Anda di halaman 1dari 13

58

TOPIK 6

TEMBIKAR

Topik

6

Tembikar

PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan tentang latar belakang tembikar; 2.
PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang latar belakang tembikar;
2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam tembikar;
3. Menghasilkan alat dan bahan untuk menghasilkan tembikar; dan
4. Menghasilkan tembikar.

X PENgENALAN

Tembikar merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan tembikar. Anda juga akan pelajari bagaimana untuk menghasilkan satu reka bentuk baru tembikar melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Akhir sekali anda akan menghasikan satu karya tembikar dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

6.1

DEfINISI TEMBIkAR

Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli.telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Ragambentuk dan ragam hias yang terdapat pada sei tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Terdapat

TOPIK 6

TEMBIKAR

59

pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Kebanyakan tembikar yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri kegunaan harian.

Barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri di Malaysia dapat dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau warnanya kerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.

Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lain lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik.

6.1.1

Sejarah

Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini terbukti dengan penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan. Bukit Tambun, Ipoh, Perak, Bukit Tengku Lembu, Perlis dan Ulu Tembeling, Pahang.

Kebanyakan tembikar yang dijumpai mempunyai ciri-ciri barangan harian. Tembikar berbentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta oleh tukang tempatan. Bentuk tembikar yang dijumpai mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan, dan dibuat melalui teknik pembakaran bersuhu rendah yang bewarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Walau bagaimana pun, barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya latar belakang si pembuat.

Hari ini masyarakat masih meminatinya kerana nilai estatik yang terdapat pada tembikar tersebut sendiri sama ada untuk hiasan atau cenderamata. Sebagai contoh ialah labu hitam yang rupa bentuknya diilhamkan daripada buah labu dan masih mengekalkan ciri pembuatan secara tradisional.

Terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang terkenal dengan penghasilan seni tembikar. Antaranya ialah Sayong dan Pulau Tiga di Perak, Mambong di Kelantan dan di Serawak.

6.2

JENIS-JENIS TEMBIkAR

Berikut adalah jenis-jenis tembikar:

(a)

Geluk Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi sebagai bekas air. Geluk mempunyai ragam hias dari motif-motif yang kecil dan ringkas.

60

TOPIK 6

TEMBIKAR

(b)

Buyung Pada asalnya buyung dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap. Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong. Umumnya buyung mempunyai bahagian leher dan badan. Kebiasaannya permukaan buyung dibiarkan licin tanpa dihias. Saiznya besar dan bahagian badan atau perut berbentuk bulat penuh.

(c)

Jambangan Jambangan berfungsi sebagai tempat meletak bunga. Saiznya boleh mencapai sehingga ketinggian 0.6 m -0.9 m. bahagian badannya seperti labu yang ditinggikan menjadi seperti tempayan atau buyung berkaki.

(d)

Labu Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu. Bahagian pucuk berbentuk separti kubah masjid. Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau menyimpan air. Corak hiasan labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri. Labu ini hanya dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.

(d)

Bekas Perasapan/Bekas Bara Dalam kepercayaan magis, bekas ini digunakan untuk membakar kemiyan. Ia masih digunakan sehingga hari ini dalam upacara pengubatan dan kematian masyarakat tertentu.

AkTIvITI 6.1 Bincangkan jenis-jenis tembikar tradisional.
AkTIvITI 6.1
Bincangkan jenis-jenis tembikar tradisional.

6.2.1 Motif Ragam Hias

Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.

(a) Motif Geometri

(i)

Garisan bersilang - seli.

(ii)

Titik susun kisi-kisi

(iii)

Titik tahi alat

(iv)

Garis keluh

TOPIK 6

TEMBIKAR

61

(vi)

Garis tulang ikan

(vii)

Pucuk rebung

(viii)

Bentuk potong wajik

(ix)

Bentuk segi tiga

(x)

Bentuk bujur

(xi)

Balung kuku

(xii)

Rantai perak

(xiii)

Susur kelapa

(xiv)

Siku keluang

(b)

Motif Gayaan Organik

(i)

Sulur kakung

(ii)

Bunga cengkih

(iii)

Bunga pecah lapan

(iv)

Bunga kedudut

(v)

Bunga tanjung

(vi)

Bunga lawang

(vii)

Kelopak

(viii)

Sambas

(ix)

Tampuk manggis

(x)

Tapak pelanduk

(xi)

Belalang bercula

(c)

Teknik membentuk Berpandukan rajah-rajah di bawah, sila teliti langkah-langkah membentuk tembikar.

(i) Langkah 1: Picitan

rajah-rajah di bawah, sila teliti langkah-langkah membentuk tembikar. (i) Langkah 1: Picitan Rajah 6.1 : Langkah

62

TOPIK 6

TEMBIKAR

(ii)

Langkah 2: Lingkaran

(iii)

Langkah 3: Kepingan

(iv)

Langkah 4: Lempar alin

Langkah 3: Kepingan (iv) Langkah 4: Lempar alin Rajah 6.2 : Langkah 2 Rajah 6.3 :

Rajah 6.2: Langkah 2

Langkah 3: Kepingan (iv) Langkah 4: Lempar alin Rajah 6.2 : Langkah 2 Rajah 6.3 :

Rajah 6.3: Langkah 3

Langkah 3: Kepingan (iv) Langkah 4: Lempar alin Rajah 6.2 : Langkah 2 Rajah 6.3 :

Rajah 6.4: Langkah 4

TOPIK 6

TEMBIKAR

63

Rajah 6.5 berikut menunjukkan contoh acuan Plaster of Paris.

Rajah 6.5 berikut menunjukkan contoh acuan Plaster of Paris. Rajah 6.5: Contoh acuan Plaster of Paris

Rajah 6.5: Contoh acuan Plaster of Paris

(d) Proses membuat tembikar secara tradisional

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

(i)

Tanah liat

(ii)

Piring

(iii)

Pisau buluh

(iv)

Penepek berukir

(v)

Batu sungai

(vi)

Sekam padi

(vii)

Tanur pembakaran

(viii)Damar

(ix)

Dawai pemotong.

(x)

Jarum

Berikut adalah proses menghasilkan tembikar:

(i) Penyediaan tanah liat

• Tanah liat diambil dari lokasi seperti tanah busu, tebing sungai dan sawah padi.

• Tanah liat diproses terlebih dahulu untuk mengasingkan benda asing/organik yang tidak diperlukan seperti akar-akar kayu, daun, batu-batu kecil dan lain-lain.

• Ia kemudiannya dijemur untuk dikeringkan.

• Seterusnya iaditumbuk dengan lesung kaki hingga menjadi serbuk.

64

TOPIK 6

TEMBIKAR

• Serbuk halus yang dihasilkan diayak dengan ayak tepung.

• Ia kemudiannya dicampurkan dengan air daun pepulut (secukupnya – 25% air 1:4) dan diperam semalaman.

(ii)

Proses menguli tanah

• Tanah liat diuli agar sebati untuk menyingkirkan gelembung udara yang terperangkap

• Terdapat 2 teknik menguli iaitu secara ‘spiral’ dan ‘bullhead’

• Setelah diuli tanah liat dipotong dengan dawai untuk memastikan tiada gelembong udara dan bendasing.

dawai untuk memastikan tiada gelembong udara dan bendasing. Rajah 6.6: Contoh Proses Menguli (iii) Proses membentuk

Rajah 6.6: Contoh Proses Menguli

(iii)

Proses membentuk

• Secara Picitan

– Membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat bahagian badan.

– Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi tahap.

– Semasa

membentuk,

permukaan

tanah

liat

ditekan

dengan

kayu

di

sebelah

dalam

dan

ditahan

dengan

tangan

untuk

menguatkan tembikar.

– Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar.

– Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.

– Tapak atau kaki tembikar yang telah dibuat secara berasingan dicantumkan kepada bahagian badan tembikar yang telah siap dibuat semasa tanah liat tersebut dalam keadaan separuh kering.

– Sambung bahagian tengkuk dan muncung tembikar.

– Rata dan kemaskan bahagian muncung tembikar.

– Potong lebihan muncung tembikar untuk kemasan.

TOPIK 6

TEMBIKAR

65

Secara Lingkaran

– Tekan dan ratakan bentukan kepingan untuk dijadikan tapak.

– Membuat lingkaran tanah liat dengan kedua belah tangan di atas permukaan datar seperti meja.

– Guris bahagian tepi tapak dan bahagian lingkaran dengan jarum, sapu dengan lumpur tanah liat (slip) menggunakan berus.

– Cantumkan lingkaran dan tekan pada bahagian tapak.

 

– Ulang proses ini sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki.

– Ratakan bahagian sambungan pilihan dengan berus atau alatan memodel.

(iii)

Secara Kepingan

– templet

Membuat

daripada

kadbod

mengikut

skala

sebagai

panduan.

– Buat kepingan tanah liat dengan penggelek setebal 2 kepingan kayu yang diletakkan di kiri kanan tanah liat.

– Letakkan templet di atas kepingan tanah liat dan potong.

 

– Potong bahagian tepi kepingan secara menyerong 45 darjah.

– Guris

bahagian-bahagian

tepi

yang akan disambung dengan

menggunakan jarum.

– Sapu/celup bahagian-bahagian hujung yang akan disambung dengan Lumpur tanah liat (slip).

– Sambungkan bahagian-bahagian kepingan yang telah disediakan sehingga menjadi bentuk yang dikehendaki.

– Tekan bahagian sambungan di sebelah dalam supaya rata, kemudian tambahkan lingkaran kecil pada bahagian sambungan tersebut dan ratakan.

– Ratakan seluruh permukaan dengan menggunakan span basah.

(vi)

Proses Hiasan Ragamhias dibuat dengan menggunakan penepek berukir, sewaktu permukaan masih dalam keadaan lembut.

(v)

Proses melicinkan Kemudian dilicinkan dengan batu sungai tembikar yang telah siap dibiarkan kering sebelum dibakar.

66

TOPIK 6

TEMBIKAR

(vi) Proses pembakaran

• Teknik tanur

– tembikar yang telah kering dimasuk dan disusunkan dalam tanur untuk pembakaran.

– Pembakaran dilakukan sekurang-kurangnya 8 – 12 jam.

• Teknik penggunaan para

– Tetakkan tembikar di atas para dengan mengkhalakan mulutnya ke atas api untuk disalai selama lebih kurang 6 hingga 8 jam.

• Teknik diangkan pada unggun api.

– Diangkan tembikar pada unggung api sehingga benar-benar kering dan keras.

(vii) Proses mewarna Apabila tembikar itu telah masak, dalam keadaan yang masih panas ia dikeluarkan daripada tanur dan dimasukkan ke dalam sekam padi selama 10 minit sehingga menjadi hitam seakan-akan sepuh. Damar disapu di bahagian bawah tembikar untuk menghindarkan ketelapan.

AkTIvITI 6.2 1. Bincangkan poses penghasilan tembikar menggunakan teknik lingkaran. 2. Terangkan 3 teknik
AkTIvITI 6.2
1. Bincangkan
poses
penghasilan
tembikar
menggunakan
teknik
lingkaran.
2. Terangkan 3 teknik pembakaran tembikar.
6.3
AkTIvITI LATIHAN PEMBELAJARAN

Membuat labu atau pasu bunga: Menggunakan tanah liat

(a) Bahan untuk membuat tembikar

(i)

Tanah liat

(ii)

Pinggan

(iii)

Pisau buluh

(iv)

Bekas air

(v)

Air

Menghasilkan satu bentuk tembikar daripada tanah liat dengan menggunakan teknik picitan.

TOPIK 6

TEMBIKAR

67

Langkah 1

:

Guru menunjukkan dan berbincang tentang beberapa bentuk tembikar.

Langkah 2

:

Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran bentuk tembikar kepada pelajar.

Langkah 3

:

Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana melakar bentuk tembikar.

Langkah 4

:

Pelajar melakarkan beberapa rekaan bentuk tembikar yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.

Langkah 5

:

Pelajar membentuk tembikar mengikut lakaran.

(b)

Proses pembentukan tanah liat (menguli)

Langkah 1 :

Seketul tanah liat diuli. Menguli secara ‘spiral’ atau ‘bullhead’.

Langkah2 :

Potong tanah liat tersebut untuk memastikan tiada gelembong udara dan berdesing.

Langkah 3 : Kepingan tanah ditekan-tekan dengan jari untuk mengetahui dan menghilangkan butiran-butiran yangkeras pada tanah liat.

Langkah 4

:

Ambil tanah liat dan pegang dengan tangan kiri, tangan kanan mengambil sebahagian tanah liat tadi dan lagakan hingga bersatu.

Langkah 5

:

Tanah ditekan lagi dan dihempap di atas meja secara berulang supaya menjadi lembut dan liut.

(c)

Proses membentuk tembikar

Langkah 1

:

Memulakan proses membentuk dengan membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat bahagian badan.

Langkah 2

:

Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi tahap secara picitan dan ditahan dengan tangan yang satu lagi untuk menguatkan tembikar.

Langkah 3

:

Biarkan

ia

separuh

kering

sebelum membuat corak atau

 

mengemaskannya.

 

Langkah 4

:

Pisau buluh atau plastik bag digunakan untuk melicinkan pembukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.

68  TOPIK 6 TEMBIKAR AkTIvITI 6.3 1. Apakah bahan untuk membuat tembikar? 2. Bincangkan
68 
TOPIK 6
TEMBIKAR
AkTIvITI 6.3
1. Apakah bahan untuk membuat tembikar?
2. Bincangkan proses membentuk tembikar.

(d)

Persembahan hasil kerja

 

(a)

Penilaian berdasarkan

 

(i)

idea reka cipta

(ii)

kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik

 

(iii)

kemasan

 
 

(b)

Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja sendiri dan orang lain.

(e)

Aktiviti cadangan

 

Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat tembikar

 

Tempat

:

kilang

tembikar

atau

tempat

membuat

tembikar

yang

 

berhampiran

 
 

Kegiatan :

memerhati, mengambil gambar dan membuat catitan

 
 

(i)

bagaimana tembikar dihasilkan

 

(ii)

berapa teknik tembikar dihasilkan

 

(iii)

proses bagaimana tembikar dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir

(iv)

kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tembikar

(v)

pemasaran barangan tembikar.

 

(f)

Aktiviti pembelajaran tambahan

 

(i)

Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tembikar. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

(ii)

Latihan

Kumpulkan

gambar

atau

lakaran

motif-motif

yang

terdapat

pada

tembikar.

TOPIK 6 TEMBIKAR  69 AkTIvITI 6.4 1. Apakah itu tembikar? 2. Bincangkan teknik-teknik untuk
TOPIK 6
TEMBIKAR
69
AkTIvITI 6.4
1. Apakah itu tembikar?
2. Bincangkan teknik-teknik untuk membuat tembikar?
3. Sebutkan jenis-jenis tembikar?
4. Apakah alat yang digunakan untuk tembikar?
5. Bincangkan proses untuk menghasilkan tembikar?

RuMuSAN

RuMuSAN

• Dalam topik ini anda telah didedahkan tentang latar belakang tembikar.

• Anda sekarang juga maklum tentang motif dan ragam hias dalam tembikar.

• Akhir sekali anda telah pelajari mengenai alatan dan bahan untuk menghasilkan tembikar.

Bekas bara Jambangan Buyung Labu Geluk Tembikar
Bekas bara
Jambangan
Buyung
Labu
Geluk
Tembikar
RuJukAN

RuJukAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi:

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian

Pelajaran

Malaysia.

(1998).

Buku

sumber

guru

Pendidikan

Seni

Kurikulum

Bersepadu

Sekolah

Rendah.

Kuala

Lumpur:

Dewan

Bahasa

&

Pustaka.

70

TOPIK 6

TEMBIKAR

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.