Anda di halaman 1dari 9

c

cc
 
 c  c
c
  c   c

 cc
 c cc c
c
 c  c c  c  c
c

 
cc

c
 c
cc
  c c  cc
 ! c
c
 c  cc

"c c c  c c c 


c

c
"c  
c

Perkembangan kanak-kanak adalah kajian proses dan mekanisme yang


bertindak balas sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sehingga
menjadi orang dewasa. Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan
sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembangan adalah faktor
penting dalam kehidupan bayi. Proses ini tidak selalunya terus-menerus berkembang
tetapi adakalanya maju ke hadapan dan ada kalanya pula menyusut perkembangan
kognitif dan bahasanya.

Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagi
merealisasikan sebuah kehidupan yang sempurna. Proses tersebut merupakan
perkembangan dan pertumbuhan. Dua proses ini merupakan induksi yang penting bagi
mematangkan atau mendewasakan semua benda hidup. Maksud perkembangan adalah
perubahan abstrak yang berterusan sehingga ke akhir hayat bagi benda hidup tersebut
manakala pertumbuhan pula adalah perubahan fizikal yang terhad bergantung kepada
beberapa faktor.

Menurut John W. Santrock (2008), beliau mentafsirkan perkembangan sebagai


perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula dari
peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Perkembangan didenifnisikan sebagai
perubahaan-perubahan sistematik yang berterusan dalam diri seseorang daripada
tarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahan-perubahan ini berbentuk perubahan
kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia. Konsep perkembangan
pada asasnya adalah perubahan tingkah laku mental manusia. Perkembangan ini adalah
cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Karl E. Garrison (1944) pula meyatakan bahawa perkembangan terhasil


daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku
ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-
sifat yang sejagat. Secara ringkasnya, perkembangan boleh disifatkan sebagai
pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif

c
yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. Sebagai penyelidik perkembangan
kanak-kanak, D.S. Wright dan Ann Taylor telah berpendapat perkembangan dianggap
sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada
struktur organism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan
pertambahan umur.

Perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan


hinggalah ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja
membawa sesuatu organism ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan
berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Sebenarnya proses perkembangan
bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi
daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu
iaitu phylogenetik adalah serupa. Dr Arnold Lucius Gesell (1949), adalah seorang ahli
psikologi dan pakar kanak-kanak pula menyatakan, walaupun tidak ada dua individu
yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung
mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

Perkembangan kanak-kanak sebenarnya lebih sempurna jika dikaitkan dengan


pendidikan muzik secara langsung ataupun tidak langsung. Hal ini kerana terdapat
pelbagai jenis dapatan kajian yang memberi respon positif terhadap muzik dan kanak-
kanak. Melalui sumber yang diperolehi dari blog Johami Abdullah, beberapa orang para
saintis telah menemui salah satu faktor perkembangan otak kanak-kanak adalah dari
pembelajaran muzik. Kajian memperolehi, ingatan kanak-kanak bertambah baik dalam
jangka masa setahun. Kesan daripada latihan muzikal dapat memberi tindak balas
kepada otak serta mengubah cara kanak-kanak tersebut berfikir. Ujian ingatan memberi
kesan kepada pengenalan huruf, ingatan lisan, visual ruang, matematik dan tahap
kebijaksanaan.

Selain itu, kajian juga menunjukan kanak-kanak yang mempelajari muzik pada
peringkat awal menunjukkan perubahan yang besar dalam pemarkahan ÷  

 , IQ. Ini bermakna muzik dapat mempertingkatkan daya ingatan dan perhatian.
Di samping itu, pembelajaran muzik pada peringkat awal dapat menguatkan hubungan
antara saraf-saraf neurons dalam otak yang baru terbentuk.

c
"c  cc

c c  cc

Pendidikan muzik sebenarnya berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran


muzik. Muzik bukan hanya mengajar notasi dan ritma, tetapi lebih kepada pembangun
manusia secara menyeluruh. Ia juga berkaitan dengan pembangunan domain afektif
yang merangkumi muzik aprisisasi dan kepekaan. Pendidikan muzik dapat membantu
perkembangan kemahiran psikomotor iaitu bermain alat muzik. Selain itu
perkembangan kognitif semakin meluas melalui pengiktirafan dan takrifan bagi notasi
muzik. Pengajarannya di sekolah rendah hingg a sekolah menengah perlu kerana kerana
penglibatan dalam pendidikan muzik adalah dianggap satu komponen asas bagi budaya
dan tingkah laku manusia. Setiap budaya memiliki bahasa muzikal yang tersendiri bagi
mencerminkan tradisi mereka sendiri.

Melalui pandangan Jean Piaget (2001), kajian beliau lebih tertumpu kepada
perkembangan kognitif manusia. Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul
yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola
perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan
yang salah. Mengikut pandangan beliau, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan
petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di
kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah lebih
memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

Beberapa konsep penting yang diperkenalkan oleh Jean Piaget iaitu Skema,
Asimilasi, Akomodasi, dan Adaptasi. Skema merujuk kepada kepada potensi am yang
ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu contohnya bayi
yang baru dilahirkan mempunyai pergerakan menghisap, memandang, mencapai,
merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Asimilasi pula merupakan
satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia
ada bagi membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada
pengalaman yang baru diperolehi. Seterusnya akomodasi merupakan suatu proses di
mana struktur kognitif mengalami perubahan contohnya kanak-kanak yang berumur
dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan ob jek baru ke dalam
skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. Adaptasi adalah

c
keseimbangan yang wujud antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan
persekitaran. Keadaan ini wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan
semulajadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak
persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu


dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu
peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak
mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang
relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu
mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah
membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan
umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :
c Tahap Sensorimotor (dari lahir hingga 2 tahun)
c Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
c Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)
c Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Pada tahap sensorimotor atau lebih dikenali sebagai deria motor iaitu dari usia 0
hingga 2 tahun, bayi sudah mula mempelajari tentang dirinya dengan melihat,
menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Ketika usianya
mencecah 3 hingga 6 bulan, otak bayi boleh membezakan bunyi percakapan yang sering
didengarinya. Ini yang akan membantu proses perkembangan bahasanya kelak. Bayi
juga memberi respon yang baik terhadap bunyi muzik yang didengarinya. Apabila usia
mula mencecah 1 hingga 2 tahun pula, segala bentuk pergerakkan seperti menari dan
menyanyi sudah dapat ditiru oleh kanak-kanak pada tahap sensorimotor ini. Walau
bagaimanapun mereka hanya mampu menggerakkan sedikit angota badannya dan
menyanyi mengikut bahasa mereka. Setakat ini belum ada kajian yang menunjukkan
jenis muzik tertentu yang boleh membantu perkembangan awal otak kanak-kanak.

c
Pada tahap Praoperasi pula, Piaget mengatakan bahawa operasi yang berlaku
mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan
dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan
sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Kanak-kanak telah akan mencuba
memproses apa yang dilihat serta mengingatinya. Sementara, ingatan pula ialah satu
proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai
peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi
yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian
mental. Pada tahap ini, mereka mampu meniru serta memahami perlakuan orang
dewasa. Jadi pengajaran dan pembelajaran muzik akan lebih mudah disampaikan pada
usia 2 hingga 7 tahun.

Menurut Piaget juga, perkembangan yang paling penting adalah di tahap ini ialah
penggunaan bahasa. Kanak-kanak telah dapat memahami bahasa dan cuba untuk
bertutur. Jadi ketika ini kanak-kanak sudah dapat menyanyikan lirik lagu serta pada
waktu yang sama menghafalnya melalui kaedah peniruan. Namun begitu, dari segi
kualiti nyayian dan pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding
dengan orang dewasa.

Pada tahap operasi konkrit dan juga tahap operasi formal, kanak-kanak sudah
mula memahami unsur-unsur pemikiran logik dan dapat memahami konsep nombor,
abjad, simbol dan juga notasi dengan baik. Mereka juga dapat mengingat serta
menghafal bunyi pic dan dapat menyanyikannya lagu dengan betul. Jadi, segala
pengajaran dan pembelajaran muzik yang berlaku pada tahap ini akan berjalan dengan
lancar. Pada usia 12 tahun dan ke atas, pembelajaran yang lebih serius dapat dijalankan
dengan lebih terperinci.

Melalui kepelbagaian tahap ini, pendidikan muzik dilihat sebagai medium yang
penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Pendidikan muzik sebenarnya
sesuai diterapkan kepada kanak-kanak pada usia yang awal. Hal ini kerana muzik
adalah penting bagi perkembangan mental dan muzikal kanak-kanak. Sebenarnya,
apabila bayi mula dilahirkan, otak mereka mampu menghasilkan kira-kira 100 bilion
saraf neuron. Oleh kerana otak mereka masih belum matang, saraf neuron ini masih

c
belum dapat berhubung antara satu sama-lain. Perhubungan antara saraf neuron
dipanggil º ºº Pembentukan º ºº adalah lebih cepat pada awal usia kanak-
kanak.  ºº akan terbentuk apabila otak meransang persekitaran di sekeliling
kanak-kanak tersebut. Jika º ºº digunakan dengan kerapnya semasa
perkembangan,maka    º akan terbentuk dan kekal di dalam minda kanak-
kanak. Walau bagaimanapun, jika º ºº tidak digunakan dengan kerap,  
 ºakan hilang ketika mencapai umur 10 tahun.

Sebenarnya,    º berkemampuan menentukan bagaimana kanak-


kanak itu berfikir dan belajar. Semakin banyak dan kompleksnya hubungan  
 º ini, maka semakin mudah mereka belajar dan berfikir.    º yang
asas dalam bahagian muzikal dalam minda akan terbentuk daripada pendedahan
mereka kepada muzik melalui televisyen, komputer, radio dan susana dalam di rumah.
Hal ini bermakna, kanak-kanak yang sering terdedah dengan bunyi muzik dan dapat
bermain muzik denagn baik mempunyai tahap pemikiran yang berbeza dengan kanak-
kanak yang lain. Mereka juga dikata dapat berfikir secara abstrak dan kompleks.

c
!"c   c

Sebenarnya setiap kanak-kanak memberikan reaksi yang berbeza terhadap


pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan
sekeliling, dan Ǯmoodǯ pada waktu itu. Justeru, mereka harus didedahkan kepada
pelbagai bunyi muzik dari peringkat awal. Pendedahan muzik pada peringkat awal
dapat memberi reaksi yang positif terhadap bayi mahupun kanak-kanak. Mengikut
kajian yang telah dilakukan oleh Brigham Young University, muzik dapat membantu
bayi pra-matang menjadi lebih kuat. Kajian telah dilakukan dengan memperdengarkan
bayi dengan nyanyian lagu ǮLullabies ǯ selama 40 minit dalam empat hari berturut-turut.
Hasil kajian yang telah dikemukakan oleh para doktor mendapati bahawa bayi yang
terdedah kepada bunyi muzik mempunyai degupan jantung yang lebih kuat, tekanan
darah yang rendah serta stabil dan berat badan bayi yang semakin meningkat.

Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya


menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping
memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, kanak-kanak mendapat pengetahuan dan
kefahaman konsep muzik yang asas. Pada usia lingkungan usia 7 hingga 12 tahun
khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan
kecerdasan kinestetik malahan juga berperanan membantu mereka memahami konsep
muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi pula, aktiviti menyanyi, bergerak dan
bermain alat muzik secara berkumpulan dapat memberi kesempatan kepada mereka
berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain.

Selain itu, muzik juga membantu kanak-kanak menambahkan lagi kemahiran


yang ada pada mereka. Apabila mereka sudah meminati muzik, mereka akan terus ingin
mempelajari bagaimana menghasilkan muzik. Jadi mereka perlu mempelajari bermain
alat muzik. Seterusnya, mereka bukan sahaja mahir menggunakan alat muzik, malah
mereka cekap membaca notasi muzik serta dapat mendendangkan lagu dengan baik.
Justeru itu, masyarakat Malaysia terutamanya, perlulah memandang positif terhadap
pendedahan pendidikan muzik pada peringkat awal kanak -kanak lagi agar mereka
memperolehi minda yang cergas, kesihatan yang sempurna dan juga kemahiran
mendengar yang tinggi.

c
"c   c

Baby Care. i

 
  ºDiperoleh pada September 5, 2009
dari http://www.newbornbabyzone.com/baby-care/your-newborn-and-the-
power-of-music/

Cognitive Development and Jean Piaget, (2002).  º 


  
 
 

  Diperolej pada September 30, 2009 dari
http://www.bukisa.com/articles/120697_piagets-contribution-to-child-
development-cognitive-development-and-jean-piaget

?   
          
 
?   !" #

Jean Piaget, (2001). 



 ÷   
  Diperolehi pada September
18, 2009 dari http://homepages.nyu.edu/~dnb208/SacMus.htm

Johami Abdullah, (2009). Another Reason for Children to Study Mus ic From Young.
Diperoleh pada September 5, 2009 dari
http://joechelliah.blogspot.com/2009/08/another -reason-for-children-to-
study.html

Robert A. Cutietta, (2001). Raising Musical Kids; A guide for parents. Oxford
University Press.

Sean Hughes, (2001). Jean Piagetǯs Educational theory. Diperoleh pada September 30,
2009 dari http://www.newfoundations.com/GALLERY/Piaget.html