Anda di halaman 1dari 27

BATIK BLOK

Pengenalan

Di Malaysia teknik terawal dalam pembuatan batik ialah Batik Blok.Batik Blok juga
dikenali sebagai Batik Terap atau Batik Pukul.Batik ini dihasilkan melalui proses
penerapan lilin dan penerapan warna. Corak dibuat secara perulangan pada kain putih
kerana corak yang diterap itu adalah berasaskan blok kayu atau tembaga yang
sama.Tumpuan penghasilan batik ini lebih kepada kain sarung atau kain untuk
pakaian seragam

Jenis kain batik blok/terap:

(i) Kain batik lepas- kain ini lebih panjang daripada kain batik sarung, digunakan
dalam upacara pengkebumian masyarakat Melayu kerana saiznya yang panjang dan
tidak perlu dijahit.Coraknya seragam dan tidak mempunyai corak kepala kain.Ia juga
dikenali sebagai kain batik solo, batik belit atau batik panjang

(ii) Batik ela – dihasilkan dalam bentuk yang panjang dan dijual dalam ukuran meter
mengikut kehendak pembeli.Batik ini menjadi pilihan pertubuhan dan badan tertentu
untuk dijadikan pakaian seragam atau pakaian untuk majlis formal
Motif-motif dalam Batik Blok

Kebanyakannya berdasarkan kepada flora dan fauna.

1) Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru berasaskan


bentuk bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak dan stilisasi
dalam bentuk geometri atau organik.

2)Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik


ialah pucuk rebung, pohon ara, bunga tampuk manggis, bunga mangga, bunga
cempaka, bunga buluh, bunga maman, bunga kerak nasi, bunga berbaling, bunga raya,
daun keladi, bunga kenanga dan beberapa lain lagi.

3)Manakala bagi motif fauna yang popular ialah jaring ikan dan ayam

.
Perkembangan seni batik blok

Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran
sarang acuan kayu dengan menerap sejenis pewarna hitam dan teknik awal ini
dikenali sebagai 'terap hitam'Pada tahun 1930 an, penggunaan lilin dalam proses
penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di pantai Timur. Sejajar dengan
itu, acuan yang diperbuat daripada kepingan keluli mula digantikan dengan acuan
kayu sebelumnya Corak-corak acuan daripada keluli ini lebih kemas dan halus
buatannya.Acuan khas disediakan untuk menerap lilin pada sarung di bahagian kepala
kain, kapit kain, badan kain dan kaki kain.Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur
alam semulajadi.
Alatan dan fungsi

1)Sarang/blokbunga :
-diperbuat daripada logam dan tembaga
-dibentuk dan dipateri mengikut rekaan corak
-digunakan untuk mengecap corak di atas kain dengan menggunakan lilin

2)Meja pengecap:
-meja ini dilapisi dengan span, kain guni dan kelopak batang pisang yang telah
direndam di dalam air garam selama 12 jam, untuk mengecap kain.
-tujuan kelopak batang pisang digunakan untuk mempercepatkan penyejukan lilin

3)Kuali leper:
-digunakan untuk memasak campuran lilin

4)Kuali kawah :
-digunakan untuk mendidihkan air bagi proses menanggalkan lilin melalui cara
merebus kain
Ciri-ciri khas batik blok

1. kain yang lembut kerana direbus banyak kali

2. mempunyai corak ‘retak seribu’

3. dapat menghasilkan kain dalam bentuk bandela

Kekemasan dan persembahan

1. capan lilin sama jelas,sambungan corak tidak kelihatan

2. warna tidak bertelar-telar dan tidak luntur walaupun banyak kali dibasuh

3. susunan motif utama dan isen berharmoni

4. bentuk kain sarung yang lengkap,kaki dan gigi kainnya kemas

Pemeliharaan dan penjagaan

1)petua membasuh:
-campurkan air dengan cuka
-cucian dengan air the untuk mengelakkan luntur warna

2. tidak boleh direndam terlalu lama masa mencuci

3. elakkan daripada jemuran di bawah matahari terik


BATIK TULIS

Pengenalan

1)Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting.

2)Batik ini diperbuat daripada pelbagai jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan
sutera.

3)Pengeluaran Batik Tulis dibuat dengan menggunakan canting.

4)Canting merupakan bekas tembaga kecil bagi menakung lilin cair yang panas
didalamnya serta mempunyai saluran kecil yang dapat mengeluarkan lilin cair.

5)Canting disikan dengan lilin panas dan dilukiskan melalui hujung saluran canting ke
atas kain yang telah diregangkan di atas pemidang mengikut reka corak yang
dikehendaki.

6)Kain telah dicanting diwarnakan, dikeringkan, dimatikan warna dan direbus bagi
mengeluarkan lilin sebelum dikeringkan sekali lagi.

7)Terdapat lima jenis canting iaitu canting burung canting kasut, canting periuk,
canting bola dan canting pelbagai mata.
.Alatan dan fungsi

1)Canting/tjanting - Alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin
yang digunakan untuk melakar corak pada kain
pemidang Digunakan untuk meregang kain supaya kain tidak melendut semasa
mencanting

2)Berus lembut - Digunakan untuk menyapu bahan pewarna pada kain dan lilin cair

3)Periuk - Untuk memasak bahan campuran lilin

4)Kuali atau bekas - Untuk mencelup, merendam dan merebus kain

5)Dapur - Tempat meletakkan periuk dan memanaskan campuran lilin


BATIK SKRIN

Batik skrin merujuk kepada kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna yang
menggunakan corak batik yang dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain
polyster yang berpengidang.

Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melakukan warna di
atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali
dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap.

Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja. Batik skrin kurang dikenali
berbanding kaedah batik terap dan conteng.
Alatan

1. Skrin
– diperbuat daripada bingkai kayu yang biasanya berukuran sebesar kain batik sarung
– kain nipis yang dikenali sebagai sutera saring / organdi digunakan sebagai kain
pemidang
– setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja

2. sekuji (squeegee)
– diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan getah di bahagian bawahnya
-- panjang sekuji biasanya sama dengan lebar pemidang
– digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan skrin

3. kelongsong stensil (funnel pen)


– alat yang berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong
– diisi dengan bahan lacquer / laker yang bertindak sebagai lilin
– digunakan untuk melukis corak dan motif di atas permukaan skrin

4. meja pengecap – meja yang cukup memuatkan pemidang skrin untuk proses
mencetak

5. kuali dan bekas – untuk merendam dan membersihkan kain

6. pengukus – untuk proses pengewapan bagi mengekalkan warna pada kain


Ciri-ciri batik skrin

1. Amat popular kerana harganya yang sederhana dan coraknya yang menarik

2. Proses pembuatannya menjimatkan masa dan memberikan hasil sepuluh kali ganda
lebih cepat daripada teknik blok

3. Warnanya juga lebih tahan lama dan tidak mudah luntur

Kekemasan dan persembahan

1)Ketepatan dalam reka bentuk imejnya

2)Kejituan pembuatan yang tinggi dengan sambungan garisan yang tidak ketara
dan petak-petak warna yang kemas

3.Warna yang tidak bertelar-telar dan tidak luntur


Batik merupakan kraf tangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Kraf tangan ini
terkenal kerana batik mempunyai hubungan dengan kegunaan harian orang ramai..
Kini seni tekstil ini semakin digemari oleh semua kaum malah digemari juga oleh
pelancong-pelancong luar negeri.Perkataan batik berasal daripada bahasa Indonesia
yang bermaksud ‘pakaian yang mempunyai titik-titik kecil’. Perkataan ‘tik’
bermaksud ‘titik’ yang asalnya daripada bunyi berdetik atau ‘tik-tik’. Ada yang
mengatakan bahawa perkataan batik berasal dari Jawa iaitu ‘tritik’ iaitu proses
menghasilkan batik.Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah
pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu
menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah
diusahakan dengan meggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara
kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia
dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik.
Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu,
sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an
lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan
dan Terengganu

Batik secara historis berasal dari zaman nenek moyang yang dikenal sejak abad XVII
yang ditulis dan dilukis pada daun lontar. Saat itu motif atau pola batik masih
didominasi dengan bentuk binatang dan tanaman. Namun dalam sejarah
perkembangannya batik mengalami perkembangan, yaitu dari corak-corak lukisan
binatang dan tanaman lambat laun beralih pada motif abstrak yang menyerupai awan,
relief candi, wayang beber dan sebagainya. Selanjutnya melalui penggabungan corak
lukisan dengan seni dekorasi pakaian, muncul seni batik tulis seperti yang kita kenal
sekarang ini.
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin limpah kurniaNya
dapat juga saya siapkan folio ini dengan jayanya.Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pendidikan seni iaitu En.Rizalman
kerana dengan tunjuk ajar dan bimbingannya dapat saya mengumpul maklumat
tentang seni batik.Sementara itu ribuan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang
telah memberi skongan dan tunjuk ajar dalam meyempurnakan folio sen batik.Malah
terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang sentiasa menghulurkan bantuan
dalam mencari maklumat-maklumat tentang seni batik.Sekian terima kasih.
UNSUR FLORA
Motif flora merupakan unsur tumbuhan amat digemari dan sering digunakan ialah
pucuk rebung,bunga mangga,bunga kenanga,bunga cempaka,bunga melur dan
sebagainya.Bunga,pucuk,kudup,putik,daun dan ranting digunakan dan diolah serta
dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai.

FUNGSI MOTIF UNSUR FLORA:

1)Untuk menghias kain batik ela seperti bunga,kuntum,putik,daun,ranting dan pucuk


digunakan secara tunggal

2)Untuk menghias badan batik sarung seperti bunga,kuntum,putik,daun,ranting dan


pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk helaian daun,kelopak serta ranting dan
bungaan disusun berdahan tegak.

3)Untuk menghias bahagian kepala kain(gunung)dan kaki kain(gigi).Motif pucuk


rebung digunakan biasanya bukan corak organik tulen tetapi bentuk campuran gaya
organik dan geometri
UNSUR GEOMETRI

Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembuatan batik kerana lebih mudah
dan ringkas untuk diolah.Antara motif geometri yang popular ialah segi tiga pucuk
rebung,segi empat,garisan lurus,swastika,gandaan huruf `s`,bulatan dan sebagainya.

FUNGSI MOTIF UNSUR GEOMETRI:

1)Untuk hiasan kaki kain atau gigi.Susunan garis-garis halus,motif parang rosak,motif
banji atau swastiko dan motif pinggir awan digunakan

2)Garis-garis lurus yang duerka dan disusun menjadi motif seperti cangkerang
siput,kisi-kisi,jaring bersilang dan sebagainya.

3)Untuk menghias kain batik panjang.Motif kawung dalam susunan empat bentuk
bujur sering digunakan

4)Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa bentuk lain
seperti bunga,unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan.Bentuk ini bukan
geometri tulen malah merupakan campuran gaya organik dan geometri
Mengikut catatan sejarah, batik dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2,000
tahun lalu di Parsi dan di Mesir. Di negara China dan Jepun kain bercorak batik mula
digunakan sejak abad ke tujuh dan ke lapan lagi. Di Tanah Melayu, batik mula
diperkenalkan sejak abad ke 15 Masihi iaitu di zaman pemerintahan Parameswara di
Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu.
Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui pada abad ke 18 apabila Batik Minah
Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu. Dalam tahun 1911 apabila Haji
Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik di kawasan Lorong Gajah Mati,
Kota Bahru Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan
teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi’. Pada masa itu kain di
import dari Thailand jenis ‘Kain Pereir’ sementara itu warna dibuat sendiri dengan
menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru
dan hitam sahaja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang
menggunakan blok kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah
telah membawa perkembangan Batik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka
corak Batik Indonesia. Dalam tahun1932 seorang ahli perniagaan dari Terengganu
Haji Ali bin Ismail telah bertemu seorang dari tanah Jawa di Singapura dan
mempelajari teknik-teknik membuat batik. Di samping itu beliau juga membawa
contoh-contoh blok batik yang diperbuat dari kayu ke Terengganu. Dengan
menggunakan kepakaran Haji Awang (Bekas pekerja Haji Che Su) telah memulakan
teknik-teknik baru menggunakan blok kayu cara Indonesia. Dalam tahun 1936 Haji
Ali membawa pulang blok tembaga dari Singapura dengan menggunakan cara baru
iaitu menggunakan teknik terapan lilin. Batik stensil dengan menggunakan pemidang
skrin dicipta oleh Mohd Yussof & Company dalam tahun 1933. Batik ini mendapat
idea apabila En. Mohd Yussof pergi ke Bangkok. Atas tunjuk ajar seorang dari
Eropah bernama Dr. Schmidt (Wakil Syarikat Singapura pengeluaran pewarna batik
Widsor & Co.) kepada Mohd Yusoff dan Haji Che Su maka batik cetakan Skrin
menjadi terkenal di Kelantan. Sehingga ke hari ini perusahaan Batik terus
berkembang dengan menggunakan canting yang telah dipopularkan oleh kumpulan
pelukis-pelukis muda sekitar tahun 1970-an. Penggunaan canting adalah pengaruh
dari batik canting Indonesia kemudian sekumpulan pelukis telah menggunakan
tekniknya dalam bentuk teknik melukis. Akhirnya teknik ini menjadi digemari dan
menjadi identiti baru dalam seni Batik.

1. Skrin
– diperbuat daripada bingkai kayu yang biasanya berukuran sebesar kain batik sarung
– kain nipis yang dikenali sebagai sutera saring / organdi digunakan sebagai kain
pemidang
– setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja

2. sekuji (squeegee)
– diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan getah di bahagian bawahnya
-- panjang sekuji biasanya sama dengan lebar pemidang
– digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan skrin

3. kelongsong stensil (funnel pen)


– alat yang berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong
– diisi dengan bahan lacquer / laker yang bertindak sebagai lilin
– digunakan untuk melukis corak dan motif di atas permukaan skrin

4. kuali dan bekas


– untuk merendam dan membersihkan kain

5. pengukus
– untuk proses pengewapan bagi mengekalkan warna pada kain

6. Sarang/blokbunga :
- Diperbuat daripada logam dan tembaga
-Dibentuk dan dipateri mengikut rekaan corak
.-Digunakan untuk mengecap corak di atas kain dengan menggunakan lilin

7.Meja pengecap:
-Meja ini dilapisidengan span, kain guni dan kelopak batang pisang yang telah
direndam di dalam air garam selama 12 jam, untuk mengecap kain.
-Tujuan kelopak batang pisang digunakan untuk mempercepatkan penyejukan lilin

9)Kuali leper
-Digunakan untuk memasak campuran lilin

10)Kuali kawah
-Digunakan untuk mendiidihkan air bagi proses menanggalkan lilin melalui cara
merebus kain

11.Canting/tjanting-

-alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin yang digunakan untuk
melakar corak pada kain
pemidang Digunakan untuk meregang kain supaya kain tidak melendut semasa
mencanting

12.Berus lembut

-digunakan untuk menyapu bahan pewarna pada kain dan lilin cair

13.Dapur - Tempat meletakkan periuk dan memanaskan campuran lilin


Perkembangan batik di Nusantara telah bermula sejak 200 tahun dahulu. Sesetengah
pendapat menyatakan bahawa batik berasal dari Kepulauan Jawa, Indonesia.
Kemudian ia berkembang di Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Borneo,
Filipina dan juga negara luar seperti India, China, Taiwan, Holland dan England
Terdapat juga pendapat yang mengatakan batik berasal dari India dan ada pula
mengatakan dari Parsi. Pakar arkeologi pula pernah menjumpai cebisan kain berupa
batik di Mesir menghiasi pakaian mereka dengan teknik menyerupai batik pada tahun
70 masehi lagi.Namun para pengkaji mempercayai batik berasal dari kepulauan
Melayu dan bahawa terdapat pemikiran di antara Asia Tenggara dan India pada
zaman dahulu yang membawa batik menjelajah ke benua lain. Terdapat juga
kemungkinan bahawa batik tiba di Mesir dari kepulauan Melayu melalui India
memandangkan seni mengecap lilin ke atas kain kain adalah seni warisan Melayu
berdasarkan rumusan pengkajian sejarahwan Winstedt dan Skeat
BATIK BLOK/TERAP

Proses-proses
1.Basuh kain untuk menghilangkan kanji kemudian keringkan

2. Bentang kain di atas meja pengecap, pastikan kain rata dan tegang untuk
membolehkan proses penerapan lancar dan kemas

3. Panaskan campuran lilin di dalam kuali leper sehingga cair

4. Celup blok / sarang ke dalam lilin dan terapkan lilin ke atas permukaan
kain.Pastikan blok yang digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk sehelai
kain batik sarung, corak badan kain dan kepala dan bahagian kain berbeza untuk
menghasilkan sehelai kain

5. Celup kain dalam pewarna napthol. Warna yang berbeza digunakan dimulai dengan
warna cerah diikuti dengan warna gelap

6. Proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulangkali untuk mendapatkan


beraneka corak dan warna

7. Untuk mendapatkan kesan ‘retak seribu’ lilin hendaklah disapu pada seluruh
permukaan kain kemudian direnyukkan

8. Kemudian masukkan kain ke dalam air panas dicampurkan debu soda


9. Basuh dan jemurkan kain

10. Kadang kala kain dikanji terutama kain batik sarung supaya kain kelihatan lebih
berkilat dan berseri

Bahan

1. kain putih bergantung kepada kesesuaian jenis cotton / kapas

2.campuranlilin

a.lilinpurih(paraffin)
b.ampuranrosin(damar)
c.lemakbinatang
d.minyakkelapa

3.bahanpewarna–napthol

4.debusoda(sodaash)

5.kanji–untukmengilatkankainbatik
BATIK TULIS

Proses Batik Canting

1. Kain dasar dibersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan kanji dan dikeringkan

2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu

3. Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel (tidak perlu jika pembatik
telah mahir)

4. Panaskan campuran lilin sehingga cair

5. Cedukkan lilin cair tersebut dengan, menggunakan canting kemudian lakarkan pada
kain mengikut motif yang telahdibuat dengan menggunakan pensel tadi.Buat begitu
sehingga habis lakaran corak pada kain tersebut

6. Mewarnakan motif yang telah siap dicanting / lilin

7. Apabila kain telah siap diwarnakan , biarkan pewarna dan kain kering kemudian
rendamkan kain tersebut ke dalam bahan fixer supaya warna akan kekal pada kain
tersebut. Biarkan kain tersebut selama8 – 12 jam
Bahan

1. kain putih bergantung kepada kesesuaian jenis cotton / kapas2.campuranlilin

a.lilinpurih(paraffin)
b.ampuranrosin(damar)
c.lemakbinatang
d.minyakkelapa

3.bahanpewarna–napthol

4.debusoda(sodaash)

5.kanji–untukmengilatkankainbatik
BATIK SKRIN

Proses

1. Merancang dan menyediakan corak pada kertas termasuk merancang warna yang
perlu digunakan .Bilanganpemidang skrin yang akan digunakan bergantung pada
bilangan warna

2. Lukis corak di atas skrin yang telah dipasang dengan sutera saring dengan
menggunakan kelongsong stensil yang berisi lacquer

3. kain putih yang hendak dicetak mestilah direbus , dibilas dan dijemur sehingga
kering

4. kain tersebut diregang dan diletakkan di atas meja pengecap.Letakkan pemidang


skrin di atas permukaan kain

5. tuang warna di bahagian hujung skrin dan sapukan warna dengan rata
menggunakan sekuji. Ulang semula proses ini mengikut bilangan warna dan corak
yang ditetapkan neggunakan pemidang skrin yang berbeza

6. kain dijemur sehingga kering sebelum dikukus dalam proses pengewapan.


Pengewapan ini dilakukan untuk memastikan warna kain tidak luntur

7. Rendam kain dalam air suam yang dicampur dengan bahan pelembut bagi
melembutkan kain serta membuang lebihan pewarna

8. kain dijemur sehingga kering


Bahan

1. kain putih- jenis kapas yang berukuran sama dengan saiz pemidang

2. bahan pewarna – jenis reactive dan pigmen dye

3. bahan lacquer / laker


– sejenis campuran bahan tinner dan emulsion yang dimasukkan ke dalam kelongsong
stensil untuk melukis corak pada skrin
– bertindak sebagai lilin yang menghalang bahan pewarna daripada meresap ke
bahagian-bahagian yang telah ditutup
Moti

Motif fauna

Motif fauna merujuk kepada motif haiwan


yang kerap digunakan iaitu
ayam,itik,serangga dan unggas.motif ini
selalunya diolah dan digabungkan dengan
motif flora

Motif Bunga Buluh


Motif Bunga Kerak Nasi
Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Orkid
Motif Bunga Raya
Motif Daun Sireh
Motif Geometrik
Motif Pucuk Rebung
Motif Rama-rama Motif Ayam
Motif Siput

Contoh Motif Geometrik:

Motif Pucuk Rebung


Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Buluh
Motif Bunga Raya Motif Siput

Anda mungkin juga menyukai