Anda di halaman 1dari 6

SENI REPRESENTASI : PENJELASAN TENTANG ‘MATA SEBAHAGIAN

DARIPADA MINDA’

Bahagian II

DALAM mengenalpasti peranan representasi dalam sejarah seni lukis khususnya


moden dan bukan moden sebagai suatu perbincangan, agak penting untuk kita
sentuh akan peranan representasi dan sejauhmana ia dapat membantu
perkembangan seni lukis terus berkembang subur. Antara peranan penting
representasi ialah:
1. Kalau diperhatikan jenis-jenis seni lukis dalam sejarah Mesir, ia mirip
menggambarkan sesuatu dengan keinginan menggambar yang penting
sebagai rakaman semula atau menyalin kembali. Pada awalnya
penggambaran semula sebagai unsur seni lukis yang akhirnya menjadi
begitu penting sebagai catatan dalam pengalaman dan budaya.

2. Di antara berjenis-jenis seni seperti seni visual, seni muzik, seni sastera
yang jelasnya seni visual menekankan penglihatan sebagai pancaindera
utama. Kalau kita menonton seni teater yang memaparkan lakonan mirip
kelakuan manusia, di dalamnya terkandung unsur peniruan semula
kelakuan manusia. Dalam seni muzik, bentuk penghasilan dari peniruan
alam membantu irama muzik dihasilkan bersama bantuan pendengaran.
Manakala seni visual menekankan aspek tengok dan lihat yang
mendorong kita melihat dari satu peniruan rupa alam. Barangkali dapat
dikatakan bahawa sejarah perkembangan seni lukis meletakkan
kecenderungan merepresentasi paras rupa pada permukaan alam itu.
Hakikat ini kalau dipegang tidak mungkin merumitkan kita dalam
mentafsir sesuatu itu sebagai realistik atau abstrak.

Pemahaman istilah abstrak yang terlalu literal, sebenarnya ada persamaan


dengan representasi sebagai pengluahan dari benda atau objek yang berasal
dari kehidupan alam. Sebarang percubaan bagi menjelaskan kefahaman ini,
tidak dapat tidak akan menyentuh sebahagian besar seni lukis zaman sebelum
moden yang mirip pada penggambaran semula. Sebarang usaha melihat unsur
ini secara jelas dapat dicari dalam berbagai seni rupa yang terdapat di dalam
setiap tamadun manusia dari Mesir Purba hingga ke tamadunan China.

Steinberg telah memetik teori seni lukis catan China dan tradisi lukisan China
yang menarik ini dijadikan bahan hujah. Dengan kepatuhan pada ajaran dan
arahan setiap pelukis yang ingin menjadi pelukis dikehendaki meniru alam
tentang kejadian dan keindahan yang ada sebagai suatu tenaga dan kuasa
yang mesti dicari melalui representasi. Di kalangan pelukis moden (abstrak),
Steinberg telah memetik pendapat pelukis-pelukis abstrak dan separa abstrak
bahawa kebergantungan mereka pada representasi alam fizikal tidak boleh
dinafikan.

Selepas memberi hujahan ini, pelukis serata dunia teringin untuk meniru alam
dalam lukisan mereka dan tidak lagi menafikan kewujudan representasi dalam
seni lukis. Andaian beberapa orang pelukis dalam kegiatan melukis secara
representasi telah dipandang serong oleh pihak yang menentang seni sebagai
suatu representasi. Anggapan yang dibuat kononnnya pelukis-pelukis ini
berkemahiran melukis tentang alam fizikal hingga dilabelkan bermutu rendah.
Pelukis abstrak menganggap pelukis realistik tidak berbakat dan hanya sebagai
juruteknik sahaja yang tahu meniru alam.

Bagi Steinberg, andaian yang mengatakan pelukis realistik hanya seorang


juruteknik yang pandai meniru alam adalah tidak berasas. Sebagai suatu teknik
dalam meniru alam ada pandangan lain yang meletakkan kedudukan teknik
untuk meniru alam sebenarnya merupakan sumber ilham yang terdekat dengan
diri manusia. Sepanjang sejarah manusia, dunia penglihatan manusia adalah
sama pada setiap objek alam dan ia tidak berubah. Mengikut Steinberg, keadaan
ini mudah difahami kerana kejadian alam lebih dahulu daripada kejadian
manusia. Apa yang dilihat bukan sekadar menerusi mata tetapi adalah
pembentukan daripada minda kita. Contoh pelukis zaman Renaissance seperti
Leonardo yang dikatakan pakar dan pandai melukis berdasarkan peniruan alam.
Kemudian kita beralih ke negeri China dan mereka juga turut bersetuju untuk
meniru alam tetapi hasilnya adalah berbeza. Kalau pelukis Renaissance dan
China melukis dengan cara meniru alam kenapa hasil yang diperolehi berbeza.
Jawapannya kerana mata itu memandang dari minda yang berbeza.

Amalan-amalan biasa (konvensional) seni lukis adalah berbeza antara


Eropah dan China. Ia berbeza dengan apa yang dilihat dari apa yang
digambarkan. Ia melibatkan budaya dan pemahaman yang mantap dari kedua-
dua benua ini. Cara ini ada agendanya yang tersendiri untuk merendah-
rendahkan keupayaan perspektif pelukis-pelukis Asia yang diwakili oleh China.

Tujuan menggambarkan dunia oleh pelukis-pelukis China berdasarkan pada


cerita. Bagi pelukis China dengan memberikan tafsiran yang berbeza dalam
perspektif Barat ia menjadikan nilai simbol dan berkepentingan dalam budaya
China. Pemandangan dalam lukisan China memperlihatkan kepentingan objek
itu dalam budaya. Steinberg memaparkan seni lukis mempunyai konvensi-
konvensi (amalan-amalan biasa) yang tertentu. Ia berubah dalam konteks
pembentukan budaya, agama dan politik. Bagi beliau kepakaran teknikal untuk
meniru alam sebenarnya tidak wujud. Sebagai contoh yang dikemukakan oleh
Steinberg, ia adalah sebagai arahan klasik seni lukis China dan ada berbagai
cara menggambarkan gunung dan bukit. Dengan melukis kedutan seperti
menggunakan kapak dan kedutan seperti bulu pada kulit lembu sehingga
membawa kedutan yang menghimpunkan kayu api adalah kedutan jalinan
tampak seperti mana kedutan bunga teratai. Ia adalah simbol-simbol grafik
semata-mata dan hujah kita berlegar di sekitar simbol-simbol.

Dalam sejarah representasi, aliran realistik seni lukis Barat, adalah sesuatu
yang sukar dinafikan tentang kaitannya dengan penemuan teknologi fotografi.
Ianya tidak mungkin sama sekali dapat meluputkan keinginan untuk meniru
alam. Mengikut perkembangan seni lukis Eropah, sesuatu yang telah
menjejaskan kesinambungan seni lukis ialah amalan meniru alam yang masih
dianggap tidak tulen.

Konvensi-konvensi tertentu yang wajar ditanya telah dipersoalkan seperti jika


seni lukis hanya untuk melatih meniru alam maka di mana letaknya nilai seni itu?
Di antara lainnya konvensi dianggap sebagai mempengaruhi perkembangan seni
lukis sehingga kekal sebagai satu-satu budaya yang telah diterima. Dengan
berpegang pada usaha untuk memahami apakah alam dan seni itu maka
seseorang itu mahu memahami lebih dalam melalui penerokaan konvensi-
konvensi yang telah termaktub. Ada yang rasa kecewa kerana semuanya telah
ditemui lebih dahulu dan dijadikan aturan dalam seni, seolah terikat dengan satu
andaian bahawa konvensi seni seperti dunia yang tetap keadaan dan saiznya.
Golongan yang menentang konvensi menjadi keliru dengan satu kefahaman
yang mereka anggap salah tetapi tidak boleh diubah hingga ada yang faham
konvensi itu mahu menyamakan dengan hal-hal berkaitan ketuhanan. Kalau
dilihat dan difikir, dunia berubah dan manusia pun berubah juga dan untuk itu
seorang pelukis berupaya terdidik untuk menemui benda-benda baru.
Umpamanya teknik 3D dalam satu benda boleh diharuskan dan perlu tetapi seni
bukan sahaja suatu teknik malah ia adalah satu aspek kehidupan manusia untuk
memahami diri dan masyarakat.

Seni menyedarkan kita, mendidik dan memberi nilai kepada kehidupan, maka
kenapa seni tidak diwujudkan dalam semua masyarakat. Masalah yang sering
menghantui manusia ialah adanya kewujudan seni lain. Jika kita berpegang pada
konvensi Steinberg, kita akan sedar apa yang berlaku adalah salah faham
bahawa seni itu berlandaskan pada teori-teori seni Eropah. Kita dikelirukan
dengan kemasyuran seni Eropah kerana itu kita tidak pandai melihat kesenian
Islam yang kaya dengan kahzanahnya di Timur Tengah. Dalam sejarah Seni
Barat penonjolan seni Islam dianggap tidak penting. Kita harus sedar akan
konvensi seni lukis Barat yang mengakibatkan banyak khazanah seni Islam
terabai dalam sejarah lampau ketamadunan manusia.

Apa yang utama dalam hujah Steinberg ialah peranan representasi. Kalau ia
berkata mata menjadi sebahagian daripada minda, bererti hakikat visual alam
boleh ditiru. Kalau minda kita boleh memahami hakikat visual alam sebagai
sesuatu yang benar, jadinya realiti alam itu memerlukan kita menyalin dari
minda. Inilah hujah beliau yang disokong oleh falsafah Yunani yang
menyedarkan kita supaya melihat realiti dan mendefinasikannya dengan akal
dari sesuatu yang boleh dilihat dan yang tidak boleh dilihat. Dalam seni lukis
Eropah, alam dari segi visualnya menumpukan pada lambang realiti yang ada di
sebaliknya. Begitu juga dalam tamadun Yunani terdapat dua jenis pemahaman
iaitu ahli falsafah Plato mengatakan benda yang kita lihat adalah tidak benar.
Kalau dalam zaman Yunani, realiti menjadi aneh apabila menghasilkan gambar-
gambar alam warisan Yunani yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian.
Manakala falsafah Aristotle pula melihat realiti dan percaya sebagai manusia
bertanggungjawab memberi makna pada apa yang dilihat menerusi minda.
Istilah representasi juga dikaitkan dengan alam visual yang muncul dalam tahap-
tahap yang berbeza. Kalau dikatakan seni lukis moden tidak memisahkan realiti
alam yang sebenar dalam kehidupan manusia, adakah lukisan abstrak dapat
dikatakan sudah bebas daripada tekanan-tekanan tradisional?

Seni lukis moden mempunyai teori-teori tertentu, namun Steinberg melihat


teori ini berkaitan dengan peranan representasi. Dari pelukis Picasso yang
mengherotkan rupa manusia secara tidak langsung mementingkan bentuk
sebenar. Steinberg melihat kedua-duanya sebagai satu representasi, jika bukan
maka Leonardo dapat kita letakkan sebagai berunsur representasi dalam karya-
karya beliau yang bersifat peribadi. Pada hakikatnya ada kaitan antara mata dan
minda yang menawarkan kebebasan dalam mentafsir alam. Terjemahan hakikat
alam pada hakikat mata dan minda harus diutamakan sebagai perkara utama
dalam seni lukis.
Steinberg dalam beberapa muka surat artikelnya cuba mengaitkan selok
belok kehalusan bentuk dalam lukisan abstrak. Satu perkaitan antara keingian
meniru alam dalam seni lukis dengan keinginan merujuk dunia dalaman yang
diamalkan oleh pelukis-pelukis moden boleh membuat kita merenung seketika.
Contohnya bagi pelukis Malaysia seperti Syed Ahmad Jamal yang menyatakan
kehidupan dalaman itu dicurahkan sepenuhnya ke dalam hasil karya melalui
gaya abstrak ekspresionisme. Kefahaman abstrak ekspresionisme boleh
dibandingkan dengan pemahaman mengherot dan pemiuhan yang dilakukan
oleh Picasso. Inilah perkaitan yang cuba ditunjukkan sebagai keinginan
melahirkan bentuk yang ada unsur dalaman dan lama kelamaan akan difahami.

Terdapat cara-cara tertentu yang dapat memantapkan usaha kita untuk


memahami dunia representasi. Melalui minat seterusnya keinginan mengkaji
pelukis dan dunianya yang ketat dikawal oleh orang luar hingga sukar untuk
melepasi idea-idea baru yang sudah banyak berubah, memerlukan suatu fikiran
terbuka dari semua pihak. Apabila pelukis dan dunianya yang luas itu dapat
difahami oleh orang awam, maka kebebasan yang diperlukan dalam karya-
karya mereka boleh membawa sedikit sebanyak perubahan. Kalau diambil
salah satu penjelasan dalam falsafah Islam dan China sebagai bandingan untuk
kita mentafsir seni akan dianggap tafsiran itu tidak begitu tepat dan tidak
menyeluruh. Alasan-alasan ini telah terjadi di seluruh dunia kerana fikiran dan
persepsi masyarakat telah dibatasi oleh dominasi kesenian Barat yang
menguasai dunia.

Anda mungkin juga menyukai