Anda di halaman 1dari 2

Hikayat Burung Cenderawasih

Ditulis oleh infokito™ di/pada 13 November 2007

Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor
burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan.
Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan
selalu berdamping dengan para wali. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan
empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh
adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘areil‘ yang
panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub
akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.

Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini
bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini
hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan
kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga
yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.

Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung
cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung
cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi
ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini
kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia
mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih
mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati
dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.

Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk
menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian
ilmu pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk
nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China
pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan
kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini
lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘.

Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada
bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang
perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua
sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya
turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang
menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda
saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya.
Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai
pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya
mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun
ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai
‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu
burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut
ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung
cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya
yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya
calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah. [Phoenix/infokito]