan dibersihkan untuk dimasukkan ke rahim isteri ketika dia
dalam waktu subur melalui prosedur permanian berhadas.

Sebelum dikumpul anda diberi minum soda berkarbonat untuk mengurangkan


keasidan air kencing supaya sperma yang terpancut ke pundi kencing tidak mati
akibat terdedah kepada tahap keasidan yang tinggi

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 351

PANCUTAN AIR KENCING BERCABANG

Soalan

SEJAK akhir-akhir ini saya kerap berasa ngilu dan sengal selepas membuang air
kecil. Kadang-kadang ketika membuang air kecil pancutannya tidak normal
tetapi bercabang. Adakah saya mengalami penyakit batu karang?

Selain itu, zakar saya terlalu mudah ereksi dan mengeluarkan air mazi banyak
terutamanya ketika berinteraksi dengan wanita. Bagaimanakah cara
mengurangkannya dan adakah ia boleh menjejaskan tahap ereksi apabila
berkahwin kelak?

RIE | Kedah.

Jawapan

KEDUA-dua soalan anda itu mempunyai kaitan. Jika dalam keadaan terangsang,
pundi prostat mengembang kerana aliran darah di dalamnya.

Ia menyebabkan salur kencing menjadi sempit dan jika membuang air kecil,
pengeluarannya tidak lancar dan terasa masih ada air kencing tertinggal. Jika
diteran terkeluar air mazi.

Pancutan air kencing yang bercabang bukan satu masalah dan tidak
menandakan penyakit. Ia boleh berlaku bila-bila masa apabila penghujung
lubang kencing menjadi sempit.

Apabila dalam keadaan terangsang, semua pundi yang menghasilkan air mazi
mengembang dan mengeluarkan lelehan dengan banyak.

Keadaan itu dikenali sebagai resdung zakar. Cecair berkenaan datang dari
pundi Cowpers dan pundi salur kencing atau salur urethra.

Anda perlu membawa seluar dalam tambahan jika kerap mengalami perkara
itu. Jika tidak mahukan perkara itu berlaku anda boleh mengambil ubat
resdung seperti ‘Piriton’.

Bagaimanapun, ia membuat anda mengantuk dan kehilangan ereksi! Jangan


risaukan perkara itu. Ia berlaku kerana anda mengawal perasaan rangsangan,
lainlah jika anda sedang bersedia untuk ejakulasi!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 352

KEHIDUPAN SEKSUAL HAMBAR

Soalan

SAYA berusia 41 tahun dan isteri berusia 38 tahun. Kami sudah berkahwin
selama 12 tahun. Sejak empat tahun lalu saya mengalami masalah dingin seks.
Kami hanya mengadakan hubungan seks sekali sebulan atau tiga bulan sekali.
Kadang-kadang berbulan-bulan lamanya kami tidak melakukan hubungan seks!

Kami tidak pernah berbincang mengenai masalah ini, tetapi kehidupan kami
tetap bahagia dan boleh dikatakan tidak pernah berlaku sebarang
pertelingkahan berkaitan masalah itu.

Apakah masalah yang menyebabkan masalah dingin seks dan bagaimana cara
menghangatkan kembali kehidupan seksual kami?

SID | Klang, Selangor.

Jawapan

MEMANG biasa terdengar keluhan pasangan suami isteri yang menyatakan suami
atau isteri kurang melakukan hubungan seks. Jika ini berlaku atas pilihan
sendiri, tiada sebab mengeluh.

Jika terpaksa atau keadaan itu berlaku akibat pasangan tidak minat atau kerap
menolak atas berbagai alasan mungkin perkara ini boleh disempurnakan
kembali apabila sebab penolakan itu diatasi atau ditangani.

Hubungan seks ialah aktiviti fizikal dan memerlukan tenaga serta tubuh badan
sihat. Jika aktiviti harian yang biasa dapat dilakukan ini tidak bermakna
hubungan seks juga begitu.

Keperluan tenaga berbeza dan tindak balas rangsangan untuk lelaki dan wanita
perlu ada. Jika tidak, sukar menunaikannya walaupun satu kewajipan.

Jadi tidak hairan jika pasangan yang separuh umur mengalami perubahan itu.
Hubungan seks kebiasaannya menggambarkan kedua-dua pasangan dalam
keadaan terangsang dan melakukan persetubuhan dengan aktif.

Mungkin ini suatu adegan yang berlaku kepada pasangan intim ketika muda.
Malahan pasangan sama apabila sampai ke umur lebih tinggi masih boleh
melakukan perkara sama.

Cuma, mungkin caranya tidak seperti dulu dan lebih kepada belaian, sentuhan,
kucupan dan urutan. Jika kedua-dua berkemampuan dan berhajat, hubungan
penetratif boleh dilakukan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 353

Bagi pasangan yang mendapati kehidupan seksual mereka hambar, mereka


perlu berterus-terang dan membuat sesuatu secara bersama untuk
meningkatkan lagi hubungan keintiman jika itu yang mereka mahu.

Keluar dari keadaan rutin mungkin perkara utama perlu dilakukan.

Lakukan aktiviti rutin bersama dengan cara berbeza. Tetapkan waktu dan masa
untuk berintim dan pastikan persiapan dibuat terlebih dulu. Jika khuatir
terganggu, tempahlah bilik hotel atau pergi bercuti tanpa membawa anak.

Bagi pasangan mengalami masalah syahwat, dapatkan bantuan profesional. Kini


masalah seksual lelaki dan wanita dapat diatasi dengan rawatan moden. Jangan
menderita dalam diam. Dapatkan bimbingan dan rawatan jika itu diperlukan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 354

ALAT SULIT GATAL

Soalan

ADA ketulan kecil pada buah zakar saya yang menyebabkan kegatalan pada
bahagian itu dan kawasan sekitarnya. Ia semakin ketara terutama pada waktu
malam serta keadaan lembap dan panas.

Kekerapan menggaru membuatkan ia luka sehingga terasa pedih. Apakah punca


masalah ini dan apa rawatan atau ubat yang sesuai?

LAMIN | Serdang, Selangor.

Jawapan

KULIT anggota sulit lelaki dan perempuan adalah jenis halus dan lembut serta
tidak mudah kering kerana dilapisi pelembap kulit semula jadi. Selain faktor
itu, kehadiran bulu roma juga membuatkan kulit bahagian itu sentiasa lembap
dan selesa.

Apabila bahan pelembap kurang atau lapisan pelembap hilang akibat mencuci
dengan sabun kosmetik, maka kulit bahagian itu akan menjadi kering, licin dan
gatal. Kemudian jika kerap digaru kulit akan melecet serta luka dan terdedah
kepada jangkitan.

Jika bulu roma dicukur, kulit akan terdedah tanpa pelindung yang mengawal
bahan pelembap semula jadi. Jika kering, ia akan terasa gatal dan jika digaru
keradangan kulit berlaku dan salur pundi pelembap semula jadi ‘sebaceous’
akan terkandas. Pundi berkenaan pula akan mengeras dan timbul serta
kelihatan seperti jerawat.

Jika ada jangkitan, pundi akan membesar dan boleh pecah serta mengeluarkan
cecair yang berbau busuk. Pundi yang pecah itu dikenali sebagai ‘wen’.

Sila berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan


sewajarnya. Mencuba segala ubat tanpa diperiksa doktor bukan cara yang
bijak.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 355

SUAMI RISAU AIR MANI TIADA SPERMA

Soalan

SAYA berusia 33 tahun dan sudah berkahwin beberapa tahun lalu. Sehingga kini
saya masih belum dikurniakan anak.

Baru-baru ini saya bersama isteri menjalani pemeriksaan kesuburan. Isteri saya
mempunyai tahap kesuburan normal, bagaimanapun doktor mendapati air mani
saya tidak mengandungi sperma.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Bolehkah doktor cadangkan cara lain
bagi kami untuk mendapatkan zuriat sendiri?

HAS | Terengganu.

Jawapan

APABILA berkahwin, perkara mendapatkan zuriat sememangnya menjadi


agenda utama. Selagi isteri belum hamil, sudah tentu dua pihak rasa tertekan
terutama si isteri yang menjadi tumpuan dalam penghasilan zuriat.

Sehubungan itu, daripada menunggu dengan penuh tanda tanya adalah lebih
baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.

Bagi suami, doktor akan menjalankan ujian air mani dan isteri perlu menjalani
ujian kemampuan menghasilkan telur dan pengenalan mengenai kedudukan
rahim serta salur telur sama ada tersumbat atau bermasalah.

Jika ujian air mani tidak menunjukkan sperma, istilah perubatan yang
digunakan ialah ‘Azoospermia’. Ujian air mani perlu diulangi beberapa minggu
dan jika sudah melakukan sekurang-kurangnya tiga kali tetapi keputusannya
masih sama, ia terbukti sperma memang tiada.

Sehubungan itu, ujian susulan perlu dilakukan kepada suami untuk


mengenalpasti sebab ia berlaku dan memberi rawatan sewajarnya.

Selain ujian air mani, pemeriksaan perlu dilakukan kepada buah zakar untuk
mengenalpasti isi padunya (mengukur buah zakar dengan alat pengukur
Orkidometer) dan meneliti sama ada terdapat apa yang luar biasa seperti
kebenjolan, angin atau air pasang atau varikosel (pembuluh darah ven
bepintal).

Selain pemeriksaan, ujian hormon untuk mengenalpasti tahap hormon


kesuburan dan testosteron dijalankan untuk mengetahui sekiranya ada
kekurangan atau peningkatan.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 356

Jika tahap hormon tinggi bermakna ada kerosakan pada kilang buah zakar.
Mungkin sebagai cara terakhir, pembedahan kecil perlu dilakukan pada kedua-
dua buah zakar untuk mengambil secebis tisu buah zakar. Ia bertujuan untuk
mengkaji tisu bagi meneliti kilang sperma kedua- dua buah zakar sama ada
bermasalah atau sebaliknya.

Rawatan sewajarnya akan diberikan jika masalah sebenar dikenali. Jika situasi
menjadi buntu, kemungkinan pasangan kelamin itu boleh mengambil anak
angkat.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 357

KENCING TAK LAWAS

Soalan

SAYA mengalami masalah kencing tidak lawas. Masalah ini menyukarkan saya
terutama ketika mengerjakan solat. Setiap kali selepas solat saya mendapati
masih ada lagi air kencing pada permukaan kepala zakar.

Saya juga mengalami kegatalan terutama pada bahagian celah paha. Kegatalan
itu juga menyebabkan berlaku tanda hitam di celah paha.

MANLUK | Raub, Pahang.

Jawapan

RASA hendak membuang air kecil berlaku apabila pundi kencing yang
mengumpul air dalam keadaan padat. Mesej dari pundi kencing akan sampai ke
pusat kawalan di otak seterusnya tindak balas dari otak akan ke pundi kencing
semula dan pundi kencing akan melepaskan air kencing menerusi zakar.

Jika mesej untuk mengekalkan air kencing, maka pundi kencing akan mengawal
air kencing sehingga satu waktu tertentu apabila pundi kencing amat padat, air
kencing akan keluar.

Jarang berlaku pintu pengeluaran air kencing longgar. Jika itu berlaku air
kencing akan sentiasa meleleh keluar. Apabila pintu tertutup, kemungkinan air
kencing tercicir itu tiada.

Kulit di sekitar anggota sulit serta kulit di celah kelangkang ialah jenis kulit
yang lembut dan sentiasa licin dengan bahan pelembap kulit semula jadi. Jika
bahan pelembap itu kurang maka kulit menjadi kering dan terasa gatal. Jika
digaru, kulit akan melecet dan boleh terdedah kepada kuman dan kulat.

Mustahak kulit bahagian itu sentiasa lembap dengan pelembap semula jadi atau
disapu dengan losyen pelembap supaya tidak kering dan gatal.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 358

TAK PERLU BERKHATAN

Soalan

SEJAK berusia 11 tahun dan kini sudah menjangkau 27 tahun, saya tidak pernah
berkhatan. Zakar saya agak pelik kerana ia kelihatan seperti sudah berkhatan
kerana tidak mempunyai lebihan kulit pada bahagian hujungnya.

Dengan keadaan ini, adakah saya perlu berkhatan?

DEE | Kelantan.

Jawapan

PROSES berkhatan bagi lelaki ialah memotong kulit penghujung zakar yang
menutupi kepala zakar. Jika kepala zakar sudah terdedah, tidak perlu lagi
berkhatan kerana jika kulit yang ada itu dipotong ia akan menjadi pendek dan
jika ereksi berlaku, kulit menjadi tegang dan boleh terkoyak.

Memang ada sebahagian lelaki mempunyai masalah seperti anda dan ia perkara
semula jadi. Kadang-kadang kulit penghujung zakar melekat kepada kepala
zakar dan kelihatan seolah-olah penghujung zakar tiada lekuk dan pembukaan
lubang kencing kelihatan tertutup (tetapi masih boleh membuang air kecil).
Keadaan itu dikenali sebagai ‘phimosis’.

Jika begitu setiap kali lelaki itu melakukan hubungan seks, dia akan berasa
tidak selesa kerana kulit menegang dan menarik penghujung zakar. Cara untuk
merawat masalah ini ialah menerusi rawatan di mana doktor akan memisahkan
kulit penghujung zakar daripada kulit kepala zakar dan memotong kulit
penghujung zakar yang berlebihan itu.

Bagi lelaki yang mempunyai masalah seperti kulit hujung zakar melekat pada
zakar atau parut akibat berkhatan secara kampung dan mengalami masalah
ketika bersama isteri, jangan biarkan perkara itu berterusan. Jumpa doktor
supaya masalah itu dapat diselesaikan demi kebahagiaan rumah tangga.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 359

RANGSANG ISTERI GUNA TANGAN

Soalan

SAYA sudah mendirikan rumah tangga dan inginkan pandangan tuan berhubung
merangsang isteri menggunakan tangan. Adakah ia boleh memberi kesan
negatif kepadanya?

KASIM | Putrajaya.

Jawapan

HUBUNGAN seksual mengeratkan silaturahim antara lelaki dan pasangan


isterinya. Pendekatan hubungan kelamin mengikut citarasa kedua-dua pasangan
dan ini bermaksud melakukan aktiviti yang mereka mendapat nikmat dan
keseronokan.

Jadi, terpulanglah kepada kehendak pasangan, sama ada dia ingin sentuhan
intim kepada keseluruhan tubuh badannya atau tempat yang merangsangkan
nafsunya. Antaranya, menyentuh anggota kemaluan dengan tangan dan jari
asalkan perkara ini tidak menyakitkan dirinya.

Hubungan seksual membabitkan sentuhan kulit dan ia termasuk sentuhan kulit


anggota kelamin lelaki dan perempuan. Memandangkan kulit anggota yang luas
ada pada tubuh manusia maka mudah untuk pasangan kelamin menikmati
sentuhan kulit serta menikmati pelbagai perasaan dan keseronokan.

Sentuhan intim kepada badan menyegarkan serta menggelorakan nafsu


pasangan kelamin dan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Selain itu dalam melakukan hubungan seksual, pasangan kelamin


bertanggungjawab memastikan anggota kelamin mereka sihat, bersih dan tanpa
apa-apa gejala penyakit seperti penyakit kulit.

Jika ada sesuatu yang luar biasa kepada anggota kemaluan elok bertemu doktor
untuk kepastian. Sehubungan itu, mustahak lelaki dan perempuan yang
berkahwin melakukan pemeriksaan kendiri anggota kelamin secara kerap dan
berkala.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 360

EJAKULASI AWAL

Soalan

SAYA sudah berumah tangga dan mengalami masalah ejakulasi awal. Apabila
bersama isteri, ejakulasi berlaku dalam masa tidak sampai seminit.

Benarkah penggunaan gambir Sarawak dapat membantu masalah ini? Jika boleh
digunakan, adakah ia memberi kesan sampingan?

BIE | Subang Jaya.

Jawapan

SEBAHAGIAN besar lelaki yang cepat tewas ketika bersetubuh dapat


menanganinya dengan menumpukan tahap ereksi di samping dapat
meningkatkan daya kawalan ejakulasi.

Teknik mengemut (seperti menahan membuang air besar atau kecil) juga dapat
membantu melambatkan ejakulasi. Jika mahir dalam teknik ini, anda masih
dapat mengekalkan ereksi walaupun sudah berlaku ejakulasi.

Ada di kalangan mereka yang masih gagal menggunakan gel anaesthetic (hanya
boleh dibeli dengan kebenaran doktor) untuk disapu pada penghujung zakar
untuk mengebaskannya. Bagaimanapun, ia tidak begitu sesuai kerana sebelum
memasukkan zakar ke dalam faraj, ubat berkenaan perlu dibersihkan dulu. Jika
tidak, faraj pula menjadi kebas!

Gambir Sarawak ialah jenis ramuan yang mengandungi bahan herba dan kimia
yang disapu pada penghujung zakar selepas mencampurkannya dengan air
sejuk. Selepas beberapa minit, hujung zakar terasa pijar, panas dan tidak
selesa.

Rasa tidak selesa itu kononnya dapat memberi ereksi yang padat dan tidak
selesa. Jadi apabila dimasukkan ke dalam faraj, sudah tentu dapat bertahan
lama.

Bagaimanapun, sebelum itu gambir Sarawak perlu dibersihkan dulu. Jika tidak,
isteri terasa panas pada farajnya (seperti terkena cili api kerana gambir
Sarawak mengandungi bahan itu).

Kesan sampingannya ialah kulit penghujung zakar akan menggelupas dan


mungkin boleh melecet. Jika terkena faraj wanita, mungkin selepas bersetubuh
dia mengipasnya pula!

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 361

Saya nasihatkan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk
ajar. Mungkin ada cara yang lebih mujarab dan tidak memerlukan pengunaan
krim atau bahan pengebas.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 362

KETULAN PADA PUTING BUAH DADA

Soalan

SAYA berusia 21 tahun dan amat runsing dengan ketulan pada puting buah dada
saya sejak berusia 12 tahun.

Sebagai lelaki, saya amat malu kerana bahagian berkenaan akan menonjol
seolah-olah saya memiliki buah dada seperti wanita. Bagaimanapun, ketulan itu
akan mengecut apabila ia terdedah kepada suhu sejuk dan ia juga tidak
mendatangkan kesakitan. Apa sebenarnya masalah saya?

RAZAK | Taiping, Perak.

Jawapan

LELAKI juga memiliki buah dada sebagaimana wanita. Cuma pundi atau salur
susunya tidak sempurna dan tidak membesar pada peringkat awal baligh seperti
wanita.

Bagaimanapun, ada sedikit proses tumbesaran pada pundi atau salur susu
berkenaan yang dikenali sebagai keradangan buah dada akibat baligh atau
‘pubertal mastitis’. Keradangan yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah
tumbesaran atau rangsangan yang berlaku akibat penghasilan hormon
estrogen(hormon wanita) dari pundi adrenal.

Jika tumbesaran itu kelihatan, lelaki itu akan mendapati ada ketulan kekal dan
jika ia dipicit akan terasa sakit. Bagaimanapun, bengkak dan keradangan buah
dada lelaki boleh berlaku serta memberi kesan sakit apabila ketulan buah dada
itu dipicit.

Jarang sekali ia berubah menjadi kanser buah dada lelaki. Jika berlaku, ia
terjadi pada peringkat umur yang tinggi. Jika ada ketulan pada peringkat akhir
baligh atau beberapa tahun kemudian, ia mungkin petanda lelaki itu terdedah
kepada hormon kewanitaan. Kanser buah zakar kadangkala mengakibatkan
penghasilan hormon estrogen, tetapi amat jarang berlaku.

Jika ketulan buah dada itu suatu perkara yang mengaibkan, ia boleh dibedah
untuk membuang tisu ketulan terbabit. Jika dibiarkan pun ia tidak akan
mendatangkan apa-apa masalah.

Seperti wanita, puting buah dada lelaki juga sensitif kepada sentuhan dan akan
menegang jika lelaki itu mengalami rangsangan syahwat.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 363

ALAT KELAMIN TIDAK BERFUNGSI

Soalan

SAYA mengalami penyakit kencing manis sejak 13 tahun lalu. Baru-baru ini,
saya diarahkan doktor menggunakan insulin dua kali sehari. Masalahnya, sejak
dua tahun lalu, saya mengalami mati pucuk dan ia menjadi lebih serius
sehingga alat kelamin saya terus tidak berfungsi?

MAT K | Seremban.

Jawapan

MASALAH lemah tenaga batin, lemah syahwat atau dikenali ‘Disfungsi Erektil’
(DE), menjadi agenda utama jika masalah seksual lelaki dipertikaikan.

Dalam kajian dijalankan, kini dianggarkan 2.3 juta lelaki Malaysia mengalami
masalah berkenaan dan sebilangan kecil yang tampil mendapatkan rawatan.

Kajian juga menunjukkan ramai lelaki yang menghidap penyakit kencing manis,
tekanan darah tinggi, sakit koronari dan sakit mental mengalami masalah itu.

Paling ketara di kalangan mereka menghidap penyakit kencing manis ialah


perjalanan darah dan urat saraf tergendala untuk memantapkan fungsi ereksi
zakar.

Rawatannya termasuk terapi suntikan ubat pengembang salur darah zakar, pam
vakum dan terapi oral dengan ubat ‘PDE5 Inhibitor Viagra’.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my


KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN 364

TAKUT MANDUL

Soalan

SAYA berusia 21 tahun dan menghidap buasir sejak kecil. Ia gatal dan terdapat
ketumbuhan terkeluar ketika buang air besar. Bagaimanapun, masalah ini
masih belum ke tahap buang air berdarah. Adakah penyakit ini berbahaya dan
boleh menyebabkan kemandulan?

JALI | Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Jawapan

KULIT di permukaan lubang najis lembut dan tidak mudah merekah apabila
lubang najis (mukosa) mencengkam. Mukosa di bahagian pembukaan lubang
najis juga lembut dan jika kering menyebabkan kegatalan dan ketumbuhan isi
seperti ‘kutil’ atau ‘buasir’ yang terjojol ketika buang air besar.

Ia kembali lega jika tiada tekanan kepada bahagian pembukaan lubang najis
seperti najis keras. Apabila isi itu mengecut dan kembali ke pembukaan lubang
najis, kesempitan kurang dan pendarahan juga kurang.

Jika isi itu memberi masalah kronik, ia boleh dibuang seperti dilakukan kepada
buasir kronik. Memang pada mulanya sakit tetapi selepas itu akan berasa
selesa.

Cara perawatan konservatif, pembukaan lubang najis perlu dipastikan tidak


sempit dan isi terjojol dirawat menggunakan krim pelembap dan nyah radang
yang disapukan ke atasnya. Ia dilakukan supaya kulit yang terjojol itu kecut dan
tiada keradangan.

Individu mengalami buasir perlu memastikan tidak sembelit atau najis keras
kerana terpaksa meneran. Ia boleh mengakibatkan isi buasir itu kembang,
bengkak dan menjadi radang.

Lelaki dan wanita yang mengalami buasir mendapati tahap kemutan dinding
pelvik yang rendah. Ini kerana mengemut menyakitkan buasir yang terkeluar
atau yang mengalami radang.

Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my